Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2019/10/31

Surah 3 Qul Terjemahan Dan Fadhilatnya

Surah 3 Qul Terjemahan Dan Fadhilatnya. Dalam amalan harian sebagai seorang muslim, kita pasti ada mengamalkan surah-surah lazim dari al Quran. Surah yang mudah, pendek dan boleh dibaca sebagai zikir dan doa bila kita berkesempatan. Kalau di sekolah agama, surah lazim ada banyak, memang kena hafal terutamanya bila ujian hafazan. Budak darjah 1, 2 atau 3 bolehlah hafaz surah lazim yang pendek dan ringkas, tetapi semakin tinggi kelasnya.. Kenalah hafal surah yang panjang sikit.

Dalam kebanyakan surah lazim, surah 3 Qul yang paling digemari. Seawal kanak-kanak berusia 4 tahun dah boleh hafaz surah 3 Qul ini. Apa yang dipanggil surah 3 Qul itu? Antara Surah 3 Qul adalah surah dalam al Quran yang bermula dengan Qul iaitu surah al Ikhlas, al Falaq dan an Nas. Surah al Kafirun pun bermula dengan Qul tetapi mengambil yang biasa orang sebut 3 Qul.. Itulah surah-surahnya.

Artikel berkaitan .. [Surah al Kahfi | Agar terhindar dari fitnah Dajjal]

Surah 3 Qul Terjemahan Dan Fadhilatnya


Surah 3 Qul Terjemahan Dan Fadhilatnya

Surah 3 Qul Terjemahan Dan Fadhilatnya

Surah 3 Qul Terjemahan Dan Fadhilatnya

Fadhilat Surah an Nas


Surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah SWT dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.

1. Surah An-Nas merupakan salah satu ‘Al Mu’awwidzataini’, iaitu dua surah yang mengandungi permohonan perlindungan.

2. Surah An-Nas ini juga adalah dianggap surah penenang dan penerang hati.

3. Surah An-Nas, jika dibaca sebanyak 1000 kali, boleh menjadi pengasih dan daya penarik

Keistimewaan Surah Al-Falaq


1. Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda: “Apakah engkau tidak melihat ayat-ayat yang diturunkan malam ini yang belum pernah ada bandingannya. Ayat-ayat itu ialah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) dan ‘Qul A’udzu Birabbin Naas’ (An-Nas).” (HR Muslim r.a.)

2. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) kerana kamu tidak dapat membaca mana-mana surah yang amat dicintai Allah SWT dan sangat cepat diterima Allah SWT, seperti surah ini. Maka semana mampu kamu janganlah kamu tinggalkannya.”

3. Disebut pada riwayat lain, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kamu tidak dapat membaca apa-apa yang sangat pantas sampai kepada Allah SWT seperti ‘Qul A’udzu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq).”

Surah Al-Falaq merupakan surah ke-113 didalam Al-Quran. Nama Al-Falaq yang bererti waktu Subuh, disebut pada ayat pertama surah ini. Keutamaan surah ini selalu bersama surah An-Nas lantas disebut sebagai Surah Al Mu’awwidzataini.

Kedua surah ini mengandung ta’widz (perlindungan).

Sama seperti surah An-Nas, di dalam surah ini Allah menegaskan padaNyalah manusia memohon perlindungan dari segala bentuk kejahatan.

Fadilat Surah Al-Falaq


Surah Al-Falaq seringkali dibaca bersama Surah An-Nas untuk tujuan berikut:

1. Jika dibacakan sebelum tidur, ia bertujuan untuk menghindari dari segala macam jenis sihir, godaan syaitan yang terkutuk, baik yang berasal dari golongan manusia maupun jin.

2. Bila dibaca 100 kali, dapat melindungi diri dari akan godaan syaitan, manusia, kegelapan malam, mahupun kejahatan manusia.

3. Bila dibaca 3 kali waktu pagi dan petang, Allah akan mencukupkan keperluannya.

Fadhilat surah al Ikhlas


Fadhilat surah al ikhlas boleh dibaca secara terperinci di blog shafiqolbu.com. Saya sekadar membariskan senarainya sahaja.

1. Mengusir iblis dan syaitan

2. Sebahagian al Quran

3. Khatam al Quran

4. Pahala membacanya

Orang yang membaca surat al-ikhlas 50 kali maka memperoleh ganjaran dengan diampuni dosanya selama 50 tahun.

Rasullullah SAW bersabda : “Sesiapa membacasurah Al-Ikhlas sebanyak seratus kali, maka Allah mengampuni 50 perbuatan dosa, selama ia menjauhi empat perkara; Penumpahan darah (melukai atau membunuh), perampasan harta, Perbuatan zina dan Minuman keras.”

“Sesiapa membiasakan setiap hari membaca surah Al-Ikhlas 200 kali, maka dicatat memperoleh seribu lima ratus kebaikan dan diampuni dosanya 50 tahun.”

5. Penebus diri

6. Diampuni dosanya oleh Allah SWT

7. Selamat di alam barzakh

8. Balasan syurga

9. Dipelihara keselamatan

Dalam perkongsian di atas surah 3 Qul dan fadhilatnya, adalah kompilasi daripada beberapa sumber yang saya letakkan dalam coretan dalam blog ini. Sebenarnya kita semua dah biasa, dah lazim sangat dengan surah 3 Qul dan tahu maksud terjemahannya. Cuma, kadang-kadang fadhilat surah-surah tersebut yang kita kurang fasih. Tapi bila dibaca semula, betul apa kata ustaz dulu, kan?

Jadi, tujuan perkongsian di atas adalah sebagai satu peringatan dan percambahan ilmu yang kita telah ada dan semakin bertambah yakin untuk mengamalkannya. Insya Allah.

Lunch Dengan Hero Kecil Sambil Bonding Time

Lunch Dengan Hero Kecil Sambil Bonding Time. Tadi semasa ambil hero kecil balik sekolah, dia mengadu lapar. Padahal baru lepas di menelan 2 ketul hotdog yang di beli di hadapan sekolah. Dah lah kenyang dengan air kotak juga, masih lagi nak makan nasi. Haih.. Duhai anak.. Ikutkan jugak. Kalau tidak, muka ada asam! Haha...


Hero kecil saya ni memang agak manja sikit dengan saya. Iya lah, jarak dengan abangnya 7 tahun. Now, si abang dah masuk universiti. Tinggallah kami bertiga. Siapa lagi tempat dia nak bercerita, tentulah dengan ibunya yang kerap juga kena buli ni. Namun, kalau saya dah marah macam singa, takut juga dia.. hehe

Lunch Dengan Hero Kecil Sambil Bonding Time


Apa agaknya menu lunch bujang kecil saya ni? Dan apa pula menu pilihan saya? Lauk apa yang saya bedal?? Haha..

Lunch Dengan Hero Kecil Sambil Bonding Time

Dalam gambar di atas tu, menu lauk pauk pilihan saya. Ada sayur, ikan goreng, begedil kentang dan juga kuah asam pedas.


Yang hero kecil punya.. Hmm... Cuma kuah lemak cili api dengan ayam goreng berempah 2 ketul. Tak sempat saya nak tahan, dia dah capai ayam 2 ketul. Macam mana tu.. Memang tak tau malu kan?


Air kegemaran bersama, teh ais. Memang cuaca agak panas dan bahang, sesuai benar rasa teh ais yang menyegarkan.

