Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2019/05/29

Koleksi Kuih Raya 2019 Bermacam Jenis Dan Warna

Kuih Raya 2019 Bermacam Jenis Dan Warna. Mood raya dah mari ke? Dah beli segala baju dan kuih raya? Saya biasa je, beli kuih raya ala kadar je dan ikut apa yang kita suka. Nanti kalau tak habis, dah boleh kita pula yang telan.

Namun saya selalu beringat-ingat. Jangan membazir sewaktu membuat persiapan raya samada beli baju raya, kuih raya dan hiasan rumah. Biarlah bersederhana dalam segala hal. Raya pun tetap raya jugak kan?


Koleksi Kuih Raya 2019 Bermacam Jenis Dan Warna


Alhamdulillah. Itu yang namanya rezeki.

Minggu sabtu yang lepas, saya dah pilih dan beli kuih dan kerepek raya kegemaran. Ada saya punya pilihan dan ada juga yang anak-anak pilih sendiri.

Kuih raya yang saya beli adalah kerepek pisang tanduk dan nangka, tumpi, kerepek bawang, kuih siput, bahulu cermai, bangkit santan, kuih semperit, kuih dahlia dan biskut coklat. Oh ya, kuih siput ada dalam plastik lagi, tak sempat keluarkan..

Koleksi Kuih Raya 2019 Bermacam Jenis Dan Warna

Koleksi Kuih Raya 2019 Bermacam Jenis Dan Warna

Pemberian kakak pula kerepek bawang dengan kuih batang buruk.

Dan pemberian dari rakan perniagaan (bank) adalah brownies coklat, almond london, tat nenas dan kuih dahlia.





Brownies tu sampai kat rumah je dah kena bedal dengan hero besar. Yang kecil tak minat brownies. Memang tak sempat nak beraya brownies tu gamaknya!!

Kita beli separuh, separuh lagi kakak dan banker beri. Alhamdulillah..

2019/05/28

Pesanan Tentang Kematian Dan 7 Sunnah

Pesanan Tentang Kematian, Keimanan Dan Bekalan Ke Alam Akhirat. Hayatilah pesanan indah tentang kematian, hidup sesudahnya dan tentang memupuk iman dalam diri setiap kita yang bergelar muslim. Pesanan indah ini saya titipkan dari Allahyarham Ustaz Arifin Ilham, yang telah kembali ke rahmatullah beberapa hari yang lepas.

Pesanan INDAH dari Ust. Arifin Ilham:

Walau mungkin titipan pesanan ini dah banyak kali orang lain ingatkan, di blog kecil ini sekalu lagi saya pula kongsikan. Agar bertambahlah ilmu dan manfaat kepada diri sendiri dan yang lain juga.

Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yg mampu mengolah hidupnya yang sesaat & yang sekejap untuk hidup yang panjang.. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Karena, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah akhir cerita dalam hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh Ketakwaan. 

Pesanan Tentang Kematian Dan 7 Sunnah 


Hendaknya kita selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap Hari. Ketujuh Sunnah Nabi SAW itu adalah : 

Nasihat Tentang Kematian Dan 7 Sunnah
Terlalu cinta akan dunia.. 

● Pertama, Tahajjud kerana kemuliaan seorang Mukmin terletak pada Tahajjudnya.

● Kedua, Membaca Al-Qur’an sebelum terbit Matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat Dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh Pemahaman.

● Ketiga, Jangan tinggalkan Masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke Masjid, kerana Masjid merupakan pusat Keberkahan, bukan kerana panggilan Muadzin tetapi panggilan Allah SWT, yang memanggil orang Beriman untuk memakmurkan Masjid Allah.

● Keempat, Jaga Solat Dhuha karena kunci Rezeki terletak pada Solat Dhuha

● Kelima, Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada Orang yang bersedekah setiap hari. 

● Keenam Jaga wudhu terus menerus, karena Allah menyayangi Hamba-hambaNya yang berwudhu. Khalifah Ali bin Abi Thalib berkata, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa Ia akan merasa selalu Sollat walau ia sedang tidak Solat, dan dijaga oleh Malaikat dengan dua Do'a, "ampuni dosa dan sayangi Dia Ya Allah”. 

● Ketujuh, Amalkan Istighfar setiap saat. Dengan Istighfar masalah yg terjadi kerana Dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Tiga Do'a yang janganlah Kita lupakan dalam Sujud, yaitu :

1. Mintalah diwafatkan dalam keadaan Husnul Khatimah : Allahumma inni as'aluka husnal khotimah Artinya : " Ya Allah aku meminta kepada-MU Husnul Khatimah ".

2. Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum Wafat : Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut Artinya: Ya Allah berilah aku rezeki Taubat Nasuha (atau sebenar-benarnya Taubat) sebelum Wafat ".

3. Mintalah agar Hati kita ditetapkan di atas Agamanya : Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika Artinya: " Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah Hatiku pada Agama-MU ".

Kemudian saya sampaikan, jika kau sebarkan perkataan ini, & kau berniat baik maka Kami Do'akan menjadikan Kemudahan urusan - urusanmu di Dunia & Akhirat.

Lakukanlah Kebaikan walau sekecil apapun itu, kerana tidaklah Kau ketahui, Amal Kebaikan yang mana yang dapat menghantarkanmu ke Syurga. 

"Subhanallah, Walhamdulillah WalailaHa ilallah Allahu-Akbar wa la haula wala quwata illa billahil aliyil adzim” Sebarkanlah... Insha Allah kita akan membuat beribu-ribu manusia berzikir kepada Allah SWT..

Aamiin YRA

2019/05/27

Kuih Gunting Original Yang Rangup, Sedap Dan Tahan Lama

Kuih Gunting Yang Rangup, Sedap Dan Tahan Lama. Kuih gunting original yang sedap, tanpa sira tapi ada rasa kari dan udang kering. Alahai.. sedapnya. Dahlah kos murah, mudah buatnya dan senang dimakan!! Haha..
Kuih gunting ni kuih legend. Buat pelan-pelan pun jadi sambil tengok cerita korea.. kihkih

Oh ya, nak kuih gunting tahan lama, simpan dalam balang kedap udara dan biar kuih gunting sejuk dulu baru tutup rapat. Jadi, kuih gunting tahan lama rangup dan masih rasa segar walau dah berbulan disimpan.

Kuih Gunting Yang Rangup, Sedap Dan Tahan Lama


Kuih Gunting Original Yang Rangup, Sedap Dan Tahan Lama

Kuih Gunting Original Yang Rangup, Sedap Dan Tahan Lama

Ni kalau buat mesti tak sempat sampai raya. Makan sambil tengok cerita korea, habis satu balang. Haha.. oh ya, resepi ni saya share dari facebook. Mana yang kurang atau lebih, kita adjust sendiri. Kalau nak buat lebih, maka lebihkan lah tepung dan bahan-bahan yang lain.

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ayam serbaguna jenama bestari - perisa spicy (untuk rasa pedas-pedas sikit)
1 biji telur
4 sudu mentega
3 sudu besar serbuk kari
Daun sup @ daun kari - hiris halus
1 sudu makan jintan manis
Sedikit garam
2 pelepah daun kari - tabur dalam kuali ketika menggoreng
1 cawan air
1/2 cawan minyak panas - minyak untuk mengoreng

Cara penyediaan:


1. Masukkan tepung gandum ke dalam sebuah bekas / mangkuk.

2. Masukkan tepung ayam bestari, telur, mentega, serbuk kari, daun sup @ daun kari, jintan manis, dan serbuk garam. Gaul rata.

3. Tuangkan sedikit demi sedikit air dan gaul lagi sehingga adunan menjadi sebati dan tidak melekat.

4. Biarkan adunan selama 10 minit.

6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian bulat-bulatkan dan canaikn untuk memudahkan proses mengunting.

7. Taburkan sedikit tepung gandum bahagian yg di canai supaya tidak melekat. Kemudian bolehlah digunting ikut saiz yang dikehendaki. Nak cantik, gunting serong..

8. Taburkan tepung supaya tidak melekat tetapi jangan terlalu banyak supaya hasil gorengan tidak bergelembung.

9. Panaskan minyak yang banyak dan goreng hingga kuning keemasan. Jangan lupa masukkan sedikit daun kari untuk menaikkan aroma.

10. Toskan minyak dan setelah benar-benar sejuk bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.



Semoga bermanfaat. Sesiapa yang suka mencuba, boleh lah buat kuih gunting yang legend ni. Kuih gunting ni dia tak disira dengan sambal macam biasa kita tengok orang buat. Yang ni kuih gunting original.

Selamat mencuba.

2019/05/26

Info Makanan Dengan Zero Kalori

Gambar Info Makanan Dengan Zero Kalori. Bagus idea dan perkongsian ni iaitu tentang makanan dengan zero kalori. Tapi ada ke makanan yang macam tu? Zero kalori tu..

Sebenarnya makanan semua ada kalori cuma samada kandugan kalorinya banyak atau sebaliknya. Makanan dengan jumlah kalori yang kecil boleh juga dikategorikan sebagai makanan yang "zero kalori". Okay!

