Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/08/31

Tombiruo Filem Adaptasi Novel Ramlee Awang Murshid Lakonan Zul Ariffin

Tombiruo Filem Adaptasi Novel Ramlee Awang Murshid Lakonan Zul Ariffin. Tombiruo adalah novel misteri yang popular dan buku bestseller sejak diterbitkan beberapa tahun lalu. Siapa tak kenal dengan penulisnya iaitu saudara Ramlee. Beliau terkenal sebagai penulis yang menulis novel genre mistik atau seram. Kalau tengok kulit novel-novelnya semua penuh mistik..

SEJAK pengumuman adaptasi filem daripada karya novelis terkenal, Ramli Awang Murshid iaitu Tombiruo: Penunggu Rimba dibuat, ramai yang mula berteka-teki siapakah yang bakal diangkat sebagai teraju utama yang membawakan watak Ejim atau Tombiruo.

Dan kini, teka-teki tersebut terungkai apabila Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan selaku penerbit, mengumumkan barisan pelakon berserta pengarahnya.

Antara pelakon yang terlibat di dalam filem itu adalah Zul Ariffin, Farid Kamil dan Nabila Huda.

Tombiruo sebuah karya arahan bersama Nasir Jani dan Seth Larney turut membariskan pelakon hebat seperti Datuk M Nasir, Faizal Hussien, Dynaz Mokhtar, Faye Khusyairi dan ramai lagi.

Sinopsis Tombiruo Karya Ramlee Awang Murshid


Tombiruo Filem Adaptasi Novel Ramlee Awang Murshid Lakonan Zul Ariffin

Zul diamanahkan membawa watak Ejim atau Tombiruo, iaitu penunggu rimba yang menjadi legenda di hutan Keningau. Dia bukanlah hantu tetapi wira tidak berwajah manusia yang berselindung di sebalik topeng bagi menyembunyikan kemelut dan kesepiannya.

Insiden hutan - rumah tempat tinggalnya di ceroboh untuk dibangunkan projek empangan sehingga mengorbankan bapanya Pondoluo menyemarakkan dendam dalam hati pemuda itu yang nekad memburu mereka yang bertanggungjawab.


Sinopsis Dari Novel:


Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.

Ulasan dari pembaca:

Ejim yang telah dibesarkan seorang pelarian perang memang mendapat tunjuk ajar yang baik. Rupa Ejim yang berlainan menyebabkan dia tetap kekal di dalam hutan dan menjadi menjaga sebahagian hutan yang dimiliki oleh Datuk Karim. Malapetaka yang telah menimpa Datuk Karim dan anaknya telah mengundang satu misteri kepada Amiruddin, menantu Datuk Karim dan keluarga.  

Kemunculan Wan Suraya yang cuba merungkaikan misteri dan rahsia pembunuhan di Kuala Lumpur mengundangnya terbang Keningau, Sabah. Apa yang disiasat oleh Wan Suraya memang ada kaitannya dengan apa yang berlaku kepada keluarga Datuk Karim. Amiruddin juga mempunyai hubungan yang kuat dengan Ejim yang membawa kepada terungkainya misteri dan rahsia yang terpendam sekian lama.

Yang pastinya penukaran nama di dalam wasiatlah yang menjadi penyebab kepada semua yang berlaku.

Demi menjayakan karakter Ejim atau nama lainnya Tombiruo, Zul Ariffin sanggup mengubah rutin pemakanan dan penjagaan badan demi mendapatkan tubuh yang ideal.

“Sebelum memulakan penggambaran, berat badan saya 92 kilogram (kg). Kemudian pihak produksi ada minta saya turunkan sedikit badan kerana kalau ikut logik pun, mana ada lelaki yang duduk dalam hutan ada badan yang begitu kekar.

Tambah Zul, antara cabaran lain yang perlu dihadapinya adalah penghayatan karakter dan penyampaian emosi dari gerak badan dan mata.

“Saya tidak banyak dialog dan banyak menggunakan bahasa badan termasuk gerakan mata untuk berkomunikasi kerana watak itu sering memakai topeng.

Sumber: 

1) Sinar Harian
2) Norhazlina - sinopsis buku

Doa Hari Arafah Untuk Diri Sendiri, Keluarga Dan Seluruh Umat Islam

Doa Hari Arafah Untuk Diri, Keluarga Dan Seluruh Umat Islam. Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah? Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, semoga bermanfaat.

Hari Arafah bagi tahun 2017 j
atuh pada 31/08/2017 mulai jam 12.21 tengah hari (Khutbah Arafah). Insyaa Allah, dengan izin Allah jua..

Untuk doa yang paling mustajab bagi kita yang berada di Malaysia adalah dalam waktu solat Asar jam 5.21 petang hingga jam 6.21 petang. Rebutlah 1 jam yang penuh istimewa ini untuk kita angkat doa ke langit Allah. waktu ini untuk berdoa kerana ini adalah waktu yang amat mustajab. Selamat Beribadat!

Doa Hari Arafah Untuk Diri Sendiri, Keluarga Dan Seluruh Umat Islam

Doa Hari Arafah Untuk Diri Sendiri, Keluarga Dan Seluruh Umat Islam 


Senarai doa di bawah ini adalah sekadar cadangan dan anda boleh memohon doa-doa yang baik-baik mengikut keperluan anda. ALLAH MEMBERI APA YANG KITA PERLU..

DOA ARAFAH - 31/8/17 Rebutlah satu jam ini

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

Doa Hari Arafah Untuk Diri Sendiri, Keluarga Dan Seluruh Umat Islam
Gambar Hari Arafah - hiasan 
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Sumber: FB Pesan Bonda

Berdoalah sebanyaknya, memintalah semahumu. Allah mendengar segala doa, yang dinyatakan atau terdetik dihati. Yakin dengan kuasa dan anugerah yang Allah akan kurniakan atas keyakinan kita itu. Doa Hari Arafah untuk diri sendiri, keluarga dan seluruh umat islam ini diharap memberikan manfaat yang luas dan asbab kita menjadi lebih baik dan berjaya di dunia dan akhirat.

2017/08/29

Kenapa Hidup Kita Tidak Tenang?

Kenapa Hidup Kita Tidak Tenang? Orang kata "Tenang is good" tetapi benarkah kita antara golongan yang tenang-tenang saja.., tenang dalam persekitaran yang bergelora. Bolehkah tenang jadi bahan lakonan demi mengaburi mata musuh di sekeliling? Tenang dan damai jadi harapan dan impian setiap manusia yang berakal. Siapa yang nak hidupnya kucar kacir dan tunggang langgang? Memang sengaja cari pasal..

