Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/10/31

Panduan Sistem Permohonan Online Rumah Impian Bangsa Johor

Sistem Permohonan Online Rumah Impian Bangsa Johor. Pejabat Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor terletak di Bangunan Larkin Sentral, Johor Bahru dan Sistem Online Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor telah ditambahbaik selaras dengan keperluan sistem.

Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) merupakan sebuah pertubuhan yang telah didaftarkan pada 14 Julai 2016 dengan objektif utama iaitu memberi kemudahan dan bantuan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan masyarakat dalam pelbagai segi bagi mereka yang layak dan memerlukan.

Panduan Sistem Permohonan Online Rumah Impian Bangsa Johor


Permohonan dibuka untuk mereka yang telah memohon di dalam Sistem E-Mohon Yayasan Sultan Ibrahim Johor diantara 22 Mac 2017 sehingga 28 Februari 2018 yang lalu. Hanya pemohon yang melepasi saringan pemilihan pertama boleh mengisi maklumat permohonan lanjut melalui sistem 'online' tersebut.

Semua permohonan akan diproses melalui Sistem Online Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor yang akan dibuka secara rasmi pada 31  Oktober 2018. Pemohon-pemohon boleh melengkapkan maklumat pendaftaran mereka dengan mengakses laman web rasmi YSIJ yang baharu (www.sijf.my) selepas perasmian disempurnakan.

Cara mohon rumah impian bangsa Johor


1. Tekan butang DAFTAR

Borang seperti di bawah akan terpapar

Sistem Permohonan Online Rumah Impian Bangsa Johor

Buat sampai habis, kemudian tekan butang DAFTAR AKAUN

Nama anda telah selamat didaftarkan.

PERINGATAN!!

Permohonan di atas hanya sah untuk mereka yang membuat pra-mohon pada 22 Mac 2017 hingga 28 Februari 2018.

Jika anda tak pernah mendaftar pada tarikh tersebut, anda akan disekat terus ketika membuat daftar akaun di atas.


KRITERIA PEMOHON YANG TELAH DITETAPKAN OLEH DYAM SULTAN JOHOR


1. Pemohon perlu terdiri daripada rakyat Johor

2. Pendapatan seisi rumah di bawah RM5,000

3. Bukan anak sulung atau anak tunggal

4. Tidak pernah memiliki hartanah sendiri sebelum ini

5. DYMM Sultan Johor mahu pengagihan yang adil kepada seluruh kaum Melayu, Cina dan India. Baginda mahu membina semangat kemasyarakatan

CIRI-CIRI RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR


1. Rumah teres satu tingkat berserta tiga bilik tidur dan dua bilik air

2. Harga seunit bermula daripada RM70,000

3. Rumah teres dua tingkat berserta tiga bilik tidur dan dua bilik air

4. Harga seunit berharga bawah daripada RM200,000

Jenis-jenis rumah yang ditawarkan:


BANDAR DATO ONN

Antara jenis rumah yang akan dibina ialah:

 Jenis A (Banglo 2 tingkat)
- Berkeluasan 39’x59’
- Mempunyai 29 unit
- 3 Bilik tidur
- 2 Bilik air

Jenis B (Rumah Kluster 2 Tingkat)
- Berkeluasan 39’x49’
- mempunyai 156 unit
- 3 Bilik tidur
- 2 Bilik air

Jenis C (Rumah Kluster 2 Tingkat Berkembar)
- Berkeluasan 37’x49’
- Mempunyai 100 unit
- 3 Bilik tidur
- 2 Bilik air

Jenis D (Rumah Teres 2 Tingkat)
- Berkeluasan 19’x57’
- Mempunyai 203 unit
- 3 Bilik tidur
- 2 Bilik air


BANDAR BARU MAJIDEE

1. Pangsapuri 12 tingkat , 1,000 kp, jumlah unit = 320

Kepada anda yang layak memohon berdasarkan kriteria di atas, diucapkan tahniah. Saya tak layak sebab tak daftar pada tempoh tersebut dan dah tak layak sebab dah ada rumah.

Selamat berjaya.


Rahsia Tarikh Lahir Dengan Nombor 4

Rahsia Tarikh Lahir Dengan Nombor 4. Anda mungkin lahir pada 4 haribulan Januari, atau 24 haribulan Februari. Jadi, apakah rahsia tarikh lahir anda itu yang ada nombor 4. Bagaimana personaliti anda. Dalam artikel ringkas ini, saya sengaja berkongsi tentang rahsia tarikh lahir dengan nombor 4 yang mungkin sedikit sebanyak ia ada kena mengena dengan kita. Namun, jangan ambil serius perkara ini, ia sekadar tambahan info santai yang boleh kita baca sebagai tambahan bacaan kita.. hehe, no hard feeling okay!

Rahsia Tarikh Lahir Dengan Nombor 4

Jika anda lahir pada tanggal 4, 14 atau 24.. yang ada nombor 4 dalam tarikh lahir anda.. saya share kan sedikit kupasan tentang kekuatan, kelemahan mereka yang lahir dengan tarikh lahir nombor 4 di dalamnya. Jika diselidik, ada kebenarannya kajian ini walau saya tak pasti siapa yang mengolahnya atau menyelidiknya.


Rahsia Tarikh Lahir Dengan Nombor 4


Nombor Tarikh Lahir: 4


Kekuatan:

Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.

Kelemahan:

Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara.Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.

Apa yang perlu dipelajari:
1) Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
2) Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
3) Berterus teranglah dalam sesuatu perkara

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 4:

Antara golongan orang ternama yang lahir yang mempunyai nombor 4 di dalam tarikh kelahirannya adalah Bill Gates, Alex Ferguson, Margaret Thatcher, Arnold Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan dan ramai lagi.


Sumber:

2018/10/30

Senarai Cuti Umum Johor Tahun 2019

Senarai Cuti Umum Johor Tahun 2019. Tahun 2018 ada lagi 2 bulan nak habis, dan akan datang tahun 2019. Tahun baru dengan keazaman baru. Dengan datangnya tahun 2019, saya kongsikan senarai cuti tahun 2019 negeri Johor untuk kemudahan dan perancangan cuti tahunan kita bersama keluarga tersayang.

Sebagaimana diketahui, cuti hujung minggu di Johor jatuh pada hari Jumaat dan sabtu, so.. ada sedikit berbeza dengan negeri-negeri yang cuti hujung minggunya jatuh pada hari Ahad. Jadi, ada cuti yang jatuh pada hari Jumaat akan digantikan pada hari Ahad. Dulu agak pening nak sesuaikan keadaan ini, kami bekerja swasta manakala anak-anak bersekolah pula. Kena bijak merencana cuti sekeluarga..  

Senarai Cuti Umum Johor Tahun 2019


Di bawah ni, disertakan cuti umum tahun 2019 bagi kemudahan kita semua. Cuti umum ni tertakluk perubahan dari semasa ke semasa.


Catatan:

* Tertakluk kepada pindaan
** Hari Kelepasan Am Negeri

Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.

Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya.

Sumber

2018/10/29

Resepi Kupang Masak Lemak Cili Api Dengan Daun Kunyit Yang Sedap

Resepi Kupang Masak Lemak Cili Api Dengan Daun Kunyit Yang Sedap. Sedapnya lauk kupang masak lemak cili api. Sampai berebut abang dan adik makan, sebab kedua-duanya suka kupang. Kupang antara makanan laut yang dah jarang nak jumpa, kalau nak order pun kena cakap awal-awal pergi kat pasar. Kalau tidak, memang jarang ada stok.

Kupang banyak khasiatnya. Antaranya, tinggi kandungan kalsium - meningkatkan protein yang membentuk rawan. Juga, mengurangkan risiko dan boleh menyembuh penyakit sendi (arthritis), gout dan radang sendi yang sudah haus akibat penggunaan, kecederaan dan kecacatan yang diwarisi.


Resepi Kupang Masak Lemak Cili Api Dengan Daun Kunyit Yang Sedap

Resepi Kupang Masak Lemak Cili Api Dengan Daun Kunyit Yang Sedap 


Di bawah ni saya share resepi kupang masak lemak cili api, kalau nak buat ikut je stepnya.. mudah sangat.

