Info Inspirasi Resepi

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2020/03/31

7 Mahkota Dunia Dan Akhirat, Untungnya Siapa Yang Dapat!

7 Mahkota Dunia Dan Akhirat, Untungnya Siapa Yang Dapat! Mestilah untung sangat-sangat. Yang mahkotakan kita pun mestilah Allah SWT. Hanya dari Dia segala kebaikan itu datang. Dan kerana kelemahan dan ketidaksempurnaan kita itu banyaknya kekhilafan. Jadi, siapa kita untuk menidakkan segala pemberian dariNya. Bersyukurlah.

Mahkota adalah sesuatu yang amat berharga. Hanya orang tertentu sahaja yang layak menerimanya. Maka, dalam hal 7 mahkota dunia akhirat ni, barangsiapa yakin dan percaya kepada rukun iman dan islam, insya Allah beliau akan dapat merasakan 7 mahkota ini! Untunglah sesiapa yang mengamalkannya.

7 Mahkota Dunia Dan Akhirat, Untungnya Siapa Yang Dapat!

7 Mahkota Dunia Dan Akhirat, Untungnya Siapa Yang Dapat!


TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT. Mahkota yang di pandang tinggi di sisi Allah. Marilah kita berlumba mendapatkannya.

(1) MAHKOTA ZIKIR


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

(2) MAHKOTA TASBIH


سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

(3) MAHKOTA DO'A


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(4) MAHKOTA ISTIGHFAR


اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِى ، وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَ وَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لاَ يَغفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

(5) MAHKOTA PERLINDUNGAN


بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْئٌ ِفي اْلأَرْضِ وَلاَ ِفي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ

(6) MAHKOTA PERISAI BENCANA


لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

(7) MAHKOTA PENENANG HATI


لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Secara kesimpulannya, semua 7 mahkota dunia akhirat adalah janji-janji Allah kepada kita, anugerah Allah kepada hambaNya yang akur atas segala suruhanNya. Apabila kita buat apa yang Tuhan suruh, maka Dia berikan kita "kebaikan" segala kebaikan agar kita bersyukur dan terus bersabar di atas segala nikmat dan ujiannya.

Kongsikan dengan rakan-rakan anda seramai mungkin kerana ianya adalah sedekah.

Semoga bermanfaat.

Resepi Kangkung Goreng Belacan

Resepi Kangkung Goreng Belacan. Jangan bosan dengan blog saya ya sebab asyik cerita pasal resepi. Dah hari-hari kena masuk dapur bukannya masuk pejabat, maka terhasillah resepi-resepi santai tetapi sedap! Tak caya? Hang tengoklah gambar-gambar yang saya up kan dalam blog ni. Dalam gambar nampak sedap apatah lagi bila masuk di tekak. Haha..

Bahan utama nak masak kangkung belacan adalah kangkung dan belacan. Yang lain adalah sampingan ya.. 🤭🤭🤭
Resepi Kangkung Goreng Belacan

Resepi Kangkung Goreng Belacan

Resepi Kangkung Goreng Belacan


Dah siap di dapur ke tu? Tak ada idea nak masak apa kut? Marilah sama-sama masak kangkung goreng belacan ya kekawan..

Bahan-bahan:

1 ikat Kangkung - di potong ikut suka
2 ulas bawang kecil - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
5 biji cili padi - kisar
1 inci belacan - hancurkan je
Garam dan gula secukupnya
Bahan perisa, jika suka
Minyak untuk menumis

Cara masak kangkung goreng belacan yang sedap


1. Tumis belacan dulu, biar hancur dan naik bau.

2. Masukkan bahan yang dah dikisar tadi. Gaulkan dengan belacan hingga agak layu.

3. Perisakan dengan garam dan gula, ikut selera.

4. Akhir sekali masukkan kangkung yang telah dibersihkan tadi.

5. Siap untuk di hidangkan.

So, lihatlah cara memasak kangkung goreng belacan saya tu. Sebaiknya semua bahan mentah tu di kisar atau tumbuk. Lebih sedap rasanya.

Belacan di goreng dulu, tak mau tumbuk atau kisar dalam bahan mentah tadi. Nanti bau belacan kuat sangat.

Jadi, goreng belacan dulu sampai agak garing (bukan hangit ya), barulah tumis bahan kisaran tadi. Kalau sayur anda agak kering, boleh masukkan sedikit air. Tak de masalah.. okay 👌👌

Semoga bermanfaat.

