Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/07/29

Contoh Cara Mengisi Borang Wang Tak Dituntut UMA-7

Contoh Cara Mengisi Borang Wang Tak Dituntut UMA-7. Dah tahu cara nak tuntut wang anda atau waris di Jabatan Akauntan Negara? Kalau dah tahu, anda mesti bersiap sedia dengan dokumen yang diperlukan seperti Kad Pengenalan (IC) dan Borang UMA-7. Nak tahu cara isi borang UMA-7, boleh tengok contoh caranya di bawah.

SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN TUNTUTAN WTD


TUNTUTAN OLEH INDIVIDU

1. Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.
2. Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang)/ pasport pemohon bagi bukan warganegara.
3. Dokumen asal (Contoh: buku bank/sijil simpanan tetap dan lain-lain).
4. Surat pengesahan daripada syarikat yang membuat serahan WTD hendaklah disertakan jika dokumen asal tiada.
5. Salinan muka hadapan buku akaun/ penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun ).

Nota:

Bagi Tuntutan WTD untuk Akaun Bersama (Joint Account) yang mempunyai syarat operasi tandatangan bersama:
** Tuntutan hendaklah dibuat secara bersama oleh semua pemegang akaun.
** Salinan muka hadapan buku akaun bersama (joint account) yang aktif serta disahkan oleh pihak bank tersebut (bayaran dikreditkan terus ke dalam akaun.)

Contoh Cara Mengisi Borang Wang Tak Dituntut UMA-7


Anda boleh lihat print screen di bawah bagaimana caranya mengisi borang WTD UMA-7.

Sila klik pada gambar untuk besarkan...
Contoh Cara Mengisi Borang Wang Tak Dituntut UMA-7

Semoga perkongsian cara mengisi borang UMA-7 membantu anda mengisi maklumat yang diperlukan. Jika waris yang memohon atau menuntut WTD, kena bawa borang waris juga.

Senarai Alamat Jabatan Akauntan Negara Di Seluruh Malaysia Untuk Tuntut Wang Tak Dituntut WTD

Senarai Alamat Jabatan Akauntan Negara Untuk Wang Tak Dituntut WTD. Harian Metro menulis orang ramai 'menyerbu' Jabatan Akauntan Negara selepas tular mengenai Wang Tidak Dituntut (WTD).  Sebanyak RM5.779 bilion WTD masih berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah sejak 1977 hingga 30 Jun lalu..

Apa itu Wang Tak Dituntut atau Unclaimed Monies? WTD adalah wang yang tidak pernah diambil empunya melebihi tempoh tertentu dan disimpan di Jabatan Akauntan Negara.

Kini, penduduk Malaysia yang rasa mereka ada akaun yang dah berzaman kat bank tapi lupa apa status, mungkin baki wang anda ada di WTD di Jabatan Akauntan Negara. Ok..  berapa lama duit yang tak dituntut akan dipindahkan ke WTD atau unclaimed monies? Jawapannya.. lebih 7 tahun ke atas. Itu ikut pengalaman masa kerja bank dulu.

Mengikut Jabatan Akauntan Negara, ada 3 jenis WTD iaitu 1 tahun wang yang tidak dibayar kepada pemilik, wang dalam kredit yang tak dikendalikan selepas 7 tahun dan wang dalam kredit akaun dagangan yang tidak dikendalikan selepas 2 tahun.

Cara-Cara Nak Tuntut WTD


Rujuk gambarajah di bawah...


1. Boleh dibuat pada bila-bila masa
2. Boleh dibuat di Jabatan Akauntan Negara di setiap negeri (alamat rujuk di bawah)
3. Waris boleh tuntut bagi pemilik meninggal dunia
4. Tiada tuntutan maksimum atau minimum
5. WTD tidak mempunyai tarikh luput
6. Akauntan Negara Malaysia dilantik sebagai Pendaftar WTD
7. Tuntutan online dijangka boleh dilakukan pada tahun 2018
8. Tuntutan akan dibayar dalam tempoh 3 bulan

Apakah dokumen yang dioerlukan untuk tuntut WTD?


Dokumen yang diperlukan cuma IC dengan Borang UMA-7. Contoh cara isi borang UMA-7 - rujuk sini

Senarai Alamat Jabatan Akauntan Negara Untuk Wang Tak Dituntut WTD


Jom tengok senarai alamat Jabatan Akauntan Negara yang dekat dengan tempat anda.

Perak, Kuala Lumpur, Selangor

Senarai alamat jabatan Akauntan Negara seluruh Malaysia

Negeri Sembilan, Melaka, Johor

Senarai alamat jabatan Akauntan Negara seluruh Malaysia

Kelantan, Terengganu, Pahang

Senarai alamat jabatan Akauntan Negara seluruh Malaysia

Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan 


Sarawak


Bagi anda yang ada akaun yang dormant lebih 1 tahun dan dah lebih 7 tahun tidak diketahui statusnya, anda boleh semak di Jabatan Akauntan Negara berhampiran anda. Mana tahu ada rezeki yang tersimpan di situ.

Jika kena menunggu lama, harap bersabar ya. Semua orang pun seperti anda, mereka menunggu jika ada hak mereka di situ.

Amalan Selepas Solat Subuh Yang Dapat Menghapus 10 Kesalahan

Amalan Selepas Solat Subuh Yang Dapat Menghapus 10 Kesalahan. Ada banyak amalan sesudah solat subuh atau solat fardhu yang lainnya. Antara amalan yanh sunat dilakukan termasuklah berzikir dan berdoa memuji-muji nama Allah, Tuhan pemberi rezeki Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Yang saya nak share dalam tulisan kali ini adalah tentang amalan selepas solat subuh yang dapat menghapuskan 10 kesalahan kita kepada Allah. Senang cerita dosa kita yang lepas yang kita tak terkira jumlahnya.

Amalan Selepas Solat Subuh Yang Dapat Menghapus 10 Kesalahan


Daripada Ustaz Md Faizal Wahab, beliau menggariskan satu amalan mudah yang boleh diamalkan oleh kaum muslim agar diberikan keberkatan hidup setiap hari.

Nak tahu apakah amalan tersebut?

Mengikut ustaz tersebut, amalan mudah berikut amat bermanfaat diamalkan. Insyaa Allah.

Bacalah, 

La Iaaha Illallahu Wahdahu La Syarikalah..
Lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumiit
Wa hua 'ala kulli shai-in qadir..

Amalan Selepas Solat Subuh Yang Dapat Menghapus 10 Kesalahan

Mengikut kata ustaz dalam videonya, amalan di atas jika dibaca sebanyak 10 kali selepas solat subuh, ia akan memperolehi./ Allah Azzawajalla akan:

Amalan Selepas Solat Subuh Yang Dapat Menghapus 10 Kesalahan

1. Dituliskan 10 kebaikan kepadanya
2. Dihapuskan 10 kesalahannya
3. Dinaikkan 10 darjatnya
4. Dipelihara daripada keburukan sepanjang hari
5. Dipelihara dari syitan yang direjam.

Insyaa Allah..

2017/07/27

Cashout Nuffnang Bulan Julai Berjumlah RM265.39

Cashout Nuffnang Bulan Julai Berjumlah RM265.39 | Alhamdulillah. Dalam sepi ada juga hasilnya Nuffnang ni, walau tak banyak boleh juga bayar bil Celcom. Siapa nak bagi, ya tak? Nuffnang macam dah tak releven sekarang ni. Adakah saya sorang yang rasa? Atau anda juga macam saya. Iklan Nuffnang susah nak muncul di blog. Dulu lain, sekarang dah lain...

