Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2016/12/31

Resepi Terung Goreng Masak Berlada

Resepi Terung Goreng Masak Berlada. Resepi yang nak dikongsikan kali ini berasaskan sayur terung. Terung yang mana satu? Terung ungu tu, haha.., macam-macam resepi boleh dibuat. Biasanya orang masak pajeri, masak lemak ikan masin, goreng sambal dan banyak lagi.

Cakap tentang terung, ia ada beberapa jenis. Ada terung pipit, ada terung bulat, terung telunjuk, terung bulu, terung putih dan banyak lagi.





Resepi Terung Goreng Masak Berlada 


Sumber: Google
Resepi terung goreng masak berlada ni sedap sangat. Admin tak pernah jemu masak seminggu sekali, lagipun nak buat pun mudah aje. Tapi kena hati-hati sikit pilih terung tu, takut ada yang dah berulat di dalam. Dari luar memang nampak elok. Nak pilih yang ok, memang kena tengok betul-betul. Resepi asal saya ambil dari blog kak Nita.

Bahan-bahan:


1 biji terung panjang (size agak besar)
6 biji cili merah (dibuang bijinya)
6 biji cili padi
1 labu bwg besar
2 ulas bawang putih
belacan sebesar ibu jari
air asam jawa
gula dan garam secukup rasa
Minyak masak 




Cara menyediakan terung goreng masak berlada


1. Terung di potong setebal 1 inci dan digoreng sehingga sedikit kekuningan.Ketepikan sebentar.

2. Cili merah , cili padi , bawang besar , bawang putih , belacan dikisar kasar (jangan halus sangat)

3. Tumiskan bahan kisaran itu sampai wangi.

4. Masukkkan air asam jawa secukupnya.

5. Perisakan dgn garam dam gula. kacau hingga masak dan sedikit kering.

6. Siap dan tuangkan ke atas terung digoreng tadi.


Lazada Malaysia

Aynorablogs Berubah Wajah Lebih Simple

Aynorablogs Berubah Wajah Lebih Simple Dengan Minima Colored 3 Mag. Sebagaimana saya buat pelan perancangan untuk tahun 2017 antaranya nak tampilkan blog yang lebih kemas dan segar, maka inilah hasilnya. Anda boleh lihat sendiri perubahan yang admin lakukan. 

Admin menggunakan template percuma dari Arlina Design. Nama template dia, Minima Colored 3 Mag, memang khas untuk majalah. Antara cirinya yang paling admin utamakan adalah SEO friendly dan Responsive!

Aynorablogs Berubah Wajah Lebih Simple


Kini, aynorablogs sedang diubahsuai dan sesetengah link yang belum berfungsi. Namun admin percaya Minima Colored 3 Mag adalah template yang bagus kerana trafik PV blog maintain setelah ditukar pagi tadi. 

Antara ciri Minima Colored 3 Mag adalah:

Template Features: 

Blogger, Minimalist, Video, News, Gallery, Photography, Technology, Email Subscription Widget Ready, Tabbed Widget Ready, Blue, 3 Columns Footer, White, Page Navigation Menu, 1 Right Sidebar, Right Sidebar, Ads Ready, Seo Ready, Magazine, Post Thumbnails, Responsive, Social Bookmark Ready, Drop Down Menu, Clean, 1 Sidebar, 2 Columns.

View blog dari beberapa gadjet terpilih seperti mobile, tab dan desktop adalah seperti berikut:

Aynorablogs Berubah Wajah Lebih Simple 

Template dari sudut mobile view


Sejajar dengan impian tahun 2017 aynorablogs mahu tampil lebih produktif dan aktif, maka kami tampilkan blog dengan template yang lebih profesional.

Semoga anda terus menyokong aynorablogs - Inspirasi Wanita dalam apa jua keadaan samada jatuh atau bangun, gagal atau berjaya kerana andalah inspirasi kami.

Berbuat baik berpada-pada..., 
Tetapi jangan berhenti, ok..

2016/12/30

Kolum Baru Dalam Aynorablogs Tahun 2017

Kolum Baru Dalam Aynorablogs Tahun 2017. Selangkah ke depan, dalam tahun 2017 aynorablogs - Inspirasi Wanita akan menambah kolum baru dalam penampilan artikelnya. Jika sebelum ini kolum yang popular seperti Resepi, Petua, Kesihatan, Keluarga, Tazkirah, dan Himpunan Doa jadi pilihan utama pengunjung blog, kini pihak kami akan menampilkan 2 kolum baru untuk santapan pembaca blog ini.

Ada juga kolum tips sihat dan diet yang jadi perhatian pembaca blog. Semuanya adalah untuk ketrampilan dan penampilan wanita agar lebih segar, cergas, lembut dalam fitrahnya tetapi berjaya seperti seorang srikandi.

Kolum Baru Dalam Aynorablogs Tahun 2017




Pihak kami akan menampilkan kolum berikut sebagai sinambungan kesegaran blog;

1. Wanita Luar Negara - samada ia kisah kejayaan, inspirasi, kisah perjuangan yang menjadikan kaum wanita semangat bersemangat untuk melayari kehidupan.

2. Panduan Perkahwinan - Ia idea rakan kami yang merasakan perkongsian tips persediaan perkahwinan, barang hantaran, pelamin, dan yang berkaitan amat sesuai diketengahkan.

Setiap orang berubah. Dunia pun berubah. Jadi, blog ini juga perlu berubah seiring dengan perubahan masa. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Semoga perubahan kecil yang ditampilkan dapat membawa aynorablogs ke tahap yang lebih tinggi, satu masa nanti.