Makan santai tengahari sambil bonding time dengan si kecil ni. Bercerita tentang result exam akhir tahunnya. Belum lagi keluar result UPSR tu.. Saya tanya tak risau ke? Boleh dia jawab biasa je, tak rasa apa-apa. Kita emak bapak yang terlebih fikir pulak.. Haahha

Banyak juga yang kami bualkan. Tentang abangnya yang jauh di bumi Mesir. Fikir pulak tu abang dia makan apa sekarang? Alahai nak.. Dia kat Mesir baru nak breakfast. Time delayed 6 hours, kan.. Hehe

Ok lah, sekadar perkongsian makan lunch santai dengan si bujang kecil saya. Semoga ada sedikit kenangan bersama dengannya bila dia dah jauh pulak nanti.

SAPS Cara Semak Keputusan Peperiksaan Murid Secara Online Oleh Ibu Bapa

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Murid Secara Online Melalui SAPS. Bagi ibu bapa yang nak semak dan monitor pencapaian anak-anak sepanjang tahun, terutamanya bagi anak-anak di sekolah rendah, anda boleh gunakan perkhidmatan SAPS yang dikendalikann oleh MOE atau Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ada banyak cabang atau cara yang boleh digunakan selain SAPs. Anda boleh semak keputusan analisa peperiksaan daripada SMS juga. Semuanya secara online.

SAPS semakan ibu bapa ini boleh dilakukan melalui secara talian (ONLINE).Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah
  • Keputusan sekolah rendah darjah 1 hingga darjah 6.
  • Keputusan peperiksaan sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 5

Cara Semak Keputusan Peperiksaan Murid Secara Online Melalui SAPS


Apakah SAPS? SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah. SAPS ni amat berguna kepada ibubapa untuk semak keputusan anak-anak terutamanya yang sedang bersekolah rendah. Bila dah naik ke sekolah menengah, anak-anak yang telah memasuki asrama, biasanya pihak asrama atau kolej ada sistem semakan keputusan peperiksaan mereka sendiri. Contohnya MRSM. Mereka ada sistem e-semakan di maktab masing-masing.

Tapi jika anak anda bersekolah harian kerajaan, anda masih boleh menggunakan SAPS.

Cara buat semakan di SAPS.

1. LOGIN ke website berikut:

Semakan keputusan peperiksaan: http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php. Anda akan ditunjukkan skrin seperti di bawah.

SAPS Cara Semak Keputusan Peperiksaan Murid Secara Online

2) Klik pautan tersebut khas untuk ibubapa pelajar. So, jangan risau kalau tersalah semak."

3) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak

4) Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.

5. Masukkan kod captcha tersebut. Tekan butang SEMAK.

5) Akhir sekali, satu skrin yang memaparkan keputusan murid akan dipaparkan seperti di bawah.

Contohnya, apabila tekan butang 'Papar Slip Keputusan', paparan berikut ditunjukkan.


SAPS Cara Semak Keputusan Peperiksaan Murid Secara Online



Notis;

SAPS - Laporan Sistem Analisis PeperiksaanSekolah dijana menggunakan Adobe Reader

Semoga anda semua mendapat maklumat yang jelas tentang SAPS - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Ini adalah salah satu sumbangan kerajaan terhadap NKRA iaitu penambahbaikan bidang keberhasilan utama negara.

Selamat menyemak keputusan peperiksaan anak-anak, adik beradik dan juga rakan-rakan. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang. SAPS memang memudahkan urusan ibu bapa dan pnjaga untuk mengikuti perkembangan keputusan anak-anak di sekolah rendah dan sekolah menengah.

2019/10/30

Cuma Sedekahkan al Fatihah, Mudah Saja Tetapi Ada Rahsianya...

Cuma Sedekahkan al Fatihah. Semudah itu Allah nak bagi kita pahala sedekah. Hanya dengan bersedekah al Fatihah dengan seikhlasnya, Allah mempermudahkan urusan hambanya. Al-Fatihah dibaca untuk mendapat barakah Allah di awal majlis, Al- Fatihah juga disedekahkan kepada orang yang pergi meninggalkan kita. Amalkan al Fatihah di awal dan akhir hari... begitulah amalan-amalan al Fatihah yang mudah tetapi kadang-kadang kita sukar dan terlupa melakukannya.

Marilah sama-sama kita menggali dan mencari rahsia dan fadhilat al Fatihah. Teramat banyaknya rahsia fadhilat al Fatihah hinggakan ia boleh meredakan orang yang sedang marah. Antaranya, bacakan dan sedekahkah al Fatihah kepada orang tersebut, dengan ikhlas. Minta doa agar Allah hilangkan kemarahan orang tersebut. Insyaa Allah, reda marahnya..

Cuma Sedekahkan al Fatihah, Mudah Saja Tetapi Ada Rahsianya...

Rahsia al Fatihah 


1. Al fatihah - Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al fatihah - Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al fatihah - Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah - Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah - Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah - Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah - Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah - Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah - Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah - Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.

Cuma Sedekahkan al Fatihah, Mudah Saja Tetapi Ada Rahsianya Dan Fadhilatnya


Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.

Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.

Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

"Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah..."

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara-perkara mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.


Jom sama-sama kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.

Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yang berterusan hingga ke jannah.

Segmen Jom Tukar Link Bloglist

Segmen Jom Tukar Link Bloglist. Kepada para blogger baru atau lama, jom join segmen kawan-kawan. Mana tahu ada ilmu blog yang boleh kita kongsi dan tukar-tukar fikiran. Nak join pun free je dear..

Saya pun dah lama tak join segmen. Nak kata buat segmen, jauh sekali. Dalam setahun ada la sekali. Itu pun kalau rajin.


Segmen Jom Tukar Link Bloglist


Jom meramaikan join segmen oleh Ziana Eunos. Join tukar link bloglist nama dia..


Antara syaratnya;

1) Follow blog tuan blog dan akan follow anda balik
2) Letak kan link blog tuan blog kat bloglist korang

Maka, 30 orang terpantas tuan blog akan masukkan dalam blog list nanti 

Pastikan blog korang aktif dan rajin update :)

Jangan lupa tulis kat komen link blog korang supaya senang tuan blog nak masuk dalam bloglist nanti

Simple dan mudah.

Selamat bersegmen ya..

Nak Tahu 4 Bencana Bila Kita Melupakan Allah?

4 Bencana Bila Kita Melupakan Allah. Bila kita dekat, Allah dekat. Bila kita jauh Dia jauh. Selalu ingat Allah, pasti hidup lebih berkat dan tenang. Ingatlah Allah setiap masa, paling tidak 5 kali sehari iaitu ketika solat fardhumu. Jangan sesekali melupakan Allah kerana bencana dan azab Allah amatlah pedih bagi kamu yang mengerti.

Jika kamu mula terasa jiwamu tidak tenang, sentiasa berada dalam keadaan tak bahagia walau dikelilingi wang berjuta.. maka berhentilah sejenak. Renung dan pandang ke dalam diri. Apa yang kurang? Apa yang kamu kehilangan? Hati rasa tak tenteram. Maka.. jawapannya adalah kembali kepada Allah. Kembali mengingatinya. Insya Allah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.

4 Bencana Bila Kita Melupakan Allah


Apakah bencana yang menimpa bila kita mula melupakan Allah. Mari renungkan senarainya di bawah.
Apakah bencana yang menimpa bila kita mula melupakan Allah.

