Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/12/31

Khasiat Buah Mengkudu Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Mengkudu Untuk Kesihatan - Buah mengkudu asalnya pohon yang tumbuh dalam hutan dan kurang mendapat perhatian kerana rupa buahnya yang agak unik, baunya yang kurang sedap bila dah masak dan rasanya pun agak pahit. Buah mengkudu berbentuk bujur dan berwarna kuning cair bila telah masak. Namun bila ada penemuan tentang khasiatnya yang amat banyak untuk rawatan alternatif kesihatan tubuh badan, maka pohon ini semakin banyak ditemui dengan mudahnya. Ada yang membuat ladang mengkudu demi mendapatkan khasiatnya secara berterusan. 

Kini, mengkudu telah jadi sebahagian supplement kepada kesihatan tubuh badan. 

Khasiat Buah Mengkudu Untuk Kesihatan

Mengkudu yang nama lainnya dalam bahasa latin adalah morinda citrifolia, adalah jenis pohon tropika yang tak asing lagi bagi masyarakat kita. Meski sejumlah pakar masih meragukan khasiat buah ini bagi pengubatan sejumlah penyakit, namun masyarakat telah mempercayai khasiatnya, tak terkecuali untuk melembabkan dan menghaluskan kulit.

Sejumlah penemuan hasil penyelidikan mengungkap buah yang di Hawaii dinamai Noni itu memiliki zat fitokimia seperti asam lemak, lignan, alkaloida, beta-sitosterol, flavonoid, dan iridoid. Selain itu, mengkudu juga mengandungi xeronine, plant sterois, alizarin, lycine, sosium, caprylic acid, arginine, proxeronine, antra quinines, trace elemens, phenylalanine, magnesium, dan lainnya. #sumber

Khasiat Buah Mengkudu Untuk Kesihatan
Pohon mengkudu
Mengkudu juga disebut mampu memberantas sejumlah bakteria seperti Pseudomonas aeruginosa, Protens morganii, Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, dan Escherichia coli.

Khasiat Buah Mengkudu Untuk Kesihatan


Umum pun telah tahu bahawa buah Mengkudu banyak khasiatnya. Di negara kita pun telah banyak berada di pasaran jus buah Mengkudu yang menjadi alternatif rawatan masalah kesihatan selain ubat daripada doktor.

Khasiat Buah Mengkudu Untuk Kesihatan


1. Dengan berbagai kandungan zat yang ada padanya, mengkudu juga kerap digunakan sebagai masker untuk kecantikan kulit. Misalnya untuk melembabkan dan menghaluskan kulit serta mencegah jerawat.

2. Ubat alami yang sangat mujarab dan sangat sesuai bagi seseorang yang terkena penyakit darah tinggi adalah dengan meminum jus mengkudu. Jus ini dinilai sangat mujarab sekali untuk dapat menurunkan darah tinggi. Kita boleh mengambilnya setiap hari. Ambil dalam sukatan yang disarankan.

3. Sakit kuning juga boleh diawat dengan buah Mengkudu. Tanda-tanda sakit kuning adalah bahagian tubuh menguning, berat badan menurun, kulit kerepot dan masih banyak lagi lainnya. Penelitian menunjukkan fakta bahwa mengkudu boleh menghilangkan sakit kuning yang dialami oleh penderitanya. 

Cara penyediaannya adalah seperti berikut:Sediakan dua buah mengkudu yang telah masak dan mengeluarkan baunya. Haluskan mengkudu dan perah mengkudu. Masukkan madu ke dalam perahan mengkudu. Kacau hingga rata. Minum sebanyak tiga kali sehari.

4. Orang yang terkena racun makanan boleh diredakan menggunakan mengkudu. Hal itu kerana di dalam zat mengudu terdapat zat anti bakteria yang mampu menetralisir bakteria yang ada di dalam makanan yang beracun. Makanan beracun boleh disebabkan oleh makanan yang tercemar dan juga makanan yang diolah menggunakan bahan yang tidak bersih. 

Ciri orang keracunan makanan adalah:- Muka pucat, Pening, mual dan muntah-muntah serta sakit perut.
5. Ubat antibiotik boleh diganti menggunakan mengkudu. Hal itu disebabkan di dalam mengkudu terdapat zat anti bakteria yang boleh membuat sakit gigi berkurangan dan hilang akibat bakteria penyebab sakit gigi telah dihilangkan. 

6. Buah mengkudu memiliki zat berupa metil, asetil, asam kapril, morindone yang bemanfaat untuk menguatkan tulang dan meningkatkan kepadatan tulang di dalam tubuh. Orang yang tulangnya padat dan kuat akan terhindar dari berbagai macam penyakit tulang. Misalnya tulang rapuh atau oesteoporosis dan lainnya.

Khasiat Buah Mengkudu Untuk Kesihatan

Kesimpulan


Khasiat buah mengkudu lainnya termasuklah boleh digunakan untuk melancarkan sistem peredaran darah, mengatasi infeksi, meredakan sakit batuk, mengatasi sakit kuning, mengubati radang usus, mengatasi sakit radang lambung, membasmi keracunan makanan, mengatasi radang tekak, mengubati sakit bronkitis, mengatasi radang kulit, mengubati sakit gigi, meringankan luka bakar, mengubati kudis kepala, mengatasi disentri serta cirit birit. Selain itu ia juga digunakan untuk meningkatkan tenaga, meringankan rasa sakit, meringankan demam, mengatasi ketumbuhan, membuat tulang menjadi sihat dan mencegah kulit bersisik.

Semoga bemanfaat.

