Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2016/01/31

Review Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 1

Aynorablogs.com - Review Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 1. Siaran pertama MLM2016 telahpun berlangsung dengan kesemua 13 kumpulan dan 2 orang peserta solo selesai membuat persembahan. Menonton persembahan minggu pertama tiada sesuatu yang istimewa pada pandangan peribadi saya. Kebanyakan perserta membuat persembahan pemanas badan dan tiada yang kelihatan begitu beria-ia mahu menang.

Mungkin disebabkan masih minggu pertama, semua peserta masih agak gugup dan kurang idea kreatif untuk diketengahkan.

Review Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 1
Persembahan LOL agak OK pada
Minggu pertama MLM2016

Review Maharaja Lawak Mega 2016 Minggu 1


Peserta yang agak menonjol dalam MLM2016 minggu pertama adalah kumpulan LOL, Bocey dan JORAS. Yang lainnya saya anggap biasa sahaja hinggakan ada ketika saya tidak ketawa langsung dengan lawak yang dipersembahkan.

Sepatutnya semua perserta MLM2016 mengambil kesempatan terhadap tema bebas yang diberikan kerana tidak terikat dengan sesuatu isu. But..its okay. Beri mereka masa dan peluang, kan..

Ada sesetengahnya pula seperti berusaha bersungguh-sungguh tetapi masih gagal memikat hati juri pada malam itu.

Oh ya...pihak Astro telah membawa 4 orang juri pada MLM 2016 kali ini iaitu Ziana Zain, Najib Ali, Bunga Citra Lestari dan Shahiezy Sam. Ziana Zain sebagai ketua juri pada MLM2016. Empat juri tetap tersebut iaitu Shaheizy Sam, Bunga Citra Lestari, Najip Ali dan Ziana Zain akan mengadili para peserta selama 14 minggu.

Pada akhir rancangan, tiada kumpulan yang tersingkir, mungkin nak bagi chance dia orang membuktikan bakat masing-masing dalam minggu kedua nanti.

Jadi kesemua 13 kumpulan dan 2 perserta solo masih lagi berentap dalam minggu kedua nanti.

Mereka adalah:

1) LOL (Tauke / Angah / Ajak Shiro)
2) JORAS (Joey / Syuk / Rahim)
3) ENJEN ( Raja Azri / Yus (Skool Of Lawak)/ Acong Sweetchild)
4) BOCEY (Achey / Fad / Abam)
5) SHAKE (Amir / Bell Ngasri / Mie)
6) SAYWHO (Vicha / Bocil Bancin / Agus)
7) BORA (Isa / Yan / Mamat)
8) PUTEH (Mamak / Ali)
9) CHILOK (Chiwan / Achok / Kamal)
10) XOLA (One / Chot / Wan Wala)
11) AWOK ( Filzah / Ain / Ayie)
12) CHAM (Azrul / Along)
14) BOS (Ajo Mamu / Abu Mamu / Ezad Lazim)
13) REZA MUKMIN (Peserta Solo)
15) KAVIN JAY (Peserta Solo)

Semoga semua perserta MLM2016 boleh mempamerkan persembahan terbaik mereka dengan lawak-lawak yang santai, trendy dan mudah difahami.

Selamat maju jaya buat semua perserta MLM2016 minggu kedua nanti.

#MLM2016

Tanda-Tanda Dan Tips Demam Denggi

Aynorablogs.com - Tanda-Tanda Anda Di Serang Denggi. Kebelakangan ini banyak betul kes denggi yang dilaporkan di akhbar tempatan dan ada segelintir yang maut kerana penyakit bawaan nyamuk tersebut. Ramai yang masih belum sedar akan bahayanya penyakit denggi ni, sedangkan ia telah banyak didedahkan oleh pihak kerajaan dengan pelbagai kempen perangi denggi. Kenapa agaknya ye? Apakah mentaliti rakyat negara ini sudah dihinggapi sindrom, 'bila dah terhantuk baru nak terngadah - bila dah kena baru nak menyesal.'

Demam denggi (dengue fever) berkait rapat dengan virus DEN-1,DEN-2,DEN-3 DAN DEN-4. Virus denggi merebak kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti virus denggi. Simptom demam denggi seperti penyakit selesema yang teruk, demam, ruam, sakit-sakit badan dan sakit kepala. Denggi boleh dihidapi oleh bayi, kanak-kanak dan remaja tetapi jarang sekali menyebabkan kematian. Demam denggi berdarah (dengue hemorrhagic fever) dan Sindrom Renjat Denggi (Dengue Shock Syndromes) merupakan bentuk denggi yang paling berbahaya.

Tanda-tanda & tips demam denggi

Tanda-Tanda & Tips Demam Denggi


Sebagai panduan, saya senaraikan tanda-tanda awal jika anda diserang denggi:

1. Demam panas yang mendadak

2. Demam kuat hingga merengek

3. Berlarutan selama 3 hari

Secara ringkasnya, simptom-simptom utama denggi adalah:

  • demam panas
  • sakit kepala yang teruk
  • sakit belakang
  • sakit sendi
  • rasa loya dan muntah
  • sakit mata dan ruam.
  • **bayi dan kanak-kanak akan mengalami kesakitan yang agak kurang berbanding dengan orang dewasa. 


Bagaimana denggi berjangkit?


Demam denggi terjadi apabila nyamuk Aedes betina yang terjangkit menggigit anda.

Nyamuk aedes betina terjangkit semasa menghisap darah seseorang yang menghidap denggi. Seekor nyamuk aedes betina memindahkan virus tersebut kepada individu yang mudah dijangkiti.

Denggi tidak merebak secara langsung dari seorang ke seorang yang lain.

Sepanjang kitaran hidupnya. Kitaran hidup virus denggi itu di dalam darah manusia yang telah dijangkitinya ialah selama 3-14 hari atau purata 4 hingga 6 hari. Anda mungkin diserang demam secara tiba-tiba serta berbagai-bagai tanda dan simptom yang tidak khusus.

Tips Rawatan Semasa Demam Denggi

Minum air yang banyak

Seeloknya minum air masak dengan banyak, namun jika anda tidak boleh telan air masak semata-mata, bolehlah minum 100 plus, ambil lebih kurang 3- 4 botol, atau lebih.

Sup ketam
Pengambilan sup ketam juga dipercayai boleh mengurangkan demam denggi. Boleh juga ditumis dengan minyak ataupun sekadar direbus sahaja.

Air Pink Guava
Air jambu batu merah, rasanya yang ini boleh membantu meningkatkan bacaan darah bagi pesakit denggi. 

Semoga sedikit perkongsian tentang tanda & tips demam denggi di atas dapat meningkatkan kesedaran kita tentang pentingnya menjaga kesihatan diri dan keluarga.

#sebarkan info..hidup sihat.

