Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/03/31

Aku Hadiahkan Sebuah Doa

Aku Hadiahkan Sebuah Doa. Kerana hanya itu yang kekal di langit ke tujuh selamanya. Kerana, jika diberikan mawar mewangi, ia akan layu jua. Hadiahkan sebuah doa, agar dirimu sahabat sentiasa dalam kesejahteraan, ketenangan, kebahagiaan.., di mana jua dirimu berada.

Semoga sahabat pembaca blog ini dikurniakan umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, rumah tangga yang membahagiakan, hidup yang dirahmati. Jadilah hamba yang solihin dan contoh terbaik kepada ahli keluarga dan sahabat semuanya.

Aku Hadiahkan Sebuah Doa

Aku Hadiahkan Sebuah Doa


Aku tidak menghadiahkan kepada Keluargaku dan Sahabatku Matahari dan Bulan kerana keduanya akan hilang (dengan pergantian siang dan malam...)

Aku tidak menghadiahkan kepadamu lilin dan ais,  kerana keduanya akan meleleh.

Aku tidak menghadiahkan kepadamu Bunga dan Mawar kerana keduanya akan layu.

Namun aku menghadiahkan untukmu sebuah doa,

                            سبحان الله
               والحمدلله
              ولا إله إلا الل
              والله أكبر

Kerana hadiah itu kekal untukmu di timbangan (Akhirat).

Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung untuk diriku dan dirimu:

Agar menjauhkan dari kita semua  3 perkara..
✔Kefakiran
✔Kesempitan
✔Kekeliruan

Dan menjaga untuk kita 3 perkara..
✔Diri kita
✔Keluarga kita dan
✔Agama kita

Dan membahagiakan kita dengan 3 perkara..
✔Luasnya Rezeki
✔Syukur Nikmat
✔Panjang Umur..

Dan memalingkan kita dari 3 perkara.
❌Neraka Jahannam,
❌Mata yang Dengki,
❌Bara Kebencian

Dan membantu kita kepada 3 perkara
✔MengingatNya
✔MensyukuriNya
✔Ibadah kepadaNya


Semoga Allah membahagiakan waktu waktu kita dengan segala kebaikan dan Vitamin (ص) 💊 iaitu :
- Shoum (puasa)
- Sholat
- Shodaqoh
- Shobar
- Shilaturrahim
- Shiddiq
- Shahabat Sholih/ah

Bacalah doa ini di dalam sujud.
(Dalil Al Quran):

"Maka kami qabulkan doanya dan Kami selamatkan dia daripada kedukaan. Dan demikianlah  Kami menyelamatkan  orang-orang yang beriman. (Qs Al Anbiya' 88 )

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْت
سُبْحاَنَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِي
آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن


2017/03/30

Slot Samarinda TV3 Sinopsis Menanti Februari

Slot Samarinda TV3 Sinopsis Menanti Februari. Misteri Wan Peah dah pun tamat siarannya. Kini slot Samarinda itu digantikan dengan drama baru bertajuk MENANTI FEBRUARI. 

Menanti Februari adalah sebuah drama terbitan Sha's Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Ayie Mustafa. Drama menarik ini menampilkan gandingan heroin berkulit putih Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin dan Afiq Muiz sebagai pelakon utama. Drama bersiri Menanti Februari dijadual bersiaran dalam awal April ini.

Info Drama Menanti Februari 


JUDUL : MENANTI FEBRUARI
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : April 2017
SIARAN : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Ayie Mustafa
TERBITAN : Sha's Media Sdn.Bhd

PELAKON : Nur Fathia Latiff, Zul Ariffin, Afiq Muiz, Wan Nor Azlin, Riz Amin

Watak dilakonkan adalah seperti berikut, Fathia Latiff sebagai Fiza, Zul Ariffin sebagai Arie dan Afiq Muiz sebagai Edy.

Sinopsis Drama Menanti Februari Slot Samarinda TV3


Samarinda TV3 Sinopsis Menanti Februari


Mengisahkan Arie yang berkahwin dengan Fiza atas dasar cinta sehingga menyebabkan Edi, rakan baik kedua mereka memendam rasa. Namun, kebahagian yang diharapkan oleh Fiza tidak kesampaian apabila Arie terlalu taksub dengan kerjanya sehinggakan mengabaikan perasaan Fiza. Bagaikan satu kebetulan, segala kejadian manis dan peristiwa pahit antara Arie dan Fiza berlaku dalam bulan yang sama, iaitu di bulan Februari. 

Namun, takdir penentu segalanya apabila Arie hilang dalam kemalangan di lautan sehingga hilang selama 6 bulan lamanya. Dalam masa 6 bulan itu, Fiza dan Edi semakin rapat dan akhirnya kedua mereka pula bersatu sebagai pasangan suami isteri. Takdir menentukan, apabila Arie ditemui selamat namun terpaksa menghadapi Fiza dan Edi, yang telah disatukan sebagai pasangan suami isteri. Arie tetap mahukan Fiza kembali kepadanya kerana ingin menebus kembali kesalahannya sebelum ini. #sumber 


Sinopsis drama Menanti Februari yang telah dikemaskini. Menanti Februari adalah kisah pilihan seorang wanita untuk memilih antara suami dan bekas suaminya. Saya ambil beberapa petikan dialog dari dalam drama ini, 

"Biar tahun berganti, Februari juga yang ku nanti"

"Kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak punya apa-apa,  Kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya."

Siapa pilihan Fiza? Edy atau Arie?

Lagu tema drama Menanti Februari dinyanyikan Kumpulan Forteen berjudul Apa Ini Cinta. Lagu ciptaan kompser Edry Abdul Halim ini mengisahkan kekeliruan perasaan yang baharu ingin bercinta.

Lagu ini bakal menjadi lagu tema Menanti Februari yang bakal ditayangkan pada awal bulan April ini di Slot Samarinda TV3 pada pukul 10 malam, Isnin - Rabu.

Semoga drama Menanti Februari memberikan ruang pengajaran kepada kita yang menonton drama ini. Ambillah yang baik daripadanya.

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Lazada's Big Baby Fair Blogger Contest - Lazada Big Baby Fair ini ada diskaun sehingga 85% untuk barangan bayi terpilih untuk bayi anda. Woww! Geramnya.. boleh beli macam-macam barangan bayi anda di Lazada nanti. Boleh buat stok pampers, susu formula, baju dan banyak lagi.


Anda berpeluang menikmati diskaun sehingga 85% untuk pelbagai barangan termasuklah lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi. Antara jenama terkemuka yang para ibu bapa atau rakyat Malaysia boleh dapatkan sepanjang kempen “Lazada Big Baby Fair” termasuklah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku, Fisher Price dan banyak lagi.

Kenapa saya join Lazada's Big Baby Fair Blogger Contest ni agaknya? Selain daripada diskaun besar yang ditawarkan, pemenang Lazada's Big Baby Fair Blogger Contest akan dapat Shopping Voucher. Tak nak ke? Lagipun join contest pun percuma. Contest akan berlangsung dari 27 March hingga 2 April 2017 (11.59pm).

Lazada's Big Baby Fair Blogger Contest


Antara syarat sertai contest ini adalah setiap blogger kena jawab soalan-soalan berikut:

a. Apakah jenama diapers kegemaran untuk bayi anda?

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Jenama kegemaran kami adalah Huggies. Lapisan dalamnya yang lembut dan direka sesuai dengan kulit bayi yang nipis amat selesa dipakai oleh bayi kami. Huggies ada pelbagai saiz dan ini membolehkan bayi kami menggunakan Huggies mengikut keperluan usianya. Lagipun, harganya mampu milik membuatkan kami setia dengan jenama Huggies dari dulu lagi.

b. Apakah susu formula pilihan anda untuk bayi anda?

Susu formula kegemaran kami pula adalah susu Anmum Essential. Keluarga kami telah menggunakan susu formula Anmum Essential sejak dari anak pertama dan kedua. Susu Anmum Essential memang amat bagus untuk tumbesaran minda anak terutamanya pada usia seawal 1 tahun. Lagipun rumusan barunya tanpa gula tambahan amat sesuai untuk bayi kami.     

Susu Anmum Essential 

c. Pilih 1 produk daripada Lazada Malaysia yang mahu diberikan kepada bayi anda? 

Kami ingin sekali menghadiahkan anak kami dengan King Size Multifunctional Wardrobe - Red, yang amat praktikal bagi memenuhi ruang bilik bayi kami. Selain warnanya yang menawan, kami pasti King Size Multifunctional Wardrobe mampu memberikan ruang bilik yang selesa kepada anak kami. Kami boleh menyimpan barangan dan pakaian bayi dengan selamat.

King Size Multifunctional Wardrobe - Red
Contest yang terbuka untuk para blogger ini berlangsung dari 27 March sehingga 2 April 2017. Jom ramai-ramai blogger join contest Lazada Malaysia Big Baby Fair yang menawarkan Baucar bernilai RM600 kepada 6 orang blogger yang bertuah/ pemenang. Pemenang dipilih secara random ya...
Join contest jom! >>>>>>> Lazada's Big Baby Fair Blogger Contest

2017/03/28

Gema Gegar Vaganza Pilih Siti Nordiana Jadi Hos

Gema Gegar Vaganza Pertaruhkan Lagu Unsur Ketuhanan. Astro pilih Siti Nordiana jadi hos. Astro Oasis akan memastikan program pertandingan realiti nyanyian pertama siaran saluran terbabit, Gema Gegar Vaganza (GGV), yang mempertaruhkan lagu ketuhanan menepati syariat Islam.

Untuk penganjuran kali pertama ini, pentas Gema Gegar Vaganza akan digegarkan oleh barisan penyanyi yang pernah mewarnai industri hiburan tanah air selain mempunyai portfolio seni yang hebat.

Pertandingan ini turut menerapkan format dan konsep sama dengan elemen yang sinonim seperti persembahan pembukaan oleh pengacara dan kejutan.

Gema Gegar Vaganza Pertaruhkan Lagu Unsur Ketuhanan


Dalam musim pertama GGV ini, membariskan empat peserta berkumpulan iaitu Hijjaz, Saujana, Mirwana dan UNIC selain enam penyanyi solo yang terdiri daripada Hafiz Hamidun, Ana Raffali, Bienda, Azmi Caliph Buskers, Izam EYE serta Wani. 

