Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/12/31

Khasiat Buah Pisang Kaki Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Pisang Kaki Untuk Kesihatan. Masa mula-mula nampak buah pisang kaki, saya sangka ia buah tomato dari China atau Korea. Saya pun malas nak beli sebab tomato kita lagi bulat dan segar. Lamq-kelamaan rakan Cina saya perkenalkan kat opis dan kata ia buah pisang. Haaa? Pisang? Yea.. namanya pisang kaki! Haha.. nampak sangat yang saya ni kurang ilmu pertanian kan...

Baiklah. Kekawan kenal tak buah pisang kaki? Namanya dalam bahasa Inggeris di panggil persimmon. Mengikut kata Wikipedia...
Pisang kaki dengan nama lainnya kesmak atau kesemak ialah sejenis spesies tumbuhan berbuah dalam genus Diospyros dalam famili kayu hitam (Ebenaceae). Perkataan Diospyros dalam bahasa Yunani Kuno bererti "buah dewa". Umumnya, buah pisang kaki adalah ringan, berwanra oren kekuningan atau jingga kemerahan, dan berdiamter 1.5 hingga 9 cm (0.5 hingga 4 in), dan berbentuk sfera, buah oak, atau labu. Lazimnya, buah yang dipetik mengekalkan sepalnya, tetapi menjadi lebih mudah ditanggalkan setelah cukup masak. Buahnya kaya dengan glukosa, dengan profil protein yang seimbang, serta memiliki pelbagai kegunaan perubatan dan kimia. Walaupun pisang kaki tidak dianggap sebagai "beri biasa", namun ia sebenarnya merupakan sejenis "beri sebenar".

Khasiat Buah Pisang Kaki Untuk Kesihatan


Khasiat Buah Pisang Kaki Untuk Kesihatan

Persimmon atau pisang kaki mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin. Pendek kata ianya sangat bernilai tinggi dari segi perubatan. Antara khasiat buah ini ianya boleh menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Buah ini juga amat baik untuk paru-paru dan jantung.

Saya suka makan buah pisang kaki yang warna kemerahan kerana rasanya lebih manis dan isinya agak lembut. Kalau yang warna kuning tu masih keras lagi dan rasanya manis-manis buah. Sedap dimakan macam tu aje. Nak makan dengan kulit dan isinya sekali pun boleh. Tapi anak-anak tak berapa suka sebab pelik sikit rasanya.. kata mereka lah..😎😎

Tambahan khasiat buah pisang kaki yang anda boleh tambah pengetahuan. Buah pisang kaki juga mengandungi fitonutrien, flavonoid, serta anti oksidan seperti catechin (bahan yang bersifat antibiotik dan anti radang), turut mengandungi gallocathechins dan asid betulnicit, perencat tumor, beta karotena, lycopene, lutein, zeaxanthin dan crytoxanthin. Serta kaya dengan vitamin A dan Vitamin C serta B kompleks.

Kandungan dalam buah pisang kaki seperti flavonoid dikatakan membantu membunuh sel-sel kanser payudara tanpa merosakkan sel-sel payudara normal.

Fisetin juga berguna dalam pembasmian sel-sel kanser kolon dan prostat.

Khasiat Buah Pisang Kaki Untuk Kesihatan
Pokok pisang kaki atau persimmon

Buah pisang kaki kaya dengan serat larut yang penting untuk kesihatan kardiovaskular dan penyakit jantung koronari.

Buah pisang kaki tinggi dengan kandungan glukosa dan agak tidak sesuai dengan pesakit kencing manis.

Sebagai pemberi dan penambah tenaga kerana kandungan glukosa yang tinggi.

Satu kajian di Jepun menunjukkan kulit pisang kaki mengandungi fitokimia dikatakan boleh melindungi sel daripada kerosakan oksidatif berkaitan dengan peningkatan usia.

Tannin yang terdapat dalam pisang kaki juga berguna untuk merawat penyakit strok.

Dikatakan bahawa kandungan gula di dalam pisang kaki lebih tinggi dari pisang biasa. Jika anda menikmati makanan tinggi gula , adalah tidak digalakkan anda kerap menikmati pisang kaki dalam diet anda.

Kandungan diuretic di dalam pisang kaki amat bagus bagi mereka yang menghadapi masalah paru-paru dan jantung serta amat sesuai dengan mereka yang merokok yang terkenal dengan kekotoran nikotin di dalam paru-paru.

Terdapat pendapat mengatakan buah pisang kaki amat bagus untuk ibu mengandung kerana kandungan asid folik yang terdapat di dalam buah pisang kaki ini.

Buah pisang kaki yang tinggi kandungan fiber amat bagus untuk mereka yang menghadapi masalah penghadaman.

Pastikan anda menikmati buah pisang kaki dalam kadar sederhana kerana buah ini dikatakan jika di nikmati dengan perut kosong akan menyebabkan cirit birit, malah menikmati buah ini dalam amaun yang banyak juga boleh menyebabkan cirit birit.

Nikmatilah buah pisang kaki dalam diet anda kerana buah yang tinggi antioksidan ini membantu anda lebih sihat dan awet muda.

Khasiat buah pisang kaki yang tersenarai di atas adalah dari kompilasi dari pelbagai sumber. Mana yang baik dan berkhasiat marilah sama-sama kita amalkan. Semoga kita dan keluarga dapat mengamalkan cara hidup sihat dengan menambah pengambilan buah-buahan dalam diet harian kita.

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Majiid

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al-Majiid Yang Maha Mulia / Yang Maha Mulia dan Maha Luhur – Ianya sangat mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan. Maka berdoalah dengan asmaul husna al Majiid ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah.

Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Sesungguhnya Dia-lah Allah, Tuhan yang memiliki kebesaran dan kekuatan dalam menyempurnakan permohonan hambanya. Jadi, berdoa lah dengan bersungguh-sungguh agar Allah berasa belas dan kasihan akan kita, akan ketidakupayaan kita..

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Majiid

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | Al-Majiid


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Hakiim

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Yaa Majiid = 99 kali setiap hari


Ertinya : Yang Maha Mulia / Yang Maha Mulia dan Maha Luhur – Ianya sangat mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.

a) Apabila ‘Ya Majiid’ dibaca sebanyak 99 kali, InsyaAllah semuanya akan terasa aman dan tenteram semua anggota keluarganya.

b) Sesiapa menyebut ‘Ya Majiid’ berulang-ulang, InsyaAllah akan menerima kebahagiaan.

c) Sesiapa yang menghidap penyakit-penyakit yang bahaya, hendaklah berpuasa pada 13, 14 dan 15hb bulan Hijrah, selepas berbuka puasa mewiridkan ‘Ya Majiid’ sebanyak-banyaknya dan ditiupkan pada air lalu meminumnya, InsyaAllah penyakitnya akan sembuh.
Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Hakiim


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.

TARBIYATUL AULAD | BELI SINI

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com 

2017/12/30

Resepi Ketam Masak Merah

Resepi Ketam Masak Merah. Yang biasa saya masak merah adalah ayam. Bila terjumpa resepi ketam masak merah, terus nak cuba. Ketam masak kari pun dah cuba. Memang sedap. Saya pun pernah share resepinya kat blog. Ketam masak merah lagi lah sedap sebab ada campuran sos cili dan serai. Makin bertambah berat badan nampaknya. Diet tolak ketepi dulu. Nak masak ketam masak merah, ketam tu hendaklah rebus sekejap dalam 3/4 masak gitu.. jika tidak ketika anda masak merah nanti, takut dalam cengkerang tu tak masak. Kalau ayam masak merah, ayam kita goreng dulu. Haa.. gitulah lebih kurang cara penyediaan bahan sebelum mula memasak.

Kalau anak-anak leceh nak makan ketam yang belum dikopek, anda ketuk sikit di kawasan kaki ketam yang keras tu.. nanti nak makan senang. Nak kopek pun senang.

Resepi Ketam Masak Merah


Resepi Ketam Masak Merah
Gambar hiasan

Bahan-bahan:

* 10 ekor ketam (dipotong ikut suka, direbus dengan sedikit garam sehingga 3/4 masak. Toskan)
* sedikit hirisan cili merah
* sedikit hirisan nanas
* 4-5 sudu besar sos cili
* 2 sudu besar sos tomato
* 3-4 sudu besar cili kering kisar
* sedikit air
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 sb kicap manis
* 1 keping asam gelugur

Bahan-bahan kisar:

* 1 labu bawang besar
* 2 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* 1 batang serai

Cara-cara menyediakan ketam masak merah


1. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau, iaitu bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai
2. Masukkan cili kering. Tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau rata-rata dan masukkan sedikit air.
4. Setelah mendidih, masukkan ketam dan bahan-bahan selebihnya. Perasakan dengan garam dan gula.
Hidangkan setelah masak.

Resepi Ketam Masak Merah
Gambar hiasan

Ketam masak merah kita pun dah siap. Tak pernah masak ketam cara ini? Cubalah resepi ringkas ni, anda pasti suka dengan rasanya. Ketam masak merah lebih sedap berbanding rasa ayam masak merah. Rasa manis dari ketam segar memang menaikkan aroma dan rasanya. 

Selamat mencuba. 

2017/12/28

Azam Tahun Baru 2018 Untuk Diri Sendiri Dan Blog Tersayang

Azam Tahun Baru 2018 Yang Paling Santai. Azam tahun baru 2018 untuk diri sendiri dan blog tersayang. Perlu ke ada azam tahun baru? Macam saya tulis sebelum ni dalam entri azam tahun baru yang sebenar, ada beberapa kriteria yang perlu diperhatikan sebelum buat azam baru.