Resepi Kupang Masak Lemak Cili Api Dengan Daun Kunyit Yang Sedap


Bahan-bahan

● 1/2 kilo Kupang
● 1 biji santan kelapa
● 2 batang serai dititik
● 2 keping asam keeping
● 1 sudu serbuk perasa ayam
● Garam secukup rasa
.
Bahan-bahan dikisar lumat: 

● 1 biji bawang besar
● 3 ulas bawang putih
●1 sudu kecil serbuk kunyit
● 1 inci halia
● 1 biji cili padi merah
● 3 biji cili padi hijau
● 1 biji cili merah
● 1 tangkaiu daun kunyit - hiris kasar
● Air secukupnya
.

Cara memasak kupang lemak cili api:


1. Basuh kupang sehingga bersih.

2. Laraskan api sederhana dan masukkan santan dalam periuk.

3. Kacau sebentar dan masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah ditambah air. Masukkan serbuk perisa ayam, asam keping, dan garam secukupnya.

4. Selepas itu bolehlah dimasukkan kupang dan kacau rata. Masak sehingga kuah mendidih dan kupang masak.

5. Taburkan hirisan daun kunyit ke dalam masakan. Biar seketika. Matikan api.

Kupang masak lemak cili api anda siap untuk dihidangkan. Masak dengan kulit kupang sekali menimbulkan rasa yang lebih sedap. Rasanya berbeza berbanding anda masak dengan kupang yang telah dibuang kulitnya.

Namun lain orang lain caranya. Boleh je buat kedua-dua cara. Nak buang kulit atau tidak. Yang penting jaga kebersihan masakan anda.

2018/10/27

Panduan Mengisi Borang Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor

Cara Daftar Applikasi Sistem Permohonan Rumah Johor - Kerajaan Negeri Johor telahpun membuka pendaftaran kepada seluruh rakyat Johor khasnya untuk memiliki rumah mampu milik pada harga-harga tertentu dan sesuai untuk golongan tertentu mengikut kelayakan masing-masing.

Kategori Rumah Mampu Milik Negeri Johor

1. Rumah Kos Rendah Kategori 1 - Harga RM25,000-00
2. Rumah Kos Rendah Kategori 2 - Harga RM28,000-00
3. Rumah Kos Rendah Kategori 3 - Harga RM30,000-00
4. Rumah Kos Rendah Kategori 4 - Harga RM35,000-00
5. Rumah Komuniti Johor Pakej A - Harga RM42,000-00
6. Rumah Komuniti Johor Pakej B - Harga RM80,000-00
7. Rumah Mampu Milik Johor - Harga Dari RM120,000 - RM220,000-00

Panduan mengisi borang permohonan rumah mampu milik Negeri johor

  • Baca dengan teliti dan ikut kenyataan berikut.
  • Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan jelas.
  • Borang permohonan dan SALINAN DOKUMEN yang dilampirkan perlu JELAS agar permohonan TIDAK DITOLAK
  • Permohonan tidak akan diproses sekiranya maklumat didapati PALSU
  • Setiap permohonan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00
  • Pastikan setiap bayaran yang dibuat diakui terima dengan RESIT RASMI
  • Tempoh sah pendaftaran ADALAH 5 TAHUN dan boleh mendaftar semula selepas tamat tempoh
  • Setiap perubahan/kemaskini maklumat hendaklah dirujuk ke Pentadbiran ini



Cara Daftar Applikasi Sistem Permohonan Rumah Johor

1. Isikan maklumat anda sebagai pemohon


2. Isikan maklumat penuh pasangan anda (jika telah berkahwin). Jika belum ada ikatan tidak boleh membuat permohonan bersama.


3. Isikan maklumat alamat surat menyurat yang betul dan juga nombor telefon yang boleh dihubungi. Jika nombor telefon PALSU, mungkin permohonan akan ditolak.


4. Masukkan butiran peribadi anda seperti jantina, tarikh lahir, keturunan dan sebagainya. Anda juga perlu memasukkan maklumat perihal gaji anda dan pasangan. Tujuannya untuk mengukur kelayakan anda memperolehi jenis-jenis rumah yang ditawarkan. Gaji maksimum yang layak memiliki sesuatu jenis rumah yang berkenaan adalah RM6,000 untuk pendapatan isirumah.


5. Akhirnya, selepas mengisi semua maklumat, sila sahkan borang anda dengan memasukkan kod pengesahan yang dipaparkan. Kemudian, tekan butang HANTAR PERMOHONAN. Anda selesai!



SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia, menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas.
2. Berkahwin / bujang layak memohon
3. Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
4. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
5. Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ
6. Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon
7. Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah dihantar ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/BATAL
8. Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.


SYARAT PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR

Berikut Pemilihan Kategori Rumah Bagi Rumah Kos Rendah (RKR) / Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) / Rumah Komuniti Johor (PKJ A & PKJ B) / Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
KATEGORIHARGA RUMAHHAD PENDAPATAN
RKR 1RM 25,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 2,000.00
RKR 2RM 28,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 2,000.00
RKR 3RM 30,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 3,000.00
RKR 4RM 35,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 3,000.00
RKSR 5RM 50,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 3,500.00
PKJ ARM 42,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 3,000.00
PKJ BRM 80,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 4,500.00
RMMJRM 120,000.00 hingga RM 220,000.00Pendapatan tidak melebihi RM 6,000.00

**Sumber

p/s: Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan terus ke alamat berikut: erumah.johor.gov.my

2018/10/26

4 Perkara Yang Boleh Mengangkat Darjat Seseorang Walaupun Ilmunya Kurang

Empat Perkara Yang Boleh Mengangkat Darjat Seseorang Walaupun Ilmunya Kurang. Sebab itu ada peribahasa orang putih yang berbunyi, "don't judge a book by its cover." Betul tak? Kekadang nampak luarannya sangat educated tetapi akhlaknya di mana? Adakah di hati atau di kaki? Ni contoh je.. sebab dalam zaman ini ramai sangat yang suka judge orang lain dan berprasangka membuta tuli.

Lagi satu, buanglah sifat suka bergossip. Orang kata "membawang". Kerana sikap ini tak datangkan kebaikan pun kepada diri kita dan orang sekeliling kita. Ada 4 perkara yang boleh mengangkat darjat seseorang di sisi Allah, yang sudah semestinya membawa kebaikan kepada semua pihak.

Antaranya adalah sikap pemaaf. Pahala yang cukup besar juga menanti mereka yang bermaafan. Kelebihan yang ketara, adalah hilangnya penyakit stress dan tekanan dalam diri manusia.

Empat Perkara Yang Boleh Mengangkat Darjat Seseorang Walaupun Ilmunya Kurang


Mari kita lihat apakah 4 perkara itu yang mampu mengangkat darjat seorang hamba di sisi TuhanNya.

1. Pemaaf


Orang yang mudah memaafkan memang tinggi darjatnya di sisi Allah.

4 Perkara Yang Boleh Mengangkat Darjat Seseorang Walaupun Ilmunya Kurang

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima), ALLAH Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al-Baqarah: 263)

Memang amat jelas kalam Allah dari surah al Baqarah di atas. Pemaaf amat tinggi kedudukannya di mata Allah. Kemaafan yang diberi dengan ikhlas akan menimbulkan suasana harmoni dan masyarakat yang positif. Insyaa Allah, akan datang hikmah yang tak terhingga apabila kita hidup dalam kelompok rakan dan sahabat yang saling bermaafan.

2. Pemurah


Banyak bersedekah, pemurah adalah ciri seorang mukmin yang sederhana dan sentiasa bersyukur. Ada rezeki banyak, lebihlah sedekahnya. Jika hari itu rezekinya setakat RM1.00, separuh dia akan beri jika ada orang yang betul-betul memerlukan pertolongannya. Orang macam inilah orang yang tinggi darjatnya. Dia sentiasa bersyukur dan tahu nilai sedekahnya yang sedikit itu amat besar di sisi Allah. Satu dia beri hari ni, pasti Allah akan balas berganda-ganda kemudiannya. Maknanya.. amalkan konsep memberi dulu untuk mendapatkan apa yang kita inginkan.

3. Merendah Diri


Subhanallah. Orang yang kaya raya tetapi amat merendah diri tentulah mendapat tempat istimewa di sisi Allah. Walau kurang ilmu, tetapi bersikap humble atau merendah diri terhadap orang lain, maka dialah orang yang tinggi darjatnya. Sentiasa bersederhana dalam berurusan dengan orang lain, tidak dengki dengan kejayaan orang lain dan sentiasa bercakap dengan penuh berhemah. Orang beginilah yang disayangi oleh ramai orang.