Cara Buat Brownies Milo Kedut Yang Amat Mudah Sukatan Cawan

Cara buat brownies milo kedut. Milo kan kesukaan budak-budak. Jadi, senang cerita, kita bagi dia orang sesekali makan kuih yang dia orang suka. Bila dah puas, tak ada asyik mintak brownies je, kan? Sebab apa anak-anak kita suka brownies? Hmm.. sebab ia manis. Kalau budak-budak tak suka manis memang pelik la kan..

Namun brownies tak boleh selalu beri dia orang, sebab tak berapa bagus untuk kesihatan kanak-kanak. Sesekali tak mengapa. Sebab, budak kalau terlebih gula dalam badan akan jadi hyperactive. Kesan kepada tumbesaran pun tak berapa baik. Sebaiknya berpada-pada.

Selain anak-anak, saya sebagai ibu pun suka makan brownies. Jika rasa nak makan sangat, saya order je. Biasanya saya suka perisa coklat dan juga hiasan strawberry. Masam dan manis.. sedap je masuk mulut..

Cara Buat Brownies Milo Yang Amat Mudah Sukatan Cawan

Gambar brownies milo sukatan cawan. Terliur tak menengoknya? Rasanya pastilah sedap. Milo kan..


Warna lebih gelap ni sebab ada campuran coklat hitam (black choc).


Cara Buat Brownies Milo Yang Amat Mudah, Sukatan Cawan 



BAHAN-BAHAN:

Saiz: 8" persegi

1 cawan milo atau 1 sudu kecil indo nescafe

4 biji telur
2 cawan gula
250 gm mentega cair (1 ketul) - cairkan dalam mikrowave tapi jangan hangus
1 1/2 sudu teh perisa vanila
2 cawan tepung
1/4 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Cara penyediaan:


1. Pukul telur. Tambahkan gula dan vanila, kacau rata. Tambahkan mentega, gaul/ pukul lagi.

2. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder. Masukkan garam dan milo.

3. Kacau bahan-bahan sehingga sebati tapi jangan terlalu lama.

4. Tuang ke dalam acuan. Alas acuan dengan kertas aluminium (foil). Mudah nak potong nanti.

5. Bakar selama 25 minit pada suhu 180°C dan untuk pastikan dah masak atau tidak.. masukkan lidi di tengah kek. Jika tak ada tepung yang melekat pada lidi, itu tandanya kek dah masak!

Selamat mencuba.

Bila dah masak, boleh potong kek tadi dalam ukuran 2 inci persegi. Kalau nak 1 inci pun boleh, terpulang ikut suka. Brownies milo sukatan cawan dah siap.

Oh ya, saya tunjukkan cara nak potong brownies. Rujuk gambar di bawah.


1. Angkat brownies dengan foil sekali dari acuan
2. Keluarkan dari foil, tanggalkan foil
3. Potong dengan pisau plastik atau pisau biasa yang tajam
4. Potong sekata ikut saiz yang sama.

Sekian, semoga berjaya.

Ringkasan Soal Jawab Moratorium 6 Bulan Kesan Wabak Covid-19

Ringkasan Soal Jawab Moratorium 6 Bulan Kesan Wabak Covid-19. Kerajaan telah memberikan penangguhan (defferment) pinjaman tertentu kepada seluruh rakyat Malaysia dalam tempoh krisis wabak Covid-19 ini. Hal ini bagi membolehkan mereka yang terlibat dalam PKP selama lebih kurang sebulan untuk menguruskan kewangan masing-masing secara lebih teratur. Maksudnya bagi mengelakkan rakyat negara menjadi panik menghadapi krisis ini yang jarang-jarang berlaku.

Ringkasan Soal Jawab Moratorium 6 Bulan Kesan Wabak Covid-19
Persatuan Bank Malaysia

Apa maksud moratorium? Apa itu moratorium? Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda. Ini bermakna pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran bulanan untuk pinjaman mereka selama selama 6 bulan, bayaran ansuran akan bersambung setelah tempoh moratorium tamat.

Diharap semua pihak bersabar, ikut apa saranan kerajaan dan menjaga keselamatan diri masing-masing dalam melalui tempoh sukar ini.