Ketenangan datang dari hati yang bersih dan percaya kepada ketentuan Allah. Yakin dengan jalan hidup yang Allah dah susun. Kemudian, berusaha untuk mengubah nasib diri agar jadi lebih baik dan terbaik dalam segala kerja yang kita lakukan.

Jangan selalu mengingat penyesalan di masa lalu. Oleh kerana itu hiduplah sebaik-baiknya. Hidup itu mudah teman:

Buatlah SEBUAH KEPUTUSAN.. dan JANGAN PERNAH menyesalinya.

Ambillah hikmah positif di setiap peristiwa yang sedang kamu jalani, jika kamu tidak menemukan hikmah positif itu, ubahlah sudut pandangmu terhadap kehidupan ini sampai kamu menemukannya. Hiduplah setenangnya.

Kenapa Hidup Kita Tidak Tenang?


Mari kita kupas secara logik, mengapakah hidup kita tidak tenang?

1. Tidak bersyukur


Cara bersyukur yang betul adalah kita selalu mengucapkan syukur apabila mendapat kejayaan dalam sesuatu perbuatan. Walau kejayaan kita sebesar zarah, ucapkanlah syukur. Orang yang tidak tahu bersyukur selalu merasa tidak cukup lalu mencari jalan singkat untuk memuaskan kehendaknya sendiri. Contohnya, gejala rasuah dalam pekerjaan adalah tanda orang yang tidak bersyukur dengan rezeki halal yang diperolehi.

2. Selalu berprasangka


Sebagaimana kita ketahui, bahwa berburuk sangka kepada orang lain adalah akhlak yang tercela dan dilarang dalam agama. Allah berfirman:

اِجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

“Jauhilah kalian dari kebanyakan persangkaan, sesungguhnya sebagian prasangka adalah dosa” (QS. Al-Hujuraat: 12).

Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam juga bersabda:

إياكم والظنَّ، فإنَّ الظنَّ أكذب الحديث
“Jauhilah prasangka, kerana prasangka itu adalah perkataan yang paling dusta” (HR. Bukhari-Muslim).

Inilah hukum asal prasangka buruk terhadap sesama Muslim, iaitu terlarang. Kerana kehormatan seorang Muslim pada asalnya terjaga dan mulia. 

Kenapa Hidup Kita Tidak Tenang?

Prasangka adalah hasutan syaitan. Kita bersangka yang bukan-bukan terhadap pasangan, rakan, sahabat hinggakan terputus tali silaturrahim akibat prasangka kita itu. Banyak prasangka tanpa bukti dan fakta, adalah dilarang. Sebab itu ia membuatkan hidup tak tenang.


3. Bersikap tamak


Hati tidak tenang kerana sikap tamak kita yang tidak pernah cukup dengan apa yang dimiliki. Kerana ketamakan, kita boleh jadi pencuri. Kerana ketamakan kita boleh saja jadi pendendam dan cemburu. Berapa banyak kisah pembunuhan yang berlaku akibat tamak dengan harta peninggalan. Pergaduhan sesama adik beradik kerana berebutkan harta pusaka lalu bermusuhan selama bertahun-tahun. Anda sangka dengan permusuhan itu hidup anda boleh aman? Tidak boleh, bukan?

4. Selalu melakukan dosa


Setitik dosa yang dilakukan akan menghitamkan hati. Setiap hari melakukan dosa tanpa rasa menyesal membuatkan hati tak tenang. Jiika anda melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan, pada akhirnya anda berasa tidak tenteram. Semak balik, apakah kerja yang anda lakukan itu halal dan diredhai atau sebaliknya? Setelah buat sesuatu, check iman anda! Orait.. hati yang beriman akan memandu anda kearah kebaikan..  

5. Sombong dan ego


Kenapa hidup tak tenang? Tanyakan ke dalam diri sendiri. Di manakah bumi yang dipijak? Di manakah langit dijunjung? Anda kaya tetapi sombong dan ego. Anda memiliki kelebihan tetapi memandang hina kepada mereka yang berada di bawah. Renung dalam diri, adakah anda bahagia dan tenang dengan sikap sombong itu? Kemana sikap ego itu membawa anda? Ke jalan yang lebih baik atau sebaliknya?

6. Tidak bersolat


Sebagai mukmin sejati, kita mestilah percaya kepada rukun islam. Salah satu rukun islam adalah mendirikan solat. Sebenarnya solat adalah initi kepada ketenangan hidup yang anda cari-cari selama ini. Inilah jawapannya kenapa hidup anda tak tenang. Kerana.. tidak bersolat. Renungkan sedalam-dalamnya.

Solatlah di awal waktu, lima kali sehari (solat wajib). Selalu berdoa selepas solat agar anda dapat melepaskan segala keluh kesah kepada Allah. Lepaskan semuanya kepada DIA. Insyaa Allah hidup anda akan tenang.

Akhir kata, senarai sebab musabab hidup tak tenang adalah sebahagiannya saja. Ada banyak sebab kenapa hidup tak tenang. Mudahnya dan indahnya islam, hanya fikir yang baik-baik, berbuat kebaikan sebanyak mungkin dan ingat Allah setiap masa.    

Warna Warna Terbaru Tudung Sicomel Yang Amat Cantik

Warna Warna Terbaru Tudung Sicomel Yang Amat Cantik. Nak anak kecil anda nampak comel sambil menutup aurat? Nak koleksi tudung si comel yang mudah dipakai dan nampak kemas? Jika anda belum tahu, meh saya bagitahu. Tudung sicomel adalah pembekal tudung kanak-kanak online nombor 1 di negara kita.

Ada banyak pilihan, tudung yang cantik, kemas, kain yang selesa dan banyak lagi kelebihan tudung sicomel yang memang amat sesuai untuk anak-anak perempuan anda.

Warna Warna Terbaru Tudung Sicomel Yang Amat Cantik

Dari Facebook Tudung Sicomel...
Kita ada hampir 400 koleksi Tudung, Jubah dan Telekung kanak-kanak. Untuk melihat KOLEKSI TERBARU kita, jemput puan untuk klik pada link Katalog MESRA SMARTPHONE - LOADING LAJU di bawah...

TudungSiComel.com berhasrat untuk memudahkan ibu-ibu bagi mendapatkan tudung kanak-kanak berkualiti yang memenuhi ciri-ciri MUDAH, LEMBUT & SELESA

Warna Warna Terbaru Tudung Sicomel Yang Amat Cantik


Di bawah ini saya kongsikan gambar-gambar tudung pelbagai corak, warna dan saiz untuk keperluan anak-anak kita.