2016/01/30

Doa Bahagia Pasangan Suami Isteri

Aynorablogs.com - Doa Bahagia Pasangan suami Isteri. Bahagia...sesuatu yang rapuh. Mudah hilang dan datang kembali. Bahagia hidup di dunia dan akhirat dah jadi impian asas setiap pasangan suami isteri. Namun bahagia bukan datang percuma. Ia memerlukan toleransi, jujur, tanggungjawab dan sebagainya.

Kehidupan yang bahagia bagi pasangan suami isteri adalah seperti cahaya yang menyinari seluruh rumah dan isinya. Bahagia suami isteri, insyaa Allah anak-anak dan ahli rumah pun ikut gembira. Hidup semakin tenang.


Doa Bahagia Pasangan Suami Isteri


Sebagai satu usaha mencari kebahagiaan pasangan suami isteri digalakkan mengamalkan doa bahagia suami isteri di bawah ini, yang saya kongsikan daripada Facebook.

Doa Bahagia Pasangan Suami Isteri
Doa Bahagia Suami Isteri - Sumber FB

Bagaimana caranya. Mudah saja. Selepas solat 5 waktu, suami sedekahkan al Fatihah kepada isteri satu (1) Kali. Dan isteri pun sedekahkan al Fatihah buat suami sebanyak satu (1) Kali juga.

Kemudian dibaca doa bahagia suami isteri daripada surah al Imran: ayat 31, dalam rumi seperti berikut:
"Qul inkuntum tuhibbuu nallah
Fattabi'uu-ni yuhbibkumullah
Wayaghfirlakum zunuubakum
Wallaahu ghofuu rurrahiim..

Maksudnya:

"Katakanlah Ya Muhammad! Jika kamu mengasihi Allah. Maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Semoga doa di atas dapat membantu kita menjadi pasangan bahagia, bukan sahaja di dunia tetapi akhirat terutamanya.

#sebarkan bahagia

Resepi Jemput-Jemput Ikan Bilis Mudah

Aynorablogs.com - Resepi mudah yang nak dikongsikan kali ini adalah resepi jemput-jemput ikan bilis. Memanglah Mudah sangat kan? Ni pun sebenarnya salah satu resepi jimat kos. Sebab saya hanya gunakan lebihan ikan bilis buat nasi lemak semalam. Ada yang tak habis jangan dibuang terus, boleh juga buat resepi ringkas lain macam saya. Ya tak? Heheh..

Ikan bilis banyak khasiatnya, antaranya sumber protein yang bagus untuk tubuh. Namun bagi penghidap darah tinggi dan pesakit Gout, ikan bilis perlulah dikurangkan pengambilannya.


Resepi Jemput-Jemput Ikan Bilis Mudah


Resepi Jemput-Jemput Ikan Bilis Mudah
Resepi jemput-jemput ikan Bilis , gambar
Ehsan google
Bahan-bahan:

100gm lebihan ikan goreng semalam. (Nak guna yang baru pun boleh..)
250gm tepung gandum
1 biji telur
1 biji bawang merah besar - dihiris nipis
1 biji cili merah - dihiris
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit serbuk perisa ikan Bilis
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan Jemput-Jemput Ikan Bilis Mudah


1. Campurkan semua bahan kecuali air. Kacau rata

Resepi Jemput-Jemput Ikan Bilis Mudah

2. Kemudian barulah masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang tidak terlampau cair dan tidak terlampau pekat.

3. Panaskan minyak agak banyak. Bentukkan adunan menjadi bebola kecil dengan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam kuali.

4. Goreng sehingga perang. Angkat dan toskan.

5. Boleh hidangkan dengan sos.

Selamat mencuba menu mudah jemput-jemput ikan bilis. Jemput-jemput antara menu mudah untuk sarapan atau minum petang. Jadi, jika ada makanan yang tak habis, boleh je dipelbagaikan untuk hidangan alternatif seisi keluarga. Ya tak?

#sebarkan resepi, kongsikan..

2016/01/29

Doa Hilangkan Rasa Was-Was

Doa Hilangkan Rasa Was-Was - Was-was adalah sifat yang berkaitan rasa ragu-ragu dalam hati manusia. Ia berpunca daripada gangguan syaitan. Syaitan suka menganggu manusia terutamanya ketika manusia mahu beribadah kepada Allah SWT. Contohnya ketika mengambil wudhuk, ketika kita berniat mahu solat, apabila kita berniat mahu membuat kebaikan...syaitan sentiasa mengacau kita hingga kita rasa berdebar-debar, was-was...

Sifat was-was ini dapat mengganggu kekhusyukan kita. Semoga kita dijauhkan dari sifat was-was ini. InsyaAllah...

Sebagai panduan kita bersama, saya kongsikan doa untuk hilangkan rasa was-was, rasa yang berpunca daripada hasutan dan bisikan syaitan...


Doa Hilangkan Rasa Was Was


Doa Hilangkan Rasa Was-Was


يَااَللهُ يَا قَرِيبٌ يَا مُجِيبٌ يَا حَفِيظٌ يَا رَؤُفٌ يَا عَلَى يَا عَظِيمٌ يَا شَكُورُ يَا حَلِيمُ يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ يَا مَنْ هُوَقَائِمُ عَلَى كُلِّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ حُلْ بَيْنِى وَبَيْنَ عَدُوِّكَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَدَدَمَا اَحْصَاهُ كِتَابُكَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.

Maksudnya:

Ya Allah ya Tuhan yang dekat, mengabulkan, memelihara, belas kasihan, benar, memberi nikmat, yang sabar, yang hidup dan yang menjaga alam semesta. Ya Zat yang berdiri di tiap-tiap jiwa sebab apa yang telah dilakukan, hilangkanlah antara kami rasa was-was dari musuhMu. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.

Semoga perkongsian doa hilangkan rasa was-was dapat memberikan manfaat kepada kita semua. 

#sebarkan bahagia.

2016/01/28

Google Plus Follower Cecah 9,000

Google Plus Follower Cecah 9,000. Terima kasih pada pembaca yang follow Google+ saya samada secara sukarela ataupun tak sengaja. hihi...

Saya akan berusaha untuk menulis dan berkongsi tentang apa sahaja yang baik-baik untuk hidup yang lebih baik. Sesuatu yang bersifat positif sebagai pemangkin semangat hidup dalam zaman serba mencabar ini. Walau sebenarnya, saya yang menulis ini pun bukanlah kuat sangat orangnya...

Print Screen Google+ pada pukul 10:09 pagi, follower saya ada 8,999.

 

Google Plus Follower Cecah 9,000


Print Screen Google+ pada pukul 11:12 pagi, follower saya ada 9,001. Dah lebih dari 9,000. Thank you kepada anda semua yang masih mengikuti info dan entri-entri yang saya kongsikan melalui medium Google plus.