Ringkasan Soal Jawab Moratorium 6 Bulan Kesan Wabak Covid-19


Summary MORATORIUM 6 bulan
_(1 April 2020 hingga 30 Sept 2020)_

CIMB _- Automatik_
Ambank  _- Automatik_
Bank Rakyat* _- Automatik_
MBB* _- Automatik_
Public Bank* _- Automatik_
MBSB* - _Automatik_
Agro Bank* - _Automatik_
BSN* _- Automatik_
Bank Islam* _- Automatik_
Bank Mualamat* _- Automatik_
Affin Bank* _- Automatik_
UOB* _- Automatik_
Hong Leong Bank* _- Automatik_
OCBC* _- Automatik_
RHB* _- Automatik_
AKPK* _- Automatik_
HSBC* _- Automatik_
KFH* _- Automatik_
Citibank* _- Automatik_
Alliance Bank* _- Automatik_
Al Rajhi Bank* _- Automatik_
Public Bank* _- Automatik_

Toyota Capital* _- Automatik_
Tan Chong Capital* _- Automatik_
LPPSA* _- No Info_
Aeon Credit* _- Bukan Institusi Kewangan_
Angkasa* _- Masih Dalam Perbincangan_
Parkson Credit* _- Bayar Seperti Biasa_
Sabah Credit* _- No Info_
Chailease Berjaya Credit* _- No Info_
Yayasan Ihsan Rakyat* _- No Info_
Kowaja* _- No Info_
Kowamas* _- No Info_
Petronas* _- No Info_

Amanah Ikhtiar* _- Tangguh 6 Bulan_
Tekun* _- Automatik Tangguh 6 Bulan Bermula 1 Mac 2020_
KOOP* _- Tangguh 6 Bulan_

Coway* _- No Info_
Singer* _- No Info_

---‐----------------------------------------------------------------

Ringkasan berkenaan Auto Loan Moratorium supaya lebih ramai faham dan tidak keliru.

1. Bila ianya bermula?
_- 1 April 2020 hingga 1 September 2020 (6 bulan)._

2. Jenis loan yang dapat moratorium?
_- Pinjaman Perumahan._
_- Pinjaman Kenderaan._
_- Pinjaman Peribadi._
_- Pinjaman Perniagaan._
_- Syaratnya, pinjaman tiada tunggakan selama 90 hari._

3. Macam mana nak mohon?
_- Automatik, tak perlu pohon, tak perlu hantar borang, tak perlu telefon bank dan sebagainya._

4. Siapa yang layak?
_- Semua rakyat Malaysia tidak kira kerja Kerajaan atas Swasta._
_- Tak ada konsep gaji jalan tak boleh dapat ke atau gaji tak jalan je boleh dapat ke. Semua layak._

5. Kad Kredit pun dapat penangguhan ke?
_- Tidak._
_- Bank boleh convert baki hutang kepada pinjaman tetap._
_- Faedah maksimum akan menjadi 13% setahun berbanding 18% sebelum ini._

6. Jumlah pinjaman akan bertambah ke?
_- Tidak akan bertambah._
_- Cuma akan bertambah faedah sebanyak 6 bulan (kerana penangguhan 6 bulan)._
_- Jangkamasa pinjaman sahaja ditambah 6 bulan._
_- Jika sebelum ini pinjaman adalah selama 7 tahun, dia akan jadi 7 tahun *DAN* 6 bulan._

7. Kalau pinjaman yang bukan melalui Bank contohnya AEON Kredit, pinjaman kenderaan dengan Kedai dan sebagainya?
_- Sila berurusan terus dengan pemberi pinjaman kerana mereka bukan institusi Perbankan._

8. Ada kesan tak kat rekod CCRIS dan CTOS?
_- Tiada, ia tidak terkesan langsung._

9. Rumah sewa dapat tangguh secara automatik tak?
_- Tidak. Tetapi boleh berbincang dengan pemilik untuk diskaun dan kelonggaran kerana secara dasarnya, pemilik pun dapat penangguhan bayaran pinjaman._

10. Bagaimana kalau tak mahu buat penangguhan dan nak bayar macam biasa?
_- Hubungi bank dan beritahu mereka._

11. Penangguhan akan kena faedah atau penalti tak?
_- Tidak. Anggap sahaja penangguhan ni satu anjakkan ke depan dan 6 bulan ini hanya satu ruang kosong yang anda tak perlu bayar dan tak memberi kesan._

12. Selepas 6 bulan moratorium macam mana?
_- Bayar pinjaman seperti biasa._

13. Insurans perubatan, insurans nyawa dapat penangguhan juga tak?
_- Tidak termasuk dalam Moratorium._
_- Kalau tak bayar, takde perlindungan._

So tak payah dah nak pening2 kepala, kerajaan dah bagi kelonggaran tu. Ambil sahaja, pasal kita x tahu di kemudian hari, disebabkan itulah kerajaan buat kelonggaran begini.

