Header Ads

Dato' Seri Alif Syukri Akhirnya Mengalah Dengan Kecaman Netizen?


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Dato' Seri Alif Syukri Akhirnya Mengalah Dengan Kecaman Netizen?
Dato' Seri Alif Syukri Akhirnya Mengalah Dengan Kecaman Netizen? Aduhai.. apalah nasib dengan Dato' Seri Alif Syukri. Lagu-lagunya sentiasa dapat kecaman netizen dan persatuan bawang semalaya.. (kihkih..), yang terbaru kena tempias tentulah lagu BOBO DI MANA?? Saya tengok video dia orang kat youtube pun sekali imbas je. Sebab tak ada faedahnya, maka saya tutup je. Tak de like atau dislike. Tak mahu melibatkan diri. Kalau benda baik, boleh jugak kita share kan. Tapi benda kurang baik dan tak elok, baik tutup cepat-cepat. Jangan sebar-sebarkan.. nanti kita juga yang bersubahat. Tak nak gitu kan??

Selepas dapat kecaman bermacam-macam, ada yang siap ajak boikot bisnes beliau, akhirnya Dato' Seri Alif Syukri dah mengalah dengan netizen ke? Ada pula nak buat lagu nasyid. Lepas tu ugut pula netizen kalau video nasyidnya tak jejak berjuta-juta view dari persatuan bawang semalaya ni.. dia akan salahkan mereka semua. Ehh.. betul ke kami tulis tu, macam belit-belit ayat. Haha..

Dato' Seri Alif Syukri Akhirnya Mengalah Dengan Kecaman Netizen?


Cuba dengarkan lagu nasyid dari Dato seri dan Datin. Rujuk video di bawah. Dengar sikit pun macam dah syahdu je, macam lagu raya pun ada...

Dengar sedikit lirik tu, lagu nasyid ni pasti mengajak kita semua.. netizen yang suka membawang juga.. untuk merapatkan hubungan kekeluargaan sesama kita. Itu pendapat kami la..

https://youtu.be/pQzGEL68V-M


So, boleh dengar dan hayati mesej yang nak disampaikan ya..

Semoga ujian dan dugaan yang dihadapi keluarga ini juga menjadi pengajaran kepada kita semua. Insyaa Allah.

1 comment:

  1. Dato ni aku rasa baik concentrate ngan biz saja lah, mkin dia nak jd retis, mkin pelik dibuatnya. Aku natural je tgk dia ni

    ReplyDelete

Please comment with courtesy..

Powered by Blogger.