Tudung kanak-kanak
Kat atas tu banner Tudung Sicomel yang anda boleh guna untuk tengok tudung-tudung aneka corak dan warna.

Warna Warna Terbaru Tudung Sicomel Yang Amat Cantik

Warna Warna Terbaru Tudung Sicomel Yang Amat Cantik


Warna Warna Terbaru Tudung Sicomel Yang Amat Cantik

Kalau nak semua tudung-tudung sicomel yamg di atas, boleh klik pada pautan banner di bawah. Mudahnya shopping online untuk anak-anak kita. Tak perlu lagi nak bersesak-sesak dalam jammed, boleh pilih dengan santai. Anak-anak pun boleh ikut pilih tudung sicomel kesukaan mereka. Jom klik banner di bawah ini...

Tudung My Love 

Cepat! Cepat! Jangan terlambat.. 

2017/08/27

7 Hikmah Disebalik Ujian Yang Allah Turunkan

7 Hikmah Disebalik Ujian Yang Allah Turunkan. Diuji kanan dan kiri, tetap tabah dan sabar. Dalam tenang airmata berlinang namun teguh menguatkan iman. Pujuk hati untuk bersabar tika diuji. Walau tak mampu tetap berusaha. Sehari dua, kita pasti tertanya-tanya. Mengapa aku yang harus menanggung semua ini. Apakah salah dan dosaku?

Kemudian...

Seminggu, sebulan berlalu.. kamu semakin kuat. Kerana apa? Kerana kamu tahu dan yakin bahawa yang memberikan semua itu, perancang terhebat yang menentukan takdirmu adalah DIA. Tuhan yang satu. Segala kebaikan datang darinya. Yang buruk datang dari kelemahan kita sendiri. Jadi, berserahlah kepadaNya. Mengakulah segala khilaf kita kepadaNya. Memohon ampunan atas segala dosa silam kita.

Bila Allah memberi ampunan... anda akan rasa. Hikmah dan barakahnya menular ke deria rasa. Ketenangan yang hakiki dapat dikecapi. Hati semakin redha. Masa telah mengajarkan, melupakan sakit hati dan dendam. Kembali kepada Allah bila ditimpa ujian agar kita dapat merasakan hikmah yang tersembunyi di sebalik semua itu.


7 Hikmah Disebalik Ujian Yang Allah Turunkan


7 Hikmah Disebalik Ujian Yang Allah Turunkan


Tahukah anda apakah hikmah yang diperolehi jika kita diturunkan ujian oleh Allah SWT? Mari kita renung-renungkan antara 7 hikmah apabila menerima ujian dan musibah.

1. Allah tingkatkan darjat dan keimanan kita

2. Allah tarik sedikit nikmat untuk diberikan nikmat yang lebih besar

3. Allah berikan satu musibah bagi mengalih musibah yang lebih besar

4. Allah hapuskan dosa-dosa kita

5. Allah sedarkan kita dan mahu mendengar rintihan kita yang semakin mendekatinya

6. Allah mahu berikan iktibar kepada orang lain

7. Tanda Allah sayangkan kita

Memang benar. Tanda Allah sayang kita Dia akan sentiasa berikan "hadiah" buat kita. Hadiah ada pelbagai bentuk, ada yang buat kita menangis dan ada pula yang membuatkan kita gembira. Renungkan semula 7 hikamh di atas bila Allah datangkan ujian. Samada yang sedih atau gembira, semuanya Allah akan gantikan. Yang lebih baik dan terbaik untuk hambaNya yang disayangi.

Coretan dan perkongsian 7 hikmah disebalik ujian yang Allah turunkan adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri agar berusaha untuk merenungi segala hikmah di sebalik ujian dan musibah.

Salam bahagia...

2017/08/24

Buah-Buahan Yang Tidak Boleh Diambil Oleh Wanita Dalam Pantang

Buah-Buahan Yang Tidak Boleh Diambil Oleh Wanita Dalam Pantang. Wanita dalam pantang selepas bersalin tidak digalakkan mengambil makanan sebarangan. Ada makanan yang boleh diambil dan ada sesetengah makanan yang tidak dibenarkan. Ia adalah bertujuan menjaga kesihatan ibu tersebut.

Ada yang bertanya mengapa buah-buahan tersebut tidak boleh diambil semasa dalam pantang. Ada kajian mengatakan bahawa sesetengah makanan atau buah buahan seperti nangka, pisang dan durian tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Buah-Buahan Yang Tidak Boleh Diambil Oleh Wanita Dalam Pantang


Antara buah-buahan yang tidak boleh diambil oleh wanita dalam pantang adalah:

Buah-Buahan Yang Tidak Boleh Diambil Oleh Wanita Dalam Pantang
Antara buah buahan yang tidak digalakkan untuk
wanita dalam pantang

Antara buah-buahan yang tidak boleh diambil oleh wanita dalam pantang adalah Pisang, mangga, kelapa, buah pear, manggis, durian, jagung, nenas dan banyak lagi. Sekadar menyebut beberapa nama buah. Sebab apa tak boleh makan? Sebab ia sejuk dan berangin. Wanita lepas bersalin mengalami perubahan hormon dan bentuk tubuh akibat menggunakan tenaga yang banyak ketika proses bersalin. Oleh itu, wanita dalam pantang kena ambil makanan yang boleh menambahkan tenaga, tambah darah, tambah susu badan demi kesihatan anak yang dilahirkan dan dirinya sendiri juga.

Berpantanglah dengan betul agar anda mendapt semula tenaga untuk kembali sihat. Anggaran masa terbaik untuk wanita lepas bersalin kembali sihat adalah dalam jangka masa 6 bulan. Jadi, jika nak makan buah-buahan yang disebutkan di atas, tunggulah anda sihat sepenuhnya.

Apa salahnya berkorban sedikit demi jangka masa panjang yang lebih baik, kesihatan yang kembali seperti sediakala.

2017/08/23

Perbanyakkan Amal Soleh Pada 10 Hari Pertama Dari Bulan Zulhijjah

Perbanyakkan Amal Soleh Pada 10 Hari Pertama Dari Bulan Zulhijjah. Sekejapnya waktu berlalu. Sebelum ini sibuk dengan persiapan raya aidilfitri, kini datang pula hari raya korban ataupun dipanggil Hari Raya Haji. Pada hari raya haji ramai yang buat korban sebagai satu ibadah sunat. Yang kaya berkorban bersedekah kepada yang kurang mampu. Masyarakat sama-sama bergotong royong pada waktu ibadah korban dijalankan. Dengan cara ini juga semangat kejiranan dan silaturrahim terjalin erat.