Kemungkinan kita akan menghadapi kegawatan ekonomi yg menggerunkan, simpan duit cash, berjimat cermat mulai sekarang.

Harap ni boleh membantu semua, semoga dapat memberi pencerahan, kongsikan supaya orang tidak lagi tertanya-tanya.

So, jangan cepat melatah bila kerajaan memperkenalkan sesuatu skim atau pelan untuk membantu mengurus kewangan anda dengan lebih baik. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Insya Allah.

2020/03/30

Ikan Kembung Masak Kicap Hidangan Mudah Waktu Bersahur

Ikan Kembung Masak Kicap Hidangan Mudah Bersahur. Sengaja saya tulis tajuk macam tu walau pun menu ni tadi saya masak waktu lunch. Sebab ikan masak kicap lah yang paling laku untuk menu sahur anak-anak kami. Ada kuah kicap sikit, lepas tu ikan goreng garing sikit. Mmmm... memang sedap!!


So, kalau nak sahur esok pagi atau sahur waktu bulan ramadan nanti, boleh je guna resepi yang saya share kan. Semoga ia menambah koleksi idea kita nak prepare pada bulan ramadan yang bakal menjelma. Insya Allah. 



Walau nampak simple, ikan kembung masak kicap ni bukan biasher biasher ya kekawan.. makan dengan keropok ikan dan kobis masak lemak putih, memang kaww!

Resepi Ikan Kembung Masak Kicap Hidangan Mudah Bersahur


Bahan-bahan:

8  ekor ikan kembung - bersihkan
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
5 tangkai cili hidup - hiris kasar
1 batang kayu manis
Kicap lemak manis - secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Tambahan:

1 biji bawang besar & daun sup sebagai hiasan

Cara Masak Ikan Kembung Kicap Hidangan Mudah Waktu Bersahur


1. Goreng ikan kembung yang disalut garam dan kunyit hingga garing. Ketepikan.

2. Tumis batang kayu manis dulu hingga naik bau. Masukkan bahan yang dihiris seperti bawang besar, bawang putih, halia dan cili hidup. Tumis hingga naik bau.

3. Masukkan kicap secukupnya. Nak banyak atau sikit, terpulang. Kalau nak berkuah, lebihkan kicap.

4. Masukkan ikan kembung yang telah digoreng tadi. Gaul rata.

5. Perisakan dengan garam dan gula.

6. Taburkan hirisan bawang besar sebagai hiasan. Biar layu sedikit dan matikan api.

7. Nak tabur daun sup pun boleh.

Mudah je kan buat ikan kembung masak kicap untuk waktu sahur anda. Mata lebih segar dan makan pun berselera.

Kalau waktu biasa pun dah cukup pembuka selera, inikan di waktu pagi buta. Hehe..

Tersilap Beli Minyak Masak Berat 5 Kg Ketika Tempoh PKP

Silap Beli Minyak Masak Berat 5 Kg. Saya bukan panic buying ya guys! Cuma tersilap inform kepada ketua keluarga. Confident je kata beli minyak masak yang 5 kg seperti biasa yang saya beli. Pada fikiran saya apa yang saya beli tu dah besar saiz dia. Tahan lama jugak, dekat 3 bulan baru habis minyak masak tu.

Kejadian sebegini bukan selalu berlaku. Hal tersilap beli minyak masak saiz 5 kg ni kerana perintah kawalan pergerkaan (PKP), kan hanya ketua keluarga boleh keluar. Kalau saya yang beli, saya akan capai saiz yang biasa saya beli. Kihkih.. ini kes salah faham bila kita biasa beli berdasarkan bentuk dan bukan berat.

Silap Beli Minyak Masak Berat 5 Kg


Anda tahu apa silapnya? Saya minta "ketua keluarga" iaitu encik suami beli minyak masak yang 5 kg punya tetapi dalam fikiran terbayang saiz sederhana yang biasa saya beli.

Tup! Tup! Encik suami balik bawak yang saiz besar. Saya kata 5 kg kenapa balik bawak minyak masak bekas besar.

Tersilap Beli Minyak Masak Berat 5 Kg


Encik suami kata betul lah 5 kg. Bila saya ambil bekas yang dah kosong, baru saya perasan. Selama ni saya beli minyak masak saiz 2 kg. Aduhaiii.. sori dear 🤣🤣

Ginilah gayanya bila "ketua keluarga" yang pergi membeli barang dapur. Apa kita tulis dia follow je tanpa banyak tanya. Kita pulak yang tersilap bayang kan rupanya..