4. Baik akhlaknya


Mukmin yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya. Orang yang baik akhlaknya dipandang tinggi di sisi Allah. Orang yang baik akhlaknya juga menyenangkan hati, mudah disayangi dan sentiasa menjaga silaturrahim dengan persekitarannya.

Daripada Aishah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seseorang Mukmin itu dapat mencapai orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang sunat di tengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia.”- (Riwayat Abu Daud)

Justeru itu, rebutlah peluang untuk mempraktikkan apa yang dikongsikan di atas demi menjadi hamba kesayangan Tuhan, yang menjadi insan yang menyenangkan orang lain. Sentiasa membawa aura positif kepada persekitarannya. Semoga kita semua menjadi insan yang terpilih.

2018/10/25

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2018

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM Tahun 2018. Peperiksaan bertulis SPM tahun 2018 akan bermula pada 13 November 2018 . Selamat berjaya kepada semua calon SPM. Ingatlah.. anda membawa harapan para guru dan amanah dari ibubapa. Lakukan dengan terbaik. Fokus, sabar menghadapi soalan peperiksaan yang susah. Semoga anda semua diberikan idea dan ilham-ilham yang baik dan menjawab dengan betul sepertimana dikehendaki oleh skema jawapan.

Peperiksaan Bertulis SPM 2018 akan bermula pada 13 November 2018 dan berakhir pada 14 Disember 2018. Ada lebih kurang 1 bulan ia berlangsung.

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2018

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM Tahun 2018


Saya sertakan jadual waktu peperiksaan bertulis sebagai rujukan kepada ibubapa dalam usaha memberikan semangat dan sokongan kepada anak-anak yang menduduki exam.

Klik Untuk Jadual Waktu - Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2018 

AMARAN PEPERIKSAAN/PENTAKSIRAN

Calon yang menduduki peperiksaan di dewan/bilik peperiksaan dilarang: 

1. membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, Kenyataan Kemasukan Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan. 

2. menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan. 

3. mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain. 

4. memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan. 

5. menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain. 

6. menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan. 

7. menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon. 

8. membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 

9. membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan. 

Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. 

Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:- 

1. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan; 
2. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan; 
3. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal.

Harap calon SPM 2018 dapat baca semua peraturan di atas dan tidak melakukan perkara yang melanggar peraturan yang ditetapkan. 

Selamat berjaya kepada semua calon SPM 2018! 

2018/10/24

Tips Buat Kek Pisang Sukatan Cawan Sampai Jadi Sedap Dan Cantik Coraknya

Tips Buat Kek Pisang Sukatan Cawan Sampai Jadi Sedap Dan Cantik Coraknya. Stress kan bila buat kuih tak jadi seperti dalam gambar yang orang lain buat. Cuba banyak kali pun tak jadi. Jangan putus asa, ada je caranya yang boleh anda usahakan lagi. Cuba tukar resepi orang lain pulak, mungkin cara chef A tak sama dengan chef B. Barang dan bahan yang digunakan juga mempengaruhi hasil kuih kita tu.. 

Contohnya jenis loyang digunakan, kepanasan oven atau api, jenis telur dan sebagainya. Kalau kali pertama cuba resepi, jangan derhaka  ya! Kena ikut sebiji-sebiji apa kehendak resepi. Insyaa Allah jadi. Yang tak jadi sesuatu resepi tu sebab kita sesuka hati tukar resepi macamlah kita dah pakar sangat. Haha..

Mehlah baca tips nak buat kek pisang yang cantik coraknya dan gebu gebas tak ingat dunia!!

Kek pisang gebu dan cantik coraknya

Tips Buat Kek Pisang Sukatan Cawan Sampai Jadi Sedap Dan Cantik Coraknya
Kek pisang panas dari oven

Tips Buat Kek Pisang Sukatan Cawan Sampai Jadi Sedap, Gebu Dan Cantik Coraknya


Nah, ini tipsnya yang saya kongsikan dari Group Masakan yang boleh korang cuba..

1. Bila nak buat kek pisang, guna pisang emas. Pisang emas lenyek je, baru jadi corak cantik macam biasa kita makan kat hotel-hotel tu.. bila adunan dah sebati, biar sekejap, baru kukus. 

Di bawah ni lah rupa pisang emas.. 


Tips Buat Kek Pisang Sukatan Cawan Sampai Jadi Sedap Dan Cantik Coraknya
Pisang emas - sumber Google

2. Guna loyang yang sesuai dengan sukatan bahan resepi ya. Barulah kek pisang anda jadi gebu gebas dan sesedap rasanya. Hehe

Ni haaa.. saya kongsi lagi resepi kek pisang yang moist dan sangat sedap..

Resepi kek pisang mudah dan sedap, gebu halus dan lembut


Resepi 1:


3 biji telur..
200 gm minyak masak
200 gm gula semua ni di blender..
Masukkan 150gm pisang berangan dan blander lagi tuang dalam mangkuk..
150 gm tepung gandum..
1 sudu teh soda bikarbonat
Masukkan tepung dan soda yang telah di ayak dan kacau sebati
Bakar loyang 8x8 selama 45 minit dengan suhu 180 celcius

Resepi 2:


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
**ayak semua dan satukan**

4 biji pisang berangan (kalau tak de, gantikan dengan pisang emas dalam 7-8 biji)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula (nak lagi sedap separuh gula putih, separuh gula perang)
3 biji telur
** blend semua**

Cara penyediannya

1-. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.

2-. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.

3-. Alaskan loyang dengan kertas minyak,(Nina pakai loyang petak size 8inch). Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1 jam atau sehingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak) . Kalau kukus, dalam 45 - 50 minit.
4-. Dah sejuk sedia dihidangkan…

Selamat mencuba..

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al Mu'iid

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa al Mu'iid| Al-Mu'iid iaitu Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya. ~ sumber safiqolbu

Allah SWT memang yang berhak menerima puji-pujian atas segala kekuasaan dan kasih sayangnya. Selain DIA, memang tak layak mendapat puji-pujian. Maka berdoalah dengan asmaul husna al Mu'iid ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah.

Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Sesungguhnya Dia-lah Allah, Tuhan yang memiliki kebesaran dan kekuatan dalam menyempurnakan permohonan hambanya. Jadi, berdoa lah dengan bersungguh-sungguh agar Allah berasa belas dan kasihan akan kita, akan ketidakupayaan kita..


Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al Mu'iid



Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | Al Mu'iid 


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:

Yaa Mu'iid = 124 kali


Ertinya :  Yang Maha Mengembalikan Kehidupan / Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan / Yang Maha Pemulih – Dialah yang menghidupkan semula semua makhluk, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.

a) Bagi mengembalikan atau mencari sesuatu yang hilang, baca ‘Ya Mu’iid’ setiap sebelum solat fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, InsyaAllah dengan kehendak dan izin Allah SWT akan kembali lagi.

b) Andai ada ahli keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkanlah ‘Ya Mu’iid’ sebanyak 124 kali setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan keberhasilannya.

c) Sesiapa menyebut ‘Ya Mu’iid’ 70 kali berulang-ulang untuk seseorang yang jauh dari keluarganya, InsyaAllah orang itu akan pulang dengan selamat.

d) Apabila seseorang itu hilang (tidak pulang ke rumah), bacalah ‘Ya Mu’id’ sebanyak 70 kali pada setiap sudut rumah diwaktu malam ketika semua orang tidur. InsyaAllah dalam tempoh 7 hari orang itu akan pulang atau diketahui tempat dia berada.

Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al Mu'iid


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.


Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com 

2018/10/21

Cara Mengatasi Rasa Benci Pada Seseorang

Cara Mengatasi Rasa Benci Pada Seseorang. Kenapa datangnya rasa benci pada seseorang? Adakah ia sebuah dendam atau anda sendiri rasa dikhianati oleh perbuatan seseorang terhadap diri anda? Tapi ada sesetengah orang kata, benci tanda sayang! Betul ke? Rasa benci itu terjadi antara berlainan jantina atau sesama jantina? Jika itu diambil kira, bermakna anda membenci kerana sebuah penipuan. Betul ke?

Apakah sebabnya kita membenci seseorang? Ada pakar psikologi mengatakan kita membenci kerana perkara-perkara berikut seperti dikhianati, ditipu, dimalukan di hadapan orang lain, rasa orang lain lebih dari kita, suka menganggu privasi dan sebagainya. 