Info Makanan Dengan Zero Kalori



Zero bukanlah bermaksud makanan-makanan tersebut langsung tak mengandungi kalori. Ia ada kalori tetapi dalam jumlah yang sedikit. Kiranya tak memberikan kesan kepada peningkatan jumlah kalori yang kita ambil berbanding makanan lain.

Info Makanan Dengan Zero Kalori

Makanan yang mengandungi "zero kalori" adalah seperti berikut;

1. Timun
2. Tembikai
3. Seleri
4. Brocoli
5. Kobis
6. Asparagus
7. Bawang merah
8. Nenas
9. Kacang buncis

Hmm... dari senarai semak makanan yang dikatakan "zero kalori", nampaknya memanglah makanan kegemaran saya.

Mungkinkah tak ada masalah untuk saya amalkan pemakanan sihat dan menurunkan berat badan secara konsisten?

Harap-harap begitulah...

Dan, jangan lupa.. cara memasak makanan di atas juga kena jaga, rebus adalah lebih baik. Kalau makanan tu dah kurang kalori, jangan pula kita memasaknya dengan cara menambah kalori seperti bersantan, terlebih masin dan sebagainya.

Walau dikategorikan sebagai zero kalori, buah seperti tembikai tidaklah boleh diambil dalam jumlah yang banyak berlebihan. Kena bersederhana..

Semoga info ini bermanfaat.

2019/05/25

Jadual Kelayakan Pinjaman LPPSA Yang Baru Terkini 2019

Jadual Kelayakan Pinjaman LPPSA Yang Baru. Kalau anda pekerja sektor awam, pasti anda amat beruntung kerana ada badan lembaga yang membolehkan anda membeli rumah dengan mudah dan syarat agak longgar. Maksudnya, dengan income yang diperolehi anda boleh dapat loan yang diluar kebiasaan bank-bank boleh beri. Rate pun cantik..

Jadual kelayakan pembiayaan ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2017 dan boleh ikat tempoh bayaran balik sehingga ke 35 tahun tempohnya. Jadi, bayaran bulanan jadi kecil sikit bila tempoh bayaran balik dipanjangkan. Untuk info, sebelum ini kerajaan hanya membenarkan tempoh bayaran balik pinjaman setakat 30 tahun.

Jadual Kelayakan Pinjaman LPPSA Yang Baru


Jadual kelayakan baru Pembiayaan Perumahan Sektor Awam adalah seperti dalam gambarajah di bawah.
Jadual Kelayakan Pinjaman LPPSA Yang Baru Terkini 2019

Dari gaji minima sehingga gaji RM1,700, kakitangan kerajaan dah boleh ambil pinjaman perumahan sehingga RM200,000.

Kalau kakitangan swasta, kebanyakan Bank hanya dapat meluluskan rumah kos rendah atau sederhana rendah dengan tangga gaji RM1,700. Beruntunglah sesiapa yang kerja kerajaan. Bersyukurlah..

Gaji + elaun tetap RM5,000 pula, kelayakan pinjaman perumahan sehingga RM600,000.

Maksima kelayakan pinjaman perumahan kakitangan sektor awam adalah RM750,000. Iaitu bagi gaji + elaun tetap sehingga RM6,500 dan ke atas.

Elaun-elaun Yang Diambil Kira Dalam Pendapatan Bersih


Dimaklumkan bahawa pada 20 November 2017 LPPSA telah menetapkan penentuan kalayakan pembiayaan adalah berdasarkan kepada pengiraan potongan 80% dalam slip gaji dan gaji bersih (take home pay) tidak kurang daripada 20%.   

  Jadual Kelayakan Pinjaman LPPSA Yang Baru Terkini 2019

Pembiayaam Pertama: Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pembiayaan Kedua: Ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Untuk keterangan lanjut bolehlah layari website www.lppsa.gov.my

Semoga bermanfaat.

2019/05/24

Pemandangan Malam Dari Sky 26, Holiday Villa

Pemandangan Malam Dari Sky 26, Holiday Villa. Macam mana boleh tersesat sampai ke tingkat 26 ni?? Tak tahulah kenapa? Alkisahnya, lepas majlis iftar tadi kami naik sekejap ke tingkat 26. Konon exercise lepas makan banyak tapi selfie yang lebih..

Pemandangan malam dari Sky 26 memang cantik. Nampak bandar JB berkilau-kilauan. Kereta jem atas jalan raya pun nampak cantik dengan kilauan lampu..