Teruskan menyokong kami dengan memberikan komen yang membina agar dapat kami jadikan panduan berblog dengan lebih tersusun dan kelihatan profesional dalam niche kami - inspirasi wanita!

Insyaa Allah, semoga keduanya berjalan lancar.

Petua Membuka Penutup Botol Yang Terlalu Ketat

Petua Membuka Penutup Botol Yang Terlalu Ketat. Anda selalu ada masalah nak buka penutup botol yang terlalu ketat? Bermacam-macam cara dah dilakukan tetapi masih tidak berjaya. Kadang-kadang boleh naik stress bila penutup botol buat hal, ya tak?

Jangan marah-marah. Saya ada cara tersendiri dan boleh dilakukan dengan mudah untuk membuka penutup botol yang terlalu ketat. Sila baca sampai habis...

Petua Membuka Penutup Botol Yang Terlalu Ketat 



Petua Membuka Penutup Botol Yang Terlalu Ketat


Ada 3 cara yang anda boleh lakukan untuk membuka penutup botol yang terlalu ketat:

1. Letakkan tutup botol di bawah pancuran air panas supaya tutupnya memekar.

2. Lilit gelang getah (rubber band) di sekeliling tutup botol. Kemudian buka tutup botol tersebut.

3. Nyalakan mancis dan panaskan di sekeliling tutup botol tersebut dengan api mancis. Cara ini akan melekangkan getah yang terdapat dalam tutup botol tersebut.

Ada juga yang gunakan hujung pisau untuk cungkil sudut tertentu penutup botol yang ketat itu. Setiap orang berbeza ragamnya. Ada juga yang guna garpu. Caranya lebih kurang sama dengan pisau tadi.

Selamat mencuba.

2016/12/29

Grab.my Saingan Kepada Uber?

Grab.my di Malaysia. Grab.my Saingan Kepada Uber? Saya tak pernah pun cuba perkhidmatan Grab.my. Kalau Uber ada juga guna sekali sekala. Oleh kerana Grab.my ni muncul dalam CPUV Nuffnang, saya pun cari maklumat tentangnya. Adakah ia serupa dengan Uber?

Bagus juga saya dapat CPUV Nuffnang, ada juga saya kumpul info tentang Grab.my. Ia lebih dikenali sebagai Grab Car ke,?



Grab.my Saingan Kepada Uber?


Persoalan yang saya nak cari jawapannya. Jom baca info yang saya jumpa tentang Grab.my.

Website sedang dikemaskini. Jadi saya dapat sedikit info daripada FB tentang Grab.my ni. Rupa-rupanya mereka aktif dalam kempen khidmat sosial seperti memberi derma kepada golongan yang memerlukan. Ada juga kempen memberi diskaun kepada penumpang/pelanggan Grab yang bertuah.

 

Anda juga boleh download aplikasi Grab untuk memudahkan urusan harian anda.

Tahukah anda juga boleh taip "Grab <location> pada carian Google dan anda boleh terus tempah perjalanan dari kotak carian. Senang, kan?
 
Berbalik kepada persoalan adakah Grab.my ni saingan kepada Uber? Bagi penulis, Grab dan Uber ada penggemar dan pelanggan masing-masing. Jika anda berada di kawasan yang tiada khidmat Uber, anda ada pilihan untuk gunakan Grab. Persaingan sihat sebenarnya... setuju tak?

Mengikut pengalaman penulis yang pernah guna Uber, ternyata tambang amat murah berbanding guna teksi. Murah sekali ganda tu!!

Walau apapun pilihan di tangan anda. Selamat Grab ya!

Panduan Mudah Cara Buat Air Jamu Kunyit

Panduan Mudah Cara Buat Air Jamu Kunyit. Bila sebut kunyit teringatlah waktu dalam pantang dulu, ibunda saya buatkan air kunyit campur asam jawa. Rasanya.., jangan cakaplah, hingga menitis air mata tika menelannya. Tapi sebab nak cepat sihat dan baik, maka hamba pun menurut perintah je.. hihi

Dah lama kami adik beradik kenal dengan jamu air kunyit yang disebutkan di atas. Sejak ibu kami melahirkan adik-adik yang lain, kamilah kakak yang sedang membesar tumpang minum jamu air kunyit buatan ibunda kami. Masa tu, rasanya ada manis masam sesedap rasa sebab ditambah sedikit gula. Haha.., tak terfikir pulak sebenarnya jamu air kunyit tidak bagus untuk wanita yang belum berkahwin, ditakuti memberi kesan kepada rahim @ peranakan. Wallahua'lam.

Panduan Mudah Cara Buat Air Jamu Kunyit



Panduan Mudah Cara Buat Air Jamu Kunyit


Panduan mudah cara buat air jamu kunyit ni teramatlah senang, macam tajuk artikel ni jugak. Panduan air jamu ini saya kongsikan dari rasa online, tempat saya merujuk pelbagai resepi menarik dan sedap selama ini.

BAHAN-BAHAN:

2 cawan air
4 ulas kunyit (dipotong kecil lebih kurang 2 inci)
1 ulas halia (saiz 2 inci)
1 biji buah manjakani
1 sudu besar pes asam jawa
1 sudu besar gula merah

Atau

Jika anda tak nak masukkan halia, dan buah manjakani pun boleh. Terpulang masing-masing. Khas untuk ibu dalam pantang.


CARA MENYEDIAKAN JAMU AIR KUNYIT:
1. Tumbuk kunyit dan biji manjakani. Halia dihiris nipis.
2. Kemudian direbus bersama air dan biarkan mendidih.
3. Apabila mendidih, masukkan air asam jawa dan didihkan lagi.
4. Masukkan gula merah dan biarkan air mengering sedikit. Tutup api dan sejukkan.
5. Tapis air jamu apabila sudah sejuk dan simpan dalam peti ais.