Semakin ramai yang follow kita bermakna kita kena pegang tanggungjawab yang luas. Fahami arah tujuan anda menulis dan tulislah sesuatu yang membawa manfaat dan kebaikan kepada semua. Pesan Ali bin Abi Talib: Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang abadi. Tulislah sesuatu yang akan membahagiakanmu di akhirat nanti.  
Semoga kita semua diberikan umur yang panjang dalam kebaikan...insyaa Allah. 
#Sebarkan bahagia. Terima kasih...

Maharaja Lawak Mega 2016 / MLM2016 Mulai 29 Januari

Sudah agak lama yang tidak menulis entri tentang dunia hiburan Malaysia. Bukannya apa, niche blog yang lebih kekeluargaan dan motivasi membuatkan saya tekad mengurangkan post tentang dunia hiburan. Namun bila ada promo tentang MLM2016, saya terpanggil untuk menulis. Kerana bagi saya, Maharaja Lawak Mega program yang sesuai di tonton oleh seisi keluarga untuk mengurangkan stress, mungkin...

Baiklah. Maharaja Lawak Mega 2016 / MLM2016 kembali menemui penonton bermula 29 Januari ini. Nampaknya untuk edisi kali ini banyak kumpulan terutamanya yang otai-otai dan popular seperti Sepahtu, Nabil, JOZAN, Shiro, Zero tidak menyertai Maharaja Lawak Mega edisi 2016 ini. Begitu juga dengan Jihan, Yassin dan Shahrol Shiro. Banyak kumpulan baru yang dibentuk untuk memasuki MLM kali ini. Disebabkan penarikan diri kumpulan-kumpulan lawak popular lain maka banyaklah tempat kosong dan tidak ada lagi Hot Seats seperti kebiasaannya. Pengacaranya masih mengekalkan khidmat AC Mizal untuk MLM2016 kali ini. Namun sehingga kini belum ada pengumuman tentang juri-juri yang akan mewakili MLM2016.

Maharaja Lawak Mega 2016 / MLM2016 Mulai 29 Januari
Maharaja Lawak Mega 2016 / MLM2016 Mulai 29 Januari


Senarai Lengkap 15 Peserta Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016)


1) LOL (Tauke / Angah / Ajak Shiro)
2) JORAS (Joey / Syuk / Rahim)
3) ENJEN ( Raja Azri / Yus (Skool Of Lawak)/ Acong Sweetchild)
4) BOCEY (Achey / Fad / Abam)
5) SHAKE (Amir / Bell Ngasri / Mie)
6) SAYWHO (Vicha / Bocil Bancin / Agus)
7) BORA (Isa / Yan / Mamat)
8) PUTEH (Mamak / Ali)
9) CHILOK (Chiwan / Achok / Kamal)
10) XOLA (One / Chot / Wan Wala)
11) AWOK ( Filzah / Ain / Ayie)
12) CHAM (Azrul / Along)
14) BOS (Ajo Mamu / Abu Mamu / Ezad Lazim)
13) REZA MUKMIN (Peserta Solo)
15) KAVIN JAY (Peserta Solo)

Daripada senarai di atas, saya macam ternampak-nampak potensi kumpulan atau individu yang akan masuk ke final MLM 2016 nanti. Meh kita main teka-teka yek, walau baru pada peringkat awal, kan...

Saya menamakan 3 kumpulan berikut mungkin akan ke final MLM2016 iaitu LOL, BOCEY dan CHAM. Lagipun jika menggunakan undian SMS sebagai pengukurnya, ketiga-tiga kumpulan tersebut telah terbukti menjadi pilihan ramai.

#Selamat menonton MLM2016. 

2016/01/27

Jiwa Semakin Kuat Selepas Terluka

Kembali Kuat Selepas Terluka. Benarkah tajuk yang tertera ini? Jiwa kembali bangkit dan kuat setelah terluka. Ada juga benarnya, mungkin...

Jiwa yang kuat tidak akan melemah jika ia disakiti. Kerana ia tahu setiap kesakitan adalah proses membangun kekuatan.

Jiwa Semakin Kuat Selepas Terluka


Jiwa Semakin Kuat Selepas Terluka


Berikut disenaraikan lima langkah yang boleh diamalkan bagi memudahkan proses pemulihan hati yang terluka akibat kehilangan orang tersayang atau setelah hati dilukai untuk bangkit dengan semangat baru.

1. Buat keputusan untuk melupakan

Proses pemulihan ini tidak akan berlaku dengan sendiri sebaliknya anda perlu membuat komitmen dan keputusan untuk melupakan peristiwa pahit yang pernah singgah dalam hidup.

Membuat keputusan juga bermakna anda redha dan menerima apa yang sudah berlaku serta membuat keputusan meneruskan hidup.

2. Luahkan rasa terluka

Luahkan apa saja yang terbuku di hati supaya ia tidak terus memakan diri, tidak kira kepada teman baik, orang yang sudi mendengar ataupun menulisnya ke dalam diri. Kini, ramai orang membuat blog sebagai tempat meluah rasa.

Berbuat demikian dapat membantu kita merenung kembali perjalanan hubungan, sama ada ia baik ataupun sebaliknya untuk diri kita. Dari situ, ia boleh membantu kita memperbaiki diri, muhasabah dan belajar melalui kesilapan supaya ia tidak diulang dalam hubungan baru pada masa depan.

3. Berhenti menjadi mangsa dan menyalahkan orang lain

Kita perlu bertanggungjawab atas apa saja yang berlaku dalam hidup dan tidak terus menganggap diri terlalu lemah hingga menjadi mangsa dalam hubungan cinta tidak menjadi.

Jangan membiarkan diri hanyut dalam perasaan sedih sebaliknya menganggap apa yang berlaku ‘sudah tidak ada jodoh’. Tabahkan hati dan mula merancang untuk bahagia, bukan terus-terusan menyalahkan orang lain kerana anda tidak bahagia.

4. Fokus pada masa kini

Lupakan masa lalu dan berhenti memainkan memori pahit kerana perkara yang berlaku sudah berlalu.

Masa tidak boleh diputar kembali dan perlu diingat, pengalaman tidak kira manis atau pahit menjadikan diri seseorang lebih baik daripada sebelumnya. Menjadikan jiwa kembali kuat setelah terluka.

Apabila fokus dialihkan pada masa kini dan masa hadapan, ingatan pada perkara yang sudah berlalu akan terhakis sedikit demi sedikit hingga mampu melupakan kesedihan lampau.

5. Belajar memaafkan

Biarpun kita mungkin sukar melupakan sikap buruk orang lain pada diri kita, apabila kita memaafkan mereka, dengan sendirinya ketenangan akan terbit dalam hati kerana kita tidak lagi menyimpan perasaan negatif seperti benci dan marah.

Memaafkan orang lain sebenarnya memberi kebaikan pada diri kita sendiri kerana ia menjadikan kita lebih positif, ceria dan maju dalam hidup.