1. Serabut berpanjangan
2. Sibuk tiada kesudahan
3. Duit tidak pernah cukup
4. Cita-cita tidak kesampaian

Itulah senarai 4 bencana bila kita melupakan Allah. Kalau kita lihat orang yang ingatkan Allah samada dalam keadaan susah ataupun senanģ.. wajahnya tetap kelihatan tenang dan damai. Tidak ia berkeluh kesah. Sentiasa mengerti bahawa setiap kejadian telah dirancang oleh Allah untuk setiap hambaNya dengan sebaik-baik perancangan. Oleh itu, janganlah kita termasuk dalam golongan yang sentiasa berserabut. Cakapnya asyik negatif, sentiasa dengki lihat orang lain senang atau bahagia, tidak pernah cukup dengan apa yang mereka ada.

Kemudian, bencana kepada orang yang lupakan Allah adalah sentiasa sibuk dengan urusan dunia berbanding memenuhi urusan akhirat. Tidak mahu diajak ke majlis ilmu sebaliknya sibuk dengan kelab, perjumpaan sosial, menghadiri majlis yang melalaikan dan sebagainya. Maka, jauhilah kita daripada menjadi golongan yang sebegitu.

Seterusnya, walau sibuk 25 jam .. kenapa duit tak pernah cukup. Kemana pergi wangmu dibelanjakan. Kekayaan sebenar bukanlah apa yang kamu miliki tetapi sebaliknya apa yang kamu beri. Iaitu berupa sedekah jariah kepada mereka yang memerlukan. Itulah sebenarnya kekayaan yang bakal menjaminmu di akhirat nanti. So.. renungkan kenapa duit masih tak cukup walau sibuk kamu mengalahkam PM.

Akhir kepada semua bencana kerana melupakam Allah adalah cita-cita tidak kesampaian. Letaklah cita-citamu setinggi puncak Everest, jika kamu melupakan Allah, sebenarnya tidak satupun cita-citamu telah tertunai. Pasti kamu menginginkan lebih kerana fanatikmu kepada dunia. Namun jika kamu seiringan mengingati Allah dalam mengejar cita-cita, pasti mudah saja Allah menyempurnakan cita-cita dan impianmu. Insya Allah.

Semoga coretan dan perkongsian 4 bencana kerana melupakan Allah dapat memberikan manfaat dan menjentik hati kita untuk kembali ke pangkal jalan dan mula melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya.

2019/10/28

Resepi Ayam Sup Masak Sambal Gerenti Sedap

Resepi Ayam Sup Masak Sambal Gerenti Sedap. Ayam sup? Apa bendanya tu? Hehe.. ayam yang kita masak sup tu, kita goreng kemudian masak sambal. Lebih kurang macam tu la.. sedap woii, lemak pedas dan perencah sup semua ada. Tak pernah cuba, meh lah cuba sama-sama.


Di bawah ni adalah gambar ayam sup saya yang kemudiannya dijadikan ayam sambal. Senang cerita, masa nak buat nasi ayam tu. Kita kan masak supnya dulu dengan rebusan ayam. Haa.. ayam tu potong besar sikit. Kemudian, bila dah empuk, toskan airnya. Ayam tu goreng sekejap. Lepas tu masak sambal.

Resepi Ayam Sup Masak Sambal Gerenti Sedap

Resepi Ayam Sup Masak Sambal Gerenti Sedap

Resepi Ayam Sup Masak Sambal Gerenti Sedap


Saya nak share ayam masak sambal style saya, yang rasanya gerenti sedap hingga bertambah berpinggan-pinggan nasi ya.. 

Resepi ayam masak sambal


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam - potong besar sikit. Buat sup dengan perencah sup
10 tangkai Cili kering - kisar
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
1 batang serai - kisar
1 sudu makan serbuk kunyit - kisar
Gula dan garam secukupnya
2 sudu makan air asam jawa


Cara menyediakan:

1. Ayam yang dah dimasak sup, digoreng seketika, jangan garing sangat. Ketepikan

2. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Hingga pecah minyak

3. Tambahkan dengan air asam jawa.

4. Masukkan garam dan gula, kacau rata. Biar sambal dah masak betul, agar tahan lama

5. Last sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata biar sebati dengan sambal.

6. Siap untuk dihidangkan.

Kuah sup ayam tadi boleh dibuat nasi ayam atau kuah sup makan dengan nasi dan sambal ayam tadi. Memang sedap dan terangkat. Ayam pun lembut je.

Memang agak leceh sikit caranya, kena masak ayam dulu dengan perencah sup semua tetapi hasilnya memang terbaik!!

Selamat mencuba.

2019/10/27

Khasiat Buah Sengkuang

Khasiat Buah Sengkuang - Buah sengkuang atau dipanggil juga sengkuang ubi dihasilkan dalam tanah dan berwarna coklat. Isi buah sengkuang berwarna putih, rasanya rangup dan berair sedikit. Ada banyak bentuk buah sengkuang samada bulat, lonjong dan kecil.


sumber: google

Daun sengkuang berbentuk lebar seperti daun keledek dan merupakan spesis tanaman yang menjalar.


 

Hasil sengkuang ubi boleh dikutip 4 bulan selepas ditanam. Mutu ubi akan menurun jika dikutip pada umur pokok melebihi 6 bulan. Tanda-tanda pokok yang matang adalah daun berwarna kekuningan.




Khasiat yang terdapat pada buah sengkuang

1. Mengatasi demam panas
2. Meredakan demam
3. Mampu mengubati selesema dan batuk
4. Melawaskan buang air kecil
5. Penawar demam kuning
6. Mengatasi masalah gout
7. Sesuai menjadi makanan diet.
8. Menghaluskan dan memutihkan kulit - Sesuai untuk semua jenis kulit. Sengkuang mempunyai keistimewaan iaitu melembap dan menegangkan kulit. Warna buah juga membantu menjadikan kulit lebih cerah.

Cara membuatnya adalah dengan mencuci dan kupas sengkuang. Masukkan ke dalam pengisar kemudian kisar sehingga halus. Campurkan sedikit madu serta perahan air limau nipis. Lumur pada wajah sekurang-kurangnya 30 minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan dua kali seminggu dan lihat hasilnya.

Kandungan buah Sengkuang


Buah sengkuang mengandungi 80 - 90% Mineral, 10-17% Karbohidrat, 1.0 - 2.5% Protein
0.2% Lemak, 0.5 - 1.0 Serat, Vitamin C, Kalsium, Fosforus dan zat besi.


Buah Sengkuang  Cina


Manakala buah sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya adalah dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu. Minum airnya untuk menurunkan kadar tekanan darah. 




Selain itu Sengkuang Cina boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan kerana ia mempunyai rasa berkanji yang asli. Teksturnya pejal dan rangup, menambahkan rupa kepada masakan bergoreng, salad, atau apa saja masakan yang mahukan rasa rangup. 

Namun begitu, apabila memilih sengkuang cina, pilih yang pejal, kulit rata dan tiada tompokan lembut. Jika tidak, kemungkinan besar isinya lembik setelah dikupas.

Kegunaan biasa Sengkuang Cina


Sebagai campuran sayuran seperti kacang sepat dan rebung, bersama kicap dan bahan perisa lain untuk digoreng. Boleh juga masukkan sengkuang cina yang dicincang kepada sup, salad, nasi, dan inti. Sengkuang Cina juga boleh dijadikan snek yang berkhasiat. Sesuai untuk mereka yang pentingkan makanan seimbang kerana ia kurang lemak tetapi sumber terbaik untuk fiber dan vitamin B. Selain itu, sengkuang cina mengandungi mineral lain seperti kalsium, zat besi, potassuim, dan zinc.

Semoga khasiat buah sengkuang yang dipaparkan di atas boleh dijadikan panduan kepada kita untuk mempelbagaikan menu masakan dengan campuran bahan yang berkhasiat.

