Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/04/30

Google Adsense Akhirnya Meningkat Cecah USD17 Sehari

Siapa sangka banner Adsense yang saya pasang suka-suka beberapa tahun lepas kini merupakan pendapatan sampingan yang tetap kepada saya. Dan, yang bestnya... Google Adsense Akhirnya Meningkat Cecah USD17 Sehari. Inilah antara hasil income part time saya yang agak menjadi dan memberikan pulangan lumayan.

Google Adsense Akhirnya Meningkat Cecah USD17 Sehari

Anda nak dapat income Adsense macam saya? Memang mudah juga caranya tetapi kena bersabar. Anda kena rajin cedok ilmu belajar daripada mereka yang pernah dapat USD20 sehari dan ke atas untuk berjaya. Kalau anda perhatikan di carian Google, banyak blog Indonesia yang menulis tentang meningkatkan income Adsense. Dari merekalah saya belajar...

Google Adsense Akhirnya Meningkat Cecah USD17 Sehari


Google Adsense Akhirnya Meningkat Cecah USD17 Sehari

Print screen daripada handphone income blog untuk sehari, iaitu campur semua blog yang saya ada.. jumlahnya USD17.89 sehari. Alhamdulillah.

Google Adsense Akhirnya Meningkat Cecah USD17 Sehari

Sebagai info, purata income Adsense saya sehari adalah dari USD4.00 hingga USD11.00 sehari. Tetapi sejak 2 minggu kebelakangan, apabila saya tukar template.. income saya konsisten dari USD8.00 hingga USD15.00 sehari. Jika dikira tukaran asing.. kira muai jugak lah..

Lagi satu, saya buang iklan popup yang tidak perform dan hanya tinggal iklan Popcash dan Adnow dalam blog. Selain itu iklan Affiliate saya letak di bawah tajuk post untuk lebih dapat banyak klik dan sale. Dan, ternyata percubaan saya itu membuahkan hasil. Setiap hari saya dapat sale darinya...

Itu saja buat masa ini.

Jika ada perkembangan lain tentang Google Adsense saya, akan saya kongsikan. Nak cuba dapatkan USD25.00 sehari pula.

Doakan saya, ok..

Kurung Najwa 2017 Eksklusif Hari Raya Dari Sweet Muslimah

Kurung Najwa 2017 Eksklusif Dari Sweet Muslimah. Kurung Najwa menjadi trend kebelakangan ini gara-gara Sweet Muslimah mengeluarkan edisi baru tahun 2017 Kurung Najwa yang lebih trendy, eksklusif dan patuh syariah. Baju Kurung Najwa memang sangat selesa, sesuai untuk ke pejabat, kenduri kahwin apatah lagi untuk hari raya.

Saya memang pandai cakap sebab saya dah beli. Kain dari jenis Lycra Premium, tebal, berat dan tidam lekat di badan. Sesuai untuk yang kurus atau berbadan besar, kerana jenis kain Lycra memang stretchable.. orang kata "memeri..."

Kurung Najwa 2017 Eksklusif Dari Sweet Muslimah 


Tak puas lagi nak cerita tentang Kurung Najwa, tapi apa kata saya belanja anda dengan gambar-gambar kurung Najwa yang menarik dan cantik-cantik belaka.

Kurung Najwa 2017 Eksklusif Hari Raya Dari Sweet Muslimah

Kurung Najwa 2017 Eksklusif Hari Raya Dari Sweet Muslimah




Daripada sumber Facebook Sweet Muslimah...

[ NOW LAUNCHING ! ] SEMPENA RAMADHAN YG BAKAL MENJELMA, SWEET MUSLIMAH MENAMPILKN DESIGN PLG UPDATE, # 7 WARNA PALING HOT & PALING DITUNGGU2 🔥⚡🔥

Alhamdulillah sis, sempena Ramadhan ni, kita tampilkn 7 warna yg plg hot & plg ditunggu2. Now dah boleh decide tema kaler raya thn ni. Dah boleh beli baju cik abg & anak2 same warna dgn sis. Mesti best kan dpt sedondon se family?

Apa yang SPECIAL dengan koleksi kali ni ek? 🙈🙉🙈

Nak tau? Ok,  explain serba ringkas ye 😍😘

1. 1ST GRADE KOREAN LYCRA - Set kurung ni kainnya diimport khas dari Korea, sederhana tebal, tak nipis, tak jarang. Rasa selesa & sejuk jer bila pakai

2. IRONLESS - kain ni tak mudah renyuk, so sis tak perlu risau nak kena gosok. Jimat masa nak bsiap g beraye

3. BREASTFEED FRIENDLY - baju ni ada 3 butang di bhgn dada, sesuai utk menyusu baby. Cepat & sng je nak bukak butang ni

4. WUDHU FRIENDLY - kat hujung lengan baju ni, ada 1 butang comel. Buka butang, terus selak lengan utk ambil wudhu. Mudah & cepat

5. PINGGANG GETAH - utk skirt, getah spenuhnya di pinggang. Selesa je rasa kat pinggang, so sis tak perlu risau kalau ukuran pinggang berubah sbb terlebih makan. hehe

6. BUTANG COMEL DI SISI - di bhgn bwh kiri baju ni, ada belahan sisi & 3 butang comel yg dibalut sama warna dgn kain skirt, menambahkan kecomelan sis. Belahan sisi ni beri effect terbang2 bila sis melangkah. Fefeling ayu gitu

7. #7 PILIHAN WARNA - sempena raya 2017 ni, kita tampilkn 7 warna yg plg HOT & RARE. Warna ni kita print khas utk sis, susah tau nak dpt warna2 mcm ni kt pasaran. Boleh pilih warna baju cik abg & anak2 sedondon dgn warna kurung sis

WOW! Best la.. tak sabar nak order?

Jika berminat, anda boleh terus klik pada pautan di bawah...

"KURUNG NAJWA SPECIAL RAYA SWEET MUSLIMAH"😊😊

Nuffnang Apakah Nasibnya? Sudah Tidak Releven?

Nuffnang sudah tidak releven? Kebelakangan ini iklan Nuffnang macam dah tidak berfungsi. Banner iklan pun kurang muncul di blog, mungkin sudah kurang advertiser? Tak tahulah apa sebabnya...

Saya pun bercadang nak buang iklan Nuffnang diblog kerana tidak mendatangkan hasil sejak sebulan yang lalu. Kekosongan slot iklan Nuffnang mungkin akan saya gantikan dengan banner iklan dari program affiliate seperti klikjer ataupun jobkartel.

Nuffnang Apakah Nasibnya? Sudah Tidak Releven?

Nuffnang Apakah Nasibnya? Sudah Tidak Releven?


Entah apa nasibnya dengan Nuffnang. Mungkin terlalu banyak persaingan dari medium pengiklanan yang menawarkan komisen lebih tinggi. Selain Adsense yang begitu disayangi oleh blogger, lain-lain program yang menawarkan komisen kepada blogger yang memasang iklan mereka termasuklah Mobicow, Popcash, Adnow dan banyak lagi.

So, kepada adik-adik yang baru join blogger, baru ada blog.. tak payahlah pasang iklan Nuffnang. Macam dah tak releven pulak. Buang masa pun ya juga.. adalah lebih baik join affiliate program seperti Sweet Muslimah, Tudung Sicomel, Bookcafe dan sebagainya.

Saya bukan nak lupa  daratan. Memang sejak 4 tahun dulu saya ada memasang Nuffnang dan bersabar selepas 2 tahun baru boleh cashout, tetapi kini tiba masanya saya mengundurkan diri dari Nuffnang..

Terima kasih kepada Nuffnang yang telah memberi income kepada saya sedikit masa dulu, dan oleh kerana saya tidak berapa aktif dengan segala aktiviti mereka.. saya rasa Nuffnang bukanlah lagi pilihan yang baik untuk blogger seperti saya. Saya hanyalah blogger underground, picisan dan tidak sukakan menonjolkan diri.

Biarlah blog saya sahaja yang beraksi... 😁😁

2017/04/29

Maharaja Lawak Mega Akhir 2017 Live Streaming Dari Kedah

Maharaja Lawak Mega Akhir 2017 Live Streaming Dari Kedah. Tahniah buat semua lanun lawak #MaharajaLawakMega kerana ke pentas Final #MaharajaLawakMega !! Kita jumpa di Kedah nanti dan terima kasih buat anda semua yang menonton #MaharajaLawakMega! Ahaa.. sedutan dari FB Astro Gempak. Nampaknya semua lanun MLM yang beraksi di pentas separuh akhir malam tadi tiada yang tersingkir. Tahniah sekali lagi.

Siapa yang anda sokong dan yakin boleh menang pada MLM akhir nanti? Kalau bagi saya, mungkin Bocey, Zero dan Dzawin boleh menang top 3. Shiro dan Puteh kurang konsisten namun tidak mustahil juga boleh menang. Semuanya bergantung kepada rezeki.