Minyak masak 2 kg (saiz kecil tu) makan 3 bulan nak habis, tak tahulah pula yang 5 kg ni berapa tahun nak habis.. hehe

Kami memang jarang masak guna minyak, kebanyakan guna air fryer pun letak minyak ala kadar saja.

So, korang jangan jadi macam saya ya. Bayangkan botol kecil tu 5 kg rupanya 2 kg. Alahaiii.. apalah nasib. 

Biskut Raya Kuih Bangkit Kelapa Bulan Cara Cikgu Azlina Ina

Cara Buat Biskut Raya Kuih Bangkit Kelapa Bulan Cara Azlina Ina. Dalam kegembiraan sebab tak payah pergi kerja, maka saya pun cari apa lagi sebab yang boleh buat saya happy. Tak mau stress la.. kan, kita kena happy walau #stayathome dan #covid19 harap cepat dinyahkan dari muka bumi ini dengan kekuasaan Allah SWT. Aamin. Okay, kegembiraan antaranya bagi saya adalah apabila dapat tengok resepi buat kek atau kuih muih dari FB Cikgu Azlina Ina. Ya Allah, ternganga tengok kek-kek dan biskut raya dia buat. Yang best, beliau tak kedekut ilmu. Alhamdulillah. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki cikgu Azlina Ina yang pandai buat kek dan kuih muih.

Biskut Raya Kuih Bangkit Kelapa Bulan Cara Cikgu Azlina Ina


So, saya akan share resepi dari FB Cikgu Azlina Ina iaitu resepi biskut raya bangkit kelapa rangup, yang paling sedap dan popular di kalangan peminat kuih raya ya..

Resepi Biskut Raya Kuih Kelapa Bulan Rangup Cara Azlina Ina


Bahan-bahan:

250 gm butter
1 cawan gula kastor
Sedikit esen vanila
1 biji telur
Secubit garam (hihi)

Bahan kering:

2 cawan kelapa parut segar (disangai - goreng tanpa minyak)
2 1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan tepung gandum
5 sudu besar serbuk santan
1/2 cawan coklat rice

Cara Buat Biskut Raya Kuih Kelapa Bulan Cara Cikgu Azlina Ina


Marilah kita belajar buat kuih raya pulak, kali ni dari ilham cara cikgu Azlina Ina, nama kuih raya kita adalah Kuih Kelapa Bulan. Kuih bangkit kelapa tu.. hehe

Langkah 1:

Biskut Raya Kuih Kelapa Bulan Cara Cikgu Azlina Ina

Langkah 2:

 

Langkah 3: 


Langkah 4:

Biskut Raya Kuih Kelapa Bulan Cara Cikgu Azlina Ina 

Langkah 5:

 

Langkah 6: 


Langkah 7:


Langkah 8;

 

Langkah: 9


Langkah 10:

Biskut Raya Kuih Kelapa Bulan Cara Cikgu Azlina Ina

Iya kekawan, ada 10 langkah buat kuih bangkit kelapa yang saya print screen dari FB cikgu Azlina Ina. Sesiapa nak buat dipersilakan. Cikgu Azlina Ina dah benarkan sesiapa saja share dan pakai resepi yang dia bagi ya. Moga rezeki cikgu melimpah ruah tak berhenti-henti kerana niat ikhlasnya itu. Aamiin..

Nota:

Kelapa parut tu kena sangai (goreng tanpa minyak) bagi mengelakkan kelapa itu cepat basi dan menjadikan kuih bangkit mudah berkulat.

Ringkasan Cara mudah buat kuih bangkit kelapa bulan;


✅ gula+mentega/ butter (putar hingga kembang)

✅ masukkan telur + secubit garam (putar kejap)

✅ masukkan baking powder (putar kejap)

✅ satukan tepung ubi+tepung gandum+kelapa kering dalam bekas

✅ masukkan bahan putar tadi sedikit demi sedikit dan uli, rehatkan doh sejam

✅ cetak ikut bentuk yang anda suka (asal biskut ni memang bentuk bulan sabit)

✅ sapu telur yang diwarnakan tadi dan tabur coconut toasted, jika suka

✅ bakar 30min suhu 160° (ikut oven masing2 juga)

✅ siap. Simpan dalam bekas kedap udara

Saya share kan cara ringkas ni, buat rujukan tambahan bagi anda yang tak berapa faham dengan print screen resepi cikgu Azlina Ina di atas. 😊😊