Apa agaknya cara terbaik untuk kita jana income lebih masyuk dari Nuffnang,? Anda ada cadangan tak? Jika anda ada cara, boleh lah kongsikan dengan saya diruangan komen agar saya dapat meningkatkan pendapatan daripada Nuffnang. Share kan semoga rakan-rakan kita yang sedang cari income pasif boleh berkongsi panduan tersebut.

Cashout Nuffnang Bulan Julai Berjumlah RM265.39


Jumlah cashout bagi bulan Julai adalah income terkumpul daripada 3rd party advertisement. Banyak juga bayaran setiap iklan. Tetapi ia adalah jumlah terkumpul dari 3 tahun lepas, kalau tak silap...

Jom tengok print screen yang saya ambil dari Nuffnang.
Cashout Nuffnang Bulan Julai Berjumlah RM265.39

 Di bawah ni sambungan dari prints di atas...

Cashout Nuffnang Bulan Julai Berjumlah RM265.39

Jumlah terkumpul RM265.39. Dah cashout lepas raya hari tu..

Jumlah income dari 3rd party ads dari tahun 2015 lagi. Kita pun tak tahu ada income terkumpul ni. Anda pun ada terima macam saya ke? Mungkin lebih banyak dari saya punya.. bersyukurlah...

Nak Redha Bukannya Mudah, Tetapi...

Nak Redha Bukannya Mudah, Tetapi... | Banyak benda berlaku kebelakangan ini, samada ia pahit manis dan sebagainya.. kena tadah juga. Kerana ia sudah ditakdirkan begitu. Takdir Allah kepada hambaNya dari sejak dalam perut lagi. Tetapi... ada yang boleh kita buat untuk membetulkan takdir iaitu dengan berdoa. DOA boleh mengubah takdir. Yakin dan positif lah.

Juga, dalam ketidaktentuan takdir, kita kena terima jua. Kena redha yang jelasnya memang sukar nak dilalui. Payahnya nak dihadapi. Kena kat orang mudah kita nasihatkan mereka untuk redha. Kena kat batang hidung sendiri.. terduduk jua dibuatnya.

Nak Redha Bukannya Mudah, Tetapi...

Bukan kita tak tahu sukarnya redha, bukan mereka tak faham maksud redha itu. Tetapi, hati manusia rapuh sifatnya. Lelaki atau wanita.. semua pun punya hati yang lemah. Selalu tersungkur dalam sedih hiba dihujung malam. Mengapa aku yang diuji? Aduhai.. pujuk hati pun masih begitu. Redha perlu masa, bukan esok lusa boleh dilupa dugaan yang bertandang. Apatah bila ia berkaitan hati dan perasaan. Makan masa bertahun untuk lupa dan akhirnya datanglah perkataan REDHA dalam dirinya.

Nak Redha Bukannya Mudah, Tetapi...


Benar sekali. Nak redha bukannya mudah tetapi...

"Kalian harus senantiasa redha kepada Allah Azza wa Jalla dalam keadaan senang mahupun susah, dalam keadaan baik maupun buruk, sihat ataupun sakit, kaya mahupun miskin, dan dalam keadaan sukses ataupun gagal. Aku tidak melihat ubat yang baik bagi kalian selain berserah diri kepada-Nya.

Jika Allah menakdirkan sesuatu bagi kalian, janganlah takut. Janganlah mengeluh kepada selain-Nya, sebab itu justru boleh menyebabkan bencana bagi kalian, Tenang dan diamlah! Jika kalian redha, Dia akan mengubah kesusahan kalian menjadi kebahagiaan!"

Nak Redha Bukannya Mudah, Tetapi...

Insyaa Allah.

Nak redha bukannya mudah, tetapi Dia akan mengubah kesusahan kita kepada kebahagiaan. Bukankah ada pepatah kata, bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Ya Allah.. masukkan kami dalam golongan orang yang Engkau Redhai. Aamiin...

Petua Hilangkan Rekahan Pada Tumit Kaki

Petua Hilangkan Rekahan Pada Tumit Kaki. Ada sesetengah orang tak tahan dengan simen menyebabkan tapak kaki merekah. Terutamanya pada tumit kaki. Rekahan ini bukan saja menyerang kaum wanita tetapi juga lelaki.

Apakah sebab atau punca sebenar tumit kaki merekah? Mari kita baca penjelasan tentangnya. Faktor-faktor yang menyebabkan tumit pecah-pecah adalah:

  • Berdiri terlalu lama, terutama pada lantai yang keras.
  • Kelebihan berat badan akan meningkatkan tekanan pada bantalan lemak normal di bawah tumit, dan menyebabkannya merebak
  • Kasut yang pada bahagian tumitnya terbuka, memungkinkan lemak di bawah tumit melebar tepi dan meningkatkan tekanan untuk retak.
  • Beberapa keadaan kesihatan seperti; predisposisi kulit kering, neuropati otonom, contohnya pada pesakit diabetes menyebabkan kurang berpeluh, tiroid menurunkan tingkat metabolisme tubuh dan pengurangan peluh, hal ini akan mengarah pada kekeringan di kulit terutamanya kaki.
  • Pesakit psoriasis dan eksim. 


Petua Hilangkan Rekahan Pada Tumit Kaki


Nak rawat tapak kaki atau tumit kaki merekah. Mudah saja. Jom amalkan petua tradisional yang mudah ini.

1.  Buah belimbing buluh juga boleh digunakan untuk merawat tumit pecah. Setiap kali waktu mandi, gosokkan buah tersebut pada tumit yang pecah. Biarkan seketika, gosokkan tumit pada kain untuk menghilangkan kulit kasarnya.

Petua Hilangkan Rekahan Pada Tumit Kaki

2. Dapatkan beberapa helai daun sirih, ramas sehingga hancur dengan menggunakan sedikit air. Campur air ramasan sirih itu dengan sedikit gambir yang dihancurkan. Sapu pada tumit dua kali sehari. Lakukan sehingga nampak perubahannya.

Petua Hilangkan Rekahan Pada Tumit Kaki
Sirih dan gambir boleh merawat tumit pecah
3. Belah dan perah dua biji bawang merah sehingga keluar airnya. Sapukan ke tumit yang pecah. Ini cara yang murah dan mudah digunakan. Saya dah cuba dan berjaya. Cuma kena rajin sikit, buat dengan kerap.

4. Ambil beberapa butir nasi panas, lenyekkan dan tempel pada tumit yang pecah. Ulang beberapa kali sehingga tumit kembali elok.

5. Anda juga boleh cuba geselkan tumit pada batu sungai yang licin yang biasa digunakan orang zaman sekarang untuk hiasan landskap. Amalan ini memang telah diamalkan sejak dahulu lagi oleh nenek moyang kita dan terbukti berkesan.
Petua Hilangkan Rekahan Pada Tumit Kaki
Batu sungai untuk rawat tumit pecah
Semoga bermanfaat dan berguna untuk pembaca blog yang mengalami tumit pecah. Anda juga boleh baca petua-petua tradisional yang lain daripada menu PETUA di atas.

2017/07/26

Cara Masak Ketam Berlada Sedap Dan Kurang Pedas

Cara Masak Ketam Berlada Sedap Dan Kurang Pedas. Ketam adalah sejenis makanan laut yang agak sukar ditemui dan kalau adapun ketam yang saiznya kecil dan kurang isi. Nak masak cili padi pun macam tak sesuai pulak.., nak ratah kurang isinya. Mengikut kata abang ipar saya, nak tangkap ketam kena ikut musim juga.