Maharaja Lawak Mega Akhir 2017 Live Streaming Dari Kedah


Saksikan Maharaja Lawak Mega Akhir 2017 Live Streaming Dari Kedah

Bagi anda yang ingin saksikan live streaming Maharaja Lawak Mega Akhir, anda boleh layari link di bawah:

Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2017 Astro Warna Online

{Sumber: Siaran Langsung Maharaja Lawak Mega 2017 Astro Warna Online | melvister.com }


Siapakah Lanun MLM Layak Ke Final


Baiklah.

Lanun MLM yang layak ke final Maharaja Lawak Mega adalah:

  • Bocey
  • Zero
  • Shiro
  • Dzawin
  • Puteh

Nantikan kemunculan mereka di pentas akhir yang akan diadakan di Kedah. Jauh juga tu..


Senarai Pemenang Juara MLM 2017 Akhir


Di bawah ini adalah senarai pemenang MLM 2017, juara, naib juara dan tempat ketiga;

JUARA: BOCEY
NAIB JUARA: SHIRO
TEMPAT KETIGA: DZAWIN
TEMPAT KEEMPAT: ZERO
TEMPAT KELIMA: PUTEH

Untuk info, jumlah hadiah adalah seperti berikut:

JUARA : RM500,000
TEMPAT KEDUA: RM250,000
TEMPAT KETIGA: RM150,000
TEMPAT KEEMPAT; RM50,000
TEMPAT KELIMA: RM15,000

Hadiah dalam bentuk wang tunai berserta trofi. Selamat menonton.

Resepi Ayam Goreng Cili Masam Manis

Resepi Ayam Goreng Cili Masam Manis. Resepi ini saya kongsikan daripada FB dan kelihatan sungguh enak sekali. Ayam goreng cili halia dan rasa masam manis. Mesti jadi idaman kita semua bila dapat masak sedap-sedap untuk family. Semoga anda semua boleh manfaatkan koleksi resepi yang pernah saya kongsikan sebelum ini.

Seperti yang saya kata, kebanyakan resepi yang dikongsikan adalah dari pengalaman sendiri, kawan-kawan dan juga rakan dari media sosial. Selain itu saya mendapatkan inspirasi dari blogger masakan seperti En mat Gebu, Kak Azie, Azlita Masam Manis dan ramai lagi.    

Resepi Ayam Goreng Cili Masam Manis

Resepi Ayam Goreng Cili Masam Manis


Bahan-bahan:
1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
3 biji bawang merah (sederhana besar)
2 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
4 biji lada merah
6 biji cilipadi
1 atau 2 keping Asam keping
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh cuka
1 sudu teh sos ikan
1 btg serai diketuk
Hirisan bawang besar
Minyak utk meggoreng
Garam gula / gula merah (jika suka)

Cara Menyediakan Ayam Goreng Cili Masam Manis 


1. Kupas dan blend (atau tumbuk jangan lumat sangat) bawang merah/ putih, halia, cili padi, lada merah & belacan. 

2. Masukkan dalam minyak yang dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau masukkan sedikit air supaya tak kering sangat sambil masukkan garam, kacau sekejap dan masukkan gula 1/2 sudu teh saja serta sedikit gula merah (jika mahu). 

3. Masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yang diketuk tadi.

4. Goreng sampai naik bau, kalau kering sangat letakkan air sedikit mengikut keadaan.
5. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang itu layu dan boleh padamkan api. 

Marilah sama-sama kita cuba ayam goreng cili halia masam manis seperti di atas, kalau tak silap saya, cara penyediaan bahan-bahannya sama seperti nak masak terung bercili.., cuma ketika masak terung saya tidak letak asam keping, sos tiram dan sos ikan. 

So, silalah cuba ya! 

2017/04/28

Bilakah Masa Terbaik Untuk Bersedekah? Tunggu Anda Kaya Atau...

Bilakah Masa Terbaik Untuk Bersedekah? Tunggu Anda Kaya Atau... | Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi dengan hari Jumaat. Hari untuk kita-kita aje iaitu umat Muhammad.. orang muslim di seluruh dunia. Kali ini saya nak kongsikan sedikit pesanan dan mutiara jumaat untuk anda semua iaitu tentang bilakah masa terbaik untuk bersedekah? Tunggu kaya atau bila dah jatuh miskin?

Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.

Bilakah Masa Terbaik Untuk Bersedekah? Tunggu Anda Kaya Atau... 


Bilakah Masa Terbaik Untuk Bersedekah? Tunggu Anda Kaya Atau...

Bilakah masa terbaik untuk bersedekah? Ya, ada hari paling baik dan afdal untuk bersedekah iaitu dalam bulan Ramadhan. Kita digalakkan melakukan sedekah di dalam bulan puasa yang mulia. Sedekah makanan, harta benda, wang ringgit kepada golongan yang memerlukan. Dan, tidak dilupakan sedekah atas nama orang yang telah meninggal dunia contohnya ibu bapa, adik beradik, anak-anak dan rakan sahabat yang kita sayangi. Tahukah anda, saudara kita yang telah meninggal dunia merayu-rayu untuk kembali ke dunia hanya untuk memperbanyakkan sedekah. Kerana mereka di alam sana, nampak hebatnya pahala sedekah. Subhanallah...

Bilakah waktunya kita benar-benar digalakkan untuk bersedekah? Hah.. bila agaknya ya? Sebagaimana ustaz dan ustazah pesan.. kita digalakkan bersedekah bila kita lihat duit wang ringgit kita tinggal sikit dan kita takut jatuh miskin. Inilah waktu kritikal nya kita kena bersedekah.

Dengan bersedekah tidak membuatkan kita jatuh miskin, sebaliknya kalau kita takut miskin.. bersedekahlah!

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." - (surah al munafiqun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?

Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."

Senarai 30 Program Affiliate Yang Anda Boleh Sertai Dengan Pendapatan Lumayan

Senarai 30 Program Affiliate Yang Anda Boleh Sertai Dengan Pendapatan Lumayan. Hai.. pembaca blog sekalian. Akhirnya dapat saya keluarkan artikel tentang program affiliate yang mudahkan kita buat duit dengannya. Buat duit dengan percuma, secara kasarnya tanpa modal la..

Senarai yang saya keluarkan adalah senarai yang telah saya cuba dan berjaya mendapatkan komisen yang banyak dengannya.

Dengan syarat, anda kena rajin berusaha, teroka, gali ilmu-ilmu affiliate yang bersepahan di dunia internet..

Senarai 30 Program Affiliate Yang Anda Boleh Sertai Dengan Pendapatan Lumayan


Senarai 30 Program Affiliate Yang Anda Boleh Sertai Dengan Pendapatan Lumayan

Di bawah ini saya senaraikan program affiliate yang anda boleh daftar dan cepat-cepat jana income semudah A, B, C... yang penting anda ada Facebook atau Twitter atau Google plus atau Instagram atau blog atau KESEMUANYA!!! No hal, okay..

30 Senarai Program Affiliate Di Malaysia


  1. Klikjer.com
  2. sweetmuslimah.com.my
  3. jobdirumah.net
  4. jobkartel.com
  5. panduanbajukurung.com
  6. mudahhamil.com
  7. Shoppingcart.my
  8. Amazon.com
  9. Agoda.com
  10. Lazada.com.my
  11. formularezeki.com
  12. equrban.com
  13. bookcafe.com.my
  14. bakarlemakpantas.com
  15. tudungsicomel.com
  16. buatduitmenulis.com
  17. buatmuffin.com
  18. kekcheese.com
  19. buatbiskut.com
  20. buatbahulu.com
  21. CD Belajar Bakeri
  22. penulisebook.com
  23. RahsiaTaobao.com
  24. PikatLelaki.com
  25. RahsiaKambing.com
  26. RahsiaSolat.com
  27. DuitFiverr.com
  28. FormulaKurus.com
  29. BisnesBurger.com
  30. PanduanMuet.com 


##Contoh income dari Sweet Muslimah


Selain itu saya dapat juga income dari program affiliate seperti Bookcafe, Tudung Sicomel, Klikjer dan banyak lagi (sekadar untuk program dari Malaysia).

Jika anda nak sertai program affiliate tak perlukan pengalaman pun, cukup sekadar anda rajin, kreatif promosi produk anda serta buat kerja review produk itu serba sedikit agar orang ramai tahu faedah dan kegunaan produk yang anda iklankan.

So, selamat mencuba!

2017/04/27

Di Manakah Petunjuk Allah Nak Dicari? Anda Akan Temui Jawapannya...

Di Manakah Petunjuk Allah Nak Dicari? Sesungguhnya petunjuk itu ada di jalan mereka yang mencarinya! Taufik dan hidayah Allah akan datang bila kita berusaha mengejarnya, mencarinya dan memburunya dengan usaha bersungguh-sungguh. Bukan sambil lewa dan menanti ia datang sendiri...