Selamat membaca, jika bermanfaat boleh dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain...

Cara Bertahan Dalam Melakukan Penghijrahan Hidup

Cara Bertahan Dalam Melakukan Penghijrahan Hidup. Tindakan terbesar dalam kehidupan seorang manusia adalah apabila beliau berani berhijrah. Mungkin berhijrah ke tempat lain demi mencari rezeki, ada juga yang berhijrah menutup aurat berbanding sebelumnya. Walau apapun hijrah anda, pastikan ia hijrah yang baik kepada lebih baik. Tak ada hijrah yang mudah ya, sayang. Bila telah berhijrah, kita kena menyesuaikan diri pula. Dengan tempat baru contohnya, nak kena berkawan, sesuaikan makanan dan cara hidup dan sebagainya.

Namun hijrah jiwa dan raga yang lebih susah. Dari kehidupan yang lebih baik, tuntutan menjadi muslim sejati, untuk menjadi hambaNya yang taat. Sungguh susah ya kekawan.. tetapi di sebalik kepayahan, kesusahan, keteguhan hati itu.. percayalah, Allah telah sediakan tempat paling istimewa kepada kita. Biarpun jalan istiqamah itu payah dan berliku, tetapi hasilnya amatlah indah dan manis.


Cara Bertahan Dalam Melakukan Penghijrahan Hidup


Betul saya kata sebelum ini, hijrah tak mudah ya kawan. Jalannya penuh liku dan rintangan datang dalam pelbagai sudut. Hanya mereka yang kuat dan yakin dengan ganjaran dari Allah saja yang akan kekal bertahan.

Cara Bertahan Dalam Melakukan Penghijrahan Hidup

1. Fahami dan amalkan 2 kalimah syahadah

2. Memperbanyak interaksi dengan al Quran

3. Mulai lakukan dengan amalan sederhana

4. Paksa diri untuk beri manfaat kepada orang lain

5. Yakin bahawa ada balasan atas setiap perbuatan di akhirat kelak

6. Cari teman yang mengajak kebaikan dan hadiri majlis ilmu - persekitaran pergaulan kita amat mempengaruhi jalan penghijrahan yang kita pilih. Dalam waktu ini, akan ada ramai rakan yang menjauhi. Tak mengapa. Its okay. Kita cari rakan dan sahabat baru, yang boleh nembimbing kita.

7. Perbanyak membaca kisah rasul dan para sahabat

8. Banyakkan berdoa agar kita terus istiqamah dalam penghijrahan, dan tetapkan hati kita dalam iman dan islam - sesungguhnya hati berbolak balik sifatnya. Dah lah iman kita senipis kulit bawang.. maka hanya Allah yang mampu pegang hati kita. Hanya kepada Allah tempat kita bermohon agar dikuatkan hati, diteguhkan iman dalam perjuangan hijrah kita.

Semoga sedikit coretan tentang cara-cara istiqamah dalam berhijrah di atas dapat dijadikan panduan dan memberi manfaat kepada semua pembaca blog aynorablogs.

Hanya kepada Allah kita bergantung harap. 

2019/10/26

Cara Menggembirakan Ibu Bapa, Usah Biarkan Mereka Berkecil Hati

TIPS MENGGEMBIRAKAN IBU BAPA. Tanpa ibu bapa tiadalah kita di muka bumi ini. Ibu bapa adalah syurga kita, jagalah mereka dan tatanglah mereka seperti minyak yang penuh sepertimana mereka jaga kita ketika kita masih kecil. Ibu bapa berkorban untuk kita ketika masih kecil hingga sekarang tetapi apakah anak-anak sanggup berkorban untuk ibubapa? Tepuk dada tanya iman ya kekawan..

Kini, dari kecil kita kena educate anak-anak tentang hidup apabila mereka berada di tempat kita nanti. Ajari anak-anak untuk sanggup berkorban apa saja kepada kita iaitu orang tuanya. Kerana apa? Kerana dalam zaman serba pantas dan canggih, anak-anak lebih mudah terpengaruh oleh anasir luar berbanding mendengar nasihat dari mulut orang tua sendiri. Jadi, sematkan nilai kekeluargaan, tanggungjawab, dan nilai pengorbanan mulai dari saat mereka jejakkan kaki ke sekolah.

Cara Menggembirakan Ibu Bapa, Usah Biarkan Mereka Berkecil Hati

Tunjukkan contoh yang baik segala perbuatan kita terhadap mak bapak kita agar mereka pun akan mengikutinya apabila tiba masanya nanti.

Cara Menggembirakan Ibu Bapa, Usah Sakiti Hati Mereka


1. Apabila ibu bapa bertanya, jawab dengan baik. Usah biarkan pertanyaan ibu bapa, termasuklah di WhatsApp, tidak berjawab. Walaupun ibu bapa tidak beritahu anak-anak, percayalah mereka kecil hati.

2. Gunakan ayat yang penuh apabila berkomunikasi dengan ibu bapa. Elak, "Sudah." Sebaliknya jawab, "Saya sudah makan malam tadi." Ayat ini lebih manis di telinga ibu bapa.Usah gunakan gaya percakapan kawan-kawan dengan ibu bapa.

3. Usah tunggu ibu bapa bertanya. Elok anak-anak yang mula bertanya ibu bapa. Anak-anak boleh bertanya adakah ibu bapa sihat, adakah mereka sudah makan, dan apakah aktiviti ibu bapa hari ini. Ibu bapa amat berbesar hati apabila melihat anak-anak prihatin dengan mereka.

4. Biasakan menzahirkan kasih-sayang kepada ibu bapa. Ucap terima kasih. Ucap "Saya sayangkan emak." Ucap "Saya rindukan ayah." Perkataan ini tidak susah diungkapkan, namun beri makna yang besar kepada ibu bapa.

5. Sekira ada perkataan ibu bapa yang kurang menyenangkan, elok berdiam diri saja. Sebagai manusia, ada masa mereka marah. Ada masa mereka sedih. Usah melawan dan berbalas-balas cakap dengan ibu bapa. Mereka sudah cukup berkorban rasa dengan kita.

6. Apabila ibu bapa membesarkan anak-anak selama lebih 20 tahun, mereka ada deria rasa yang tinggi. Melihat muka anak atau mendengar beberapa patah perkataan saja, mereka sudah dapat meneka apa yang anak-anak lakukan. Usah berbohong dengan ibu bapa. Mereka cukup terkilan apabila kena bohong dengan anak-anak.

Cara Menggembirakan Ibu Bapa, Usah Biarkan Mereka Berkecil Hati

7. Walau bagaimana sekali pun kita rasa pendapat ibu bapa salah, selagi ia tidak bercanggah dengan syarak, maka raikan pendapat tersebut.

8. Kebanyakan ibu bapa tidak mengharapkan harta benda anak-anak. Selama ini pun, ibu bapa sudah korbankan banyak harta benda mereka kepada anak-anak. Ada kala ibu bapa ikat perut kerana nak beri kesenangan kepada anak-anak.

Facebook @jentikhati

Semoga coretan dan perkongsian di atas boleh dijadikan panduan kepada kita dalam mendidik anak-anak sekaligus pengajaran dan peringatan kepada diri sendiri juga.

Info Tentang Diabetes Dan Menu Makanan Yang Sesuai

Info Tentang Diabetes Dan Menu Makanan Yang Sesuai  | Kencing manis juga dikenali sebagai diabetes. Penyakit pembunuh nombor satu di negara kita. Penghidap diabetes mesti mengamalkan pemakanan yang dibolehkan dan hendaklah mengelak daripada mengambil makanan yang mengandungi gula yang tinggi.