CARA MINUM:

2-3 sudu makan air jamu ini dicampurkan dengan 1/2 cawan air suam. Boleh diminum tiga kali seminggu.

CARA SIMPAN:

Simpankan dalam peti ais tetapi bukan untuk tempoh lama. Pati ini biasanya bertahan lebih kurang seminggu.

SYARAT MINUM:
1. Jamu ini sangat sesuai buat ibu baru bersalin, tetapi jika mahu diamalkan tunggu sehingga anak anda sembuh dari jaundis.
2. Boleh diminum secara konsisten oleh semua wanita untuk kesihatan dalaman dan memberi tenaga.
3. Jika anak dara, jangan tambahkan kunyit dan biji manjakani dalam pati jamu anda kerana dikhuatiri akan mengganggu sistem peranakan.

KEBAIKAN JAMU AIR KUNYIT


*Merawat luka dalaman kerana bersalin
*Membuang angin dalam badan
*Mengetatkan organ wanita
*Mengempiskan perut

Penutup

Kunyit memang banyak khasiatnya. Selain daripada penambah perisa dalam makanan, jamu air kunyit adalah antara resepi air herba berasaskan kunyit yang terlalu banyak khasiatnya. Untuk baca khasiat kunyit dalam kehidupan seharian kita, anda boleh baca pada pautan di bawah,



Selamat Tahun Baru Dunia 2017

Selamat Tahun Baru Dunia 2017. Apakah harapanmu untuk tahun baru 2017? Apakah azam dan tekad yang ditanam teguh dalam dirimu? Adakah ia demi kejayaan? Atau adakah ia azam tentang keamanan? Atau kamu mahu menambah kekayaanmu?

Bermimpilah! Mimpi-mimpi mu itu adalah percuma. Bila kamu ada impian, kamu akan lebih menikmati hidup.

Hidup pula penuh dengan warna warni. Ia bukan manis selamanya, terkadang ia diselitkan dengan rasa pahit, masam dan masin. Macam makanan yang kamu makan. Laluilah ia penuh berhati-hati. Semoga dalam 10 senarai impianmu itu, ada satu dua yang jadi realiti.

Selamat Tahun Baru Dunia 2017



Selamat Tahun Baru Dunia 2017


Admin dan aynorablogs mengucapkan selamat tahun baru 2017 kepada pembaca blog ini khasnya, dan seluruh dunia amnya. Terima kasih kerana membawa khabar bahagia kepada aynorablogs, pencapaian blog yang cemerlang adalah disebabkan adanya KAMU.

Aynorablogs tidak mampu mencapainya sendirian. Segala usaha, pelan perancangan akan hanya jadi catatan bisu atas kertas yang tidak bermakna apa-apa tanpa anda yang menggerakkannya. Anda semua adalah sumber inspirasi dan kejayaan kami.

Jika ditanya apakah azam tahun baru admin ya? Azam tahun baru mudah saja, nak KAYA, BAHAGIA, TENANG. Itu aje.

Semoga azam tersebut tercapai dalam konteks yang admin inginkan, seluas alam ciptaan Tuhan ini. Dan, mencakupi hidup sesudah mati.

Insyaa Allah.

Inspirasi Buat Isteri Yang Teraniaya, Kamu Sebenarnya Amat Beruntung...

Inspirasi Wanita - Semoga catatan berikut nanti tentang isteri yang dizalimi dan di aniayai oleh suami sendiri dapat membuka mata dan minda kita bahawa beruntungnya wanita sebegitu. Wanita memang golongan yang lemah tetapi jika mereka ada ilmu dan tahu bahawa mereka golongan yang beruntung, sudah tentu mereka bangkit dengan senyuman. Menerima dugaan dengan hati yang lapang.

Walaupun aku sendiri, aku tetap perlu berdiri. Wahai Tuhan, berilah aku kekuatan di sepanjang perjalanan - luahan wanita yang bersedih



Namun, penulis faham bukan mudah melakukannya. Bukan enteng mengatasinya. Semuanya memerlukan kesabaran amat tinggi. Tetapi, itulah kata inspirasi untuk wanita dan isteri yang rasa dirinya teraniaya.

Mari kita baca, hayati, renungi cerita di bawah tentang kesedihan, keluh kesah, penderitaan seorang isteri yang rasa dizalimi oleh suaminya.

Beruntunglah Wanita Yang Dizalimi Suaminya


Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu Tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya.

Syeikh: Apa keperluanmu wahai puan?

Isteri: Saya ingin mengadu kepada Tuan perihal suami saya.

Syeikh: Apa aduanmu itu?

Isteri:  Saya dianiaya dan dizalimi suami saya, tuan syeikh. Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya. Nafkah saya tidak ditunaikan Tuan. Makan minum saya tidak diendahkan Tuan. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan.

Tuan syeikh tersenyum. Isteri itu kehairanan.
Sedang hatinya dirundung sedih, Tuan Syeikh boleh tersenyum mendengar aduannya.

Syeikh: Wahai puan yang dirahmati ALLAH, *sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.*

Isteri: Hah??? Untung??

Syeikh: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung.
Kamu wanita dan isteri terpilih.

Isteri: Saya bernasib malang Tuan. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara Tuan. Kehidupan saya tunggang-langgang.

Syeikh: Sudahkah kamu berdoa wahai puan?

Isteri: Sudah Tuan. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.



Apabila kita Redha atas sesuatu yang mengecewakan hati kita maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tak dijangka...