Memang benar hidayah dan taufik itu milik Allah. Ia diberikan kepada hambaNya yang berusaha mencari dan berdoa agar selalu diberikan taufik dan hidayah Allah. Oleh sebab itu dalam ceramah-ceramah yang saya dengar dan tengok, semua ustaz kata burulah redha Allah. Carilah taufik dan hidayah Allah. Mohonlah belas ehsannya. Jangan lepaskan kuasa DOA anda, senjata paling mujarab!

Baca juga:

Firman Allah SWT..
*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِالرَّحْمَنِالرَّحِيْم*
وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوْا لَهُ وَأَنْصِتُوْا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ

“Apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarlah baik-baik, dan perhatikan dengan tenang agar kamu mendapat rahmat”. [Al-'A`rāf:204] 

Petunjuk Itu Ada Di Jalan Mereka Yang Mencarinya


Di Manakah Petunjuk Allah Nak Dicari? Anda Akan Temui Jawapannya...

Di antara tanda-tanda kebahagiaan dan keuntungan itu adalah bahawa semakin ilmu hamba itu bertambah, maka akan bertambah pula kerendahan hatinya dan rasa belas kasihnya. Seperti mutiara yang mahal, semakin nilainya bertambah besar, maka semakin dalam tempatnya di dasar laut.

Dan orang yang bijaksana akan menyedari bahawa ilmu itu anugerah,yang dengannya Allah mengujinya.

Jika ia mensyukuri dan menerima sebaik-baiknya, maka Allah akan mengangkat darjatnya.
“…..Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat…” [Al-Mujadilah:11]

Sedangkan tanda-tanda kesengsaraan; semakin bertambah amal perbuatannya,maka semakin tinggi kesombongannya, semakin kecil nilai orang-orang di sekitarnya, dan semakin baik prasangkanya terhadap dirinya sendiri. Dia merasa bahawa dirinya akan memperoleh semua kejayaan, sedangkan yang lain akan berjalan di bibir kehancuran. Semakin bertambah usianya, semakin bertambah sifat rakusnya.

Semua ini adalah cubaan dan ujian dari Allah untuk hamba-hambaNya. Ada yang dengan ujian ini menjadi bahagia, namun ada pula yang dengan ujian ini menjadi sengsara.

Sumber: Dr Aidh Abdullah Al Qarni - La Tahzan‍‌‌‌‌‍‍‌

Petua Hilangkan Bengkak Bawah Mata Cara Tradisional

Petua Hilangkan Bengkak Bawah Mata Cara Tradisional. Bengkak bawah mata kadang-kadang nampak tidak elok pada pandangan mata orang lain. Bengkak bawah mata atau 'mata panda' memang kurang digemari oleh sigadis terutamanya yang terlibat dengan bidang jualan yang sering bertemu dengan ramai orang.

Namun begitu, ada banyak sebab mengapa berlakunya bengkak bawah mata. Selain daripada keturunan, ia mungkin juga kerana tersalah diet atau pun pola tidur yang salah.  

Antara sebab-sebab bengkak bawah mata adalah:

1. Hipotiroidisme

Bengkak wajah dan bengkak di bawah mata adalah gejala umum dari hipotiroidisme, suatu keadaan yang disebabkan oleh pengeluaran hormon tiroid yang tidak mencukupi.


Petua Hilangkan Bengkak Bawah Mata Cara Tradisional


2. Gangguan Kulit

Infeksi kulit seperti eksim atau psoriasis ketika terjadi di wajah terutama dekat dengan mata, boleh menyebabkan pembengkakan.

3. Pola Tidur

Tidur terlalu banyak, terlalu sedikit, atau tidur yang terganggu merupakan salah satu puncu umum pembengkakan mata.

4. Menangis

Menangis dalam waktu lama membuat seluruh mata membengkak karena lebih banyak darah mengalir saat menangis. Kandungan garam dalam air mata boleh pula menyebabkan pembengkakan.

5. Penyalahgunaan Zat

Kelebihan mengambil alkohol, narkotik, merokok membuatkan mata berwarna merah serta menyebabkan bengkak di bawah mata.

6. Diet

Diet makanan tinggi garam mendorong pembentukan cairan di sekitar mata sehingga menyebabkan pembengkakan.

7. Keturunan dan Umur

Individu dengan sejarah keluarga yang memiliki mata bengkak lebih besar akan mengalami hal serupa. Pertambahan usia juga menjadi penyumbang terhadap terjadinya bengkak di bawah mata.

8. Cedera

Cedera dekat dengan mata atau sekitar kelopak mata boleh menyebabkan mata membengkak. #Sumber

Petua Hilangkan Lebam Bawah Mata Cara Tradisional 


1. Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya. Tidur yang cukup dapat merehatkan minda dan mengelakkan stress. Tidur 7 hingga 8 jam setiap malam dan menjaga kepala sedikit terangkat ketika tidur boleh mencegah pengumpulan cairan di bawah mata

2. Banyakkan minum air kosong untuk mengawal kelembapan kulit dan untuk petua untuk awet muda juga.

3. Amalkan pemakanan sihat dengan mengambil sayur-sayuran hijau sebagai sumber zat besi, dan buah-buahan seperti limau untuk vitamin C. Ambil buah-buahan seperti jambu batu dan epal untuk sumber serat yang baik.

4. Gunakan pelembap yang sesuai untuk bawah mata..  

5. Cara paling mudah adalah dengan meletakkan/ melekapkan ais pada kawasan bengkak 3 hingga 4 kali sehari.

Ha! Dah selesai masalah bengkak bawah mata ni... tidur dengan cukup hingga 7 jam dan letakkan ais batu bawah mata. Itu cara yang saya gunakan. Anda pun boleh guna cara-cara hilangkan bengkak bawah mata seperti di atas. Semoga berjaya. 

2017/04/26

Download E Book Percuma 15 Soalan Killer Temuduga

Download E Book Percuma 15 Soalan Killer Temuduga. Artikel yang saya tulis ini ditujukan khas kepada para graduan di luar sana yang sedang bingung mencari panduan temuduga kerja. Panduan daripada e-book percuma ini mengandungi 15 soalan killer sewaktu temuduga yang boleh dijadikan panduan persediaan menghadiri temuduga.

Di bawah nanti (jika anda baca sampai habis), ada saya sertakan review oleh seorang pengguna E book dan Software Klik Resume dan keberkesanannya dalam meningkatkan kerjayanya ke tahap yang lebih tinggi.

Download E Book Percuma 15 Soalan Killer Temuduga


Download E Book Percuma 15 Soalan Killer Temuduga 


Siapa pembaca kat sini yang nak e book percuma soalan killer temuduga yang memang selalu ditanya oleh penemuduga? Sila angkat tangan ya!! Hehe... {gurau aje..}

Nah, ambillah secara percuma e book di bawah ini.




Ada banyak faedahnya jika anda download e book percuma di atas. Panduan untuk berjaya dalam temuduga juga disediakan.

Ini review ringkas untuk Software Klik Resume & Ebook Jobkartel!

Saya dah lama nak cari resume infografik ni, tak sangka jobkartel ada buat satu software yang mampu dibuat secara online. Sebelum ni saya lihat ada orang menggunakan Microsoft word, tetapi ini dah jadi “ANOTHER LEVEL”. Buat resume secara online! Lepas ni kalau korang bising-bising lagi susah nak buat resume, tak tahu la nak cakap apa. Software yang mudah dikendalikan, template infografik yang banyak dan menarik. Yang paling saya suka, masuk-masuk kan info je dan siap.

Untuk kedua-dua Ebook diaorang ni pula, saya sangat suka apa yang dikeluarkan oleh mereka. Yang pertama, ia dalam Bahasa Melayu! Senang nak faham. Selalunya info sebegini banyak dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris sahaja. Terima kasih team jobkartel sebab sediakan info sebegini dalam Bahasa Melayu!

Sememangnya satu usaha yang sangat besar. Kita perlukan lebih banyak lagi ilmu menarik sebegini yang dikeluarkan menggunakan Bahasa melayu yang mudah untuk difahami oleh golongan majoriti di dalam Malaysia ini.

Isi kandungan dia memang banyak perkara baru yang saya belajar. Memang tak sangka ia seperti persiapan yang lengkap buat saya. Sebelum ini saya banyak mencari di Youtube dan Google.

Tapi sekarang dengan bantuan Ebook dari jobkartel ni, saya rasakan semua maklumat telah dikumpulkan pada satu ebook ini untuk persiapan yang lengkap. Sebagai seorang fresh graduate, selepas ini saya lebih confident untuk melalui sesi temuduga yang akan datang.

Jika mahu dilihat dari segi kekurangannya, Software Klik Resume dari pihak jobkartel boleh keluarkan lagi lebih banyak template resume dan susunkannya mengikut kategori simple, intermediate dan creative. Dari segi lain saya rasa semuanya ok dan sangat best!