Pemandangan Malam Dari Sky 26, Holiday Villa


Setelah selesai majlis berbuka, kami bergerak nak balik namun sana sini jem di kawasan parking hotel dan trafik keluar. Maka, bersantai dulu ke tingkat 26, yang dipanggil Sky 26.

Apalagi akviti yang ada, ambil gambar dan menikmati pemandangan malam.. jom layan..

Pemandangan Malam Dari Sky 26, Holiday Villa
Selamat malam JB! 

Pemandangan Malam Dari Sky 26, Holiday Villa

Pemandangan indah cahaya berkilauan daripada premis perniagaan dan juga kawasan residensi.


Jalan jem dengan lampu kereta pun nampak cantik dari Sky 26.





Sebenarnya ketika ambil gambar ni semua mata dah kuyu je sebab sangat kenyang. Mata start mengantuk.

Walau apa pun pengalaman meninjau sebahagian  bandar JB dari Sky 26 amatlah mengujakan dan pengalaman sekali seumur hidup.

"Me time" dengan kawan-kawan sepejabat memang menyenangkan dan jadi satu terapi setelah seharian penat bekerja.

Selamat malam semua..




Kuih Muih Berbuka Puasa Kuih Cara Manis, Ketayap, Kaswi Dan Karipap

Kuih Muih Berbuka Puasa Kuih Cara Manis, Ketayap, Kaswi Dan Karipap. Bercerita tentang juadah berbuka puasa, hari ni kami shopping kuih muih tradisional lagi. Mana taknya, kuih muih ni nampak sedap dan cantik pulak tu. Rugi kalau tak beli. Lagipun sokonglah saudara semuslim kita berniaga. Kalau ada duit lebih, beli lebih. Kira bersedekah.. besar pahalanya bersedekah dalam bulan ramadan ni.

Selain kuih muih tradisional, kami kerap cari roti John untuk berbuka. Makanan berat seperti beriani, nasi berlauk jarang kami beli. Sebab.. terkadang kami dapat lauk yang tak berapa nak ada rasa, ada yang tawar, masin sangat dan ada pula masakannya ala kadar je. Jadi, kami beli apa yang nak dimakan je..

Kuih Muih Berbuka Puasa Kuih Cara Manis, Ketayap, Kaswi Dan Karipap


Kuih muih ni kami pilih ikut kesukaan masing-masing. Si abang nak kuih cara manis, si adik nak kaswi, saya suka karipap (memang hantu..) dan ayahnya saya belikan kuih ketayap. Haha.. sesuai tak??

Kuih Muih Berbuka Puasa Kuih Cara Manis, Ketayap, Kaswi Dan Karipap

Kuih Muih Berbuka Puasa Kuih Cara Manis, Ketayap, Kaswi Dan Karipap



Kuih muih ni nak buatnya senang je beb, tapi malasnya yang lebih. Kalau beli dah boleh terus telan. Kalau nak telan pun malas, jangan jadi manusia, okay!! 

Air pula belilah apa yang korang suka, nak air katira.. ada bermacam gaya dan jenis air katira yang dijual. 

Kalau nak teh ais pun, ada bermacam campurannya. Ada yang namanya teh ais madu, teh ais cincau kaw  teh ais larva, teh ais india dan macam-macam lagi nama gelarannya. Bila dah beli, ada pula yang rasa pahit dan tawar. Owhh! Memang tertipu..

Kalau nak berniaga buatlah dengan ikhlas bukannya kerana nak untung saja. Kami sebenarnya tak kisah beli mahal atau murah yang penting adalah berkualiti dan bersih.

Selamat berpuasa ramadan ke 19, ketika artikel ni ditulis. Semoga puasa kita diberkati dan diterima.

Aameen..

2019/05/23

Resepi Biskut Badam Sukatan Cawan Sedap Rangup

Resepi Biskut Badam Sukatan Cawan Sedap Rangup. Biskut badam adalah kuih raya yang disukai ramai juga. Asal ada orang jual biskut badam, pasti cepat habis lebih-lebih lagi kalau yang homemade. Memang laris jualan. Jika anda nak bisnes buat biskut badam, ini lah peluang buat duit dengan jual kuih raya popular. Bahan-bahan nak buat biskut badam pun murah.

Mari kita ikuti langkah demi langkah cara nak buat biskut badam rangup dan sedap.

Resepi Biskut Badam Sukatan Cawan Sedap Rangup

Resepi Biskut Badam Sukatan Cawan Sedap Rangup

Resepi Biskut Badam Sukatan Cawan Sedap Rangup


Bahan-Bahan;

375 gm mentega (1 1/2 cwn mentega)
1 1/2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan badam hancur
2 cawan tpg jagung*
2 1/2 cawan tpg gandum*(*di ayak bersama)
Untuk hiasan, 2 biji telur kuning dan badam cincang

Cara-cara penyediaan:


1. Pukul mentega dan gula serta kuning telur dan esen vanila. Gaul sebati je.

2. Masukkan badam hancur, tepung jagung dan tepung gandum dan uli menjadi doh yang lembut. Canai dan terap mengikut acuan pilihan.

