Header Ads

Fattah Amin Dan Fazura Selamat Bernikah Pada 27 Oktober 2017


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Fattah Amin Dan Fazura Selamat Bernikah Pada 27 Oktober 2017
Fattah Amin Dan Fazura Selamat Bernikah Pada 27 Oktober 2017. Ya. Berita benar. Bukan propa atau gosip hiburan nak lariskan jualan akhbar atau nak naikkan trafik blog ya.. ❤

Fattah Amin Dan Fazura Selamat Bernikah Pada 27 Oktober 2017

Fattah Amin Dan Fazura Selamat Bernikah Pada 27 Oktober 2017

Mengikut laporan Beautifulnara, mstaronline, Astro Gempak dan Berita Harian, berita benar itu telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan Fazura sendiri iaitu Universal Music. Tahniah buat pasangan popular tersebut.

Akhirnya #fattzura menemui bahagia yang mereka cari.

Doa-doa peminat yang baik akhirnya dimakbulkan Allah.

Baca berita penuhnya di bawah.

Peminat #FattZura kini boleh bergembira kerana idola mereka, Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura Shariffuddin, 34, telah selamat melangsungkan pernikahan di sebuah hotel di ibu negara pada 9.50 malam tadi.

BH Online melaporkan, Fazura sah bergelar isteri Fattah dengan sekali lafaz, dalam majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat itu.

Fazura dikatakan mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini, disolek oleh Sheila Mohamed dan Fattah telah mengenakan baju Melayu.

Kita tunggu sahaja pengesahan dari pasangan ini nanti. Penulis pasti ramai tidak sabar untuk melihat video dan gambar dari majlis pernikahan yang dibaratkan seperti pasangan Song Joong Ki dan Song Hye Gyo yang juga mula bercinta di lokasi penggambaran drama dan berakhir dengan ikatan perkahwinan. Tahniah diucapkan! – beautifulnara.com

Pihak mStar mendapati perkarangan hotel tenang saja cuma pada 8.00 malam sepasang individu berbaju kurung dan baju melayu warna turquoise dilihat muncul dipercayai untuk ke majlis pernikahan tersebut. Pasangan itu disambut oleh seorang lelaki dengan pakaian baju Melayu warna yang sama menyambut dua individu berkenaan untuk naik ke tingkat 29.

Hasil pemerhatian wakil mStar Online lagi, keadaan di perkarangan hotel juga tenang dan hanya pada pukul 8 malam dua individu lengkap berpakaian baju kurung dan baju Melayu berwarna turquoise muncul di lobi dipercayai hadir untuk ke majlis itu.

Namun begitu, hanya mereka yang mempunyai kad akses sahaja boleh ke tingkat berkenaan. Tetapi kesahihannya tidak dapat dipastikan.

Sebelum ini pasangan itu pernah memberitahu akan berkahwin hujung tahun ini dan mengadakan dua majlis resepsi pada tahun hadapan, untuk keluarga dan untuk peminat. Jika benar, tahniah diucapkan.

No comments

Please comment with courtesy..

Powered by Blogger.