Untuk bahagian Ebook, orang yang macam saya memang suka bila isi kandungannya dalam bentuk infografik. Pandangan saya, mungkin jobkartel boleh keluarkan dua jenis ebook untuk berlainan versi. Satu jenis yang simple dan satu lagi penuh dengan infografik, supaya Ebook ini boleh sampai kepada semua tahap golongan pembaca.

Itu sedikit sebanyak pandangan daripada saya.

- Mohd Amirul, Graduan Universiti Malaya

Doa Hilang Mengantuk Semasa Memandu

Doa Hilang Mengantuk Masa Memandu. Sebelum memulakan perjalanan pun ada doa yang biasa kita amalkan, ingat tak doa tu? "Bismillahi tawakkal tu'alaAllah walaa hawlawalaa quwwata illah billah hil 'aliyyul 'aziim..."

Doa ni bila dah biasa diamalkan, tak payah kena paksa pun dia akan automatik terbaca.. lidah dah jadi biasa, hati pun dah serasi..

Begitu jugak dengan bacaan ayat Kursi. Walau kita tak sedar, tetapi sebab sudah terbiasa.. hati kita, lidah kita, mulut pun sama akan melafaz ayat kursi bila lepas solat, nak mulakan perjalanan, kalau dalam kesusahan, dan banyak lagi. Dah jadi satu kelaziman..

Apa kaitannya ayat kursi dengan doa hilang mengantuk semasa memandu,? Ya, ada ayat dari dalam ayat kursi yang boleh dijadikan doa.

Doa Hilang Mengantuk Semasa Memandu


Sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Kursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...

Doa Hilang Mengantuk Semasa Memandu


"LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."
(maknanya: "[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Kursi 3 kali sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat berikut:

"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" ~ (3 KALI).

Selamat mengamalkan perkongsian doa di atas. Semoga koleksi doa yang dihimpunkan dalam blog ini boleh dijadikan panduan kepada saya, anak-anak, sahabat muslim semua di masa mendatang.

Alhamdulillah..

2017/04/25

Resepi Kek Oren Kukus Mudah Sukatan Cawan Lembut Gebu

Resepi Kek Oren Kukus Mudah Sukatan Cawan Lembut Gebu. Kek oren mudah yang akan saya kongsikan di bawah ini hanya memerlukan beberapa langkah dan semua newbie dalam membuat kek akan boleh membuatnya dengan berjaya sekali! Kek oren lembut gebu pasti jadi idaman semua supaya tidak membazir jika buat kek tapi tak ada orang nak makan.. yak dok?

Ingat lagi kali pertama buat kek, terutamanya kek kukus.. ada aje yang tak kena. Kadang, ada bancuhan terlebih cair menjadikan kek tak naik, macam lembik je.., ada sesekali kek yang dibuat rasa pahit.. mungkin terlebih baking powder dan,sebagainya..

Gambar sumber Google

Tapi kini tidak lagi. Setelah saya tahu ukuran sudu teh, sudu makan, bentuk cawan dan lain-lain alatan memasak kek, saya sudah boleh masak kek kukus dengan jayanya.. hihi..

Menurut chef Wan, jika nak kek gebu, pukul telur satu persatu agar setiap telur masuk udara dN menggebukan kek anda.

Lagi satu, jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.

Resepi Kek Oren Kukus Mudah Sukatan Cawan Lembut Gebu


Bahan-bahan:

5 biji telur
1/2 cawan gula kastor
1 cawan susu pekat
1/2 cawan pati oren sunquick
2 cawan tepung berserbuk penaik
1/2 cawan minyak masak
1 sudu makan ovalette
sedikit pewarna oren


Gambar sumber Google

Cara menyediakan Kek Oren Kukus Lembut Dan Gebu


1. Pukul telur dan gula kastor hingga kembang. Masukkan ovalette dan putar lagi hingga gebu.

2. Masukkan pula susu pekat dan minyak masak. Putar lagi hingga kembang.

3. Gaulkan tepung sedikit-sedikit hingga habis.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diadun dengan warna oren.

5. Tuangkan adunan warna oren, warna asal berselang seli hingga habis ke dalam acuan.

6. Tutup acuan dengan kertas aluminium.


7. Panaskan pengukus, masukkan loyang kek tadi dan kukus dalam api sederhana selama kira-kira 1 jam atau sehingga kek masak. Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik diatas adunan. 

Kek oren sedap dan gebu siap untuk dihidangkan. Tunggu hingga sejuk agar kek oren kukus anda cantik di potong. 

Selamat mencuba!

2017/04/24

Amalan Zikir Harian Yang Mudah Dan Anda Tentu Terpegun Dengan Kesannya!

Amalan zikir harian yang anda perlu amalkan. Dalam hidup ini selain kebahagiaan, kekayaan, kita juga mengharapkan ketenangan berpanjangan menemani waktu-waktu harian kita. Sebagai seorang muslim, mencari ketenangan itu amatlah mudah, iaitu dengan menjaga hati sendiri. Memberi makanan jiwa kepada hati nurani agar sentiasa bersyukur dan memuji kebesaran Allah. Jangan lupa juga untuk bersabar dengan dugaan yang mendatang.

Amalan Zikir Harian Yang Mudah Dan Anda Tentu Terpegun Dengan Kesannya!

Oleh itu zikir merupakan terapi mencapai ketenangan yang amat terbaik. Amalkan zikir harian dengan seberapa mampu anda dan tidak semestinya anda kena berada di dalam masjid untuk berzikir. Lakukan zikir di mana-manapun ianya tetap sama kelebihannya, dan sampai kepada Allah SWT.

Amalan Zikir Harian Yang Mudah Dan Anda Tentu Terpegun Dengan Kesannya


Bersama-sama ini saya kongsikan jadual amalan zikir harian yang membuatkan anda terpegun dengan kesannya. Jom kita amalkan sama-sama. Anda boleh print dan lekatkan di dinding rumah anda untuk dijadikan amalan seisi keluarga. Insyaa Allah, Allah akan melimpahkan rahmatnya.

Amalan Zikir Harian Yang Mudah Dan Anda Tentu Terpegun Dengan Kesannya!

Hari Jumaat »»» ● Ya Allah
Hari Sabtu »»»» ● La Ilaha Ilallah
Hari Ahad »»» ● Ya Hayyu Ya Qayyum
Hari Isnin »»» ● La Haw Lawala Quwwata Illa Billah Hil 'aliyyul 'aziim
Hari Selasa »»» ● Allahumasolli 'ala sayyidina Muhammadin nabiiyil ummi wa'ala alihii wasohbihi wassalam
Hari Rabu »»» ● Astagfirullah hal'aziim
Hari Khamis »»» ● Subhanallah hil 'aziimi wabihamdihi

Menurut Imam Ghazali RA, "Aku memperolehi kebahagiaan dan keberkatan dengan mengamalkan segala wirid ini."

Kesan yang diperolehi amatlah besar dan pahala ganjarannya juga kita perolehi. Bukan susah pun nak berzikir. Sambil berbaring pun anda boleh lakukannya.

Selain dapat pahala, kita juga secara tak langsung merawat hati yang tidak tenang. Zikir adalah terapi diri paling mujarab. Zikir adalah makanan untuk jiwa yang tidak tenang.

Lagipun, dengan berzikir menambahkan keberkatan hidup kita di muka bumi ini. Orang yang mengamalkan zikir memuji Allah dalam amalan hariannya, hidupnya akan dirahmati oleh Allah. Dia sentiasa dalam pelukan kasih sayang Allah.

Salam israk mikraj!

2017/04/23

Info Pemenang Anugerah Meletop ERA 2017

Info Pemenang Anugerah Meletop ERA 2017. Hari ini bertarikh 23 April 2017 telah berlangsung Anugerah Meletop ERA 2017. Saya tengok di kaca TV dan diacarakan oleh Nabil Ahmad, Neelofa dan Johan. Boleh tahan jugak gempaknya tetapi dalam sederhana je.. berjimat kut..

Persembahan dimulakan oleh OAG dengan Radhi sebagai penyanyinya.

Ada 17 anugerah dipertandingkan semuanya. Mari kita lihat siapa yang menang dalam AME 2017 ini.