Ketam ada banyak jenis. Kat Malaysia ni, di antaranya ada yang dinamakan dengan ketam bunga, ketam biru, ketam batu, ketam renjong, ketam bulu, ketam minyak, ketam nipah, ketam bakau, ketam lumpur dan sebagainya. Ada yang boleh dimakan dan ada yang tak boleh, contohnya ketam nipah. Yang saya biasa beli ketam batu atau ketam biru.

Apakah masakan yang sesuai dengan ketam? Lemak cili padi? Atau kari? Tapi kami lebih suka ketam berlada yang dipecahkan telur sebiji dua.. sedap gitu..

Cara Masak Ketam Berlada Sedap Dan Kurang Pedas 


Cara Masak Ketam Berlada Sedap Dan Kurang Pedas
Gambar hiasan
Bahan-bahan:

2 ekor ketam saiz besar
2 camca besar sos cili
1 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
6 biji bawang merah*
4 biji cili merah*
1/2 inci belacan*
2 biji buah keras*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
Tanda * dikisar halus
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Hirisan cili merah, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

Cara Masak Ketam Berlada Kurang Pedas

1. Ketam dibersihkan, kerat kaki kecik, buang kulit kerasnya, jangkir ketam diketuk sedikit, ketam tu dikerat dua setiap ekor, kalau kecil, tak nak kerat pun tak apa...

2. Lap kering-kering dan lumur dengan sedikit garam, goreng dalam minyak panas hingga ketam berubah warna jadi kemerahan. Angkat dan toskan.

3. Keluarkan minyak dan tinggalkan untuk menumis. Masukkan bahan kisar halus dan sos cili tadi, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan cuka, air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

4. Masukkan ketam, gaul rata dan masak sekejap. Tuang telur tadi disekeliling ketam. Biar sekejap dan gaul rata hingga menyaluti ketam tadi. Masak hingga pekat, matikan api. 

5. Alih dalam pinggan sesuai dan tabur dengan bahan2 hiasan. Hidangkan segera... .

Kalau nak kurang pedas, anda boleh kurang sos cili tadi. Sebab dah ada lada kering, pun dah cukup sedap masakan ketam berlada anda. 

Jenis-Jenis Buah Untuk Menambahkan Berat Badan

Jenis-Jenis Buah Yang Menggemukkan. Ada buah yang bantu anda naikkan berat badan jika diambil dengan teratur. Ini khas untuk orang yang terlalu kurus. Hihi...๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚, yang debab tak payah nak cuba. Nanti menyesal tak berguna..

Mesti pelik kan bila ada orang yang nak gain weight sedangkan kita nak kurus. Tetapi begitulah citarasa masing-masing. Ada kawan saya yang terlalu kurus hingga menyebabkan dia rasa rendah diri kerana berasakan diri kurang menarik. Jadi, dia memang nak tambah berat badan bagi meningkatkan keyakinan dirinya. So, saya harap artikel ini membantu beliau sedikit sebanyak dalam misinya itu.

Jenis-Jenis Buah Yang Menggemukkan


Pisang


Mungkin, pisang adalah salah satu di antara buah yang berpotensi besar untuk penambahan berat badan. Pisang adalah buah berkalori tinggi yang membantu dalam berat badan. Selain itu, pisang akan membantu untuk meningkatkan produksi hemoglobin anda. Pisang adalah pilihan yang baik dan efektif untuk orang yang ingin menambah berat badan dengan kalori yang sihat.

Buah-buahan kering


Kismis, kekacang dan almond akan membantu untuk meningkatkan berat badan dengan lemak tepu dan kalori. Ini juga merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang ingin tips sihat untuk meningkatkan berat badan.

Mangga

Jenis-Jenis Buah Untuk Menambahkan Berat Badan
Gambar hiasan
Ha.. siapa yang suka makan mangga kat sini? Mangga memiliki kelebihan untuk meningkatkan berat badan jika diambil secara teratur. Mangga kaya dengan kandungan gizi dan kalori, sehingga memberikan manfaat berganda kepada anda. Pilihlah mangga organik kerana sebahagian besar yang tersedia mengandungi racun tumbuhan berbahaya.

Avocado


Jenis-Jenis Buah Untuk Menambahkan Berat Badan
Gambar hiasan
Avocado mengandungi sekitar 400 kalori per buah. Buah ini juga terkenal dengan kandungan lemak yang tinggi. Jika tak suka makan macam tu je, anda boleh buat jus avokado atau buat smoothie dengan kombinasi buah lainnya. Boleh juga tambah dalam salad anda.

Buah Anggur


Jenis-Jenis Buah Untuk Menambahkan Berat Badan

Sertakan jus anggur dalam diet harian anda jika anda mencari tips untuk meningkatkan berat badan. Ikuti pola makan yang sihat dan menghindari menggunakan suplement tambahan untuk menambah berat badan. Sertakan buah anggur dalam diet harian anda untuk meningkatkan kilo berat anda.

Selamat mencuba tambahkan berat anda kepada mereka yang ingin berbuat demikian. Buah-buahan seperti pisang, mangga dan anggur antara buah yang perlu diambil dalam diet harian anda untuk menghasilkan berat idaman anda.

2017/07/23

Untuk Wanita Perhatikan 13 Perkara Yang Perlu Dijaga

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita. Saya dah baca berulang kali pun masih terasa kekurangan di sana sini. Dah baca dan ulang baca lagi. Berhati-hatilah wanita. Saat kamu melangkah keluar dari rumah, kamu membawa bersama maruahmu. Perhatikan perkara-perkara di bawah yang saya kongsikan, semoga ada kebaikan dan manfaat kepada kita untuk menjadi wanita penghuni syurga Allah di akhirat nanti.

Sebelum ini saya ada juga menulis benda yang hampir sama, di mana wanita perlu menjaga batas pergaulan apabila berada di tempat kerja. Wanita adalah fitnah terbesar dalam dunia. Kenapa? Kerana wanita adalah kecantikan yang mudah melalaikan. Kerana wanita, ada permusuhan berlaku, kerana wanita ada kemusnahan terjadi dan kerana wanita ada yang sanggup berbunuh-bunuhan. Na'auzubillahu min zaliik...
Untuk Wanita Perhatikan 13 Perkara Yang Perlu Dijaga
Gambar hiasan

13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita


Sebagai wanita muslimah, kita haruslah bersederhana dalam penampilan apatah lagi jika seseorang wanita itu telah bersuami. Ada 13 perkara yang perlu dijaga oleh wanita agar tidak melampau batas-batas sebagai muslimah sejati.

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Untuk Wanita Perhatikan 13 Perkara Yang Perlu Dijaga
Gambar hiasan

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Perkongsian di atas adalah daripada FB seorang Ustaz yang saya siarkan semula di #aynorablogs untuk renungan dan kebaikan bersama.

Susah Ke Nak Mulakan Diet?

Susah Ke Nak Mulakan Diet? Diet adalah perkataan kritikal yang sering muncul dari mulut wanita terutamanya yang berbadan gempal atau besar. Orang lelaki ada juga sebut nak #diet tetapi biasanya kaum wanitalah yang fanatik nak kurus. Anda rasa betul tak apa yang saya tulis ni?

