Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/06/30

Petua Mudah Kilatkan Cermin Yang Sudah Kotor

Petua Mudah Kilatkan Cermin Yang Sudah Kotor. Cermin apa saja, cermin tingkap, cermin bilik air ataupun cermin meja solek dalam bilik anda. Semua cermin ini sukar hendak dibersihkan bila dah berdaki dan kotor. Kadang-kadang bila dah tak tahu nak buat macam mana untuk bersihkan, kita buang aje cermin tersebut dan ganti baru.

Jadi, cermin memang selalunya mudah kotor dan harus kerap dibersihkan. Terutamanya dalam bilik air kan? Kotor dan melekat sisa sisa sabun dan pencuci. Apa cara dan petua nak cuci cermin yang dah berdaki tu?

Petua Mudah Kilatkan Cermin Yang Sudah Kotor


Petua bersihkan cermin yang kotor
Gambar hiasan

Ni dia cara mudah dan tradisional bagi yang ingin membersihkan cermin tanpa menggunakan cecair pencuci khas. Saya kongsikan dari blog abangterlajaklaris.. jom baca..

1. Ambil sehelai kertas suratkhabar dan basahkan. Gunakan kertas yang basah itu untuk mengelap cermin. Jika ada kesan degil pada cermin, tambahkan sedikit bedak sejuk pada kertas suratkhabar yang basah itu. Hmm.. ini caranya ya. Patutlah cleaner kat opis saya lap cermin pejabat yang besar tu guna suratkhabar aje.. saya ingat dia nak berjimat. Haha..๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

2. Isikan bekas penyembur dengan air dan sedikit cuka. Sembur pada cermin kemudian lap dengan menggunakan kain yang jenis tidak berbulu. Nak guna kertas pun boleh. Mudahnya, kan?

Walaupun mudah, tak semua orang yang rajin cuci cermin yang dah bercapuk dan berdaki. Diharap dengan petua yang diberikan, kita dapat membersihkan rumah kita daripada kekotoran. Cermin bingkai juga boleh dicuci menggunakan kaedah di atas. Murah dan mudah sangat, cuma guna kertas suratkbabar lama....

Selamat mencuba!

2017/06/29

Sebenarnya Kita Perlukan Orang Miskin Untuk Masuk Syurga Allah

Sebenarnya Kita Perlukan Orang Miskin Untuk Masuk Syurga Allah. Subhanallah.. tadi pagi usai solat subuh, saya terbaca tazkirah pendek tentang orang kaya yang miskin. Orang kaya yang banyak harta benda, tetapi sebenarnya mereka miskin pada pandangan Allah. Mereka fakir pada pandangan Allah.

Kenapa kita miskin walaupun kaya raya? Cuba tengok macam mana reaksi kita bila nampak peminta sedekah atau pengemis? Kasihan? Benci? Meluat?? Mata tengok, mulut berkata? Hulur dengan manis muka atau hulur dengan muka masam? Check lah diri kita...

Ada seorang kawan saya, sangat merendah diri orangnya. Dia malu jika orang tahu dia bersedekah. Dia kalau boleh sorok-sorok kalau nak memberi. Jadi, saya tanya.. apakah rahsianya dia sentiasa tenang dan jadi begitu rendah diri. Rahsianya... dia akan mencari orang susah untuk diberi sedekah setiap hari agar dia tahu bahawa ada orang lebih susah darinya agar dia tidak bongkak dan sombong kepada orang lain. Kuncinya adalah dengan bersedekah itu dia tahu bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Sebenarnya Kita Perlukan Orang Miskin Untuk Masuk Syurga Allah

Sebenarnya Kita Perlukan Orang Miskin Untuk Masuk Syurga Allah


Duhai Sahabat saudaraku...

Saidina Ali menangis takut penghinaan Allah sebab dalam tempoh seminggu itu, tidak ada seorang pun yang datang minta sedekah dari dia.. Kalau kita mungkin rasa sebaliknya kut.. hihi..

Allah bagi gelaran Khalilullah (kekasih Allah) pada Nabi Ibrahim sebab baginda suka bagi makan orang miskin dan solat ketika orang lain sedang tidur nyenyak.. Rasulullah S.a.w pun dah bagitahu kunci Syurga adalah mencintai orang-orang miskin..

So, dalam konteks ni, KITA LAH YANG SEBENARNYA PENGEMIS! Tak payah nak berlagak sangat kalau kaya raya, duit banyak sebab hakikatnya kita yang sebenarnya pengemis.. Kita perlukan orang-orang miskin dan orang yang perlukan bantuan untuk kita masuk Syurga Allah..

Kerana...
Kalau kita kaya tetapi kekayaan itu buat kita lalai, kerana kekayaan itu menyebabkan dosa kita bertambah, harta kekayaan tersebut menyebabkan kita berlagak lupa bumi dipijak.. macan mana kita nak masuk syurga? Kerana kekayaan itu.. kita tidak bersedekah pun.. mana nak datang berkahnya kaya dan wang ringgit kita?

Itulah sebabnya kita digalakkan berkawan dengan orang-orang miskin agar kita tahu ke mana nak digunakan harta kekayaan kita agar dapat memberikan manfaat kepada kehidupan kita selepas mati nanti.

Kalau kita sendiri tak mampu, bukan bermakna kita tak dapat bantu mereka. Kita temukan mereka yang memerlukan dengan orang yang nak bagi bantuan, itu pun dah di kira satu bentuk bantuan dari kita..

Wallahu A'lam

Akaun Paypal Bulan Jun 2017 Bukti Income Part Time Sebagai Publisher

Akaun Paypal Bulan Jun 2017 Bukti Income Part Time Sebagai Publisher. Sebagai satu dorongan dan inspirasi, saya kongsikan baki akaun Paypal saya setakat Jun 2017 sahaja, sebab bulan yang lepas-lepas dah cashout atau withdraw ke akaun Maybank. Hihi...

Income yang saya dapat itu adalah dari satu blog anchor iaitu aynorablogs. Blog-blog lain saya pasang Adsense dan lain-lain ikkan affiliate Malaysia. So, bagi blogger yang nak cari income part time, kena rajin explore bidang apa yang boleh dijadikan pendapatan tambahan.

Akaun Paypal Bulan Jun 2017 Bukti Income Part Time Sebagai Publisher


Akaun Paypal Bulan Jun 2017 Untuk Income Part Time Sebagai Publisher

Income part time sebagai publisher kepada beberapa syarikat pengiklanan online.

Antaranya:

  • Mobicow
  • PopCash
  • Adnow

Bukan sekadar scam scheme kerana saya telah beberapa kali dapat dan cashout dengan jayanya. Ada juga beberapa syarikat yang "main kotor" kata income kita tak tally dengan trafik yang diperolehi oleh blog. Minta bukti dan sebagainya tetapi bila dah bagi, masih peram lagi income kita. Biarlah... ada rezeki ada lah.. ya dak? Jumlahnya adalah dalam USD164.00.

Oh ya.. jangan lupa anda boleh jana income sampingan dari program affiliate tempatan, dan akan dibayar terus ke akaun bank tempatan juga. Tak perlu guna Paypal pun..

Semoga anda lebih bersemangat melakukan sesuatu perkara asalkan ianya memberi manfaat kepada diri sendiri dan sekaligus menyampaikan info kepada orang lain dengan cara yang betul. Diharap anda pun boleh beroleh baki akaun Paypal setiap bulan macam saya dan lebih lagi untuk pemangkin semangat melakukan kerja blog yang anda sukai.

Selamat berjaya dan cemerlang ya..  ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Cara Daftar Myasnb Portal Untuk Semak Maklumat Simpanan ASB Anda

Cara Daftar Myasnb Portal Untuk Semak Maklumat Simpanan ASB Anda. Tahukah anda mulai 28 Jun 2017, ASB sudah tidak menggunakan buku untuk urusan semakan baki, unit dan sebagainya. Semua urusan menggunakan IC/ Mykad dan penyata baki boleh disemak melalui portal myasnb.com.my. Jika anda ada kelapangan, buatlah pendaftaran segera di portal tersebut secara online.

So, segala urusan urusniaga ASB sekarang ini tiada buku.! Semua pakai IC/ Mykad. Kalau nak tengok balance atau statement, all in portal. Silalah register myasnb portal supaya tak pening nak tau unit ada berapa available jika anda nak menambah simpanan..

Cara Daftar Myasnb Portal Untuk Semak Maklumat Simpanan ASB Anda
Sumber: asnb.com.my
Tambahan info, untuk urusan deposit ke akaun orang lain, contohnya tolong masukkan duit kawan-kawan, anak, adik beradik.. pun kena guna IC/ Mykad. Maknanya, nak tolong masukkan kena tuan badan sendiri, apatah lagi urusan keluar duit. Cap jari mesti sama dengan IC dan IC mestilah boleh dibaca dengan sistem/mesin pengimbas IC di bank atau pejabat pos. (Kalau 1st time, tak tahu nak kena bawak IC nak deposit, pihak bank atau pejabat pos mungkin benarkan atas budi bicara.)

Senang citer, macam nak buat urusan Tabung Haji jugak..

Cara Daftar Myasnb Portal Untuk Semak Maklumat Simpanan ASB Anda


1. Login ke >>>>> www.myasnb.com.my >

Cara dia sama juga mcm nak register maybank2u. WAJIB untuk update no telefon pintar ok., iaitu kemaskini dan daftarkan dahulu nombor telefon anda di bank, pejabat pos atau pejabat ASNB berhampiran anda. Kemudian baru boleh masuk portal myasnb tu...

2. Semak nombor akaun 12 digit anda mulai 28 Jun 2017 di cawangan agen atau cawangan ASNB terdekat.

Baca maklumat di bawah dari FB Amanah Saham Nasional Berhad..