Syeikh: Wahai puan, *ALLAH sedang mengujimu.*
ALLAH amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala.*

Tahukah kamu, bahawa ALLAH sangat dekat dengan doa orang2 yang teraniaya dan dizalimi. Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada ALLAH.*

Kerana apa?

Seorang Isteri Adalah Amanah


Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami. Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi ALLAH.

Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun ALLAH akan mendengar doamu itu wahai puan.

Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana ALLAH. ALLAH akan membantumu.

Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah wahai Tuan. Dia sudah lama meninggalkan aku dalam derita dan sengsara ini.

Syeikh: ALLAH..beruntungnya kamu wahai puan...

Isteri: Kenapa Tuan asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?

Syeikh: ALLAH...wahai puan, berapa umurmu sekarang ini?

Isteri: 40 tahun Tuan.

Syeikh: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?

Isteri: Saya tidak tahu Tuan. Itu kuasa ALLAH.

Syeikh: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?

Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.

Syeikh: Rasulullah saw yang mulia telah bersabda bahawa, umur ummatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja.  Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali pada-NYA. Andai kamu bersabar, segala derita itu akan ALLAH gantikan dengan SYURGA yang indah.




Tidakkah itu bermakna kamu beruntung?
Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di Akhirat nanti?

Isteri: Tentunya Tuan lebih tahu.

Syeikh: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang WAJIB dijaga dengan baik. Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami. Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa oleh azab ALLAH di akhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau deritai di dunia ini wahai puan....*

Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan 1000 tahun di dunia?

Selagi mana kamu TIDAK REDHA akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.

Isteri itu tertunduk.....*

Syeikh: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka ALLAH di akhirat nanti? Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri2 dan anak2nya sendiri. Mana2 hak isteri2 dan anak2 yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah Tuan. Mana mungkin dia akan ke neraka?

Ruginya Seorang Suami Yang Menganiaya Isterinya


Syeikh: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi ALLAH.

Bahkan boleh sehingga ALLAH menolak solatnya itu..

Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh ALLAH Ta'ala???

Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya Tuan? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka ALLAH?

Syeikh: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redho, maka dia tetap akan menanggungnya.
Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri.

Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu Selagi kamu TIDAK REDHA. Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.
Isteri itu diam.

Melihat isteri itu diam, Tuan Syeikh bertanya;

Syeikh: Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu?

Isteri itu menggelengkan kepala.

Syeikh: Adakah puan masih menyayanginya?
Isteri itu hanya membisu.

Syeikh: *Adakah kamu REDHA akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan?*

isteri itu masih diam.

Syeikh: Maha Suci ALLAH... *Suamimu itu bukan menganiaya dan menzalimimu wahai puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...*
Tuan Syeikh tunduk dan tiba2 mengalirkan air mata.
Dia menangis sebak.
Si-isteri berasa pelik, lalu bertanya;

Isteri: Kenapa tuan menangis?

Syeikh: Aku berasa sedih dan amat takut kepada ALLAH. Aku kasihan kepada suamimu itu.
Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka. Susah dan sukarnya menjadi seorang suami. Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak.

Untungnya kalian para isteri. Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja.Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat.

Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, MAAFKANLAH dia.

*Andai kamu TIDAK memaafkan dia dan TIDAK REDHA akan perbuatannya, maka tertanggunglah dibahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.*

Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji2 ALLAH yang disampaikan oleh Tuan Syeikh.

WaLlahu a'lam

Wahai isteri, jadikanlah iktibar daripada coretan di atas yang penulis kongsikan untuk direnungkan. Penulis pun seorang wanita, seorang isteri dan ibu.., jadi sedikit sebanyak apa yang diceritakan oleh wanita itu meninggalkan kesan mendalam kepada diri sendiri juga.

Semoga bermanfaat.

#sumber : FB

 
Lazada Malaysia

2016/12/28

Resepi Ayam Popcorn Masam Manis

Resepi Ayam Popcorn Masam Manis - Resepi yang dikongsi kali ini adalah ayam popcorn sweet sour. Menu berasaskan sos ni, budak-budak suka la.., kalau buat sweet sour atau masam manis udang, ketam.., memang sedap. Licin kuali dan periuk dikerjakan.

Sebelum itu, admin nak cerita sikit tentang persiapan naik sekolah. Sekarang dah hujung tahun, tinggal sehari dua naik sekolah. Macam-macam yang kena bayar. Pelbagai yuran perlu dijelaskan. Janganlah panik ya. Buat ikut kemampuan. Jika ada pihak hulur bantuan, terima dengan rasa syukur. Tak perlu rasa rendah diri. Sebab ada sesetengah ibu bapa yang malu nak ambil, rasa serba salah. Sebenarnya ibu bapa yang lain pun nak dapatkan bantuan tetapi SLIP GAJI angka atas kertas telah menyekat mereka menerima bantuan. Itulah dilemanya..

Resepi Ayam Popcorn Masam Manis 


Ha.., dah bebel sikit, jom tengok resepi yang admin nak share. Sedap sangat..., dah cuba mesti nak buat selalu..


Resepi Ayam Popcorn Masam Manis


Bahan-bahan:

1 kg isi dada ayam
300 gm tepung jagung
200 gm tepung gandum
1 biji telur - pukul kembang
1 labu bawang besar - dicincang
150 gm cili kisar
300 gm sos tomato
300 gm sos cili thai
250 gm sos plum
200 gm sos tiram
1 batang timun jepun - potong dadu
1 tin nanas - potong dadu
Garam dan gula

Cara Menyediakan Ayam Popcorn Masam Manis 


1. Isi dada ayam dipotong dadu, kemudian perap dengan lada putih dan garam.

2. Satukan tepung jagung dan tepung gandum dalam satu bekas. Celup ayam ke dalam telur, kemudian salut dengan tepung. Goreng sehingga ayam garing. Angkat dan ketepikan.