2018/12/30

Azam Tahun Baru 2019 Penuh Impian

Azam Tahun Baru 2019 Penuh Impian. Impian setiap orang yang paling ketara adalah hidup bahagia dan sihat. Ada orang ukur bahagia dengan duit dan material. Ada yang mengukurnya dengan kasih sayang dan tahap kesihatan. Itulah.. keperluan setiap orang kan berbeza. Begitu juga dengan azam. Setiap kali menjelang tahun baru, akan bersusun azam yang disenaraikan. Ada orang azamnya tinggi menggunung. Bagus tu.. orang kata "aim high". Ada pula bina azam sekadarnya, ikut kudrat. Tapi tak salah nak letak azam yang tinggi, paling tidak kita akan meningkatkan usaha berlipat ganda.

Jika tak dicuba mencabar kemampuan diri, sampai bila-bila pun kita tak akan tahu. Maka, berani kejar impian anda! Okay 👌👌😘

Macam saya, setiap kali buat azam tahun baru.. saya akan buat cabaran pada diri sendiri. Tak tercapai tak apa.. tapi usaha kena ada. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Azam Tahun Baru 2019 Penuh Impian


Azam Tahun Baru 2019 Penuh Impian

Oh ya.. azam tahun baru. Apa ya impian yang nak dicapai dalam tahun 2019 nanti? Adakah nak simpan duit banyak-banyak atau nak guna duit tunaikan impian?

Azam saya untuk tahun 2019 tak banyak..

1. Jadi seorang hamba yang taat
2. Membeli sebidang tanah untuk bina rumah ikut design sendiri.. hihi
3. Tunaikan umrah, moga dimakbulkan.. aamen

Tentang harapan dalam keluarga.. semoga Allah kurniakan kesihatan, kebahagiaan, kejayaan dan ketenangan kami sekeluarga dalam menjalani kehidupan dan cabaran tahun 2019. Semoga Allah sentiasa kasihkan kami dalam setiap rencanaNya.

2018/12/29

Perjalanan Yang Agak Panjang Ke Tangkak

Perjalanan Yang Agak Panjang Ke Tangkak. Hari ini 29/12/2018 kami berempat bergerak ke Tangkak bagi menghantar hero bujang kami yang dah habis tempoh seminggu cutinya. Kami memulakan perjalanan sekitar pukul 3.00 petang. Kebiasaan kami mengambil masa 1 jam 45 minit untuk sampai ke Tangkak dari bandar JB.

Ke mana tujuan di Tangkak tu? Iya.. kami menghantar anak bujang kembali ke KMJ. Tempoh setahun dah nak habis. Insyaa Allah, akan habis di KMJ pada bulan Mei 2019 nanti.

Perjalanan Yang Agak Panjang Ke Tangkak
Gambar ehsan Google

Sepanjang hero bujang ni berada di Tangkak, hampir setiap bulan jugaklah kami menempuh jalan panjang ke Tangkak.

Perjalanan Yang Agak Panjang Ke Tangkak 


Kami sudah mengagak perjalanan akan jadi lambat kerana hari ni jatuh pada hari Sabtu. Iaitu cuti bagi pekerja swasta dan kerajaan. Sure, trafik akan jadi lebih sesak daripada hari biasa.

Sementelah, cuti sekolah dah nak habis. Inilah harinya paling sesuai untuk kembali ke tempat kediaman masing-masing. Hehe..

Sepanjang highway jalan agak okay, cuma kenderaan lebih banyak dari biasa..

Perjalanan Yang Agak Panjang Ke Tangkak


Yang memandu tu lah hero bujang saya, 18 tahun umurnya. Saya dan encik suami jadi boss besar di belakang.. haha

Keadaan di RnR Pagoh jugak agak sesak.. , berpusing-pusing nak cari parking.






Kami mengisi perut sebentar dan buat apa yang patut..

Perjalanan Yang Agak Panjang Ke Tangkak


Yang paling teruk adalah jam dalam bandar Tangkak. Kami tiba di KMJ pada pukul 6.30 petang, terlewat 1/2 jam dari waktu ditetapkan. Namun anak bujang kata, tak mengapa.. cuma kena denda tak boleh outing untuk tempoh tertentu.. hehe

Kami bergerak balik pada pukul 6.45 petang. Sekali lagi, rrafik agak perlahan..

Kami selamat sampai ke JB sekitar pukul 8.30 malam. Alhamdulillah.. selamat pergi dan kembali.

2018/12/28

Kalendar Cuti Perayaan 2019 Oleh KPM

Kalendar Cuti Perayaan 2019 Oleh KPM. Persekolahan tahun baru akan bermula pada 1 Januari 2019 bagi kategori sekolah Kumpulan A, (rujuk di bawah). Manakala, bagi kumpulan B, sesi persekolahan bermula pada 2 Januari 2019. Di harap dengan kalendar cuti perayaan yang dikeluarkan oleh KPM dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.

Kalendar Cuti Perayaan 2019 Oleh KPM


Sila rujuk jadual di bawah untuk Cuti Perayaan 2019 yang dikeluarkan oleh KPM. Kumpulan A adalah untuk sekolah-sekolah yang bercuti pada hari Jumaat seperti Kedah, Johor, Kelantan & Terengganu.

Kalendar Cuti Perayaan 2019 Oleh KPM

Kalendar Cuti Perayaan 2019 Oleh KPM.


Untuk perayaan-perayaan lain dalam Malaysia, BOLEH RUJUK CATATAN DI BAWAH.