Cara Daftar Myasnb Portal Untuk Semak Maklumat Simpanan ASB Anda
Klik pada link >>> MARI DAFTAR PORTAL MYASNB SEKARANG! Macam dalam gambar di bawah,
Cara Daftar Myasnb Portal Untuk Semak Maklumat Simpanan ASB Anda

Lengkapkan Pendaftaran Portal anda dengan hanya mengikuti langkah-langkah di bawah untuk mula melanggani perkhidmatan kami.

Langkah 1 - Maklumat Pemegang Unit

Langkah 2 - Pengesahan melalui pesanan ringkas/SMS

Langkah 3 – Hantar maklumat dan butiran peribadi pemegang unit.

Langkah 4 - Mencipta ID Pengguna portal, frasa rahsia dan soalan keselamatan.

Setelah selesai pendaftaran, kata laluan sementara akan dipaparkan . Sila cetak / simpan laporan pendaftaran untuk rujukan masa depan.

SILA PASTIKAN KATA LALUAN SEMENTARA ANDA DI SIMPAN DENGAN SELAMAT UNTUK MELAKUKAN LOG MASUK KALI PERTAMA SELEPAS PROSES PENGAKTIFAN.


Kemudian, LOG MASUK KALI PERTAMA dengan ID Pengguna anda dan gunakan kata laluan sementara anda.

Ikut arahan untuk tukar kata laluan anda.

Selamat mencuba.

2017/06/28

Doa Yang Boleh Diamalkan Untuk Hilangkan Kesedihan

Doa Yang Boleh Diamalkan Untuk Hilangkan Kesedihan. Dalam bergembira di musim perayaan, ada juga sahabat yang dilanda musibah kesedihan. Sedih kerana kehilangan kekal atau kehilangan yang terpaksa. Semuanya ada sedih yang singgah. Mudah kata suruh move on, bukan sehari dua rasa sedih mampu ditepis. Ada perlukan masa bertahun untuk menghalau kesedihan itu. Kerana rasa dan kecewa yang dilalui, berbeza-beza.

Jika kita tidak berada ditempat mereka, tak usah nak mendabik dada.. kata hebatnya diri bila mampu melepasi ujian. Sedangkan baru diberi dugaan sedikit, anda sendiri terlupa apa yang kononnya anda pernah kata dulu.. mudah aje nak mengatasi kesedihan.

Ingatlah, usah terlalu angkuh mengatakan anda kuat tetapi sebaliknya anda sendiri tak pernah move on...

Doa Yang Boleh Diamalkan Untuk Hilangkan Kesedihan


Di bawah ini adalah doa yang kita boleh amalkan untuk hilangkan kesedihan.

Doa Yang Boleh Diamalkan Untuk Hilangkan Kesedihan

Doa hilangkan kesedihan dalam rumi:


Allahummalaa sahla illa maa ja'alnahuu sahlan
Wa'anta taj 'alal huzna izaa syiktaa sahlaa

Maksudnya:

"Ya Allah, tiada yang mudah melainkan Engkau jadikannya mudah dan tiada kedukaan melainkan Engkau akan hilangkan."

Insyaa Allah.

Semoga dengan mengamalkan doa hilangkan kesedihan di atas, Allah SWT membantu kita menghilangkan kesedihan tersebut dan digantikan dengan kebahagiaan yang berpanjangan.

Allah Maha Berkuasa atas sesuatu. Yang nyata dan yang tersembunyi.

2017/06/24

Cara Buat Post Yang Pasti Dapat First Page Rank Di Google Search

Cara Buat Post Yang Pasti Dapat First Page Rank Di Google Search. Ini adalah kebenaran. Bukan rekaan. Anda mungkin tak kenal saya kerana saya adalah seorang blogger yang humble๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š, tak join group blogger, tak aktif di media sosial.. TETAPI saya kenal blogger yang hebat-hebat di Malaysia dan selalu stalk blog mereka. Sorry ya.. hihi, kenapa saya begitu? Saya stalk kerana saya nak dapat ilmu dari mereka.

Cara Buat Post Yang Pasti Dapat First Page Rank Di Google Search

Antara blogger yang selalu saya stalk blog dan fb nya adalah sifu blogger bro HasrulHassan. Selain itu saya stalk blog Azie Kitchen, Denaihati, dan banyak lagi. Semata-mata nak dapatkan ilmu secara percuma.. hihi

Cara Buat Post Yang Pasti Dapat First Page Rank Di Google Search


Nak tahu caranya saya boleh lekat post pada carian Google muka pertama? Bukan setakat satu atau dua post, tetapi banyak. Anda boleh google sendiri.

Caranya amatlah mudah. Pertama, tajuk yang sesuai dan mudah tangkap, contoh "resepi kuah lodeh terbaik dan paling sedap". Mesti ada kat rank 1st page.

Tetapi... yang kedua,

Dalam konten, kena solek sikit, kena ada keywords dalam perenggan pertama. Dah dapat 2 perenggan.. terus bubuh tajuk dalam post/konten anda.

Iaitu tajuk jadikan Heading Tag. Ni yang ketiga. Setiap artikel atau post saya mesti letak heading tag.

Yang keempat, letak gambar. Pada gambar, bagi nama gambar, guna alt-image.

Kelima, ada tajuk kecil dalam post anda, bubuh subheading.

Sampai akhir post, letak satu lagi keywords.. ulang balik tajuk artikel pun boleh tapi dalam bentuk yang lebih kreatif.

Belum abis lagi.. hihi, dekat search description macam gambar bawah ni.. letak tajuk artikel (kalau nak mudah) atau bubuh ayat power tentang post anda itu.

Cara Buat Post Yang Pasti Dapat First Page Rank Di Google Search

Jangan lupa, panjang artikel lebih 300 patah perkataan.

Orait!! Diharap perkongsian saya tentang Cara Buat Post Yang Pasti Dapat First Page Rank Di Google Search di atas dapat memberikan anda peluang merasai trafik yang tinggi. Ya.. itulah kesannya bila post anda berada pada 1st page carian Google. Trafik yang tinggi insyaa Allah income blog pun tinggi.

Selamat berjaya.

2017/06/23

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Taqobbalallahu Minna Wa Minkum

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Taqobbalallahu Minna Wa Minkum. Salam lebaran, salam aidilfitri kepada semua pembaca blog Inspirasi Wanita.

Ada masanya kita menulis mengikut rasa sendiri, ada waktunya kita lupa nak beri kredit kepada perkongsian yang dikongsi semula.. dan ada ketika kita terluka dengan rakan-rakan tetapi kita telan saja.

Begitulah setahun berlalu. Kini aidilfitri muncul kembali. Ambillah kesempatan untuk bermaafan agar rasa bersalah hilang semua. Agar hati yang terluka, terus sembuh.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Taqobbalallahu Minna Wa Minkum

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Taqobbalallahu Minna Wa Minkum 


Jika Maaf itu boleh diungkap hari ini. Saya tidak menunggu hari raya Aidil Fitri tiba.

Kerana hembusan nafas pun kita tak pernah tahu bila akan berhenti.

Maka dari itu saya ingin Mohon Maaf atas Kesalahan Kekhilafan maupun perbuatan yang sengaja & tidak sengaja, Yang membuat sakit hati saudara-saudaraku, sahabat-sahabat mayaku..

Sebelum Ramadhan pergi
Sebelum Aidil Fitri datang

Saya memohon maaf zahir dan batin atas semua kesalahan yang dilakukan sepanjang mengendalikan aynorablogs.com.

TAQOBBALALLAHU MINNA WA MINKUM, BARAKALLAHU FIKUM !

2017/06/22

Resepi Biskut Mazola Peanut Butter Rangup

Resepi biskut mazola rangup - Biskut mazola memang sedap dimakan. Tak jemu-jemu menghadapnya walaupun ada juga kuih tat gulung dan kerepek pisang di depan mata. Setiap tahun kami buat biskut mazola peanut butter yang rangup walaupun kosnya agak mahal. Ya lah, peanut butter itu kan boleh tahan harganya. Kemudian dengan minyak jagung/mazola lagi, memang agak tinggi kos untuk menyediakan sebalang biskut peanut butter.

Resepi Biskut Mazola Peanut Butter Rangup

Harum biskut mazola peanut butter bila baru diangkat dari oven.. tak boleh nak cakap. Speechless, sebab tu kita orang kalau nak buat biskut ini buat selepas sahur. Atau pada waktu malam, terus boleh ngap!

Resepi Biskut Mazola Peanut Butter Rangup 


  • 1 mangkuk kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak & diblend. Ada sesetengah orang tumbuk kasar sahaja kacang tanah agar naik rasanya.  
  • 1 mangkuk tepung gandum
  • 3/5 mangkuk gula halus
  • 1/2 cawan peanut butter
  • 1 sudu kecil baking soda
  • Minyak jagung secukupnya

Bahan-bahan Untuk Hiasan
  • kuning telur secukupnya
  • Sedikit pewarna kuning
  • Kacang tanah bergaram secukupnya 

Resepi Biskut Mazola Peanut Butter Rangup


1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula, peanut butter, baking soda dan kacang kisar.

2. Tuangkan minyak mazola/jagung/canola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yang lembut.

3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yang telah di lengser dengan mentega.

4. Sapukan atasnya dengan kuning telur Dan hiaskan dengan kacang tanah yang dibuang kulitnya.

5. Bakar di dalam oven pada suhu 150C selama 10- 15 minit sehingga perang.

 
Resepi Biskut Mazola Peanut Butter Rangup

Rahsia biskut mazola peanut butter rangup? Senang aje, masukkan sedikit baking soda. Insyaa Allah biskut pujaan kita itu rangup, gebu dan bertahan lama.

Tips Tambahan:

Jika anda mahukan biskut mazola yang halus dan kemas, jangan gunakan kacang tanah langsung. Hanya masukkan peanut butter dan tambahkan sukatannya. 