3. Tumis bawang besar sehingga wangi. Masukkan cili kisar, tumis sehingga masak. Tambahkan sos tomato, sos cili thai, sos plum, dan sos tiram. Gaul sebati.

4. Masukkan pula timun jepun, nanas serta isi ayam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Akhir sekali masukkan garam dan gula. Sebatikan rasa.

Selamat mencuba resepi Ayam Popcorn Masam ManisMemasak ayam popcorn sweet sour atau masam manis ni mudah, jika tak ada sos plum boleh tukar dengan jus lemon. Sos cili thai pun boleh tukar dengan sos cili biasa. Tak ada masalah.

Memasak dengan rasa & jiwa. Ok

Lazada Malaysia

Cashout Income Mobicow Kali Pertama

Cashout Income Mobicow Kali Pertama - Ramai juga blogger yang update tentang Mobicow. Dulu-dulu pun saya tak berapa faham apa itu Mobicow. Bila ada blogger yang update saya pun tergerak untuk mendaftar. Lagipun benda ni free, tak rugi pun mendaftar.

Bila dah join, saya lupa nak tengok Mobicow, samada untung atau rugi (tak ada rugi pun..), sampailah pada bukan Oktober saya tengok income dah cecah USD406.., masa tu baru terfikir nak cashout. Mata dah naik kelabu nampak duit tetiba banyak, kan..

Begitulah kisah permulaan saya dengan Mobicow.

Anda boleh tengok print screen yang saya kongsikan. Buat duit dengan Mobicow mudah aje sebenarnya..


Cashout Income Mobicow Kali Pertama Dapat MYR1,830.51





Jomlah daftar Mobicow untuk dapat income USD setiap hari. Jika sehari dapat USD1.50, tentu anda boleh dapat USD45.00 sebulan. Kemudian convert ke matawang MYR. Banyak juga dapatnya tu...




Anda boleh lihat income Mobicow saya untuk pertama kali cashout. Sila rujuk gambar di atas. Income tersebut saya dapat dari tempoh bulan April 2016 hingga November 2016. Anggaran sebulan dapat USD52.62. Alhamdulillah. Dapat cashout pulak pada hujung tahun, budak-budak nak naik sekolah. Boleh guna untuk tampung perbelanjaan yang terkurang sana sini. Ya tak?

Alhamdulillah. Tak nak ke daftar dengan Mobicow, macam saya. Kali pertama cashout dapat RM1,830.51.

Lazada Malaysia

2016/12/27

Daftar PropellerAds Percuma Dapat Income USD Setiap Hari

Jom Daftar PropellerAds Percuma Untuk Sumber Income USD Setiap Hari. Tahun 2017 dah nak sampai ni, adakah anda dapat capai impian anda sepanjang tahun 2016? Bagaimanakah pendapatan anda untuk tahun tersebut? Adakah kehidupan anda bertambah baik? Walau apapun yang anda hadapi, baik atau buruk, ia adalah pengajaran dalam hidup. Jika semuanya manis-manis belaka, ia bukanlah kehidupan namanya..., itu cuma mimpi!




Untuk tahun 2017, saya ada satu lagi sumber income pasif yang boleh anda ceburi. Ia tidak perlukan komitmen yang banyak. Nak daftar mudah saja.

Daftar PropellerAds Di Sini  

Propellerads 

Daftar PropellerAds Percuma Dapat Income USD Setiap Hari


Apa itu propeller ads? Bagaimanakah income boleh diperolehi dengan menjadi agen affiliate dengan dia orang? Baca sampai habis untuk tahu apa itu Propeller Ads? Mudah saja sebenarnya..

Anda hanya perlu pasang kod iklan Propeller Ads dalam template anda, ikut langkah-langkah yang diberikan. Bila telah siap install kod tersebut, blog/ site anda akan disahkan. Bila telah 'approved', anda sudah boleh terus menjana income. Walau satu hari income dia cuma USD0.50, tetapi bila trafik blog anda tinggi, ia turut meningkat sehingga USD1.45 sehari. Siapa tak nak, kan? Jangan biarkan blog anda sepi tanpa dapat buat income sikit pun.. haha..

Nah, tengok income saya setiap hari. Saya baru daftar pada 20/12/2016. Pada hari berikutnya dah dapat USD0.50. Hihi... alhamdulillah..

Daftar PropellerAds Untuk Sumber Income Setiap Hari

Lagi tinggi impression, maka peluang untuk orang klik pada iklan tersebut lebih tinggi. So, bagi sesiapa yang ada blog yang trafiknya lebih 100K sehari, mesti cuba PropellerAds ni dan Daftar sekali. Kalau ada 10 blog, tambahkan saja blog tersebut pada akaun anda. Lebih besar peluang anda untuk dapat income lebih tinggi berbanding saya..

PropellerAds adalah medium pengiklanan untuk mendapatkan wang daripada semua trafik yang diperolehi pada harga terbaik 100% daripada keseluruhan inventori, dari semua negara dengan iklan dibayar. Dengan senarai pengiklan yang luas di seluruh dunia menjadikannya mudah untuk memberikan anda satu penyelesaian pengiklanan yang lengkap untuk semua web/blog yang anda ada.

Senang cerita, daftar PropellerAds >> trafik banyak >> ada iklan singgah >> orang klik dan kita pun dapat income dari situ. 