Namun begitu, jika tak pasang azam baru pun tak apa. Anda boleh je niatkan nak buat sesuatu yang meninggalkan kesan yang lebih baik buat diri sendiri. Jadi lebih baik setiap hari dalam setiap aspek kehidupan. Anda lebih tahu siapa diri anda. Anda yang tahu kemampuan sendiri. Jadi, bina azam dan tekad berdasarkan kriteria tersebut.

Dari segi kehidupan seharian dan kerjaya.. saya berharap Allah masih izinkan saya untuk mencapai standard kerjaya yang diidamkan dan saya boleh berbakti kepada orang-orang tersayang sekerap boleh.. merapatkan yang jauh dan mengukuhkan silaturrahim dengan saudara seislam kita. Errr.. azam tahun baru ke tu???


Azam Tahun Baru 2018 Untuk Diri Sendiri Dan Blog Tersayang


Selamat tahun baru 2018

Azam tahun baru saya untuk tahun 2018 adalah nak menabung. Dah tak nak membazir. Saya berazam nak simpan RM1000 sebulan. Itulah tekad saya. Semoga Allah izinkan..

Ada seorang penasihat kewangan berkata, simpanlah akaun kecemasan at least ada 6 bulan gaji. Ini khas digunakan jika anda mengalami masalah kewangan di kemudian hari. So, jom kita simpan hingga ada tabungan kecemasan yang dicadangkan tersebut.

Dan untuk blog.. azam saya tentulah nak naikkan pageview blog, kalau boleh cecah 50K sehari. Ini juga tidak mustahil. Saya fikir saya akan "olah dan refresh" semula entry lama yang masih jadi carian utama di blog.

Antara entry lama yang masih releven sampai hari ini adalah:

  • Cara buat air detox sendiri untuk kurus dan sihat - 2014
  • Koleksi Aneka Resepi Kek Kukus Yang sedap - 2015
  • Ucapan Hari lahir buat yang tersayang - 2015

Di atas adalah antara entry lama yang masih jadi carian utama blog aynorablogs. Untuk sentiasa segar entry ni pada carian google.. anda boleh tambah baik entry dengan info terkini dalam entry yang berkaitan.

Sentiasa cari info dan perbaiki diri sekaligus buat sesuatu yang membahagiakan orang yang anda kasihi. Usah sibuk buat gosip dan sebarkan cerita yang tidak benar. Jika anda seorang blogger.. mari sama-sama kita amalkan etika berblog yang tidak menyinggung sensitiviti orang lain.

Azam tahun baru saya di atas adalah bersifat subjektif. Jika mampu saya laksanakan. Jika tidak, saya akan cari jalan lain agar saya dapat berbuat sesuatu yang paling bermakna untuk tahun 2018.

Selamat tahun baru 2018!!!

Jadual Cuti Umum Negeri Johor Tahun 2018

Jadual Cuti Umum Negeri Johor Tahun 2018. Tahun baru 2018 dah datang, sambutlah kedatangannya dengan tangan terbuka. Hihi.. Datangnya tahun baru disertai rasa syukur kerana kita maih diizinkan oleh SWT untuk menyambung amanah kita di muka bumi ini.

Sempena tahun baru 2018 ini, saya sertakan Jadual Cuti Umum Negeri Johor Tahun 2018 untuk rujukan pembaca blog ini khasnya.

Info, apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.

Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.

Jadual Cuti Umum Negeri Johor Tahun 2018


Jadual Cuti Umum Negeri Johor Tahun 2018
#sumber

Jadual cuti umum Negeri Johor 2018 di atas adalah sebagai panduan agar kita dapat memperuntukkan waktu bercuti, rehat bersama keluarga dan sebagainya dengan secara berhemah.

2017/12/27

Cetaphil Baby CPUV Baru Dari Nuffnang Yang Masih Aktif Di Blog

Cetaphil Baby CPUV Baru Dari Nuffnang Yang Masih Aktif Di Blog. Masih dapat CPUV lagi dari Nuffnang. Bagaimana dengan anda semua? Tetapi tak banyak lah, ada seketul dua.. masih "ongoing" lagi. Harap-harap lebih lama iklan Cetaphil berada dalam blog.. dan ada pertambahan dalam income yang terkumpul. Jika anda ada ternampak iklan Cetaphil.. try tengok info apa yang anda boleh dapat dari iklan tersebut.

Cetaphil Baby CPUV Nuffnang
Gambar hiasan

Info dari website cetaphil,

Terdapat 9 jenis produk cetaphil yang dirumus khas untuk bayi:
  • baby eczema calming wash
  • baby eczema calming lotion
  • baby shooting bar
  • baby ultra shooting lotion with shea butter
  • baby daily lotion 
  • baby wash & shampoo
  • baby gentle wash
  • baby diaper cream 
  • baby moisturizing oil
Banyak kan produk untuk baby. Produk Cetaphil khas untuk bayi anda, menjadikan ia pusat sehenti untuk anda shopping produk penjagaan bayi anda.

Cetaphil CPUV Baru Dari Nuffnang Yang Masih Aktif Di Blog


Berkenaan dengan Nuffnang, memang tak dinafikan CPUV dari Nuffnang agak slow kebelakangan ini. Apakah sebabnya? Adakah kerana banyak persaingan daripada Vendor di luar sana? Lagipun pengiklan lebih banyak yang buat program affiliate atau publisher kut.. itu yang Nuffnang semakin slow. Tapi sebagai blogger yang dari dulu pasang banner Nuffnang dan setiap bulan pun boleh cashout.. maka saya still setia dengan Nuffnang.

Oh ya.. Cetaphil Baby? Apa tu..

Cetaphil Baby adalah produk terbaru khas untuk mandian dan juga keperluan bayi comel. Cetaphil juga salah satu produk penyelamat kulit sensitif bayi. Kulit bayi lebih sensitif daripada kulit orang dewasa. Jadi, sebab itulah kulit bayi perlu dibersih dan dirawat. Memilih produk penjagaan kulit bayi yang selamat sangat penting.

Sedia maklum bahawa produk Cetaphil Baby ini sangat lembut, dan rangkaian produknya yang terbaru ini menghasilkan formula baru di mana bebas dari parabens, mineral oil dan juga pewarna untuk memberikan bayi anda penjagaan kulit yang optimum untuk setiap hari. Semua produk Cetaphil Baby mengandungi calendula organik yang menenangkan, berasal dari bunga marigold. Ekstrak ini telah digunakan selama berabad-abad untuk menenangkan kulit yang sensitif dan alergik. Dengan Cetaphil Baby, ia menjaga kulit bayi anda lebih lembut, licin, dan melembapkan.

Semoga produk Cetaphil Baby memberikan anda pilihan alternatif terbaik untuk penjagaan bayi anda dari hujung rambut ke hujung kaki.

2017/12/26

PV Blog Cecah 32 Juta Menjelang Tahun 2018

PV Blog Cecah 32 Juta Menjelang Tahun 2018. Pageview blog antara perkara yang jadi ukuran sesebuah blog samada ia dikunjungi oleh ramai pembaca atau sebaliknya. Walau ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa blog yang baik tak semestinya ada PV yang tinggi. Itu semua subjektif. Secara amnya.. saya suka jika blog itu ada PV yang tinggi dan terbaik dalam kelasnya.

Contohnya blog Tiffinbiru. Dahlah PV bagus, dalam masa sama blognya antara blog yang terbaik dalam kelas atau niche blog masakan. Dari zaman baru kenal blog tahun 2008, blog Tiffinbiru menjadi rujukan saya dalam menghasilkan perkongsian resepi.

PV Blog Cecah 32 Juta Menjelang Tahun 2018

PV Blog Cecah 32 Juta Menjelang Tahun 2018


Blog picisan saya yang diberi nama aynorablogs tidaklah gah mana. Saya menulis kerana minat dan kerana itu saya tulis tanpa henti dalam blog saya. Blog ini tetap akan saya aktifkan selagi hayat dikandung badan dan saya masih diizinkan bernafas di atas muka bumi ini.

Alhamdulillah.

Kerana minat menulis blog, Allah izinkan saya menerima PV sehingga lebih 32 juta iaitu setakat artikel ini ditulis.

Terima kasih.

Kepada anda semua yang menyokong saya secara senyap atau nyata.. kerana anda semua yang rajin berkunjung menjadikan blog ini menerima trafik yang tinggi setiap hari.

Apa lagi yang saya harapkan dari aynorablogs?

Dah tentu saya mahukan kejayaan demi kejayaan dapat digapai oleh blog kecil ini.

Kejayaan yang bagaimana tu?

Kalau boleh dan diizinkan Tuhan.. saya nak dapatkan income tetap dari blog ini melebihi RM2,000 sebulan. Jadi.. dengan cara itu saya dapat membuat simpanan peribadi dan capai target tabungan saya untuk tahun 2018.

Dan, saya juga berharap untuk mendapat pembaca setia yang sentiasa menyokong blog ini tak kira samada saya update entry setiap hari atau tidak..

Itulah harapan saya untuk blog ini. Semoga saya terus diberikan kekuatan dan diberikan ilham yang baik-baik untuk menyiarkan entri setiap hari.

Untuk anda semua yang saya sayangi. Terima kasih sekali lagi. Jazakallahu khairan kathira..

2017/12/24

Cara Elak Gangguan Jin Dan Syaitan Di Rumah

Cara Elak Gangguan Jin Dan Syaitan Di Rumah. Ada banyak cara nak elakkan kita dari gangguan jin dan syaitan, walau di mana kita berada. Cara paling mudah tentulah memulakan sesuatu pekerjaan dengan ucapan, "A'uzubillahi minassyaitoonirrajiim.." iaitu maksudnya aku berlindung dari gangguan syaitan yang direjam. Selain dari itu, ada perbuatan dan zikir tertentu yang Nabi ajarkan agar kita terselamat dari gangguan jin dan syaitan.