Semua sekolah hendaklah mematuhi cuti perayaan yang dikeluarkan oleh KPM. Tiada cuti ganti diperlukan.

Semoga bermanfaat.

Makan Malam Santai Di Domino Pizza

Makan Malam Santai Di Domino Pizza - Bila malam Jumaat tak tahu nak makan apa, kami pun keluar makan santai anak beranak ke Domino Pizza berdekatan tempat tinggal kami. Ketika sampai, tak ramai orang. Bila start order.. ramai pula yang beratur di belakang kami. Dah lah baru order baru nak pilih, rasa macam malu pulak.. tak biasa makan Pizza kat outlet dia. Selalu order delivery aje. Sorry la orang belakang ya.. 

Makan Malam Santai Di Domino Pizza

Makan Malam Santai Di Domino Pizza 


Selepas mengisi minyak di Petronas, anak kecil kami mengadu lapar. Apa yang terlintas dalam fikiran tentulah tempat makan yang paling hampir dan santai dari stesyen minyak itu. Maka, terbayanglah pamplet Domino Pizza yang melayang-layang di pagar rumah tadi.

So... apa lagi?? ? Kami order pizza yang agak sesuai dengan tekak, tak pedas sangat dan taklah pula boring rasanya.. hehe


Itulah menu pilihan ramai.. haha

Pizza fulled-beef


Makan Malam Santai Di Domino Pizza

Cheesy Cheddar Stix


Makan Malam Santai Di Domino Pizza

Aloha Chicken - Shredded Chicken & Pineapple

Makan Malam Santai Di Domino Pizza

Aloha Chicken di order oleh si kecik saya, kurang pedas dan ada rasa manis

Kami juga order 7-up Sprite sebotol dan breaddot 6 ketul untuk si kecil yang dah besar tu. Side dish yang lain Golden Roasted Drummet.. sedap juga rasanya.

Total belanja makan santai kami RM102 setelah ditolak kupon sebanyak RM27. Alhamdulillah.. kenyang. Tak habis kami tapau bawak balik rumah.

Review kami tentang Domino Pizza dan makanan yang kami order? Hmm... boleh tahan, tapi bagi yang tak suka pedas, Pizza Fulled-beef tu pedas tau! Kanak-kanak tak tahan kut..

Tempoh menunggu agak lama juga, dekat 45 minit. Itu je nak cakap.. mungkin servis boleh diperbaiki. 

2018/12/24

Iklan Cadbury Lickables & Gamuda Land Untuk 3 Blog Dari Nuffnang

Berkisah tentang Nuffnang. Iklan Cadbury Lickables & Gamuda Land Untuk 3 Blog Dari Nuffnang. Bila check akaun Nuffnang tadi, nampak ada good sign.. dapat 3 CPUV terbaru dari Nuffnang bertarikh 21/12/2018. Dah agak lama Nuffnang sepi dari blog saya, tetapi kini ketiga-tiga blog dapat pula token dari Nuffnang. Kalau korang ada nampak iklan Nuffnang di blog-blog saya, ada mention kat bawah ya.. sila klik jika nak kan info lanjut ya..

Iklan Cadbury Lickables & Gamuda Land Untuk 3 Akaun Nuffnang

Harapan saya agar jumlah duit terkumpul untuk setiap kempen akan berkembang biak dan kemudian boleh cash out..hehe, semoga anda juga yang ada blog macam saya boleh dapat CPUV yang lebih banyak dan mendatangkan hasil yang boleh meringankan sedikit beban..


Iklan Cadbury Lickables & Gamuda Land Untuk 3 Blog Akaun Nuffnang


Alhamdulillah.,

Masih ada rezeki dari Nuffnang. Yang penting pasanglah banner Nuffnang. Saya ada 3 blog dalam akaun Nuffnang. Untuk info, 3 blog saya bertajuk Kisah Resepi, Info Sihat Online & Rasa Dan Tips - Inspirasi Wanita. 

Cadbury Lickables


Cadbury telah melancarkan Lickables Milk Susu sendiri. Hadir dalam jaminan kualiti Cadbury, kebaikan kerangupan gandum dan Oreao cookies. Cadbury Dairy Milk lickables betul-betul dibuat dengan penuh kasih sayang. Ia adalah kegembiraan mutlak bagi mereka yang suka akan Dairy Milk.

Iklan Cadbury Lickables & Gamuda Land Untuk 3 Akaun Nuffnang

Gamuda Land - Robertson


Siapa yang tak kenal dengan Gamuda Land kan? Pemaju hartanah terkenal di Malaysia dan juga beberapa projeknya di luar negara.
Iklan Cadbury Lickables & Gamuda Land Untuk 3 Akaun Nuffnang

Where Right In The Heart Of The City, You Can Still Live Green

  • Penuaian air hujan untuk kegunaan taman
  • Setiap unit direka untuk pencahayaan dan pengudaraan semula jadi yang maksimum
  • Kemudahan pelupusan yang disediakan untuk barangan kitar semula
  • Pensijilan GBI Provisional Gold
  • Sistem keselamatan 3 tingkat
  • Conquas & Qlassic


Semoga bermanfaat.

Batalkah Solat Jika Bersin, Batuk Dan Menguap?

Batalkah Solat Jika Bersin, Batuk Dan Menguap? Telah timbul persoalan dalam benak fikiran kita semua, adakah terbatal solat jika batuk atau menguap ketika solat? Ada yang mengatakan sah, dan ada pula pendapat yang mengatakan solat tak sah.

Justeru, mari baca perkongsian yang saya dapatkan dari kuliah maghrib dari seorang ustaz di tempat saya.