Program realiti nyanyian ini menampilkan Farihin Abdul Fatah dan selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi, selaku juri tetap. 

Gema Gegar Vaganza Pilih Siti Nordiana Jadi Hos

Program yang diadili sepenuhnya juri profesional termasuk seorang juri undangan mingguan itu bakal dikendalikan oleh Siti Nordiana, Achey (Bocey) serta Fikri (Lawak Solo). Best jugak ada Siti Nordiana, harap pengacaraan lebih matang dan dalam batas syariat Islam.

Orang ramai boleh mengikutinya menerusi saluran Astro Oasis (106), Maya HD (134), Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Sepuluh peserta berkenaan akan memulakan cabaran selama lapan minggu dengan episod pertama pada 8 April 2017 depan yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB Cheras, mulai jam 9 malam.

Juara Gema Gegar Vaganza bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.

Naib juara pula akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 beserta trofi manakala hadiah tempat ketiga akan mendapat wang tunai bernilai RM20,000 beserta trofi.

Tempat keempat pula bakal meraih wang tunai RM10,000 beserta trofi dan pemenang bagi kategori ‘Pilihan Penonton’ yang diundi menerusi sistem dalam talian pula akan membawa pulang wang tunai RM5,000.

Selamat menonton.

2017/03/27

Usahlah Memandang Hina Orang Lain Seolah Amalanmu Paling Diterima

Usahlah Memandang Hina Orang Lain. Usahlah bersangka Seolah Amalanmu Paling Diterima Allah. Sedangkan tahukah kamu amalan yang mana satukah diterima? Segala tulisan dalam artikel ini adalah sebuah coretan peringatan kepada diri sendiri, sahabat handai dan rakan pembaca blog ini.

Sebagai manusia biasa yang tak sempurna, kita sering tersalah anggap dan menyangka bahawa dalam banyak perkara, kitalah yang betul. Tanpa sedar kita pun merasa diri lebih baik hingga ada ketikanya kita memandang hina pada orang lain yang kurang bernasib baik. Ada waktu-waktunya perasaan riak, ujub, bangga diri dan sebagainya menjadi raja dalam diri. Sedarlah! Bangunlah dari mimpi mengerikan ini... kerana Allah menghakimi kita dari semua segi, melihat hati dan fikiran kita. Jadi, hanya Allah saja yang berhak memberikan tempat dimanakah kita sebenarnya kini dan esok lusa. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Usahlah Memandang Hina Amalan Orang Lain


Imam Ibnu Qoyyim al-Jauziyah rahimahullah telah berpesan:
                             
Usahlah Memandang Hina Orang Lain Seolah Amalanmu Paling Diterima
Tidak layak seorang merasa bangga
 dengan amalnya, kerana
 sesungguhnya dia tidak
tahu amal yang mana
yang Allah akan terima?"
             
"Jika Allah mudahkan bagimu mengerjakan solat malam, maka janganlah memandang rendah orang-orang yang tidur."

"Jika Allah mudahkan bagimu melaksanakan puasa, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak bepuasa dengan tatapan menghinakan."

"Jika Allah memudahkan bagimu pintu utk berjihad, maka janganlah memandang orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan meremehkan."

"Jika Allah mudahkan pintu rezeki bagimu, maka janganlah memandang orang-orang yang berhutang dan kurang rezekinya dengan pandangan yg mengejek dan mencela. Kerana itu adalah titipan Allah yang kelak akan dipertanggungjawabkan."

"Jika Allah mudahkan pemahaman agama bagimu, janganlah meremehkan orang lain yg belum faham agama dengan pandangan hina."

"Jika Allah mudahkan ilmu bagimu, janganlah sombong dan bangga diri kerananya. Sebab Allah lah yang memberimu pemahaman itu."

"Dan boleh jadi orang yang tidak mengerjakan qiyamul lail, puasa (sunnah), tidak berjihad, dan sepertinya lebih dekat kepada Allah darimu."

"Sesungguhnya jika engkau terlena tidur semalaman dan pagi harinya menyesal... lebih baik bagimu daripada qiyamul lail semalaman namun pagi harinya engkau "merasa" ta'jub dan bangga dengan amalmu. Sebab tidak layak seorang merasa bangga dengan amalnya, kerana sesungguhnya dia tidak tahu amal yang mana yang Allah akan terima?"

Alhamdulillah.

Semoga perkongsian ilmu di atas dapat dijadikan motivasi dan inspirasi kepada kita semua. Jangan jadikan kelebihanmu di dunia menjadikan kekuranganmu di akhirat nanti. Sebaliknya, bawalah kelebihan di dunia untuk keuntungan di akhirat nanti.

Insyaa Allah..

2017/03/25

Cara Optimumkan Iklan Adsense Di Blog

Cara Optimumkan Iklan Adsense Di Blog Untuk Income Lebih Bagus. Iklan Adsense memang amat berbaloi letak di blog jika ia dilakukan dengan betul dan dimanfaatkan dengan semaksima mungkin. Pihak Google Adsense kerap juga mengirimkan panduan cara untuk kita jana income lebih tinggi daripada biasa. 

Kebelakangan ini iklan Adsense saya macam kurang menyengat berbanding pada bulan Januari dan Februari 2017. Mengapa agaknya ya? Adakah blog saya dan kurang berkualiti berbanding sebelum ini? Ataupun sebab saya jarang update blog? Saya pun kurang pasti. Namun, saya tak tunggu dan lihat saja sebaliknya saya buat sedikit pembaharuan dengan tukar template dan perletakan iklan Adsense dalam blog. Alhamdulillah.. ada perubahan dan peningkatan hasil iklan Adsense dalam blog. 

Cara Optimumkan Iklan Adsense Di Blog


Ada sebahagian unit iklan Adsense kita tidak muncul seperti sepatutnya. Jadi pengunjung blog pun tak nampak iklan tersebut. Itu sebabnya jumlah klik kurang dan memberikan kesan pada pendapatan Adsense kita. 

Cara Optimumkan Iklan Adsense Di Blog

Advertisers atau pengiklan pasti mahu iklan mereka jadi pilihan pengunjung dan diletak pada bahagian yang paling strategik dalam blog. Dengan letakkan unit iklan pada tempat paling straregik, maka peluang anda untuk jana income yang baik pasti tidak mustahil. 

Blog anda pun jadi pilihan utama Pengiklan! Best kan?? Jadi, apakah caranya optimakan iklan Adsense anda?

Letakkan unit iklan pada bahagian paling bawah skrin, betul-betul di atas lipatan akhir skrin telefon anda. 

Iklan paling banyak dilihat adalah iklan berbentuk vertikel atau membujur kerana ia akan lebih lama di view dalam telefon bimbit berbanding unit iklan yang lain. 

Gunakan template yang ringan, laju dan responsive bersama-sama dengan unit iklan yang responsive juga. Kerana kedua-dua kombinasi tersebut membolehkan iklan di lihat lebih lama dalam keadaan apa jua peranti samada desktop ataupun telefon bimbit.

Ok. Itulah serba sedikit cara optimumkan iklan Adsense anda agar dapat untung lebih tinggi dari biasa. 

Selamat mencuba! ~ selamat berjaya~

2017/03/24

Sesungguhnya Ketika Kamu Memberi Kamu Mendapatkan Kebahagiaan Tak Terhingga

Pedoman yang baik untuk di kongsikan. Sesungguhnya Ketika Kamu Memberi Kamu Mendapatkan Kebahagiaan Tak Terhingga. Begitulah perasaannya bila anda memberi. Mungkin anda baru lepas memberi sedekah al Fatihah kepada orang-orang tersayang. Bukankah selepas itu kamu berasa lega. Bukankah sebaik kamu bersedekah kepada orang miskin secara senyap-senyap kamu berasa sangat gembira. Itulah nikmat kebahagiaan memberi yang tak terhingga, apatah bila kita tahu mereka yang kita bantu itu dapat menyelamatkan nyawa anak yang memerlukan.

Memberi bukan semata-mata wang ringgit dan kebendaan. Memberi amat luas pengertiannya, semoga kita menjadi antara hambaNya yang selalu berebut-rebut untuk memberi daripada mengambil sesuatu yang bukan hak kita.

Bahagia memberi

Sesungguhnya Ketika Kamu Memberi Kamu Mendapatkan Kebahagiaan Tak Terhingga


~ Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah ~

Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut.

Mereka kelihatan sebagai kawan yang sangat akrab walaupun dengan perbezaan usia yang sangat nyata. Inilah keistimewaan seorang murabbi yang ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yang sangat usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang pokok? Dia datang, pasti terkejut. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he...”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yang susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang itu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun itu?"

Pemuda itu terpegun dengan cadangan gurunya, bersetuju dan segera berjalan untuk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon..

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dengan peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang di tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun. Ada beberapa keping di dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir-hampir pucat melihat wang yang lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya, mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa-apa pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara:

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia
dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yang kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Hari ini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.

Gurunya meneruskan,

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha untuk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja. Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku!

Secara umumnya, perbuatan memberi patut dijadikan amalan seharian dan bukannya menanti sesuatu untuk mengambil daripada yang bukan hak kita. Selagi ada kudrat dan akal untuk berusaha, lakukanlah pemberian seikhlasnya walau sekadar sebuah doa.

Wallahua'lam.

Resepi Bubur Kacang Biji Sagu Menambat Hati

Jom kongsi resepi bubur kacang hijau kegemaran kami sekeluarga. Nak buatnya mudah dan kos pun murah. Kalau ada durian.. itu dah dikira bonus.

Resepi Bubur Kacang Biji Sagu Menambat Hati. Hihi.. tajuk tak nak kalah kut! Mestilah nak letak nama resepi yang sesedap mata memandang dan rasanya. Saya pakar tau masak bubur kacang (hijau) dengan sagu biji. Kalau masak bubur kacang hijau mesti nak letak sagu biji, lagi-lagi yang warna warni. Memang menambat hati sungguh!