3. Letakkan di loyang dan sapukan telur kuning di permukaan biskut dan taburkan sedikit badam cincang.

4. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak dengan suhu oven 160C.


Siap dah kuih biskut badam rangup untuk panduan ibu-ibu dan adik-adim yang nak buat sendiri kuih raya tahun ini.

Selamat mencuba.

2019/05/22

Harta Dan Anak Tidak Mendekatkan Kita Kepada Allah Tetapi...

Harta Dan Anak Tidak Mendekatkan Kita Kepada Allah Tetapi... | Anak-anak adalah amanah. Penuhi tanggungjawab, berikan didikan dan asuhan serta ilmu dunia dan akhirat secukupnya.. maka tertunailah sudah hak kita di atas muka bumi ini. Kemudian, nasihat dan tegur dengan kasih dan sayang serta lemah lembut, tatkala mereka berbuat salah. Setelah itu, kita jalankan pula hak kita kepada Allah sebagai hambaNya. 

Kerana, bila sudah selesai segala amanah kita terhadap anak-anak, sibukkanlah diri kita mendekatkan diri dengan Allah. Bersendirian selalu denganNya. Iaitu "me time" kita dengan Allah. Kerana bukan anak-anak atau harta yang mendekatkan diri kita kepada Allah sebaliknya hanya amal soleh dan hati dan kecintaanmu kepada Allah. Itulah destinasi akhir pengabadian seorang hamba kepada Tuhannya.

Harta Dan Anak Tidak Mendekatkan Kita Kepada Allah Tetapi...


Kalau selalu kita sibuk nak "me time" untuk diri sendiri, apa kata tukar maksud simbolik itu untuk "me time" dengan Allah. Ambil masa setiap hari untuk bersendirian dengan Allah. 

Harta Dan Anak Tidak Mendekatkan Kita Kepada Allah Tetapi...

Harta boleh dicari. Telah Allah janjikan rezeki untuk setiap makhluknya. Jangan risau. Sebaliknya, jaga hati, bersihkan hati, sentiasa bersangka baik kepada Allah. Ditambah dengan amal kebajikan yang kamu sembunyikan, hanya engkau dan DIA yang tahu. Contohnya sedekah, membaca al Quran, solat-solat sunat yang hanya engkau dan Allah yang tahu!!

Firman Allah, "Dan bukanlah harta dan anak-anakmu yang mendekatkanmu kepada Kami." - surah Saba' 34:37. Makna ayat ini adalah harta dan anak-anak bukanlah alasan Kami mencintaimu dan memerhatikanmu.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah  tidak melihat rupa-rupa dan harta-hartamu, melainkan melihat hati-hati dan amal-amalmu." - (HR Ahmad)

Oleh kerana itu Allah berfirman, "Melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan." - Surah Saba' 34:37. Maksud ayat sesungguhnya tiada lain yang mendekatkanmu kepada Kami adalah iman dan amal soleh. FirmanNya, "Mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda atas apa yang telah mereka kerjakan." - Surah Saba' 34:37.

Kebaikan mereka dilipatgandakan 10 kali liapt hingga 700 kali ganda. 

FirmanNya, "Dan mereka akan sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam syurga). - surah Saba' 34:37.

Mereka aman sentosa di tempat-tempat tinggal yang tinggi di syurga yang jauh dari segala penderitaan, ketakutan, perbuatan yang menyakitkan dan dari segala keburukan yang dikhuatiri.

Subahanallah...

Semoga coretan ini bermanfaat kepada sekalian pembaca blog ini dan khususnya untuk diri sendiri penulisnya.

Sumber: al Quran Tajwid dan Terjemahan Humaira

2019/05/20

Teh Ais Madu Dengan Cincau Semudah 3 Langkah Je

Air Teh Ais Madu Dengan Cincau Semudah 3 Langkah Je. Dalam bulan puasa air yang selalu kami cari adalah air teh madu cincau dan air katira. Dia punya penangan.. memang betul-betul kaw!!

Jomlah kita buat sendiri air teh ais madu cincau yang viral ni. Bila dah pandai buat, boleh lah niaga macam dia orang! 😍😍

Teh Ais Madu Dengan Cincau Semudah 3 Langkah Je


Kalau nak niaga modal pun tak lah banyak sangat, berbanding kita niaga masakan atau makanan. Jual satu bungkus RM2 @ RM3 pun okay. Ikut kesesuaian lokasi anda meniaga.. 