Batalkah Solat Jika Bersin, Batuk Dan Menguap?

Batalkah Solat Jika Bersin, Batuk Dan Menguap?


Mengikut kuliah maghrib beberapa hari lepas, ustaz menjawab pertanyaan dari kariah yang hadir dalam surau Al Falah. Tanya seorang jamaah, adakah batal solat jika terbersin, batuk dan menguap?Solat boleh jadi batal dan tidak sah apabila menguap, batuk dan bersin ketika rukun qauli. Kita perlu ulang baca ketika bersin, batuk atau menguap...jikalau tidak, solat jadi tidak sah.

Sebagai ingatan, terdapat 5 rukun qauli dalam solat iaitu

1. Takbiratul ihram,
2. Fatihah
3. Tasyahud akhir
4. Selawat ke atas Nabi dalam tasyahud akhir dan
5. Salam ke kanan.

Maksudnya, ketika perbuatan terbersin, menguap atau batuk berlaku di dalam 5 rukun qauli di atas, maka hendaklah diulang baca pada bacaan-bacaan tersebut.

Keadaan ini hukumnya demikian sekiranya seseorang itu tidak mengulang semula bacaan atau ayat ketika menguap, batuk dan bersin. Ini adalah kerana ketika menguap, batuk dan bersin, bacaan kita terputus. Sesiapa yang terus menyambung bacaannya dalam keadaan terputus tadi maka bacaan rukun tadi tidak sah. Maka, tidak sahlah solatnya.

Justeru, pastikan kita, isteri dan anak-anak, saudara-mara, sahabat handai dan semua muslimin dan muslimat diingatkan tentang hal ini sebagai kerja dakwah kita. Pastikan kita semua mengulang semula bacaan pada ayat yang terputus ketika menguap, batuk dan bersin tadi.

Semoga bermanfaat.

Tsunami Letusan Anak Krakatau Di Selat Sunda Korbankan Lebih 222 Nyawa

Tsunami Letusan Anak Krakatau Di Selat Sunda Korbankan Lebih 222 Nyawa - Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, Anak Krakatau menunjukkan kegiatan semakin meningkat sejak beberapa hari lalu seperti meletuskan asap dan debu beribu-ribu meter tinggi. Anak Krakatau meletus sekali lagi sejurus selepas pukul 9.00 malam semalam (22 Dis), menurut BMKG.

Sebelumnya, letusan pada kira-kira 4.00 petang semalam (22 Dis) berlaku selama 13 minit, memuntahkan asap dan debu ratusan meter tinggi.


Tsunami Letusan Anak Krakatau Di Selat Sunda Korbankan Lebih 222 Nyawa

Tsunami Letusan Anak Krakatau Di Selat Sunda Korbankan Lebih 222 Nyawa

Anak Krakatau adalah salah satu daripada 127 gunung berapi aktif di kepulauan itu. Beratus-ratus bangunan musnah akibat ombak tsunami yang melanda kawasan pantai di selatan Sumatera dan bahagian hujung barat Jawa pada sekitar 9.30 malam waktu tempatan (1430 GMT) menyusuli letusan Anak Krakatau.

Tsunami Letusan Anak Krakatau Di Selat Sunda Korbankan Lebih 222 Nyawa


Agensi bencana Indonesia menyatakan bahawa 222 orang maut manakala ratusan lagi cedera selepas ombak tsunami membadai kawasan pantai di sekitar Selat Sunda, yang terletak antara pulau-pulau Sumatera dengan Jawa pada Sabtu malam (22 Dis 2018).



"222 orang terkorban, 843 cedera dan lagi 28 masih hilang," kata jurucakap agaensi bencana nasional Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho petang tadi (23 Dis).

Pada awal hari ini (23 Dis), beliau berkata bahawa pasukan-pasukan mencari dan menyelamat sedang berusaha untuk mencari mangsa di bawah timbunan runtuhan. Sebelum ini, seramai 168 orang disahkan terkorban manakala 745 lagi cedera dan 30 yang lain hilang di tiga wilayah.

"Kami sedang mengemas kini laporan-laporan tentang kesan tsunami yang melanda Selat Sunda, khususnya di Serang, Pandeglang dan Lampung Selatan," kata Encik Nugroho kepada Metro TV pada pagi Ahad (23 Dis). Encik Nugroho merujuk kepada ombak besar yang tercetus akibat letusan Anak Krakatau awal daripada itu.

Tsunami anak Krakatau turut membadai beberapa destinasi pelancongan yang popular termasuk resort pantai Tanjung Lesung di sebelah barat pulau Jawa.

Pihak berkuasa menyatakan tsunami itu mungkin tercetus akibat tanah runtuh di bawah laut menyusuli letusan Anak Krakatau yang membentuk sebuah pulau kecil di Selat Sunda antara Jawa dengan Sumatera.

Ombak tsunami itu menenggelamkan kawasan pantai di sekitar Selat Sunda. Pegawai mengatakan lebih daripada 160 orang terbunuh di Pandeglang - sebuah daerah pelancongan popular di Jawa yang terkenal dengan pantai dan taman negara.

Sementara itu, 48 dilaporkan mati di Lampung Selatan di Sumatera, dan kematian juga dilaporkan di Kabupaten Serang dan Tanggamus di Sumatra. Para pegawai bimbang jumlah korban maut bakal meningkat lagi.

Tsunami Anak Krakatau, Apakah Puncanya?


By Jonathan Amos, BBC science correspondent

Adalah diketahui bahawa gunung berapi mempunyai keupayaan untuk menjana gelombang besar. Mekanisme seperti yang pernah terjadi adalah perpindahan sejumlah besar air.