Cara Elak Gangguan Jin Dan Syaitan Di Rumah


Cara Elak Gangguan Jin Dan Syaitan Di Rumah


Di bawah ini adalah antara cara yang boleh dilakukan untuk elakkan gangguan jin dan syaitan ketika di rumah. Perlahan-lahan kita praktikkan hinggalah ia jadi kebiasaan yang diamalkan setiap masa.

1. Jangan sidai baju dalam bilik air . Setan akan masuk ke dalam baju tersebut. Bila kita pakai, kita yang kena.

2. Jangan biar baju disidai di luar berembun. Biarkan di luar, esok basuh balik baru jemur balik...nanti dia akan ikut masuk dalam rumah. Ambil sebelum maghrib.

3. Jangan biar nasi berteraburan di lantai. Jin akan makan. Seolah-olah kita menjemput mereka (jin/setan) masuk ke dalam rumah, habis makan malam bersihkan.

4. Jangan buka tingkap atau pintu waktu maghrib. Setan/jin akan masuk melalui ruang² yang terbuka.

5. Banyakkan bersedekah untuk hindar penyakit...termasuk penyakit hati, hasad dengki.

6. Berhenti seketika ketika perjalanan dalam waktu maghrib. Waktu maghrib merupakan zon merah, banyak setan berkeliaran. Singgah ke masjid atau kedai kopi.

7. Jangan biarkan anak main di luar rumah ketika waktu maghrib.

8. Jangan bercakap dalam tandas. Tandas rumah jin, umpama kita bersembang dengan dia.

9. Jangan kencing berdiri. Jin / syaitan yang disambar petir yang cacat akan sihat semula bila kena air kencing orang berdiri.

10. Tutup kepala bila buang air besar. Setan akan ambil najis dan lumur di atas kepala bila tidak ditutup.

11. Tutup makanan dan minuman ketika ditinggalkan. Memadai tutup dengan sudu dan baca bismillah..kalau tutup penuh lagi bagus. Setan akan berak & kencing dalam makanan yang terbuka lama.

12. Jangan makan makanan yang terbuka lama..sebab dah jadi makanan jin/setan

13. Jangan tidur kaki menghadap ke kiblat. Tidur mengiring ke kanan, badan dan muka hala ke arah kiblat..sihir mudah masuk kalau tidur kaki menghadap ke kiblat. ia akan masuk melalui kaki.

14. Jangan gantung gambar bernyawa dalam rumah.

15. Jangan pamerkan patung di dalam rumah.

16. Gunakan jam tawaf di rumah. Untuk dapatkan aura tawaf.
Ada 1 kes, gantung jam tawaf dalam rumah 3x jatuh, bila dikaji isterinya ada saka.

17. Amalkan ayat Manzil.

18. Pasangkan cd ayat Ruqyah & bacaan 30 juzuk.

19. Basuh pad wanita sebelum buang dalam tong sampah. Kalau tidak , jin suka makan darah.

20. Jangan makan/minum dengan tangan kiri.

21. Basuh pinggan makan selepas makan malam.

22. Sediakan semburan air yang telah di ruqyahkan untuk persiapan. Kalau ada apa² boleh digunakan.

23. Solat berjemaah dalam rumah bersama keluarga sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

24. Masuk rumah bagi salam, A'uzubillah, Bismillah hissami'il 'alim dan masuk menggunakan kaki kanan.

25. Jangan tidur di antara Asar dan Maghrib. Zon oren atau zon kecerdikan. Kalau tidur akan jadi lembap.

26. Peluk isteri suami setiap kali bangun pagi.

27. Peluk dan cium anak bila hendak keluar.

28. Bacakan Al-fatihah dan tiupkan di ubun-ubun anak² masa tidur dan niatkan .

29. Genggam beras. Selawat 3x, alfatihah 1x, kacau ikut tawaf masa setiap kali nak masak nasi. Niat . Untuk kebahagiaan.

30. Jangan makan organ dalaman binatang. Contoh hati.

31. Letak ais pada pipi sekali sekala . Zon himunisasi.

32. Mandi ais sekali skala . Mandi sebelah malam. Untuk keluarkan haba panas dalam badan dan kebaikan organ dalaman.

33. Mandi garam pagi dan petang.

34. Pakai wangian sebelum tidur, jin tak suka wangi²an.

35. Digalakkan berhubungan dengan suami/isteri 3x seminggu.

36. Dilarang berhubungan dengan isteri/suami dalam tandas.

37. Amalan zikir asma ul husna.

38. Makan kurma 1 hari 1 biji

39. Makan garam bukit setiap pagi. Garam untuk neutralkan asid dalam badan.

40. Baca doa untuk lembutkan hati suami/isteri..tiup kat ubun dan telinga dia.

41. Baca 3 kali Surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebelum tidur, 3 kali ayat qursi.

42. Baca bismillah 5, 3 kali sebelum makan. Bismillahillazi...terlindung dari santau.

43. Selawat nabi 3x pada nabi sulaiman ketika nak ambil​ daun pada waktu malam.

44. Pasang lampu ketika tinggalkan rumah, jangan biar gelap.

45. Segalanya serah pada Allah taala.. Tawakal pada Dia... berdoa setiap pagi waktu subuh. Insyaa Allah.. pertolongan Allah selalu dekat.

Diharap perkongsian di atas dapat membantu kita menambah ilmu yang bermanfaat kepada diri sendiri dan keluarga kita. Perkongsian di atas adalah dari Facebook dan saya siarkan semula dalam blog agar lebih ramai yang boleh baca dan kongsikan pula kepada orang lain.

Semoga kita semua dalam perlindungan Allah Azzawajalla.

Jadual Cuti Umum Tahun 2018 Untuk Anda Rancang Cuti Tahun Dengan Berhemah

Jadual Cuti Umum Tahun 2018 Untuk Anda Rancang Cuti Tahun Dengan Berhemah. Seperti biasa kedatangan tahun baru 2018 pasti disertai dengan kalendar dan jadual cuti umum yang baru. Jadual cuti umum 2018 di bawah adalah sebagai panduan anda untuk dapat menyusun cuti dengan betul dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pekerja.

Jadual cuti umum 2018 ini khas untuk panduan anda menyusun jadual cuti sepanjang tahun. Diharap selepas pulang bercuti dan berehat bersama keluarga, anda akan lebih produktif dan menyumbang tenaga dengan lebih berkesan kepada syarikat tempat anda bekerja. 

Jadual Cuti Umum Tahun 2018 Untuk Anda Rancang Cuti Tahun Dengan Berhemah

Jadual Cuti Umum Tahun 2018 Untuk Anda Rancang Cuti Tahun Dengan Berhemah


Berikut adalah cuti panjang dalam kalendar cuti umum Malaysia yang boleh dijadikan panduan untuk anda dan keluarga.


J A N U A R I

4 hari straight/ bersambung

30/12 (Sabtu) : Weekend
31/12 (Ahad) : Weekend
1/1 (Isnin) : Tahun Baru
2/1 ( Selasa) : APPLY CUTI

F E B R U A R I

5 hari straight/ bersambung

31/1 (Rabu) : Thaipusam
1/2 (Khamis) : Hari Wilayah
2/2 ( Jumaat) : APPLY CUTI
3/2 (Sabtu) : Weekends
4/2 (Ahad) : Weekends

4 hari straight/ bersambung

15/2 ( Khamis) : APPLY CUTI
16/2 (Jumaat) : Raya Cina
17/2 (Sabtu) : Raya Cina
18/2 (Ahad) : Weekend

M E I

4 hari straight

28/4 (Sabtu) : Weekend
29/4 (Ahad) : Weekend
30/4 : APPLY CUTI
1/5 (Selasa) : Hari Buruh

3 hari straight

26/5 (Sabtu) : Bulan puasa
27/5 (Ahad) : Bulan puasa
28/5 : APPLY CUTI
29/5 (Selasa) : Hari Wesak

J U N

5 hari straight

14/6 (Khamis) : APPLY CUTI
15/6 (Jumaat) : Hari Raya
16/6 (Sabtu ) : Hari Raya
17/6 (Ahad) : Weekend
18/6 (Isnin) : APPLY CUTI

S E P T E M B E R

4 hari straight

31/8 (Jumaat) : Hari Merdeka
1/9 (Sabtu) : Weekend
2/9 (Ahad) : Weekend
3/9 (Isnin) : APPLY CUTI

5 hari straight

8/9 (Sabtu) : Weekend
9/ 9 (Ahad) : Weekend
10/9 (Isnin) : Birthday Agong
11/9 ( Selasa) : Awal Muharram
12/9 (Rabu) : APPLY CUTI

4 hari straight

15/9 (Sabtu) : Weekend
16/9 (Ahad) : Weekend
17/9 (Isnin) : Hari Malaysia
18/9 (Selasa) : APPLY CUTI

N O V E M B E R

4 hari straight

3/11 (Sabtu) : Weekend
4/11 (Ahad) : Weekend
5/11 (Isnin) : APPLY CUTI
6/11 (Selasa) : Deepavali

4 hari straight

17/11 ( Sabtu) : Weekend
18/11 (Ahad) : Weekend
19/11 (Isnin) : APPLY CUTI
20/11 (Selasa) : Maulud Nabi

D I S E M B E R

4 hari straight

8/12 (Sabtu) : Weekend
9/12 (Ahad) : Weekend
10/12 (Isnin) : APPLY CUTI
11/12 (Selasa) : Birthday Sultan Selangor

4 hari straight

22/12 (Sabtu) : Weekend
23/12 (Ahad) : Weekend
24/12 (Isnin) : APPLY CUTI
25/12 (Selasa) : Krismas

Nota:

Catatan "APPLY CUTI" di atas adalah sekadar panduan. Tertakluk kepada tanggungjawab sendiri.