Sebabnya, saya sendiri pun begitu. Sibuk nak diet, nak slim semula macam zaman anak dara. Selalu sebut diet, beli majalah diet, makan supplement kurus dan tak kurang juga minum lemon suam setiap hari. Tapi perubahan tu lama sangat nak berlaku. Saya join Kelab Diet Malaysia, banyak yang saya baca dan tahu. Ramai yang dah turun berat badan berkilo-kilo.

 Ke Nak Mulakan Diet?

Bila dah tahu dan dapat ilmu yang betul serta sokongan dengan ahli kelab, saya makin bersemangat untuk turunkan berat badan secara berterusan. Ya! Memang betul. Kita kena berkawan dengan persekitaran yang betul dan dengan mereka yang mempunyai misi dan visi yang sama. Barulah kita boleh saling menyokong antara satu sama lain.

Susah Ke Nak Mulakan Diet?


Saya jawab, ya! Memang susah. Lebih lebih lagi kalau kita ni hantu makan. Maksudnya, makan banyak pun tak kenyang. Hantu lah tu yang makan.. hihi

Mana yang kerja kat pejabat jangan cakaplah. Dugaan amatlah mencabar jiwa dan iman. Masa kita istyhihar nak diet, masa nilah ramai yang offer makan free, belikan makanan kegemaran dan makan depan kita pujuk tak payah diet.

Mereka cakap, "Masa sihat ni makan lah apa yang nak dimakan. Nanti dah sakit tak boleh makan, barulah diet.. ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ!!" 

Susah kan, nak diet?

Ada kawan kata (yang berjaya diet), jangan percaya dengan janji manis mereka. Kita kekalkan niat nak diet sebab 2 perkara iaitu untuk sihat dan bahagia. Itu aje. Kesihatan lah yang penting. Kesihatan adalah harta kekayaan yang sebenarnya. Tak boleh dijual beli atau diganti dari mana-mana sumber di dunia ini.

Apa yang perlu dilakukan jika nak mula berdiet?

Persediaan untuk diet

1. Tekadkan niat dalam hati dan jiwa untuk berdiet
2. Cari info yang betul dan dari sumber yang sahih, contohnya daripada doktor, pakar pemakanan dan sebagainya.
3. Berkawan dengan orang yang mempunyai misi dan visi yang sama.
4. Tetapkan tempoh yang jelas untuk mencapai kejayaan.
5. Sanggup bersedia belanja untuk membeli makanan yang sesuai untuk dieymt anda
6. Sentiasa berfikir positif sepanjang tempoh berdiet
7. Sayangi diri anda lebih daripada orang lain.

Selamat berjaya kepada semua yang mempunyai cita-cita untuk berdiet macam saya. Dah mula belum? Jom mulakan sekarang!!

2017/07/21

Biar Dia Pilih Balasan Hari Akhiratnya...

Biar Dia Pilih Balasan Hari Akhiratnya... | Duhai wanita yang sedang lelah, letih berhiba di sebalik purdah. Kamu tak salah bila disakiti. Kamu tak buruk bila disisihkan lelaki itu. Tahukah wanita? Allah sayangkan kamu, sebab itu Dia tarik dan jauhkan kejahatan lelaki itu dari hidupmu. Sedihnya membaca kisahmu. Sebegitu rupa kamu dizalimi perasaannya. Kejamnya lelaki itu memijak-mijak maruahmu...

Ada ketika tak tertahan airmata membaca kisahmu. Kisah dan ceritera wanita abad ini. Mereka diabaikan sewenang-wenangnya. Ingatlah wanita.. ada kala kita kena beralah. Ada masanya kita mesti menang. Menang demi sebuah maruah dan hati yang tak henti-henti dizalimi.

Biar Dia Pilih Balasan Hari Akhiratnya...


Biar Dia Pilih Hari Akhiratnya...

Wanita...

Bila hatimu telah tawar. Melihat 'kematiannya' pun kamu dah tak endah. Habis sudah airmata. Lelah dah habis kontang dalam rasamu.

Lalu kamu berserah, Allah lah penentu oerjalanan takdir ini.

"Biar dia pilih balasan hari akhiratnya dan kamu jangan mencontohinya. Dia lupa saat dia melafaz akan akad nikah itu bukan sahaja syarat di dunia akan tetapi membuat perjanjian berbai'at dengan Allah untuk amanah melaksanakan tangungjawab sebagai suami.

Duhai wanita yang tabah..

Sesunguhnya manusia itu akan di balas atas pilihan nya dan kehendak nya semasa ia hidup di sana nanti. Kamu teruskan dengan berdoa berserah redha. Allah sntiasa ada bersama hamba yang berserah pada nya. Allah maha mengetahui. Jadi jangan bimbang, buat lah kebaikan dan rebut lah peluang menjadi isteri yang soleha kerana peluang untuk kita menjadi ahli syurga itu saat kita hidup di bumi, bukan setelah kita mati.

Sabar lah, kuatkan iman. Jika kamu merasa Allah menguji mu dengan seribu kedukaan, ketahuilah ia nya terkandung sejuta kebaikan.

Wanita Terindah...

Jika Allah menguji mu dengan kebahagiaan, ketahui lah ia nya terkandung nikmat kesyukuran. Hanya dia yang akan membuat mu berduka dan hanya dia lah membuat mu bahagia.

Lahtahzan innallah ma'annah

Ujian dan dugaan mendatangi kita dalam dua jalan. Satu dengan kesusahan, kedua dengan kemewahan. Kedua duanya terkandung kebaikan. Tiada yang buruk datang dariNya, segala yang baik datang dariNya.

Jadi berserah lah pada nya sesungguh nya. Allah maha mengetahui maha pemurah lagi maha penyayang

Insya Allah. wallahu'alam

2017/07/20

Iklan Adnow Boleh Dapat Income Berbaloi Jika Tahu Cara Perletakan Yang Betul

Iklan Adnow adalah satu jenis iklan native iaitu cara pengiklanan yang mudah menarik minat mata pengunjung blog atau media sosial. Iklan native Adnow kini telah banyak dipasang oleh blogger sebagai satu cara mendapatkan income sampingan yang berbaloi.

Namun ramai yang tidak suka dengan iklan yang disiarkan kerana berbentuk menyeramkan dan ada pula yang menyiarkan iklan berbentuk erotik dalam blog. Tetapi... mungkin ada yang tidak tahu atau tak perasan, anda boleh setting sendiri jenis iklan Adnow yang anda suka agar iklan yang keluar di blog tak buat pembaca sakit jantung..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚, tentu anda faham maksud saya berkaitan iklan yang dinyatakan itu...

Cara Perletakan Iklan Adnow Boleh Dapat Income Berbaloi


Baiklah.

Mari kita lihat sikit latar belakang tentang Adnow Native Advertising.

Iklan Adnow Boleh Dapat Income Berbaloi Jika Tahu Cara Perletakan Yang Betul
Gambar 2 blog saya yang daftar dengan Adnow

Contoh perletakan iklan Adnow 1

Untuk dapat income berbaloi dari Adnow, anda boleh letak banner iklan di bawah tajuk post. Seperti contoh dibawah;
Cara pasang iklan Adnow


Contoh perletakan iklan Adnow 2

Anda boleh jugak letak di sidebar blog anda. Seperti di bawah...




Contoh perletakan iklan Adnow 3

Pilihan ke 3, boleh juga pasang banner di bawah entri post anda. Itulah hot spot iklan yang sesuai dan berbaloi untuk jana income. Contohnya seperti di bawah.