Kecuali, tidak seperti tsunami yang didorong oleh gempa bumi yang klasik di mana lapisan laut akan ditiup ke atas atau ke bawah, nampaknya peristiwa letusan yang bergerak dalam beberapa jenis slaid.


Anak Krakatau (Anak Krakatau) adalah sebuah pulau baru yang muncul pada tahun 1927 dari gunung berapi Krakatau.

Pada bulan Ogos 1883, Krakatoa menjalani salah satu letusan gunung berapi paling ganas dalam sejarah yang dicatat:

○ Tsunami besar-besaran dengan gelombang sehingga 41m menewaskan lebih daripada 30,000 orang

○ Lebih banyak lagi dibunuh oleh abu panas

○ Letusan itu bersamaan dengan 200 megatons TNT - kira-kira 13,000 kali hasil nuklear bom yang jatuh ke Hiroshima pada tahun 1945

○ Letusan telah didengar ribuan kilometer jauhnya

○ Suhu dunia menurun sebanyak lebih dari 1C pada tahun berikutnya

○ Pulau volkanik hampir hilang


Sumber:

1. BBC News
2. Berita Harian
3. Sinar Harian
4. Utusan Online

2018/12/22

Masjid Di Hujung Dunia - Masjid Nurd Kamal

Masjid Di Hujung Dunia - Masjid Nurd Kamal | Perkongsian info dari serata dunia kali ini saya bawakan kisah masjid yang letaknya di hujung dunia. Namanya masjid Nurd Kamal. Masjid Nurd Kamal terletak di negara Rusia. Ajaib kan? Jika Allah berkehendakkan sesuatu, maka terjadilah ia. Sedangkan kita semua maklum bahawa Rusia adalah negara paling sosial di dunia. Masjid Nord Kamal juga diiktiraf sebagai masjid paling sejuk di dunia.

Suhu di sini boleh mencecah sehingga -50 darjah Celsius. Daerah ini dilanda salji sekitar 270 hari dalam setahun dan musim ribut pula adalah sekitar 130 hari.

Masjid Di Hujung Dunia - Masjid Nurd Kamal

Masjid Di Hujung Dunia - Masjid Nurd Kamal

Berbalik kepada info dunia tentang masjid di hujung dunia ni, ia terletak di bandar Norilsk dalam wilayah Siberia di Rusia. Masjid ini dicatat dalam rekod ‘Guinnes Book of Records’ sebagai Masjid yang terletak paling utara di bumi atau dengan kata lain, masjid yang terletak di hujung dunia.

Masjid Di Hujung Dunia - Masjid Nurd Kamal



Masjid ini mula dibuka pada tahun 1998 dan diasaskan oleh Mukhtad Bekmeyev, seorang Muslim daripada bangsa Tartar. Masjid ini diberi nama Nurd Kamal, sempena nama bapa Mukhtad.

Pada masa itu terdapat lebih kurang 40 ribu orang Islam di bandar tersebut, tapi mereka tidak mempunyai Masjid untuk dijadikan sebagai tempat beribadat, oleh yang demikian seorang lelaki Muslim bernama Mukhtad telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah masjid. 

Beliu telah mendapatkan khidmat Arkitek tempatan untuk membuat reka cipta bentuk serta telah berusaha mendapatkan sumber keewangan untuk membina sebuah Masjid.

Hasilnya sungguh positif dan Mukhtad telah mendapat berbagai sumbangan dan dana daripada berbagai pihak, ini termasuk seorang Dermawan Inggeris yang bernama Stephen Trantham, Stephen Tranthan banyak memberi sumbangan dalam pembinaan masjid ni.

Binaan masjid ni mengambil contoh bangunan klasik Turki dan mempunyai 3 tingkat. Kini, masjid ini merupakan satu-satunya masjid yang wujud di Kutub Utara.

Dengan komuniti penganut Islam di kawasan ini berjumlah lebih kurang 210,000 orang. Ianya menjadikan masjid tersebut sentiasa dipenuhi orang ramai.

Rusia adalah antara negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di Eropah. Islam telah berkembang di sini bermula dari abad ke 7 Masihi.

Namun kini, disebabkan cuaca buruk, populasi penduduk di sini semakin menurun. Bukan hanya umat Islam sahaja, malah termasuk kaum lain. Di bulan Ramadhan, orang Islam di sini terpaksa berpuasa lebih lama jika dibandingkan umat Islam di negara atau benua lain iaitu sekitar 18-20 jam sehari.

Lebih kurang 1000 orang bersolat jemaah di masjid ini setiap hari.

Sumber;

1. Facebook Ali Zaik Ibrahim
2. Wikipedia
3. www.indahnyaislam.my

2018/12/21

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al-Hayyu

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa al Hayyu | Al-Hay ertinya Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu. Allah Al-Hayy, ertinya Allah yang Maha Hidup, kekal, tidak mati, tidak mengantuk, dan tidak tidur. Dia hidup dengan kesempurnaan dalam Zat-Nya, sifat-Nya, nama-nama-Nya, dan perbuatan-Nya. Dia-lah yang memiliki kehidupan secara mutlak, tidak tergantung, dan tidak dibatasi apa pun, sebagaimana kehidupan makhluk-Nya. Dia-lah sumber segala kehidupan yang hidup di alam semesta ini. Semua kehidupan makhluk tergantung kepada-Nya. ##sumber

Allah SWT memang yang berhak menerima puji-pujian atas segala kekuasaan dan kasih sayangnya. Selain DIA, memang tak layak mendapat puji-pujian. Maka berdoalah dengan asmaul husna al Hayyu ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah.
Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..
Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al-Hayyu
Sesungguhnya Dia-lah Allah, Tuhan yang memiliki kebesaran dan kekuatan dalam menyempurnakan permohonan hambanya. Jadi, berdoa lah dengan bersungguh-sungguh agar Allah berasa belas dan kasihan akan kita, akan ketidakupayaan kita..


Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.



Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | Al Hayy


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:

Yaa Hayyu =  500 kali


Ertinya : Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.

a) Ya Hayyu ( Maha Hidup ) - untuk mencapai kekuatan mental/ batiniah di dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

b) Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.

c) Barangsiapa yang beriman dan membaca “Ya Hayyu” sebanyak 500 kali setiap selesai solat fardhu. Insya Allah ia akan diberi kedamaian dan akan hilang semua rasa tertekan dan kesulitan yang ia alami.
Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al Mu'iid


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.

Nota:

Fadhilat nama-nama Allah jika diamalkan di atas adalah tanda kita meyakini Allah sahaja yang Maha Besar dan Berkuasa atas sesuatu. Hanya beriman kepada Allah. Jika fadhilat yang dituliskan tidak menjadi, hanya Allah Yang Maha Mengetahui asbab sesuatu itu.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com 

2018/12/20

Inilah 11 Gunung Terbaik Di Johor Untuk Pendaki Gunung

Cara Nak Pilih Gunung Terbaik Di Johor Untuk Para Pendaki Gunung. Inilah 11 Gunung Terbaik Di Johor Untuk Pendaki Gunung. Kalau nak daki gunung dalam Johor ni, ada banyak tempat yang boleh dicuba. Gunung-gunung di Johor pun cantik dan menghijau dan boleh dijadikan aktiviti berfaedah bersama rakan-rakan dan keluarga tersayang.


Dalam entri tentang gunung-gunung di Johor yang boleh di daki, kami senaraikan beberapa gunung terbaik buat tempat pendakian anda seterusnya. Semoga bermanfaat.

Cara Nak Pilih Gunung Terbaik Di Johor Untuk Pendaki Gunung
Pemandangan Gunung Pulai - sumber Google

Cara Nak Pilih Gunung Terbaik Di Johor Untuk Pendaki Gunung


Ada 11 gunung terbaik yang boleh didaki oleh peminat gunung ganang. Pendaki tegar boleh cuba daki gunung-gunung yang kami senaraikan di bawah:

11 Gunung Di Johor; 


1. Gunung Banang, Batu Pahat

Nama : Gunung Banang
Daerah: Batu Pahat, Johor
Koordinat: 1°48'44"N 102°56'6"E
Ketinggian: 1402 kaki / 432.38 meter

2. Gunung Bekok, Segamat


“Hutan Lipur Sungai Bantang Bekok ini mempunyai keluasan 400 hektar dan ketinggian Gunung Bekok 950 meter dari aras laut. Gunung Bekok merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Tingginya 950 meter.

Terdapat Hutan Lipur Sungai Bantang Bekok yang mempunyai keluasan 400 hektar di kaki gunung tersebut.

3. Gunung Belumut, Kluang


Gunung Belumut, yang diterjemahkan secara literal sebagai gunung lumut dalam bahasa Inggeris, dikatakan telah mendapat namanya daripada berlakunya batu berlumut dan licin di kawasan itu.

Pada ketinggian lebih dari 1010 kaki di atas paras laut, ia adalah gunung tertinggi ketiga di negeri Johor selepas Gunung Ledang, juga dikenali sebagai Mt. Ophir (1276m) dan Gunung Besar (1035m).

Terletak kira-kira 30 kilometer jauhnya dari Bandar Kluang, gunung itu terletak di dalam hutan simpan berhampiran Felda Ulu Dengar, adalah destinasi trekking dan berkHemah yang terkenal kepada penduduk setempat di sekitar kawasan dan daerah sekitar.

4. Gunung Besar, Segamat


Gunung Besar yang terletak di Daerah Segamat, Johor, Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1035 meter (3,398 kaki). Gunung Besar terletak berhampiran dengan Gunung Cabang Tiga.

Gunung Besar
Location : Segamat, Johor
Coordinate : 2°31'13"N 103°8'53"E
Average Elevation : 3,398 ft. / 1,035 meter

5. Gunung Lambak, Kluang

Gunung Lambak ini mempunyai 2 puncak (twin peak) dan meskipun ianya diklasfikasikan sebagai gunung tetapi ketinggian puncak yang paling tinggi hanyalah setinggi 510 meter (1,673 kaki) daripada paras laut.

Dengan tinggi 510 meter, Gunung Lambak adalah laluan mendaki sederhana untuk pejalan kaki. Kira-kira 1.6km untuk mencapai puncak. Terdapat banyak laluan & jejak yang boleh anda pilih untuk mendaki. Jejak pertama adalah lebih mencabar tetapi ia akan menjimatkan lebih banyak masa & jejak yang lebih pendek, untuk pejalan kaki yang sesuai, ia akan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke puncak. Walau bagaimanapun, jejak ke-2 lebih mudah & rileks tetapi laluan memakan masa lebih lama. Ia akan mengambil masa 1 jam & 20 minit untuk pejalan kaki yang sesuai untuk mencapai puncak jika mengambil laluan ke-2. Berhati-hati dengan, ia akan cuba mencuri makanan & barang-barang anda. Di bahagian atas anda akan kagum dengan pandangan yang sungguh indah.