2020/03/28

Sedapnya Jemput-Jemput Manis Gaya Bebas

Sedapnya Jemput-Jemput Manis Gaya Bebas. Sarapan apa hari ni? Kami buat jemput-jemput manis yang semanis kami juga, kihkih.. jangan muntah baca ya, kita chill-chill je dalam waktu PKP ya. PKP dilanjutkan hingga 14/4/2020, harap bersabar ya kita semua. Jangan stress. Amalkan zikir kerana ia salah satu cara penenang jiwa. Kalau rasa dah bosan dengan semua aktiviti dalam rumah, apa kata korang keluar rumah, berdiri tepi pagar, ambil angin segar. Tengok rumput, pokok dan burung-burung yang berterbangan bebas. Rasa nyaman je..

Hari ini saya nak buat jemput-jemput manis kegemaran bujang kecil saya. Asalkan benda manis memang dia suka. Tak elok dilayan sangat nanti terkena mudarat pulak kat dia. Sesekali tak apa,, setahun sekali je. Hehe

Sedapnya Jemput-Jemput Manis Gaya Bebas
Jemput-jemput manis gaya bebas,
Ada besat kecil dan pelbagai
Bentuk.. 😘😘

Resepi Jemput-Jemput Manis Gaya Bebas


Nak resepi ke? Ala jemput-jemput je pun. Budak 6 tahun pun pandai buat, ya lah.. Dah dari kecil mak bapak dah ajar makan. Itulah resepi paling mudah dan semua orang boleh buat. Nah ni bahan-bahan nak buat cucur manis semanis madu..

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula - kalau nak manis lebihkan
1 sudu makan baking powder
Air secukupnya - dilarutkan dengan 2 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat jemput-jemput manis gaya bebas


1. Semua bahan disatukan dalam mangkuk. Adun hingga sederhana cair, biar dalam 1/2 jam

2. Panaskan minyak.

3. Gunakan sudu atau hujung jari untuk masukkan tepung di tepi kuali. Seret tepi kuali. Sebab gaya bebas kan.. Hehe

4. Bila dah masak atau kekuningan, angkat jemput-jemput dan toskan minyaknya.

5. Biarkan seketika. Boleh dihidangkan dah..

Sedapnya Jemput-Jemput Manis Gaya Bebas


Mudah sangat kan? Jemput-jemput manis gaya bebas ni hasilnya macam dalam gambar. Semua rupa ada, tak de la bulat-bulat. Sebab tu saya buat seret tepi kuali.

Selamat mencuba. Saya suka cucur yang warna hitam sikit, lebih sedap dan rangup. Tak bermakna hitam tu tak sedap ya.. 😀😀😀

2020/03/27

Fadhilat Membaca Surah Yassin Ketika Dilanda Musibah

Fadhilat Membaca Surah Yassin Ketika Dilanda Musibah. Negara kita sedang dilanda musibah wabak Covid-19, begitu juga dengan seantero dunia. Virus ni pun makhluk Allah. Dari Allah dia datang dan kepada Allah juga dia akan kembali. Mohon doa semoga virus Corona ni lenyap dari atas muka bumi ini. Kita dinasihatkan untuk #dudukrumah pada keadaan seperti ini. Ini merupakan ikhtiar kita dalam menghadapi wabak yang digelar pandemik oleh WHO.

Apa lagi usaha kita untuk mengatasi waktu-waktu sukar ini? Adakah kita perlu bimbang, stress, putus asa di dalam waktu seperti ini? Tidak ya kekawan, Allah dah kata dalam al Quran, disebalik kesusahan pasti ada kesenangan. Di setiap ujian, ada sesuatu yang lebih hebat Allah nak bagi. Okay 👌👌 

Apakata, kita amalkan membaca surah yassin selepas solat fardhu mengikut kesempatan yang kita ada, agar kita merasai fadhilat yang dimaksudkan tersebut.

Fadhilat Membaca Surah Yassin Ketika Dilanda Musibah

Fadhilat Membaca Surah Yassin Ketika Dilanda Musibah


Daripada pembacaan saya dan ajaran daripada ustaz ustazah terdahulu sewaktu belajar.. ada banyak fadhilat surah yassin, yang mana bila kita membacanya maka ia menjadi satu terapi penenang jiwa yang Allah hadirkan buat kita semua.

Membaca surah Yasin adalah satu ibadah dan mendapat pahala bagi sesiapa yang membacanya kerana ia merupakan satu surah daripada surah-surah di dalam al-Quran.