Selamat mencuba...

Income Google Adsense Meningkat 254% Dalam Bulan Ramadhan

Google Adsense Meningkat 254% Dalam Bulan Ramadhan. Inilah dah namanya rezeki ramadhan. Kalau dah rezeki tak kemana. Allah SWT memperkenan doa hambaNya yang berpuasa. Mohonlah apa saja dalam bulan Ramadhan dan ketika anda sedang berpuasa.. doa anda akan dimakbulkan.

Hari yang dinanti telah tiba. Notification pun dah dapat pagi tadi, 22/6/2017. Kalau waktu USA, memang masih 21 Jun 2017. Selamat hari gaji kepada blogger yang pasang iklan Adsense dalam blog. Selamat maju jaya dalam kerjaya blogger anda samada full time atau part time.

Sebenarnya peningkatan income Adsense yang berkali ganda adalah disebabkan jumlah trafik yang datang yang berkali ganda berbanding bulan-bulan lainnya. Dia orang cari resepi, tu yang income naik mendadak. Nanti bila dah abis bulan mulia ramadhan, incone Adsense kembali lesu. Haha... gitulah gayanya. Jangan anda ingat saya guna trick kotor nak dapat income Adsense yang banyak macam tu...
Google Adsense Meningkat 254% Dalam Bulan Ramadhan
Gambar hiasan

Google Adsense Mencanak 254% Dalam Bulan Ramadhan 


Ada amalan yangboleh dilakukan agar reseki yang diperolehi semakin bertambah makmur, berkat dan bertambah luas. Bagaimana tu? Mudahnya nak rezeki semakin melimpah ruah.

Beri dulu baru anda akan dapat. Iaitu melalui sedekah jariah di jalan Allah. Sedekah kepada mereka yang amat memerlukan. Hanya Allah yang berhak memberi dan menarik nikmat rezeki yang diberi. Jadi, mengapa tidak kita beri dulu bahagian kita yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar dari itu iaitu redha dan kasihsayang Allah.

Di bawah ini adalah laporan income saya pada bulan ramadhan. Setakat 21/6/2017. Semoga dapat jadi inspirasi kepada anda di luar sana. Semuanya datang dari Allah, yang nyata atau tersembunyi.


Alhamdulillah.

Income paling tinggi sehari boleh dapat USD41.76 iaitu pada 13/6/2017. Anggaran duit MYR dapatlah MYR176.04 sehari.

Ingat tak dulu saya kata dan berazam nak capai USD50 sehari? Insyaa Allah, kita akan bergerak ke arah itu. Terima kasih sahabat pembaca yang singgah dan cari info pada iklan Adsense yang dipaparkan. Semoga rezeki anda bertambah-tambah macam saya jugak..

Simpan dan beri kepada yang memerlukan. Kongsikan. Anda akan bahagia ke akhirnya.. sebelum dan sesudah hayat nanti..

2017/06/21

Awas!! Setiap 8000 Kalori Yang Terkumpul (Tidak Dibakar) Akan Menaikkan 1 Kilogram Berat Badan

Kalori berlebihan dalam tubuh memang tak bagus untuk kesihatan. Makan apa pun, mesti ada kalori. Cuma minum air kosong aje yang tak ada (kosong) kalori. Jangan tak percaya bahawa makan secawan nasi aje pun dah beratus kalori mengumpul.

Apakah kalori?
Bagaimana ia terhasil?
Apakah cara mudah untuk membakar kalori?
Adakah sikap malas boleh menyebabkan kalori terkumpul dengan cepat?
Kalori menyebabkan kegemukan?

Setiap 8000 Kalori Yang Terkumpul (Tidak Dibakar) Akan Menaikkan 1 Kilogram Berat Badan

Jom kita cari cara menyelesaikannya. Apa itu kalori? Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.
Adakah badan perlukan kalori? Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Jom Semak Cara Bakar Kalori Anda Setelah Makan Berlebihan 


Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?

Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori

Awas!! Setiap 8000 Kalori Yang Terkumpul (Tidak Dibakar) Akan Menaikkan 1 Kilogram Berat Badan
Selain dari jadual di atas, mengelap tingkap juga boleh bakar 180.3 kalori, Menggosok Baju 113.1 kalori, Menampal Kertas Dinding 133.2 kalori, Mengerat kayu 415.5, Turun Naik Tangga Secara Perlahan 516.3 kalori. 

Cara Simple Bakar Kalori


1. Berjalan perlahan-lahan selama 15 minit selepas makan

2. Jangan baring selepas makan.

3. Basuh pinggan, susun dan lap pinggan. Memang bakar kalori anda lepas makan. Orang yang malas basuh pinggan lepas makan ada potensi untuk gemuk.

4. Kemudian, basuh baju, sidai baju dan lipat baju. Anda tahu berapa kalori yang terbakar?

5. Siram pokok bunga 2 kali sehari. Pagi dan petang

6. Menyapu sampah di halaman rumah dalam 5 minit pun boleh bakar kalori lepas makan berlebihan.

Nampak tak? Mudahnya nak bakar kalori dalam badan walau hanya buat kerja rumah secara santai. Anda boleh buat pelan-pelan supaya badan akan terbiasa dengan rutin yang anda lakukan.

Amaran!!! Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1 kilogram berat badan.

2017/06/20

Analisis Blog Terbaik Dari Google Analytics

Analisis Blog Terbaik Dari Google Analytics. Google analytics telah mengeluarkan laporannya tentang blog ini dan ternyata analisisnya amatlah mengujakan dan agak terperinci. Jika anda belum mendadtar dengan Google Analytics silalah berbuat demikian demi untuk keuntungan/ kebaikan blog anda juga.

Ramai blogger menggunakan servis analisis data dari Google Analytics kerana analisis yang lebih tepat (kerana ia salah satu produk google) dan terperinci. Anda boleh melihat data pengunjung blog dari pelbagai sudut seperti jantina, geografi, umur dan banyak lagi.

Sebagai contoh, gambar di bawah ini menunjukkan jumlah pengguna yang tengah online pukul 12.15 tengahari tadi dan apakah gajet atau peranti yang digunakan.

Analisis Blog Terbaik Dari Google Analytics
Dengan maklumat tersebut saya kena ambil inisiatif untuk memenuhi keperluan pengguna mobile yang mengunjungi blog saya. Saya mungkin kena guna template yang simple dan amat responsive.


Analisis Blog Terbaik Dari Google Analytics 


Mari lihat coretan ringkas saya tentang analisis Google Analytics berkaitan aynorablogs.


Analisis Blog Terbaik Dari Google Analytics

Analisis Blog Terbaik Dari Google Analytics

Analisis Blog Terbaik Dari Google Analytics 

Dari gambar di atas Google Analytics mencadangkan agar saya mempromosi konten lain dalam entri tersebut, macam backlink tu la.. nice kan?๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Analisis Blog Terbaik Dari Google Analytics

Analisis Blog Terbaik Dari Google Analytics

Betapa gembiranya saya bila pencapaian blog meningkat minggu demi minggu. Kemudian, ada beberapa page atau post yang meningkat dan berkembang pesat menjadi pilihan pengunjung blog. Alhamdulillah..

Inilah sebahagian assistant yang Google Analytics buat untuk blog anda. Anda diam-diam je, GA akan buat kerja analisa untuk anda.

2017/06/19

Juadah Popular Dan Resepi Terbaik Untuk Hari Raya Aidil Fitri

Juadah Popular Dan Resepi Terbaik Untuk Hari Raya Aidil Fitri. Aduhaii.. raya dah sampai. Sedih pulak terpaksa berpisah dengan Ramadhan. Rindulah nanti nak makan sahur bersama-sama, terkenang lah nanti pengalaman tarawih, tak boleh move in kegembiraan menanti waktu berbuka. Ya dak?

Apakah juadah pilihan anda sekeluarga bila tiba hari raya? Nasi dagang? Nasi minyak? Atau pun anda lebih suka ketupat, kembali kepada tradisi nenek moyang kita?

Pilihan kami tentulah juadah tradisi seperti ketupat, rendang, sambal kacang, sambal goreng, ayam masak kicap atau pun ayam masak merah. Bila ada kombinasi juadah popular ini, rasa complete dah raya kami...

Juadah Popular Dan Resepi Terbaik Untuk Hari Raya Aidil Fitri

Juadah Popular Dan Resepi Terbaik Untuk Hari Raya Aidil Fitri


Jom tengok juadah hari raya kami dengan resepi terpilih yang pasti membuatkan anda terliur. Yang itu eden tak dapat nak nolong, okay...

A. Ketupat


Buat ketupat senang aje, rebus beras dalam sarung ketupat kemudian dah masak, angkat. Resepinya.. tak perlu kut. Kalau nak sedap letak garam sikit ketika rebus ketupat. Baru mabeles.. haha..

Nah tengok cara buat sarung ketupat..

>>>>>> Langkah Demi Langkah Buat Ketupat Satay 


Ketupat hari raya

B. Ayam Masak Kicap Special


Sebab apa dipanggil special, kerana waktu hari raya aje saya atau keluarga akan masak ayammasak kicap dengan bahan yang lengkap, jika tidak saya akan buat ayam masak kicap ringkas, tak ada bubuh segala rempah ratus.. hihi

Ayam masak kicap special
Gambar hiasan
Bahan-bahan:

1 ekor ayam
sebiji ubi kentang
1 biji bawang besar
3 biji cili hidup merah
2 sudu besar cili kisar
Daun saderi diracip
Sedikit Susu F&N pekat manis
Lada Hitam
Rempah penumis (Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)

Bahan Untuk Kuah Kicap:

Kicap Pekat Jalen
Kicap manis Jalen
Sos tomato Jalen
Sos tiram Jalen

Bahan bahan untuk dikisar:

1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara cara penyediaan:


1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak dan hilang bau cili.

2. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati kemudian masukkan 2 gelas air masak.

3. Setelah masakan mendidih, masukkan sedikit susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup tadi. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng bersama kunyit sebelum ini. Kacau beberapa minit dan matikan api. Taburkan daup sup untuk hiasan.

C. Sayur Lodeh


Sudah tentu sayur lodeh adalah sayur wajib pada hari raya. Tak ada lodeh? Mana nak cari, jangan risau jiran sebelah rumah pasti ada yang mengunjung dengan hidangan yang serupa pada petang sebelum raya atau pada malam raya. Itu dah tradisinya..

Sayur Lodeh
Gambar hiasan - Sayur Lodeh
Bahan-bahan:

Bahan Kisar

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering

Bahan- Bahan Sayur
10 batang kacang panjang - dipotong pendek/serong
2 biji kentang - di potong dadu/kecil
1 batang carrot - di potong 1 inci - tapi nipis
1/4 biji kobis - di hiris
1/2 kg udang - dibuang kulit dan toskan
1/4 biji sengkuang- di potong 1 inci -tapi nipis
2 keping tahu kering- di rendam dan potong kecil
1 ikat kecil soo hoon- di rendam dan potong kecil
2 keping tempe - digoreng dan potong kecil
2 keping tauhu - di goreng, dah sejuk di potong kecil
2 batang cili merah - di potong serong
2 batang serai - di titik
3 cawan santan cair*
3 cawan santan pekat*(guna 2 biji kelapa parut, kalau guna santan kotak, guna 2 kotak..., 200ml setiap satu kotak, selebihnya tambah air)
garam dan sedikit gula
1/2 cawan minyak untuk menumis

Cara menyediakan Resepi Kuah Lodeh Terbaik Dan Paling Sedap

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar. Masukkan serai yang di titik.
2. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yang di potong dadu tadi.
3. Masak hingga sedikit empuk
4. Masukkan carrot, kacang panjang dan sengkuang. Jangan lupa masukkan udang. Gaul sebati.
5. Masukkan soo hoon, tahu kering, tempe, tahu dan kobis.
6. Masukkan santan cair dan biarkan sehingga mendidih sambil di kacau.
7. Masukkan cili merah yang di potong serong tadi dan masukkan santan pekat.
8. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biarkan mendidih.
9. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan bolehlah di hidangkan.


D. Sambal Goreng Raya


Haa.. resepi yang ini tak semua orang buat. Sebab, agak leceh dan bahan-bahan pun meriah.. lepas tu nak kena goreng dulu. Dah goreng baru lah boleh dimasak. Tapi makan sambal goreng dengan ketupat aje pun dah sedap.

Sambal Goreng Johor
Gambar hiasan - Google
Bahan-bahan:

10 keping tauhu
10 keping tempe
½ kilo daging
½ kilo mempedal ayam
½ kilo hati ayam
½ kilo udang basah (sederhana besar)
tempe,tauhu potong kecil dan goreng.
daging,direbus potong kecil kemudian digoreng
Mempedal hati ayam potong kecil kemudian digoreng
Udang dibersihkan

Bahan tumis:

¼ kilo lada merah
¼ kilo lada hijau
20 batang lada kering
6-7 biji bawang besar dihiris
5-6 biji bawang putih dihiris
2 batang serai dititik
2 inci lengkuas dititik
1 biji santan pekat
Asam jawa/belacan(air rebusan daging)
Gula, garam, perasa

Cara-cara Memasak Sambal Goreng Johor

1. Panaskan minyak, masukkan cili kering yang dikisar halus goreng hingga baunya naik.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih,lada merah dan lada hijau, kacau sehingga rata. Masukkan serai dan lengkuas
3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang digoreng seperti tempe, tauhu, daging, mempedal ayam, hati ayam, udang dan kacau sehingga rata.
4. Kemudian masukkan air perahan asam jawa dan belacan masukkan gula,garam,dan perasa dan santan pekat, jika suka boleh bubuh petai.
5. Masak dengan api yang perlahan hingga sebati.


E. Sambal Kacang


Sambal kacang dengan ketupat serta lodeh dah jadi satu makanan tradisi orang Johor. Sebut menu tiga serangkai ni, semua terfikir tentang masyarakat Johor. Negeri lain, lain pula menu faveret mereka. Kan?

Kuah kacang sedap
Gambar hiasan - kuah kacang atau sambal kacang 
Bahan-bahan:

200gm kacang tanah - goreng tanpa minyak dan kisar
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
500ml air

Bahan kisar:

7 tangkai cili kering
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2 cm halia
1/2 cm lengkuas
2 biji buah keras
Sedikit belacan


Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan kacang yang di kisar, air dan air asam jawa. Masukkan air yang lebih pun tidak mengapa kerana kacang tadi akan meresap air yang berlebihan.
3. Masak hingga kuah pekat.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Bila siap bolehlah di hidangkan dengan nasi impit


F. Rendang Daging Marvelous


Rendang daging sedap dan pedas.. haha, letak lebih cili pedas lah jadinya. Kemudian lebihkan daun kunyit dengan daun limau purut. Kakak saya rajin masak rendang sate.. sedap wehh!

Renang daging sedap
Gambar hiasan - Rendang Daging
Bahan-bahan:

1 kg daging
Sedikit limpa - jika suka
1/2 kg bawang merah - hiris
1 1/2 labu bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
2 inci lengkuas - tumbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk
2 batang serai - titik
2 senduk cili kisar - ikut suka pedas
Kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
2 kg santan
1-2 keping asam keping - ikut rasa
Garam
Gula
Daun kunyit
Sedikit kerisik

Cara-cara menyediakan rendang daging 

1. Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris serta serai sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan kunyit serta lengkuas yang ditumbuk. Tumis sehingga cili benar benar garing.

2. Masukkan daging yang telah direbus terlebih dahulu dan gaul rata. Masukkan santan dan masak dengan api perlahan sahaja.

3. Akhir sekali, masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Jika suka, boleh taburkan daun kunyit yang dihiris halus dan daun limau purut sebelum ditutup api.

Itulah cerita resepi juadah hari raya kami sekeluarga. Cukup tak? Nak tambah lagi? Kuih raya? Makan je apa yang ada.. haha

#Salamlebaran

2017/06/18

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al Muqiit

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al-Muqiit. Al- Muqiit maksudnya Dialah DZat yang menyediakan makanan dan minuman kepada seluruh makhlukNya tanpa terkecuali. Rezeki Allah tidak akan salah tempat, ia datang tanpa masa dan tidak terduga. Kekuasaan Allah meliputi langit dan bumi.

Sesungguhnya Dia-lah Allah, Tuhan yang memiliki kebesaran dan kekuatan dalam menyempurnakan permohonan hambanya. Jadi, berdoa lah dengan bersungguh-sungguh agar Allah berasa belas dan kasihan akan kita, akan ketidakupayaan kita..

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | Al-Muqiit


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Yaa Muqiit  = sebanyak mungkin 


Ertinya : Dialah Dzat yang menyediakan makanan dan minuman kepada seluruh makhluknya tanpa terkecuali.

a) Dalam saat-saat kelaparan, mungkin kerana tersesat di hutan sehingga sukar mencari makanan, maka perbanyakkanlah membaca Yaa Muqiitu, insyaa Allah badan akan menjadi kuat lagi kerana rasa lapar telah hilang dengan izin Allah.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:



4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com 

2017/06/16

Panduan Amalan Terbaik 10 Malam Terakhir Ramadhan Menanti Lailatul Qadar

Banyak perkara yang nak saya kongsikan sebenarnya.. terlalu banyak hinggakan saya tak mampu menaipnya dalam masa yang singkat. Namun, atas rasa kasihsayang sesama muslim, saya ajak anda semua baca dan cuba ikuti Panduan Amalan Terbaik 10 Malam Terakhir Ramadhan Menanti Lailatul Qadar. 

Sudah ramai yang kongsikan, dah banyak yang share. Tak apalah jika saya pun nak share panduan amalan terbaik malam terakhir ramadhan kat blog. Sebab lebih mudah saya nak buat rujukan pada masa panjang.. tahun-tahun mendatang. Insyaa Allah...

Belum terlambat untuk kita mengejar malam lailatul qadar, malam terbaik dari 1000 bulan.

"JADIKANLAH DIRI KITA INI ADA NILAI DISISI ALLAH SWT DENGAN TAQWA"

Panduan Amalan Terbaik 10 Malam Terakhir Ramadhan Menanti Lailatul Qadar


Panduan Amalan Terbaik 10 Malam Terakhir Ramadhan
Gambar hiasan - google

1. Tidur awal, jangan lewat tidur dan kunci jam 3.30 pagi dan TERUS BANGUN bila jam dah berbunyi. Terus bangun, tekadkan diri.

2. Setelah kita bersihkan diri , bersugi kita ready di tikar sejadah 4 pagi kerana waktu itu adalah 1/3 malam dan waktu yang baik untuk kita qiam ramadhan hingga ke waktu sahur.

3. Jadi apa yang kita perlu lakukan bagi yg suci adalah MELAMAKAN SOLAT. Yang lancar baca Quran, baca surah yang panjang sambil lihat quran ketika solat serta lamakan sujud. YANG haid/nifas maka perbanyakkan zikir/istighfar & doa.

Doa-Doa Yang Baik Untuk Dipohonkan pada malam lailatul qadar


Apakah permintaan terpenting di malam lailatul qadar? Jawabnya adalah minta dosa kita diampunkan, minta di jauhkan dari api neraka dan minta syugra.