Jadi, bagaimana cara nak atasinya? Adakah rasa benci mudah di atasi? Atau, ada tak makanan yang boleh merawat rasa benci? Hehe... jom baca cara nak atasi rasa benci seperti di bawah.

Kalau saya benci dengan seseorang, saya anggap je yang orang itu sebagai badut. Anda boleh bayangkan badut macam mana?? Ya.. pakai warna warni dengan muka kelakar tu kan? Bila tengok badut kita pun tak rasa apa-apa kan? So.. anda boleh try cara saya itu.

Cara Mengatasi Rasa Benci Pada Seseorang


Cara Mengatasi Rasa Benci Pada Seseorang

Saya cuba senaraikan cara mengatasi rasa benci pada seseorang. Samada yang kita benci itu rakan, bekas kekasih/ suami/ isteri.. pasti ada jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi rasa benci tersebut.

Elakkan Dari Bertemu


Jika benci sangat dengan seseorang, elakkan dari bertemu atau bertembung dengan mereka. Jika kebiasaan rakan yang anda benci itu makan di kafe A, anda pergilah ke kafe B. Elakkan bertembung, jika tak mahu insiden macam anjing dan kucing berlaku, ya!

Pujuk diri sendiri untuk terima kenyataan


Pujuklah diri anda mengatakan bahawa sudah ditakdirkan anda bertemu dengan orang yang salah. Terimalah kenyataan. Tarik nafas dalam-dalam jika anda terpaksa berhadapan dengannya kerana pekerjaan. Anggap dia tak wujud, sudah..


Tunjukkan posisi terbaik anda 


Seseorang benci anda mungkin bersebab. Antaranya anda tak bertindak sebagai ahli pasukan yang produktif. Atau jika sidia yang anda benci itu adalah bekas kekasih atau bekas suami/ isteri.. tunjukkan potensi terbaik anda pada masa sekarang. Mungkin dahulu anda ada kelemahan, gemuk, tak menarik, kurang bijak.. maka kini tiba masanya tunjukkan posisi terbaik anda kepada orang yang membenci anda itu. Okay!


Anggap orang itu sebagai takdir yang ditentukan


Selain itu, anggap je anda telah bertemu dengan orang yang salah. Untuk membuang rasa benci tersebut, anggap sahaja orang yang anda benci itu sebagai sebuah takdir yang telah ditentukan. Allah tak ketemukan kita dengan orang yang salah tanpa sebab. Ambil hikmah pengajaran daripadanya. Boleh kan??

Mengadu kepada Allah


Bercerita dan mengadu kepada Allah merupakan satu terapi diri yang amat berkesan untuk menghilangkan rasa benci. Rasa dalam hati tu Allah yang bagi, maka mintalah kepada Allah agar membuang rasa benci dalam hati kita kepada hamba ciptaanNya yang lain. 

Memaafkan adalah dendam yang terindah


Akhir sekali, memaafkan orang yang anda tak suka atau benci itu adalah satu kemenangan. Maka, sebenarnya anda telah menang apabila anda memaafkan mereka yang anda benci. Mungkin seseorang itu pernah memaki anda, atau boss di tempat kerja anda memalukan anda di hadapan rakan sekerja. Timbullah rasa benci pada boss, kan? So.. apa salahnya memaafkan orang yang kita benci itu jika cara itu telah membuatkan hati kita lebih tenang. Tak gitu?

Membenci seseorang adalah satu kerja yang penat. Kita kena menjaga hati sendiri, emosi sentiasa terganggu dan prestasi kerja juga jadi kurang baik, terutama jika orang yang dibenci itu adalah rakan sekerja atau boss sendiri. Kalau benci bekas kekasih/ isteri/ suami tak apa juga.. tak menghadap hari-hari. 

Jadi, pilih jalan penyelesaian segera agar anda tak lelah menghadapi tekanan sepanjang masa. 

2018/10/20

Jenis Makanan Yang Tinggi Kandungan Garamnya

Jenis Makanan Yang Tinggi Kandungan Garamnya. Mari kita lihat dan ambil tahu tentang makanan yang tinggi kandungan garamnya. Tentu anda tak sangka ada makanan yang biasa diambil adalah dari jenis makanan yang tinggi kandungan garamnya. Pengambilan garam dalam menu makan harian anda adalah perlu dihadkan bagi mengelakkan risiko penyakit terutamanya darah tinggi.


Bagaimana pula kita nak hadkan jumlah pengambilan garam dalam makanan? Ada caranya. Cuba elakkan ambil makanan segera, makanan terproses, kurangkan atau tak payah guna bahan perisa dalam masakan. Tolong elakkan anak-anak mengambil makanan ringan dengan terlalu kerap. 

Jenis Makanan Yang Tinggi Kandungan Garamnya


Jenis Makanan Yang Tinggi Kandungan Garamnya

Di bawah ini adalah jenis makanan yang tinggi kandungan garamnya:

1. Bahan perisa


Antaranya kicap, sos tomato, sos tiram, taucu, MSG, kiub perisa, perencah makanan segera, mayonis dan salad dressing


2. Makanan terproses


Yang dinamakan makanan terproses adalah makanan dalam tin (sardin, tuna, sup cendawan), sosej, keju, kacang, pizza, nugget, bebola ikan, dan burger


3. Makanan Di awet


Contoh makanan di awet adalah ikan bilis, udang kering, belacan, cencaluk, budu, ikan masin, ikan pekasam, acar buah, jeruk buah, telur masin, jeruk sayur dan daging salai

4. Makanan ringan


Antaranya, papadom, keropok udang/ ikan, mi segera, kerepek ubi, kacang masin, kerepek kentang, dan biskut masin

Jika anda dah tahu makanan yang mengandungi garam yang tinggi, maka lebih baik kurangkan atau elakkan pengambilannya secara kerap. Amalkan cara hidup sihat agar hayat kita berakhir dengan kesihatan yang baik. 

Aynorawords #1 : Doa Seorang Hamba

Aynorawords #1 : Doa Seorang Hamba. Ya. Hamba yang bergelar pendosa. Namun doanya tetap diterima. Kerana.. Allah yang Maha Berkuasa. Tidak memilih hambaNya tanpa ada hikmah yang direncana.


#Aynorawords 1 : Doa Seorang Hamba

Ya Allah..
Jadikan hari ini sebagai pembuka pintu rezeki dan keberkatan, kesihatan, keselamatan dan kebaikan kepada kami semua. Aamiin..

Allah SWT tidak kejam. Setiap pendosa juga ingin ke syurga. Syurga yang abadi.

Kita tak perlu mennetukan nasib seseorang di akhir hidupnya nanti. 

Itu semua kerja Tuhan. Ya betul.. tetapi sebagai khalifah.. pendakwah di atas muka bumi ini, biarlah hidup kita tidak melawan takdir.

Carilah kebaikan dalam setiap inci kejadian. Mengapa kita begitu begini, kenapa si polan diuji bahagia dan kaya? Kenapa pula rakan kita ada yang miskin papa kedana? Maka.. carilah hikmah kebaikan di sebalik takdir orang lain. 

Kerana..
Orang lain juga seperti kita. Mereka semua juga pendosa yang mengharapkan cahaya dan belas ehsan Allah jua.

Rebutlah peluang doa seorang hamba. Dalam setiap doa yang dilafaz, kita tak tahu yang mana satu doa yang akan dimakbulkan. Maka, mintalah apa saja. Mohonlah tanpa henti.

Mana tahu.. Allah akan limpahkan kembali kepada kita dalam bentuk yang kita tak jangka. Pada waktu yang tak disangka. Dan.. ternyata itu yang kita PERLU!

Jadi, nikmat TuhanMu yang manakah nak engkau dustakan?

#aymorawords

2018/10/18

Berapa Lama Kena Tukar Template Blog Agar Sentiasa Nampak Segar

Berapa Lama Kena Tukar Template Blog Agar Sentiasa Nampak Segar? Waduuh.. panjangnya tajuk entri kali ini. Tetapi entri yang panjang bagus juga untuk SEO tapi kadangkala ia memudaratkan juga. Bergantung pada nasib dan rezeki. Saya buat tajuk entri panjang-panjang pun ada ketika tak lekat kat first page pun.. hihi

Kenapa kena tukar template? Ya.. sebagai blogger, blog anda adalah brand anda. Blog anda adalah rumah anda. Apa perasaan anda bila rumah anda lama tidak bertukar cat, tak tukar langsir.. dan tak kemas? Mestilah rasa semak, kan? Orang nak singgah pun fikir banyak kali. So, begitulah contohnya.. jaga brand anda. Setiasa kemas dan up to date! Barulah ramai orang nak singgah.