Namun begitu janganlah anda jadi tidak bertanggungjawab hingga sewenang-wenang apply cuti tanpa mengambil kira perasaan rakan-rakan lain dan menganggu tugasan hakiki anda untuk menyara keluarga tercinta.

2017/12/23

Resepi Kari Ikan Mamak Style Yang Sedap

Resepi Kari Ikan Mamak Style Yang Sedap. Kari ikan memang sedap. Ikan apa yang sedap masak kari? Alaa.. saya pakai beli aje.. semua pun sedap. Kalau nak ikan yang senang dapat dan agak murah sikit tentulah ikan kembung. Ikan selar kuning pun dah mahal sekarang ni. Resepi yang nak dikongsikan dalam blog kali ni adalah resepi kari ikan ala mamak atau mamak style. Saya ada kawan yang berketurunan mamak ni, dia kata kari ikan mamak boleh tahan lama. Tahan 3 hingga 4 hari kalau disimpan dengan betul. Tapi.. betul ke kari mamak tahan lama? Tanya je..

Resepi Kari Ikan Mamak Style Yang Sedap

Sedikit info.. masak kari ayam atau daging berbeza dengan masak Kari Ikan. Kari ikan biasa rasa masam sedikit untuk menghilangkan bau hanyir ikan tersebut. Ikan yang guna perlulah isi yang keras sedikit kalau boleh yang ikan ketul besar sedikit.

Semasa bersihkan ikan perlu ambil perhatian mengenai darah ikan dan bahagian perut ikan. Darah ikan di tengah tulang ikan perlu di buang dan dibersihkan. Darah ikan ini akan menyebabkan kari akan bertukar kehitaman. (darah Ikan ikut hukum sharie perlu dibersihkan dengan air dilalukan).

Biasanya ikut cara mamak, peramkan ketulan ikan dalam jus limau nipis/ asam jawa (acidic) dan garam sekurang-kurangnya 10 minit untuk menghilangkan alkoloid yang menyebabkan kehanyiran ikan. Ikan kalau diperam dengan jus limau nipis dan garam lebih segar isinya. Memang betul.. bagus petua dan info ni.. 

Resepi Kari Ikan Mamak Style Yang Sedap


Resepi asal : Ana Elianas
Telah diubah suai oleh : MaDiHaA aka Ratna
Disiarkan semula oleh: Aynorablogs

Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembung saiz besar (guna ikan lain pun boleh)
5 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu besar cili kisar/ serbuk cili

Bahan-bahan Kisar:

1 biji bawang besar
3-4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
sedikit lada hitam (letak 1 sudu kecik serbuk lada hitam)

Bahan-bahan Mayang/Kisar:

1 labu bawang besar dimayang halus
3 biji bawang putih

daun kari 2 tangkai (Jangan leraikan)
sedikit halba campur
air asam jawa lebihkan sedikit (boleh guna 2 sudu besar asam jawa + air ambil jusnya)
garam secukup rasa
air secukupnya untuk kuah

Bahan Rampai:

Terung bulat
Kacang bendi
Cili hijau
Buah tomato

Cara Menyediakan Kari Ikan Mamak Style Yang Sedap


1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dimayang/kisar dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan cili kisar, bahan mesin. Kemudian masukkan rempah kari ikan. Masukkan 2 tangkai daun kari. Jangan ceraikan daun tu.. sebab batang daun kari tu akan memberi aroma yang sedap pada kari kita. Masak sehingga hilang bau rempah tu... masukkan air jika rempah nampak kering.

2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yang ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yang disukai...masukkan garam.

3. Setelah mendidih, masukkan terung bulat. Masak sampai agak-agak terung lembut barulah masukkan bendi & ikan. Masakkan sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Paling akhir masukkan tomato. Rasakan apa yang kurang bolehlah ditambah. Bila bendi lembut bolehlah matikan api.Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kari Ikan Mamak Style Yang Sedap

Apa bezanya kari ikan style mamak dengan kari ikan ala Melayu? Hihi.. dapat tak jawapannya? Tentulah tahu kan.. kari ikan mamak tak letak santan. Kari ikan Melayu letak santan.. sebab itu kari ikan mamak style tahan lama. Lambat basi..

Selamat mencuba ya..

Cara Nak Tarik Minat Pembaca Kepada Iklan Yang Dipaparkan

Cara Nak Tarik Minat Pembaca Kepada Iklan Yang Dipaparkan Dalam Blog. Ada banyak iklan dalam blog tapi tak ada pula yang nak klik. Kalau iklan Adsense ada pasang 3, tak ada pun yang nak tengok info apa dalam tu.. dalam iklan yang terpapar. Iklan tak menarik ke? Atau iklan membosankan?

Jika anda ada blog dan tak ada income dari banner yang dipasang.. apa perlu anda buat? Buang banner iklan tu ke? Atau anda tukar bentuk iklan? Jangan berputus asa untuk meningkatkan income blog dengan memasang iklan yang boleh menambat hati pengunjung blog anda. Salah satu cara nak tarik minat pembaca tengok iklan yang kita pasang adalah dengan ubahsuai kod warna iklan anda agar seragam dengan warna utama blog anda. Contohnya, jika blog anda warna hijau, anda boleh ubah kod warna iklan Adsense anda bersamaan dengan warna utama blog anda. (Tapi saya tak buat sebab saya nak set default kepada warna iklan di blog.)

Cara Nak Tarik Minat Pembaca Kepada Iklan Yang Dipaparkan
Gambar hiasan

Cara Nak Tarik Minat Pembaca Kepada Iklan Yang Dipaparkan Dalam Blog


Memang susah hati bila income dari blog makin lama makin merosot? Rasa rugi pulak pasang iklan tapi tak ada yang masyuk..

Tapi ada cara nak bagi orang minat kat iklan yang kita pasang. Buat entri berkaitan iklan yang banyak keluar kebelakangan ini. Contohnya ada banyak iklan promosi kereta yang keluar dalam blog. Dari situ kita buat entri pasal kereta. Jadi ada kaitannya entri blog kita dengan iklan. Jadi, pembaca boleh klik dan tengok info yang berkaitan dengan kereta.

Warna iklan yang menarik dan iklan bergerak (gif format) lebih menarik perhatian. Jika pasang iklan di blog atau dalam artikel, letak iklan yang bergerak atau animasi. Baru terang mata orang tengok.. kan?

Iklan yang responsive juga mendatangkan income yang berbaloi kepada blog. Responsive maksudnya iklan atau banner yang dipasang akan respond kepada jenis gajet yang anda gunakan. Saiz boleh diubahsuaikan. So, pastikan anda pasang template responsive yang sesuai untuk sebarang iklan.

Oh ya.. jangan lupa untuk hadkan jumlah iklan dalam blog. Iklan yang banyak sangat akan membuatkan pembaca naik boring. Akhirnya mereka tak nak pun klik atau tengok info dalam iklan tersebut.

Itulah serba sedikit cara nak tarik perhatian pembaca pada iklan yang ada dalam blog kita. Kita tak boleh nak paksa orang klik iklan kita. Itu salah. Kalau boleh biar pembaca blog klik iklan kita kerana mereka minat dan nak tengok info tentang sesuatu produk yang diiklankan.

Semoga coretan di atas memberikan manfaat kepada anda semua terutamanya blogger yang kini menghadapi saingan dari pelbagai blog yang muncul dalam semalaman.  Semoga income blog anda semakin bertambah bila anda tahu caranya untuk tarik minat pembaca kepada iklan yang dipaparkan.

2017/12/21

Menang Hadiah Online Revolution Blogger Contest Oleh Lazada

Menang Hadiah Online Revolution Blogger Contest Oleh Lazada. Bagi blogger di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk menyertai sebarang contest yang dianjurkan oleh Lazada untuk terpilih sebagai pemenang. Jika tak join langsung tak ada chance nak menang. Betul tak? Lagi pula cara pemenang dipilih adalah secara random. Ada rezeki ada hadiah. Menang apa pun kategori tak apa, yang penting ada hadiah bagi setiap pemenang.

Seorang blogger haruslah berusaha untuk memberikan pengaruh yang baik kepada pembacanya. Jika anda buat review produk atau advertorial, buatlah dengan ikhlas dan sebarkan info yang betul tentang produk tersebut. Kalau anda review Lazada atau barangan yang dijual.. ceritalah sebenarnya tentang produk tersebut. Sebab review produk tak sama dengan anda buat sinopsis drama TV dan sebagainya. Review produk melibatkan kesan kepada orang lain. Jadi berhati-hatilah bila review produk ya..

Menang Hadiah Online Revolution Blogger Contest Oleh Lazada


Alhamdulillah.

Walau pemenang dipilih secara random, masih ada rezeki buat saya dan aynorablogs untuk dipilih sebagai pemenang 2nd prize online revolution blogger contest.

Menang Hadiah Online Revolution Blogger Contest Oleh Lazada

Itu yang namanya rezeki. Rezeki memang tak pernah alamat.
Menang Hadiah Online Revolution Blogger Contest Oleh Lazada

Sebagai pemenang 2nd Prize, saya dapat voucher Lazada bernilai RM150. Ada 15 orang yang diumumkan mendapat 2nd Prize tu..

Tahniah kepada semua pemenang. Jika anda nak dapat voucher percuma dari Lazada macam saya, rajinkanlah diri anda menyertai contest yang dianjurkan oleh Lazada.