Kita cerita sikit tentang diabetes atau kencing manis..

Diabetes atau kencing manis adalah satu keadaan yang berlaku apabila tahap gula dalam darah lebih tinggi daripada biasa. Ia berlaku apabila pankreas dalam badan tidak menghasilkan insulin atau apabila badan kita sudah tidak sensitif dengan insulin dalam badan. Apabila insulin gagal dihasilkan atau tidak berfungsi dengan baik, ia tidak dapat membawa masuk glukos atau gula ke dalam sel dan tisu badan kita sebagai simpanan. Akibatnya, darah akan mempunyai kadar gula yang terlalu tinggi untuk sel-sel badan kita. Secara amnya, seseorang dianggap menghidap penyakit kencing manis apabila kadar gula dalam darah semasa berpuasa lebih daripada tahap 7 atau kadar gula selepas makan adalah daripada tahap 11.

Penghidap kencing manis juga amat sensitif apabila terkena luka kerana kuman cepat merebak melalui luka yang terdedah tersebut. Jadi, mereka memang harus berhati-hati jika terluka. Kena mendapatkan rawatan dengan segera.

Untuk info, tanda-tanda orang yang diserang diabetes adalah kerap kencing, selalu dahaga yang luar biasa dan berat badan turun dengan mendadak. Tidur malam yang terganggu. Kulit kelihatan kering. Selain itu, penglihatan menjadi kabur dan rasa kebas di kaki dan tangan, otot lemah, sentiasa letih, cepat marah. Bagi wanita... gatal di bahagian kemaluan.So, sekiranya anda ada tanda-tanda yang disebutkan, segeralah buat pemeriksaan kesihatan anda.

Jenis-jenis Diabetes


Diabetes terbahagi kepada jenis 1 (bergantung kepada insulin) biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Diabetes jenis 2 (tidak bergantung kepada insulin) selalu dihidapi oleh golongan orang berumur atau mempunyai berat badan berlebihan. Terdapat juga kencing manis semasa mengandung (gestational diabetes).

Diabetes adalah pembunuh senyap (silent killer) kerana penyakit ini boleh menyebabkan seseorang pesakit menjadi buta, mengalami komplikasi buah pinggang, masalah jantung, strok dan gangren - selalunya mengakibatkan amputasi kaki akibat luka yang lambat sembuh atau mengalami jangkitan kuman kronik.

Info Tentang Diabetes Dan Menu Makanan Yang Sesuai

Makanan yang tidak boleh dimakan oleh penghidap diabetes


1. Buah-buahan seperti mangga, anggur, betik, aprikot, buah tembikai, nenas dan pisang.

2. Semua jenis makanan / minuman manis dan mengandungi gula yang tinggi seperti semua jenis gula, kuih muih, biskut manis, gula-gula, coklat, ais krim, minuman ringan, kordial, susu pekat manis, jem, kaya, madu dan minuman alkohol.

Makanan Yang Baik Untuk Penghidap Diabetes

Makanan bagi pesakit diabetes perlulah seimbang, berzat dan asli. Makanan ini haruslah bersifat ‘wholefood’ iaitu tidak diproses secara kimia, ‘refined’, ‘polished’ sehingga menyingkirkan sebahagian besar zat, vitamin, mineral, serat dan kandungan phytonutrien yang bermanfaat seperti antioksidan. Makanan ini mempunyai indeks glycemik yang tinggi dimana penghadaman karbohidrat serta penyerapan glukos dalam darah berlaku secara perlahan menjadikan tahap insulin dalam darah normal dan stabil.

Info Tentang Diabetes Dan Menu Makanan Yang Sesuai
Info Tentang Diabetes Dan Menu Makanan Yang Sesuai

1. Buahan seperti Epal, limau barli, buah pir, buah peach, buah ceri, buah limau, lemon, buah kiwi dan semua jenis buah-buahan berri seperti Cranberi, Raspberi, Bluberi. Berbagai macam berri mengandung anti-oksidan yang sangat baik. Selain itu, berri mengandung serat, rendah karbohidrat, dan berbagai vitamin. Mengambil tiga suku cawan buah beri cukup untuk memenuhi keperluan menu harian anda.

2. Semua jenis makanan yang berkhasiat seperti:
(a) Semua jenis sayuran kecuali ubi – sawi, kangkung, bayam, kobis, buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan segala jenis sayur yang lain.
(b) Semua cecair & minuman tanpa gula – sup air, air kosong, teh & kopi-o tanpa gula, teh cina, air limau, air barli tanpa gula.
(c) Perasa & perencah – cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan lain-lain.
(d) Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa lemak & kulit, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala & perut. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut & organ dalaman.

3. Beras perang, beras rebus (parboiled rice), biji gandum perang, rolled oat, tepung gandum atta, tepung suji, spaghetti gandum asli, biji barli, pulut hitam.

4. Sayur dan ulaman - Seperti taugeh, sawi, kobis, broccoli. bunga kobis, kacang pea, timun, kangkung, bayam, kailan, peria, pegaga, ulam raja, daun ketumbar, daun sup/saderi, daun & buah merunggai/kelo.

5. Minyak & lemak - Seperti minyak zaitun extra virgin, minyak karotino, minyak bijan, butter susu asli (Anchor, SCS), minyak sapi asli (QBB), santan kelapa asli – sebagai gantian minyak sayuran terhidrogen sepert majerin, krimer bukan tenusu, shortening, butter minyak sayuran berperisa. Bagi pesakit yang juga mengalami darah tinggi/kolestrol, kurangkan pengambilan lemak.

Koleksi Resepi Bagi Penghidap Kencing Manis


Rangkuman koleksi resepi berikut saya ambil daripada pelbagai majalah, facebook dan juga buku-buku kesihatan serta blog masakan.

1. Jus Tembikai Buah Naga (istimewa untuk pesakit Diabetes) 

Istimewa resepi air minuman untuk pesakit diabetes ini saya kongsikan dari blog Mutiara Kehidupan.

Jus Tembikai untuk Pesakit Diabetes

Bahan-bahan:

150g tembikai dipotong kecil
150g buah naga dipotong kecil
100 ml air masak /mineralCara Membuat:

Kisar semua bahan. Hidangkan

Nilai gizi per hidangan:
Tenaga: 125 kkcal
Protien : 0.9 gram
Lemak : 0.9 gram
Karbohidrat : 10.3 gram
Serat : 1.4 gram

2. Jus Pisang Lemon (istimewa untuk pesakit Diabetes)


Bahan-bahan:

100g pisang ambun dipotong kecil
1 biji lemon diperah airnya
150 ml air masak /mineralCara Membuat:

Kisar semua bahan. Hidangkan

Nilai gizi per hidangan:
Tenaga: 120 kkcal
Protien : 1.5 gram
Lemak : 0.2 gram
Karbohidrat : 31.2 gram
Serat : 0.7 gram

Resepi seterusnya merupakan hidangan harian yang saya ambil dari blog Maklongs kitchen. Mungkin anda juga boleh melakukannya dalam merawat pesakit diabetes. 

3. Nasi Tiruan Daripada Bunga Kobis


Bahan-bahannya:
  • Separuh bunga kobis sederhana besar (lebih kurang 250gm)
  • kelapa parut (setengah biji )
  • Air mendidih
  • 1 sudu teh mentega (jangan digantikan dengan majerin kerana tujuan utama disini adalah menggunakan lemak asli)
  • secubit garam
  • lada putih

Cara-caranya:

1. Sebaiknya gunakan bunga kobis yang benar-benar segar kerana lebih segar lebih mudah disagat. Dengan menggunakan sagat yang kasar, parut bunga kobis kesemuanya termasuk bahagian batang di tengahnya. 