Segala jenis bubur samada nasi atau kacang memang ada penggemarnya kat rumah kami. Seminggu sekali mesti kena masak antara keduanya. Nak kata apa, layan aje lah.. bukan susah pun nak buat.

Resepi Bubur Kacang Biji Sagu Menambat Hati


Bahan-bahan:

Kacang hijau - anggaran RM2
Gula melaka @ gula merah - anggaran RM1
1 tangkai daun pandan
1 bungkus santan kotak (kotak kecil)
Segenggam biji sagu
Gula pasir secukupnya
1 inci halia - hiris kasar
Sedikit garam (untuk rasa lebih lemak)

Cara menyediakan Bubur Kacang Biji Sagu Menambat Hati


Resepi Bubur Kacang Biji Sagu Menambat Hati

1. Rendam kacang hijau semalaman dan rebus sehingga empuk. Saya masukkan sekali garam, halia.

2. Bila kacang dah empuk, masukkan santan cair, gula pasir, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk kacang hijau tadi dan masak sehingga mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan pula sagu.

3. Akhir sekali masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul.

4. Perasakan bubur kacang anda, supaya kuah dapat menyeimbangi rasa manis dan lemak masin.

5. Tambahkan air jika kuah terlalu pekat. Angkat dan hidangkan bubur kacang hijau bersama roti atau makan begitu sahaja.

Siap pun! Jom cuba. Anda tak rugi ikut resepi bubur kacang biji sagu menambat hati ini. Kongsikan pada rakan-rakan jika suka! Bye!


Petua Mudah Tajamkan Mata Pisau Yang Tumpul

Cara mudah tajamkan mata pisau. Dah lah mudah tapi murah. Guna benda-benda kat dapur je, semuanya sedia ada. Jangan risau dan stress ya bila mata pisau agakk tumpul bila nak guna.. hehe
Petua Mudah Tajamkan Mata Pisau Yang Tumpul. Petua orang dapur ni ada macam-macam dan semuanya mudah belaka. Cara nak dikongsikan nanti bukan saja sesuai untuk tajamkan mata pisau, nak tajamkan mata gunting pun boleh. Cubalah..

Inilah cara yang digunakan oleh ibu saya dulu sewaktu buat kerja kat dapur. Bila pisau tumpul aje, mesti panggil ibu tersayang. Kita orang bukannya tak pandai nak buat,  tapi seni mengasah ibu kita lebih power.. kan..


Petua Mudah Tajamkan Mata Pisau Yang Tumpul


Petua Mudah Tajamkan Mata Pisau Yang Tumpul

1. Asah pada cermin tingkap (tingkap kaca). Asah hingga mata pisau jadi berkilat. Bila dah tajam cuba gunakan dan lihat hasilnya.

2. Boleh juga asah mata pisau pada tepi atau belakang lesung batu. Basahkan mata pisau dengan air dan asahkan hingga mata pisau kembali tajam. Cuci pisau selepas di asah takut kotoran pada lesung batu melekat pada mata pisau. Test dan lihat hasilnya, mata pisau kembali tajam.

Itulah cara mudah nak asah mata pisau supaya lebih tajam. Mudah aje kan? Jika anda ada cara lain, boleh kongsikan di ruangan komen ya.

Terima kasih.

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu Lakonan Sari Yanti di Astro


Jangan lupa!! Nantikan drama Cik Serba Tahu yang merupakan terbitan terbaru Orangetree Production Sdn Bhd. Drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli. Drama Cik Serba Tahu adalah drama adaptasi novel dengan tajuk sama nukilan Syamnuriezmil. Lakonan hebat Remy Ishak dan Sari Yanti.

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu Lakonan Sari Yanti di Astro. Baru sebentar tadi saya tertengok teaser Drama Cik Serba Tahu. Macam okay jugak, lepas tu ada hero serba boleh si Remy Ishak. Terus tak sabar nak tunggu tayangannya pada 27 Mac 2017 ini.
Sinopsis Drama Cik Serba Tahu Lakonan Sari Yanti di Astro
Sumber: Google
Antara pelakon yang membintangi mega drama 16 episod ini adalah Sari Yanti, Remy Ishak, Zarul Umbrella, Ilya Buang dan ramai lagi.

Nantikan drama Cik Serba Tahu yang merupakan terbitan terbaru Orangetree Production Sdn Bhd. Drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli. Drama Cik Serba Tahu adalah drama adaptasi novel dengan tajuk sama nukilan Syamnuriezmil. 


Sinopsis Drama Cik Serba Tahu Lakonan Sari Yanti Di Astro



Sinopsis Drama Cik Serba Tahu Lakonan Sari Yanti di Astro

Bermacam-macam usaha yang Carl Adham (Remy Ishak) buat untuk memikat hati Aerna, namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah?

Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun.

Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya?

Saksikan nanti drama Cik Serba Tahu yang ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di Astro Ria dan Astro HD.

Semoga kita dapat pengajaran daripada drama yang menarik ini. 

Amalan Istighfar Ubat Penghapus Dosa, Subhanallah!

Amalan Istighfar Ubat Penghapus Dosa. Astaghfirullah.. satu rayuan kudus kepada Pemilik Alam, ampunilah aku ya Allah. Sebutan pendek tetapi membawa terapi cukup luas dan kuat kepada jiwa pendosa seperti kita. Mutiara Jumaat kali ini saya kongsikan sedikit amalan istighfar yang jadi ubat penghapus dosa kita.

Hanya dengan memohon ampunan kepada Yang Esa, hati menjadi tenang daripada dibayangi dosa semalam.

Amalan Istighfar Ubat Penghapus Dosa

Amalan Istighfar Ubat Penghapus Dosa


Bagaimana mengamalkan bacaan istighfar terbaik yang boleh menghapuskan dosa-dosa masa lalu kita? Subhanallah, maha suci Allah yang amat pengasih kepada hambaNya walau hamba tersebut telah banyak berbuat dosa.

Antara amalan istighfar yang mudah adalah seperti berikut:

Bacaan dalam rumi,


Astaghfirullaah, Alladzi Laa Ilaaha Illaa HuwalHayyul Qayyum wa'Atuubu Ilaihi

atau boleh ditambah sebagaimana dalam sebahagian riwayat – seperti dalam Sunan Al-Tirmidzi & al-Hakim-, “Astaghfirullah Al-‘Adzim”.

Astaghfirullaah hal 'adziim, Alladzi Laa Ilaaha Illaa HuwalHayyul Qayyum wa'Atuubu Ilaihi
Maksudnya,

“Aku mohon ampun dan bertaubat kepada Allah yang tiada tuhan (berhak disembah) kecuali hanya Dia, Dzat Maha hidup kekal dan berdiri sendiri"


Untuk bacaan lanjut, anda boleh baca pada pautan ini..

{ARTIKEL BERKAITAN} »»»» Doa Istighfar Penghapus Dosa Dosa Besar

Kita sering mengeluh, mengadu...

√ Astagfirullah
Kotornya  diriku dengan dosa yang penuh mengalir

√ Astagfirullah
 Betapa Hinanya diriku ,, dengan dosa yang teramat banyak

√ Astaghfirullah
Seperti berada pada derajat yang paling rendah kerana dosa yang pernah kulakukan

√ Astaghfirullah
Kuatkanlah diri ini agar dapat menjemput kurnia dan Hidayahmu

√ Astaghfirullah
 Engkaulah Tuhan yang pemurah dan pemaaf

√ Astaghfirullah
Semoga ampunanmu masih terbuka lebar untukku

√ Astaghfirullah
Terimalah diri ini  kembali dalam pelukkan Rahmatmu

√ Astaghfirullah ...
√ Astaghfirullah ....
√ Astaghfirullah ....
Ku mohon Ampun padamu

Salam Jumaat penghulu segala hari, hari istimewa buat muslimin di muka bumi ini. Semoga perkongsian amalan istighfar sebagai penghapus dosa dapat memberikan kita lagi satu peluang meneruskan hidup dengan iltizam yang jelas dan diredhai.

Subhanallah...

2017/03/23

Kenapa CPC Adsense Rendah?

Mesti anda yang ada akaun Adsense pun ada menghadapi dilema macam saya, CPC Adsense tak naik-naik. Apakah sebabnya? Adakah masalah ini boleh diselesaikan?
Kenapa CPC Adsense Rendah? Inilah persoalan yang sedang bermain-main di kepala dan fikiran saya. Segala usaha dah dilakukan tetapi CPC masih tak meningkat. Bila dah capai USD1.00, dia turun balik jadi USD0.5 je. Rasa kecewa kan.., naik pun sekejap je. Bila tengok hasilnya macam tak berbaloi dengan usaha dilakukan. Tetapi fikir balik beblog sebab minat menulis dan kongsikan manfaat sesuatu perkara.. redha jadinya.

Kenapa CPC Adsense Rendah?

Mesti anda yang ada akaun Adsense pun ada menghadapi dilema macam saya, CPC Adsense tak naik-naik. Apakah sebabnya? Adakah masalah ini boleh diselesaikan?

Kenapa CPC Adsense Rendah?


1. Artikel kurang releven dengan perkembangan semasa. Contohnya anda buat entry tentang sukan ragbi tetapi sukan tersebut kurang menarik perhatian pengunjung blog berbanding sukan bola sepak atau badminton. Jadi pengiklan akan mencari entry yang releven dengan produk mereka di negara kita kerana kebanyakan pengunjung datang dari region yang sama. Kecuali anda blogger New Zealand, sukan ragbi amat terkenal di sana.

2. Kurang update blog. Betul.. kurang entry, tak update blog dekat setahun, antara sebab CPC Adsense anda rendah. Bila blog tidak update, bagaimana pengiklan nak letak produk mereka dan bayar kos tinggi pada blog yang tidak menguntungkan mereka.

3. Trafik rendah. Trafik blog yang rendah juga boleh menyebabkan CPC Adsense pun rendah. Ini kerana pengiklan berpendapat kandungan blog mungkin kurang berkualiti menyebabkan pengunjung tak datang. Sebab itu anda kena rajin buat entry berkualiti untuk meningkatkan jumlah pengunjung seterusnya menaikkan trafik ke blog.