1. Jadi mula-mula kita bangun tidur bila terjaga malam maka kita baca ni dulu "La ilaha illallah wahdahu la syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syay-in qadri, alhamdulillah wa subhanallah wa la ilaha illallah wallahu akbar, wa la hawla wa la quwwata illa billah" kemudian kita ISTIGHFAR (Hadis Soheh)


DOA-DOA DI DALAM SUJUD (HAFAL YANG MANA TERMAMPU)


1) ู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฅِู†َّูƒَ ุนَูُูˆٌّ ุชُุญِุจُّ ุงู„ْุนَูْูˆَ ูَุงุนْูُ ุนَู†ِّู‰
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, karenanya maafkanlah aku. (Hadis dari sanad yang baik)

2)ุงู„ู„ู‡ู… ุฅู†ูŠ ุฃุณุฆู„ูƒ ุฑุถุงูƒ ูˆุงู„ุฌู†ุฉ
ูˆุฃุนูˆุฐุจูƒ ู…ู† ุณุฎุทูƒ ูˆุงู„ู†ุงุฑ

Allahumma Inni As Aluka Ridhaka Wal Jannah Wa A’uzubika Min Sakhathika Wannaar” ( Ya Allah, aku memohon daripada-Mu keredhaan-Mu dan syurga, dan aku memohon perlindungan daripada kemurkaan-Mu dan daripada azab api neraka”
(Hadis dari sanad yang baik)

3)ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฅِู†ِّูŠ ุฃَุนُูˆุฐُ ุจِุฑِุถَุงูƒَ ู…ِู†ْ ุณَุฎَุทِูƒَ ، ูˆَุจِู€ู…ُุนَุงูَุงุชِูƒَ ู…ِู†ْ ุนُู‚ُูˆุจَู€ุชِูƒَ ، ูˆَุฃَุนُูˆุฐُ ุจِูƒَ ู…ِู†ْูƒَ ، ู„َุง ุฃُุญْุตِูŠ ุซَู†َุงุกً ุนَู„َูŠْูƒَ ุฃَู†ْุชَ ، ูƒَู…َุง ุฃَุซْู€ู€ู€ู€ู†َู€ู€ู€ู€ูŠْุชَ ุนَู„َู‰ ู†َู€ู€ู€ู€ูْุณِูƒَ
ALLAHUMMA INNII A-‘UUDZU BI RIDHAA-KA MIN SAKHATIK, WA BI MU’AAFATIKA MIN ‘UQUUBATIK, WA A-‘UUDZU BIKA MIN-KA, LAA UH-SHII TSA-NAA-AN ‘ALAIKA ANTA, KAMAA ATS-NAITA ‘ALAA NAFSIK

“Ya Allah, aku berlindung dengan ridha-Mu dari kemurkaan-Mu, aku berlindung dengan maaf-Mu dari hukuman-Mu, dan aku berlindung kepada-Mu dari siksa-Mu. Aku tidak mampu menyebut semua pujian untuk-Mu, sebagaimana Engkau memuji diri-Mu sendiri.” (Hadis Soheh)

4) ุฑَุจَّู†ุง ุธَู„َู…ู†ุง ุฃَู†ูُุณَู†ุง ูˆَุฅِู† ู„َู… ุชَุบูِุฑ ู„َู†ุง ูˆَุชَุฑุญَู…ู†ุง ู„َู†َูƒูˆู†َู†َّ ู…ِู†َ ุงู„ุฎٰุณِุฑูŠู†َ

Rabbana zalamna anfusana wa in lam taghfirlana watar hamna lana koonanna minal khasireen
“YA TUHAN, KAMI TELAH MENGANIAYA DIRI KAMI SENDIRI, DAN JIKA ENGKAU TIDAK MENGAMPUNI KAMI DAN MEMBERI RAHMAT KEPADA KAMI, NISCAYA PASTILAH KAMI TERMASUK ORANG-ORANG YANG MERUGI).
SURAH AL-A`RAF,ayat 23

5) ุฑَุจَّู†َุง ุขุชِู†َุง ูِูŠ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ุญَุณَู†َุฉً ูˆَูِูŠ ุงู„ุขุฎِุฑَุฉِ ุญَุณَู†َุฉً ูˆَู‚ِู†َุง ุนَุฐَุงุจَ ุงู„ู†َّุงุฑِ

Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar
“Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka.” (QS. al-Baqarah : 201).

ISTIGHFAR YANG PERLU KITA BACA SELEPAS SOLAT TAHAJUD


1) SAYYIDUL ISTIGHFAR (Ucapan berulang kali semampunya)

2) (Ucapan berulang kali semampunya)
 ุฑَุจِّ ุงุบْูِุฑْ ู„ِูŠ ูˆَุชُุจْ ุนَู„َูŠَّ ุฅِู†َّูƒَ ุฃَู†ْุชَ ุงู„ุชَّูˆَّุงุจُ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ُ

RABBIGHFIRLII WATUB 'ALAYYA, INNAKA ANTAT TAWWAABUR RAHIIM.
Ertinya : Ya Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang

3) ZIKIR2 YANG SANGAT BAIK UNTUK KITA BACA PADA MALAM 10 TERAKHIR INI. (Bagi wanita haid atau yang kerja malam,maka amal zikir2 ini dan diselangi dengan istighfar & doa2 di atas)

1) (Ucapan berulang kali semampunya)
 ุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„ู„ّู‡ِ
  ูˆุงู„ْุญَู…ْุฏُู„ู„ّู‡ِ 
  ูˆَ ู„ุง ุงِู„ู‡َ ุงِู„َّุง ุงู„ู„ّู‡ُ  
 ูˆَ ุงู„ู„ّู‡ُ ุงَูƒْุจَุฑُ

2) (Ucapan berulang kali semampunya)
ู„ุงَ ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„ุงَّ ุงู„ู„َّู‡ُ ูˆَุญْุฏَู‡ُ ู„ุงَ ุดَุฑِูŠูƒَ ู„َู‡ُ
، ู„َู‡ُ ุงู„ْู…ُู„ْูƒُ ، ูˆَู„َู‡ُ ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ، ูˆَู‡ُูˆَ ุนَู„َู‰ ูƒُู„ِّ ุดَู‰ْุกٍ ู‚َุฏِูŠุฑٌ

3) (Ucapan berulang kali semampunya)
Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim

Sebarkan amalan baik, untuk kita sama-sama berjaya dunia akhirat.

Jana Income Sampingan Dengan Mobicow Iklan Mobile

Salam ramadhan wahai pembaca blog yang budiman. Semoga puasa kita adalah puasa yang diberkati dengan bertambah kekuatan semangat untuk melakukan kebaikan selepasnya. Tak kisahlah apa bentuknya.. mungkin kuatkan berdoa, bersedekah lebih banyak, membantu orang dalam kesulitan dan sebagainya. So, sebagai perkongsian kegembiraan, saya nak ajak rakan-rakan untuk Jana Income Sampingan Dengan Mobicow Iklan Mobile. Mobicow? Apa itu mobicow? Baru dengar ke? Nah baca review saya tentang mobicow sedikit masa dulu.

Iklan mobicow hanya muncul jika anda melayari blog menggunakan smartphone ataupun mobile. Jika pada desktop, tak keluar iklan mobicow ni. Jangan panik ingat iklan error ya.. memang iklan mobicow khas untuk pengguna mobile sahaja.

Jana Income Sampingan Dengan Mobicow Iklan Mobile


Jana Income Sampingan Dengan Mobicow Iklan Mobile

Untuk info, income mobicow yang saya dapat di atas adalah dalam tempoh 10 hari. Income dalam matawang USD. Jikalau anda ada pengunjung dan trafik yang lebat di blog, anda boleh cuba pasang iklan mobicow ni.

Iklan ini bukanlah spam. Ia umpama satu alternatif income part time selain daripada Adsense.

Tentang payment? Tak pernah fail, setiap 16 haribulan, dia orang akan transfer payment ke akaun paypal kita. Minima payout adalah USD5.00. Kalau guna wire transfer, minima payout adalah USD1000.

Memang ada sesetengah blogger tak nak pasang iklan pop up mobile ni. Dia orang kata akan ganggu jualan produk affiliate mereka. Ada pula yang kata iklan mobicow menyebabkan trafik blog mereka merosot. Terpulang pada masing-masing punya pandangan. Bagi saya sendiri, iklan mobicow tak menganggu trafik atau pageview blog.

Bagi anda yang nak pasang iklan mobicow di blog masing-masing.. anda hanya perlu daftar di Mobicow dan ikuti arahan yang diberikan. Nak pasang kod iklan mereka pun amat mudah.

Semoga anda juga boleh dapat jana income dari blog macam saya melalui mobicow. Usaha selagi mampu.

Hari Raya Di Kampung Menggamit Nostalgia Dengan Lazada

Balik kampung.. balik kampung.. balik kampuuuung.. hati senang.. itulah bait lagu trending dan viral bila time hari raya. Semua orang pun boleh hafal. Nostalgia sungguh, kan? Nak raya kat mana tahun ini? Raya di bandar atau di kampung? Sudah tentu kami akan beraya di kampung samada menghala ke Pontian ataupun ke Kota Tinggi, Johor. Last minute baru decide. Sebab dekat aje tuu..

Hari Raya Di Kampung Menggamit Nostalgia Dengan Lazada. Dalam mencari barang keperluan last minute, Lazada lah tempat yang dituju. Bukannya apa. Saya telah berkali-kali berurusan dengan Lazada, servis pun terbaik. Barang yang saya order semuanya diterima on time dan dalam keadaan baik.

Ramadhan raya blogger contest

Hari Raya Di Kampung Menggamit Nostalgia


Dalam kesibukan nak balik kampung beraya, tentu ada barang-barang keperluan yang mesti di bawa. Apa yang ada dalam list anda agaknya bila sibuk berkemas nak balik kampung? Haa.. jom tengok contoh senarai semak keperluan untuk balik kampung..