Anda perlu mendaftar untuk dapat satu akaun dengan mengisi borang dan mula membuat wang mudah dengan PropellerAds. Sila pastikan bahawa laman web/ blog anda memenuhi kriteria dia orang seperti yang tertera di dalam Terma dan Syarat mereka.

Cara bayaran PropellerAds ada banyak antaranya Payooner, Wire USD, Wire EUR dan banyak lagi. Saya pilih cara Wire EUR dan bayaran cashout minima adalah $500. Kena tunggu la sikit...

Selamat mencuba. Tak cuba tak tahu, ya tak? Free aje pun..

Lazada Malaysia

2016/12/25

Kata Motivasi Untuk Wanita Yang Dikecewakan

Kata Motivasi Untuk Wanita Yang Dikecewakan. Tahun 2016 semakin menuju penamat. Teruskan maju ke hadapan, usah ditoleh semalam yang kecundang. Jangan ditangisi kelmarin yang sedih. Hidup seorang wanita banyak kekuatannya.

Koleksi kata motivasi untuk wanita, dari INSPIRASI WANITA. Koleksi kata-kata motivasi ini saya kompilasikan daripada berbagai sumber seperti tumblr, pinterest, facebook, google plus, majalah dan banyak lagi. Semoga lontaran kata motivasi di bawah ini mampu membangkitkan semangat positif dalam diri kalian, pembaca blog tersayang dan kaum wanita khasnya.

Kata Motivasi Untuk Wanita Yang Dikecewakan



Kata Motivasi Untuk Wanita Yang Dikecewakan


Duhai wanita, jangan berlarutan rasa kecewamu, usah biarkan kamu tewas dalam perjuangan hidup. Hiduplah dengan rasa penyesalan yang sekadarnya dan teruskan melangkah. Kamu harus kuat menerima dugaan. Kerana hidup bukan untuk sehari saja untuk ditangisi tetapi hiduplah seolah-olah kamu wanita terbahagia di muka bumi ini.

1. Wahai wanita, berjuanglah membunuh lara, tanpa harus mematikan jiwa - tumblr

2. Bila Allah aturkan pertemuan, mesti ada sebab yang tersimpan. Bila Allah aturkan perpisahan, mesti ada sebab yang Allah tetapkan. Bersabarlah.

3. Meskipun akhirnya kita belum tentu bahagia, tetapi setidaknya kita pernah tertawa bersama. Itulah sebuah harapan yang tertangguh.

4. Jangan terus tenggelam dalam kesedihan, apabila Allah mengambil semula apa yang dipinjamkanNya. Bersyukurlah kerana kita pernah memiliki. Dan bersabarlah apabila kita terpaksa melepaskan. Pasti Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Jika bukan di dunia, insyaa Allah, di akhirat sana.

5. Percayalah, satu hari nanti kamu pasti akan bertemu dengan seseorang yang tidak kisah tentang masa lalumu. Kerana, dia hanya ingin bersamamu di masa hadapan.

6. Kadang-kadang kamu kena biarkan hubungan itu runtuh, tangisan mu mengalir deras, dan kemudian mulakan semula kehidupanmu.

7. Akhirnya, berpesan dalam diri. Cinta sejati tak pernah mati, ia semakin kuat mengikut masa. Jika seseorang itu jodohmu, pasti dia akan kembali.

Seorang wanita yang dikecewakan bukanlah dia kalah dalam perjuangan menggapai bahagia. Dia bukan tewas dalam dunia kasih sayang yang dicari, sebaliknya wanita mengalah demi merawat hati sendiri. Bahagia boleh dicari lagi dengan kasih sayang yang hakiki, kasih dan rahmat Allah tidak pernah meninggalkan wanita yang dikecewakan.


Kata Motivasi Untuk Wanita Yang Dikecewakan

La Tahzan, Allah bersama kita...

Lazada Malaysia

2016/12/24

Resepi Kacang Buncis Tumis Dengan Telur

Resepi Kacang Buncis Tumis Dengan Telur. Resepi ini memang mudah, sedap dan murah. Jadi, kalau susah nak cari idea nak masak sayur apa hari ini, masaklah kacang buncis dengan telur tumis air. Pasti sedap.


Kacang buncis lebih kurang sama spesis dengan kacang panjang tetapi yang ini pendek sikit, warnanya jika masih muda agak hijau cerah tapi bila dah berwarna agak hijau tua, itu tandanya kacang buncis itu dah tua.Tak berapa sedap bila dimasak sebab ia keras sedikit. Bijinya pun dah keras.

Resepi Kacang Buncis Tumis Dengan Telur 


Bahan-bahan: 

1 bungkus kacang buncis
2 biji telur
1 biji bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
5 biji tangkai padi - dihiris
Sedikit ikan bilis - disiat
Garam, gula, serbuk perasa

Cara menyediakan Kacang Buncis Tumis Dengan Telur


1. Tumis bahan-bahan yang dihiris dan ikan bilis tadi hingga naik bau.

2. Masukkan kacang buncis, kacau hingga separuh masak. Masukkan setengah cawan air. Biarkan mendidih

3. Pecahkan telur dan kacau rata.

4. Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perisa, jika suka.


Kacang buncis tumis telur siap untuk dihidangkan. Mudah sekali menyediakannya tetapi rasanya tetap sedap. Campuran telur lagi menaikkan rasa lemak dan rangup kacang buncis anda. Boleh juga makan dengan roti. Sedap tau!!

Selamat mencuba.