4. Banyak para blogger yang melakukan share atau ping entri ke media sosial secara meluas. Memang benar share artikel di sosial media cukup efektif untuk meningkatkan pengunjung ke blog kita, namun untuk publisher adsense, mencari visitor dengan cara ini kurang efektif apalagi google sendiri hanya mencadangkan share @ perkongsian artikel blog yang dikaitkan dengan adsense hanya di twitter dan G+ saja. Itu sebabnya kadang-kadang trafik mencanak naik tetapi CPC Adsense rendah.

Akhir sekali, saya cadangkan kita bersederhana dalam melakukan share ke media sosial, dan tingkatkan penguasaan SEO blog agar kebanyakan pengunjung yang datang ke blog datangnya dari enjin carian Google.

Amalkan Bacaan Ini Jika Anda Rasa Keseorangan, Rindu Dan Mengharap Sesuatu

Adakah anda rasa keseorangan? Mengharap sesuatu yang tak kunjung tiba? Atau rindukan seseorang? Memang itu semua perasaan yang sering melanda jika anda jauh dari orang tersayang.

Amalkan Bacaan Ini Jika Anda Rasa Keseorangan, Rindu Dan Mengharap Sesuatu

3 Bacaan Pendek Khas Untuk Keadaan Tertentu. Jangan main-main dengan kuasa doa. Doa adalah senjata paling ampuh bagi orang mukmin. Setiap perbuatan kita, harapan dan impian semuanya ada dalam pengetahuan Allah SWT.

Adakah anda rasa keseorangan? Mengharap sesuatu yang tak kunjung tiba? Atau rindukan seseorang? Memang itu semua perasaan yang sering melanda jika anda jauh dari orang tersayang. Berjauhan sering membuatkan anda berharap, rasa sunyi dan rasa rindu. Jika ketiga-tiga itu sedang anda hadapi saat ini, mari baca amalan di bawah supaya anda lebih tenang dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

Amalkan Bacaan Ini Jika Anda Rasa Keseorangan, Rindu Dan Mengharap Sesuatu


Saya kongsikan sedikit ucapan yang amat bagus buat mengubati perasaan kesepian, pengharapan dan kerinduan pada sesuatu. Semoga ia memberikan manfaat kepada kita semua.

1. Ucapan yang harus diucapkan jika rasa keseorangan

Ucapkanlah, "Innallahha maana" ertinya Sesungguhnya Allah bersama kita.

2. Anda mengharapkan sesuatu?

Ucapkanlah, "Fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah" ertinya Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.

3. Anda rindukan seseorang?

Ucapkanlah, "Ma fi qalbi ghairullah" ertinya tiada dalam hatiku selain Allah.

Atau sebaliknya jika rindukan seseorang kerana Allah, amalkan doa Nabi Yusuf berikut seperti diajarkan oleh ustaz Don Daniyal:

"Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada, (nama penuh orang yang kita rindu) sehingga menjadi kerinduannya... Aminnn.. "

Contohnya rindu kepada ibu bapa, kepada anak-anak atau kepada pasangan.

#syukurselalu
#fi hifzillah

Mutiara Kata Tarbiyah Diri Sendiri

Tarbiyah Diri Jadi Muslim Cemerlang. Bila dah lama terbiasa dengan sesuatu yang salah, kita jadi leka dan liat untuk kembali ke jalan yang betul. Sebab itu kena selalu ditarbiyah agar ingatan tentang sesuatu yang harus dijalani dengan betul, mesti dibetulkan. Hidup mesti selalu diingatkan, ingat mengingati dan saling memberikan pesanan. Begitulah Allah selalu pesan dalam firmannya, Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.



Tarbiyah merupakan proses pembelajaran yang terus menerus, dalam hal ini adalah pendidikan yang berkesinambungan dan pendidikan seumur hidup. Dengan pendidikan yang seumur hidup inilah maka tarbiyah harus diiringi dengan kekuatan untuk mempertahankannya, sehingga tidak menjadi surut di akhirnya.

Mutiara Kata Tarbiyah Diri Sendiri 


Saya kongsikan koleksi tarbiyah sentap yang selalu boleh dijadikan kekuatan untuk berubah di jalan yang lurus. Kembali ke jalan yang benar.




1. Tiap ujian yang Allah hantarkan, dibaliknya tersisip jua kiriman sebuah kekuatan. Sekali Allah menguji, sekali itu kita bangkit menjadi lebih teguh. Sekali lagi Allah menduga, maka sekali lagi juga kita menjadi hamba yang lebih luar biasa sabarnya.




2. Jadilah hidup seperti kunang-kunang, yang menerangi kegelapan dengan sedikit cahayanya. Bukan seperti kalkatu, yang sepanjang hidupnya bergantung pada cahaya lampu.


3. Setiap kali perasaan putus asa mengetuk pintu hatimu, bukalah kitab Allah, dan hayatilah firmannya,
"Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kenudahan. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan. Al-insyirah: ayat 5 - 6"



4. Kalau kamu tersungkur dalam perjalanan menuju kebenaran, bangkitlah semula. Mulakan kembali, istiqamah di jalanNya. Jatuh bangun adalah lumrah sebuah perjuangan. Percayalah, disebalik kesedihan ada kebahagiaan menanti. Selepas hujan yang lebat pasti akan timbul pelangi sesudah itu. Itulah falsafahnya. Semua akan indah pada akhirnya.

Tarbiyahkan diri sendiri dengan kata-kata motivasi orang yang berjaya di luar sana. Tarbiyahkan perjalanan hidup dengan kebenaran walau pahit sekalipun.

Tarbiyah diri sendiri sebelum anda mentarbiyahkan orang lain. Itulah cantiknya kehidupan dalam islam. Sederhana tetapi indah.

Insyaa Allah.

2017/03/22

Hanya 1 Minit Sahaja Tips Menjemput Rezeki Tengah Malam

Hanya 1 Minit Sahaja Tips Menjemput Rezeki Tengah Malam - Alhamdulillah. Kerana kita diberikan peluang sehari lagi untuk bernafas di bumi Allah ini. Dengan kesedaran bahawa, kita hanya menumpang. Kita hanya meminjam milik Allah. Nafas, udara, cahaya, angin, dan banyak lagi.. yang semuanya milik Allah. Bersyukurlah.

Rezeki datangnya dalam pelbagai bentuk. Bukan sekadar dalam bentuk duit, rezeki boleh jadi kesihatan yang baik, mungkin juga mendapat pasangan yang membahagiakan, mendapat anak yang soleh, dan diberikan ibu bapa penyayang.. itu pun rezeki.

Hanya 1 Minit Sahaja Tips Menjemput Rezeki Tengah Malam

Hanya 1 Minit Sahaja Tips Menjemput Rezeki Tengah Malam


Dari ceramah Ustaz Ebit Lew, ketika terjaga tengah malam, kalau dapat buat tahajjud itulah yang terbaik. Niatkan sebelum tidur untuk bangun tahajjud.

Namun jika penat sangat atau tak larat, dalam keadaan duduk, bacalah Laa ilahaillahu wahdahu laasyarikalah. Lahulmulku walahul hamdu yuhyiwayumitu wahua'la kullisyai inqodir.

Diikuti dengan SubhanaAllah, Alhamdulillah, La ilahaillah, Allahuakbar, La haula wala quwwata illabillah. Dan berdoa.. Allahummaghfirli..(Ya Allah ampun kanlah dosa-dosaku.)

Allah berkata kepada malaikat, lihatlah hambaKu bangun dan memujiKu di tengah malam, makaKu ampunkan semua dosa-dosanya. Dan mintalah apa hajat kita.

~Riwayat Bukhari

Daripada hadis di atas, dapat disimpulkan bahawa betapa penyayangnya Allah hinggakan bila kita terjaga di tengah malam namun terlalu penat untuk solat Tahajjud, maka Allah beri kelapangan lagi cukup dengan zikir-zikir dan memujinya, sudah diberikan keampunan dan ditunaikan hajat yang dipohonkan. Mohonlah limpahan rezeki, mohonlah diluaskan pintu hidayah dan taubat untuk kita dan ahli keluarga. Insyaa Allah, doa-doa kita dimakbulkan.

Wallahua'lam. Insyaa Allah.

2017/03/21

Resepi Apam Kelapa Yang Simple

Resepi Apam Kelapa Yang Simple. Kuih apam menjadi antara makanan sarapan yang begitu sinonim dengan kami sekeluarga. Mana tidaknya, kedua ibu saya (kandung dan mertua) memang suka menyediakan apam kelapa atau apam kukus ini. Dah lah mudah, cepat dan semua orang pun suka.

Apam kelapa simple ni atau apam kampung, biasanya bonda saya buat warna putih aje. Itu pun dah cukup sedap. Kemudian makan panas-panas dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam. Kadang-kadang tu curi makan kelapa parutnya aje.. hihi..

Resepi Apam Kelapa Yang Simple

Resepi Apam Kelapa Yang Simple


BAHAN-BAHANNYA

200 gram tepung gandum
50 gram tepung beras (kalau tak letak pun tak apa)
75 gram gula perang (brown sugar) atau gula merah
1 cawan air
6 gram yis + 1/4 cawan air, larutkan
Kelapa parut putih + sedikit garam

Cara menyediakan apam kelapa yang simple 


  • Gaul rata tepung dan tepung beras dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil-bintil.
  • Lenser loyang bulat berukuran 8 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.
  • Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit ( balut penutup kukus dengan kitchen towel supaya wapnya tak keluar. Apam cantik gebu..). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi. 
Apam kelapa yang simple ni, kalau nak buat berwarna warni, asingkan bancuhan kepada tiga warna.., contohnya warna hijau, pink dan kuning. Masukkan dalam cup dan kukus. Sama caranya macam buat satu warna di atas tu ya.. 

Selamat mencuba.

2017/03/20

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | As Syakuur

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | As- Syakuur. As- Syakuur maksudnya Dialah Dzat Yang sangat berterimakasih. Dia pasti membalas tiap pujian dan sanjungan atau ibadat manusia yang ditujukan kepadaNya.

Orang-orang yang hatinya penuh syukur, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menambahkan rezeki-Nya untuk mereka yang pandai bersyukur.
Tapi sebaliknya, kalau hati sempit maka rezeki akan lari. Allah telah menjelaskan dalam Al Quran, "Apabila kamu bersyukur maka akan Aku tambahkan nikmat-Ku untuk mu”.