Hari Raya Di Kampung Menggamit Nostalgia Dengan Lazada

Theme: Travelling Back Home 


Dah siap senarai semak atau checklist barang keperluan yang dibawa ketika beraya di kampung, maka ada sesetengahnya yang tak ada dalam stok. Jangan risau kekawan.. LAZADA MALAYSIA kan ada. Cheewahh! Lazada ada menganjurkan promosi jualan Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya daripada 19 Mei 2017 hingga 30 June 2017. Dahlah semua barang best-best.. promosi istimewa tip top korang tak percaya punya sehingga 90%!!.

Bila dah check, kami memerlukan travel bag toiletery dengan luggage yang lebih besar. So, apalagi.. jom shopping di Lazada Malaysia.

Inilah yang kami perlukan. Dengan pelbagai keperluan yang nak dibawa, Multifunction Travel Hanging Wash Bag Toiletery Bag memang amat membantu. Dahlah jimat ruang, travel toiletery bag ini juga serbaguna. Lihat spesifikasi di bawah.
Spesifikasi Produk:
  • Practical
  • Functional
  • Home living
  • Travel Hanging Bag
  • Multi function Travel Hanging Cosmetic Bag Toiletry Bag Wash Bag
  • Brand new Multi-function Travel Hanging Cosmetic Bag Toiletry Bag Wash Bag 
  • Made of durable, breathable and waterproof 600D fabric material for long time use 
  • Multiple pockets, classify to storage your personal small stuffs


Travel Star 230 Cross Design Hard Case Luggage Set 20+24 inches Maroon (Free Passport Holder) ini amat sesuai untuk kami sekeluarga pulang ke kampung untuk tempoh yang lama sikit. Iya lah, beg besar macam ni, banyak baju boleh masuk..

Semoga raya dan cuti kami kali ini lebih tenang dan damai dengan adanya Lazada Malaysia.

2017/06/15

Jenis-Jenis Gula Dalam Masakan Kek Dan Kuih Muih

Demam raya dah melanda dan selaras dengan demam buat kuih raya. Siapa yang rajin memang tabiklah.. buat kuih raya sendiri. Bagi saya yang tak berapa pandai nak buat sendiri memang main tunjuk aje jawabnya. Pasti jadi kuih tu... ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Oleh kerana nak bagi panduan jenis-jenis gula yang digunakan dalam buat kuih muih dan kek.. saya kompilasikan carian dari internet untuk panduan kita kita semua..

Ada banyak jenis gula yang ada dipasaran hinggakan ada juga yang saya tak berapa cam.. mungkin nama lain tapi bendanya serupa. Confuse eden.. hihi, apapun bacalah Jenis-Jenis Gula Dalam Masakan Kek Dan Kuih Muih di bawah ini.

Jenis-Jenis Gula Dalam Masakan Kek Dan Kuih Muih


Maklumat dan info saya dalatkan daripada blog Tiffinbiru dan Resepi Noraini. Terimakasih en Mat Gebu dan Pn Noraini kerana memudahkan urusan memasak kuih muih dan kek dalam kehidupan harian kami. Semoga anda terus diberikan kesihatan yang baik untuk terus menghasilkan resepi yang enak-enak.

Jenis-jenis gula dan kegunaannya adalah seperti di bawah.

Jenis-Jenis Gula Dalam Masakan Kek Dan Kuih Muih

Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula. Samada untuk masakan harian ataupun untuk baking seperti membuat kek,biskut, roti dan sebagainya, kita hendaklah tahu kegunaan dan kesesuaian gula itu dengan produk yang hendak kita hasilkan.

1. Gula pasir (coarse sugar)

Jenis ini adalah yang paling mudah didapati. Ia bewarna putih dan butir-butir gula agak kasar. Ia sesuai untuk kegunaan harian seperti membancuh minuman dan membuat kuih-muih. Jika anda hendak membuat gula hangus untuk puding atau kek, cairkan gula pasir ini diatas api yang sederhana hingga gula cair dan keperangan,kemudian baru dimasukkan air dan kacau hingga cair.

Salah satu bahan pemanis penting dalam minuman dan juga kuih-muih tradisonal. Boleh juga dikisar halus untuk digunakan dalam pembikinan kek dan biskut.

2. Gula halus (fine granulated sugar)

Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur. Digunapakai dalam pembikinan kek dan biskut, kerana ianya mudah sebati dengan mentega dan bahan-bahan lain bila diputar...

3. Gula kastor (castor sugar)

Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek,biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada, boleh gunakan gula halus. 

Paling ideal untuk membuat kek dan biskut, kerana teksture nya yang lebih kecil dari gula halus, dan bila diputar bersama mentega, ianya senang larut dan tidak menyebabkan mentega terlebih putar. Mudah didapati di pasaraya2 dan juga kedai2 menjual bahan baking..

4. Gula aising (icing sugar/confectioners sugar)

Gula ini adalah yang paling halus dalam kategori gula putih. Ia bukan 100 peratus gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung. Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut supaya mudah dipicit keluar.Gula ini biasa digunakan untuk membuat aising mentega dan membuat fondant atau pes gula (sugarpaste).

Sesuai digunakan untuk membuat biskut yang tidak memerlukan kita memutar mentega telalu lama, contohnya seperti butter cookies dan shortbread. Sesuai juga dalam penyedian sugarpaste dan juga fondant untuk kegunaan menghias kek. Juga meluas digunakan untuk membuat buttercream, paling utama ia perlu diayak sebelum digunakan. Diguna juga untuk menghias permukaan kek atau pastry dengan mengayak dipermukaannya.

5. Gula perang (brown sugar)

Terbahagi kepada dua jenis iaitu perang dan perang gelap. Biasanya warna yang lebih gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang ini selalunya kasar dan saya selalu kisar supaya ia lebih halus dan mudah dipukul bersama mentega. Gula perang ini selalunya digunakan untuk membuat biskut seperti cip coklat, biskut halia, kek buah-buahan dan lain-lain yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat.

Rasanya kurang manis sedikit dari gula halus dan juga sesuai digunapakai dalam membuat kek. Teksture nya agak kasar dan perlu dikisar sedikit. Tapi kalautak kisar pun okay, terus guna bersama mentega.

6. Gula merah/gula melaka/gula kabung

Sejenis gula yang terhasil dari nira pokok kelapa dan pokok enau. Proses mendapatkannya agak rumit, tapi rasanya sungguh istimewa, menjadi bahan utama dalam penyediaan kuih-muih orang-orang melayu dan peranakan. Proses memasak gula tadi akan dicampur dengan sedikit peratusan gula pasir, tapi masih mengekalkan rasa keaslian gula melaka dan gula kabung. Sebelum diguna, gula ini harus kita cairkan dan tapis, kerana ianya mengandungi sisa-sisa hampas yang telah beku bersama-sama gula...

Gula ini selalunya digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih lompang,kuih buah melaka dan sebagainya. Gula merah biasanya berpasir. Setelah melarutkan dalam air panas, ia hendaklah ditapis bagi membuang kotorannya. Gula melaka dan gula kabung agak keras dan memerlukan pisau untuk membelahnya. Rasa kedua-dua gula ini lebih sedap dari gula merah biasa. Ianya dijadikan inti untuk kuih buah melaka.

Jenis-Jenis Gula Dalam Masakan Kek Dan Kuih Muih

7. Sirap emas (golden syrup)

Ia bewarna keemasan dan rasanya seakan rasa gula hangus tetapi tidak sekuat rasa gula hangus yang asli. Ia adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula. Ia selalunya menjadi bahan penambah rasa untuk biskut, kek atau pencuci mulut.

8. Gula Batu

Atau rock sugar, sejenis gula dalam ketulan kristal yang besar, ianya berasal dari gula pasir yang telah diolah. Digunakan dalam pembuatan jeruk, halwa dan ada juga orang-orang lama yang menggunakan untuk memasak sirap ros dan membuat agar-agar gudel. Rasa gula batu kurang manis sedikit dari gula pasir.

9. Gula hitam (treacle @molasses)

Adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula dan ia bewarna gelap seakan kehitaman. Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan pencuci mulut ala barat.

10. Sirap gula (corn syrup/glucose syrup)

Cecair jernih yang pekat. Dihasilkan secara komersil untuk memudahkan tugas membuat aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat sendiri sirap gula.

11. Gula "SNOW POWDER"

Yang ini sejenis gula seakan-akan gula aising tapi telah dimodifikasi dengan menambah tepung kanji dan juga cocoa butter mengikut standard yang telah ditetapkan. Satu kelebihan snow powder ianya tak akan mudah cair bila terkena lembapan, atau bila disimpan dalam peti sejuk..Di Malaysia ni tak pasti sudah ada atau tidak, tapi di Singapura rasa-rasa mudah didapati...apa-apa info nanti share yea..

12. Gula Tanjung

Yang ni kat Malaysia tak pasti, tapi ianya seakan-akan gula perang, bewarna oren dan perasan ianya dimakan bersama putu mayam. Sebab pernah nampak ianya diguna dalam satu masakan di TV Singapura... mungkin di Malaysia ianya digelar dengan nama lain... tak pasti pulak.

Semoga bermanfaat. 

2017/06/14

Mengapa Rasulullah Sangat Sayang Kepada Kucing?

Mengapa Rasulullah Sangat Sayang Kepada Kucing? Mengapa kucing dianggap binatang kesayangan yang mesti dikasihi seperti keluarga sendiri? Kucing sifatnya lucu, manja dan macam memahami pandangan mata kita. Bila kita sedih pun dia macam faham. Bila kita marah dia pun akan faham dan menjauhi kita. Jadi, mengapa Rasulullah amat sayangkan kucing sebagai haiwan peliharaan?

Kisahnya, NABI  Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, di kala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu hewan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri  Mueeza  dari jubahnya.

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.
Mengapa Rasulullah Sangat Sayang Kepada Kucing?
Gambar hiasan
Dalam aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar adzan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Mengapa Rasulullah Sangat Sayang Kepada Kucing?