Fadhilat Membaca Surah Yassin Ketika Dilanda Musibah

Selain itu, hadith Nabi SAW juga menunjukkan bahawa sesiapa yang membaca al-Quran akan mendapat pahala yang besar. 

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”.[Riwayat al-Tirmizi, no. hadith 2835]

Hadith berkaitan kelebihan membaca Yasin


Terdapat sebuah hadith yang dinilai sahih oleh Ibn Hibban walaupun status menjadi perselisihan oleh para ahli hadith, namun Ibn Hibban meletakkan hadith ini di dalam kitabnya Sahih Ibn Hibban. Daripada Jundub bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ يس فِي لَيْلَةٍ ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ غُفِرَ لَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari untuk mencari redha Allah maka akan diampunkan dosanya”. [Riwayat Ibn Hibban, no. hadith 2574]

Sumber : website MAIWP

KEBERKATAN SURAH YASSIN


Rasulullah SAW telah bersabda: “Bacalah Surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan.“

Berikut adalah beberapa keberkatan dan kebaikan yang dimaksudkan:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan
siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

Sumber : Shafiqolbu.com

Walaupun terdapat pendapat mengatakan segala fadhilat dan keberkatan membaca surah yassin  di atas adalah hadith yang lemah dan tiada asas, tetapi yang pasti bacaan yassin ada di dalam al Quran.. dan sesiapa yang mengamalkan, membaca, menghafalnya.. diberkati hidupnya oleh Allah SWT.

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

2020/03/26

Video - Selamat Hari Lahir Sayang

Video - Selamat Hari Lahir Sayang. Hari ini 26 Mac 2020, entri ini saya catatkan dalam blog ini sebagai kenangan buat permata hati kesayangan bonda yang jauh di mata di seberang laut China Selatan, tetapi sentiasa dekat di hati hingga hujung nyawa.

Seorang hamba Allah yang sangat sederhana dalam segala hal tetapi istiqamah dalam mengejar impiannya menjadi seorang doktor muslim yang cemerlang di dunia apatah lagi di akhirat. Insya Allah.
Video - Selamat Hari Lahir Sayang


Video Selamat Hari Lahir Sayang


Selamat hari lahir sayang, 💕❤, semoga usiamu yang bertambah menjadikan kamu seorang hamba yang semakin baik kepada TuhanNya.. Aamiin


Bersambung kisahnya yang istiqamah nak jadi doktor, cita-cita itu tersimpan sejak usianya 5 tahun lagi. Apatah Allah kurniakan dia dengan kebijaksanaan (by gifted), insya Allah perjuangan itu takkan pernah berakhir, belajar hingga ke akhir nyawa. 

Beliau seorang abang yang sangat positif terhadap adiknya, sentiasa menjadi supporter yang kuat untuk adik kesayangannya.

Hasilnya, si adik yang berjarak usia sejauh 7 tahun mengidolakan si abang dan bertekad mengikut setiap jejak langkah abangnya. Masya Allah.. nikmat rezeki yang Allah kurniakan buat kami ini tak terkira besarnya. Allahu Akbar..

Sejak dari sekolah rendah, jika si abang memasuki kelas 6A, si adik pun mengejar jejak masuk kelas yang sama. 7 tahun dulu si abang masuk MRSM, kini adik pula memasuki MRSM juga. Cita-cita pun serupa, mahu menjadi seorang doktor.

Setiap baju, kasut waima barang-barang si abang di rumah pun dia tak kisah untuk memakainya walau baju dan kasut yang dah lama atau buruk.

Begitulah dua beradik itu yang kami namakan "NAQIB" pada awalan nama mereka.

Kepada anakku Naqib, usiamu meningkat lagi. Seharusnya amalan dan akhlakmu pun seiring menjadi lebih indah dan terpuji. Dilimpahi dengan segala kebaikan, dengan rezeki seluas lautan dan tunduk syukur kepada yang Maha Esa.

Anakku, sebagai abang sayangilah adikmu sepenuh hati. Kepada adikmu, ajari dia untuk hormatkan kamu. Kelak kalian akan berada dalam pelukan kasih sayang yang menyejukkan dan menenangkan hati. Sehingga ke hujung nyawa.

Salam ikhlas dan kerinduan dari kami di sini. 