Perbanyakkan Amal Soleh Pada 10 Hari Pertama Dari Bulan Zulhijjah

Sebagai persiapan menyambut kedatangan Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah nanti, kita digalakkan memperbanyakkan amalan soleh untuk bekalan di hari akhirat.

Dari Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW bersabda,
"Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini (dalam bulan Zulhijjah) - HR al Bukhari

Perbanyakkan Amal Soleh Pada 10 Hari Pertama Dari Bulan Zulhijjah


Antara amalan yang sunat dilakukan adalah:

1. Puasa sunat dari 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah, terutama pada 9 Zulhijjah iaitu puasa sunat Hari 'Arafah

2. Solat sunat


3. Doa dan zikrullah

4. Baca dan tadabbur al Quran

5. Berinfaq

6. Menyebar luaskan ucapan salam

7. Solawat ke atas Nabi Muhammad SAW

8. Amalkan sunnah-sunnah Nabi SAW

9. Eratkan silaturrahim dan ukhuwah

10. Hadir majlis ilmu agama

11. Nasihat menasihati tentang kebaikan

Ramai yang melakukan ibadah korban dengan tujuan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah melalui harta benda yang disayangi.

Perbanyakkan Amal Soleh Pada 10 Hari Pertama Dari Bulan Zulhijjah

Sunat melakukan ibadat korban,

Dalam al Quran surah al Hajj, ayat 37..
(Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keridaan Allah) tidak dapat diterima di sisi-Nya (tetapi ketakwaan daripada kalianlah yang dapat mencapai keridaan-Nya) yaitu yang dapat sampai kepada-Nya hanyalah amal saleh yang ikhlas disertai iman. (Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kalian supaya kalian mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya) yakni atas petunjuk-Nya yang telah membimbing kalian sehingga dapat mengetahui pertanda-pertanda agama dan manasik-manasik haji-Nya. (Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik) iaitu orang-orang yang mentauhidkan Allah.

Semoga kita sama-sama Perbanyakkan Amal Soleh Pada 10 Hari Pertama Dari Bulan Zulhijjah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Pengalaman Shopping Online Mizzue Malaysia

Pengalaman Shopping Online Mizzue Malaysia. Bersabarlah ya cik kak dan cik adik yang berurusan dengan Mizzue online ni. Bukannya mahal pun barang yang di pesan tetapi servis barang sampai boleh tahan lambat!! Bukan seminggu dua.. sebaliknya dekat sebulan dear..😂😂😂, tapi saya ada baca komen pelanggan Mizzue memang lambat. Sendiri yang degil, kan.. baru padan muka saya!!

Tak tahu nak kata apa, nak marah pun sampai dah luput rasa marah ni. Mesti ramai nak tahu apa barangnya yang saya order, kan?

Barang yang saya beli dari Mizzue online..

- William Inghem - Almond [141778|977E0A]
- William Inghem - Turquoise [141676|A8FDC0]
Pengalaman Shopping Online Mizzue Malaysia Pengalaman Shopping Online Mizzue Malaysia
 

Pengalaman Shopping Online Mizzue Malaysia


Mizzue Online Memang Lambat 


Hampir 1 bulan, barang yang dipesan sampai ke pintu pejabat. Hinggakan eden dah lupa apa yang dibeli.. haha

Di bawah ni adalah picture dari statement kad kredit tarikh saya order barang dari Mizzue. Nampak tak tempat dia debit kad kita? Dari Hong Kong beb! Patutlah lambat benar penghantarannya..., tapi stok pun tunggu dari sana ke? Entahlah...

Email notifications diterima bertarikh 8 Ogos 2017, kata barang telah dihantar. Guna khidmat Skynet. Barang sampai kat tangan saya 11/8/2017. Begitu lah ceritanya..

Tapi dalam kad kredit sebulan lepas dah debit. Gambar dari kad kredit.

Pengalaman Shopping Online Mizzue Malaysia

Jika tahap kesabaran anda tak tinggi, tak payahlah buat apa yang saya buat. Anda mungkin boleh terus shopping atau buat window shopping ke kedai yang anda suka.

Namun, ada penafian dalam website dia orang, anda nak juga terpaksalah tunggu dan tunggu... hihi

Walau apa pun, barang pun dah sampai. Thank you.

2017/08/22

Terima Komisen Affiliate Dari Tudung Sicomel Lagi

Terima Komisen Affiliate Dari Tudung Sicomel Lagi. Alhamdulillah. Syukur. Rezeki yang Allah datangnya tak pernah terlewat atau tercepat, ia hadir dalam waktu yang tepat. Jangan lupa amalkan doa agar rezeki yang kita terima tak putus-putus dan sentiasa diberkati. Insyaa Allah...

Kenapa saya dapat komisen dari Tudung Sicomel? Sebabnya.. saya promote produk mereka di blog, buat artikel cerita tentang faedah dan kelebihan Tudung Sicomel untuk anak-anak kita, dan banyak lagi saya tulis tentang produk tersebut.

Bila dapat jualan dari banner dan link yang kita letak di blog, maka dapatlah kita komisen 15%. Tinggi tu dear.. nak cuba? Cari je website Tudung Sicomel kemudian cari Affiliate. Mudah kan?


Terima Komisen Affiliate RM142.81 Dari Tudung Sicomel Lagi


Saya pun tak ingat ini kali ke berapa saya dapat income dari Tudung Sicomel. Dah banyak kali, syukur kepada Allah yang memudahkan saya dapat income dari program affiliate ni..

Terima Komisen Affiliate Dari Tudung Sicomel Lagi 

Ada yang tak kenal lagi produk Tudung Sicomel ke? Meh.. saya tunjukkan banner-banner berkaitan produk Tudung Sicomel. Menjual tudung-tudung untuk si comel anda dengan tujuan menutup aurat dan tampil dengan kemas.

Terima Komisen Affiliate Dari Tudung Sicomel Lagi
Terima email notification komisen dikreditkan
Siapa sangka kan, dalam senyap ingatkan tak ada sales.. tetiba dapat email kata ada payment masuk. Alhamdulillah.

Jom layan banner Tudung Sicomel untuk tatapan mata anda, dan kalau nak keterangan lanjut.. klik aje pada banner. Mudah kan?

Tudung kanak-kanak 

Nak tengok lagi banner yang lain? Jom layan kejap.. free aje kawan-kawan..