Berapa Lama Kena Tukar Template Blog Agar Sentiasa Nampak Segar
Contoh template dari Goyaabi Templates

Contoh template blog yang baik? Sebenarnya ada banyak sumber yang memberikan template blog secara percuma dan terbaik seperti Arlina Design, Sora Templates, Kang Mousir (terkenal kerana SEO), Btemplates, Goyaabi Templates dan banyak lagi. Blogger.com sendiri ada menyediakan template kepada pengguna medium blogspotnya. Pilih je yang mana suka.. tetapi buatlah pilihan dengan betul.


Berapa Lama Kena Tukar Template Blog Agar Sentiasa Nampak Segar


Jika ditanya, saya akan katakan secara puratanya adalah 3 bulan. Bagi saya 3 bulan sudah cukup untuk kita menganalisa performance sesuatu template. Template blog yang kemas, bersih dan SEO friendly memang sentiasa jadi piilhan blogger.

Oleh kerana trend masakini adalah blog dibaca atau diakses menggunakan smartphone, maka template blog MESTI bersifat responsive agar mudah dibaca. Ada banyak template percuma yang boleh digayakan oleh blogger agar blog sentiasa mendapat trafik yang tinggi.

Jika anda berdegil menggunakan template blog yang tidak responsive, anda akan ketinggalan peluang mendapat income dari pengguna smartphone. So.. tukarlah kepada template yang responsive.

Alang-alang berblog.. marilah sama-sama jana income.. 

Oh ya.. anda tak semestinya kena tukar template jika ia sudah cukup bagus dan menepati kriteria SEO friendly. Jika sesebuah template boleh memberikan anda trafik, income dan berada di muka pertama hingga ketiga carian Google, maka bertahanlah dengan template tersebut.

Namun bagi saya, jika sesuatu template itu tak perform, saya akan tukar secepat mungkin. Tak nak buang masa. Kerana jika anda tahu manfaat blog yang memberi income, anda akan segera bertindak memperbaiki kelemahan blog anda.

Selamat berblog.

Permohonan Kemasukan Program Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru Tahun 2019

Permohonan kemasukan ke kolej vokasional Johor Bahru kini dibuka. Program kemasukan ini adalah untuk ambilan tahun 2019. Bagi anda yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang teknikal dan kemahiran, boleh cuba mohon KV Perdagangan. Ketika usia masih muda adik-adik, buatlah sesuatu yang mendatangkan faedah. Buat keputusan yang betul berdasarkan panduan yang diberi oleh ibubapa dan para guru. Jangan bertanya kepada sumber yang boleh menjerumuskan kamu ke jalan yang lalai. Ingat tu..

Permohonan Kemasukan Program Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru Tahun 2019
Logo KV Perdagangan Johor Bahru

PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN, JOHOR BAHRU TAHUN 2019


INFO PERMOHONAN


Web : https://sptv.moe.gov.my/

Tarikh mohon online : 15 Okt 2018

Tarikh Tutup Permohonan Online : 20 Disember 2018

Tarikh Temubual : 8 - 9 Januari 2019

Tarikh Pendaftaran : 23 Januari 2019

Tarikh Rayuan/ Walk in : 24 Januari - 28 Februari 2019


SYARAT KEMASUKAN :-


✅ Warganegara Malaysia

✅ Menduduki PT3 tahun semasa di sekolah kerajaan @ bantuan kerajaan

✅ Sihat tubuh badan & Tidak rabun warna @ buta warna

✅ Minat yang tinggi dengan program yang dipohon

✅ Minima Gred D dalam mata pelajaran Bahasa Melayu & Kemahiran Hidup dalam keputusan PT3

✅ Minima Band 3 dalam mata pelajaran BM, BI, MT, SN & KH dalam pencapaian Pentaksiran Sekolah- PS


PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH KV PERDAGANGAN JB


1. PERAKAUNAN

2. PENGURUSAN PERNIAGAAN

3. KESETIAUSAHAAN PENTADBIRAN

4. SISTEM PANGKALAN DATA DAN APLIKASI WEB

Sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut, tuan/ puan boleh terus berhubung dengan KV Perdagangan JB di talian : 07-2374378

Tuan/Puan boleh war-warkan kepada para pelajar PT3 yang berminat untuk mohon ke KV Perdagangan JB

Jom sertai Warga Dagang 😘😘

Layari FB Dagang utk info aktiviti terkini http://www.facebook.com/KVPJB

Semoga bermanfaat.


Belajar selagi boleh dan mampu, maksudnya zahir dan batin memang ada semangat nak belajar. Tak kisah bidang ilmu apa sekalipun.. tetapi biarlah ilmu yang baik-baik. Menuntut ilmu itu satu ibadah. 

Selamat berjaya kepada adik-adik semua!!

2018/10/17

Susunan Atau Senarai Wali Perempuan Yang Sah Mengikut Hukum Syarak

Susunan Wali Perempuan Yang Sah Mengikut Hukum Syarak. Dalam islam setiap perkahwinan yang sah mestilah mengikut rukun yang ditetapkan syarak. Antara syarat rukun nikah adalah seorang islam, wali, saksi yang sah dan sebagainya. Menyentuh soal wali, tentu antara kita ada yang kurang tahu jika senarai orang yang boleh jadi wali pernikahan itu banyak, bukan setakat bapa kandung, bapa saudara dan, abang sahaja.

Mari kita lihat senarai susunan wali perempuan yang sah mengikut syarak.

Susunan Wali Perempuan Yang Sah Mengikut Hukum Syarak
Gambar hiasan

Susunan Wali Perempuan Yang Sah Mengikut Hukum Syarak

Susunan atau tertib Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syarak adalah seperti berikut:

  • Bapa Kandung.
  • Datuk Sebelah Bapa Ke Atas.
  • Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa.
  • Adik Beradik Lelaki Sebapa.
  • Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
  • Anak Saudara Lelaki Sebapa.
  • Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
  • Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa.
  • Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
  • Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
  • Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
  • Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
  • Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya.
  • Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya.
  • Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki).
  • Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki).
  • Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
  • Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
  • Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
  • Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
  • Wali Hakim.

Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:

أَيُّمَا امْرَأَةٍ نَكَحَتْ بِغَيْرِ إِذْنِ وَلِيِّهَا فَنِكَاحُهَا بَاطِلٌ بَاطِلٌ بَاطِلٌ فَإِنِ اشْتَجَرُوْا فَالسُّلْطَانُ وَلِيُّ مَنْ لاَ وَلِيَّ لَهُ

Maksudnya: “Seorang wanita yang berkahwin tanpa izin walinya maka pernikahannya adalah batil, batil, batil. Dan apabila mereka (wali) bersengketa, maka pemerintah adalah wali bagi wanita yang tidak memiliki wali.”

Riwayat Ahmad (24417), Abu Daud (2083) dan al-Tirmizi (1102)

Dalam hadis yang lain, daripada Abi Musa al-Asy’ari R.A, Rasulullah SAW bersabda :

لاَ نِكَاحَ إِلاَّ بِوَلِيٍّ

Maksudnya: “Tidak sah pernikahan kecuali dengan adanya wali”.

Riwayat Abu Daud (2085) Tirmidzi (1101) dan Ibn Majah (1881)

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تُزَوِّجُ الْمَرْأَةُ الْمَرْأَةَ وَلاَ تُزَوِّجُ الْمَرْأَةُ نَفْسَهَا وَالزَّانِيَةُ الَّتِى تُنْكِحُ نَفْسَهَا بِغَيْرِ إِذْنِ وَلِيِّهَا

Maksudnya: “Wanita tidak boleh mengahwini wanita (wanita tidak boleh jadi wali). Dan tidak boleh pula wanita menikahkan dirinya sendiri. Wanita penzina adalah wanita yang menikahkan dirinya sendiri.”

Riwayat Ibnu Majah (1882), al-Daraqutni (384) dan al-Baihaqi (7/110)

Perkahwinan yang dilakukan di dalam kawasan di mana wali mujbir kepada perempuan bermastautin hendaklah dilakukan dengan izin daripadanya. Namun, jika perempuan tersebut keluar daripada kawasan tersebut sejauh dua marhalah maka perkahwinan tersebut sah walaupun tanpa mendapatkan persetujuan wali.