Apa saya nak beli dengan voucher Lazada RM150 tu? Saya rasa nak beli jam tangan laa.. untuk bujang-bujang saya. Lagipun hujung tahun ni banyak sale yang dibuat oleh Lazada.

Oh ya, ketika artikel ini ditulis saya dah pun menerima email daripada Lazada tentang voucher percuma RM150 sebagai hadiah 2nd prize contest Online Revolution sedikit masa lalu. Tarikh luput voucher adalah 31 Disember 2018. Kalau kumpul banyak sikit mesti boleh beli barangan elektrik yang agak berjenama sikit. Hihi..

Oklah.. ini saja perkongsian saya tentang saya menang voucher Lazada RM150. Jangan lupa untuk join setiap contest yang dianjurkan oleh Lazada.

Selamat maju jaya dalam berblog!!

2017/12/20

Cara Hasilkan Entri Blog Setiap Hari

Cara Hasilkan Entri Blog Setiap Hari. Blogger yang berjaya tentulah seorang yang dapat menyampaikan artikel atau entri blog yang boleh memberikan manfaat dalam jangka panjang. Biar entri kita tak ada nilai hot spot atau viral gosip yang membuang masa.. tetapi kita tetap menulis untuk menyampaikan. Itulah tujuan blogger sebenarnya. Zaman sekarang komuniti blogger semakin disenangi oleh banyak pihak. Sebab itu blogger dipanggil media influencer. Blogger memang amat kuat pengaruhnya.

Sebagai seorang blogger yang komited, kita mesti menulis dan terus menulis. Jangan berhenti sekerat jalan. Kita ada tanggungjawab yang mesti dilaksanakan untuk menyampaikan maklumat terbaik untuk manfaat orangramai.

Jika sesekali anda hilang fokus untuk menulis blog.. sentiasa jenguk blog sendiri untuk mengembalikan fokus dan mood anda. Dari situ lihat sejarah perkembangan blog anda dan tengok entri-entri lama. Insyaa Allah.. anda akan dapat mood semula.

Cara Hasilkan Entri Blog Setiap Hari


Cara Hasilkan Entri Blog Setiap Hari


Baiklah. Jom baca cara saya hasilkan entri blog setiap hari walau dalam keadaan yang agak sibuk. Kerana saya dah anggap blog adalah kerjaya kedua saya yang memberikan pulangan setiap bulan.

1. Buat Draf Idea Walau Sepatah Perkataan


Rekod atau catit terus apa yang terlintas di fikiran. Jangan kata, "nantilah", "esok lusa", tak ada mood dan sebagainya. Tulis blog ni macam tulis novel. Ada idea datang terus tulis atau letak dalam draf. Walau hanya sepatah perkataan sebagai keyword. Jangan pernah berlengah.

2. Berblog Menggunakan Handphone


Salah satu cara nak galakkan anda tulis entri setiap hari adalah menulis atau update blog dengan menggunakan handphone. Sekarang kan dah mudah. Internet dan wifi merata-rata. Terfikir nak update blog, terus online dari handphone. Macam saya. Kebanyakan entri blog saya update dari handphone. Cepat dan senang. Tak perlu nak cari kerusi meja nak menaip. Tak perlu nak on atau off komputer. Dengan berbaring pun anda dah boleh update blog.

3. Rajin Blogwalking Ke Media Sosial Seperti Twitter, Pinterest, Tumblr


Yeah!! Yang ni selalu saya buat. Tengok gambar cantik-cantik di media sosial membolehkan idea untuk update entri selalu datang. Alhamdulillah.. belum kering idea lagi. Kalau lihat tips kesihatan bergambar, kita kembangkan gambar itu menjadi sebuah entri yang padat dan penuh info. Tambah info pada gambar yang berkaitan. Senang kan?


4. Rajin Membaca Sebarang Bahan Bacaan


Lagi satu, kena rajin baca bahan bacaan secara online atau pun offline. Baca akhbar, baca kisah pengajaran, baca dunia gosip dan sebagainya. Baca dan baca.. sampai dapat ilmu dan anda boleh kongsikan cara anda pula di blog. Buat penambahan info dan kongsi cara dan buah fikiran anda terhadap sesuatu isu.

5. Blogwalking ke blog-blog lain


Lagi satu yang sering saya buat adalah blogwalking ke blog-blog yang jarang-jarang kita pergi. Caranya.. bila ada bloglist dalam sesebuah blog, cuba singgah di blog tersebut. Pasti ada sesuatu yang lain yang boleh berikan idea kepada anda untuk menulis entri di blog.

Lain-lain cara anda boleh tambah sendiri. Ada 1001 macam peristiwa yang berlaku setiap hari. Dari situ pun kita boleh jadikan bahan untuk update blog. Kadang-kadang mendengar lagu di radio pun boleh datangkan ilham menulis di blog.

So, apalagi? Mulakan langkah anda sekarang. Jangan biarkan blog anda sepi tanpa entri baru kerana kelebihan yang anda ada itu boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya.

2017/12/19

Jika Kau Pernah Merasa Rugi, Renungkanlah!

Jika Kau Pernah Merasa Rugi, Renungkanlah! | Jangan pernah engkau galau tak berhenti sedangkan engkau tak tahu pun adakah engkau rugi atau untung? Apakah cubaan yang engkau rasai membuatkan engkau menyesal sedangkan itu adalah permulaan jalan baru kepada engkau yang telah Tuhan rencanakan? Jika kau pernah merasa rugi.. hentikanlah! Entahkan tangisanmu sekarang adalah tanda engkau akan dihadiahi pelangi berwarna warni hingga membuat kamu tersenyum? Lalu apa lagi yang hendak kamu sangsikan?

Tanda kamu beruntung adalah ketika kamu mampu membuat seisi alam tersenyum bersamamu. Tanda kamu beruntung tentulah jalan kelilingmu dihadirkan sahabat-sahabat dan teman yang membawa kamu ke jalan yang benar. Dan apa lagi yang diharapkan untuk kamu amat beruntung adalah.. kurniaan akhir hidup yang baik dan ketika kamu tidak menyusahkan sesiapa. Hadirnya kamu membawa kebahagiaan kepada yang memerlukan.

Jika Kau Pernah Merasa Rugi, Renungkanlah!


Adalah hal biasa jika kau melihat perahu di atas air, namun bahaya bila melihat air dalam perahu. Maka engkau boleh berada di hati dunia tapi jangan kau tempatkan dunia didalam hatimu.
                          
Jika kau pernah merasa rugi sesuatu yang tidak pernah kau sangka suatu hari, maka sesungguhnya Allah akan memberimu rezeki suatu hari yang tidak pernah kau kira akan memilikinya.

Optimislah saat segala urusan terasa sulit bagimu, kerana Allah telah bersumpah dua kali, "Sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan, sesungguhnya sebuah kesulitan bersama kemudahan."

Aku takjub kepada hati yang menerima kesakitan dengan diam, dan menilai kesalahan orang lain dengan niat yang baik.

Ketika kau meyakini bahawa setelah  kesengsaraan adalah sebuah kebahagiaan dan setelah air mata yang mengalir adalah senyuman, maka sesunggunhnya kau telah melaksanakan ibadah yang amat agung iaitu berprasangka baik kepada Allah.

Jika sakitnya dunia membuatmu lelah maka janganlah bersedih, barangkali Allah ingin mendengar suaramu dalam doamu. Dan jangan kau tunggu kebahagiaan untuk tersenyum, namun tersenyumlah sehingga kau bahagia. Mengapa kau berfikir banyak sedangkan Allah adalah yang Maha Mengatur. Mengapa gundah akan sesuatu yang tidak kita ketahui sedangkan segala sesuatu Allah sudah tahu. Oleh kerana itu tenanglah kerana engkau selalu berada pada pengawasan Allah yang Maha Menjaga. Dan ucapkan dengan hatimu sebelum dengan lisanmu. Aku serahkan segala urusanku kepada Allah.

Jika kau tidak tahu alamat rezekimu. Janganlah takut. Kerana rezeki Allah tahu dimana alamatmu. Jika kau tidak boleh sampai kepadanya. Nescaya dia akan sampai kepadamu.

Jika kita membalas keburukan dengan keburukan maka bila keburukan ini akan berakhir?!
Allah berfirman,"Dan barangsiapa yang memaafkan dan memperbaiki maka pahalanya ada di sisi Allah."

Ketika kita lewat masuk kerja, kita masuk dengan kepala tertunduk dan suara yang lesu kerana malu kepada majikan; maka apakah kau merasakan hal yang sama saat kau terlambat dalam solat dan berdiri di hadapan Allah ?!!!

Jangan kau iri kepada seorang pun kerana sebuah nikmat, kerana kau tidak tahu apa yang telah Allah ambil darinya. Dan janganlah bersedih kerana sebuah musibah, kerana kau tidak tahu apa yang akan Allah hadiahkan untukmu. Allah berfirman, "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang diberikan pahala tanpa dikira kira."

Jika Kau Pernah Merasa Rugi, Renungkanlah!

Bukan semua kejatuhan adalah sebuah pengakhiran, kerana turunnya hujan adalah awal yang paling indah.

Dahulu aku menangis kerana aku berjalan tanpa alas kaki, namun akhirnya aku berhenti menangis saat aku melihat lelaki tanpa kedua kakinya.. maka selalu ucapkanlah Alhamdulillah pada setiap keadaan.

Pada suatu hari kau akan menemukan bahawa kesedihanmu akan menyelamatkanmu dari neraka dan kesabaranmu akan memasukkanmu kedalam syurga.

Di antara keajaiban manusia adalah, dia merasa resah mendengarkan nasihat dan terdiam saat mendengarkan keburukan.