Sesungguhnya Dia-lah Allah, Tuhan yang memiliki kesempurnaan dalam membalas amal kebaikan hambanya.


Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | As-Syakuur


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | As Syakuur
2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Yaa Syakuur = 40 kali


Ertinya : Dialah Dzat Yang sangat berterimakasih. Dia pasti membalas tiap pujian dan sanjungan atau ibadat manusia yang ditujukan kepadaNya. 

a) Ucapkanlah Ya Syakuur 40 kali sehabis solat hajat, sebagai rasa terima kasih kepada Allah, maka dengan izinNya semua hajat kita akan dikabulkan oleh Allah. Lakukanlah itu setiap kali kita menghadapi hajat yang penting dan mendesak.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | As Syakuur


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

Rahsia Mengawal Emosi Dan Amarah Dengan Ayat Al Quran

Rahsia Mengawal Emosi Dan Amarah Dengan Ayat Al Quran. Amarah amat bahaya. Emosi yang tak stabil juga tak bagus, samada untuk mental dan badan kita. Oleh itu, sentiasa kawal emosi dan amarah anda agar ia tidak menganggu perjalanan kehidupan harian anda.

Marah dan panas baran selalu ada kaitan, orang kata lah.., tapi jika tengok kajian memang ada benarnya. Yang dikatakan panas baran itu adalah apabila seseorang itu mudah rasa marah dan berulang kali pula melakukan perkara tersebut. Kadang kala perkara kecil juga boleh menimbulkan kemarahan pada mereka.

Jika marah itu berlaku sesekali dan bertempat, maka itu bukanlah dikatakan panas baran.

Rahsia Mengawal Emosi Dan Amarah Dengan Ayat Al Quran

Rahsia Mengawal Emosi Dan Amarah Dengan Ayat Al Quran


Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengawal emosi dan amarah. Cara dan rahsia mengawal amarah yang didapati dari al Quran pun ada banyak. Begitu juga ajaran nabi dan contoh yang ditunjukkan oleh para sahabat nabi.

1. Mengambil wuduk dan ucapkanlah "a'uzubillahi minassyaitho nirrajiim, ertinya aku berlindung daripada syaitan yang direjam". Ini cara mudah nak menjauhkan rasa marah, sebab marah ni datangnya dari hasutan syaitan. Bila kita rasa panas, hati berdebar-debar, terutamanya ketika mendapat khabar yang tak menyenangkan.. ucapkanlah ucapan di atas.

2. Dari Ibnu 'Abbas dari Nabi SAW baginda bersabda: Apabila seorang dari kalian marah, hendaklah ia diam. (HR Ahmad). Ini pun bagus juga, bila diam boleh menyelematkan keadaan, boleh menyelamatkan nyawa pun ada... semoga Allah bersama kita selalu..

3. Bacalah doa berikut untuk mengawal kemarahan..



4. Ingatlah ayat al Quran Surah At-Taghabun ayat 14, jika rasa marah dan emosi tak terkawal. Rasulullah SAW menjanjikan balasan yang baik di akhirat kepada sesiapa yang berjaya menahan marahnya. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi, Baginda bersabda; “Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia mampu melempiaskan marahnya, Allah SWT akan memanggilnya dari kalangan makhluk pada hari kiamat dan dia diberi peluang memilih bidadari yang ia sukai di syurga.”

وَإِن تَعْفُوا۟ وَتَصْفَحُوا۟ وَتَغْفِرُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌ 

“Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah At-Taghabun ayat 14).

Semoga perkongsian di atas membawa manfaat yang banyak kepada kita semua. Sesungguhnya Allah tempat kita memohon ketenangan, Allah yang melimpahkan ketenangan kepada kita. Mohon lah banyak-banyak kesabaran kepada Allah, kerana Dia Maha Kaya. Semoga ada limpahan kasih sayang Allah kepada kita semua.

Insyaa Allah. ~ sebarkan bahagia#

2017/03/19

Petua Goreng Ikan Tidak Melekat Di Kuali

Petua Goreng Ikan Tidak Melekat Di Kuali. Selalu ada masalah dengan kaedah menggoreng ikan? Dah lah melekat, kadang tu ikan meletup-letup dalam kuali.

Ada petuanya tak? Mestilah ada. Petua orang dulu-dulu, petua yang biasa digunakan oleh ibu bapa kita dulu. Baca sampai habis untuk dapatkan petuanya.

Petua Goreng Ikan Tidak Melekat Di Kuali 


Petua Goreng Ikan Tidak Melekat Di Kuali

Cara nak goreng tak lekat di kuali adalah dengan taburkan garam dalam kuali.

Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan minyak. Setelah minyak dah cukup panas, sebelum menggoreng samaada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. Insya Allah ayam/ ikan/ daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.

Lagi satu, satu cara nak elakkan ikan meletup bila digoreng, pecahkan mata ikan dengan hujung pisau atau garpu. Bila ikan di goreng ia tidak akan meletup lagi. Punca ikan meletup di goreng datang dari mata ikan yang belum pecah.

Selamat mencuba.

17 Perkara Isteri Harus Buat Untuk Menambat Hati Suami

17 Perkara Yang Isteri Harus Buat Untuk Menambat Hati Suami. Perkongsian di bawah adalah petikan dari FB Jamu Pristine, dan saya kongsikan di blog agar lebih ramai pembaca terutamanya wanita dapat menimba ilmu yang banyak manfaatnya. Selain daripada faktor yang disebutkan di bawah tentang 17 perkara yang wanita harus buat untuk menambat hati lelaki, wanita juga mesti mempunyai asas agama yang cukup dan iman yang teguh.

Jika aku diberi pilihan untuk mendoakan sahabatku, aku mahukan iman yang kukuh untuknya di dalam hati walau yang lain aku tidak mampu memberikanya. Hanya dengan iman kepada Allah bekal yang akan di bawa hingga ke syurgaMu nanti, ya Allah. ~ Hamba Allah


Tahun-tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling bahagia bagi pasangan suami isteri, namun dengan selarinya peredaran waktu, kasih sayang yang dirasakan selama ini dirasakan semakin memudar.

Ada isteri yang merasakan suaminya sudah tidak menyayanginya lagi. Tidak, jangan melulu menyalahkan suami. Mungkin anda jugalah penyebabnya.


17 Perkara Isteri Harus Buat Untuk Menambat Hati Suami 


Mari kita semak kembali apa yang kebanyakan suami sukakan dan mahukan daripada isterinya. Berikut adalah 17 perkara yang isteri perlu beri perhatian dalam menambat hati suami:

1. Mengambil berat tentang penampilan suami


Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya. Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya.

Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat kesukaannya.

Dari situ anda akan mengetahui apakah suami anda jenis suka dimanja atau suka berdikari. Kita tidak tahu bagaimana ibu melayaninya dahulu. Anda kena lebih baik daripada layanan yang diterima daripada ibunya.

Berasa banggalah melihat suami anda segak setiap hari. Jangan berfikiran negatif, bimbang suami ditackle orang, sebab sekiranya anda ikhlas, keikhlasan itu akan dibalas dengan kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya, bukan berpura-pura.

Lagipun anda mendapat pahala berbuat begitu.

Ini bukan hendak menjadikan anda hamba. Sesetengah isteri memang merasakan begitu.

Padahal perkara ini ada disebut dalam hadis, “Ya Fatimah, barangsiapa wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya serta memotong kumisnya dan mengerat kukunya, Allah akan memberinya minum air dari sungai-sungai di Syurga, diringankan baginya sakaratul maut, akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman Syurga, Allah mencatatkan baginya bebas dari api Neraka, dan selamat dari Titian Sirat.”

2. Menambat hati suami dengan bersegera pergi jika dipanggil


Pernahkah anda ‘dipanggil’ suami ketika sedang memasak atau melakukan pekerjaan lain?

Anda wajib memenuhi ‘panggilannya’ itu. Tinggalkan semua pekerjaan dan tunaikan ‘permintaannya’. Tapi jangan tengah goreng ikan, anda pergi berlari tunggang-langgang kepadanya untuk ‘tugas’ baru.

Minta dia tunggu sebentar. Kemaskan diri dan pergilah kepadanya.


3. Menambat hati suami dengan sentiasa berhias untuk suami


kebanyakan lelaki cukup cerewet dengan kebersihan. Mereka akan bosan apabila isteri menyambutnya dengan rupa dan rambut yang kusut masai, anak-anak yang comot dan rumah yang ‘bak kapal pecah’.

Sesibuk mana pun anda, persiapkan diri sebaiknya tatkala menyambut kepulangan suami. Hadiahkan dia senyuman.

Kalau dia bermasam pun tak mengapa, anda sudah mendapat pahala sedekah dengan memberikannya senyuman.

Rugi ke senyum?

4. Layan suami seperti raja


Sesetengah suami suka dilayani seperti raja. Dia suka jika isterinya membantu mengelap peluhnya, menyediakan keperluannya untuk mandi dan berdiri ketika ia hendak pergi atau kembali.


Ungkapan-ungkapan seperti, ‘Bang, nak makan dulu atau nak mandi dulu atau nak tidur dulu?’ cukup untuk membuat suami tersenyum dan mengurangi penatnya.


5. Ucapkan terima kasih setiap pemberian suami


Lelaki kadang-kadang suka dipuji.

Jangan lupa hargai setiap barang pemberiannya meskipun tidak seberapa nilainya.

Sekadar ucapan terima kasih dari seorang isteri ketika menerima pemberian, sangat bermakna dan membekas di hati suami.

Kalau rasa tak suka dengan pemberian itu, ucapkan dulu terima kasih, baru beritahu. Misalnya, “Terima kasih bang, belikan Nor kain, cantiknya, Nor suka. Tapi kalau lain kali abang nak beli Nor nak warna kelabu pulak”

Suami tak akan tersinggung, malah faham bahawa dia masih belum mengerti kegemaran isteri dan akan cuba memperbaikinya.

6. Jadilah bidadari yang menenangkan fikiran


Suami mahu isterinya sebagai penenang fikiran. Jadi, berperananlah sebagai bidadari, bukan duri yang asyik menyucuk perasaan suami sehingga rumahku menjadi nerakaku.