  Lazada Malaysia

2016/12/23

Perancangan Aynorablogs Tahun 2017

Selamat Datang Tahun 2017 Daripada Aynorablogs. Selamat tinggal 2016. Kamu adalah kenangan. Kamu adalah pengajaran. Kamu mengajarkan sabar. Kamu membuatkan aku tabah. Kamu hadiahkan kejayaan. Kamu hadirkan tawa dan airmata. Kamu inspirasi wanita seperti aku untuk terus berjuang demi kehidupan yang kian mencabar.

Tak banyak yang saya pohonkan sekadar dengan rendah hati berdoa semoga di tahun ini seluruh umat Allah SWT diberi kesihatan, umur panjang, rezeki & kemudahan dalam hidup di atas dunia dan akhirat yang kekal. Aamiin.

Selamat datang tahun 2017. Semoga warna gelap awan lalu diganti dengan warna warni pelangi menerangi taman hidupku. Perkenankan doaku, Ya Allah..

Setiap kesukaran kan ada kemudahan pada hujungnya. Bersabarlah.

Perancangan Blog Tahun 2017 Aynorablogs 



Perancangan Aynorablogs Tahun 2017


Apakah bakal terjadi kepada Aynorablogs? Apakah perubahan yang bakal terjadi? Apakah pelan perancangan Aynorablogs untuk tahun 2017?


1. Menampilkan blog lebih segar dan ringkas.

2. Menghasilkan sekurang-kurangnya 1 artikel 1 minggu.

3. Meningkatkan SEO blog.

4. Meningkatkan pendapatan blog dengan cara menyertai lebih banyak program affiliate, memasang banner iklan yang sesuai dengan niche blog dan mengemaskini harga iklan di blog.

5. Terus istiqamah menulis sesuatu yang memberikan manfaat kepada semua orang.

6. Jika ada kesempatan, akan buat Giveaway, contest bloglist dan sebagainya bagi memeriahkan dunia blog Malaysia.

7. Berusaha keras untuk mencapai 100K pageviews (PV) sehari.

8. Mensasarkan pendapatan blog kepada RM2,500-00 sebulan melalui pelbagai sumber, seperti dinyatakan di atas, atas kapasiti saya sebagai blogger part time, hihi...


Baca: PENDAPATAN BLOG TAHUN 2017


9. Lain-lain pelan 2017 yang dirasakan sesuai akan ditambah dari semasa ke semasa.

Peace!!

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kejayaan AYNORABLOGS untuk tempoh 5 tahun yang lepas.

2016/12/22

Semakan Kadar Dividen Amanah Saham Bumiputera 2016

Semakan Kadar Dividen Amanah Saham Bumiputera 2016. Kerajaan telah umumkan kadar dividen ASB 2016 pada 22 Disember 2016. Ada yang suka, dan ada yang tak suka. Biasalah kecewa dengan kadar dividen ASB yang semakin mengecil setiap tahun. Tetapi itulah adat bermain saham, ada untung ada rugi.

Tetapi jika anda kurang puashati dengan kadar dividen ASB setiap tahun, mengapa tidak anda buat satu blog dan buat duit dengan blog anda itu. Buat blog pun free aje. Meh baca ebook tentang buat duit dengan blog.

BUAT DUIT DENGAN BLOG Klik Disini 


Semakan Kadar Dividen Amanah Saham Bumiputera  2016  


Semakan Kadar Dividen Amanah Saham Bumiputera 2016


Anda boleh semak kadar dividen ASB 2016 seperti di bawah.

Berikut adalah Kadar Dividen ASB 2016. Tak tahu cara kira kadar dividen ASB 2016? Lihat di bawah caranya.



Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pada hari Khamis, 22 Disember 2016 telah mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016

Agihan pendapatan ASB itu diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Sebelum itu, Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) telah memaklumkan bahawa urus niaga Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) akan ditangguhkan buat sementara waktu bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.

Tempoh penangguhan Urus Niaga tersebut bermula dari tarikh 22 Disember 2016 sehingga 2 Januari 2017.

Pembayaran Pendapatan Dividend Dan Bonus ASB ASN 2016 


Semakan kadar dividen ASB 2016 boleh dibuat mulai 3 Januari 2017 dengan membawa buku ASB masing-masing ke pejabat pos, bank yang terlibat dan pejabat ASNB di seluruh negara. Pembayaran pengagihan pendapatan (dividen) dan bonus berkenaan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit dan boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negeri mulai hari Selasa, 3 Januari 2017

  Lazada Malaysia

Fesyen Muslimah Yang Trendy Dari Sweet Muslimah

Fesyen Muslimah Yang Trendy Dari Sweet Muslimah. Penghujung tahun 2016 hampir tiba, banyak pengusaha produk buat sales berbaloi-baloi dengan diskaun tak masuk akal. Jika anda suka membeli belah online, anda boleh lawati Lazada, Tudung Si Comel, Bookcafe untuk buku-buku hot dan banyak lagi.  

Sempena hujung tahun 2016 ni, saya nak share baju muslimah trendy yang cantik dan selesa dari Sweet Muslimah. Banyak pilihan baju kurung, jubah, tudung dan skirt yang boleh dibeli, semuanya secara online.

Fesyen Muslimah Yang Trendy Dari Sweet Muslimah


Jika anda mahu beli baju kurung trendy dan tutup aurat, dengan kain yang selesa, anda boleh pilih-pilih daripada senarai baju di bawah:

1. Baju Kurung Najwa Murah 

Dijual pada harga murah, serendah RM129-00. Banyak pilihan warna yang menarik, tona lembut dan sangat selesa. Ada banyak saiz yang sesuai dengan pilihan anda. Ada saiz S, M, L, XL, 2XL, 3XL. Beli sekarang kerana mungkin ini stok yang terakhir dikeluarkan oleh SM.