Jangan biarkan manusia mengetahui sesuatu darimu melainkan kebahagiaanmu, dan jangan sampai mereka melihat kesedihanmu kecuali senyummu.

Kehidupan bertanya kepada kematian:

Mengapa manusia mencintaiku dan membencimu?
Maka maut menjawab:
"Kerana kau adalah kebohongan yang indah, sedangkan aku adalah kenyataan yang menyakitkan."

Kita tidak tahu setelah Allah merahmati kita, apalagi yang boleh membuat kita masuk syurga???
Apakah itu rukuk atau sedekah, atau air yang kita berikan, atau keperluan orang beriman yang kita tunaikan, atau doa, ataukah zikir kita??
- maka beramallah dan jangan mempertikaikan!!!

Letakkan sedikit perasaan pada akalmu agar dia lembut. Dan letakkan sedikit akal pada perasaanmu agar dia lurus.

Jika semua urusanmu terasa sempit maka di dalam Al Qur'an ada syurgamu.
Dan jika kesendirianmu menyakitimu, maka ke langit kirimkan doamu.
Dan jika mereka bertanya tentang khabarmu maka katakan; Alhamdulillah dan tersenyumlah.

Semoga perkongsian di atas dapat dijadikan renungan di saat kita rasa "down" terhadap sesuatu. Mungkin ada yang buat kamu rasa tertekan hari ni, maka renungilah kata-kata motivasi dan inspirasi di atas. Jika anda pernah rasa rugi terhadap sesuatu sebelum ini, renungkanlah!! Dan berharaplah yang indah-indah. Dan, ditutup umur kita semua dalam keadaan husnul khatimah,

Aamiinn Allahumma Aamiinn.. 😍😍😍

2017/12/16

Terima Income Pasif Dari Mobicow Setiap Bulan

Terima Income Pasif Dari Mobicow Setiap Bulan. Hai bloggers dan pembaca di luar sana. Banyak yang blog ini alami sepanjang tahun 2017 dan samada ia sebuah kejayaan atau kegagalan.. blog harus terus diaktifkan. Insyaa Allah.. selagi berdaya.. saya akan terus berblog. Berkaitan tajuk artikel tentang Mobicow.. saya paparkan income pasif dari blog yang saya perolehi melalui Mobicow.. sebuah pengiklanan mobile. Jika blog anda banyak dilayari dari pengguna smartphone atau mobile.. anda boleh letak iklan Mobicow ni. Daftar free saja. Tak kena bayar pun.

Mobicow menggunakan perkhidmatan Paypal dan wire transfer untuk membuat pembayaran kepada para Publisher mereka.

Jika guna Paypal, minima payout adalah USD5.00. Kalau guna Wire Transfer.. minima payout adalah USD1,000.00, kalau tak silap. Pada mulanya saya guna wire transfer tapi kemudian tukar kepada Paypal.

So, setiap bulan saya dapat income pasif dariapada Mobicow, Adsterra dan Popcash. Semuanya dibayar dari akaun Paypal saya.

Terima Income Pasif Dari Mobicow Setiap Bulan


Anda boleh tengok sendiri income pasif yang saya dapat dari Mobicow untuk tempoh sepanjang tahun 2017. Paling sedikit saya dapat adalah dalam bulan ini (Disember 2017) iaitu berjumlah USD6.60. Sepanjang memasang iklan Mobicow sejak pertengahan tahun 2016, saya telah terima income pasif sebanyak USD619.61.

Gambar print screen di bawah adalah income Mobicow untuk tempoh dari August hingga Disember 2017.
Terima Income Pasif Dari Mobicow Setiap Bulan

Gambar di bawah adalah income dari Mobicow untuk tempoh December 2016 hingga Julai 2017.

Terima Income Pasif Dari Mobicow Setiap Bulan

Anda nak daftar Mobicow dan dapat income pasif macam saya? Boleh daftar terus ke MOBICOW.

Jika blog anda ada banyak trafik cecah puluh ribu sehari.. anda memang sesuai pasang iklan Mobicow ni. Tak susah pun. Cuma ambil code yang diberikan dan install dalam template anda.

Semoga coretan dapat memberikan anda sedikit info untuk menjana income pasif dari Mobicow. Selamat maju jaya.

Resepi Sayur Kobis Goreng Dengan Ayam

Resepi Sayur Kobis Goreng Dengan Ayam. Ini kali pertama saya terfikir nak goreng sayur kobis dengan ayam. Ayam tu kira macam cincang kecil atau potong dadu. Biasanya saya masak sayur kobis dengan udang. Itu pun sedap.

Lagi satu.. kali ni saya tumis kobis dengan cili merah atau cili boh. Kalau selalu guna cili padi, kita cuba tukar pulak. Guna cili boh pun sedap. Warna sayur anda ada warna kemerahan sikit. Kalau kurang pedas, boleh je campak sebatang dua cili padi yang diketuk. Baru kaww...

Resepi Sayur Kobis Goreng Dengan Ayam


Resepi Sayur Kobis Goreng Dengan Ayam

Bahan-bahan:

1/2 buku kobis - hiris halus
1 mangkuk kecil isi ayam - potong dadu
2 sudu makan cili boh/ cili kisar
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sudu makan perisa maggie secubit rasa
Sedikit sos tiram
Garam dan gula secukupnya
1 tangkai daun sup sebagai hiasan

Cara menyediakan kobis goreng dengan ayam


1. Tumiskan cili, bawang merah & bawang putih hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan ayam, biarkan hingga isi ayam dah masak kekuningan.

3. Masukkan sos tiram. Perisakan dengan perencah maggie secubit rasa. Bila kurang rasa masin baru tambah garam dan gula, ikut suka.

4. Akhir sekali baru masukkan kobis anda tadi. Gaul rata.

5. Taburkan dengan daun sup sebagai hiasan.

Resepi Sayur Kobis Goreng Dengan Ayam

Resepi kobis goreng dengan ayam dah pun siap. Boleh hidangkan dengan lauk lain jika suka. Rasa kobis yang rangup menimbulkan selera bila dimakan dengan nasi putih panas. Makan dengan ikan kerisi goreng. Hmm.. sedapnya.

Selamat mencuba resepi ringkas iaitu sayur kobis goreng dengan ayam, pasti sedap.

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al Waduud

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al-Waduud iaitu Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan. Allah Maha Menyayangi hambaNya dan membantu menyatukan pertelingakahan.

Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Sesungguhnya Dia-lah Allah, Tuhan yang memiliki kebesaran dan kekuatan dalam menyempurnakan permohonan hambanya. Jadi, berdoa lah dengan bersungguh-sungguh agar Allah berasa belas dan kasihan akan kita, akan ketidakupayaan kita..

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al Waduud

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | Al-Waduud 


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Hakiim

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Yaa Waduud = 1,000 kali setiap hari


Ertinya : Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.

a) Bagi menghentikan segala persengketaan danmenjalinkan kasih sayang antara suami isteri, bacalah ‘Ya Waduud’ 1,000 kali, lalu ditiup kepada makanan dan dibawa makan bersama, InsyaAllah akan berhasil.

b) Amalkan zikir ‘Ya Waduud’ sebanyak 11,000 kali pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, dikabulkan segala hajatnya dan akan dicintai orang.

Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Hakiim


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.

TARBIYATUL AULAD | BELI SINI

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com 

2017/12/15

Apakah Produk Affiliate Yang Benar-Benar Membawa Income Kepada Blog

Apakah Produk Affiliate Yang Benar-Benar Membawa Income Kepada Blog. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai program affiliate. Ada yang suka promote produk digital atau dikenali sebagai ebook. Bahan-bahan bacaan anda kena print sendiri. Biasanya harga ebook tak lah mahal tetapi anda boleh simpan produk digital tu dengan mudah. Hanya simpan dalam komputer pun dah okay. Kalau nak selesa baca, print dan kompilekan. So.. pilihan cara nak baca ebook terpulang kepada masing-masing.

Jadi affiliate marketer mudah aje. Nak daftar pun free. Tak kena bayar. Bila anda dapat jual melalui link dan nombor ID affiliate anda, anda akan dibayar komisen. Komisen produk ebook amatlah lumayan. Besar tau.. ada tu sehingga 70%. Banyak kan? Contohnya kalau harga ebook itu RM100.00, anda dibayar komisen sebanyak RM70.00 untuk satu ebook. Tak nak ke??

Apakah Produk Affiliate Yang Benar-Benar Membawa Income Kepada Blog

Tapi lain orang lain kepakarannya. Lain orang lain rezekinya. Jika anda power buat copy writing.. anda mungkin boleh jual produk ebook. Cari saja mana-mana vendor yang jalankan program affiliate.. daftar dan terus boleh jana income.

Macam saya kebolehan saya adalah mempromosikan produk sebenar yang boleh dipegang dan dirasa produknya. Itu kebolehan saya dan itu juga berkaitan dengan niche blog saya juga.

Apakah Produk Affiliate Yang Benar-Benar Membawa Income Kepada Blog?


Lain orang lain jawapannya. Jikalau anda percaya dengan keupayaan produk digital.. anda boleh cuba. Tetapi bagi blog saya.. produk affiliate yang betul-betul mendatangkan hasil adalah daripada produk pakaian muslimah dan buku.

Saya cuba jual produk digital seperti ebook tetapi hasilnya agak kurang memberangsangkan.

Antara produk yang saya join sebagai affiliate marketer dia orang adalah..

1. Tudung Sicomel
2. Sweet Muslimah
3. Bookcafe

Yang lain-lain saya join jugak tetapi sebagai tambahan duit poket je.. mungkin sebab pengunjung blog saya adalah kebanyakan wanita.. maka mereka agak berhati-hati membeli produk digital. Contohnya ebook. Tapi kalau saya promote buku, tudung dan baju muslimah.. ramai yang berminat. Setiap bulan pasti ada sales.