Info Pemenang Anugerah Meletop ERA 2017 


Info Pemenang Anugerah Meletop ERA 2017

Senarai pemenang AME 2017 adalah seperti berikut:

Sebanyak 17 Kategori Anugerah dipertandingkan dan akan diputuskan oleh para peminat melalui undian:

Muzik

Lagu MeleTOP ERA ~ Pencuri Hati (Ayda Jebat)
Penyanyi MeleTOP ~ Siti Nordiana
Grup/Duo MeleTOPRadio ~ Dato Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir
Penyampai Radio MeleTOP ~ Johan
Program Radio MeleTOP ~ JOHARA Pagi ERA

Filem 

Filem MeleTOP ~ Munafik
Bintang Filem MeleTOP ~ Fasha Sandha

TV/Online

Drama MeleTOP ~ Suri Hati Mr Pilot
Program MeleTOP ~ Taste Selebriti (Episod Neelofa) 
Pelakon TV MeleTOP ~ Fattah Amin
Hos MeleTOP ~ Neelofa
Bintang Online MeleTOP ~ Fattah Amin

Selebriti

Artis Baharu MeleTOP ~ Khai Bahar
Artis Lawak MeleTOP ~ Johan
Couple MeleTOP ~ Akim & Stacy
Fesyen MeleTOP
Si Cilik MeleTOP  ~ Yusuf Iskandar

Top Top Meletop Lelaki : Fattah Amin
Top Top Meletop Wanita : Neelofa

Artis yang membuat persembahan termasuklah Ayda Jebat, artis-artis baru, Siti Nordiana, Hafiz Suip, Senario, Dayang Nurfaizah, Malique dan M. Nasir.

Semoga bermanfaat ya..

2017/04/22

Filing Borang BE Cukai Pendapatan Individu Tahun Taksiran 2016

Filing Borang BE Cukai Pendapatan Individu. Dah filing borang cukai pendapatan anda? Borang BE cukai pendapatan individu. Tarikh akhir pengemukakan borang cukai pendapatan BE adalah pada 30 April 2017. Tahun taksiran adalah 2016.

Saya sudah filing borang BE. Anda bila lagi? Jangan tunggu last minute baru nak bayar ya, anda mungkin dikenakan tindakan penalti jika gagal filing atau declare income tax tahun taksiran 2016 pada atau sebelum tarikh tutup tersebut.

Filing Borang BE Cukai Pendapatan Individu Tahun Taksiran 2016

So, be punctual ok! Dan elakkan talian LHDN jammed bila anda filing Borang BE last minute. Ubah persepsi anda, jangan tunggu saat akhir...

Filing Borang BE Cukai Pendapatan Individu Tahun Taksiran 2016


Sebelum ini saya ada banyak tulis tentang income tax dan cara filing borang BE. Anda mungkin boleh rujuk artikel berkaitan seperti di bawah.

Baca artikel berkaitan:


Semoga anda semua menjadi rakyat yang patuh membayar cukai untuk keselesaan masa depan. Jika cukai anda terlebih tolak, anda pun akan dapat semula lebihan tersebut selepas pihak LHDN puashati dengan cukai yang anda declare itu. Kita kena bertanggungjawab dengan apa yang kita declare, ingat tu... maksudnya jangan menipu.. hihi.



Baca info lanjut dari LHDN melalui siaran di Astro Awani,


Pembayar cukai boleh mula mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun taksiran 2016 melalui e-Filing bagi borang E, BE, BT, P, M, MT dan TF boleh dilakukan mulai 1 Mac ini.

Bagi borang BE, pengguna boleh mengemukakan borang menggunakan peranti mudah alih melalui aplikasi Mobile Filing atau m-Filing.

Kedua-dua aplikasi e-Filing dan m-Filing adalah percuma dan boleh dicapai melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my

Berikut kenyataan penuh mengenai tarikh akhir serahan BNCP mengikut jenis borang:

1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun Taksiran 2016 melalui e-Filing bagi Borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF boleh dilakukan mulai 1 Mac 2017.

2. Bagi Borang BE, pembayar cukai juga boleh mengemukakan borang tersebut menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi Mobile Filing (m-Filing).

3. e-Filing dan m-Filing merupakan aplikasi PERCUMA yang disediakan oleh LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai melengkapkan dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.

4. Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my

5. LHDNM menyeru semua pembayar cukai agar mengemukakan BNCP dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar BNCP dan kenaikan lewat bayar cukai dikenakan terhadap mereka.

6. Tarikh akhir pengemukaan BNCP Tahun Taksiran 2016 bagi Borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF secara Borang Kertas (manual) adalah seperti berikut:


7. Harap maklum bahawa para majikan yang terdiri daripada syarikat adalah WAJIB mengemukakan Penyata oleh Majikan (Borang E) Tahun 2016 secara e-Filing seperti yang telah ditetapkan dalam subseksyen 83(1B) Akta Cukai Pendapatan 1967.

8. Pembayar cukai boleh merujuk pautan berikut untuk sebarang maklumat tambahan masa untuk mengemukakan BNCP secara e-Filing: http://lampiran.hasil.gov.my/pdf/pdfa /ProgramMemfailBNCP_2017_1.pdf

9. Pembayar cukai yang belum pernah menggunakan aplikasi e-Filing perlu memohon nombor PIN e-Filing terlebih dahulu dari kaunter khidmat pelanggan LHDNM.

10. Manakala bagi pembayar cukai yang terlupa kata laluan e-Filing dan mempunyai emel berdaftar dengan LHDNM pula, mereka boleh set semula (reset) kata laluan melalui menu Terlupa Kata Laluan di portal ezHASiL.

11. Selain itu, LHDNM juga menyediakan perkhidmatan reset kata laluan e-Filing melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDNM. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini hanya disediakan kepada pengguna talian Maxis, Celcom, Digi dan Umobile. Pengguna perkhidmatan ini akan dikenakan bayaran RM0.50 oleh syarikat penyedia telekomunikasi (telco) bagi setiap SMS maklum balas daripada LHDNM.

12. Bagi pembayar cukai yang tidak mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM atau tidak boleh menggunakan perkhidmatan reset kata laluan melalui nombor telefon bimbit, mereka perlu hadir ke kaunter khidmat pelanggan LHDNM untuk mendapatkan Kod Pengaktifan Sementara kata laluan e-Filing mereka. Sila bawa bersama-sama kad pengenalan atau pasport sebagai pengesahan dan rekod.

13. Adalah diingatkan bahawa permohonan untuk reset kata laluan e-Filing menggunakan selain daripada kaedah-kaedah di atas tidak akan dilayan.

Istihar cukai pendapatan dengan betul dan tepat

14. LHDNM juga ingin memberikan peringatan kepada semua pembayar cukai agar mengistiharkan maklumat cukai pendapatan mereka dengan betul dan tepat.
15. Semua pendapatan yang diperolehi dalam tahun 2016 daripada semua punca pendapatan seperti penggajian, kelas tuisyen, perniagaan, komisen, jualan langsung, sewa, royalti dan lain-lain pendapatan seperti termaktub dalam seksyen 4 dan seksyen 4A Akta Cukai Pendapatan 1967 mestilah diistiharkan.

16. Setiap dokumen sokongan berkaitan pelepasan cukai dan perbelanjaan yang dituntut dalam mengira cukai pendapatan pula hendaklah disimpan selama tujuh tahun bagi tujuan auditan atau siasatan cukai oleh LHDNM.

17. LHDNM akan menjalankan tindakan penguatkuasaan seperti audit dan siasatan cukai mengikut peruntukan ditetapkan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967.

Tindakan ini akan diambil sekiranya LHDNM mendapati terdapat sebarang keraguan atas maklumat dan cukai pendapatan yang telah diistiharkan oleh setiap pembayar cukai.

##Cerita pasal income tax ni, saya pun dapat CPUV daripada Nuffnang. Dapat juga 4 ketul.. so, saya pun tulislah sikit tentang kesedaran declare dan bayar cukai. Anda pun boleh klik iklan Nuffnang untuk tahu lebih lanjut tentang LHDN dan kempen bayar cukai pendapatan..

2017/04/19

Rahsia Pembuatan 'Winning Resume' Yang Wajib Anda Tahu

Ini RahsiaPembuatan Winning Resume Yang Wajib Anda TahuPersediaan resume yang lengkap, padat dan kelihatan profesional sangat penting untuk menunjukan anda seorang yang ada karisma dari segi hasil kerja yang anda berikan kepada mereka. 

Resume yang berbentuk konvensional iaitu mempunyai sehingga 3-4 muka surat sudah tidak releven pada dunia IT kini.

"Thumbs Up Rule" mengatakan resume yang baik cukup sekadar 1 muka surat dan 2 muka surat maksima jika pengalaman anda kurang dari 10 Tahun.

Rahsia Pembuatan 'Winning Resume' Yang Wajib Anda Tahu

Rahsia Pembuatan 'Winning Resume' Yang Wajib Anda Tahu


Sebelum anda tahu nak membuat resume, anda kena tahu dahulu apa itu RESUME?

  • Medium untuk anda menjual potensi kepada syarikat
  • Ringkasan info yang padat mengenai diri anda
  • Salah satu pemasaran melalui komunikasi tulisan
  • Ayat yang ringkas dan memukau
  • Satu dokumen untuk meyakinkan majikan anda mengenai siapa diri anda dan juga bahagian apa yang anda mahir
  • Dokumen yang menunjukan dengan jelas anda punya 'goals'
Kenapa ia sangat-sangat penting?