2. Masukkan kesemua bunga kobi dalam periuk dan curahkan air mendidih agak-agak separas dengan bunga kobis. 

3. Tutup dan rebus dengan api kuat selama lima minit. Saring dalam tapisan, pastikan air rebusan benar-benar tuntas. 

4. Masukkan semula bunga kobis ke dalam periuk tadi. Panaskan. Masukkan mentega. Campurkan kelapa parut, garam dan lada putih. Gaul sebati.

5. Hidangkan panas-panas bersama lauk-pauk Melayu.

4. Contoh Menu Harian Untuk Pesakit Diabetes


Idea menu harian untuk pesakit diabetes daripada blog mom station.

Sarapan Pagi:

1 cawan nasi / mee / bihun / 3 keping roti / 1 keping capati.
1 biji telur / 1 keping daging.
Teh / kopi + 2 sudu paras susu tepung

Minum Pagi:

2 keping kuih tanpa gula

Makan Tengahari:

1 cawan nasi.1 ikan (sederhana) / 1 ketul ayam / 1 daging.
1 ½ cawan sayur.
1 biji limau / tembikai / betik / nanas.

Makan Malam:

½ cawan nasi / mee / bihun / kue teow.1 ikan / ayam / daging (masak sup).1 cawan sayur.
1 potong buah.

** boleh juga ambil 1 cawan oat & segelas susu segar jika tak makan nasi waktu malam.


5. Murtabak Telur Campur Sayur 


(Resepi oleh Mutiara Kehidupan).


Bahan-bahan:

100g daging lembu tanpa lemak, dicincang dan ditumis
4 bji telur itik
50g daun bayam, hiris halus
1 batang daun bawang dihiris halus
1 biji bawang bombay, hiris nipis
20 keping kulit popiah
Minyak secukupnya
1 sudu teh serbuk lada putih
1/2 sudu teh serbuk pala
1 sudu garam

Cara Membuat:

1. Campur daging lembu cincang yang sudah ditumis dengan semua bahan lain. Kacau rata.
2. Ambil sekeping kulit popiah , isi adunan telur secukupnya. Lipat semua sisinya sehingga berbentuk segiempat (atau ikut citarasa).
3. Goreng dalam minyak yang panas sehingga kuning kecoklatan. Ketika membalik-balikkan,tusuk-tusuk murtabak menggunakan garfu.
4. Angkat dan toskan

Tip/Nota:
Murtabak ini boleh dimakan oleh pesakit diabetes mellitus yang kolesterolnya normal dan tiada obesiti. Selain digoreng, murtabak ini juga boleh dikukus.

Selamat mencuba. Semoga rangkuman info tentang diabetes atau kencing manis dan menu harian yang sesuai ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. 

Seeloknya rujuk kepada mereka yang pakar sebelum melakukan sesuatu diet pemakanan kepada penghidap kencing manis.

Makan Malam Dengan Siakap Stim Lemon Terbaik

Makan Malam Dengan Siakap Stim Lemon Terbaik. Memang berbaloi beli dan makan kat restoran 3 Cahaya yang dekat dengan rumah kami ni. Ruang restoran bersih, dapur luas dan kita boleh tengok dia orang masak sebab konsep dapur terbuka. Tukang masak ramai. Hmm.. makanan yang kita order pun cepat sampai. Syukur alhamdulillah dapat rezeki makan di seafood restoran yang bersih dan cekap.

Siakap stim lemon yang sedap mestilah kuahnya ada rasa masam lemon dan sikit manis. Tak cair dan tak pekat sangat. Kalau nak tengok resepi buat siakap stim lemon, boleh klik pada pautan di bawah ni..

Resepi Terbaik!! 👉👉👉 Resepi Siakap Stim Lemon Paling Sedap

Cuba juga : Resepi Siakap Stim Ala Nyonya

Makan Malam Dengan Siakap Stim Lemon Terbaik


Makan Malam Dengan Siakap Stim Lemon Terbaik

Siakap stim lemon yang sedap sehingga menjilat jari.. hehe, rasa kuahnya yang ada masam manis lemon, ikannya dimasak sesedap rasa.. lembut dan tidak berbau hanyir.

Makan Malam Dengan Siakap Stim Lemon Terbaik

Tak lupa juga order sotong goreng tepung. Untuk 2 orang makan je.. buat tambah lauk. Pun terbaiklah!!




Hujung minggu macam ni memang malas nak masak. Lagipun kat rumah tinggal bertiga, kalau masak sekali makan je.. macam tak berbaloi.

Tapi kalau sabtu dan ahad memang saya akan masak. Sebab sepanjang hari ada di rumah. Boleh makan berulang ulang.. hehe

Itulah kisah makan santai kami sekeluarga, sekadar berkongsi sedikit pengalaman ya..

2019/10/25

Semak Kelayakan Akreditasi di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Kini kita boleh semak kelayakan akreditasi terhadap kursus-kursus yang ditawarkan di universiti dan institut-institut pengajian tinggi tempatan dan luar negara samada dapat pengiktirafan JPA ataupun tidak. Semakan ini penting agar anda tidak terjebak dengan kursus yang tidak diiktiraf LAN dan kesannya sukar mendapat tajaan pinjaman dan sebagainya.

Cara Semak Kelayakan Akreditasi di JPA


1) Layari laman web yang berkaitan : http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm



2) Isikan maklumat yang berkaitan di kotak kosong. Sila klik di hujung kotak untuk scroll down maklumat Negara, Institusi dan Bidang Pendidikan di tempat yang diperlukan. Anda akan dapat contoh paparan seperti di bawah,

 

Untuk keterangan lebih lanjut, Semak Senarai Kelayakan / List Of Qualification   (Sila klik simbol   untuk maklumat lanjut bagi setiap kelayakan


Semoga maklumat di atas dapat membantu para pelajar dan ibubapa membuat semakan kelayakan yang dimahukan.

Pssst: Berhati-hati jangan sampai terkena!



Berdoalah Dengan Betul, Rasai The Power Of Doa

Berdoalah Dengan Betul, Rasai The Power Of Doa. Jangan main-main ketika berdoa. Kita tak tahu dalam tak berhenti berdoa tu, yang mana satu doa kita Allah kabulkan. Mesti kita tak sangka, dalam kita tak sedar doa kita yang dah berminggu dulu, termakbul saat kita sedang memerlukan. Doa tak semestinya diperkenan on the spot, ada rintangan yang mesti diredahi demi meningkatkan keyakinan dan kesabaran kita. Itulah rahsianya. Ada orang tak sabar. Sebulan dua berdoa, bila Allah tak makbulkan doa-doanya, dia berhenti dari berdoa. Dia mula putus asa. Dia mula berhenti berharap.

Bukankah dunia ini milik Allah? Bila-bila masa doamu boleh dimakbulkannya. Tetapi mengapa ia ditangguhkan? Mengapa tidak semua doa-doamu dimakbulkan serentak? Mengapa Allah mengujimu? Percayalah.. teruskan berdoa. Allah uji sebab Dia sayang. Allah nak naikkan darjat kamu berbanding orang lain. Bukankah itu hadiah yang tak pernah kamu bayangkan? Maka yakinlah ketika berdoa, dan setelah itu bersabarlah. Allah akan tunaikan harapan dan doamu di saat yang kamu amat perlukan.