Namun, ikut pengalaman jika produk fizikalnya ada.. bukan ebook.. komisen yang diberikan lebih kecil berbanding produk ebook.

Contohnya.. seperti di bawah;

Tudung sicomel - 15%
Sweet Muslimah - 10%
Bookcafe - 5 hingga 7% ikut pencapaian

Ini kerana produk-produk fizikal ini memerlukan kos operasi yang tinggi berbanding produk digital seperti ebook.

Apakah Produk Affiliate Yang Benar-Benar Membawa Income Kepada Blog

Secara kesimpulannya apakah produk affiliate yang paling sesuai dipromosikan oleh blog anda? Jawapannya bergantung kepada apa niche blog korang. Walau ada yang berjaya juga tanpa bergantung kepada niche blog.. ia kena dilakukan dengan usaha promosi yang berkali ganda. Copy writing yang power dan boleh cengkam sales!! Jika anda adalah blogger part time macam saya, buat affiliate marketer untuk produk fizikal lagi berbaloi.

Selamat mencuba. Pasti ada jalannya.

Poh Kong Tranz Koleksi Emas Terbaru Tahun 2017

Poh Kong Tranz Koleksi Emas Terbaru Tahun 2017. Siapa yang tak kenal dengan Kedai Emas Poh Kong. Poh Kong memiliki kedai rangkaian runcit terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 100 cawangan di seluruh negara. Poh Kong Group, pusat perhiasan sehenti, dari pengeluar hingga peruncit emas, perhiasan dan batu permata, membezakan produknya dengan memenuhi empat prinsip perniagaan utama iaitu kualiti, nilai, kepercayaan dan pilihan.

Yang terbaru adalah koleksi Tranz. Tranz, jenama yang berkaitan dengan inspirasi dan seni reka bentuk, adalah jenama barang kemas emas pertama dan terkemuka dalam kelas emas 22K di Malaysia.

Warna nature hangat yang kini mewakili identiti Tranz amat menarik dan merupakan seni keindahan jenis baru berdasarkan kecerdasan, pencapaian sebenar dan rasa keperibadian yang kuat.

Setiap karya pereka adalah karya seni; hasil daripada proses kreatif, penyelidikan dan pembangunan Poh Kong, dan kawalan kualiti yang ketat dalam proses pembuatannya. Pereka perhiasan emas Tranz menawarkan penghargaan sebenar sebagai sekeping pelaburan dengan kualiti emas premium, konsep reka bentuk, inovasi bahan, pengerjaan emas halus dan dasar satu harga; semua kualiti yang memikat walaupun dari ukiran barang kemas yang paling teliti. Tranz datang dalam empat tema reka bentuk clasic, nature, love, dan duet.

Poh Kong Tranz Koleksi Emas Terbaru Tahun 2017


Collection Classic mempunyai kepingan tandatangan yang diambil dari garis ultra bersih dan bentuk asas, yang sangat teliti seninya dan reka bentuk. Bentuk-bentuk yang tegas yang telah menimbulkan ujian masa mengungkapkan keyakinan dan gaya tersendiri. Digabungkan dengan keindahan grafik dan kesederhanaan semata-mata, setiap kepingan Classic menangkap intipati keindahan abadi dan daya tahan abadi.

Poh Kong Tranz Koleksi Emas Terbaru Tahun 2017

Nature Collection ini memberi penghormatan kepada Nature dan reka bentuk cerdiknya yang menghiasi alam sekitar di mana kita hidup. Misteri alam semulajadi dan rahsia-rahsia yang terbaik telah dibongkar dan dihidangkan dalam reka bentuk indah koleksi ini.

Poh Kong Tranz Koleksi Emas Terbaru Tahun 2017

Koleksi Love (gambar bawah) pula adalah kanvas yang dibekalkan oleh alam semula jadi dan bersulam dengan imaginasi, memberi inspirasi kepada banyak barang kemas yang indah. Memakai Cinta menyukai api keinginan, merebak sayap semangat, dan memberi anda keberanian untuk menaklukkan semua. Dan kerana Cinta paling penting, romantik reka bentuk jiwa, meletakkan senyuman di bibir anda dan menjadikan jantung anda muda lagi.

Poh Kong Tranz Koleksi Emas Terbaru Tahun 2017

Melepaskan minat semangat gaya individu anda dengan Koleksi Duet, koleksi untukmu dan untuknya. Menampilkan cetakan haiwan ke atas emas, gaya visceral dibawa ke tahap kecanggihan yang seterusnya. Daya tarikan Duet terletak pada corak yang berbeza yang memancarkan kuasa dan kekuatan.

Poh Kong Tranz Koleksi Emas Terbaru Tahun 2017

Inilah koleksi terbaru Poh Kong Tranz yang amat memikat dan menarik. Jika anda berminat untuk dapatkan salah satu koleksi Tranz, bolehlah tengok-tengok di cawangan Poh Kong berhampiran anda. 

Bacalah Zikir Dan Selawat Sebelum Tidur

Bacalah Zikir Dan Selawat Sebelum Tidur. Insyaa Allah anda akan di jaga dalam tidurmu. Selalu baca ayat Kursi pun bagus, Allah akan turunkan Malaikat menjagamu sewaktu tidur. Membaca zikir dan berselawat sebelum tidur adalah cara kita bersedia menemui "mati sementara." Tidur ibarat mati. Semua anggota badan kita tidak bertindakbalas dengan benda hidup. Sebab itu, sebelum tidur mengucaplah 2 kalimah syahadah. Agar kita diberikan tempat terbaik di sisiNya jika umur tak panjang.

Bacalah Zikir Dan Selawat Sebelum Tidur

Bacalah Zikir Dan Selawat Sebelum Tidur
Antara bacaan zikir dan selawat kepada baginda Rasulullah SAW adalah seperti berikut, boleh ikut cara yang disertakan di bawah.

1. Membaca surah al Ikhlas - 3 kali

Surah al ikhlas dalam rumi: Qul huwallah hu Ahad, Allahus somad, Lam yalid walam yuulad, Walam yakul lahuu kufuwan Ahad.

2. Berselawat ke atas Nabi - Allhumma solli ala sayyidina Muhamamd - 3 kali

3. Beristighfar - Astaghfirullah hal'aziim - 3 kali

4. Bertasbih - 3 kali

Subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah Allahu Akbar, Walaahaw lawala quwwataillah billah hil 'aliyyul a'ziim

Membaca selawat, berzikir dan mengamalkan surah al ikhlas sebelum tidur besar pahala dan ganjarannya. Anda boleh baca macam-macam artikel yang berkaitan yang telah saya himpunkan dalam TAZKIRAH. Boleh klik pada menu di atas ya. Lagi satu dengan mengamalkan selawat dan zikir dan ayat-ayat al Quran.. ia juga merupakan satu terapi untuk kita sentiasa bersedia sebelum menuju kepadaNya.

Salam tazkirah. Semoga bermanfaat.

2017/12/14

Lindungi Keluarga Daripada Gangguan Sihir Dengan Surah Yassin Dan Al Jin

Lindungi Keluarga Daripada Gangguan Sihir Dengan Surah Yassin Dan Al Jin. Al Quran dan sunnah adalah penyuluh hidup. Menerangkan yang gelap. Menyembuhkan yang sakit dengan izin Allah jua. Sebagai hambaNya yang beriman dan percaya kepada al Quran sebagai kitab yang akhir.. maka amalkanlah hidup bersandarkan kepada al Quran. Al Quran adalah ubat kepada penyakit kecuali maut. Ya mati! Tiada ubatnya.

Dalam amalan perubatan islam, cara rawatan hanyalah berdasarkan ayat-ayat al Quran dengan cara peraturan yang sesuai. Solat hajat, solat taubat, dan bacaan al Quran serta zikir menjadi asas rawatan. Jangan percaya kepada rawatan tradisional yang tidak diketahui kesahihannya. Berhati-hati bila anda rasa tak sedap hati tentang sesuatu perkara. Bila badan dah rasa lain macam, rasa kebas pada anggota tertentu. Selain tanda-tanda sakit buah pinggang, jantung dan kencing manis.. ada kemungkinan anda terkena sihir.
Lindungi Keluarga Daripada Gangguan Sihir Dengan Surah Yassin Dan Al Jin

Lindungi Keluarga Daripada Gangguan Sihir Dengan Surah Yassin Dan Al Jin


Cuba check.... adakah anda punya tanda tanda gangguan sebegini? Jika ya.. ada kemungkinan anda terkena sihir. Na'auzubillah.

🔴 Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.

🔴 Kusut fikiran.

🔴 Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.

🔴 Mengigau ketika tidur.

🔴 Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

Jika ya..... berjumpalah dengan ustaz yang boleh merawat....

Pastikan anda lakukan perkara-perkara berikut sebagai usaha lindungi ahli keluarga anda daripada gangguan sihir.

✔ Dengarkan ayat Al Quran secara terus... terutamanya surah al-Baqarah, yasin, as-Saffat, ar-Rahman, ad-Dukkhan dan surah al-Jin tidak kurang daripada enam jam setiap hari.

✔ Jaga solat pada waktunya & sentiasa berzikir.

✔ Baca surah Yasin ketika berada di tempat pembaringan dan tidur mengiring sebelah kanan dalam keadaan berselimut, baca doa tidur & mengucap.

Semoga perkongsian ilmu di atas sedikit sebanyak memberikan kita maklumat dan berusaha jika ditimpa musibah. Setiap apa yang berlaku kepada diri kita ada sebabnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Sebagai hambaNya yang beriman.. kita boleh berusaha dengan sedaya upaya kita.