·         Ia adalah medium komunikasi pertama diantara anda dan majikan. Ingat, first impression counts!

Apa yang perlu ditulis dalam Resume?
  • ·         Personal Information
  • ·         Summary of Qualifation
  • ·         Current Work Experience
  • ·         Education and Traning
  • ·         Reference

Ini part yang paling penting,

Bagaimana mahu menulis "winning resume":
·        
Anda kena buat sendiri, ini akan membuatkan anda lebih teratur untuk keluarkan idea dan maklumat peribadi.
  • Pastikan dia tidak ada kesalahan bahasa, rujuk resume anda kepada orang yang lebih berpengalaman seperti pensyarah
  • Pastikan ia kelihatan cantik, maksudnya disini elakan menggunakan kertas yang murah jika anda print resume tersebut
  • Gunakan 'font' yang sesuai
  • Jujur, ringkas dan logik, jangan overclaimed/overstate dalam penulisan resume anda
  • Sentiasa positif, tekankan hasil kejayaan anda, elakan merendah diri
  • Sentiasa update & edit resume. Pastikan anda menggunakan ayat-ayat yang betul dalam penulisan di dalam resume. Jangan buat sekali dan puas hati. Buat sehingga anda benar-benar puas hati.
  • Pastikan ia kemas, bersih dan tersusun.

Tulisan yang sesuai untuk resume anda:



Times New Roman

Arial

Century Gothic

Franklin Gothic Book

Gill Sans Mt

Lucida Sans


Diharap perkongsian cara membuat winning resume yang saya kongsikan di atas dapat dijadikan panduan kepada graduan untuk membuat resume yang terbaik dan outstanding daripada orang lain. Semoga bermanfaat.

Petua Rawat Kaki Kejang Atau Kejang Otot

Petua Rawat Kaki Kejang Atau Kejang Otot. Ada tak antara pembaca blog saya yang sering mengalami kejang otot pada kaki. Ada juga yang panggil simpul biawak. Biasanya kejang otot berlaku bila kita melakukan aktiviti yang jarang dilakukan seperti terlalu banyak berjalan pada sesuatu masa, kurang minum air dan banyak lagi. Kalau kena kejang otot memang sakit, kan? Terutamanya bila sedang tidur terkena kejang otot. Fuhh... anda rasalah sendiri..

Kekejangan otot dapat dikenal pasti apabila anda berasa sakit di kawasan otot terlibat apabila ia menegang, mengeras seterusnya berasa sakit apabila disentuh. Mereka yang pernah mengalami situasi ini terpaksa berehat daripada melakukan sebarang aktiviti sementara menunggu kekejangan tersebut reda.

Petua Rawat Kaki Kejang Atau Kejang Oto

Petua Rawat Kaki Kejang Atau Kejang Otot


Cara rawatan kejang otot secara tradisional mudah saja.

  • Sekiranya anda mengalami kekejangan, sapukan minyak panas atau ubat yang dikhaskan untuk tujuan itu di bahagian berkaitan. 
  • Jika kekejangan berlaku di bahagian kaki, legakan kekejangan itu dengan cara duduk dan luruskan kaki serta halakan jari kaki ke arah badan. Lakukan ia secara berulang sehingga rasa kejang itu hilang. 
  • Ia diikuti dengan urutan secara perlahan di tapak kaki bagi melegakan otot dan melancarkan aliran darah. 

Bagi mengatasi permasalahan kejang otot, anda digalakkan untuk mengambil makanan berkarbohidrat seperti nasi dan roti. Manakala pengambilan elektrolit dan mineral seperti kalsium, magnesium, potassium dan zink dipercayai membantu mencegah kecederaan dan kejang otot. Buah-buahan seperti pisang yang mengandungi potassium serta air isotonik amat diperlukan bagi mencegah kekejangan dan kecederaan otot.

Selain menitikberatkan pemakanan, anda juga disarankan untuk melakukan regangan secara perlahan-lahan pada otot yang bermasalah. Sesi pemanasan badan sebelum dan selepas bersukan ini juga dapat membantu mengatasi kekejangan otot. Ia penting agar otot-otot terlibat tidak terkejut dan dapat menerima tindak balas berkenaan.

#Sumber

1. Mengatasi kejang otot pada paha
Jika kejang terjadi pada paha belakang, maka luruskan lutut penderita kemudian angkat kakinya. Untuk 'cramp' pada paha depan, tekuk lutut pesakit ke belakang. Picit pada ototnya dengan kuat.

2. Mengatasi kejang pada betis. 
Letakkan pesakit pada posisi duduk, kemudian luruskan lututnya. Tekan kakinya dengan kuat ke arah tulang kering. Kemudian, picit ototnya untuk menenangkan.

3. Menyembuhkan kaki kejang otot
Bantu pesakit untuk berdiri dan tahan tubuhnya supaya tidak jatuh. Cara ini bertujuan untuk melancarkan aliran darah pada tubuhnya. Seterusnya, picik kakinya. Cara mengatasi 'cramp' otot secara medical dilakukan dengan menyembur chlor ethyl pada bahagian tubuh yang bermasalah. Spray tersebut berguna untuk mengurangi sakit akibat cramp. Untuk meredakan rasa sakit kerana, dapat menggunakan ubat panas, koyo atau balsam. Penggunaan ubat-ubatan ini berfungsi untuk melonggarkan pembuluh darah, sehingga aliran darah menjadi lancar.

#Sumber 

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al 'Aliy

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al-'Aliy. Al- 'Aliy maksudnya Dialah Dzat Yang Maha Tinggi martabatnya. Tiada yang lebih tinggi dan lebih agung melainkan Dia.

Sesungguhnya Dia-lah Allah, Tuhan yang memiliki kekuasaan dalam menyempurnakan permohonan hambanya.

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al 'Aliy

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | As-Syakuur


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al 'Aliy
2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Yaa 'Aliyyu  = 110 kali ditulis


Ertinya : Dialah Dzat Yang Maha Tinggi martabatnya. Dia pasti membalas tiap pujian dan sanjungan atau ibadat manusia yang ditujukan kepadaNya. 

a) Usahakan jika anak yang otaknya tumpul atau bebal dengan menulis "Ya 'Aliyyu" (huruf arab) sebanyak 110 kali, lalu rendamkan pada air dingin. Minumkan air itu berkali-kali sehingga anak itu lama kelamaan otaknya berubah cemerlang. Insyaa Allah mujarab.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al 'Aliy


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com 

2017/04/15

Petua Cegah Rambut Gugur Secara Tradisional

Petua Cegah Rambut Gugur Secara Tradisional. Kebelakangan ini saya mengalami rambut gugur dan kering. Nak kata tak guna syampo, tidak pulak. Dah macam-macam syampo yang digunakan, rambut saya masih macam itu jugak. Tak selesa pula rasanya.

Apakah sebabnya rambut kerap gugur? Daripada info yang saya baca dari majalah kesihatan, ada beberapa punca yang menyebakan rambut kerap gugur. Antaranya.. rambut kurang vitamin, cara pemakanan yang salah, bekerja di bawah terik matahari dan banyak lagi.

Bila waktu kecil dulu kami gunakan daun bunga raya yang ditumbuk lumat dan kemudian sapukan pada kulit kepala. Selain merawat rambut gugur dan jarang, boleh juga hilangkan sakit kepala. Itu kisah dulu-dulu..


Petua Cegah Rambut Gugur Secara Tradisional


Petua Cegah Rambut Gugur Secara Tradisional


1. Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air tersebut pada keselurukan kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur. Syampu rambut pada keesokan harinya. Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.

2. Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

3. Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan dan kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kepala. Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.

4. Satukan lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan sedikit minyak zaitun dalam satu bekas. Lumur campuran ini pada keseluruhan kepala dari akar rambut selepas mandi malam dan bungkus selama setengah jam. Bilas rambut pada keesokan hari. Amalkan seminggu sekali, InsyaAllah rambut menjadi kuat dan lambat beruban.

Begitulah petua tradisional yang boleh digunakan untuk menguatkan akar rambut. Ianya mudah, murah dan tidak memudaratkan. Lagipun rawatan tradisional ini dilakukan seminggu sekali. Selamat mencuba.

Pageview Blog Dah Cecah 24 Juta

Pageview Blog Dah Cecah 24 Juta. Segala usaha dan penat lelah melayan blog akhirnya membuahkan kepuasan apabila ada juga yang membacanya. Buktinya? PV blog kini dah cecah 24 juta. Satu angka yang menunjukkan kejayaan, walau orang lain fikir biasa saja..tetapi, setidak-tidaknya ia merupakan satu penanda aras untuk saya lebih maju dalam berblog pada masa depan.

Berblog adalah satu escapism bagi saya. Kerana, dengan adanya blog saya boleh melayani segala masalah kehidupan dalam satu sisi lain, meluahkan dan bercerita mengikut kemahuan sendiri, tetapi masih dalam batas yang positif. Yang negatif? Kita ketepikan.. ok.