Memberi kemaafan bukan menunjukkan kelemahan sebaliknya sifat mulia ini menjadikan diri lebih kuat, tabah dan bahagia.

Ia juga memberi kesempatan kepada kita untuk melihat keadaan yang berlaku daripada perspektif mereka dan cuba memahami tindakan yang dilakukan. Selain memaafkan orang lain, kita juga perlu memaafkan diri sendiri dan menerima apa saja yang berlaku dengan hati terbuka.

Setelah berkali-kali dilukai, kita bukannya boleh terus meratapi nasib diri. Bangkit melawan perasaan dan bangunkan kembali jiwa yang rebah. Jika anda kuat, secara tak langsung anda telahpun kembali sebagai seorang yang baru, semangat baru.

Nota: Sesetengah pendapat dalam artikel di atas di ambil daripada harian metro. Harap maklum

#sebarkan motivasi

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al Mutakabbir

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Mutakabbir - Kali ini saya kongsikan cara-cara berdoa dengan asmaul husnaa al Mutakabbir. Al Mutakabbir adalah antara Al Asmaul Husnaa (nama-nama Allah) yang berjumlah 99 semuanya. Berdoalah dengan ikhlas dan merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan.

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | Al Mutakabbir 


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muhaimin


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al Mutakabbir

Ya Mutakabbir = 662 Kali


Ertinya : Yang Maha Megah/ Yang Memiliki Kebesaran / Yang Mulia –Iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya. Dikaulah berhak untuk memiliki sifat ini, kerana tidak ada yang lebih hebat daripada Dikau, maka jauhkanlah kami daripada sifat bermegah-megah hingga menyebabkan kami berhak menerima kemurkaan-Mu.

Apabila ‘Ya Mutakabbir’ dizikirkan sebanyak 662 kali, Insya’Allah orang yang takabur akan tunduk kepadanya dan dengan kebijaksanaan bertindak, akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muhaimin


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2016/01/26

Komisyen Bookcafe RM51 Sehari

Komisyen Bookcafe RM51 sehari - Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana saya dapat komisyen yang agak banyak dalam tempoh sehari sahaja. Saya hanya melakukan promosi di dalam blog dengan meletakkan banner yang menarik di tempat yang betul. Perletakan banner yang betul amat membantu penjualan buku-buku Bookcafe secara online.

Selain itu, saya juga buat entri untuk sesuatu promosi agar dapat dicapai oleh medium yang luas terutamanya jika blog kita mesra SEO. Makin ramai yang baca, ramailah yang berminat nak beli. Peluang dapat komisyen meningkat 50%, siapa tahu...



Komisyen Bookcafe pada 23 Januari 2016 Berjumlah RM51.18

Sila rujuk gambar di bawah, print screen menunjukkan komisyen Bookcafe blog saya dapat RM51.18 untuk tempoh sehari sahaja. Ini merupakan komisyen yang ke 25 di luluskan oleh pihak Bookcafe kepada saya. Dan sehingga kini, saya masih belum menerima komisyen kerana pada tempoh komisyen di bayar, ia belum melebihi RM100 seperti disyaratkan. Hehe...

Kita kumpul dulu banyak-banyak...sekarang komisen terkumpul dah cecah RM129.69. Alhamdulillah.


Semoga perkongsian tentang jumlah komisyen yang diterima sebanyak RM51.18 sehari di atas dapat memberikan motivasi kepada Affiliate Bookcafe untuk lebih giat mempromosi banner-banner dan tawaran yang diberikan oleh kedai buku online kepercayaan ramai itu.

Selamat berjaya ya!

#sebarkan info...

Promosi Buku Bisnes & Motivasi Di Bookcafe

Promosi Buku Bisnes & Motivasi Di Bookcafe - Bookcafe adalah kedai buku online yang menawarkan lebih 2000 koleksi buku bahasa melayu. Urusan pembelian di Bookcafe sangat mudah, murah & cepat menjadikannya pusat beli belah buku secara online yang sering dikunjungi termasuklah oleh saya sendiri. Saya akan merujuk di Bookcafe jika ada promosi atau tawaran harga runtuh yang membolehkan saya berbelanja buku dengan banyak tetapi pada harga yang lebih murah.

Jadikan membaca amalan harian anda, tak kiralah apa bacaan yang anda minati. Yang penting ia memberikan manfaat kepada anda terutamanya dan orang di sekeliing anda.

Promosi Buku Bisnes & Motivasi Di Bookcafe


Mulai 13 Januari hingga 31 Januari 2016, Bookcafe memberikan diskaun sebanyak 15% untuk semua buku bergenre bisnes & motivasi. Banyak tu...kalau beli di luar belum tentu dapat potongan sepeti itu. Ya tak?
 

Ada banyak tajuk yang boleh didapati daripada Bookcafe yang pasti memenuhi kehendak anda yang memerlukan buku-buku motivasi dan bisnes sebagai rujukan pada masa depan.

Antara tajuk buku yang terdapat di rak Bookcafe adalah:

1. Fiqh Kewangan Islam - RM98-00, Kini RM78-40
2. Saiful Nang: Kisah Orang Menang - RM30-00, Kini RM25-50
3. Panduan Memborong di China - RM17-00, Kini RM14-45
4. Panduan Memborong Di Vietnam - RM17-00, Kini RM14-45
5. Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad bin Abdullah - RM19-50, Kini RM16-57 

Tak tahu cara beli di Bookcafe? Jangan bimbang, pergi je ke website Bookcafe untuk daftar, beli dan bayar. Cepat dan mudah!!

2016/01/25

Surah Yunus Merawat Gout, Darah Tinggi & Kencing Manis

Surah Yunus Merawat Gout, Darah Tinggi & Kencing Manis | Penyakit gout, kencing manis dan darah tinggi adalah penyakit tiga serangkai yang banyak dihidapi oleh rakyat negara ini. Ketiga-tiga penyakit ini memerlukan kos rawatan yang tinggi dan memakan masa yang panjang untuk merawatnya.

Namun begitu, ada banyak alternative yang boleh digunakan untuk merawat GOUT, kencing manis dan darah tinggi selain daripada ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor.


Surah Yunus Merawat Gout, Darah Tinggi & Kencing Manis 


Surah Yunus ayat : 57, sepenuhnya


Maksudnya:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. 

Seperti ditunjukkan dalam gambar di atas, surah Yunus ayat : 57 adalah salah satu cara untuk merawat GOUT, kencing manis dan darah tinggi (iaitu penyakit yang ada dalam dada) dengan menggunakan ayat al Quran.

Baca sebahagian ayat 57 surah Yunus yang berbunyi: 
Wa syifaa' ullimaa fissuduur

Caranya:
Letakkan tangan pada dada kiri dan baca ayat surah yunus di atas satu (1) kali selepas solat.