Baju Kurung Najwa Murah - BELI DISINI


2. Baju Kurung Najwa Selesa Dan Murah


Fesyen Muslimah Yang Trendy Dari Sweet Muslimah

Baju Kurung Najwa Cantik Dan Kain Selesa - BELI DISINI

3. Kurung Najwa Trendy Sesuai Ke Pejabat 



Baju kurung Najwa sesuai ke pejabat - BELI DISINI 

Berminat tak? Ada banyak warna tau. Boleh belek-belek pada katalog Kurung Najwa di bawah. Jika anda tak tahu nak beli kat mana, jangan risau. Anda hanya perlu ikut langkah demi langkah yang di sarankan dengan klik pada pautan di bawah ini.

KATALOG KURUNG NAJWA - KLIK SINI
BAJU KURUNG NAJWA - BELI DISINI


Lazada Malaysia

Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 2017 Ke Maktab Tentera DiRaja

Permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja 2017. Bagi pelajar lepasan PT3 yang baru mendapat keputusan peperiksaan, anda boleh memilih mana-mana institusi pendidikan yang sesuai dengan minat dan keputusan yang diperolehi. Anda mungkin boleh mohon masuk MRSM, SBP, sekolah teknik dan sebagainya.

Bagi anda yang mendapat keputusan kurang cemerlang, janganlah berputus asa. Anda telah berusaha sedaya mungkin, tetapi nasib dan rezeki belum menyebelahi anda. Teruskan berusaha hingga anda mampu mencapai kejayaan pada masa hadapan. Gagal PT3 bukanlah akhir segala matlamat hidup. Ada kejayaan lebih besar menanti anda.

Info Maktab Tentera Diraja:

Maktab Tentera Diraja (Royal Military College) adalah sekolah yang ditubuhkan untuk melatih anak muda Malaysia untuk berkhidmat dengan ATM selepas mereka habis belajar. 

Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 2017 Ke Maktab Tentera DiRaja


Alamat: Maktab Tentera Diraja, Kem Sg Besi, Bandar Sri Kembangan, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Telefon: +60 3-9058 7212
Jumlah pelajar: 500

Permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja 2017


Satu lagi institusi yang boleh dipilih untuk melanjutkan pelajran ke tingkatan 4 tahun 2017 adalah Maktab Tentera Diraja (RMC). Ada syarat tertentu untuk melayakkan anda dipilih ke kolej berkenaan.

Syarat-syarat kemasukan:

 PT3 2016 = 7A termasuk BM, BI, MATH & SAINS.

Borang boleh diisi di: www.rmc.edu.my

Tarikh tutup permohonan: Sebelum 30 November 2016 Kemasukan Tingkatan 4 tahun 2017

Jika anda suka dan mahu rakan anda membaca tawaran kemasukan ke Maktab Tentera Diraja 2017 di atas, sila kongsikan kepada mereka.

Untuk maklumat lanjut:

Berita Permohonan Kemasukan ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) 2017 bagi pelajar lepasan PT3 yang dibuat melalui sebaran aplikasi Whatsapp dan laman media sosial adalah palsu.

Bahagian Promosi dan Pengambilan, Maktab Tentera DiRaja ketika dihubungi Malaysiannews menafikan sebaran iklan tersebut yang mengumumkan tarikh tutup permohonan pengambilan pelajar ke MTD Sebelum 30 Disember 2016 bagi kemasukan Tingkatan 4 tahun 2017.

Menurut MTD, pengumuman pengambilan sebenar adalah pada 3 bulan yang lalu dan ditutup pada tarikh 30 November 2016.
Sebarang pertanyaan mengenai pengambilan pelajar, boleh hubungi operator di talian 03-8946 5555 dan mohon sambung ke Bahagan Promosi dan Pengambilan MTD pada waktu pejabat sahaja dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang, Isnin hingga Jumaat.

MTD meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan lagi berita tersebut kerana ia boleh mnimbulkan kekeliruan kepada masyarakat terutama golongan pelajar dan sebarang pertanyaan atau maklumat boleh terus berhubung dengan Bahagian tersebut. - Ralat

Selamat berjaya kepada calon yang memohon.

Lazada Malaysia

2016/12/21

Doa Hindari Dari Fitnah Dan Prasangka

Doa Hindari Dari Fitnah Dan Prasangka. Alhamdulillah kerana saya masih bertemu dengan anda lagi dalam blog kecil ini. Tiada lain yang saya harapkan melainkan kita semua masih dalam pelukan kasih dan rahmat Illahi. Saya pun masih diberikan kesihatan yang baik untuk terus menulis sesuatu untuk anda semua.

Sesuatu yang boleh membahagiakan diri di akhirat nanti.

Doa Hindari Dari Fitnah Dan Prasangka

Hidup tak sunyi dari dugaan. Antaranya dugaan menghadapi fitnah duniawi. Namun jangan berputus asa jika hidup dihadapkan dengan ujian difitnah, kerana hikmahnya Allah sedang menyediakan kita dengan sesuatu, hanya Dia Maha Mengetahui.

Doa Hindari Dari Fitnah Dan Prasangka


Untuk menghindari bahaya fitnah, digalakkan membaca Surah Al Mumtahannah ayat 5.  


Doa hindari fitnah dalam bahasa arab;

رَبَّنَا لا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Berikut adalah lafaz ayat tersebut dalam rumi.

"Robbanaa laa taj'alnaa fitnatalladzina kafaruu waghfirlanaa, robbanaa innaka antal 'aziizul hakim." 

Maksudnya:  "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi orang-orang kafir, dan ampunilah kami Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Lazada Malaysia