Pageview Blog Dah Cecah 24 Juta


Sumber daripada blogger.com. Anda boleh lihat print screen di bawah yang saya ambil dari blogger.com.

Pageview Blog Dah Cecah 24 Juta

Setakat artikel ini ditulis, pageview blog dah pun melebihi 24 juta. Anda boleh rujuk pada kotak warna hijau.

Manakala sumber trafik paling banyak datangnya dari enjin carian Google, rujuk kotak warna purple. Bermakna ia trafik yang berkualiti.. hihi, kesan menggunakan ilmu SEO dalam menampilkan entri.

Dan, dalam kotak yang berwarna oren tersebut, ia menunjukkan artikel paling popular sepanjang masa di aynorablogs.com. Kebanyakannya artikel berasaskan resepi dan kesihatan. Syukur alhamdulillah..

Dengan jumlah PV yang agak besar itu, saya menjemput anda semua yang berminat untuk beriklan dengan blog kami untuk mengambil peluang ini. Namun begitu, saya tidak menerima iklan sebarangan kerana untuk menjaga eksklusif blog ini dan juga nichenya.

Anda yang berminat beriklan di blog kami, bolehlah melayari PENGIKLANAN untuk maklumat lanjut atau menghantar email pada aynora.nur@gmail.com.

Salam mesra..

Reminder! Checklist Utama Dokumen Yang Perlu Anda Bawa Ketika Temuduga

Checklist Utama Dokumen Yang Perlu Anda Bawa Ketika Temuduga | Anda nak pergi temuduga pada hujung minggu ini tetapi panik tak tahu apa nak buat? Anda tak tahu siapa yangnak dicari untuk guide anda menghadapi temuduga? Rileks ya adik-adik... baca artikel ini sampai habis dan anda akan bertenang selepas itu...

Apabila ke sesi temuduga, memang perkara wajib untuk anda membawa beberapa dokumen yang diperlukan oleh pihak HR seperti kad pengenalan, sijil-sijil pelajaran anda dan sebagainya.

Semua dokumen ini mestilah di Photostet dan disarankan untuk mendapatkan pengesahan oleh Pensyarah/ Pengetua/ Pegawai Kerajaan Bahagian 1 atau yang sewaktu dengannya.

Semua dokumen yang telah siap hendaklah dimasukkan ke dalam "Clear Folder" supaya ia kelihatan tersusun dan kemas, ini yang kita panggil sebagai portfolio ringkas.

Ingat 'First Impression Counts'.


Anda mesti memastikan dokumen penting ini dibawa semasa sesi temuduga, tiada alasan tertinggal di kampung atau dimakan haiwan peliharaan anda.

Jika anda kemukakan jawapan begini, bolehlah memohon semula pada tahun hadapan. Sila asingkan folder dokumen asal dan juga dokumen yang sudah difotostet.

Ini merupakan dokumen-dokumen yang penting untuk anda bawa ketika sesi temuduga. Jadikan ini sebagai checklist anda sebelum ke sesi temuduga :
  • Kad Pengenalan 
  • Gambar terkini ukuran passport 4 keping (Gambar Profesional) 
  • Sijil Berhenti Sekolah 
  • Sijil SPM Asal 
  • Sijil Diploma/Ijazah Sarjana Asal 
  • Transkrip Diploma/Ijazah Sarjana Asal 
  • Sijil anugerah yang anda sudah capai (Best student/Dekan/Etc) 
  • Sijil kokurikulum anda, dari tingkatan 4 dan ke atas (Diploma/Ijazah/Master/etc) 
  • Resume & Cover Letter 
* Sijil akademik dan koko semasa sekolah rendah hingga tingakatan 3 tidak perlu dibawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3 sahaja.

Jangan ambil mudah mengenai dokumen-dokumen ini, kerana ia merupakan maklumat penting yang diperlukan oleh pihak HR. Jika sampai-sampai sahaja ketika sesi temuduga. Mereka meminta anda dokumen dan anda tidak dapat memberikannya.

Disitulah bermula “judgement” mereka terhadap calon sama ada layak atau tidak dalam mengisi jawatan kekosongan yang diberikan.

Tapi, sekarang ni bukan susah pun nak buat persediaan pergi temuduga. Ada banyak kit interview yang boleh digunakan. Salah satunya kit interview yang boleh didapati daripada Job Kartel. KLIK DI BAWAH UNTUK INFO LANJUT...

Resepi Kek Lobak Merah Kukus Sukatan Cawan Pasti Sedap

Resepi Kek Lobak Kukus Pasti Sedap. Sekarang ni saya tengah 'gian' nak buat kek dengan macam-macam jenis kek yang telah dicuba, dan yang pasti saya lebih suka dengan cara kukus mengukus. Sebab apa? Sebab kalau kukus kita tak perlu risau kek jadi hangit atau sebaliknya. Lagipun dengan cara kukus, kek nampak lebih menyihatkan dan nampak lebih kemas.. haha

Sewaktu buat kek lobak kukus ni, saya sorang-sorang kat rumah sebab sikecil pergi mengikut pakciknya berjalan. So, ada lah masa nak menyibukkan diri. Jika tidak semuanya dia yang buat, dari sukat tepung sampai ke memarut lobak. Bukannya pandai sangat pun, sengaja buat experiment..

Resepi Kek Lobak Kukus Yang Sedap 


Resepi Kek Lobak Merah Kukus Sukatan Cawan Pasti Sedap
Sumber: Google

Bahan-bahan:

2 bji telur
1/2 cawan gula
3/4 cawan minyak jagung/minyak masak
~ (campurkan bahan-bahan di atas dan pukul hingga kembang)
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat - diayak
1 cawan lobak merah/ carrot - diparut
1/8 cawan badam halus - (seperti yang orang tabur kat biskut almond london)

Cara menyediakan Kek Lobak Merah Kukus Yang Pasti Sedap


1. Campur bahan-bahan campuran tepung (tepung + baking powder + soda bikarbonat) ke dalam bahan adunan yang dipukul/ diblend tadi. Kacau rata. Masukkan esen vanilla. Kacau lagi.

2. Masukkan lobak merah. Gaul rata.

Resepi Kek Lobak Merah Kukus Sukatan Cawan Pasti Sedap
Lobak merah yang diparut
3. Panaskan kukus terlebih dahulu hingga air mendidih, dan tutup permukaan loyang untuk elakkan air menitis atas kek

4. Kukus dalam 1/2 jam hingga 45 minit


Sumber resepi: FB Rudyana Abdullah‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Terima kasih kerana mengunjungi blog dan membaca resepi masakan lobak merah kukus sukatan cawan yang gerenti sedap.. >----< , anda boleh cuba sendiri dan keluarga pasti sukakannya. Lagipun resepi ini adalah resepi yang sihat dan enak.

Selamat mencuba!

Nak Buku Resepi dengan segera?? Cuba klik di bawah..

2017/04/14

Gentlemen Agreement Dalam Sukan Bolasepak Yang Ramai Salah Faham

Gentlemen Agreement Dalam Pasukan Bolasepak Yang Ramai Salah Faham. Apakah yang dimaksudkan dengan gentlemen agreement yang kebelakangan ini menjadi perbualan hangat di media sosial. Adakah perjanjian itu betul? Ada yang kata salah? Ada yang buat andaian membuta tuli. Jadi, persoalannya.. adakah gentlemen agreement sah di sisi undang-undang bolasepak?

Jom baca penjelasan daripada Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, Alistair Edwards.

Gentlemen Agreement Dalam Sukan Bolasepak Yang Ramai Salah Faham

Gentlemen Agreement Dalam Sukan Bolasepak Yang Ramai Salah Faham 


Apa itu gentlemen agreement?


'GENTLEMENT AGREEMENT' INI TELAH LAMA DIGUNAKAN OLEH KELAB-KELAB LUAR DI EROPAH DENGAN SYARAT-SYARAT TERTENTU. FAHAMI DAN BACA BETUL-BETUL.

Berkenaan 'Gentlemen Agreement' yang melibatkan pemain seperti Amri Yahyah, Jasazrin Jamaluddin, Nazrin Nawi dan Safee Sali pula. Oleh kerana Amri Yahyah telah tamat kontrak dengan JDT dan Melaka United pula tidak mampu untuk membayar gaji penuh kepada beliau, jadi JDT bersetuju untuk Melaka United bayar separuh dan JDT bayar separuh sebagai 'gentlemen agreement' tetapi dengan syarat Amri Yahyah tidak boleh bermain ketika menentang JDT. 

Untuk Jasazrin dan Nazrin Nawi, jumlah perpindahan mereka berdua adalah sebanyak RM1.2 juta untuk dilepaskan ke pasukan Perak. Apabila Perak tidak mampu untuk tebus dengan jumlah tersebut dan meminta dikurangkan untuk RM400 ribu, JDT bersetuju dan dengan syarat pemain-pemain ini tidak boleh diturunkan ketika menentang JDT. 