Kalau isteri sudah tidak bersifat penenang, suami akan mencari pengganti.

7. Sambut kepulangan suami dengan ketenangan


Kalau anda ingin suami berlama-lama dirumah, jangan sambut kepulangannya dengan pelbagai masalah anak-anak dan urusan dapur yang remeh-temeh.



Mulailah pembicaraan yang menyenangkan, kerana suami perlukan freshener setelah seharian dengan masalah di tempat kerja.


8. Sediakan tempat tidur yang eksklusif


Tempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia-rahsia suami isteri, melainkan juga tempat ternyaman mereka untuk saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku.

Jadikan ia kamar yang eksklusif dan peribadi. Kebanyakan suami tidak suka tempat tidurnya dimasuki orang tanpa izinnya. Kreatif sedikit dalam menghias bilik tidur ini.

Berikan warna-warna yang digemari oleh suami. Susun kembali bunga supaya tidak jemu memandang. Untuk lebih romantik letakkan gambar-gambar perkahwinan disini.

9. Jangan berleter!


Suami akan bosan jika isterinya ‘cerewet’ dan selalu bertanya, hendak ke mana, acara apa, bila balik, kenapa lambat balik, jumpa siapa tadi dan sebagainya.

Banyak tanya tu lebih kurang macam berleter juga. Mana ada suami yang suka isterinya berleter.

10. Menambat hati suami dengan menemaninya makan


Jika anda menghidangkan makanan untuk suami tetapi tidak menemaninya makan, sama halnya seperti memberi makan kucing. Ini pun ada disebut dalam hadis.

Sebaik-baiknya temanilah dia meskipun sekadar satu suapan, tak pun duduk sambil minum-minum sementara menanti dia selesai.

Thabit al-Banni berkata, “Terdapat seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya, yang sangat baik pekertinya terhadap suaminya. Apabila dia menghidangkan makanan di hadapan suaminya, dipegang pelita sampai suaminya selesai makan. Pada satu malam, pelitanya kehabisan sumbu, lalu diambil rambutnya untuk dijadikan sumbu. Esok harinya, matanya yang buta kembali melihat. Allah memuliakannya kerana rasa hormatnya kepada suami.”

Inilah cara paling ampuh untuk menambat hati suami, bermula dari dapur. Baca artikel ini berkenaan menambat hati suami melalui perutnya.

11. Tingkatkan ilmu pengetahuan


Suami senang dengan kefasihan isterinya dalam berkata-kata, bijak dalam bertindak dan menjadi partner yang baik dalam berdiskusi. Tingkatkan kualiti intelektual anda dengan banyak membaca buku dan gali pelbagai informasi.

Hal ini jadi lebih penting jika anda suri rumah sepenuh masa. Sesetengah suami memang memandang rendah sedikit isteri yang berstatus begini.

Jadi anda kena tingkatkan pengetahuan dengan mengambil tahu mana-mana yang patut.

12. Jangan terlalu kuat membangkang


Jangan kuat membangkang pendapat suami. Kebanyakan suami tak suka pendapatnya dibangkang. Walaupun agak salah, sebaik-baiknya terima dahulu. Kalau nak membangkang pun tengok nada suara dia dan perhati nada suara anda.

Ingat, anda ibarat perdana menteri dan dia raja. Mana ada raja yang boleh terima kalau asyik dibangkang oleh perdana menteri.


Isteri yang kuat membangkang memang sengaja mencari kebencian suami. Anda tinggal sebumbung dengannya. Sudah tentu anda perlu sependapat dengannya dalam semua isu.

Kalau tak sependapat pun, simpan sendiri dan keluarkan balik sedikit-sedikit mengikut kesesuaian masa dan tempat. Pendek kata, seboleh mungkin, sentiasa tunjukkan anda sependapat dengannya.

13. Elakkan gangguan


Pantang bagi kebanyakkan suami jika tidurnya terganggu. Jauhkan anak-anak darinya ketika dia sedang tidur. Tunggu dia terjaga dahulu sebelum memblander atau menumbuk sambal. Kecilkan suara tv.

14. Isteri yang manja tapi bukan mengada-ngada


Suami suka isteri yang pandai bermanja-manja tapi jangan sampai mengada-ngada. Disitulah cantiknya perhubungan suami dan isteri.

Isteri yang pandai bermanja-manja bukan sahaja mendapat semua yang dikehendakinya, malah menyenangkan suami dan membuatkan suami teringat-ingat.

Kalau dah suami teringat-ingat, takkanlah dia nak cari lain.

15. Jangan kuat merajuk


Jangan kuat merajuk dan tarik muka masam terutama tatkala suami sedang berserabut dengan masalah. Merajuk tak bertempat ini hampir sama dengan mengada-ngada.

Anda kena ingat, merajuk jawapanya adalah pujuk. Jika suami sedang serabut dengan masalah, bolehkah dia memujuk?

16. Beri pendapat bila ditanya sahaja


Dan jangan pula banyak tanya, biarkan suami isteri meminta anda memberi pandangan. Sebab pandangan anda yang tidak tepat dan bertentangan dengan pendapatnya akan membuahkan perasaan geram.

Setakat geram tidak mengapa, kalau dia marah sudah tentu dia tidak akan meminta pandangan anda lagi pada masa akan datang.

17. Jangan memperkecilkan kemampuan suami


Selalu merangsang prestasinya. Kalaupun dia lemah dan ada masalah jangan perkecil-kecilkan kemampuannya itu.

Dorong dia dengan kata-kata motivasi dan letakkan dihatinya bahawa anda sentiasa percaya suatu hari nanti masalah itu dapat diatasi. Usahakan rawatannya tanpa berputus asa.

Sumber: Facebook Jamu Pristine 

Akhir sekali, secara keseluruhannya wanita atau isteri memainkan peranan penting dalam sesebuah rumahtangga. Wanita yang matang dan tenang biasanya berjaya mengemudi rumahtangga dengan jayanya. Selain itu, wanita kena sentiasa ada ilmu rumahtangga yang mencukupi agar mahligai yang terbina berkekalan sehingga ke syurga Allah.

Sebarkan bahagia...

2017/03/18

Amalkan Baca Al Malikul Quddus Bagus Untuk Kesihatan Organ Wanita

Amalkan Baca Al Malikul Quddus Bagus Untuk Kesihatan Organ Wanita. Wanita antara golongan yang paling ramai dihinggapi penyakit betkaitan organ seperti kanser payudara, sakit buah pinggang dan juga rabun mata. Namun begitu, kita janganlah patah semangat menghadapi dugaan sakit yang singgah pada tubuh badan. Ada bermacam cara perubatan moden yang boleh dilakukan untuk merawat penyakit.

Amalkan Baca Al Malikul Quddus Bagus Untuk Kesihatan Organ Wanita

Selain itu, boleh juga menggunakan amalan perubatan islam dan zikir tertentu seperti asmaul husnaa untuk melindungi organ tubuh wanita.

Amalkan Baca Al Malikul Quddus Bagus Untuk Kesihatan Organ Tubuh Wanita


Asmaul Husna memang banyak fadhilatnya. Amalkan berzikir dengan asmaul husna tertentu dapat memberikan manfaat yang banyak kepada kita, samada untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

Baiklah, saya nak share satu amalan zikir menggunakan asmaul husna yang dapat merawat tubuh, terutamanya kepada kaum wanita.

Mengikut pesanan seorang ustazah (dalam facebook), setiap hari selepas solat subuh bacalah "Ya Malikul Quddus" sebanyak (11kali). Ia akan melindungi wanita daripada penyakit yang berkaitan dengan organ wanita..


Mari kita lihat maksud asmaul husna yang disebutkan, iaitu

Al Malikul ~ Al Malik ini bermakna Maha Merajai. Sesiapa yang mengamalkan membaca Ya Malik pada bila-bila masa, maka dia akan mendapat penghormatan dan menerima layanan yang sewajarnya dari orang lain.

Quddus ~ Seterusnya ialah Al Quddus, yang membawa maksud, Maha Suci. Sesunggunhya Allah itu Maha Suci yang tiada cacat cela dan kekurangan.

Jadi, dengan mengetahui maksudnya, anda dapat amalkan zikir tersebut selepas solat Subuh dengan penuh pengharapan agar Allah melindungi kita daripada penyakit merbahaya.

Wallahua'lam.

Adsterra Satu Lagi Alternatif Iklan Untuk Jana Income

Adsterra Satu Lagi Alternatif Iklan Untuk Jana Income. Saya kenal Adsterra secara kebetulan aje, itu pun bila pihak admin Adsterra invite aynorablogs untuk jadi publisher mereka. Bila buka email, ada satu link pautan terus ke website dia orang. Kerana first time kenal Adsterra ni, saya tak berani terus isi borang Publisher tu, kena tengok juga iklan produk apakah yang mereka jalankan..

Bila dah ada keyakinan, barulah saya mendaftar. Selepas daftar anda akan diberikan masa 24 jam untuk dia orang proses permohonan. Dapat email approve, dah boleh pasang banner iklan di blog. Ada banyak saiz banner, sama seperti Adsense jugak. So, ini adalah alternatif iklan yang bagus juga untuk blogger di luar sana mencubanya...

Adsterra Satu Lagi Alternatif Iklan Untuk Jana Income


Selepas sehari dua cari maklumat tentang Adsterra, akhirnya saya berani mendaftar dengan Adsterra. Contoh iklan/ banner adalah seperti berikut,


Email jemputan dari Adsterra kepada aynorablogs,

Adsterra Satu Lagi Alternatif Iklan Untuk Jana Income

Nampak tak tawaran dia orang? Saya akan dapat $1.00 hingga $1.50 CPM rate dan cipta banner sendiri. Apa itu CPM?

Cost per mille (CPM), also called cost ‰ and cost per thousand (CPT) (in Latin mille means thousand), is a commonly used measurement in advertising. Radio, television, newspaper, magazine, out-of-home advertising, and online advertising can be purchased on the basis of showing the ad to one thousand viewers. - Wikipedia

Bayaran dalam matawang USD. Minima payout adalah USD100, macam Adsense kut.. tapi Adsense pun kita boleh adjust mjnimum payout ikut kehendak kita, lebih dari USD100 ke atas.