Teh Ais Madu Dengan Cincau Semudah 3 Langkah Je


Teh Ais Madu Dengan Cincau Semudah 3 Langkah Je

Bahan-bahan:
(Untuk 1 @ 2 gelas)

3 sudu besar serbuk teh wangi atau teh timbang
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar susu cair
1 sudu besar madu asli
air panas secukupnya
Ketulan ais

Cara penyediaan:


Langkah 1


Rendam serbuk teh dalam air panas hingga kembang selama 10 minit. Kemudian tapis air dalam gelas

Langkah 2

Masukkan susu pekat manis, susu cair dan madu asli. Kacau teh hingga sebati

Langkah 3

Kemudian tuangkan dalam jug @ mug. Letakkan ketulan ais secukupnya untuk rasa yang lebih sejuk. Masukkanlah hirisan cincau sesuka hati.. 😅😅

Siap!!

Mudahnya kan nak buat teh ais madu dengan cincau. Pasti teh ais anda rasa lemak manis kerana campuran susu cair tadi yang menaikkan rasanya. Memang kaw lah!!

Biskut Bangkit Santan Sukatan Cawan Langkah Demi Langkah


Biskut Bangkit Santan Sukatan Cawan Langkah Demi Langkah. Resepi ni khas untuk newbie atau pasangan muda yang baru kahwin. Manalah tahu ada yang nak try buat kuih bangkit santan sendiri. Lagipun sekarang dah ada oven, mudah sikit nak bakar kuih tu nanti.

Cara Buat Biskut Bangkit Santan Sukatan Cawan Yang Ringkas Je. Biskut bangkit yang tradisional tanpa cheese atau pun warna warni yang beraneka masih jadi pilihan utama saya. Ia tetap hidup dalam kenangan kami adik beradik walau telah berlalu di telan zaman.. huhu..

Biskut bangkit yang asli sedap rasanya, lemak santan kelapa begitu terasa.. rangup dan hilang di mulut. Cukup sekadar santan kelapa, tak perlu perisa cheese dan sebagainya.. ia tetap jadi pilihan atok nenek mak bapak kita tak mengira masa.

Biskut Bangkit Santan Sukatan Cawan Langkah Demi Langkah

Resepi Buat Biskut Bangkit Santan Sukatan Cawan


Mulakan dengan tarik nafas, dan bertenang ya. Kuih bangkit santan yang buat terliur bila dah masak dalam oven. Bau harum dia ya Allah.. memang menguji iman orang yang sedang berpuasa.😊😊

Biskut Bangkit Santan Sukatan Cawan Langkah Demi Langkah

Bahan-bahan:

● 3 cawan rata tepung ubi (+-300g)
● 1/2 cawan tepung gandum (+-50g)
● 1 cawan atau lebih pati santan dari sebiji kelapa (tak campur air)
● 1 cawan rata gula ising(+-130g) - ( yang ini untuk manis sederhana. Kalau nak manis betul gunalah gula halus/gula kisar)
● 2 biji kuning telur grade B
● sehelai daun pandan disiat & disimpul
● sedikit bijan utk hiasan - (jika suka)
● 1/2 sudu kecil baking powder - boleh tambah jika suka


Langkah Demi Langkah Buat Biskut Bangkit Santan Sukatan Cawan Yang Ringkas 


Cara Buat Biskut Bangkit Sukatan Cawan Yang Ringkas

1. Campur kedua-dua jenis tepung lalu digoreng tanpa minyak (sangrai) dalam kuali hingga ringan. Kemudian ayak dan sejukkan. Kalau ikut mak saya, dia jemur aje tepung tu kat panas terik... boleh jugak.

2. Masak santan bersama daun pandan hingga mendidih - ketepikan.

3. Ayak gula ke dalam mangkuk. Campur kan telur lalu dikacau hingga sebati. Mula-mula memang susah sikit, kemudian jadi mudah. Kacau dgn pemukul telur manual hingga sebati., tapi kalau dienjut hingga kembang lagi baik hasilnya.

4. Gaul tepung bersama telur rata-rata, tambah santan sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh. kuih bangkit ni kena banyak uli. uli dengan tapak tangan macam uli doh. agak-agak doh tu boleh di canai ok lah tu. Santan tidak smestinya habis digunakan..