Iklan Adnow Boleh Dapat Income Berbaloi Jika Tahu Cara Perletakan Yang Betul

Semenjak saya pasang iklan Adnow di blog, sudah 2 kali saya dapat bayaran. So, iklan Adnow bukanlah iklan spam ya!

Bayaran akan dibuat melalui PAYPAL. Selamat berjaya dan semoga anda juga suksess seperti saya. Nak daftar ADNOW?? Boleh klik DISINI >>>>>> DAFTAR ADNOW

2017/07/19

Siapakah Musuh Manusia Yang Paling Nyata?

Siapakah Musuh Manusia Yang Paling Nyata? Adakah hantu jembalang atau nafsu sendiri? Apakah perompak ataupun kejhatan dalam diri sendiri? Fikirkanlah.., saya pun sedang terfikir siapakah musuh manusia yang paling nyata? Ketakutan apakah yang buatkan kita tak boleh tidur malam dengan lena?

Jika anda ada ilmu, berkongsilah. Ilmu adalah harta yang boleh membawa kita kepada kebaikan yang nyata, jika kita berfikir dengan bijak. Agar dengan ilmu yang ada kita boleh mencari siapakah musuh manusia yang paling nyata.

Kata ustaz, "Janganlah merasakan diri kita orang yang paling menyumbang dalam agama tetapi rasalah betapa diri kita amat bertuah kerana Allah beri kesempatan berada dikalangan orang yang menyumbang untuk agama. Jangan sebab perbalahan kita dengan 'orang tu' atau 'orang ni' menutup pintu kebajikan yang sebelum ini kita buat dan kita istiqomah buat.  'Orang ada agama' perlu bertindak pandai. Usah kita pula yang bertindak umpama orang yang tiada agama."

Siapakah Musuh Manusia Yang Paling Nyata?

Siapakah Musuh Manusia Yang Paling Nyata?


1. MUSUH YANG NYATA

Firman Allah SWT :
ุฅِู†َّ ุงู„ุดَّูŠْุทَุงู†َ ู„ِู„ْุฅِู†ْุณَุงู†ِ ุนَุฏُูˆٌّ ู…ُุจِูŠู†ٌ
[Surat Yusuf 5]
‎Terjemahan:
"Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia."

Musuh manusia yang utama adalah syaitan. Berbagai macam cara didilakukan oleh syaitan untuk menjerumuskan manusia ke dalam kebathilan dan menghalangi manusia dari al haq (kebenaran). Dan syaitan selalu berjaya menjadikan manusia sebagai pengikutnya. Hanya orang-orang ikhlas dalam ibadahnya yang selamat dari godaan dan tipu daya syaitan. Hanya orang-orang beriman yang mampu menjadikan syaitan sebagai musuhnya. Semoga Allah menjadikan kita termasuk orang-orang beriman yang ikhlas dalam beribadah kepada Allah SWT.

2. ANCAMAN ALLAH TERHADAP MEREKA YANG GEMAR MELAKUKAN DOSA DENGAN NERAKA JAHANNAM.

Firman Allah SWT :

ูˆَุชَู…َّุชْ ูƒَู„ِู…َุฉُ ุฑَุจِّูƒَ ู„َุฃَู…ْู„َุฃَู†َّ ุฌَู‡َู†َّู…َ ู…ِู†َ ุงู„ْุฌِู†َّุฉِ ูˆَุงู„ู†َّุงุณِ ุฃَุฌْู…َุนِูŠู†َ
[Surat Hud 119]
‎Terjemahan :
"Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)."

3. ALLAH BESERTA ORANG ORANG YANG MEMELIHARA DIRI DARIPADA KEJAHATAN

Firman Allah SWT :
ูˆَุงุชَّู‚ُูˆุง ุงู„ู„َّู‡َ ูˆَุงุนْู„َู…ُูˆุง ุฃَู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ู…َุนَ ุงู„ْู…ُุชَّู‚ِูŠู†َ
[Surat Al-Baqarah 194]
‎Terjemahan :
"dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa."

4. BERSABARLAH DALAM MENGERJAKAN SETIAP SURUHAN ALLAH

Firman Allah SWT :
ูˆَุงุตْุจِุฑْ ูَุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ู„َุง ูŠُุถِูŠุนُ ุฃَุฌْุฑَ ุงู„ْู…ُุญْุณِู†ِูŠู†َ
[Surat Hud 115]
‎Terjemahan :
"Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan"

"Ketahuilah bahawa kematian itu tidak dapat dihidu kedatangannya walaupun berakhirnya kepekatan waktu malam."

Ya. Begitulah. Musuh yang nyata bagi manusia adalah SYAITAN. Syaitan ada di mana-mana. Kerana ia tidak nampak, maka antara baik dan buruk, antara ikhlas dan riak.. duduk antaranya syaitan yang direjam! Jika kita berada di persimpangan dilema, beristigfarlah. Allah akan membantu mu membuat piihan.

Insyaa Allah. Wallahua'lam.

2017/07/18

Resepi Sotong Goreng Tomyam

Resepi Sotong Goreng Tomyam. Dah lama saya tak share resepi berasaskan sotong rasanya.. sebab kami pun jarang masak sotong di rumah. Selain harganya mahal, sotong juga bukan makanan kegemaran ahli keluarga. Jadi, memang jarang lah masak nya ya.. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Resepi Sotong Goreng Tomyam
Gambar hiasan dari google

Resepi sotong kali ni adalah sotong goreng tomyam. Ingat tomyam, maka ingatlah juga resepi sotong yang nak dikongsi nanti ada guna daun limau purut dan serai. Haa.. tomyam kan ada serai.

Resepi Sotong Goreng Tomyam


Bahan-bahan:

Bahan A:

500 gram sotong
3 helai daun limau purut - dikoyak
3 biji cili merah - dihiris
3 tangkai serai - diketuk
1 labu bawang besar - dimayang
3 sudu makan jus limau nipis
Atau limau kasturi
5 tangkai daun ketumbar - dipotong pendek
2 biji tomato - dibelah empat
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B ditumbuk;

8 biji cili api
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara menyediakan Sotong Goreng Tomyam


Resepi Sotong Goreng Tomyam

1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk dan serai sehingga wangi

2. Masukkan sotong kemudian gaul rata. Gunakan api yang perlahan

3. Masukkan daun limau purut, cili merah dan bawang besar. Tutup api.

4. Masukkan tomato, jus limau, daun ketumbar dan garam. Kemudian kacau rata.

5. Siap untuk dibidangkan.


2017/07/16

Tunku Tun Aminah Puteri Tunggal Sultan Johor Langsungkan Perkahwinan 14 Ogos 2017

Tunku Tun Aminah Puteri Tunggal Sultan Johor Langsungkan Perkahwinan 14 Ogos 2017. Akhirnya terjawab sudah teka teki tarikh majlis perkahwinan puteri tunggal Sultan Johor iaitu Tunku Tun Aminah.

BERITA HARIAN ONLINE melaporkan Puteri tunggal Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim bakal melangsungkan perkahwinan dengan Dennis Muhammad Abdullah di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos ini.

Sedikit biodata Tunku Tun Aminah. Tunku Tun Aminah berusia 31 tahun (2017), yang juga Presiden Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) adalah puteri tunggal daripada enam beradik, manakala pasangannya Dennis Muhammad, 28, yang berasal dari Lisse, Amsterdam, Belanda memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru.

Manakala, pasangannya Dennis Varbaas atau nama islamnya Dennis Muhammad Abdullah, dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan dengan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak kedua dari tiga beradik.