Hal yang sama juga berlaku kepada Safee Sali apabila PKNS tidak mampu membayar yuran perpindahan yang penuh kepada JDT, jadi Safee Sali juga tidak dapat diturunkan ketika menentang JDT disebabkan 'gentlement agreement' ini selepas JDT bersetuju untuk PKNS membayar separuh sahaja.

Tetapi, jika mana-mana pasukan ini dapat membayar penuh, pemain-pemain ini dibenarkan untuk bermain ketika menentang JDT. 

Keputusan dan perjanjian ini dibuat atas faktor 'win-win situation' kedua-dua belah pihak. 

Jadi kepada individu-individu kurang arif ini janganlah mahu bangkitkan hal kecil seperti ini. Perjanjian ini telah lama dipraktikan oleh kelab-kelab luar di Eropah dan ia menjadi pelik apabila JDT telah menggunakan 'gentlement agreement' ini.

Alistair Edwards, Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim 

11 Hikmah Haji Yang Mesti Kita Ambil Iktibar Dan Renungkan Bersama

11 Hikmah Haji Yang Mesti Kita Ambil Iktibar. Allahu Akbar! Subhanallah. Al Fatihah juga kepada para muslimin muslimat yang telah menunaikan haji dan meninggal di tanah Mekah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan sentiasa dalam hidayah Allah hingga menjelangnya hari kiamat..

Jom kita baca dan renungkan 11 Hikmah Haji Yang Mesti Kita Ambil Iktibar yang saya baca dari mykarya.com. Setiap umat Muhammad mesti menyimpan angan dan cita-cita untuk menunaikan rukun islam ke lima itu, jika berkemampuan. Dan untuk tujuan itu, kita sepatutnya sudah tahu cara-cara untuk mengumpul duit untuk menjayakan cita-cita tersebut.

11 Hikmah Haji Yang Mesti Kita Ambil Iktibar


Sebagai renungan, di bawah saya kongsikan Hikmah Haji.

Banyak maksud-maksud Al-Quran dan hadis-hadis nabi, yang menghuraikan keistimewaan ibadat haji, umrah dan tanah suci Makkah, diantaranya ialah:






1. Perbelanjaan yang dikeluaran untuk ibadat haji adalah seperti perbelanjaan untuk Fisabilillah, satu dirham digandakan dengan 700.

2. Siapa yang mengerjakan haji kerana Allah dan tiada merosakkannya dengan sebab bersetubuh dan tidak membuat sebarang maksiat, maka pulangnya kelak adalah seperti hari yang ia dilahirkan oleh ibunya.

11 Hikmah Haji Yang Mesti Kita Ambil Iktibar Dan Renungkan Bersama
Gambar ehsan Google

3. Iringilah haji itu dengan melakukan umrah, kerana kedua-duanya akan menghapuskan kemiskinan dan dosa, laksana relau yang menghakis segala kotoran besi, emas dan perak. Tiadalah lain lagi ganjaran bagi haji yang mabrur melainkan syurga. Haji yang mabrur ialah pekerjaan haji yang tidak bercampur de­ngan dosa sejak dari ihram hingga tahallul.

4. Para jemaah haji dan orang-orang yang umrah semuanya tetamu Allah, jika mereka berdoa kepada-Nya akan diperkenankan, jika mereka pohonkan keampunan akan diampunkan dosa mereka.

5. Baitullah ini adalah tunjang Islam, sesiapa yang keluar kerana mengunjunginya untuk mengerjakan haji atau umrah, ia dijamin oleh Allah, jika meninggal ia akan dimasukkan ke syurga-Nya, jika ia pulang semula ia pulang dengan ganjaran pahala dan harta.

6. Setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat un­tuk orang-orang yang haji ke Baitullah, 60 rahmat untuk orang yang bertawaf, 40 rahmat untuk yang sembahyang dan 20 rahmat untuk yang memandang kepada Kaabah.

7. Siapa yang bersabar menanggung satu saat panas siang hari di negeri Makkah, Allah akan jauhkan dia 100 tahun lamanya dari neraka Jahannam.

8. Siapa yang meninggal dalam pelayarannya ke tanah suci Makkah sama ada pada waktu pergi atau pulangnya, segala dosa tidak akan dipamerkan dan tidak akan dikira pada hari Kiamat. Dalam satu riwayat yang lain ia akan diampunkan.

9. Siapa yang bersabar menanggung sakit sehari di Makkah, akan Allah tuliskan pahala amal salih yang dikerjakan olehnya di luar Makkah sebanyak 60 tahun lamanya.

10. Siapa yang meninggal di negeri Makkah seolah-olah ia telah meninggal di langit dunia.

11. Setengah dari tanda-tanda haji yang diterima ialah; ia melakukan kebaikan dan amalan yang melebihi dari dahulu dan tidak lagi terdorong ke arah perkara-perkara maksiat.

Semoga banyak manfaat yang kita perolehi dari kisah di atas 11 Hikmah Haji Yang Mesti Kita Ambil Iktibar. Bila kita renung-renungkan, betapa hebatnya hikmah-hikmah yang tersembunyi. Dalam hati pasti terdetik untuk pergi haji ke tanah suci. Itulah doa dan harapan yang sering dipanjatkan ke hadrat Illahi. Harap dimakbulkan doa-doa kalian. Aamiin...    

2017/04/12

Inilah 12 Golongan Orang Yang Didoakan Oleh Malaikat Tanpa Disedari

Inilah 12 Golongan Orang Yang Didoakan Oleh Malaikat Tanpa Disedari. Golongan yang disayangi oleh Allah SWT dan para Malaikat. Selalu mendapat doa dan kasih sayang dari Malaikat dan Allah yang Maha Pengasih.

Beruntungnya mereka yang menjadi kesayangan Allah dan Malaikat hingga selalu didoakan. Doa yang mustajab dan diangkat ke langit.

Nak tahu 12 golongan yang didoakan oleh Malaikat dalam kehidupan hariannya? Jom baca artikel ini sampai habis.

Inilah 12 Golongan Orang Yang Didoakan Oleh Malaikat Tanpa Disedari


Inilah 12 Golongan Orang Yang Didoakan Oleh Malaikat Tanpa Disedari

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci


"Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa; Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan karena tidur dalam keadaan suci."
(HR. Imam Ibnu Hibban dari Abdullah bin Umar)*


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat


"Tidaklah salah seorang di antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya; Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia."(HR. Imam Muslim dari Abu Hurairah, Shahih Muslim)

3. Orang-orang yang berada di shaf barisan depan di dalam solat berjamaah


"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf-shaf terdepan."(HR. Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib)

4. Orang yang menyambung shaf solat berjamaah (tidak membiarkan kosong di dalam shaf)


"Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung shaf-shaf.";(HR. Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah)

5. Para malaikat mengucapkan "aamiin" ketika seorang Imam selesai membaca Al-Fatihah


"Jika seorang Imam membaca; ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh-dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian "aamiin", karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu."
(HR. Imam Bukhari dari Abu Hurairah, Shahih Bukhari)

6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan solat


"Para malaikat akan selalu berselawat (berdoa) kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata; Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia."(HR. Imam Ahmad dari Abu Hurairah, Al-Musnad)

Inilah 12 Golongan Orang Yang Didoakan Oleh Malaikat Tanpa Disedari

7. Orang-orang yang melakukan solat suboh dan asar secara berjama'ah


"Para malaikat berkumpul pada saat solat suboh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga suboh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?", mereka menjawab; kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat."(HR. Imam Ahmad dari Abu Hurairah, Al-Musnad)


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan


"Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata;  "aamiin" dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan."(HR. Imam Muslim dari Ummud Darda', Shahih Muslim)

9. Orang-orang yang berinfak


"Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, "Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak", dan lainnya berkata, "Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit (bakhil)".(HR. Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Abu Hurairah, Shahih Bukhari: 1442 dan Shahih Muslim)

10. Orang yang sedang makan sahur


"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (berdoa ) kepada orang-orang yang sedang makan sahur Insya Allah termasuk di saat sahur untuk puasa "sunnah".(HR. Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath-Thabrani, dari Abdullah bin Umar)

11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit


" Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh."(HR. Imam Ahmad dari 'Ali bin Abi Thalib, Al-Musnad)

12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain


"Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah di antara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain."(Al-Hadits dari Abu Umamah Al-Bahily).

Akhir kata, jika kita tak dapat menjadi kesemua 12 golongan yang didoakan oleh para Malaikat, cukuplah kita menjadi sebahagian dariapda itu. Alangkah ruginya hidup yang sia-sia sedangkan untuk tergolong dalam 12 golongan yang didoakan itu, amat mudah caranya. Semoga Allah memberikan rahmat, taufik dan hidayahNya kepada kita semua.