5) Ambil seketul doh, gelek dengan penggelek antara dua helai plastik. Celup acuan dalam tepung sebelum menerap kuih. Susun atas loyang yang telah dilenser dengan majerin dan ditabur sedikit tepung. setiap kali nak canai & gelek doh kena diuli lagi supaya kuih jadi rangup.

6) Sapu dengan nipis ditengah-tengah atas kuih dengan putih telur lalu ditabur sedikit bijan. Putih telur bertujuan untuk lekatkan bijan saja, jangan sapu berlebihan, takut serap pada doh yang akan mnyebabkan biskut jadi keras. (kalau tak letak bijan, tak perlu putih telur...)

7) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu +- 150 darjah celcius selama 30 minit atau hingga masak. Ikut kepanasan oven masing-masing..

8) Bila sudah masak, boleh masukkan dalam balang. Pastikan simpan dalam balang yang sesuai.

Selamat mencuba. Kuih bangkit santan atau bangkit asli dibuat secara tradisional. Sedap dimakan ketika panas atau sejuk. Kuih bangkit santan ini juga tahan lama jika disimpan dalam bekas kedap udara. Jika tidak, lemau jugak dibuatnya.  

Cara Buat Kuih Siput Rangup Pedas Dan Sedap Langkah Demi Langkah

Cara Buat Kuih Siput Rangup Dan Sedap Langkah Demi Langkah. Step by step cara buat kuih siput sedap dalam dunia. Resepi ni share dari Saji.my dan sesuaikan dengan resepi yang bonda saya selalu buat sejak bertahun dulu. Bila lama campur baru, diharap adalah penambahbaikan kepada kuih siput yang legend ni. Ya tak?

Kalau nak beli boleh tahan mahal, sebab proses nak membuatnya agak renyah (rumit) orang kata.. sebab nak lenyek atas papan tu yang tak larat. Seketul seketul baru dapat hasil. Cubit sikit tepung dan tenyeh atas papan terap dia.. haha, kalau anda sanggup, jomlah kita buat sekali untuk raya kali ni. Amacam? Jadi??

Cara Buat Kuih Siput Rangup Pedas Dan Sedap Langkah Demi Langkah

Cara Buat Kuih Siput Rangup Dan Sedap Langkah Demi Langkah


Mulakan dengan bismillah. Sebab step dia agak panjang ni.. sebab nak kena gentel dan tenyeh adunan pada papan kuih siput nanti..

Cara Buat Kuih Siput Rangup Pedas Dan Sedap Langkah Demi Langkah

Bahan-bahan:

• 1 kg tepung gandum
• 2 sudu serbuk kari daging, kalau nak pedas boleh lebihkan
• 2 sudu serbuk kari ikan
• 2 sudu jintan manis (sangai & tumbuk kasar)
• 1 genggam ikan bilis kisar (jika suka)
• 2 biji telur
• 4 sudu besar penuh marjerin (cair & sejukkan), kalau suka kuih yang rapuh lebihkan lagi merjerin…
• 1 sudu garam + 2 sudu gula (larutkan dalam 1 cawan air)
• 1 cawan air
• 6 tangkai daun kari blend kasar
• 6 tangkai daun kari (untuk digoreng)
• Minyak untuk menggoreng


Cara-caranya penyediaan kuih siput rangup:


1) Masukkan tepung ke dalam bekas, masukkan serbuk kari daging & ikan, daun kari yang diblend & jintan manis, ikan bilis kisar, gaul hingga rata.

2) Pecahkan dua biji telur, pukul seketika dan masukkan ke dalam adunan tepung & gaul rata.

3) Masukkan marjerin dan gaul rata hingga menjadi seperti serbuk roti.

4) Masukkan air, garam & gula sedikit demi sedikit, tambah air & uli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.


5) Rehatkan doh 1/2 jam & Cubitkan doh kecil-kecil supaya senang nak ditekan di acuan & dapatkan saiz yang lebih kurang sama

6) Kemudian, bolehlah ditekan dengan menggunakan acuan kuih siput. Taburkan sedikit tepung pada dulang/ bekas utk mengelakkan kuih melekat.

7) Goreng dengan api yang sederhana dan masukkan daun kari bila kuih siput hampir garing, angkat & sejukkan, simpan dalam bekas yang kedap udara.


Kalau buat rangup dan simpan dalam bekas yang rapat, kuih siput ni boleh tahan berbulan-bulan. Yang tak tahannya sebab selalu kena makan, nak tunggu sebulan pun belum tentu.. hehe

So, selamat mencuba semua.