Antara Partners dalam Adsterra termasuklah Lazada Group, AliExpress, JUMIA, MATOMY Media Group dan banyak lagi.

Setakat sehari pasang banner, saya dah dapat $1.37 earnings. Boleh lah..., untuk tambah income pasif saya. Jika anda try, boleh aje pergi website dia orang di Adsterra. 

Semoga berjaya!

2017/03/17

Terima Kasih Allah Kerana Tidak Melupakan Aku

Terima Kasih Allah Kerana Tidak Melupakan Aku. Tanggapan kita selalu berbeza, tanggapan dan prasangka menyebabkan kita terperosok ke lembah kecewa. Lebih-lebih lagi bila ditimpa ujian yang tidak terduga.

Lalu, apabila kita diuji, kita tidak bersedia. Meneka-neka dalam kesamaran. Gundah gulana.

Hati berbisik. Orang sekeliling menasihati.

"Allah uji sebab nak hapus dosa", Ya betul... Tapi, Kita makin sedih. Makin kecewa. Makin meratapi dosa. Kepada ALLAH jua diajukan soalan. Kenapa dan Mengapa.??

Terima Kasih Allah Kerana Tidak Melupakan Aku

Wahai sahabat,
Berhenti sejenak... dan tukarkan fikiran kita yang negatif itu.

Terima Kasih Allah Kerana Tidak Melupakan Aku


Allah dah janji,

INNA MA'AL USRI YUSRO..
(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan). - al Insyirah, ayat 6

● Nabi Muhammad Saw juga diuji. Bahkan lebih hebat daripada kita... lalu adakah kerana DOSA??
(Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad)
● Nabi Zakaria dipotong badannya hingga terputus dua... adakah kerana DOSA??
● Sumayyah dicampak ke dalam parit api. Hingga habis sekeluarga... adakah kerana DOSA??
● Bilal bin Rabah juga terseksa di duniya. Dihenyakkan batu besar diatas dada.. adakah kerana DOSA??
Bukan.. bukan..bukan.., bukan kerana DOSA semata-mata...

Allah uji untuk,..
Menaikkan darjat.
ALLAH uji sebab DIA kasihkan kita.
Kerana ALLAH rindu airmata kita...
Indah kan 😍

Bila kita menangis, Malaikat tadah air mata dan simpan di Akhirat. Airmata keinsafan kita yang rindukan dan takutkan Allah mampu memadamkan api neraka.

Sahabat yang dikasihi,
Jangan prejudis pada Allah apabila diuji.
Jangan menghukum diri apabila diduga.
Sebaiknya ambil wudhu'.. solat dua rakaat.. selepas salam.. istighfar dan selawat..

Senyum memandang ke langit, biarlah airmata berlinang... bisik dalam hati sedalam dalamnya.

"Ya Allaaaaahhhhhh.. terima kasih kerana TIDAK MELUPAKAN aku.."
Allah itu ADIL..
Allah itu PENUH KASIH SAYANG..
Allah itu PENCIPTA kita..

Siapa lagi nak UJI kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak SAYANG kita kalau bukan Allah .
Siapa lagi nak MULIAKAN kita kalau bukan Allah .

Jangan berhenti MENGGALI kasih sayang Allah.
ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

Bersabarlah setiap kali diuji.
Bukan Allah membenci, cuma merindui rintihan hati.
Kita hamba yang sering lupa diri.
Kita suka menunding jari.

Perkongsian ini adalah untuk diri sendiri. Untuk sahabat pembaca tersayang juga. Semoga tiada antara kita yang akan berduka berpanjangan bila diuji. Allah uji kita kerana kita insan terpilih. Allah pilih kita antara berjuta adalah untuk meningkatkan darjat kita.

Semoga Allah SWT meningkatkan darjat kita, menjadi orang yang selalu bersabar dan bersyukur. Insyaa Allah..

Jana Income Sampingan Sebagai Agen Affiliate Sweet Muslimah

Jana Income Sampingan Sebagai Agen Affiliate Sweet Muslimah. Jika anda ada blog dan tidak tahu cara jana income pasif dengan mudah, anda sila baca artikel ini sampai habis. Saya akan ajar sedikit cara untuk jana income yang mungkin anda perlukan.

Anda tak perlu buat pelaburan besar-besaran pun, cukuplah jika anda ada keinginan yang tinggi di samping ada pengetahuan asas dalam media sosial.

Jom, baca seterusnya apa yang anda perlu lakukan untuk jadi seperti saya.

Jana Income Sampingan Sebagai Agen Affiliate Sweet Muslimah


Anda boleh jadi macam saya dan jana income melalui Sweet Muslimah. Di bawah ini adalah income Sweet Muslimah dalam minggu ini.

Jana Income Sampingan Sebagai Agen Affiliate Sweet Muslimah

Nak jadi agen mudah saja. Anda klik pautan di bawah,

Ianya adalah sangat mudah dan PERCUMA untuk menjadi agen affiliate dengan Sweet Muslimah. Ikut langkah berikut:-

1. Daftar sebagai agen affiliate Sweet Muslimah Disini, Klik >> 
Jana Income Sampingan Sebagai Agen Affiliate Sweet Muslimah
Klik pada gambar untuk besarkan. Daftar
agen Affiliate Sweet Muslimah percuma.
Komisen setinggi 10% untuk setiap jualan

2. Selepas borang dihantar, Team Affiliate Admin akan menyemak borang anda dan meluluskan permohonan anda jika tiada sebarang masalah.
3. Anda akan menerima email bahawa akaun affiliate anda telah diaktifkan dlm tempoh 24jam.

4. Log masuk ke akaun affiliate anda dan link KHAS untuk anda promosikan website kami akan diberikan.
Akhir sekali, sebagai agen affiliate anda harus rajin promosikan banner dan link sweet muslimah dimana-mana media sosial seperti Facebook, Google plus dan Twitter untuk mendapat income macam saya. Kalau anda ada blog, selalu promosikan produk terkenal mereka seperti Kurung Najwa, jubah, dan banyak lagi.

Selamat berjaya.

Subhanallah!! Kisah Penyesalan Saat Sakaratul Maut

KISAH PENYESALAN SAAT SAKARATUL MAUT. Salam Jumaat kepada semua sahabat hati dan sahabat sejati saya. Anda baca dan berkunjung ke blog ini, alhamdulillah. Anda menambahkan semangat saya untuk berkongsi dan menulis yang baik-baik. Insyaa Allah kita semua menjadi hambaNya yang terbaik.

Kisah penyesalan saat sakaratul maut yang saya kongsikan dalam MUTIARA JUMAAT kali ini adalah sebagai penguat semangat kepada kita untuk melakukan lebih baik lagi dalam urusan kebaikan. Contohnya, kalau bersedekah baju lama dah biasa orang buat, apa kata kita sedekah baju baru kepada anak-anak yatim, orang fakir miskin dan sesiapa saja yang layak menerimanya. Begitu juga jika nak beri makanan kepada jiran tetangga, berilah masakan kita yang terbaik dan paling sedap.

Subhanallah!! Kisah Penyesalan Saat Sakaratul Maut 


Al kisah ada seorang sahabat Nabi saw bernama Sya’ban RA.

Dia adalah seorang sahabat yang tidak menonjol dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain.

Subhanallah!! Kisah Penyesalan Saat Sakaratul Maut

Satu kebiasaan yang unik dari beliau iaitu setiap kali masuk masjid sebelum solat berjemaah, dia selalu beritikaf di penjuru depan masjid.
Dia mengambil posisi di penjuru bukan kerana  mudah bersandar atau tidur, tetapi kerana tidak mahu mengganggu orang lain, lebih-lebih lagi ketika orang lain beribadah.

Kebiasaan ini sudah difahami oleh sahabat bahkan oleh Rasulullah saw,  Sya’ban RA akan berada di posisi yang sama termasuk saat solat berjamaah.

Suatu pagi ketika solat subuh berjemaah akan dimulakan, Rasulullah saw mendapati bahawa Sya’ban RA tidak berada di tempatnya seperti biasa. Nabi saw pun bertanya kepada jemaah yang hadir adakah sesiapa yang melihat Sya’ban RA.

Namun tiada seorang pun jemaah yang melihat Sya’ban RA. Solat subuh pun ditunda sejenak untuk menunggu kehadiran Sya’ban RA. Namun yang ditunggu belum juga datang. Bimbang solat subuh kesiangan, Nabi saw memutuskan untuk segera melaksanakan solat subuh berjemaah.

Selesai solat subuh, Nabi saw bertanya ada sesiapa yang mengetahui khabar dari Sya’ban RA. Namun tiada seorang pun yang menjawab.
Nabi saw bertanya lagi ada siapa yang mengetahui di mana rumah Sya’ban RA.

Kali ini seorang sahabat mengangkat tangan dan mengatakan bahawa dia mengetahui  di mana rumah Sya’ban RA.

Nabi yang khuatir terjadi sesuatu kepada Sya’ban RA meminta dihantarkan ke rumahnya.
Perjalanan dengan berjalan kaki cukup lama ditempuh oleh Nabi saw dan rombongan sebelum sampai ke rumah yang dimaksudkan.
Rombongan Nabi saw sampai ke sana ketika waktu afdhal untuk solat dhuha (kira-kira 3 jam perjalanan dari masjid Nabawi).

Sampai di depan rumah tersebut Nabi saw mengucapkan salam.

Dan keluarlah seorang wanita sambil membalas salam.

“Benarkah ini rumah Sya’ban?” Nabi saw bertanya.

“Ya benar, saya isterinya” jawab wanita tersebut.

“Bolehkah kami menemui Sya’ban, yang tidak hadir solat subuh di masjid?”

Dengan berlinangan air mata isteri Sya’ban RA menjawab:

“Beliau telah meninggal dunia pagi tadi..."

Innalillahi wainna ilaihirojiun… Masya Allah, satu-satunya penyebab dia tidak solat subuh berjamaah adalah kerana ajal sudah menjemputnya.

Beberapa saat kemudian isteri Sya’ban bertanya kepada Rasulullah saw.