 

Terima kasih kerana dah melayan dan baca artikel saya tentang Terima Komisen Affiliate Dari Tudung Sicomel Lagi. Insyaa Allah, dengan sokongan anda yang klik dan beli dari banner dan link yang saya pasang di blog, jualan saya akan meningkat dan affiliate ikut sama bertambah. 

2017/08/21

Koleksi Ucapan Perkahwinan Untuk Sahabat Dan Rakan Taulan

Koleksi Ucapan Perkahwinan Untuk Sahabat Dan Rakan Taulan. Ucapan tahniah lambang kebahagiaan kepada pasangan pengantin baru adalah salah satu cara terbaik untuk menzahirkan kegembiraan bersama. Ucapan tahniah berserta doa tulus kadang adalah hadiah terbaik jika kita gagal menghadirkan diri pada majlis istimewa sahabat dan taulan tersebut.

Ucapan perkahwinan boleh saja dilayangkan melalui FB, Whatsapp, email dan sebagainya. Tak susah pun.. ya dak?

Antara ucapan perkahwinan paling popular sewaktu mengetahui rakan taulan selamat bernikah adalah seperti berikut:

"Selamat pengantin baru sahabatku. Semoga kekal hingga ke syurga, dikurniakan zuriat yang comel, soleh dan solehah."
Koleksi Ucapan Perkahwinan Untuk Sahabat Dan Rakan Taulan

Koleksi Ucapan Perkahwinan Untuk Sahabat Dan Rakan Taulan


1. Selamat Pengantin Baru Buat Pasangan Mempelai. Semoga tali perkahwinan terus kukuh mengikat sepakat, setia hingga ke akhir hayat. Dihiasi rahmat Illahi dengan rumahtangga yang sakinah, mawaddah, warohmah.

2. Selamat berbahagia adikku. Walau kakakmu tak dapat menghadirkan diri pada majlis bersejarah ini, dari jauh kami tetap dekat dihati. Hanya doa mendekatkan kita.

3. Sorry for being late but i guess better late than never. Congratulations on your wedding!

4. Tahniah buat Raja Sehari. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Selamat menempuhi alam perkahwinan. Jadilah suami soleh dan isteri solehah yang bakal dikurniakan zuriat penyeri rumahtangga. Semoga rumahtangga kalian diberkati.

5. Pernikahan adalah dunia baru dalam kehidupan. Awal dari kebahagiaan dan hidup bersama. Selamat menempuhi alam baru, sahabatku. Happy wedding to a wonderful couple. May love always all around you forever!

6. Semoga Allah memberkati kamu berdua dan diberikan kebaikan dalam kehidupan. Selamat pengantin baru.

7. Heartfelt wishes on your marriage. May you as rich in life as you rich in love.

8. Happy wedding! I have always had this feeling that you were meant for each other. Congratulations, and i hope you remain this happy for the rest of your life.

9. Barakallah! Selamat membina rumahtangga yang barakah, mawaddah, warohmah. Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat.

Koleksi Ucapan Perkahwinan Untuk Sahabat Dan Rakan Taulan 

10. Akhir sekali, saya kongsikan pantun pengantin baru yang saya siarkan semula dari blog Zurinah Hassan, semoga bermanfaat.

Beli gula di pekan baru
Berbalut kertas merah kuning
Sila-sila pengantin baru
Dua sejoli jalan berganding

Di dalam dulang berisi sagu
Sagu dimakan burung merpati
Jangan bimbang jangan ragu
Hidup baru kini menanti

Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri

Kain songket halus tenunan
Dibawa orang masuk ke kota
Sudah bertemu dengan pasangan
Laksana cincin dengan permata

Laksamana cergas dan tangkas
Cukup berilmu dengan gurunya
Ibarat dakwat dengan kertas
Sudah bertemu dengan jodohnya

Padang temu konon namanya
Tempat kuda berlari-lari
Sudah bertemu dengan jodohnya
Bagai cincin lekat di jari.

Bunga manggar di kanan kiri
Bunga rampai hiris hirisan
Pengantin baru raja sehari
Tambah berseri dengan hiasan

Harum semerbak bunga rampai
Sekuntum mawar sudah disunting
Duduk keliling tetamu yang ramai
Melihat pengantin duduk bersanding

Bunga anggerik jual di pekan
Tumbuhnya rendang di atas para
Silalah tuan para jemputan
Sudi kiranya menjamu selera

Selendang mayang selendang batik
Batik dari Surabaya
Makin dipandang bertambah cantik
Naik seri dengan cahaya

Ikan gelama ikan tenggiri
bersama dengan ikan cencaru
Bersama-sama kami ke mari
Hendak meraikan pengantin baru

Buah rambai tumbuh dihutan
Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
Semoga majlis mendapat berkat

Untuk santapan para tetamu
Lauk pauk nasi beriani
Sekali ini kita bertemu
Sudilah menjamah hidangan kami

Cantiknya burung cenderawasih
Terbang sekawan di hari petang
Kami ucapkan terima kasih
Kepada tuan yang sudi datang

Sungguh harum bunga rampai
Dibawa orang ke tengah balai
Sanak saudara sahabat handai
Datang meraikan dua mempelai

Yang jauh sudahlah dekat
Sudah dekat bersalam-salaman
Kami berdoa semoga berkat
Menempuh hidup di dalam aman

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya tinggi tidaklah rendah
Dahulu seorang sekarang berdua
Ikatan janji tertunai sudah

Sudah bersarang burung tempua
Sarangnya jauh tidaklah dekat
Dahulu seorang sekarang berdua
Baik-baik duduk berpakat

Kain baldu kain bertekat
Dibawa orang dari Melaka
Sudah berpadu kata sepakat
Kalau jodoh bertemu juga

Mawar merah di atas peti
Bunga melur saya kalungkan
Tuan rumah berbesar hati
Apa yang kurang mohon maafkan

Terima kasih kerana membaca Koleksi Ucapan Perkahwinan Untuk Sahabat Dan Rakan Taulan di atas. Anda boleh kongsikan dan sampaikan kepada rakan anda yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan. Doakan pasangan pengantin dengan doa yang baik-baik dan kehidupan baru mereka diserikan dengan gurauan berkasih dan saling menghormati.

Bahagia selamanya.

Cara Rawatan Kanser Dengan Ayat Al Quran

Cara Rawatan Kanser Dengan Ayat Al Quran. Setiap penyakit ada penawarnya kecuali maut. Semua sakit datangnya dari Allah, dan sihat juga pemberian rezeki dari Allah. Oleh itu, kita yang sihat dan masih dipanjangkan usia hari ini, bersyukurlah.