Beli Samsung A30 Gantikan Asus Zenfone Yang Hang Up

Beli Samsung A30 Gantikan Asus Zenfone Yang Hang Up. Handphone Asus saya dah hangup, nak on atau off langsung tak boleh. Dah reboot system pun tak boleh. Lagipun phone ASUS dah lebih 2 tahun saya guna. Telefon ni adalah 2nd handpone untuk berhubug dengan family dan kawan-kawan rapat. Nak tak nak kena replace yang baru. Since saya dah ada handphone lain, maka saya nak cari smartphone yang murah saja. Heehe..

Bajet bawah RM1,000. Lagi murah tapi RAM tinggi sikit bagus jugak..

Beli Samsung A30 Gantikan Asus Zenfone Yang Hang Up

Saya pilih color putih sebab putih itu bersih, cewahhh..

Beli Samsung A30 Gantikan Asus Zenfone Yang Hang Up

Beli Samsung A30 Gantikan Asus Zenfone Yang Hang Up


Maka, saya pun pergi AEON (Jusco) cari satu phone. Harap ada yang sesuai. Memang kena tukar jugak. ASUS tu boleh repair lain kali.

Cari-cari dan pilih, maka saya beli Samsung A30. Harga RM799. Boleh la.. yang penting boleh berfugsi untuk call, whatsapp, mesej, ambil gambar dan main media sosial. 😍😎😅

Gambar handphone baru saya..



Antara spesifikasi phone samsung A30.. {rujuk bawah}


Warna pilihan saya of course, putih...


Telefon samsung A30 2019 ni RAM 4GB dan Memory 64GB.. saya pun tak simpan banyak barang dalam phone atau SD.. unless phone kegunaan kerja, yg itu kena ada memory yang besar lah..

Tentang phone Asus saya tu, agak-agak nak repair mahal tak?

Ini Sekadar coretan kenangan di dalam blog, santai-santai je. No hard feeling okay. Tak kisah jenama apa yang kita pakai, yang penting adalah fungsinya. As long as dia memberikan manfaat kepada kita, kekalkan apa yang kita ada. Okay✌

2019/05/19

18 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Yang Sedap-Sedap

Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Yang Sedap-Sedap. Maaf ya, kali ni saya tak share resepi tetapi saya ada kongsi gambar menu dan lauk pauk kampung sebagai panduan nak berbuka atau bersahur bagi yang memerlukan, terutama suri rumahtangga yang dah kering idea nak masak apa untuk keluarga tercinta nanti.


Jika ada menu masakan yang anda suka dan mahukan resepinya, saya akan share kemudian. Kerana entri ini sekadar gambar masakan sebagai panduan kita suai padan dengan bahan yang kita ada. Mana sesuai dan anda suka, boleh je ikut menu yang dicadangkan seperti dalam gambar.

Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Yang Sedap-Sedap


Jom layan gambar je...

Semua gambar dari sumber fb bunga_lavenders. Diharap dapatlah kita cari idea nak masak lauk pauk untuk keluarga tersayang.

18 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Yang Sedap-Sedap

18 Gambar Menu Lauk Pauk Kampung Yang Sedap-Sedap



Ya Allah, sedap-sedap lauk pauk kampung yang dimasak. Tengok gambar bawah.. kombinasi ikan goreng, lemak kuning pisang, tumis bayam, terung bakar, sambal udang petai dan sambal belacan.. memang "heaven" kan??







Lagi satu kombinasi lauk pauk kampung yang enak, cantik di pandang dan pasti sedap di tekak.. hehe, gambar atas menu nampak simple tetapi sayur nangka masak lemak memang legend. Ada urap dan ikan goreng. Hmm... sambal belacan jangan dilupa. Ni orang lalu kiri kanan memang tak perasan la..



Mari kita tengok gambar seterusnya. Lagi legend lauk lauk ni. Wow! Kombinasi yang membuka selera, dengan sambal belacan dan sayur lemak bayam. Pun dah sedap. Kemudian ditambah dengan paceri nenas dan ikan goreng. Tak tau berapa pinggan bertambah nanti.. 😊😊






Lagi satu menu kampung yang membuka selera. Ikan goreng dah semestinya bagi anak-anak yang tak makan pedas. Ada udang sambal petai, ketam lemak cili api dan telur masin. Ulaman dan betik jadi juadah sampingan yang menambah selera.


Semoga paparan menu lauk pauk kampung yang dikongsikan dapat memberikan idea, panduan dan kelainan dalam masakan yang dihidang untuk keluarga. Kalau dari menu-menu di atas, pasti anda perasan bahawa tiada masakan berasaskan ayam dan daging. Sebab apa ya? Haha.. telur pun tak ada.. mungkin si tukang masak gemarkan seafood dan ikan berbanding masakan berdaging.

Semoga bermanfaat.