Bacaan selanjutnya, Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

2018/10/16

Contoh Surat Rayuan Untuk Pergi Haji Musim 1440H

Contoh Surat Rayuan Untuk Pergi Haji Musim 1440H. Jika anda nak cuba membuat rayuan untuk mendapat tawaran pergi haji tahun depan 2019, bolehlah buat rayuan kepada tabung haji.

Dan paling awal surat ni boleh dihantar ialah pada 1 Rabiulawwal 1440H / 9 november 2018. Cepat bertindak, takut jika lambat kuota dah penuh.

Sesiapa pun boleh tulis surat rayuan untuk pergi haji dengan syarat utamanya tentulah telah mendaftar dengan Tabung Haji dan wang simpanan telah mencukupi. Sebab-sebab membuat rayuan ada banyak, mungkin faktor umur, kesihatan, sebab kerjaya dan sebagainya.


Contoh Surat Rayuan Untuk Pergi Haji Musim 1440H/ 2019M 



Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:

Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Isi kandungan surat rayuan:

i. Nama penuh
ii. Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad
iv. Tujuan rayuan
v. Tandatangan

Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut.

Contoh Surat Rasmi Rayuan Haji 1440H


Sarimah binti Harun
Lot 1234, Jalan Sinar
Kampung Harapan
84000 Muar
Johor

8 November 2018

Kepada,
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM 1440H/2019M
NAMA PENUH: SARIMAH BINTI HARUN 
NO. KAD PENGENALAN: 450101-01-0400
No AKAUN TH: 12345678
_____________________________________________________________________________

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat menawarkan tempat kepada saya untuk menunaikan Haji pada tahun 1437H atau 2019 Masihi.

Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang telah lanjut (70 tahun) dan saya telah 5 kali menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Simpanan saya juga telah mencukupi untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat ini.

Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan rayuan saya yang tersebut di atas.

Sekian, terima kasih.

Yang Mengharap,



(SARIMAH BINTI HARUN)
No K/P: 450101-01-0400


Surat rasmi rayuan tersebut boleh dihantar ke Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui:

i. e-mel - th-info@lth.gov.my,
ii. faks 03-77284959, atau
iii. menghantar surat rayuan haji ke cawangan TH berhampiran.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919 – THCC

Nota:
Anda semua dipersilakan untuk copy paste contoh surat rayuan haji di atas tanpa meminta kebenaran daripada saya. Semoga bermanfaat.

2018/10/15

Cara Buat Cream Puff Inti Kastard Langkah Demi Langkah

Cara Buat Cream Puff Inti Kastard Langkah Demi Langkah. Siapa tak suka dengan cream puff, lebih-lebih lagi dengan inti kastard yang meleleh apabila masuk di mulut. Kalau dapat saiz yang comel, sekali ngap terus habis. Saya kongsikan resepi ni dengan anda semua sebab suka dengan kuih ni. Cara nak buat pun amatlah senang. Nanti kita ikut langkah demi langkah caranya ya..

Oleh kerana nama pun resepi cream puff inti kastard langkah demi langkah, maka resepi kali ni agak panjang dan terperinci. Jangan bosan pulak ya. Insyaa Allah, jika ikut cara yang ditunjukkan, cream puff anda pasti jadi.

Cara Buat Cream Puff Inti Kastard Langkah Demi Langkah
Cream puff inti kastard kuih kegemaran

Cara Buat Cream Puff Inti Kastard Langkah Demi Langkah 


Bahan-bahan Cream Puff:

Cara Buat Cream Puff Inti Kastard Langkah Demi Langkah
Cream puff inti kastard yang gebu

1 cawan tepung gandum -120gm
1 cawan air – 200ml
1/2 cawan butter – 90gm > dipotong dadu
4 biji telur (saiz C) - dipukul sebati
1 sudu teh esen vanilla
1sudu besar gula
secubit garam

Cara penyediannya:

1- Panaskan oven pada suhu 200’c. Satukan air & butter dalam periuk, masak hingga butter cair

2- Kemudian masukkan gula dan garam

3- Dengan menggunakan api kecil, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi kental dan tidak melekat kat periuk.

4- Tutup api. Biarkan adunan sebentar / suam.

5- Masukkan telur yang telah dipukul sebati bersama esen vanilla dan kacau hingga sebati menggunakan whisk. (kalau nak lebih mudah, masukkan adunan dalam mangkuk pemutar dan putar menggunakan mixer hingga sebati)

6- Selepas itu, masukkan adunan ke dalam pipping bag dengan menggunakan nozel berbentuk bintang.

7- Paipkan adunan bentuk rosset di atas dulang pembakar dan tekan bucu supaya kejadian puff nanti cantik bulat.

8- Spray permukaan doh/ rosset dengan air untuk bantu doh naik bila dibakar

9- Bakar pada suhu 200’c selama 15 minit dan kemudian turunkan suhu kepada 180’c dan teruskan bakar selama 20 minit hingga keperangan. (Bergantung pada oven masing-masing)
10- Setelah sejuk bolehlah paipkan cream kastard dan sedia dihidangkan..

(Kalau tak belah cream puff, masukkan cream kastard dalam pipping bag + nozel yang kecil dan cucuk kat dalam cream puff tadi)

Bahan-bahan inti kastard:

1 sudu besar tepung gandum
1sudu besar tepung custard
200 ml susu segar
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur saiz A
1 sudu besar marjerin/ butter
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara penyediaan:

1- Satukan tepung gandum, tepung castard dan 2 sdb susu dalam periuk. Kacau rata hingga tak berketul

2- Kemudian masukkan telur dan esen vanilla, kacau rata lagi.

3- Selepas itu, masukkan kesemua baki susu segar dan gula, masak atas api perlahan sehingga pekat. Sentiasa kacau untuk mendapatkan custard yang licin.

4- Tutup api dan masukkan butter. Kacau rata.

5- Masukkan custard ke dalam pipping bag dan sedia di paipkan ke dalam cream puff dengan cara belah, cucuk buat lubang sikit dan sebagainya. Ikut kreativiti masing-masing.

Cara Buat Cream Puff Inti Kastard Langkah Demi Langkah
Sedapnya cream puff

Selamat mencuba ya.

Siapa suka makan cream puff inti kastard ni kita geng. Kat tempat saya ada dah orang jual kat gerai sarapan dengan harga 2 ketul RM1.00. Kalau suka yang comel-comel ada juga yang jual 7 ketul RM2.00. Ikut kawasan jugak.. sampai jumpa lagi di lain resepi ya.

Sumber resepi:
👉 Facebook
👉 Google, olahan sendiri

2018/10/14

5,443 Barangan Yang Dikecualikan SST

5,443 Barangan yang dikecualikan SST. Dulu ada GST semua orang bising. Sekarang tukar pemerintahan, pun masih lagi bising. Kini ada SST pula. Tapi ramai berpendapat SST lebih kecil pengenaannya berbanding GST. Bagi saya dua-dua pun sama. Ada bahagian yang rakyat kena tanggung. Jika tak, mana kerajaan yang memerintah nak dapatkan income. Sebahagiannya income negara adalah daripada cukai yang dikenakan. Ada barang yang turun harganya bila SST diperkenalkan secara rasmi. Contohnya, harga kereta. Kebanyakan syarikat pengendali kereta import atau tempatan mengeluarkan senarai harga kereta baru tanpa GST. Maka, dalam era SST ni barangan turun harga? Betul ke? Saya pun tak pasti sangat sebab saya tak duduk dalam kementerian kewangan. Kalau saya salah seorang pembuat keputusan dan terlibat dalam menentukan polisi kerajaan.. tentu saya dapat banyak input untuk dikongsikan.

5,443 Barangan Yang Dikecualikan SST

Banyak juga barangan yang dikecualikan dari SST. Tapi kena tengok betul-betul adakah ia memang barangan keperluan harian kita.