Dennis, yang juga anak kepada pasangan Martin dan Henriette Varbaas, menerima pendidikan di Floretti College Hilego The Netherlands dan kemudian meneruskan pembelajaran di ROC Leiden, The Netherlands dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

Tunku Tun Aminah Puteri Tunggal Sultan Johor Langsungkan Perkahwinan 14 Ogos 2017

Dennis, yang juga gemarkan bola sepak, pernah bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store dan Cafe. Dia kemudiannya bekerja sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers di Singapura.

Tunku Tun Aminah Puteri Tunggal Sultan Johor Langsungkan Perkahwinan 14 Ogos 2017


Gambar Tunku Tun Aminah Puteri Sultan Johor

Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Abd Rahim Ramli, berkata istiadat meletak kerja akan diadakan pada 8 Ogos ini dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan menandakan permulaan Istiadat Perkahwinan Diraja.

Katanya, istiadat pertunangan akan diadakan jam 10 pagi pada 14 Ogos di Istana Bukit Serene, diikuti istiadat nikah manakala istiadat persandingan pada 8 malam di Bilik Singgahsana Istana Besar.

"Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah memberi perkenan untuk Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah melangsungkan perkahwinannya.

"Istiadat perkahwinan pasangan pengantin Diraja akan dilaksanakan dengan penuh istiadat Melayu dan budaya Istana Johor.

"Sultan Johor berkenan mewakilkan Mufti Johor, Datuk Muhammad Tahrir Shamsuddin sebagai wali," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim di sini, hari ini.

Abd Rahim berkata, majlis bersiram akan diadakan pada 15 Ogos di Bandstand Bukit Bintang, Taman Botani Diraja Istana Besar dan pasangan pengantin Diraja akan menziarah Makam Diraja Mahmoodiah pada 16 Ogos. Majlis perkahwinan pasangan ini akan diadakan secara tertutup.

Selamat berbahagia kepada kaum kerabat diRaja Johor. Allah Selamatkan Sultan.

Nak turun 32 Kg Dalam 3 Bulan Dengan Makan Epal Hijau?

Nak turun 32 Kg Dalam 3 Bulan Dengan Makan Epal Hijau? Banyak saya share tentang cara mengawal pemakanan untuk turunkan berat badan. Kerana, ramai pakar pemakanan dan pakar senaman yang kata bahawa pemakanan yang mempengaruhi turun naik berat badan seseorang. Senaman pula hanya menyumbang 30% daripada itu. Nampak tak mengapa saya kerap kongsikan tips diet sihat dalam blog saya?

Selain daripada untuk rujukan pembaca blog, ia juga sebagai rujukan kepada saya pada bila bila masa saya memerlukan panduan tips sihat.

Dalam diam saya menyimpan hasrat dan impian untuk kembali langsing seperti dulu. Doakan saya ya... ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Nak turun 32 Kg Dalam 3 Bulan Dengan Makan Epal Hijau?


Nak turun 32 Kg Dalam 3 Bulan Dengan Makan Epal Hijau?

Daripada satu FB, saya terbaca cara Abam Zul, boleh turun sampai 32 kg dalam 3 bulan, saiz seluar dari 42 inci kini 30 inci. Disini saya kongsikan panduan beliau buat kalian yang nak berusaha menurunkan berat badan.. untuk yang sanggup je ya!!

Sarapan pagi:

-1 gelas teh hijau+Kopi (tanpa gula)
- 2 biji telur rebus/separuh masak/goreng
- 1 biji epal hijau

Tengahari:

- 1 gelas air kosong
- Sup Bayam/Sawi/Dada ayam
- 1 biji epal hijau

Malam:

- 1 biji epal hijau
- Telur omelette
- air tembikai/ epal (tanpa gula)

Kalau tiba-tiba rasa lapar, ambil epal hijau atau timun๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Pastikan anda minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari.

Semoga berjaya sahabat2 semua๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Nota:

*workout atau senaman hanya membantu 30% sahaja dalam penurunan berat badan, tetapi 70% peratus lagi bergantung kepada pemakanan anda..

Selamat berjaya ya!!

2017/07/15

Sila Ambil KADS1M Debit-i Di Bank Rakyat Sebelum 30 September 2017

Sila Ambil KADS1M Debit-i Di Bank Rakyat Sebelum 30 September 2017. Perhatian kepada warga pelajar seluruh Malaysia.

Perhatian buat para pelajar yang layak menerima KADS1M Debit-i. Berikut adalah notis penting tentang pengambilan KADS1M Debit-i dan harus dilakukan sebelum 30 September 2017. Tertakluk pada pindaan dari semasa ke semasa.

Bank Rakyat KADS1M

Sila Ambil KADS1M Debit-i Di Bank Rakyat Sebelum 30 September 2017


Sila baca notis yang disiarkan di fb Bank Rakyat. Kad KADS1M boleh diambil sebelum 30 September ini. Jika tidak diambil mungkin pihak Bank Rakyat akan melupuskan kad-kad tersebut, agaknya. Sila ambil kad anda sebelum terlambat!
Sila Ambil KADS1M Debit-i Di Bank Rakyat Sebelum 30 September 2017
Notis dari Bank Rakyat
Ok.

Status permohonan KADS1M anda boleh disemak di https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/

KADS1M anda boleh dituntut di cawangan Bank Rakyat yang anda pilih semasa membuat permohonan. Ada tertera dalam email yang anda terima.

Berita baik!!

WAKTU OPERASI pengambilan KADS1M Debit-i dilanjutkan hingga 8.30 malam di seluruh cawangan Bank Rakyat,

Isnin - Jumaat : semua negeri KECUALI Kelantan dan Terengganu - hingga 8.30 malam

Ahad - Khamis : Kelantan dan Terengganu - hingga 8.30 malam

Sila sebarkan.

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Hasiib

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al-Hasiib. Al- Hasiib maksudnya Dialah DZat yang mencukupi dan memperhitungkan segala hal yang telah diciptakannya dengan amat teliti.

Allah Maha Teliti dalam setiap hisabnya kepada segala yang diciptakan.

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Hasiib
Al Hasiibu asmaul husna

Sesungguhnya Dia-lah Allah, Tuhan yang memiliki kebesaran dan kekuatan dalam menyempurnakan permohonan hambanya. Jadi, berdoa lah dengan bersungguh-sungguh agar Allah berasa belas dan kasihan akan kita, akan ketidakupayaan kita..

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | Al-Hasiib 


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Yaa Hasiibu = 777 kali


Ertinya : Dialah Dzat yang mencukupi dan memperhitungkan segala hal yang diciptakan dengan amat teliti. Maha Membuat Perhitungan / Yang Menghisab atau Menghitung / Maha Mengira – Ia mengetahui apa sahaja sebenarnya berkenaan urusan seseorang sepanjang hayat, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh hamba-hambaNya pada hari Qiamat.

a) Banyakkan membaca "Yaa Hasiibu" sebanyak 777 kali agar dapat mengukuhkan jawatan kita dalam pekerjaan.

Caranya, baca sebanyak 777 kali sebelum matahari terbit dan setiap petang selepas solat Maghrib. Insyaa Allah, Tuhan akan mengujuhkan kedudukan kita dalam jabatan tanpa gangguan sesiapa.

b) Untuk mengekal dan memajukan perniagaan, amalkan zikir ‘Ya Hasiib’ sebanyak-banyaknya selepas solat Dhuha, InsyaAllah akan memperteguhkan perniagaan yang diusahakan tanpa masalah besar.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:



4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com 

Tiru Diet Sihat Macam Berpantang Wanita Ini Turun 20 Kg Dalam Masa 7 Bulan

Tiru Diet Sihat Wanita Ini Turun 20 Kg Dalam Masa 7 Bulan. Jom ikut cara Aimi Syairah Nawi turunkan berat badan dengan santai dan dapat turun 20 kg dalam tempoh 7 bulan. Awesome, kan? Saya konon nak diet Atkins pun tak khatam lagi. Turun 5 kg kemudian berehat. Tiru crash diet pun sama.. hangat-hangat tahi ayam.