Mari baca sebab mengapa Rasulullah sangat sayang kepada kucing.

Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, umpama menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah serius, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi Muhammad SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.

Dari Ibnu Umar ra bahwa rasulullah saw bersabda, “Seorang wanita dimasukkan kedalam neraka karena seekor kucing yang dia ikat dan tidak diberikan makan bahkan tidak diperkenankan makan binatang-binatang kecil yang ada di lantai,” (HR. Bukhari).

Nabi menekankan di beberapa hadis bahwa kucing itu tidak najis. Bahkan diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing karena dianggap suci.

Kenapa Rasulullah Saw yang buta baca-tulis, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?

Keistimewaan Kucing


Fakta Ilmiah:

Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteri.  Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.

Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setetes pun cairan yang jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar bisa membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.

INFO SELENGKAPNYA BACA: https://www.islampos.com/mengapa-rasulullah-sangat-sayang-terhadap-kucing-9321/

Resepi Hawaiian Berry Smoothie Yang Segar

Resepi Hawaiian Berry Smoothie Yang Segar. Apa lagi yang lebih mendamaikan selain daripada dapat minum hidangan segar ketika berbuka puasa. Hidangan smoothie antara minuman yang senang disediakan lagi menyihatkan. Lihat sahaja buah-buahan yang digunakan untuk buat smoothie, semuanya segar dan bekhasiat.

Smoothie untuk berbuka puasa memang diminati oleh anak-anak saya. Tapi topping atasnya tu saya lah yang tukang habiskan. Dia orang mana nak makan buah-buahan kalau tak di blender. Malas betul bebudak zaman sekarang la ni...
Resepi Hawaiian Berry Smoothie Yang Segar
Resepi Hawaiian Berry Smoothie Yang Segar - Gambar hiasan

Resepi Hawaiian Berry Smoothie Yang Segar


Bahan-bahan:

3 biji pisang, beku
2 cawan Berries, beku
1 cawan mangga, beku
1 biji Orange
1/4 cawan jus orange
1 kotak Berry yogurt
1/4 cawan susu cair

Cara menyediakan Hawaiian Berry Smoothie Yang Segar 


1. Cuci bersih semua buah dan sayuran yang akan dibuat. Blender semua bahan untuk setiap layer sesuai dengan warnanya.

2. Lapisan pertama campurkan berries, yogurt berry dan susu cair. Cuci bersih blender setelah membuat satu warna agar tidak tercampur untuk warna berikutnya sehingga menghasilkan warna yang menarik. Blender kembali untuk tahap selanjutnya untuk lapisan kedua iaitu pisang, mangga dengan jus orange. seperti cara tadi hingga habis.

3. Tuang satu-persatu warna smoothies ke dalam gelas mulai dari warna kuning diikuti dengan warna ungu.

4. Tambahkan hirisan buah segar orange dan berries sebagai topping.

5. Sebelum dihidangkan, masukkan smoothie ke freezer selama beberapa minit agar lebih segar. Nikmati smoothie ketika sejuk. Selamat mencuba.

Smoothie menjadi pilihan yang tepat kerana selain memiliki banyak manfaat kesihatan, smoothie dapat menambah ambilan buah dan sayuran anda setiap hari.

Sangat penting mengambil buah dan sayuran dari berbagai warna. Setiap warna tentu memiliki zat yang berbeza-beza. Setidaknya kamu perlu mengambil lima macam warna untuk memenuhi keperluan nutrisi harian tubuh.

Cara Bayar Fidyah Tinggal Puasa Kerana Uzur Atau Sengaja

Cara Bayar Fidyah Tinggal Puasa Kerana Uzur Atau Sengaja. Bagus juga kita tambah ilmu tentang bayar fidyah puasa. Bayar fidyah adalah wajib sebagaimana membayar balik puasa yang ditinggalkan. Artikel ini adalah perkongsian daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ MAIWP). Takut terlupa pula tentang rujukan ini, so saya share kan di blog milik saya ini. Kalau terlupa boleh rujuk semula, ya dak?

Ada yang kata kita boleh sengaja tinggalkan puasa dengan sengaja sebab tak nak puasa. Tapi tahu tak anda, dah lah berdosa lepas tu lambat laun kena bayar balik dengan fidyahnya sekali. Bukankah itu kerja orang kurang cerdik, cari masalah dan tambah beban. Melainkan anda tak puasa disebabkan faktor-faktor yang dituliskan di bawah nanti. Jika dah tua dan tak berdaya, bagaimana? Fikirlah sendiri ya...

Cara Bayar Fidyah Tinggal Puasa Kerana Uzur Atau Sengaja

Sebut tentang fidyah, ada yang tak tahu apa itu fidyah? Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

HUKUM FIDYAH


Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud :

“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa).”~ (al-Baqarah: 184)

Cara Bayar Fidyah Tinggal Puasa Kerana Uzur Atau Sengaja


KADAR FIDYAH


Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).  Nilai fidyah bagi satu hari tidak berpuasa boleh dikira berdasarkan nilai Zakat Fitrah yang telah ditetapkan.

Zakat Fitrah bagi seorang ialah bersamaan 1 gantang Baghdad iaitu 2.7 kilogram.

Fidyah bagi satu hari ialah 1 cupak beras iaitu 675 gram.

Bermakna, kadar fidyah ialah ¼ daripada kadar fitrah pada tahun tersebut.

Oleh yang demikian, jika kadar Zakat Fitrah ialah RM7.00, secara langsung kadar Fidyah ialah RM1.75 atau RM1.80 (1/4 X RM7.00).


TAKSIRAN FIDYAH

1. Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah (cupak)

2. Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

*Tahun gandaan bermaksud bilangan tahun puasa itu telah ditinggalkan tolak satu tahun kerana tahun pertama adalah tahun dibenarkan mengganti puasa. Hanya setelah tiba Ramadan berikut jika masih tidak berganti, barulah fidyah dikenaka

Contoh :

Tidak berpuasa kerana haid pada Ramadan 1436H (2014) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1438H (2016).

Maka tahun gandaan ialah 1438H – 1436H – 1 = 1 TAHUN, ini adalah kerana dari Syawal 1436H hingga Syaaban 1437H hinggalah tempoh satu tahun yang diperintahkan untuk mengganti puasa.


SIAPAKAH YANG DIKENAKAN FIDYAH?

Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah dikenakan pada tahun Ramadan yang sama.

Contoh:

Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialysis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. Maka, fidyahnya dikira sebaik habis Ramadan tersebut pada kadar :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.
30 hari X RM1.80 = RM54.00

Wanita hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan bayi dalam kandungan.

Tidak berpuasa kerana bimbang  akan keselamatan bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah lagi kerana lewat menggantikan puasa.

Contoh:

Sepanjang kehamilan anaknya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari. Beliau bimbang keadaan bayi yang dikandungnya. Maka sebaik sahaja Ramadan, Puan Rina dikenakan fidyah pada kadar :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

7 hari X RM1.80 = RM12.60

Jika Puan Rina DAPAT MENGGANTIKAN PUASA TERSEBUT SEBELUM RAMADAN BERIKUTNYA, maka TIADA FIDYAH dikenakan ke atas Puan Rina.

Tetapi, jika Puan Rina TIDAK MAMPU MENGGANTIKAN PUASA HINGGA TIBA RAMADAN BERIKUTNYA, maka dia DIKENAKAN FIDYAH sehinggalah dia menggantikan puasa tersebut. Katakanlah, Puan Rina hanya dapat menggantikan pusa tersebut 4 tahun kemudian, maka fidyahnya dikira :

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

7 hari X (4 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM37.80 (FIDYAH)

***Fidyah hanya akan berhenti dikira apabila puasa itu digantikan.

Wanita hamil yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan (kesihatan) dirinya.

Hendaklah menggantikan puasa. Jika masih tidak diganti sehingga tiba Ramadan berikutnya barulah fidyah dikenakan kerana lewat menggantikan puasa.

Contoh:

Puan Maria tidak mampu berpuasa selama 10 hari pada bulan Ramadan kerana mengalami alahan teruk semasa mengandungkan bayinya. Keadaan bayi adalah sihat, Cuma kesihatan beliau yang terganggu. Hanya setelah 3 tahun barulah Puan Maria dapat menggantikan puasa tersebut.

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

10 hari X (3 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM36.00 (FIDYAH)

Ibu yang menyusukan Anak

Tidak berpuasa kerana merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Golongan ini dikenakan membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Jika telah tiba Ramadan tahun berikutnya, wanita ini dikenakan fidyah  kerana lewat menggantikan puasa.

Contoh:

Puan Hani mempunyai bayi yang baru berusia 3 bulan dan menyusu penuh. Sepanjang bulan Ramadan, beliau tidak mampu berpuasa selama 15 hari kerana kekurangan susu. Beliau hanya mampu menggantikan puasa ini selepas 2 tahun. Fidyah yang dikenakan ke atas Puan Hani sebaik sahaja habis Ramadan pada tahun itu ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

15 hari X RM1.80 = RM27.00

Fidyah yang dikenakan kepada Puan Hani kerana lewat menggantikan puasa ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

Orang yang telah meninggal dunia

Fidyah meninggalkan puasa bagi orang yang telah meninggal dunia boleh dilakukan oleh waris -warisnya jika bilangan hari tidak berpuasa diketahui sebelum pembahagian pusaka dibuat.

Contoh:

Puan Rahmah ialah seorang warga emas yang telah terlantar sakit bertahun-tahun dan tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan. Pada 13 Ramadan beliau telah meninggal dunia. Maka, fidyah beliau dikira:

Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah pada tahun tersebut.