Berdoalah Dengan Betul, Rasai The Power Of Doa


Oleh itu, berdoalah dengan betul. TUKAR CARA KITA BERDOA

INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. INSYA ALLAH..

Berdoalah Dengan Betul, Rasai The Power Of Doa

1. Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Fahamkan?

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah: . " Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)'.

2. Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berikanlah aku...".

Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu, . " Ya ALLAH kurniakanlah aku..." Kerana apa? Jika kita sebut "beri" maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut "kurnia" maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.

3. Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki".

Selepas ini, latihkan baca doa begini, . " semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat." . Nampakkan 2 perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.

4. Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH. Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai.

Maka hari ini, jom kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya, ' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH.. "Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah.. Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH.. Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. ' . Amin Ya Mujib.

Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.

5. Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yang sudah ada di hadapan kita..

Jadinya, bersyukur dulu atas apa yang ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh, ' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..'

6. Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita..

satu contoh, ' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah...

Sumber dari Facebook Jentik Hati

Semoga perkongsian di atas memberi manfast kepada pembaca blog ini dan mengamalkannya demi mendapat doa yang mustajab dan dimakbulkan. Kita berusaha dan berdoa, dan Allah Maha Mendengar. Jangan risau, okay👌

2019/10/23

Kepentingan Surah al-Kahfi | Agar Terhindar Dari Fitnah Dajjal

Surah al-Kahfi Dan Maksudnya | Agar Terhindar Dari Fitnah Dajjal - Pelbagai kejadian dan fenomena sejak kebelakangan ini banyak berlaku di seluruh dunia. Dan sejak insiden berlakunya kehilangan pesawat MH370 kita mula mengenali tempat-tempat tersembunyi di seluruh pelusuk dunia termasuklah lapangan terbang rahsia Diego Gracia milik Amerika Syarikat.

Dan ada sesetengah perkara yang terjadi sejak akhir-akhir ini membuatkan kita tertanya-tanya dan mahu berubah menjadi lebih baik, menurut perintahNya dan bersedia mental, fizikal dan iman yang kukuh. Salah satunya kena bersedia berhadapan dan mengelak daripada menjadi mangsa fitnah Dajjal. Na'uzubillah...

Surah al-Kahfi Ayat 1 - Ayat 110




Surah Al-Kahf (bahasa Arab:الكهف, al-Kahf, "Gua") disebut juga Ashabul Kahf adalah surah ke-18 dalam Al-Qur'an. Surah ini terdiri atas 110 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah. Dinamai Al-Kahf dan Ashabul Kahf yang artinya Penghuni-Penghuni Gua. Kedua nama ini diambil dari cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 sampai dengan 26, tentang beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini, yang kesemuanya mengandung pelajaran-pelajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Terdapat beberapa hadits RasulullahSAW yang menyatakan keutamaan membaca surah ini.

Surah al-Kahfi Ayat 1 - 10

Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.” [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]   



Surah al-Kahfi Ayat 101-110

Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.” [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]



Ringkasan Kandungan surah al-Kahfi

Keagungan dan keutamaan surah al-Kahf telah banyak dinyatakan dalam banyak riwayat dari Rasulullah S.a.w dan para Imam Maksum As. Antara keutamaannya adalah bahawa terdapat tujuh puluh ribu malaikat yang melepaskan pemergian surah al-kahfi ketika diwahyukan, atau barang siapa yang membacanya pada hari Jumaat maka Allah S.w.t mengampuninya hingga Jumaat berikutnya dan barang siapa yang membaca surah al-Kahf pada setiap malam Jumaat maka ia mati syahid ketika meninggal dunia dan kelak dibangkitkan dengan para syahid dan kepentingan yang lain-lainnya.

Ajaran-ajaran dan kandungan-kandungan surah ini dimulakan dengan puji dan pujian kepada Allah Swt dan berakhir dengan iman dan amal soleh. Ayat-ayat ini lebih banyak bercerita tentang mabda (hari permulaan), ma’âd (hari akhirat), berita gembira terhadap pelbagai kurniaan dan peringatan terhadap azab-azab pada hari kiamat.

Di antara perkara penting yang menarik pada surah ini adalah menyentuh tentang tiga kisah iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Musa dan Khidir dan yang ketiga, kisah Dzulqarnain.

Wallahua'lam...



Warga Asing Boleh Beli Hartanah RM600,000 Mengikut Bajet 2020

Warga Asing Boleh Beli Hartanah RM600,000 Mengikut Bajet 2020. Bajet 2020 yang dibentangkan pada 11 Oktober 2019 yang lepas memang ada yang pro dan kontra. Biasalah.. Ada yang setuju dan ada yang kurang bersetuju. Anda bagaimana? Apa yang anda suka dan apa yang anda bantah?? Saya tak berapa nak fanatik sangat, ada yang baik kita ambil. Kalau kerajaan tak bagi, kita usaha sendiri dengan tulang 4 kerat ni. Betul tak? Satu perkembangan baik dalam sektor hartanah. Almaklum saya bekerja dalam bidang ini. Iaitu, warga asing dah boleh beli hartanah kat Malaysia pada harga RM600,000 dan ke atas. Macam tahun sebelumnya kan 1 juta ke atas.

Namun begitu, belanjawan hartanah ini ada pro dan kontranya. Anda boleh semak dalam pelbagai blog dan saluran berita rasmi.

Warga Asing Boleh Beli Rumah RM600,000 Mengikut Bajet 2020
Gambar hiasan


Warga Asing Boleh Beli Hartanah RM600,000 Mengikut Belanjawan 2020


Kalau nak diikutkan khabar bajet 2020 tu ramai pemaju yang suka terutama yang jual hartanah high end seperti banglo, semi D, kondominium dan banyak lagi. Sekarang kan market a bit slow, so berita bajet 2020 ni agak menenangkan sikit. Tapi mestilah ada syarat dan peraturannya.

Jom baca keratan berita yang saya share dari Astro Awani.

KUALA LUMPUR: : Kerajaan akan menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar daripada RM1 juta kepada RM600,000 untuk pemilikan asing.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, langkah itu dilaksanakan bagi mengurangkan lambakan kondominium dan pangsapuri yang tidak terjual.

“Lambakan itu dianggarkan berjumlah RM8.3 bilion pada suku kedua tahun 2019,” katanya sewaktu membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Selain itu, Guan Eng berkata, kerajaan dengan kerjasama sektor swasta telah melancarkan Kempen Pemilikan Rumah di mana pemaju menawarkan sekurang-kurangnya diskaun 10 peratus untuk hartanah yang layak dan akan dipadankan dengan pengecualian duti setem.

“Setakat ini, sebanyak kira-kira 21,000 unit rumah bernilai RM13.44 bilion telah berjaya dijual di bawah kempen ini yang melebihi sasaran jualan awal sebanyak RM3 bilion.

“Oleh itu, kerajaan juga telah melanjutkan tarikh akhir kempen ini selama enam bulan lagi daripada 30 Jun kepada 31 Disember 2019,” katanya lagi.

Sumber : Astro Awani

Perlaksanaannya akan saya update nanti setelah mendapat kemaskini daripada pihak peguam dan jabatan yang berkenaan.

Mohonlah Kepada Allah Agar Dirimu Diampun Dan Diberi Rahmat

Mohonlah Kepada Allah Agar Dirimu Diampun Dan Diberi Rahmat. Kita sebenarnya tak punya apa-apa pun dalam dunia ini nak dibawa balik ke alam sana. Harta, anak-anak dan suami atau isteri pun bukan hak kita. Kita hanya meminjam daripada Allah. Apa yang ada dengan kita adalah amalan kebaikan semasa hayat dikandung badan. 

