Header Ads

Cara Berhenti Kerja dengan Betul


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Cara Berhenti Kerja dengan Betul
Cara Berhenti Kerja dengan Betul - Artikel ini adalah berkaitan cara berhenti kerja yang betul. Ramai orang menyangka bahawa berhenti kerja boleh dibuat sesuka hati dan tanpa ikut proses yang betul. Tahukah anda bahawa berhenti kerja yang tidak mematuhi etika dan peraturannya boleh menyebabkan reputasi anda tercalar dalam jangka masa panjang.

Cara Berhenti Kerja dengan Betul


Ada ketika, bila anda memohon kerja baru, majikan baru anda akan menyemak latar belakang kerja anda dengan syarikat lama. Jika rekod anda cantik, tiada masalah yang akan timbul. Insyaa Allah..
   

Ada banyak sebab seseorang itu berhenti kerja. Antaranya:
a) mendapat kerja baru
b) komitmen yang tinggi dengan keluarga
c) masalah peribadi
d) bergaduh dengan bos
e) bergaduh dengan rakan sekerja
f) pecah amanah
d) dan banyak lagi

Walau apapun sebab anda berhenti kerja, lakukanlah dengan cara yang betul.

Cara-cara Berhenti Kerja Yang Betul 


1. Maklumkan kepada ketua jabatan atau pengurus anda terlebih dahulu

2. Tulis surat rasmi kepada majikan anda, melalui ketua jabatan atau pengurus
3. Siapkan semua kerja yang telah dipertanggungjawabkan kepada anda
4. Serahkan tugasan yang belum selesai kepada rakan sekerja yang berkenaan
5. Memohon maaf kepada semua rakan sekerja, usah bermusuh dengan rakan anda. Mungkin satu masa nanti anda memerlukan buah fikiran mereka di tempat baru
6. Hadiri farewell party atau majlis perpisahan yang diadakan untuk anda
7. Pulangkan kembali barangan pejabat atau tempat kerja yang dipinjamkan kepada anda seperti kereta, motor ataupun peralatan pejabat yang mahal
8. Maafkan, halalkan dan redhakan segala ilmu yang telah anda tinggalkan di tempat lama.
9. Mulakan hidup baru dengan semangat baru di tempat kerja yang baru

Semoga perkongsian cara-cara berhenti kerja yang betul di atas dapat membantu anda untuk lebih berfikiran matang dalam sesuatu urusan. Tempat kerja adalah tempat kita cari makan, cari rezeki yang halal. Jadi, anggaplah tempat kerja adalah ladang tempat kita mengumpul bekalan ke akhirat.

#sumber: Inspirasi Wanita

 

No comments

Please comment with courtesy..

Powered by Blogger.