Insyaa Allah, dengan izin Allah penyakit tersebut dapat dirawat dan senbuh semula.

Lakukan dengan yakin dan mengharap belas kasihan Allah untuk menyenbuhkan sakit kencing manis, darah tinggi dan GOUT tersebut.

2016/01/23

Cara Mudah Buat Agar-Agar Sirap Santan

Cara Mudah Buat Agar-Agar Sirap Santan. Buat agar-agar sirap memang mudah. Itu lah asas saya belajar buat agar-agar. Mesti guna sirap atau warna merah. Kemudian letak pandan sehelai dua. Nanti duduk lama-lama tengok agar-agar kering itu hilang dalam periuk. Hmmm...itulah kenangan buat agar-agar simple dulu...

Bila dah pandai sikit, mula tambah santan. Biasanya tak jadi pun, sebab santan dengan agar-agar terus bercampur jadi satu. Tapi dah buat, telan ajelah..

Tapi semenjak dah pandai tengok resepi kat Google, dah pandai dah buat agar-agar sirap santan yang berlapis. Heheh...
Gambar Agar-agar santan sirap dari ehsan blog gee-hut.blogspot.com 

Resepi Agar-Agar Sirap Santan


Bahan-bahan:

20 gm agar-agar kering (yang bertali-tali) atau 2 paket
220 gm gula pasir - anggaran 1 cawan
2 cawan santan pekat
2 helai daun pandan
2 sudu besar sirap ros dan perwarna
sedikit garam
1 biji telur - kocakkan dalam santan dengan garfu

Cara Mudah Buat Agar-Agar Sirap Santan


1. Masak agar-agar dan gula dengan air (ikut sukatan pada bungkusan) hingga agar-agar larut dan sebati. Yang bertali-tali tu dah tak ada.

2. Kecilkan api. Masukkan sirap ros, pewarna, santan, telur, sedikit garam dan simpulan daun pandan

3. Kacau hingga menggelegak dalam api sederhana. Apabila campuran santan telah berbintil-bintil, tutup api dan tapis masukkan agar-agar sirap santan dalam bekas

4. Sejukkan dalam peti ais   

Tips dapat dua lapisan agar-agar sirap santan yang cantik 


Cuba guna cara di bawah untuk dapatkan agar-agar sirap santan anda berlapis cantik. 
Tips agar lapisan agar-agar santan jadi dua lapis. Cuba cara dari Pn Naz
yang awesome!
Semoga perkongsian di atas dapat membantu kita menghasilkan agar-agar sirap santan yang sedap, cantik dan kelihatan merah menawan.

#sebarkan info..

Sweet Muslimah Kurung Najwa New Arrivals

Sweet Muslimah Kurung Najwa New Arrivals. Sweet Muslimah tambah koleksi baru sampai untuk produk Kurung Najwa. Belum sempat beli koleksi yang lama, jangan risau. Koleksi yang baru ada banyak lagi. New Arrivals yang cantik, warna-warna terang dan amat sesuai untuk gadis remaja.

Baju baru sampai tetapi terus dapat potongan harga yang banyak, siapa yang tak rebut peluang ni, memang rugii...jom serbu!!

Sweet Muslimah Kurung Najwa New Arrivals 


Kurung Najwa New Arrivals dijual pada harga potongan iaitu hanya RM129.00 sahaja. Jom layan tengok baju kurung Najwa yang panas-panas dari kilang...hehe

KLIK pada kurung Najwa di atas untuk info

KLIK pada kurung Najwa di atas untuk info

Kurung Najwa di bawah ini pilihan saya. Warnanya yang lembut menampakkan kemanisan seorang wanita, gitu..

KLIK pada kurung Najwa di atas untuk info

KLIK pada kurung Najwa di atas untuk info

KLIK pada kurung Najwa di atas untuk info 

Walau yang mana satu pilihan hati anda, semuanya cantik-cantik belaka! Boleh beli sekarang untuk buat koleksi hari raya. Tak lama lagi pun..

#sebarkan info kurung Najwa ada sales..

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Jabbar

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Jabbar - Kali ini sekali lagi saya himpunkan asmaul husnaa yang disebut al Jabbar. Al Jabbar adalah antara Al Asmaul Husnaa (nama-nama Allah) yang berjumlah 99 semuanya. Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Berdoalah dengan ikhlas dan merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan.


Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | Al Jabbar 


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muhaimin


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Jabbar

Ya Jabbar = Minima 300 Kali Sehari

Ertinya : Yang Maha Memaksakan Kehendak-Nya, Dia yang maha berkehendak dan maha kuat memaksakan kehendaknya kepada siapapun. Tidak ada satu kekuatanpun yang dapat menentang dan mencegah kehendak-Nya. Segala sesuatu dialam semesta ini tunduk pada kehendak dan aturan-Nya. Bintang, bulan, matahari, bumi dan segala mahluk yang hidup didarat, laut maupun udara, semua tunduk pada aturan dan hukum yang telah ditetapkan Allah dengan kehendak-Nya.

Mengamalkan wirid “Yaa Jabbar” setiap hari minima 300 kali setiap hari,  seseorang akan terpelihara dari ancaman orang yang bermaksud jahat, seperti orang yang dengki, dendam, benci, atau penjahat yang berniat merompak atau menganiaya diri anda.

Lagi, dengan mewiridkan ” yaa Jabbar” minima 100 kali setiap selesai solat anda akan terpelihara dari perbuatan orang zalim sebagaimana sering kita baca dan lihat pada media cetak mahupun elektronik.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muhaimin


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2016/01/22

Tuhan Ada Untukmu

Tuhan Ada Untukmu | Walau dalam keadaan getir, hati bagai dirobek seribu, kepercayaan yang ditabur telah lebur, kamu sebenarnya telah terlupa. Bila amarah telah menerpa, iman seteguh gunung pun boleh runtuh begitu saja. Kamu telah lupa sebenarnya...Tuhan ada untukmu.

Kamu menangis, tetapi mengadu kepada teman yang ikut menangis..
Kamu kecewa, tetapi bersandar pada kawan yang hampir rebah
Kamu lelah, tetapi kamu bercerita pada rakan yang telahpun pasrah...


Tuhan Ada Untukmu


Kamu sebenarnya terlupa
Tuhan ada untukmu
Dia menunggumu
Berpaling padaNya
Mengadu dalam sujud-sujudmu
Tuhan ada untukmu...membuka pintu rahmat,
Istighfar penuh berkat.
Jika sayangkan dirimu, istighfar itu pintu bahagia buat kamu memujuk yang Esa.
Ampunilah dosa hamba...
Ampunilah dosa hamba...