6. Mount Ophir (Gunung Ledang), Tangkak


Gunung Ledang adalah gunung di Taman Negara Gunung Ledang yang terletak di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia. Ia terletak di antara sempadan Muar dan Melaka. Berdiri pada 1,276 m (4,186 kaki), ia adalah gunung ke-64 tertinggi di Malaysia.

7. Gunung Muntahak, Kota Tinggi


Gunung Muntahak yang terletak di Kota Tinggi, Johor mempunyai ketinggian setinggi 713 meter (2,339 kaki). Gunung ini mempunyai banyak flora yang mempunyai nilai perubatan. Air Terjun Kota Tinggi berpunca dari gunung ini, di mana Sungai Pelepah Kanan yang membentuk air terjun tersebut mengalir turun dari Gunung ini. Sumber

8. Gunung Panti, Kota Tinggi


Gunung Panti yang terletak berhampiran dengan Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor dan hanya beberapa kilometer sebelum Resort Air Terjun Tinggi. Gunung Panti mempunyai ketinggian setinggi 456 meter (1,498 kaki). [+] More story about Gunung Panti 


9. Mount Pulai (Gunung Pulai), Pekan Nanas


Gunung Pulai adalah 654 meter tinggi Bukit berhampiran bandar Johor Bahru. Walaupun "Gunung" bermaksud "gunung atau gunung" dalam Bahasa Melayu, ia adalah teknikal tidak cukup tinggi untuk dianggap sebagai sebuah gunung. Ia mungkin dianggap sebagai sebuah gunung kerana ia adalah titik tinggi utama satu-satunya di rantau yang sebaliknya rata. Tapi apa yang membuatkan tempat ini istimewa kerana ia masih mengandungi perlindungan utama hutan hujan yang utama kerana ia merupakan kawasan tadahan air bagi berdekatan Johor Bahru dan Singapura, dan ia juga mempunyai air terjun yang menakjubkan. [+] More Info 


10. Gunung Tiong, Selai, Labis


Gunung Tiong yang berketinggian kira-kira 1,014 meter (3,328 kaki) dari paras laut (dpl). Ia merupakan gunung ketiga tertinggi di Johor dan terletak di timur TNER Selai.

Gunung Tiong ini pernah menjadi tumpuan pendaki dari sekitar Labis dan daerah berhampiran sahaja. Setelah taman negara itu dibuka kepada umum pada 2003, Gunung Tiong bagai dilupakan. Keadaan itu menyebabkan trek pendakian dari Kampung Selai Lama jarang dilalui dan semakin lama semakin semak serta tertutup.

11. Gunung Arong, Mersing


Cara Nak Pilih Gunung Terbaik Di Johor Untuk Pendaki Gunung

Terletak 17 km dari bandar Mersing melalui Jalan Mersing-Endau dan 151 km dari Bandaraya Johor Bahru. Hutan Lipur Gunung Arong terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong , iaitu hutan dipterokarpa tanah pamah. Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat berrekreasi sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Selain itu, pengunjung dapat mengenali pelbagai jenis pokok di sini. Hutan Lipur ini boleh dikunjungi dengan menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan awam seperti bas dan teksi.

Inilah senarai gunung ganang yang sesuai didaki oleh pendaki amatur, taklah terlalu sukar untuk didaki. Ada pendaki yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan guru-guru pengiring yang membuat aktiviti santai mendaki gunung ganang tersebut.

Jika anda mahu mendaki gunung yang kami senaraikan di atas, sila dapatkan kebenaran mendaki daripada penjaga/ pengawal gunung yang berkaitan. Nak mendaki pun kena dapatkan permit tau.. tak boleh pakai redah je..

Selamat beriadah kepada anda semua..

2018/12/19

Ikuti Cara Mudah Nak Mula Kerja

Persiapan Untuk Mereka Yang Mula Bekerja. Baru lulus temuduga tetapi rasa takut nak masuk kerja? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali nak bekerja selepas habis graduate. Apa perlu dilakukan oleh seorang fresh graduate atau sesiapa yang nak mula bekerja?

Baca tulisan pendek di bawah cara-cara persiapan yang perlu dilakukan untuk mereka yang baru mula bekerja. Jangan stress, tingkatkan keyakinan dan azam untuk buat yang terbaik. Lakukan kerja pertama anda dengan jayanya, usah panik. Setiap orang ada langkah yang pertama, dan seterusnya ia lah yang menentukan langkah seterusnya berjaya atau gagal.


[+] kata motivasi, "Seribu langkah bermula dengan langkah yang pertama..." 

Persiapan Untuk Mereka Yang Mula Bekerja


Mari baca persiapan awal untuk mereka yang baru nak berkerja:


Persiapan Untuk Mereka Yang Mula Bekerja


1. Bangun awal
2. Mengenakan pakaian yang kemas
3. Berdandan sederhana
4. Bersarapan
5. Memohon restu dengan ibubapa
6. Membawa resume dan sijil asal
7. Baca dan kaji serba sedikit latar belakang syarikat
8. Memulakan langkah dengan yakin
9. Berdoa

Persepsi awal ditempat kerja biasanya tidak sama dengan apa yang kita gambarkan. Kadangkala ia sebuah suasana gembira dan jika nasib tak baik anda ditontonkan dengan suasana suram. Apakah tindakan anda? Terus berhenti kerja dan mengalah?

Jangan begitu. Sampai bilapun anda tidak akan dapat menimba pengalaman. Anggap saja persekitaran kerja baru anda seperti rumah yang banyak pintu. Buka setiap pintu dengan lapang dada dan penuh semangat positif. In shaa allah, semuanya akan berjalan lancar buat anda.