13 hari X RM1.80 = RM23.40

Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Contoh:

En Jamal telah tidak mampu berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana corak pekerjaannya yang berat. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun.
Maka fidyah yang dikenakan ke atas beliau ialah :

Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)

3 hari X (10 Tahun – 1 Tahun) X RM1.80 = RM48.60 (FIDYAH)

**Sumber PPZ MAIWP 

Berbalik tentang puasa, semua orang islam pun tahu. Ia adalah rukun islam yang ketiga. Renungkan ayat al Quran surah al Baqarah ayat 183, memang amat popular ayat ini,

ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุง ูƒُุชِุจَ ุนَู„َูŠْูƒُู…ُ ุงู„ุตِّูŠَุงู…ُ ูƒَู…َุง ูƒُุชِุจَ ุนَู„َู‰ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ู…ِู†ْ ู‚َุจْู„ِูƒُู…ْ ู„َุนَู„َّูƒُู…ْ ุชَุชَّู‚ُูˆู†َ

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)

Ayat ini mengandung banyak pelajaran berharga berkaitan dengan ibadah puasa. Mari kita kupas hikmah yang mendalam dibalik ayat yang mulia ini.


ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุง

“Wahai orang-orang yang beriman”

Dari lafadz ini diketahui bahwa ayat ini madaniyyah atau diturunkan di Madinah (setelah hijrah, pen), sedangkan yang diawali dengan yaa ayyuhan naas, atau yaa bani adam, adalah ayat makkiyyah atau diturunkan di Makkah[1].

Imam Ath Thabari menyatakan bahawa maksud ayat ini adalah : “Wahai orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, membenarkan keduanya dan mengikrarkan keimanan kepada keduanya”[2]. Ibnu Katsir menafsirkan ayat ini: “Firman Allah Ta’ala ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman dari umat manusia dan ini merupakan perintah untuk melaksanakan ibadah puasa”[3].

Dari ayat ini kita melihat dengan jelas adanya kaitan antara puasa dengan keimanan seseorang. Allah Ta’ala memerintahkan puasa kepada orang-orang yang memiliki iman, dengan demikian Allah Ta’ala pun hanya menerima puasa dari jiwa-jiwa yang terdapat iman di dalamnya. Dan puasa juga merupakan tanda kesempurnaan keimanan seseorang. Wallahua'lam..

Semoga bermanfaat. 

Pageview Blog Cecah 67K Sehari Dalam Bulan Ramadhan

Pageview Blog Cecah 67K Sehari Dalam Bulan Ramadhan. Rezeki ramadhan dengan meningkatnya pageview berganda ganda, maka income saya dari blog juga meningkat 350%. Semua servis yang saya pasang seperti banner affiliate, iklan Adnow, lain-lain iklan pakaian, buku dan banyak lagi juga menghasilkan income yang berterusan. Alhamdilillah. Nikmat Tuhan yang manakah hendak kamu dustakan??

Kalau nak fikirkan, tahun lepas ramadhan pageview blog lagi tinggi. Ada ketika naik cecah 80k sehari. Tak mengapa๐Ÿ˜๐Ÿ˜.. yang penting income masyukkk...

Pageview BLOG Cecah 67K Sehari Dalam Bulan Ramadhan


Di bawah ini saya sertakan bukti printscreen PV cecah 67 ribu sehari. Tetapi ada je blogger di luar sana PV blog harian cecah juta-juta. Sebab? Kerana dia orang ada fanpage yang luas dan besar dengan likers pun jutaan punya...

Syukur dengan pencapaian saya sebagai blogger biasa, yang menulis tentang resepi, petua dan kebaikan dalam hidup. That's all...

Pageview Blog Cecah 67K Sehari Dalam Bulan Ramadhan

Pada gambarajah di bawah, menunjukkan perbezaan jumlah pageview sebelum dan selepas ramadhan. Masuk je hari pertama ramadhan, PV naik dan terus meningkat.

Sumber blogger.com
Post entry yang paling trending dalam bulan ramadhan 2017 adalah:

  • Resepi biskut suji
  • Koleksi kuih muih berbuka puasa
  • Resepi rempeyek sedap
  • Resepi kuih siput rangup


Kalau nak tahu, saya adalah independent blogger.. maksudnya tidak join sebarang group blogger aktif dengan bloglist dan blogfeed yang aktif seantero malaya. Sebabnya? Kerana saya tidak suka terikat dengan rule yang banyak, dan kena ikut terma tertentu untuk sesuatu aktiviti. Kalau anda mampu beri komitment.. silakan. Bagus juga saling menyokong sesama blogger. Semoga anda dan group anda berjaya.

Baiklah..

Berbalik dengan pageview blog ini yang cecah 67K sehari.. ia datang dari carian Google dan sedikit dari media sosial seperti Facebook, Google Plus dan Twitter. Ping entry? Saya guna autoping servis dari Babab.net. Dan, ianya percuma. Hihi...

Walau apa pun, apa yang anda usahakan.. kerja yang dilakukan. Buatlah dengan betul dan tahu apa yang anda buat. Kemudian set target. Apa yang anda mahukan. Adakah sad atau happy ending..

Selamat maju jaya ya...

2017/06/12

16 Jenis Solat Sunat Yang Boleh Diamalkan Sebagai Pelengkap Solat Fardhu Kita

Selain dari Solat Fardhu, perlaksanaan solat-solat sunat amat digalakkan. Ada lebih kurang 16 Jenis Solat Sunat Yang Boleh Diamalkan Sebagai Pelengkap Solat Fardhu Kita. Solat-solat sunat yang dianjurkan di bawah nanti tidaklah mesti kena buat tetapi jika kita merasai masih ada kekurangan dalam solat fardhu kita, maka boleh lakukan solat-solat sunat sebagai pelengkap solat fardhu. Wallahua'lam..

(Nota: solat sunat, umpamanya solat sunat hajat, ada pelbagai cara. Oleh itu pembaca digalakkan merujuk kepada ahli agama tempatan tentang perbezaan cara dan yang mana lebih digemari pembaca.) 

Solat sunat atau ‘nawafil’ adalah solat-solat selain daripada yang telah difardhukan. Amalan sunat dilakukan bertujuan menampung (melengkapi) sebarang kekurangan dalam amalan fardhu. Memperbanyakkan solat sunat juga dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT, disamping mengharapkan pahala dan Keredhaan-Nya.

16 Jenis Solat Sunat Yang Boleh Diamalkan Sebagai Pelengkap Solat Fardhu Kita
Gambar hiasan

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya, jika solatnya baik (diterima), maka beruntung dan berbahagialah ia. Dan jika solatnya rosak (tidak diterima), maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya, Allah berfirman: “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat sunat yang dapat menampung solat fardunya?”Demikianlah keadaan semua amalnya yang lain dihisab.” (HR At-Tirmizi r.a.)

16 Jenis Solat Sunat Yang Boleh Diamalkan

Terdapat 16 jenis solat sunat, iaitu:

1. Sunat Rawatib - iaitu solat sunat mengiringi solat fardhu. Solat sunat rawatib ada dua jenis:

a. Sunat "Qabliyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan sebelum solat wajib, dan waktu-waktunya ialah: 2 rakaat sebelum solat Subuh, 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar, dan 2 rakaat sebelum solat Isya';

b. Sunat "Ba’diyyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan setelah solat fardhu, dan waktu-waktunya ialah: 2 atau 4 rakaat sesudah solat Zuhur, 2 rakaat sesudah solat Maghrib dan 2 rakaat sesudah solat Isya'.

2. Sunat Dhuha - solat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam).

3. Sunat Witir - solat selepas solat Isyak, kebiasaannya dirangkaikan dengan solat sunat tarawih. Bilangan rakaatnya ialah 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat.

4. Sunat Tahajjud - solat pada lewat tengah malam selepas bangun dari tidur.

5. Sunat Tasbih - solat yang mengandungi 300 tasbih, dan dianjurkan sekurang-kurangnya dikerjakan sekali seumur hidup. Solat tasbih ada empat rakaat, dengan satu salam jika dikerjakan pada siang hari, dan dengan dua salam jika dikerjakan pada malam hari.

Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah, 10 kali tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10 tasbih ketika sujud pertama, 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud, 10 tasbih ketika sujud kedua, dan 10 tasbih ketika duduk sebelum qiam di rakaat pertama dan ketiga (atau 10 tasbih selepas tahiyyat awal di rakaat kedua, dan selepas tahiyyat akhir di rakaat terakhir sebelum salam.) Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.

6. Sunat Hajat - solat untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan.

7. Sunat Tahiyyatul Masjid - solat ketika memasuki masjid.

8. Sunat Taubat - solat untuk memohon keampunan setelah menginsafi perbuatan mungkar.

9. Sunat Musafir - solat sebelum keluar untuk bermusafir.

10. Sunat Hari Raya - solat pada hari raya Aidilfitri dan AidilAdha, dan mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua.

11. Sunat Tarawih - solat selepas solat Isyak pada bulan Ramadan.

12. Sunat Istikharah - solat untuk meminta petunjuk yang baik, apabila kita menghadapi dua pilihan, atau ragu dalam mengambil keputusan. Sebaiknya dikerjakan pada 2/3 malam terakhir.

13. Sunat Mutlaq - solat sunat tanpa sebab dan tidak ditentukan waktunya, juga tidak dibatasi jumlah rakaatnya.

14. Sunat Wuduk - solat selepas mengerjakan wuduk.

15. Sunat Khusuf (Gerhana) - solat sunat sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.

16. Sunat Istisqa' (Minta Hujan) - solat sunat yang dikerjakan untuk memohon hujan. Tiga hari sebelum solat istisqa' segenap penduduk diwajarkan berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman serta dianjurkan beramal soleh. Pada hari keempat semua penduduk termasuk yang lemah akan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk solat istisqa’. Solat ini juga diiringi dengan dua khutbah selepas solat. Pada khutbah pertama hendaklah membaca istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua 7 kali.

Semoga bermanfaat.