Di bawah ini adalah perkongsian dalam grup Whatsapp dan disiarkan semula sebagai panduan dan pedoman kepada mereka di luar sana yang sedang bertarung dengan penyakit terutamanya kanser.

Cara Rawatan Kanser Dengan Ayat Al Quran

Dalam keluarga saya pun ada yang terkena kanser dan saya tahu sakitnya melalui tempoh selepas pembedahan iaitu kimoterapi. Tak sanggup nak menanggungnya...

Cara Rawatan Kanser Dengan Ayat Al Quran 


Jom kita hayati dan pelajari cara rawatan kanser dengan ayat-ayat al Quran daripada surah tertentu. Ada 8 surah dan lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya, maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Subhanallah..
Alhamdulillah..

Syukur kepada hamba Allah yang berkongsikan cara rawatan kanser dengan kaedah ayat suci al Quran. Ingatlah bahawa, Allah yang mendatangkan dugaan penyakit kepada kita maka, Allah jua yang berkuasa untuk memberikan kesembuhan.

Insyaa Allah.

2017/08/20

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest - Merdeka datang lagi. Dan, blogger contest oleh Lazada pun muncul jua ikut sama memeriahkan kemerdekaan negara kita. Bersyukurnya dengan nikmat aman dan rezeki yang Allah turunkan kepada negara yang tercinta ini. Dalam kesempatan ini juga saya nyatakan kesediaan untuk join join blogger contest oleh Lazada dengan tajuk, "Merdeka! Merdeka! Blogger Contest". Nak join juga? Baca syaratnya di bawah nanti...

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest berlangsung mulai sekarang, 21 Ogos 2017 dan tamat pada 31 Ogos 2017. Bulan kemerdekaan pun Lazada sambut, anda pula bagaimana? Apakah sumbangan kita kepada negara Malaysia yang dicintai ini? Tepuk dada, tanya ilmu yang ada. Kan?

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest


Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

1. Contest berlangsung dariapda 21 August hingga 31 August 2017.

2. Untuk turut serta dalam peraduan atau contest ini, setiap peserta dikehendaki menjawab kesemua soalan yang diberi dan tulis dalam post mereka:

a. What do you love about being Malaysian? 

Saya bangga dan cinta sebagai rakyat Malaysia kerana uniknya Malaysia itu sendiri. Malaysia negara berbilang kaum, pelbagai bahasa dan budaya, aneka makanan menarik dan unik tetapi masih menghormati antara satu sama lain dengan panduan dan ajaran agama masing-masing. Itulah Malaysian.

 b. Choose your favorite local brand here : 


 c. Select two product from that brand that you love. The Article must contain screenshots of the products mentioned.
Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest


Oh ya! Merdeka! Merdeka! Sale Lazada pula berlangsung dari 25 Ogos hingga 31 Ogos 2017. Jangan tak caya😊😊😊 ada diskaun sehingga 80% untuk barangan terpilih yang boleh buat anda melekat 24 jam di website LAZADA. Haha...

Akhir sekali, hantarkan penyertaan anda dengan mengisi borang, pada pautan yang disertakan, http://lzd.co/MBC2017

Boleh tulis dalam sebarang bahasa ya blogger sekalian. Jom join...

Macam biasa, pemenang akan dipilih secara random @ rawak. Kalau bernasib baik boleh menang...

2017/08/18

Scratch & Smile Contest 2017 Dengan Pizza Hut

Scratch & Smile Contest Pizza Hut. Mahu memenangi wang tunai RM35,000? Peraduan Pizza Hut "Scratch & Smile" 2017 memberi peluang keemasan itu! Tengok hadiahnya kaw-kaw.. antaranya hadiah utama wang tunai 10 x RM35,000 dan hadiah wang tunai 20 x RM3,500 untuk dimenangi.

Selain itu, terdapat baucar tunai 200 x RM350, 2000 x RM40 baucer tunai pizza hut, dan banyak lagi produk Pizza Hut yang akan dimenangi!

Scratch & Smile Contest 2017 Dengan Pizza Hut

Scratch & Smile Contest Dengan Pizza Hut 

Nak sertai contest "gores dan senyum" Pizza Hut?

Apa yang anda perlu lakukan ialah membeli produk Pizza Hut bernilai RM35 dalam satu resit melalui makan / dalam talian / take-away / penghantaran. Setiap pembelian RM35 akan memberikan anda 1 kad scratch/ gores. Ini bermakna anda akan mendapat 2 kad scratch/gores dengan pembelian RM70. Sila ambil perhatian bahawa tawaran ini tidak sah untuk pembelian yang dibuat di kedai-kedai Pizza Hut Express.

Untuk menebus hadiah, peserta dikehendaki memanggil nombor yang dinyatakan pada kad calar pada 31 Oktober 2017 dan mesti menjawab dua (2) soalan yang berkaitan dengan contest dengan betul untuk layak memenangi Hadiah.

Untuk terma, klik di sini atau klik terus pautan di bawah,
https://www.facebook.com/notes/pizza-hut/pizza-hut-scratch-smile-contest-2017-terms-conditions/10159005378510462/

Untuk pertanyaan, sila telefon Hotline 03-5635 1391 (Isnin - Jumaat, 10 am to 5pm kecuali cuti umum)

Sedekah Adalah Ubat Dan Kegembiraan Si Pemberinya

Sedekah Adalah Ubat Dan Kegembiraan Si Pemberinya. Sebarkan bahagian dan kebaikan juga sedekah jika diniatkan begitu. Mudahnya melakukan sedekah dengan daya dan kemampuan kita. Kalau kita mampu dan ada wang lebih, sedekahlah wang ringgit. Bila kita mampu sedekah barangan atau makanan, berbuatlah begitu. Sedekah makanan adalah sedekah yang terbaik. Wallahua'lam..
Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kepada Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.
Sedekah Adalah Ubat Dan Kegembiraan Si Pemberinya

Sedekah Adalah Ubat Dan Kegembiraan 


Adakah kamu tahu antara kebaikan-kebaikan sedekah itu?

Rujukan dari hadis-hadis sahih...

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dengan memberi makanan kepada orang lain.

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan, In Syaa Allah menjauhi  api neraka jahanam.

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur.

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang-orang yang telah meninggal dunia adalah sedekah, dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut.

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan.

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT.

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda.

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa-dosa yang telah dilakukan.

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda.

11. Orang-orang yang memberi sedekah ialah orang-orang yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT In Syaa Allah.

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang-orang yang disayang oleh masyarakat.

Sedekah Adalah Ubat Dan Kegembiraan Si Pemberinya

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati.