[+] Read more: https://www.rasadantips.com

2018/12/18

Jangan Tidur Dalam Tempoh 1 Jam Selepas Subuh Kalau Nak Tahu Rahsianya!

Jangan Tidur  Dalam Tempoh 1 Jam Selepas Subuh Kalau Nak Tahu Rahsianya! - Saya kongsikan dari seorang pengguna FB yang mengupas rahsia di sebalik tak tidur selepas subuh. Kalau nak tidur kerana mengantuk, tidurlah selepas 1 jam subuh habis. Maksudnya, dalam tempoh 1 jam lepas subuh tu, kita buat sepertimana perkongsian di bawah nanti, anda akan tahu rahsianya dan nikmatnya. Ia akan mengubah kehidupan anda keseluruhannya.. cubalah!!

1 jam selepas subuh menentukan bagaimana hala tuju hidup kita.

Jangan Tidur  Dalam Tempoh 1 Jam Selepas Subuh Kalau Nak Tahu Rahsianya!

Jangan Tidur  Dalam Tempoh 1 Jam Selepas Subuh Kalau Nak Tahu Rahsianya!


Jadi, apakah yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh?

1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.

2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!

3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.

4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.


1 jam kita buat semua ini, selepas solat subuh.. insyaAllah hidup akan bermakna. Tubuh anda akan rasa perubahannya. Rasa lain macam. Rasa cergas. Lebih tenang. Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.

Cuba pula bandingkan jika anda tidur bangun lewat dan langsung tak solat subuh? Apakah rasanya? Adakah rasa berserabut. Rasa nak marah aje? Kenapa hati rasa kosong? Sebab.. hati tak dapat terapi. Jiwa tak dapat makanannya. Apakah itu? Zikir dan ayat suci al Quran. Itulah makanan hati dan jiwa. Nak keseluruhan tubuh kita sihat luar dan dalam, lakukanlah solat fardhu dan solat sunat. Itulah ubatnya.

Cubalah. Mari kita cuba sama-sama. Mulakan dengan sedikit-sedikit, lama-lama nak tinggalkan sikit pun tak sampai hati. Terlalu sayang... terlalu rindu nak bercerita dengan Allah. Subhanallah..

#sweeterapi

2018/12/17

Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyebelog

Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyebelog - Dalam musim cuti sekolah dan hujung tahun ni, ada banyak benda yang berlaku dalam kehidupan saya. Alhamdulillah.. dengan bantuan Allah dan keluarga.. kami dapat laluinya dengan berjaya. Dalam masa yang sama, ramai blogger yang buat segmen hujung tahun. Terkini, saya join segmen bloglist ciklapunyeblog.com. Jika terpilih, 10 blog akan dimasukkan ke dalam bloglist Cikla dari Jan - Mac 2019.

So, apa lagi, mari ramai-ramai join segmen ini ya!

Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyebelog 


Syarat nak join segmen, mudah saja. Ikuti syarat yang ditetapkan. Itu je..

Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyebelog
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tarikh akhir: 30 Disember 2018

Cerita ceriti sepanjang tahun 2018:


Tak adalah yang menarik sangat kisah saya ni. Tapi antara yang meninggalkan kesan kepada saya adalah pencapaian peribadi sendiri bila berani drive sendiri dari JB ke Tangkak bila baru saja pandai bawa kereta tak sampai 4 bulan. Yang cuaknya apabila sampai di plaza Tol, tangan tak sampai nak touch mesin pengimbas. Alarm tol berbunyi-bunyi dengan nyaringnya. Haha... 

Dan lagi satu, dapat belikan anak bujang saya sebiji rumah flat 3 bilik pada usinya 18 tahun (tahun ini). Itu kira pencapaian peribadi jugaklah.. 

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kami sekeluarga dalam membina kejayaan dan kebahagiaan di dunia atau di syurgaNya nanti.   

2018/12/16

Breakfast Ringkas Di Burger King Skudai

Breakfast Ringkas Di Burger King Skudai. Hari sabtu yang lepas (15/12/2018) kami sekeluarga sempat breakfast di Burger King Skudai bagi mengisi perut. Oleh kerana keadaan masih awal pagi, tidak banyak kenderaan yang parking di kawasan letak kereta berhadapan Burger King. Keadaan agak lengang.


Kami order menu paling simple dengan Cappucino dan Americano (kopi). Lega rasanya dapat hirup kopi panas dalam keadaan mata yang agak layu.

Breakfast Ringkas Di Burger King Skudai 

Breakfast Ringkas Di Burger King Skudai


Breakfast Ringkas Di Burger King Skudai


Suasana di sekitar Burger King Petronas Skudai Highway agak lengang. Kani tiba di kawasan letak kereta sekita pukul 7.15 pagi.


Kawasan parking yang lengang sewaktu kami sampai lebih kurang pukul 7.15 pagi. Namun setengah jam kemudian keadaan parking sudah semakin penuh. Ramai yang ambil peluang minum air panas di Burger King, macam kami.

 


Bila makan burger tak cukup, si kecik ni mintak french fries pulak. Iya lah, selalu makan portion banyak, bila makan burger paling simple mana nak cukup, kan? Redha je la..

Menjelang pukul 8.00 pagi kami pun bergerak memulakan perjalanan semula ke destinasi yang dituju iaitu Batu Pahat.

Semoga rakan-rakan yang sedang on the way ke mana-mana pun tujuan, diberikan kemudahan, keselamatan dan lancar semuanya pergi dan balik. Insyaa Allah..