Seseorang pernah memujuk;
kesakitan mu itu sedikit cuma
Kesedihanmu itu kerana cinta duniawi
Lihatlah di Syria, palestine
Berapa ramai yang kecundang nyawa
Mempertaruh agama jiwa

Sedangkan kamu
Masih ada di depan mata
Egomu tercuit dusta
Melaut prasangka yang bertuba, dalam hati penuh dengki
Hingga kamu langsung alpa yang nyata
TUHAN selalu ada untukmu.

Luahan...
Sehingga tiba masa...#sebarkan bahagia, Tuhan selalu ada.

Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil

Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil - Artikel yang bermanfaat bagi wanita hamil. Artikel berkaitan makanan yang perlu dielakkan ketika hamil ini patut dijadikan rujukan penting. Perbanyakkan ilmu tentang kehamilan, insyaa Allah anda boleh melalui proses kehamilan dengan tenang dan berjaya.

Makanan yang perlu dielakkan ketika hamil antaranya kerang, keju, makanan mentah yang belum di masak dan banyak lagi. Baca butiran terperinci berkaitan makanan yang perlu dielakkan ketika hamil seperti di bawah.
Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil
Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil antaranya kerang.
Terutamanya kerang yang tidak direbus terlebih dahulu. Awas ya!
Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda elakkan semasa hamil kerana ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
  1. Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam makanan itu kerana anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak. Baca lebih lanjut mengenai makan di gerai semasa hamil.
  2. Bahan-bahan dalam hidangan stimbot yang tidak masak sepenuhnya. Pastikan supnya dipanaskan hingga mendidih setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
  3. Keju dengan kulit ari yang putih dan berkulat seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
  4. Pate, daging mentah atau kurang masak dan telur. Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda. Apabila memasak daging atau telur, pastikan ia masak sepenuhnya. 
  5. Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
  6. Ikan jerung, todak atau marlin. Ikan-ikan tersebut mengandungi raksa (merkuri) yang hadir secara semula jadi dalam jumlah yang tidak selamat. Tuna juga mengandungi raksa, oleh itu hadkan pengambilannya kepada tidak kurang daripada empat tin bersaiz sederhana atau dua stik segar seminggu.
  7. Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan kerana kesemuanya mungkin mengandungi sejumlah besar vitamin A jenis retinol. Terlalu banyak bahan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan.
  8. Kurangkan atau berhenti minum minuman beralkohol semasa hamil. Jika mau minum, jangan minum lebih daripada dua unit, sekali atau dua kali seminggu, dan jangan minum hingga mabuk.
  9. Hadkan juga pengambilan kafein kepada 200mg sehari. Itu bermakna dua cawan besar (mug) kopi segera atau empat cawan teh atau lima tin minuman kola sehari. Sebagai ganti, anda boleh ambil kopi atau kola nyahkafein.
#Sumber: {http://www.babycenter.com.my/a1029322/diet-untuk-kehamilan-yang-sihat#ixzz3xqcmhOeI}

Sinopsis Filem Munafik Arahan Syamsul Yusof

Sinopsis Filem Munafik Arahan Syamsul Yusof - Filem berbentuk islamik sekali lagi dihasilkan oleh pengarah muda berbakat besar iaitu Syamsul Yusof. Filem yang berjudul Munafik akan masuk ke pawagam pada 25 Februari 2016.

Bagi pencinta filem seram, inilah masanya anda pergi menonton filem Munafik. Filem Munafik dikatakan lebih seram daripada Filem Khurafat sebelum ini yang juga dihasilkan oleh Syamsul Yusof.

Antara filem yang pernah dihasilkan oleh Syamsul Yusof adalah KL Gangster 1 & 2, Khurafat dan Bohsia.

Sinopsis Filem Munafik Arahan Syamsul Yusof
Sinopsis Filem Munafik Arahan Syamsul Yusof - Sebuah filem dakwah seram
yang mesti tonton oleh semua rakyat Malaysia. Banyak pengajaran yang boleh
daripadanya.

Sinopsis Filem Munafik Arahan Syamsul Yusof


Munafik adalah kisah seorang pengamal perubatan islam yang cuba merawat pesakitnya. Dalam kerjayanya mengubati pesakit, beliau mengalami banyak pengalaman yang menuntut kesabaran dan iman yang kuat.

Filem Munafik dibintangi ramai pelakon hebat seperti Nabila Huda dan Fizz Fairuz, Pekin Ibrahim dan ramai lagi.

Syamsul Yusof kembali dengan menghasilkan filem terbaru, setelah hampir 4 tahun Syamsul Yusof berehat dari bidang perfileman selepas filem KL Gangster 2, kini beliau telah kembali dengan filem terbaru iaitu “MUNAFIK” .

Selepas filem “Khurafat” yang mendapat sambutan yang hebat dari penonton sebelum ini, Syamsul Yusof kembali menghasilkan filem yang bergenre keagamaan “MUNAFIK”.

Sinopsis Munafik ini saya kongsikan daripada blog budiey.com.

MUNAFIK cerita yang mengisahkan keagamaan dan islamik. Syamsul Yusof mengarah dan turut berlakon dalam filem MUNAFIK. Beliau memegang watak Adam sebagai seorang ustaz yang boleh mengubati penyakit gangguan syaitan atau sihir.

MUNAFIK berkisar tentang Adam, seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima takdir apabila anak dan isterinya meninggal dunia dalam satu kemalangan. Dia pun mencari siapakah yang melakukan angkara tersebut.

Kemudian dia mengalami pelbagai pengalaman aneh setelah dipujuk mengubati seorang wanita bernama Maria yang mengalami gangguan. Siapakah Maria dan mengapakah Adam sentiasa diganggu ketika cuba mengubati Maria? Siapakah yang menghalang Adam mengamalkan perubatan Islam dalam melakukan rawatannya? Kalau nak tahu, tengoklahfilem 'MUNAFIK' di pawagam berhampiran anda.

Nama yang tidak asing dari dunia filem Nabila Huda muncul buat kali ke 3. Lakonan beliau yang cukup berkesan mampu melakonkan watak Maria yang mengalami masalah tekanan perasaan atau mental dan sering tertekan akibat di ganggu dan di rasuk jin .

MUNAFIK merupakan hasil karya ke 9 Syamsul Yusof sebagai peneraju utama, pelakon dan penulis skrip. 

Saya amat berbangga dengan pencapaian Syamsul Yusof yang begitu tekun menghasilkan filem yang semakin lama menunjukkan kematangan dalam perjalanan seninya dan juga hidupnya.

Semoga Syamsul Yusof terus menyebarkan dakwah melalui filem-filemnya.

#sebarkan bahagia 

2016/01/21

Kisah Gurau Senda Rasulullah Yang Penuh Hikmah

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,
Kisah Gurau Senda Rasulullah Yang Penuh Hikmah
Kisah Gurau Senda Rasulullah Yang Penuh Hikmah. Rasulullah dan para sahabat
 memang suka bergurau tetapi guruan mereka penuh iman  dan hikmah. 
Semoga jadi teladan kepada kita semua.
“Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta”, katanya.
“Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta”, kata Rasulullah SAW.
“Ia tidak mampu”, kata perempuan itu.
“Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta”.
“Ia tidak mampu”.
Para sahabat yang berada di situ berkata,
“Bukankah unta itu juga anak unta?”

