Header Ads

Jenis-Jenis Karbohidrat Yang Buat Cepat Kurus


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Jenis-Jenis Karbohidrat Yang Buat Cepat Kurus
Jenis-Jenis Karbohidrat Yang Buat Cepat Kurus. Dalam info sihat kali ini, kami akan share tentang jenia makanan karbohidrat yang buat cepat kurus. Makan dalam jumlah yang betul, anda akan cepat kurus tanpa rasa lapar pun..

Terdapat 2 jenis karbohidrat utama, iaitu ringkas dan kompleks.

1. Karbohidrat Ringkas


Merujuk kepada gula ringkas yang terdapat di dalam kek, gula-gula, biskut, makanan diproses, atau air bersoda. Gula putih, dijuga dianggap sebagai kabohidrat ringkas. Gula ringkas boleh didapati di dalam susu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Gula ringkas mudah menyerap ke dalam darah. Gula ringkas menyebabkan insulin lebih cepat meningkat. Dari masa ke semasa, disebabkan tekanan yang lebih kepada pankreas boleh membawa kepada penyakit kencing manis yang juga membawa masalah seperti kegemukkan, masalah jantung, kekangan tangan dan kaki(boleh membawa kepada pemotongan), dan juga masalah penglihatan yang kabur.

2. Karbohidrat Kompleks


Karbohidrat kompleks mengambil lebih masa untuk menguraikannya dalam badan. Makanan bijian sempurna adalah contoh karbohidrat kompleks seperti oats. Kebanyakkan sayur-sayuran, seperti keledek merupakan sumber baik dari karbohidrat kompleks. Kompleks karbohidrat memberi tenaga lebih lama masa berbanding karbohidrat ringkas. Karbohidrat kompleks lebih sihat dari karbohidrat ringkas.

Jenis-Jenis Karbohidrat Yang Buat Cepat Kurus


Dalam gambar di bawah adalah jenis karbohidrat yang buat cepat kurus.

Jenis-Jenis Karbohidrat Yang Buat Cepat Kurus

1. Ubi kentang/ keledek
2. Spaghetti
3. Bunga Kobis
4. Beras Perang
5. Quonia
6. Roti wholemeal

Apabila kita amalkan diet, masukkan makanan di atas sebagai salah satu menu anda yang perlu di ambil setiap hari dalam jumlah yang mencukupi.

Karbohidrat perlu untuk tubuh sebagai sumber tenaga. Jika badan kurang karbohidrat pun tak bagus. Badan akan jadi lemah dan lembik. Tak bermaya. Jadi, ambillah karbohidrat yang boleh cepat kurus seperti keledek, spaghetti dan beras perang.

Selamat berdiet. Untuk hidup lebih bersemangat.

1 comment:

  1. Hi menarik content. lets blogwalking and click ads. done follow u, follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/ . thanks

    ReplyDelete

Please comment with courtesy..

Powered by Blogger.