Cara Membina Azam Terbaik Untuk Tahun Baru

Cara Membina Azam Terbaik Untuk Tahun Baru. Untuk mencipta azam baru, anda kena ada cara. Kena ada ilmu untuk jadikan azam anda kenyataan. Jangan biarkan azam tahun baru anda terperuk ditakuk lama. Jangan ulangi azam yang setiap tahun anda buat tapi tak pernah berjaya. Kalau nak cipta azam biarlah bersungguh-sungguh. Azam tahun baru adalah perkara yang hebat dan besar yang kita boleh buat agar kehidupan kita di tahun baru lebih bermakna. Lebih banyak kejayaan dapat dikecapi bila anda membina azam tahun baru. Dengan semangat baru, anda pasti mengharapkan tahun baru nanti anda tidak lagi berada ditakuk lama.

Cara Membina Azam Terbaik Untuk Tahun Baru

Lihat diri anda sebentar. Tahun ini. Apa anda dah capai. Tahun baru nanti apa yang nak dicapai. Itulah azam baru yang anda ciptakan. Buat SATU azam baru pun tak apa asalkan ianya mampu memberikan kepuasan kepada diri sendiri.

Azam baru saya di tahun baru? Insyaa Allah.. saya nak cabar diri untuk simpan duit RM1000 setiap bulan dan buang tabiat suka membazir beli barang secara online.😎😎😎 

Cara Membina Azam Terbaik Untuk Tahun Baru


Nak bina azam tahun baru, tak kisahlah tahun baru Hijriah atau Masihi mestilah sebuah azam yang fleksibel dan ikut kemampuan.

Lihat perkara-perkara berikut untuk membina azam terbaik untuk tahun baru.

1. Agamamu


Cuba muhasabah diri. Ambil masa bertenang dan bersendirian dengan TuhanMu. Lihat dalam diri. Tanya iman di dada. Di penghujung tahun ini, apakah pencapaianmu dalam islam. Apakah kejayaanmu dalam menambah iman dan amalan. Bagaimana zikir dan taubatmu? Jadi, mari bina azam tahun baru untuk meningkatkan amalan dan berusaha menjadi seorang muslim yang terbaik kepada Sang Pencipta. Azam yang dibina? Apa kata kita berazam untuk memberi derma/ sedekah setiap bulan dan ditolak dari gaji sendiri? Mampukah?


2. Ilmu Pengetahuan


Ilmu yang sentiasa berkurangan jika tidak dicari dan digali. Gali duit anda dapat duit dan duit pun habis. Gali ilmu dan memperluaskan pengetahuan menjadikan kita semakin pandai mengurus duit-duit tersebut. Jadi, bina azam tahun baru untuk menambah ilmu pengetahuan. Kalau anda berniaga, pergilah sertai kursus-kursus yang berkaitan. Jika anda seorang pekerja pejabat, sentiasa bertanya dan belajar kerja-kerja rakan anda. Katakan pada diri, paling tidak ada ilmu pengetahuan baru yang anda dapat setiap bulan. Tingkatkan diri dengan ilmu menjadikan anda bertambah positif dan yakin menjalani kehidupan sepanjang tahun.


3. Kewangan


Bina azam dari segi kewangan? Maksudnya mengurus wang anda dengan bijak, berjimat mungkin.. dan pastikan anda dapat menyimpan setiap bulan. Buat azam baru di tahun baru bahawa anda nak simpan duit setiap bulan. Jumpa kerani HR anda dan kata anda nak tolak duit gaji dan simpan sejumlah wang ke dalam ASB atau TABUNG HAJI. Ikut suka anda.


4. Tempoh Masa


Buat azam baru biarlah realistik. Maksudnya anda bina azam tahun baru biarlah ada had masa tertentu. Jangan drag azam anda sampai tiada penghujung. Contohnya anda bina azam nak kurus atau turun berat badan sebanyak 10 kg dalam tempoh 3 bulan. Jadi, dalam tempoh tersebut anda semak adakah azam tahun baru anda tercapai? Jika gagal, ubah cara untuk mencapai azam anda itu.


5. Azam Yang Logik


Bina azam tahun baru berdasarkan kemampuan dan yang logik. Anda berazam nak beli Lamborghini tapi sebenarnya anda pun macam saya yang kerja makan gaji. Adakah azam baru untuk tahun baru itu akan tercapai? Kan macam tak logik tu. Apa kata anda yang nak buat azam tahun baru.. buatlah azam dengan mengukur baju di badan sendiri. Faham kan?

Setelah melihat perkara-perkara di atas.. barulah anda simpulkan satu azam atau pun dua yang mampu anda jadikan ia satu kenyataan. Jangan sekadar buat azam membuta tuli tanpa anda lihat kemampuan diri sendiri.

2017/12/11

Koleksi Aneka Kata-Kata Indah Dan Renungan Versi Bergambar

Koleksi Aneka Kata-Kata Indah Dan Renungan Versi Bergambar. Kata-kata indah memang selalu menjadikan kita terinspirasi tetapi sebaliknya juga bagus dijadikan renungan sebagai pengajaran hidup. Namun begitu, jangan jadikan diri anda insan yang lemah seolah tidak ada masa depan dan jangan jadikan diri anda angkuh seolah anda yang empunya segala di muka bumi ini. Jadiah insan yang rasional dan berpijak di bumi nyata.

Kata-kata yang indah terkadang boleh membawa senyum kepada pembaca atau pendengarnya. Kata-kata yang indah juga kadang kala tidak secerah yang kita gambarkan.

Contohnya.. "Teringin nak jadi insan paling sabar dalam semua perkara. Tetapi diri ini cuma manusia biasa, ada hati ada perasaan. Sampai masanya, lemah."

Koleksi Aneka Kata-Kata Indah Dan Renungan Versi Bergambar

Begitulah gambarannya. Orang yang mengolah kata-kata indah tak semestinya hidupnya pun indah jua. Adakala dibalik kekuatan yang dia lakarkan dalam kata-kata, dia cuba mengunci kekuatan dalam dirinya. Memujuk diri sendiri untuk sekuat itu, setabah kata-katanya.

Kata-Kata Indah Dan Renungan Versi Bergambar


Saya kongsikan kata-kata indah yang boleh dijadikan renungan bersama, semoga kita menjadi insan yang lebih positif dalam kehidupan.

Memang benar orang kata,
Fikir yang baik-baik, buat yang baik-baik, bersangka baik sesama makhluk.. insyaa Allah persekitaran yang baik dan positif sentiasa menyelubungi hidup anda.

Dengarlah kata bidalan... "Saat jadi pemarah, kau telah kalah. Saat jadi pembenci, nuranimu telah terkunci. Saat jadi pendendam, kebenaran telah padam. Lenyapkanlah api kemarahan, hati akan kembali tenang."


Sebagaimana kata petikan di bawah, "Kita kongsi benda baik bukan nak tunjuk baik atau sudah baik. Tapi kerana kita mahu jadi BAIK."


Jangan di lupa.. "KINDNESS is more than deeds. It is an attitude, an expression, a look, a touch. It is anything that lifts another person."


Dalam mengorak langkah, jangan rasa diri cukup ilmu di dada. Jangan angkuh memandang orang lain tidak sempurna. Kita semua sebenarnya semakin berkurangan dari sehari ke sehari.

"Tambahlah amal, kerana umur selalu berkurang. Waktu yang kusesali adalah jika pagi hingga matahari terbenam, amalku tidak bertambah sedikitpun. Padahal aku tahu saat ini umurku berkurang." - {Ibnu Mas'ud RA.}


Ada cahaya dalam setiap kegelapan. Ada jalan dalam setiap masalah. Ada kebahagiaan dalam setiap keikhlasan. Ada harapan dalam setiap DOA.


Dalam ketenangan jangan lupa berdoa, "Ya Allah. Jadikanlah sebaik-baik umurku di penghujungnya dan sebaik-baik amalku di akhirnya, dan (jadikanlah) sebaik-baik hari-hariku di hari ketika aku bertemu denganMu."


Maka, lihatlah TIGA TANDA BAHAGIA dalam dirimu..

1. Bersyukur ketika diberi nikmat
2. Bersabar ketika ditimpa musibah (cubaan)
3. Memohon ampun pada Allah ketika telah terjerumus dalam dosa


Selalu lah memohon petunjuk dari Allah.. "Barangsiapa yang memiliki kesungguhan untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan yang lurus."


Dah lihatkah sejauh dan seberapa jauhkah dirimu? Allah SWT berfirman, "Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri. Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang." - Surah Az Zumar, ayat 53.


Jangan menyerah sayang.. katakanlah dengan tekad, sebagaimana tabahnya Maryam ketika menghadapi fitnah.. "sedangkan aku bukanlah orang yang merasa kecewa dalam memohon kepadaMu." - Surah Maryam,19:4.


Akhir kata bukan yang terakhir kalinya aku berkata.. "TRUST doesn't come with a refill. Once it's gone, you probably won't get it back and if you do, it will never be the same and that's a fact."

Koleksi Aneka Kata-Kata Indah Dan Renungan Versi Bergambar

Berkata-kata indah dan bermadah helah memang agak mudah tetapi menzahirkan apa yang telah tertulis terkadang amat payah. Tulisan yang indah akan dikongsi oleh ramai orang dan menginspirasi banyak pihak. Dalam nukilan yang dipinjam, dan disiarkan semula dengan cara saya.. tiada lain yang diharapkan. Agar semuanya kembali indah dan kalian yang membaca motivasi dan renungan kata di atas mampu menterjemah kehidupan kalian di atas kanvas yang cantik lagi murni.

Salam motivasi, Aynora Nur