Justeru, nak dapatkan amalan yang baik dan diterima, kita kenalah berbuat sesuatu yang selaras dengan harapan kita itu. Kena ikhlas dalam perbuatan. Solat, mengaji Al Quran, bersedekah dan sebagainya hanyalah dengan niat kerana Allah SWT dan nak daaptkan redhaNya.

Mohonlah Kepada Allah Agar Dirimu Diampun Dan Diberi Rahmat

Mohon Ampunan Kepada Allah Dan Diberi Rahmat


Firman Allah SWT :

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمۡنَاۤ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ [Surat Al-A'raf 23] ‎

Terjemahan: 

"Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

Jadi, jangan pernah terlepas dalam doa-doa kita memohon keampunan, diberi rahmat dan hidayah Allah, siang dan malam agar hati berasa tenang, selalu berfikir jauh apabila nak melanggar laranganNya.

Ada banyak doa-doa yang dianjurkan untuk mendapatkan keampunan dari Allah SWT dan juga mendapat rahmat dan hidayahNya.

Boleh klik terus pada pautan ini 👉👉👉 Himpunan Doa 

Semoga perkongsian ini membawa manfaat kepada semua. Insya Allah...

2019/10/21

Menu Tengahari Sambal Tumis Udang Galah Dengan Ikan Kerisi Goreng

Menu Tengahari Sambal Tumis Udang Galah Dengan Ikan Kerisi Goreng. Ikan kerisi pasir sebenarnya, goreng garing dengan kunyit dan garam. Pun dah sedap. Lauk lunch anda pula bagaimana? Udang galah tu hasil memancing si anak dengan ayahnya. Ibunya kenalah masak tanda sokongan moral. Hehe..


Cuba Resepi??  👉👉👉 RESEPI SAMBAL DIRAJA UDANG GALAH

Menu Tengahari Sambal Tumis Udang Galah Dengan Ikan Kerisi Goreng 
Menu Tengahari Sambal Tumis Udang Galah Dengan Ikan Kerisi Goreng

Menu Tengahari Sambal Tumis Udang Galah Dengan Ikan Kerisi Goreng


Sesekali masak untuk family, memang seronok. Alkisah apa yang saya share adalah menu lunch semalam (Ahad). Masak 2 lauk, 1 sayur.. hmm, satu jam satu saya masak. Sebab sambil layan cerita korea. 

Start masak pukul 8 pagi. Masak sayur dulu. Sayur campur tauge, buncis dan tauhu.. campak-campak je dah siap. Lepas tu buat kopi tarik, duduk depan TV tengok cerita korea.


Pukul 9 pagi pulak, goreng ikan kerisi pasir. Goreng, kecilkan api, tinggal sekejap.. sambung tengok cerita. Haha.. senang hati betul kan..?

Dalam pukul 10 lebih, kisar cili kering, untuk buat sambal tumis udang galah. Siap dengan bahan-bahannya sekali.




Menumis dan masak udang galah, senang je. Tak sampai 20 minit dah siap. 

Tekak teringin goreng keropok ikan. Pukul 11 lebih, goreng keropok ikan dapatlah satu bekas bulat, macam dalam gambar.

Menu Tengahari Sambal Tumis Udang Galah Dengan Ikan Kerisi Goreng

Selesai sudah masak menu lunch sambal tumis udang galah dengan ikan kerisi. Sayur pun masak yang simple tetapi favourite kami. 

Masaklah dengan ikhlas, walau lauk pauk tu murah.. tetapi mahal pada yang merasainya. Pasti lazat hingga menjilat jari sebab ibu atau isteri yang masak. Betul tak??

Selamat menjamu selera.. 👌✌💕


2019/10/20

Hari Lahir Putera Kami Yang Ke 12 Tahun Dan IC Baru

Selamat Hari Lahir Putera Kami Yang Ke 12 Tahun. Happy birthday prince. Kamulah buah hati ibu ayah dan kesayangan abang. Semoga kamu membesar dengan cemerlang, dikurniakan takdir yang baik-baik dan berjaya dunia akhirat.

Perjalanan yang agak letih jugak hari ini. Di sebelah pagi anakanda kami ada peperiksaan akhir tahun. Sebaik habis sekolah, terus angkut dia ke JPN. Tukar baju pun dalam kereta. Hai nasiblah nak.. sebab kita mengejar masa.

Hari Lahir Putera Kami Yang Ke 12 Tahun Dan IC Baru

Kek strawberry untuk birthday boy. Memang dia yang pilih. Ikut kan je lah..


Walau dah besar, bila bergambar tetap nak meleset kat ibu dia.. orang kata anak manja, rasanya sama je dengan abang dia yang jauh di Mesir tu.. (biasalah anak lelaki kan lebih kat ibu dia.. kihkih)

Hari Lahir Putera Kami Yang Ke 12 Tahun Dan IC Baru

Lebih kurang 3 jam juga masa dihabiskan untuk buat IC baru umur 12 tahun. Sebab lama adalah kerana kena buat atau update sijil kelahiran dan masa menunggu. Biasalah, jabatan kerajaan.. pasti jadi tumpuan untuk pelbagai urusan.


Selamat Hari Lahir Putera Kami Yang Ke 12 Tahun


Bila usia menjelang 12 tahun, ada je agenda penting untuk diselesaikan untuk putera ke dua ini. Yang penting tentulah kena buat Kad pengenalan baru. Dari myKid tukar ke MyKad. Betul kan? Yang ini dah selesai tadi. Lama juga menguruskannya, dekat 3 jam.

Rupanya bila nak tukar myKid usia 12 tahun, kena update Sijil Kelahiran sekali. Warna hijau gitu..

Step dia macam ni:

Cara Buat Sijil Kelahiran Baru Untuk Anak Usia 12 Tahun


1. Fotostat siap-siap IC ibu atau bapa
2. Fotostat surat beranak anak yang lama
3. Pergi ke bahagian Cabutan Daftar kelahiran
4. Ambil nombor giliran dengan borang sekali. 
5. Penuhkan borang dengan betul, ikut panduan diberikan, anda wakil anak.. jadi maklumat anda yang ditulis
6. Bila nombor dipanggil, pergi ke kaunter. Bawa anak bersama
7. Tunggu sehingga nama sijil kelahiran / nama anda dipanggil (wakil anak)
8. Dapat Sijil Kelahiran anak yang baru

Cara Buat IC Anak Usia 12 Tahun


1. Pergi ke bahagian Kad pengenalan. Bawa myKid, Sijil Kelahiran baru seperti di atas, dan ambil nombor giliran. Jangan lupa fotostat IC anda sebagai wakil anak. Anda akan diberi borang buat IC anak
2. Penuhkan borang dengan panduan yang diberikan
3. Bila nombor dipanggil, serahkan semua dokumen tersebut dengan borang
4. Bila cap jari kanan dan kiri okay, gambar anak akan diambil on the spot, dengan kamera tersedia.
5. Ibu atau bapa kena cap jari pada mesin pengimbas juga.
6. Bila dah selesai, anda kena tunggu lebih kurang 30 minit untuk dapat IC baru.
7. Selesai.

Semoga cara nak buat sijil kelahiran anak umur 12 tahun dengan cara nak buat IC usia 12 tahun di atas dapat memberikan sedikit gambaran tentang proses buat dokumen untuk mereka.