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
“Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu”.
“Semoga suamimu yang dalam matanya putih”, kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan kehairanan, “Kenapa kamu ini?”.
“Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih”, kata isterinya menerangkan. “Bukankah semua mata ada warna putih?” kata suaminya.

Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,
“Ya Rasulullah, doakanlah kepada ﷲﺃ agar aku dimasukkan ke dalam syurga”. 

“Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua”.
Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah menjelaskan, “Tidakkah kamu membaca firman Allah ini,
"Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya”.
Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na’im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

Sebuah kisah biasa dan santai namun boleh dijadikan renungan untuk kita yang mahu mencontohi akhlak Rasulullah. 

#sebarkan bahagia

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia Secara Online

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia Secara Online telahpun dibuka kepada orangramai yang memiliki pendapatan kasar isi rumah maksimum RM3,000. Sebelum ini kelayakan permohonan RMR1M adalah RM1,500 dan ke bawah sahaja. Program Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia dilancarkan oleh SPNB.

Untuk memudahkan proses permohonan online RMR1M, download dahulu dan print manual pengguna di bawah ini.

http://rmr.spnbonline.com.my/USER_MANUALFull.pdf





Untuk info, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (Mof Inc.) yang bertujuan menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara.

Program RMR1M ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia Secara Online


Pendapatan kasar seisi rumah yang dimaksudkan ialah pendapatan kasar pemohon dan pendapatan kasar pasangan pemohon. Manakala, pendapatan kasar pula bermaksud gaji pokok dan elaun-elaun tetap (jika ada) bagi pemohon yang mempunyai pendapatan tetap dan jumlah pendapatan yang disahkan bagi
pemohon yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

KONSEP PROGRAM

Rumah sesebuah:
  1.  3 Bilik tidur, 2 bilik air. Keluasan 1,000kps 
  2.  2+1 Bilik tidur, 2 bilik air. Keluasan 850kps 
  3.  2 Bilik tidur, 2 bilik air. Keluasan 700kps 
Contoh Rumah yang akan dibina

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON

1. Warganegara Malaysia. 
2. Pemohon mestilah berumur 18 hingga 60 tahun. 
3. Pendapatan kasar seisi rumah RM750 - RM 3000.00 sebulan. 
4. Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah usang / tidak sempurna. 
5. Tapak berkeluasan minimum 3,700 kps. 
6. Tertakluk kepada kelulusan bank. 

SYARAT – SYARAT TAMBAHAN RMR1M

1. Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Tanah juga mestilah mempunyai hakmilik (geran) asal dan mendapat kebenaran kesemua tuan tanah untuk gadaian dan pembinaan RMR.

2. Pemohon dan / atau tuan tanah menandatangani dokumen yang bersangkutan dengan gadaian ke atas tanah yang dikemukakan untuk menjamin pembayaran balik kemudahan pembiayaan.

3. Pemohon dikehendaki menyediakan tapak cadangan selepas diluluskan dan membuat penyambungan utiliti setelah rumah disiapkan.

4. Harga Rumah sahaja tertakluk kepada kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia.

5. Membenarkan SPNB membina rumah di tapak.


Untuk membuat panduan permohonan RMR1M secara online boleh klik pada pautan ini dan boleh terus ke website SPNB untuk mengisi borang permohonan secara online:





Untuk sebarang pertanyaan, kemusykilan atau apa sahaja persoalan mengenai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), anda boleh hubungi talian berikut:

Hotline SPNB: 1300 80 3838
Tel: 603 – 26185555 


Untuk Perhatian 
Setiap borang RMR1M yang dicetak mempunyai nombor siri unik yang dijana secara otomatik oleh sistem. Setiap wakil rakyat juga mempunyai bilangan kuota yang ditetapkan untuk cetakan Borang ini. Oleh itu, pengguna sistem dinasihatkan untuk berhati-hati semasa mencetak borang bagi mengelakkan pembaziran kuota.

TITAN Watch Launch CPUV Nuffnang

TITAN Watch Launch CPUV Nuffnang | Terbaru dapat CPUV Nuffnang bertajuk 'TITAN Watch Launch'. This is my first time to hear about TITAN. Kalau TITUS dah selalu beli..hihi

Baiklah...mari kita check more about TITAN Watch. Jenama jam tangan daripada India. Antara yang jadi duta jam tangan TITAN adalah Katrina Kaif. Baca lebih lanjut tentang TITAN world di SINI. 

Harganya dalam ringgit Malaysia boleh tahan jugak, tidaklah terlalu mahal (maaf kalau tersilap). Ada juga yang below RM1,000. 

Gambar TITAN Watch






So, jika anda nampak iklan TITAN Watch kat blog ini, dipersilakan tengok promonya ya...TQ

#Sebarkan iklan..;))

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al 'Aziiz

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al 'Aziiz - Kali ini sekali lagi saya himpunkan as maul husnaa yang disebut al 'Aziiz. Al Asmaul Husnaa adalah nama-nama Allah yang berjumlah 99 semuanya. Apabila kita menyebut nama-nama tersebut, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Berdoalah dengan ikhlas dan merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan.


Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | Al 'Aziiz


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muhaimin


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Ya 'Aziiz = 100 Kali

Ertinya : Dialah yang Maha Perkasa , maha kuat mengalahkan semua musuh-Nya. (Dia maha kuat dan maha Perkasa mengalahkan para pendurhaka dan orang yang menentangnya, Dia juga maha Perkasa untuk melenyapkan alam semesta ini, dalam sekejap mata. Dia maha kuat dan Maha Perkasa menolong hamba-hamba-Nya dalam menghadapi berbagai kesulitan dan masalah. Tidak ada satu kekuatan apapun yang dapat mengalahkan-Nya.)

Mengamalkan wirid “Yaa 'Aziiz ” setiap hari minima 100 kali setiap selesai solat, dapat membangkitkan kewibawaan diri, wajah akan memancarkan aura positif yang menimbulkan rasa hormat dan segan dari orang yang berhadapan dengannya.

Wirid ini sangat baik dilakukan oleh orang yang memegang jawatan ketua jabatan dalam sesebuah organisasi, perniagaan dan sebagainya.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muhaimin


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Kita harus berserah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

Jadual Peperiksaan MUET Sesi Mac, Julai & November 2016

Jadual Peperiksaan MUET Mac, Julai & November 2016 | Melalui portal rasmi Majlis Pepriksaan Malaysia (MPM), pendaftaran ujian MUET bagi sesi Mac 2016 telahpun ditutup pada 8 Januari 2016 yang lepas. Namun begitu ada 2 sesi lagi ujian yang bakal dilaksanakan oleh MPM iaitu pada bulan Julai dan November 2016 nanti. Jadi, kepada anda yang berniat mengambil peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) ini, diingatkan supaya menanda kalendar masing-masing.
Sesi untuk bulan Julai akan dibuka pendaftarannya pada 15 Mac 2016, tak lama lagi ni je...so, bersedialah dari sekarang.

