Header Ads

Hari Pertama Buat Intermittent Fasting IF


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Hari Pertama Buat Intermittent Fasting IF
Hari Pertama Buat Intermittent Fasting IF. Intermittent Fasting adalah kaedah berpuasa dalam tempoh tertentu demi untuk tujuan diet. Senang cerita puasa dalam tempoh yang agak panjang untuk kurus. Contohnya biasa orang buat 18/6 atau 20/4. Bermakna puasa 18 jam dan baki 6 jam pula makan macam biasa. Dan begitulah seterusnya. Jumlah bersamaan 24 jam.

Ada yang salah faham, sewaktu tempoh berpuasa kita langsung tak boleh makan. Silap tu.. sebenarnya kita masih boleh minum air masak dan ambil oat sebagai ganti nasi.

Strategi pemilihan makanan pula adalah mengikut standard 50:30:20 (Karbo:Protein:Lemak). Hertonnye Linggom, melalui akaun Facebook miliknya telah berkongsi pengalaman diet jenis IF sehingga mampu hilangkan 6kg dalam masa seminggu. Anda boleh baca di FBnya.

Hari Pertama Buat Intermittent Fasting IF


Hari Pertama Buat Intermittent Fasting IF


Hari ini, 3 Januari 2019.

Kuatkan hati lakukan IF. Ramai rakan-rakan yang dah buat dan sedang buat IF ni. Saya baru nak bermula. Apa yang saya baca, ada yang turun 3 kg dalam seminggu bila buat IF. Tapi kena displin. Ambil makanan seimbang waktu dalam tempoh boleh makan tu. Amalkan suku, suku, separuh. Jangan ambil air manis, coklat, makanan ringan dan lainnya yang tak menyihatkan.

Ambil makanan berserat untuk tenaga kepada tubuh.

Permulaan berat hari ni = 84 kg. (Beratnya...!!) 😅😅 malu eden..

Target dalam seminggu = turun 4 kg. (Berangan dulu tak apa kan??)

Cadangan makanan hari ini:

1. Buah epal dan limau
2. Nasi, sayur, 1 ketul ayam goreng
3. Air masak

Semoga berjaya lah hendaknya impian dan usaha saya ni. Saya rekodkan IF Journey ni sebagai satu senarai semak, supaya saya tak terlupa.

Saya pulak jenis malas nak minum air masak. Mulai sekarang saya kena biasakan dan telan air masak lebih banyak dari biasa. Kerana tubuh kita perlukan air yang cukup terutamanya dalam tempoh melakukan IF ni.

~ doakan saya berjaya ya. Nak turunkan berat badan sebab banyak aktiviti tergendala kerana badan dah terlalu berat..

No comments

Please comment with courtesy..

Powered by Blogger.