15. Sedekah mampu melepaskan anda daripada kesusahan dan doa-doa akan dimakbulkan Allah SWT In Syaa Allah.

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia.

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup.

18. Sedekah adalah ubat.

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas.

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang-binatang atau burung-burung.

Dengan izin Allah, semoga kita semua beroleh ilmu dan manfaat daripada artikel yang disiarkan. Ilmu ini harus disebarkan kerana ia juga merupakan kebaikan bersedekah yang akan dirasai oleh lebih ramai orang.

Saya siarkan semula kebaikan-kebaikan bersedekah agar saudara atau saudari yang telah berkongsi sebelum ini diterima kebaikannya sebagai amalan sedekahnya.

2017/08/17

Masak Lemak Cili Padi Ikan Talapia Merah

Masak Lemak Cili Padi Ikan Talapia Merah. Saya tak pernah kongsi resepi ikan talapia sebab kami memang jarang beli ikan talapia kemudian masak sendiri. Kalau tergerak nak makan, kami akan pergi kedai atau restoran yang ada menyediakan lauk nasi campur ikan air tawar tersebut.

Kalau tak silap, ikan talapia ada dua jenis iaitu merah dan hitam. Yang warna merah lebih sedap berbanding talapia hitam. Tapi terpulanglah kepada citarasa masing-masing.

Ikan talapia ni ikan air tawar. Jadi ada bau hanyir yang agak kuat dan juga bau tanah. Ketika membersihkan ikan talapia, buang liang tahi ikan di bahagian tengah yang warna hitam halus tu.. insyaa Allah bau tanah kurang la sikit..

Masak Lemak Cili Padi Ikan Talapia Merah


Masak Lemak Cili Padi Ikan Talapia Merah
Gambar hiasan
Bahan-bahan: 

Ikan talapia
Segenggam cili padi (ikut suka nak pedas macam mana.. warna merah dan hijau campur)
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai - diketuk
Santan pekat (dari sebiji kelapa)
Garam
Asam keping
Gula

Cara Menyediakan Masak Lemak Cili Padi Ikan Talapia Merah


1. Blend cili padi, bawang putih dan merah, halia dan kunyit hidup. Masukkan ikan dan bahan bahan kisar dan masakkan sehingga airnya menjadi kering.

Masak Lemak Cili Padi Ikan Talapia Merah
Ikan talapia merah
2. Masukkan santan pekat dan dikacau selalu dengan api yang perlahan. Masukkan garam dan asam keping. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidang ....

Ada 2 cara nak masak cili padi asli. Apa bezanya? Bezanya air dikeringkan dahulu dengan memasak ikan dan bahan kisar di atas dapur terlebih dahulu. Kedua, boleh menggunakan cili padi, atau cili burung. Memang ada dua cara, boleh juga dicampurkan santan dan bahan kisar dan terus dimasak dengan api perlahan. Ada juga yang ditumis dahulu bahan-bahan dan kemudian baru masukkan ikan talapia. 

Ada juga yang letak bawang putih dan bawang merah, tetapi cili padi asli tak perlu itu semua. Manis ikan dengan lemak santan sudah cukup bersebati untuk menjadikan lemak cili padi anda sangat lazat.

Nota:

Kalau resepi lemak cili padi negeri sembilan, memang tak letak bawang putih dan bawang merah.

Bookcafe Ada Tawaran Istimewa 30% Promosi Novel Cinta

Bookcafe Ada Tawaran Istimewa 30% Promosi Novel Cinta. Lama saya tak cerita pasal bookcafe. Last saya update berkaitan payment masuk setelah saya join sebagai agen affiliate. So far saya telah menerima jumlah komisen sebanyak RM627 daripada Bookcafe. Alhamdulillah, ada juga hasilnya walau sekadar promosi suka-suka di blog ini.

Nak tahu novel yang terlibat dengan promosi 30% Bookcafe ini? Jangan malu-malu tekan banner cinta di bawah.


Bookcafe Ada Tawaran Istimewa 30% Promosi Novel Cinta 


Bookcafe bukan sahaja ada menjual buku-buku sejarah, buku-buku islamik dan juga aksesori sekolah. Tetapi ada juga NOVEL CINTA 30% PROMOSI yang amat menarik dan novel-novel best seller yang terlibat. 

Nak test tanya atau tengok harga? Klik pada banner di bawah. 


Bookcafe memang terkenal sebagai pusat jualan buku online di negara kita. Banyak juga saya dah beli buku-buku di Bookcafe. Alhamdulillah semua buku yang dipesan sampai dalam masa yang pantas dan dalam keadaan elok.

So, selamat membeli belah buku-buku bestseller di Bookcafe.

Resepi Kari Ketam Yang Sedap

Resepi Kari Ketam Yang Sedap. Sesekali masak ketam kari sedap jugak. Ketam antara seafood yang susah nak ditemui, kadang ada yang jual tapi ketamnya tak ada isi. Sebab ketam ada musim-musimnya bila nak dapat yang cantik molek.. itu yang saya tahu daripada abang ipar.

Kari ketam ni macam jugak masak kari ikan. Guna rempah kari ikan adabi pun sedap..

Resepi Kari Ketam Yang Sedap

Resepi Kari Ketam Yang Sedap


Bahan-bahan:

500 gram ketam (dibersihkan, dibuang cengkerang dan belah dua)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar biji sawi
3 sudu besar rempah kari ikan
1 cawan santan
Garam dan gula secukupnya
beberapa helai daun kari

Cara masak Kari Ketam Yang Sedap 


1. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan sedikit air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus.

2. Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis bahan tersebut hingga naik bau. Kemudian, masukkan jintan putih, jintan manis, rempah kari, sedikit air, daun kari dan biji sawi. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Selepas itu masukkan ketam dan gaul rata.

4. Kecilkan api kepada sederhana, curahkan santan dan tutup kuali atau periuk. Biar mendidih selama 5 - 7 minit agar ketam masak sepenuhnya. Akhir sekali masukkan garam dan kacau rata.

5. Kari ketam anda sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Resepi Kari Ketam Yang Sedap

Kuah Kari ketam yang manis berlemak juga sedap dimakan dengan lempeng kelapa, roti canai dan lain-lainnya.

2017/08/15

Selamat Pengantin Baru Tunku Tun Aminah Dan Dennis Muhammad

SELAMAT PENGANTIN BARU TUNKU TUN AMINAH DAN DENNIS MUHAMMAD. Pasangan Pengantin Diraja Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah selepas selesai Istiadat Persandingan DiRaja di Bilik Singgahsana Istana Besar Johor Bahru malam ini (14 Ogos).

Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad turut meluangkan masa bersalaman dengan tetamu jemputan yang hadir.
#theroyaljohor
#royalpressoffice

Selamat Pengantin Baru Tunku Tun Aminah Dan Dennis Muhammad


Selamat Pengantin Baru Tunku Tun Aminah Dan Dennis Muhammad

Selamat Pengantin Baru Tunku Tun Aminah Dan Dennis Muhammad

Indahnya senyuman manis dari kedua mempelai. Tunku Tun Aminah dan suami, Dennis Muhammad

Selamat Pengantin Baru Tunku Tun Aminah Dan Dennis Muhammad

Selamat Pengantin Baru Tunku Tun Aminah Dan Dennis Muhammad

Antara orang penting yang hadir pada majlis Istiadat Persandingan DiRaja termasuklah Sultan Brunei dan isteri, Tengku Mahkota Pahang dan isteri, PM Dato' Seri Najib dan isteri dan dif-dif kehormat.

2017/08/13

Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com 

Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com | Dalam santai berblogwalking tadi terjumpa n
bendera Malaysia Jalur Gemilang. Baca sampai habis... rupanya blogger #mialiana ada buat segmen merdeka. Segmen blogwalking.. santai je kut. Jom join sekali...

Nak join? Baca apa yang saya kongsikan di bawah. Percuma je.. yang perlu hanya kemahuan dan rajin sikit.


Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com bermula dari saat ini sehingga 11.59 malam 14 Ogos 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari dan akan menerima RM10 setiap seorang.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 14 Ogos 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 21 Ogos 2017.

** sila klik pada banner untuk join segmen ini.....

Rakan blogger dijemput memeriahkan segmen kelolaan blogger popular dari selatan, siapa lagi kalau bukan Mia Liana.

Majlis Khatam Al Quran YAM Tunku Tun Aminah 13 Ogos 2017

Majlis Khatam Al Quran YAM Tunku Tun Aminah 13 Ogos 2017. Ada juga sang puteri ni buat majlis khatam al Quran. Memang benar kata ayahandanya iaitu Sultan Ibrahim bahawa majlis perkahwinan anakanda puteri tunggalnya itu akan dijalankan mengikut adat istiadat dan budaya diRaja Johor. Allah Selamatkan Sultan..

MAJLIS KHATAM AL-QURAN MOHON KEBERKATAN PERKAHWINAN DIRAJA

Satu Majlis Khatam al-Quran berlangsung di Istana Bukit Serene hari ini (13 Ogos) sempena Istiadat Perkahwinan DiRaja YAM Tunku Tun Aminah dan Encik Dennis Muhammad Abdullah esok.

Kredit the royal family 

Tanggal 14 Ogos 2017 (esok) menjadi hari cukup bersejarah buat YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan Encik Dennis Muhammad Abdullah.

Istiadat pertunangan Tunku Tun Aminah akan diadakan di Istana Bukit Serene disebelah pagi, diikuti dengan Istiadat Akad Nikah. Manakala, disebelah malam pula, pengantin DiRaja itu akan diraikan dalam Istiadat Persandingan di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru.

“Selepas berkahwin, kami akan berpindah ke rumah sendiri dan memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri,” kata YAM Tunku Tun Aminah.

Kesemua istiadat itu akan dijalankan dengan penuh adat istiadat dan budaya Diraja Johor, di mana pengantin perempuan akan mengenakan Baju Kurung Teluk Belanga, manakala pengantin lelaki mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga.

#JohorDarulTazim

Gambar menarik YAM Tunku Tun Aminah Di Majlis Khatam Al Quran


Majlis Khatam Al Quran YAM Tunku Tun Aminah 13 Ogos 2017

Aduhai... cantik manisnya puteri raja kesayangan rakyat Johor ni...

Majlis Khatam Al Quran YAM Tunku Tun Aminah 13 Ogos 2017

Majlis Khatam Al Quran YAM Tunku Tun Aminah 13 Ogos 2017

Selamat berbahagia kepada YAM Tunku Tun Aminah.

Entri Paling Dicari Sepanjang Masa Di Aynorablogs Setakat Ogos 2017

Entri Paling Dicari Sepanjang Masa Di Aynorablogs. Lagi sekali saya kongsikan tentang blog😆, info tentang blog kesayangan saya. Saya ada banyak blog yang berbeza niche tetapi aynorablogs adalah blog berkenaan informasi, inspirasi dan resepi. So, dalam menyiapkan artikel dalam blog, selalu saya berharap ada orang yang singgah dan baca blog picisan ini. Alhamdulillah.. usaha bertahun membuahkan hasil. Blog dah terima kunjungan yang berjuta dari seluruh dunia.

Namun tak mudah untuk bertahan. Anda kena ada lebih masa, displin terhadap masa dan jujur dalam menulis. Lama kelamaan orang akan kenal gaya dan brand blog anda. Style tulisan anda. Masa akan menentukan akhirnya... kan.. kan..

Entri Paling Dicari Sepanjang Masa Di Aynorablogs


Saya printscreen dari blogger.com. tentang entri paling dicari oleh pembaca di aynorablogs. Kebanyakan pembaca datang dari enjin carian google. Alhamdulillah...

Entri Paling Dicari Sepanjang Masa Di Aynorablogs Setakat Ogos 2017
Entri Paling Dicari Sepanjang Masa Di Aynorablogs Setakat Ogos 2017

Mendominasi entri paling popular dan paling dicari adalah ANEKA RESEPI KUKUS YANG LAZAT.

Kemudian diikuti oleh CARA BUAT AIR DETOX SENDIRI UNTUK KURUS DAN SIHAT

Dan yang ketiga top adalah RESEPI AYAM MASAK LEMAK CILIPADI 

So, bagi anda yang nak entri atau artikel selalu dicari pembaca, cuba tulis niche berkaitan wanita. Samada fesyen, mekap, tips kesihatan, petua dan semestinya resepi.

Manakala, di bawah ini adalah printscreen pages di aynorablogs yang sering dikunjungi oleh pembaca. Nampaknya pages RESEPI mendominasi carta.. haha

Pages dalam blog paling dicari sepanjang masa

Daripada analisa kedua-dua iaitu entri paling dicari dan pages paling popular di aynorablogs.. saya pasti akan memanfaatkan kedua-duanya. Saya akan memperbaiki kandungan blog agar sentiasa segar dan bermanfaat kepada pembaca.

"Content is king.." dalam dunia blog yang semakin mencabar dan melebar...