Bila saya baca tips diet Puan Aimi, ternyata kebanyakan menu yang dikongsikan sama macam menu pantang saya. Anda boleh semak di FB beliau. Dahulu beliau memang pernah jugak diet dengan macam-macam cara tapi sejak amalkan diet macam orang berpantang, beratnya turun dengan konsisten.
Tiru Diet Sihat Macam Berpantang Wanita Ini Turun 20 Kg Dalam Masa 7 Bulan
Gambar hiasan

Jom baca pengalaman beliau di bawah. Dalam FB nya beliau menasihatkan mereka yang bercadang nak berdiet kena lah displin tinggi dan diet sebagai cara hidup bukan kerana nak kurus.


Tiru Diet Sihat Macam Berpantang Wanita Ini Turun 20 Kg Dalam Masa 7 Bulan


Turun 20 kg dalam 7 bulan. Diet cara saya..

Bermula dengan berat 74 kg dan sekarang berat 54 kg, ini cara saya diet.

Tiru Diet Sihat Macam Berpantang Wanita Ini Turun 20 Kg Dalam Masa 7 Bulan
Gambar Aimi Syairah menunjukkan beza
selepas mengamalkan tips diet
macam berpantang

1. Tinggalkan air manis termasuk milo. Milo ni tinggi hidden sugar. Lepas tu bancuh letak lagi susu. Sebulan diet dalam pantang berat turun ciput je.

Baru tahu milo punca susah turun berat walaupun jaga makan. Sejak stop milo dan minuman manis lain, berat mula turun.

2. Kurangkan makanan berminyak. Saya hadkan hanya sekali seminggu untuk lauk goreng @ deep fry. Selebihnya lauk bakar, rebus, stim, grill atau stir fry sahaja.

3. Kurangkan garam dan gula dalam masakan. Paling senang nak train adalah dengan ikut menu ibu berpantang atau masak tanpa garam gula. Buat selama 3-4 minggu sampai lidah adjust.

4. Hadkan makanan bersantan 1- 2 kali seminggu.

5. Makan 5 - 6 kali sehari pada masa makan yang sesuai. Sarapan antara 7 - 9 pagi, snack pagi dalam 10-11pg, lunch 12-2 ptg, snack petang 3-4 ptg, dinner 6-9 malam dan supper sebelum tidur.

6. Tidak makan di luar waktu makan. Maknanya selagi tak masuk waktu makan saya senaraikan di atas, saya tak akan makan. Kalau terasa lapar saya minum air kosong sebab kadang-kadang lapar tu tanda badan kekurangan air je.

7. Tinggalkan habit makan kuih-muih sebagai sarapan. Dulu konon tak suka sarapan heavy. So saya selalu makan kuih muih je untuk sarapan.
Tapi kuih muih ni sebenarnya sangat tinggi kalori tapi tak mengenyangkan dan buat kita cepat lapar balik.

Bayangkan 5 biji kuih boleh cecah 700kcal sedangkan sarapan sepatutnya lebih kurang 300kcal je. Lepas tu lapar balik. Makan lagi kan๐Ÿ˜…

8. Meal utama iaitu sarapan, lunch dan dinner saya mesti ambil hidangan lengkap ada Karbohidrat, Protein, Lemak dan Fiber. Jadi setiap kali makan saya akan check adakah meal saya ada semua komponen tu.

9. Makan ikut keperluan kalori. Shortcut kalau tak reti kira kalori adalah follow rule #pinggansihat #sukusukuseparuh

Suku Karbohidrat, suku Protein, separuh SayurBuah.

10. Makan tanpa kuah banjir. Saya dulu makan kuah macam banjir dekat Pantai Timur. Sejak diet kuah limit kepada 2 sudu makan sahaja.

11. Minum air kosong 2-3 Liter sehari. Salah satu cara untuk hilangkan gemuk air adalah dengan minum air kosong secukupnya. Tanda minum cukup bila urin warna jernih.

12. Bawa bekal. Di awal-awal diet saya tahu belum cukup kuat nak control nafsu makan especially bila bawa anak keluar jalan-jalan time weekend.
Apa saya buat adalah bawak bekal saya sendiri. Selalunya bekal lunch dan snacking. So ini tolong elakkan saya dari cheat tanpa sedar☺️

13. Reward diri dengan cheat meal. Nak kata buat cheat day tu dah hari-hari diet saya macam cheat day je pun kan. Reward diri adalah salah satu cara saya beri semangat pada diri sendiri.
So everytime saya achieve target berat, saya reward diri dengan 1 cheat meal. And selalunya cheat meal tu pastri lah because i just love pastries ๐Ÿ˜

Itu cara saya diet. Menu-menu diet saya pun orang tengok akan rasa macam tak diet. Macam-macam saya makan.

Pada saya ramai orang fail diet bila dia tak boleh commit dengan diet yang dia buat. Sebabnya dia tak enjoy dengan diet dia.

So diet cara saya mesti kena have fun dengan diet kita. Jadikan ia lifestyle dan bukan diet nak kurus semata-mata.

#dietdapursihat #notadietdapursihat #kurustanpasupplement #healthyeating

Sumber dari Facebook Aimi Syairah Nawi dan disiarkan semula oleh rasadantips.com

2017/07/13

Resepi Nasi Tomato Sedap Untuk Keluarga

Resepi Nasi Tomato Sedap Untuk Keluarga. Dalam banyak-banyak resepi dalam koleksi aynorablogs, saya belum pernah kongsikan resepi nasi tomato? Betul tak? So.. untuk pembaca blog ini saya akan kongsikan resepi nasi tomato untuk panduan memasak bersama untuk keluarga tersayang. Anda boleh juga tengok koleksi resepi saya dalam KOLEKSI RESEPI. Ada banyak resepi yang boleh dicuba dan insyaa Allah.. semuanya telah saya cuba sekali sekala. Kalau nak hadap selalu resepi yang pelbagai setiap hari, mahu pengsan dibuatnya. Saya lebih suka masak simple pada hari biasa dan masak istimewa pada hujung minggu.
Resepi Nasi Tomato Sedap Untuk Keluarga
Gambar hiasan
Oh ya! Nasi tomato biasanya sedap dimakan dengan ayam masak merah. So, dibawah nanti ada resepi ayam masak merah sekali. Baru lah ngam!!๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š Resepi nasi tomato sedap ini saya kongsikan dan ubah suai sikit ikut citarasa kami, tetapi tetap salute dengan cara Azlita Masam Manis yang sedap nasi tomatonya. Cubalah!!


Resepi Nasi Tomato Sedap Untuk Keluarga


Resepi Nasi Tomato Sedap Untuk Keluarga
Gambar Nasi tomato sumber Azlita Masam Manis
Bahan-bahan untuk Nasi Tomato:

5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

Bahan tumis;

3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara menyediakan Nasi Tomato Sedap


1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..

2. Masukkan susu cair, tomato, sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.

3. Masukkan beras & daun pandan/ daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.

4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..

