Header Ads

Khasiat Timun Yang Ramai Tak Tahu!


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Khasiat Timun Yang Ramai Tak Tahu!
Khasiat timun. Saya suka makan timun kalau dibuat rojak nenas. Kalau setakat makan timun semata-mata, memang nak menempah bala jawabnya! Sebab saya memang alah pada timun, kerana timun adalah sayuran sejuk yang boleh akibatkan tindakbalas tidak baik pada badan yang kurang sihat? Iya ke? Tetapi setahu saya timun banyak khasiatnya. Tak caya ke?

Khasiat Timun Yang Ramai Tak Tahu!
Gambar hiasan diambil dari blog PakLongDin
Timun adalah sejenis sayuran yang paling banyak khasiatnya. Makan timun juga boleh menurunkan jumlah kalori dalam tubuh.

Timun sejenis sayuran yang mudah dihidangkan, dibuat sayur, dimakan sebagai ulam-ulaman dan juga sebagai hiasan pada masakan.

Inilah Khasiat timun, jom baca:


  1. Pengambilan setiap hari membantu mengawal ekzema, artritis dan gout.
  2. Memberi kelegaan kepada masalah ulser, gastriks dan pedih ulu hati.
  3. Bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah paru-paru, perut dan dada.
  4. Mengurangkan masalah tekanan darah rendah – ibu mengandung yang ada masalah ini, mungkin boleh cuba.
  5. Menghadamkan protein – mengandungi enzim Erepsin
  6. Menghalang masalah kuku kerana kaya dengan mineral.
  7. Mengurangkan bengkak pada mata – hiris timun dan letak di mata.
  8. Bersifat diuretik, menyejuk dan membersih – baik untuk kulit.
  9. Boleh disapu ke muka untuk mengurangkan kepanasan dan radang kulit.
  10. Dapat melegakan mata yang tertekan terutamanya ketika cuaca panas terik.
  11. Rambut tak nak tumbuh? Cuba campurkan timun dengan jus lobak merah, kubis dan bayam. Ia dipercayai mampu menggalakkan pertumbuhan rambut. Campuran jus timun dengan lobak merah juga dipercayai bagus untuk masalah reumatik.
Khasiat di atas adalah himpunan daripada bacaan di internet dan juga majalah kesihatan. Jika korang kurang faham dengan istilah-istilah kesihatan yang terselit kat atas tu, boleh cuba google laman web kesihatan. Insya'Allah, ada penerangannya.

p/s: Dalam hati tengah plan nak buat rojak timun dengan nenas, mungkin juga boleh buat ubat...

2 comments:

  1. Kat rumah cheq ni ada tanam pokok timun sepokok. Laju pokok timun ni berbuah, walaupun sepokok ja. Tanam dalam pasu ja, banyak buahnya keluar, menjadi sungguh. Alhamdulillah 😄

    ReplyDelete
  2. Suka mkn timun sbagai ulaman, kekdg if rajin baru buat lah juice.

    ReplyDelete

Please comment with courtesy..

Powered by Blogger.