“ Ya Rasulullah saw ada sesuatu yang menjadi tanda tanya bagi kami semua, iaitu menjelang kematiannya dia berteriak tiga kali dengan setiap teriakan disertai satu pertanyaan. Kami semua tidak faham apakah maksudnya."

“Apakah pertanyaan yang diucapkannya?” tanya Rasulullah saw

Setiap teriakannya dia terucap kalimat:

“ Aduuuh kenapa tidak lebih jauh……”

“ Aduuuh kenapa tidak yang  baru……. “

“ Aduuuh kenapa tidak semua……”

Nabi saw pun bersabda ayat yang terdapat dalam surat Qaaf (50) ayat 22 :

“Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan dari padamu hijab (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.“

Saat Sya’ban dalam keadaan sakaratul maut, perjalanan hidupnya diulang tayang oleh Allah swt.

Bukan itu saja, semua ganjaran dari perbuatannya diperlihatkan oleh Allah.
Apa yang dilihat oleh Sya’ban (dan orang yang sakaratul maut) tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Dalam pandangannya yang tajam itu Sya’ban melihat suatu adegan di mana sehariannya dia pergi berulang ke masjid untuk solat berjamaah lima waktu.

Perjalanan sekitar 3 jam berjalan kaki sudah tentu bukanlah jarak yang dekat.
Dalam tayangan itu pula Sya’ban RA diperlihatkan pahala yang diperolehnya dari langkah2 nya ke Masjid. Dia dapat melihat apakah bentuk syurga ganjarannya.

Saat melihat itu dia berteriak :

“ Aduuuh kenapa tidak lebih jauh……”

Timbul penyesalan dalam diri Sya’ban , mengapa rumahnya tidak lebih jauh lagi supaya memperolehi pahala yang lebih banyak dan mendapat syurga yang lebih indah.

Berikutnya Sya’ban melihat ketika dia akan berangkat solat berjamaah di musim sejuk.
Ketika dia membuka pintu, bertiup angin sejuk yang menusuk tulang. Dia masuk kembali ke rumahnya dan mengambil satu baju lagi untuk dipakainya. Jadi dia memakai dua helai baju.
Sya’ban sengaja memakai pakaian yang bagus (baru) di dalam dan yang lama di luar.
Dalam fikirannya jika terkena debu, sudah tentu yang kena hanyalah baju yang luar. Sampai di masjid dia boleh membuka baju luar dan solat dengan baju yang lebih baik.

Dalam perjalanan ke masjid dia bertemu seseorang yang terbaring kesejukan dalam keadaan yang sangat lemah. Sya’ban pun hiba, lalu segera membuka baju yang paling luar dan dipakaikan kepada orang tersebut dan memapahnya untuk bersama-sama ke masjid melakukan solat berjamaah.

Orang itu terselamat dari mati kesejukan dan sempat menunaikan solat berjamaah. Sya’ban pun kemudian melihat indahnya syurga sebagai balasan memakaikan baju luarnya kepada orang tersebut.

Kemudian dia berteriak lagi :

“ Aduuuh kenapa tidak yang baru...“

Timbul lagi penyesalan di benak Sya’ban.
Jika dengan baju luar itu saja boleh mendapat pahala yang begitu besar, sudah tentu ia akan mendapat yang lebih besar lagi seandainya ia memakaikan baju yang baru.

Berikutnya Sya’ban melihat lagi suatu adegan saat dia hendak sarapan dengan roti yang dimakan dengan cara mencelupkan dulu ke dalam segelas susu.

Ketika baru saja hendak memulakan sarapan, muncullah pengemis di depan pintu yang meminta diberi sedikit roti kerana sudah lebih 3 hari perutnya tidak diisi makanan.

Melihat hal tersebut. Sya’ban merasa hiba. Ia kemudian membahagikan dua roti itu sama besar, begitu juga segelas susu itu pun dibahagi dua. Kemudian mereka makan bersama-sama roti itu yang sebelumnya dicelupkan susu, dengan portion yang sama.

Allah swt  kemudian memperlihatkan ganjaran dari perbuatan Sya’ban RA dengan syurga yang indah.

Apabila melihat itu dia pun berteriak lagi:

“ Aduuuh kenapa tidak semua……”

Lakukanlah Kebaikan Dengan Terbaik


Sya’ban kembali menyesal. Seandainya dia memberikan semua roti itu kepada pengemis tersebut tentulah dia akan mendapat syurga yang lebih indah.

MashaAllah, Sya’ban bukan menyesali perbuatannya, tetapi menyesali mengapa perbuatannya tidak yang terbaik.

Sesungguhnya kita semua nanti pada saat sakaratul maut akan menyesal dengan hal yang berbeza, bahkan ada yang meminta untuk ditunda matinya kerana pada saat itu barulah terlihat dengan jelas hasil dari semua perbuatannya di dunia.

Mereka meminta untuk ditunda sesaat kerana ingin bersedekah. Namun kematian akan datang tepat pada waktunya, tidak dapat dipanjangkan dan tidak dapat diundurkan lagi.

Sya’ban RA telah menginspirasi kita bagaimana seharusnya kita melihat akan janji Allah swt.

Dia ternyata tetap menyesal sebagaimana halnya kita pun juga akan menyesal. Namun penyesalannya bukanlah kerana tidak menjalankan perintah Allah SWT. Penyesalannya kerana tidak melakukan kebaikan dengan terbaik.

Semoga kita sentiasa boleh memberi kebaikan-kebaikan yang terbaik di setiap kesempatan. Dunia hanya sementara akhirat kekal selama-lamanya. Akhirat yang kekal abadi, Aamiin.

Semoga bermanfaat.

2017/03/16

Siapakah Wanita Di Sebalik Kejayaan Dato' Aliff Syukri D'Herbs

Siapakah Wanita Di Sebalik Kejayaan Dato' Aliff Syukri D'Herbs? Ia bukan anda, bukan saya. Ia tentulah seseorang yang memiliki kelayakan tersendiri yang telah Allah takdirkan untuknya. Wanita istimewa ini telah hampir 10 tahun menemani waktu susah dan senang bersama-sama.

Saya kongsikan kisah inspirasi di bawah, untuk wanita-wanita di luar sana untuk berjaya seperti mereka. Mari kita kenali mereka yang meniti kejayaan setelah melalui susah payah pahit getir kehidupan terdahulu.

Siapakah Wanita Di Sebalik Kejayaan Dato' Aliff Syukri D'Herbs

Menurut Nur Shahida, beliau suka memasak. Biasanya dia akan masak lauk-pauk kampung kerana menjadi kegemaran keluarganya. Selain itu beliau juga pandai memasak churos, spageti dan juga kek. Memasak untuk keluarga adalah sebagai pengikat kasih sayang suami isteri dan juga keluarga.

Sedikit biodata Nur Shahida D'herbs, mendirikan mahligai bahagia dalam usia yang masih muda iaitu pada usia 22 tahun manakala Datuk Aliff dalam usia 20 tahun tentunya menuntut kesabaran yang tinggi. Ini tidak dinafikan oleh Datin Nur Shahida. Hasil perkahwinan mereka yang sudah menganjak ke angka 10 tahun mengurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 9, Qadejah Eh Zahra, 7 dan Ibraheem Adham, 5.

“Kami bercinta tidak lama sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk mendirikan mahligai impian. Apabila sama-sama muda tentulah banyak cabaran yang perlu dilalui. Hari demi hari kami semakin belajar mengenali diri pasangan luar dan dalam secara lebih terperinci. Kunci utamanya ialah saling memahami serta melengkapi antara satu sama lain,” kongsi Datin Nur Shahida.

Siapakah Wanita Di Sebalik Kejayaan Dato' Aliff Syukri D'Herbs


Wanita yang menjadi tunggak kejayaan di belakang Dato' Aliff Syukri memiliki personaliti yang menarik dan penuh karisma menjadikan Datin Nur Shahida Mohd Rashid tampil yakin dan mempesonakan. Kuntuman senyuman yang sering terukir pada seraut wajahnya yang tenang membuatkan Datin Nur Shahida sentiasa disenangi ramai meskipun pertama kali bertentang mata. Itulah empunya nama yang sinonim dengan Dato' Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida.


Suri hati pengasas produk D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman ini punya aura yang tersendiri. Meskipun pada mulanya beliau nampak agak pendiam namun selepas mula membuka lembaran bicara, mulutnya petah melontarkan kata-kata. Mungkin pada awalnya Datin Nur Shahida lebih selesa bergerak di belakang tabir namun kini atas galakan daripada suami tercinta, Datin Nur Shahida semakin berani untuk muncul di khalayak ramai.

“Awal pembabitan perniagaan dahulu, orang ramai jarang melihat saya muncul bersama Datuk sama ada di kaca televisyen mahupun di mana-mana majlis. Saya lebih gemar ‘berdiri’ di belakang tabir sahaja. Namun, Datuk sentiasa memberikan sokongan dan semangat untuk saya sentiasa ke depan bersama-sama dengannya.

“Beliau pernah berkata kepada saya, sekarang tidak mengapalah saya mahu berada di belakang tabir dan kurang menonjol kerana adanya beliau. Bayangkan jika suatu hari nanti dirinya tiada, pasti ia memberikan banyak kesukaran dan kesulitan.

Siapakah Wanita Di Sebalik Kejayaan Dato' Aliff Syukri D'Herbs

“Menganggap nasihat dan kata-kata suami itu secara positif, saya mula memberanikan diri untuk tampil ke hadapan. Alhamdulillah kehadiran saya mula disedari. Buktinya pengikut saya di Instagram semakin bertambah dan jika ke mana-mana, saya perlu berdepan dengan pelanggan-pelanggan secara langsung,” ungkap Datin Nur Shahida memulakan bicaranya.

Bacaan lanjut sila layari http://www.sinarharian.com.my/wow/datin-nur-shahida-tonggak-kejayaan-datuk-aliff-d-herbs-1.641604

Semoga semua perkongsian di atas dapat memberikan kita sumber inspirasi dalam menjalani kehidupan harian dan berjaya dalam bidang perniagaan. Inilah kisah wanita di sebalik  kejayaan Dato' Aliff Syukri D'Herbs.