5. Boleh dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca

Bahan-bahan untuk Ayam Masak Merah


Ayam Masak merah sumber azlita masam manis
Bahan A

1 ekor ayam
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
2 sudu makan sos cili
Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
1 kiub ayam

Bahan B

15 tangkai cilikering Kisar
2 inc halia ~ kisar
1 /2 inc lengkuas
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ titik
4 biji tomato ~ potong baji

Bahan C ( rempah tumis 4 sekawan)


Kulit kayu manis
Biji pelaga
bunga lawang
cengkih

Cara masak Ayam Masak Merah


1. Ayam potong kecil, cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. angkat dan ketepikan

2. Panaskan minyak dalam kuali
3. Tumiskan rempah tumis hingga harum, kemudian tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan harum

4. Masukkan ayam, sos cili , bawang besar, kiub ayam, garam dan gula secukup rasa
5. Gaulkan sehingga sebati

6. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai. 

Selamat mencuba. Buat step by step apa yang di ajar seperti dalam resepi di atas. Pasti jadi.  Insyaa Allah. Sebenarnya saya ada cerita tentang nasi tomato.. sejarah yang dah lama.. buat nasi tomato tak jadi. haha.. sebab tu saya kata kalau kita ikut betul-betul, boleh jadi punya nasi tomato anda.

Siap sudah hidangan dan resepi Nasi Tomato yang sedap buat keluarga tercinta. Nasi tomato pun sedap dimakan dengan dalca dan atau makan begitu saja kerana perencahnya dah cukup dalam bahan-bahannya tadi.

2017/07/11

Siapakah Golongan Wanita Yang Diceraikan Tetapi Tidak Perlu Lalui Tempoh 'Iddah?

Siapakah Golongan Wanita Yang Diceraikan Tetapi Tidak Perlu Lalui Tempoh 'iddah? Mesti ramai yang musykil macam saya bila timbul persoalan seperti tajuk post di atas. Saya pun tidak arif tentang ilmu kahwin cerai ni.

'Iddah bermaksud tempoh tertentu yang ditetapkan ke atas seorang wanita selepas diceraikan atau selepas kematian suami.
Untuk menghilangkan kemusykilan anda dan saya sendiri, jom baca penjelasan di bawah yang saya kumpulkan daripada beberapa sumber. Kalau nak lebih info, anda boleh tanya ustaz dan ustazah yang bertauliah disekitar anda.

Siapakah Golongan Wanita Yang Diceraikan Tetapi Tidak Perlu Lalui Tempoh 'Iddah?
Gambar hiasan

Siapakah Golongan Wanita Yang Diceraikan Tetapi Tidak Perlu Lalui Tempoh Iddah?


Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Setelah baca kisah seorang wanita di Facebook menyebabkan saya terfikir untuk berkongsi ilmu ini. Khas untuk wanita. Anda tidak perlu bersusah payah meredah lautan api untuk mencari ilmu kerana kini sudah banyak pusat penerangan dan madrasah yang sudi menyebarkan ilmu agama secara atas talian. Dan, percuma pulak tu...

Jom baca penjelasan daripada ustazah dan website islam.gov.my berkaitan wanita yang tidak perlu lalui tempoh eddah selepas diceraikan.

Golongan wanita yang tidak pernah disetubuhi selepas berkahwin tidak ada tempoh eddah baginya. Setelah wanita tersebut setuju diceraikan oleh suaminya, dia boleh kemana-mana dia suka, boleh berkahwin lain dan tidak perlu berkabung.

Faham ya?

Saya pun terkejut baca dalam facebook bila ada seorang wanita membuat luahan tentang dirinya yang telah diceraikan tetapi tiada tempoh eddah.

Lain-lain panduan tentang tempoh eddah yang dikenakan terhadap wanita yang diceraikan.. anda boleh rujuk terus ke website www.islam.gov.my.

Semoga bermanfaat.

2017/07/10

Biodata Laudya Cynthia Bella Teraju Utama Syurga Yang Tak Dirindukan

Siapakah Laudya Cynthia Bella Teraju Utama Syurga Yang Tak Dirindukan? Beliau seorang wanita genit yang tegas. Begitulah persepsi pertama saya ketika melihat lakonannya dalam sebuah filem berjodol Syurga Yang Tak Dirindukan. Ia sebuah filem diterbitkan tahun 2015 dan pada tahun ini meletup di Malaysia kerana sambungan filem tersebut di tayangkan di Malaysia. Dapat saya tonton filem tersebut di Astro yang jadi pemegang copyright di Malaysia.

Syurga Yang Tak Dirindukan sedih kisahnya. Dengan lagu OsT yang mendayu..๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข asyik berderai airmata bila menonton filem itu.

Baca sinopsis SYURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2 

Biodata Laudya Cinta Bella Teraju Utama Syurga Yang Tak Dirindukan
Gambar sumber Google

Biodata Laudya Cynthia Bella Teraju Utama Syurga Yang Tak Dirindukan


Nama sebenarnya adalah Laudya Cynthia Bella. Lahir di Bandung, 24 Februari 1988; umur 29 tahun (2017), adalah aktris dan penyanyi berdarah Jawa berkebangsaan Indonesia. Bella berzodiak Pisces. Bella merupakan anak bungsu dari 4 adik beradik.

Tarikh Lahir: Februari 24, 1988 (umur 29), Bandung, Indonesia
Tinggi: 5′ 3″
Pencalonan: Citra Award for Best Leading Actress, dan banyak lagi
Anugerah: Indonesian Movie Actors Award for Favorite Actress
Rancangan TV: Kesetiaan Cinta
Biodata Laudya Cynthia Bella Teraju Utama Syurga Yang Tak Dirindukan
Akaun twitter Laudya Cynthia Bella
Laudya memulakan kerjaya sebagai model dan bintang iklan, sebelum akhirnya berkecimpung di dunia lakonan. Bella pernah terpilih sebagai finalis majalah Kawanku pada tahun 2002, namun namanya mulai popular ketika berlakon sebagai Biyan di filem Virgin. Melalui filem Virgin ini pulalah, Bella yang belajar lakonan dari Eka D. Sitorus, pengasuh Sakti Acting School Jakarta. Ia terpilih sebagai salah satu pencalonan watak utama wanita terbaik Festival Film Indonesia 2005. Bella juga dinobatkan sebagai Aktris Terpuji pada Festival Film Bandung 2005. Bella pernah membintangi filem antara lain Virgin, Berbagi Suami, Lentera Merah, Bukan Bintang Biasa, Love, Di Bawah Lindungan Ka'bah, Belenggu, Haji Backpacker, dan Assalamualaikum Beijing. Drama bersiri berjudul Juragan Jengkol berhasil membawanya sebagai aktris paling popular versi SCTV Awards 2006.
Biodata Laudya Cynthia Bella Teraju Utama Syurga Yang Tak Dirindukan
Antara filem yang mempopularkan nama
Laudya Cynthia Bella
Saya meminati Laudya Cynthia Bella sebagaimana sebelumnya saya juga minat dengan pelakon Oki Setiana Dewi. Kedua-dua pelakon ini asalnya tidak berhijab namun, berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik. Sepanjang saya mencari dari Google.., kedua-dua tokoh ini begitu menjaga adab dan pergaulan mereka. 

Setakat artikel ini ditulis, Laudya Cynthia Bella masih single, dan ada beberapa nama yang pernah dikaitkan dengannya. Namun sang empunya nama masih berdiam diri ketika ditanya soal jodohnya.