5,443 Barangan Yang Dikecualikan SST

Antara 5,443 barangan yang dikecualikan SST mengikut segmen atau jenisnya seperti berikut;

1. Susu formula bayi
2. Sardin
3. Mee segera
4. Minyak masak
5. Sayuran
6. Beras
7. Daging
8. Kopi dan teh
9. Lembu, kambing, kuda, ayam
10. Gula
11. Bijirin
12. Produk tenusu
13. Baja
14. Racun serangga
15. Gas petroleum cecair (LPG)
16. Insurans kesihatan untuk individu
17. Servis penyelenggaraan
18. Fees perbankan
19. Lampin bayi
20. Botol susu
21. Perkhidmatan pembinaan
22. Kos bahan binaan
23. Tambah nilai prabayar
24. Ubat
25. Lampin dewasa
26. Kerusi roda
27. Bingkai cermin mata
28. Motosikal bawah 250cc
29. Fees doktor di hospital swasta
30. Tiket wayang dan taman tema

Sumber: Jabatan Kastam Diraja & Kementerian Kewangan

Harapan saya agar perkongsian senarai barangan yang dikecualikan SST di atas dapat membantu kita membeli mengikut keperluan yang penting dan mengenepikan kehendak yang tak penting pun.. berbelanja dengan bijak lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tak berapa cantik sekarang ni..

2018/10/13

Di Larang Merokok Di Semua Premis Makanan & Warung Mulai 1 Januari 2019

Di Larang Merokok Di Semua Restoran & Warung Mulai 1 Januari 2019. Larangan merokok akan dikuatkuasakan mulai tahun depan di semua premis makanan. Warung pun sama. Anda boleh dikenakan denda jika melanggar larangan tersebut. Dari zaman sekolah pun kita dah tahu bahaya rokok kepada si perokok dan orang sekitarnya. Dah tahu bahaya dan kesannya, kenapa masih degil nak merokok jugak! Bagi anda perokok tegar, berubahlah sebelum terlambat. Saya pun nasihat orang-orang terdekat dengan saya agar berhenti merokok secara perlahan-lahan. Hinggalah akhirnya anda boleh hidup tanpa asap rokok.

Di Larang Merokok Di Semua Premis Makanan & Warung Mulai 1 Januari 2019

Di Larang Merokok Di Semua Restoran & Warung Mulai 1 Januari 2019


Larangan merokok di premis makanan dan warung denda RM10,000

Sila patuhi:

1. Individu jika gagal patuhi, denda maksimum RM10,000 atau penjara tak lebih 2 tahun

2. Pemilik premis makanan denda RM2,500

Cadangan tentang larangan tersebut sudah diluluskan di peringkat Parlimen dan akan berkuatkuasa mulai tahun depan.

Arahan larangan merokok akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), di semua restoran dan premis makanan di negara ini berkuatkuasa 1 Januari 2019. 

Menerusi laporan Berita Harian, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, larangan tersebut sudah lama diwujudkan di bangunan-bangunan kerajaan dan restoran-restoran tertentu sahaja. Namun kali ini ianya melibatkan semua restoran termasuk warung-warung ditepi jalan.

Menurut beliau lagi, pihak mereka tidak akan berkompromi apabila ia membabitkan aspek kesihatan orang ramai walaupun menyedari akan ada perokok dan juga pemilik restoran memberikan pelbagai reaksi malahan bantahan mengenai arahan tersebut.

Kita pun tahu bahaya asap rokok kepada kesihatan kita hinggakan orang sekeliling yang tak merokok pun boleh mendapat kesannya. Bukan sikit pulak tu, apa yang penghisap rokok dapat.. orang sekeliling mereka pun kena jugak. Itulah bahayanya rokok dan asapnya.

Tambahnya lagi, larangan tersebut merupakan satu langkah KKM untuk memastikan rakyat Malaysia terhindar dari penyakit yang berpunca daripada asap rokok.

Masyarakat bukan perokok berhak menikmati makanan mereka tanpa gangguan pencemaran asap rokok yang boleh menjejaskan keselesaan dan kesihatan mereka. Peniaga juga tidak perlu risau akan risiko kekurangan pelanggan kerana kita yakin pelanggan akan lebih ramai kerana berasa selesa tanpa gangguan asap rokok.

2018/10/12

Promosi Beli Kereta Honda Dan Anda Mungkin Menang Sebuah Honda City

Promosi Beli Kereta Honda Dan Anda Mungkin Menang Sebuah Honda City. Pejam celik pejam celik dah hampir setahun saya memiliki "Black Knight" saya iaitu sebuah Honda Civic warna hitam. Sebab itu saya panggil Black Knight. Dengan adanya kereta sendiri dan dah "berani" drive.. maka banyak kerja saya jadi mudah. Alhamdulillah. Seharusnya Black Knight telah berkhidmat mempermudahkan urusan saya.

Berbalik kepada tajuk entry saya di atas.. jika anda nak beli kereta.. apa kata anda book sebiji kereta dengan Honda dan mana tahu boleh dapat sebiji lagi kereta Honda sebagai hadiah kemenangan. Ada 7 buah kereta Honda City yang boleh dimenangi sekiranya anda menyertai peraduan yang dianjurkan tersebut.
Promosi Beli Kereta Honda Dan Anda Mungkin Menang Sebuah Honda City

Promosi Beli Kereta Honda Dan Anda Mungkin Menang Sebuah Honda City


Cara nak menang?? Mudah aje, cuba lihat rajah di bawah:


First sekali, anda kena book kereta Honda.
Kemudian daftarkan nombor kereta anda dari 1 September hingga 31 Oktober 2018.

Isikan borang peraduan, (klik untuk info) Kemudian tunggu nama anda diumumkan sebagai pemenang. Siapa tahu ada rezeki tahun ni kan?

Syarat-syarat peraduan mudah aje. Cuba tengok di bawah:

Promosi Beli Kereta Honda Dan Anda Mungkin Menang Sebuah Honda City

1) Promosi tertakluk kepada jenis dan model tertentu
2) Hanya layak untuk kereta yang didaftarkan dari 1 September - 31 Oktober 2018.

Yang lain, rujuk gambar yea.. 😎😎😎

Selain hadiah kereta, ada lain-lain hadiah sampingan yang diberikan kepada penyertaan yang layak. Antaranya 17 buah Sony Blueray Cinemas System. So, kenapa tak cuba jika boleh dapat hadiah lain yang ditawarkan?? 

Selamat mencuba. Tarikh penyertaan ditutup pada 31 Oktober 2018.

Doa Mohon Mati Dalam Islam Yang Mesti Diamalkan

Doa Mohon Mati Dalam Islam Yang Mesti Diamalkan. Salan jumaat al mubarak kepada ahli syurga, rakan sahabat sekalian yang saya sayangi. Kita semua impikan syurga. Menjadi ahli syurga bila telah kembali kepada Allah. Tempat tinggal yang kekal selama-lamanya. Mudah-mudahan urusan kita semua dipermudahkan.

Ketika ni saya sedang mendengar bacaan doa selepas solat subuh dari surau berdekatan rumah. Sedap, tenang, hening dan syahdu je rayuan doanya kepada Yang Maha Pengasih, Allah ArRahman. Dari jauh saya aaminkan juga. Mana tahu ada dari doanya yang Allah makbulkan serta merta. Allahuakbar.

Doa Mohon Mati Dalam Islam Yang Mesti Diamalkan


Doa Mohon Mati Dalam Islam Yang Mesti Diamalkan


Bacaan doa mati dalam Islam..


Anta waliy fiidunya wal akhirah tawaffani musliman wal hiqni bissolihin..

Maksudnya:

Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, Engkau Penguasa dan Pelindungku, di dunia dan di akhirat. Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh. ( surah yusuf; 101)

Robbana afrig alaina sobran..watawaffana muslimiin..

Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan islam, (berserah bulat-bulat kepadaMu) - surah al'aqraf ; 126).

Wallauhu'alam. Allah yang maha kaya, Dia yang memperkenankan segala doa hambaNya. Doa yang baik, doa yang tak baik.. semua Allah makbulkan mengikut kehendak dan iradatNya. Kita sendiri yang memilih untuk jadi apa kesan dari doa yang kita pohonkan.

Maka, doakan yang baik-baik kepada diri sendiri dan musuh kita juga. Mana tahu satu hari nanti mereka akan jadi sahabat kita di syurga Allah.