Pendaftaran peperiksaan MUET dibuat secara dalam talian (online). Anda boleh melayari Portal MPM http://www.mpm.edu.my atau http://online.mpm.edu.my/ untuk mengetahui cara membuat pendaftaran.


Jadual Peperiksaan MUET Mac, Julai & November 2016


Di bawah ini sertakan kalendar MUET 2016 yang diambil daripada portal rasmi MPM.


Jika terdapat sebarang perubahan tarikh, ia akan dibuat makluman dari semasa ke semasa. Anda perlu rajin merujuk ke website portal rasmi MPM atau universiti masing-masing.

Bermula pada Januari 2015, kelayakan minimum kemasukan pelajar ke IPTA adalah mengikut bidang pengajian yang hendak mereka ceburi.

Syarat MUET bagi Kemasukan ke IPTA
  • MUET Band 2 : Pengajian Sastera dan Sains Sosial
  • MUET Band 3 : Pengajian Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik atau STEM
  • MUET Band 4 : Pengajian Undang-undang dan Perubatan
Mulai tahun 2012, kadar bayaran yuran MUET adalah sebanyak RM100.00.

Semoga jadual MUET Mac, Julai & November 2016 yang dipaparkan dapat membantu anda membuat persediaan yang sewajarnya untuk keputusan yang cemerlang. Buat bagus pada pertama kali ya...tak perlu ulang banyak kali..hihi

Ha! Sebelum itu, anda boleh klik pada banner di bawah untuk dapatkan lebih panduan untuk lulus MUET dengan cemerlang!!

#sebarkan info

2016/01/20

Contoh Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Dan Jawapan KSSR Tahun 3

Contoh Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Dan Jawapan KSSR Tahun 3 - Contoh soalan peperiksaan KSSR akhir tahun bagi tahun 3 yang akan dikongsikan adalah diambil dari website ini. Contoh soalan ini boleh dijadikan panduan kepada anak-anak yang mahu membuat latihan berdasarkan contoh soalan sebenar.

Untuk makluman, soalan-soalan berikut perlu di download terlebih dahulu sebelum boleh mencetak/print.

Contoh Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Dan Jawapan KSSR Tahun 3


Contoh Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Dan Jawapan KSSR Tahun 3 


DOWNLOAD contoh soalan peperiksaan akhir tahun dan contoh jawapan yang diperlukan di bawah. Jika ada masalah atau pertanyaan, terus ajukan kepada pautan link website di atas.

Soalan KSSR Peperiksaan Akhir Tahun Subjek Bahasa Melayu Tahun 3 


Sila KLIK pada link yang disertakan untuk download soalan KSSR tahun 3 di bawah. 

Soalan KSSR Peperiksaan Akhir Tahun Subjek Matematik Tahun 3 


Sila KLIK pada link yang disertakan untuk download soalan Matematik KSSR tahun 3 di bawah.

Soalan KSSR Peperiksaan Akhir Tahun Subjek Sains Tahun 3 


Sila KLIK pada link yang disertakan untuk download soalan Sains KSSR tahun 3 di bawah.

Lain-Lain contoh soalan KSSR peperiksaan akhir tahun bagi tahun 3


Semoga memberikan manfaat kepada yang memerlukan panduan dan latihan menjawab soalan peperiksaan KSSR tahun 3.

#sebarkan info... 

Tarikh UPSR, PT3, SPM & STAM 2016

Tarikh UPSR, PT3, SPM & STAM 2016 - Tarikh-tarikh peperiksaan penting ini dikongsikan untuk dijadikan panduan kepada pelajar ibu bapa dan guru untuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan bila tiba masanya nanti. Bagi pelajar pula, ia penting sebagai garis masa untuk buat pecutan akhir sebelum masuk dewan periksa.

Sediakan diri awal-awal agar anda boleh menghadapi peperiksaan dengan tenang. Jangan study last minute. Macam-macam masalah boleh timbul seperti migraine, panik, demam periksa dan sebagainya.  


Tarikh UPSR, PT3, SPM & STAM 2016


(Kemaskini pada: 9 Januari 2016)

Nota: Tarikh-tarikh Peperiksaan Awam 2016 di atas adalah tertakluk kepada pindaan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semoga bermanfaat.

#sebarkan info

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muhaimin

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muhaimin - Al Asmaul Husnaa adalah nama-nama Allah yang berjumlah 99 semuanya. Apabila kita menyebut nama-nama tersebut, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita kerjakan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Berdoalah! Walau dengan cara yang bagaimana asalkan doa-doa tersebut mengikut sunnah yang diajarkan.


Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | Al Muhaiminu


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muhaimin


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:

Ya Muhaiminu = 145 Kali

Ertinya : Dialah yang memelihara dan mengamati semua makhluknya dengan seteliti-telitinya.

Kalaulah kita dapat mengamalkan membaca Ya Muhaiminu setiap Kali selepas habis solat Isyak sebanyak 145 kali, in shaa Allah fikiran dan hati kita menjadi terang, bersih dari segala kerumitan sehingga mudah menghafal pelajaran apapun.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Muhaimin


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya.

Kita harus berserah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2016/01/19

Jadual Pulang Bermalam MRSM Tahun 2016

Jadual Pulang Bermalam MRSM Tahun 2016. Jadual pulang bermalam atau mudahnya disebut PB oleh student MRSM telahpun keluar. Jadual PB yang disertakan adalah sebagai panduan asas oleh ibubapa dan pelajar untuk mengatur jadual masing-masing mengikut kesesuaian untuk bercuti dan sebagainya. Namun setiap MRSM ada jadual PB masing-masing tetapi masih menggunakan asas tarikh yang sama. Mungkin ada yang lebih jumlah cutinya dan sebaliknya..

Pulang bermalam bermaksud pelajar dibolehkan untuk pulang bermalam di rumah dalam tempoh sekali sebulan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak maktab.

Lain-lain artikel berkaitan dengan asrama penuh:

a) Senarai MRSM terbaik 2014 seluruh Malaysia
b) Semakan Alamat, Nombor Telefon Dan Website MRSM Di Seluruh Malaysia
d) Info Asrama Bagi Pelajar MRSM


Jadual Pulang Bermalam MRSM Tahun 2016


Jadual Pulang Bermalam MRSM Tahun 2016
Sumber: FB MRSMBP
Semoga bermanfaat. Boleh bookmark the date untuk bercuti, mengunjungi saudara mara dan sebaginya.

#sebarkan info..