2018/10/11

Inilah Tanda-Tanda Akhir Zaman Yang Sedang Kita Lalui, Bertaubatlah Sebelum Pintu Ampunan Tertutup

Inilah Kisah Akhir Zaman Yang Sedang Kita Lalui, Bertaubatlah Sebelum Pintu Ampunan Tertutup. Sebarkanlah sebuah renungan yang saya kongsikan di bawah agar ia menjadi sebuah panduan kepada kita semua. Telah sah kita sekarang berada di zaman ke 4 seperti yang di nyatakan oleh Rasul SAW:

Tidak terasa kita hidup di penghujung zaman.
Rasul SAW Berkata:
 
Zaman itu dibagi kpd 5:

1. Zaman Nubuwwah
(zaman kenabian diawali dr zaman Nabi Adam AS sampai Baginda Nabi Muhammad SAW)

2. Zaman Khilafah l
(dipimpin sahabat -sahabat Nabi Abu Bakar Umar, Utsman dan Ali ra).

3. Zaman Al-mulk kerajaan (berakhir runtuhnya Dinasti Utsmani diturki kalau diindonesia Majapahit, Sriwijaya, Galu dsbnya).

4. Zaman Jababiro
(Zaman kebebasan maksiat dimana-mana dan inilah zaman kita hidup sekarang).

Fitnah-fitnah bertebaran untuk melemahkan kaum Muslimin (era fitnah terbesar akan terjadi saat Dajjal muncul), Orang-orang yang tidak layak/ zalim menjadi penguasa (pemimpin), jumlah ummat Islam ramai tapi bagaikan buih di atas laut (sedikit yang berjihad untuk membela Islam)... -->

Zaman ini sdh terjadi dan sedang kita jalani...
Astaghfirullah.....

5. Zaman Khilafah ll
(Zaman yg mana suasana seperi pada zaman Rosululloh SAW, nanti umat Islam akan dipimpin Imam Mahdi hanya berlangsung lebih kurang 9 tahun.

Pada zaman ini pula Dajjal muncul, Nabi Isa AS jg muncul ditugaskan untuk membunuh Dajjal dan meng-Islamkan orang-orang Kafir/ Nashoro).

Para Ulama hadits memperhalusi ttg usia umur ummat Islam :

1. Ibnu Hajar Asqalani
seorang ulama pakar hadits, kitab beliau yg populer dimsia adalah Fathul Barri, Beliau berkata umur umat Islam sampai 1476 H.

2. Imam As-syuyuthi
Beliau mengatakan umur umat Islam sampai 1477 H

3. Ibnu Hajar Hambali
kata Beliau umur umat Islam lebih dari 1400 H namun tdk sampai 1500 H

Allahu Akbar sekarang umur umat Islam sudah sampai pada 1440 H.

Hari kiamat tdk ada yg tau termasuk Rosululloh SAW namun mengenai umur umat Islam, Rasulullah sdh memberi tahu.. tdk sampai 1500 H.

Inilah Kisah Akhir Zaman Yang Sedang Kita Lalui, Bertaubatlah Sebelum Pintu Ampunan Tertutup 


Inilah Tanda-Tanda Akhir Zaman Yang Sedang Kita Lalui

Kelak diakhir zaman Alloh SWT akan wafatkan serentak umat islam dimuka bumi dan yg tinggal hanyalah orang kafir yg akan menyaksikan hancurnya bumi gunung laut langit dan seluruh alam (baca Al-Qoriah, Al-Qiyamah, Al-Waqiah).

Diantara tanda kiamat kata Rasulullah SAW
-akan muncul Dukhan (kabut hitam) yg menyelimuti bumi selama 40 hari 40 malam, lalu sahabat bertanya Ya Rasulullah kapan itu terjadi???

Kata Baginda Nabi SAW itu terjadi apabila yang,

- pertama KALAU PENYANYI WANITA BERMUNCULAN DIMANA-MANA
- Yg kedua kata Rasulullah SAW, kalau alat musik dicintai oleh umatku dan minuman keras dimana-mana....

Saudaraku,... tanda2 diatas sudah muncul semua sekarang.......... .

Sementara masih ada waktu, mari segera baiki diri, perbaiki ibadah dan perbanyak amal solih untuk bekal di akherat nanti....

Wallahu'alam....

Sudah Siapkah kita...

Nota:

Kajian ilmiah seluruh Pakar Iptek di timur n barat sdh 100% membenarkan Peringatan Rasulullah 14 abad yg lalu...! And janji Allah pasti benar n tepat...!

BADAN Meteorologi dan Geofisika menyatakan bahwa akan terjadi kemarau panjang yang akan melanda dunia.

Dijangka kemarau panjang tersebut akan bermula tahun 2019 hingga 2022. Air dunia waktu ini hanya berbaki 3% saja.

Lalu apa artinya informasi ini bagi kita?

Ertinya adalah keluarnya Dajjal telah sangat dekat.
Dan munculnya Imam Mahdi telah berada di tengah-tengah kita, tanpa kita sadari.

Ini berarti apa yang disabdakan Rasulullah telah terbukti.
Dalam hadits tentang kisah Tamim Ad-Dari, keluarnya Dajjal di tandai dengan keringnya danau Thabariyyah (Tiberias), keringnya mata air Zughar, dan pohon kurma Baisan tidak berbuah lagi. Dan jika kita mengikuti perkembangan informasi terakhir tentang tiga pertanda tersebut, sudah nyata terjadi.

Sudah dua tahun ini, pohon kurma di Baisan tidak berbuah lagi.

Diikuti dengan semakin kurangnya mata air Zughar. Dan yang paling menepati adalah surutnya air di tasik Tiberias di Israel sudah sangat meruncing, sehingga Israel sibuk mencari sumber air lain.

Salah satunya perencanaan adalah penyulingan air laut. Dalam hadits lain dikatakan bahwa Dajjal akan keluar dari sarangnya dgn tanda, setelah terjadi kemarau dan kekeringan selama 3 tahun. Dan sebagaimana disebutkan di atas, bahwa Badan Meteorologi dan Geofisika telah memperkirakan kekeringan panjang akan dimulai tahun 2019 hingga 2022.

Jika di antara kita ada yang pernah berhaji dari tahun 2011, 2012, 2013, 2014, maka insya Allah pernah berjumpa dengan “calon Imam Mahdi” dekat Ka’bah. Dan hanya orang-orang khusus saja yang mengetahui tanda tandanya. Dan kemunculan Imam Mahdi ini seperti yang pernah di nubuwahkan oleh Rasulullah adalah ditandai wafatnya Raja yang namanya bermakna nama hewan.
bolehjadi ia adalah Raja Fahd (Fahd: singa). Setelah itu terjadi perselisihan. Dan naik tahta raja yang banyak dosa, kemudian meninggal, kemudian muncul raja yang baik. (Bisa jadi ia adalah Raja Salman). Wallahu a’lam.

Di masa atau setelah masa pemerintahan Raja Salman inilah terjadinya pembai’atan atas Imam Mahdi. Dari pertanda ayat-ayat qauniyah tersebut, kesimpulannya adalah akhir dari fananya dunia ini sudah demikian dekat.

Marilah kita berbuat baik semaksima mungkin, dan ajaklah setiap muslim dimanapun, untuk semakin bersungguh-sungguh memperbanyak amal akhirat.

ALLAHU AKBAR... !!!

Tanda-Tanda Kiamat


Kiamat menurut Agama Islam ditandai dengan beberapa petanda. Kita boleh baca novel sampai beribu-ribu kali tapi baca ini hanya perlu 5 menit

- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang se-benar2nya
- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan
- Pemusnahan/runtuhnya Kabah
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:

"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.

Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar redho Ku maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"

Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu: Artinya hanya memikirkan duniawi drpd akhirat.

Kerugian meninggalkn sholat :
Subuh: Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur: Berkat pendapatan akan hilang.
Ashar: Kesehatan mulai terganggu.
Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isya': Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.

Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
Niatkan ibadah (sebarkan ilmu walau 1 ayat)

Nasihat Kubur:

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan berSILATURAHIM ..

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca .. AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyempitmu hingga hancur bilamana tidak Sholat, bebaskan sempitan itu dengan SHOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawabanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah *"LAILAHAILALLAH"*

Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu membacanya, ia gelisah.
Saat kamu memahaminya, ia kejang2.
Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan seharI-hari, ia stroke.
Teruskan baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.

Kongsikanlah info ini dan sama-sama kita renungkan tanda-tanda yang digambarkan di atas. Tanda akhir zaman memang terang lagi nyata. Semoga kita sama-sama bersedia menghadapinya dengan meningkatkan amalan dan iman. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.