Notis Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Sehingga 30 September 2020 Kesan Wabak COVID-19

Notis Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Sehingga 30 September 2020. Oleh kerana kesan musibah wabak Covid-19 yang sedang melanda negara kita Malaysia, pihak PTPTN telah menyahut saranan perdana menteri TSMY untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN para peminjamnya. Ia berkuatkuasa serta merta.

Namun, jika anda masih nak terus bayar macam biasa, anda boleh je berbuat begitu. Ada saluran yang kena anda ikuti, isi borang persetujuan di portal rasmi PTPTN dan bertindak seperti di arahkan.

So, pilihan di tangan sendiri. Duit pun anda yang punya, ada hikmahnya mengapa kerajaan begitu bertimbang rasa kepada rakyatnya.

Notis Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Sehingga 30 September 2020 Kesan Wabak COVID-19

Notis Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Sehingga 30 September 2020


Saya kongsikan notis penuh daripada PTPTN sebagai rujukan dan panduan bersama.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,

Mengambil kira kesan wabak penyakit COVID-19 kepada ekonomi negara yang mengakibatkan kehilangan dan kekurangan sumber pendapatan kepada peminjam PTPTN, Kerajaan telah bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman pendidikan kepada semua peminjam PTPTN berkuat kuasa serta-merta selama enam (6) bulan sehingga 30 September 2020.

2. Sehubungan dengan itu, peminjam yang sedang membuat bayaran balik akan ditangguhkan bayaran balik secara automatik tertakluk kepada keadaan berikut:

a) Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji


Semua arahan dan penghantaran data potongan gaji akan ditangguhkan. Walau bagaimanapun, terdapat peminjam yang akan diteruskan potongan gaji bagi bulan Mac 2020 memandangkan aktiviti prosesan data potongan telah dibuat lebih awal sebelum pengumuman penangguhan bayaran balik. Sila semak penyata pinjaman masing-masing untuk pengesahan bayaran berhubung perkara ini. Tiada pemulangan semula (refund) yang akan dibuat ke atas bayaran balik yang telah diterima. Potongan gaji akan dihentikan bagi bulan April hingga September 2020.

b) Bayaran Balik Melalui Direct Debit


Semua penghantaran data potongan melalui Direct Debit akan ditangguhkan hingga bulan September 2020. Sehubungan dengan itu, tiada potongan Direct Debit akan dilakukan bermula 19 Mac sehingga 30 September 2020.

3. Peminjam yang membuat bayaran balik melalui saluran lain seperti kaunter bank, Pos Malaysia, Perbankan Atas Talian (Internet Banking), Arahan Tetap (Standing Instruction) atau lain-lain saluran adalah bertanggungjawab ke atas bayaran yang dibuat sepanjang tempoh penangguhan. Peminjam dikehendaki membuat pembatalan dengan pihak yang berkaitan sekiranya ingin menangguhkan bayaran di dalam tempoh ini. Tiada pemulangan semula (refund) bagi bayaran balik yang telah diterima.

Peminjam Yang Ingin Meneruskan Bayaran Balik Sepanjang Tempoh Penangguhan


4. Bagi peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman, boleh membuat bayaran mengikut saluran yang telah disediakan.

5. Peminjam yang ingin meneruskan potongan gaji/ Direct Debit pula dikehendaki membuat persetujuan di Portal Rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my/covid-19 mulai 23 Mac hingga 15 Ogos 2020.

Penutupan Sementara Permohonan Pertukaran Ujrah, Penstrukturan Semula Pinjaman, Penjadualan Semula Pinjaman dan Penggabungan Pinjaman

6. Selaras dengan penangguhan bayaran balik pinjaman ini juga, PTPTN dengan ini memaklumkan penutupan sementara semua permohonan di atas bermula 19 Mac 2020 hingga 30 September 2020.

Maklumat Lanjut


7. Maklumat lanjut sila klik di sini.

8. Sebarang pertanyaan hendaklah disalurkan ke e-Aduan.

Susulan daripada penularan jangkitan COVID-19, PTPTN menasihatkan anda untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan anda sihat tanpa gejala demam, batuk dan kesukaran bernafas. Pastikan anda menjaga kebersihan diri sepanjang masa. Bersama-sama mencegah penularan jangkitan COVID-19.

Sekian, terima kasih.

TABUNG PENDIDIKAN ANDA
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

#Disclaimer - Segala pertanyaan sila hubungi terus ke portal PTPTN. Posting ini adalah sekadar perkongsian untuk manfaat bersama. Terima kasih. 😊

2020/03/25

Berat Ideal Sesuai Dengan Tinggi Untuk Wanita

Berat Ideal Sesuai Dengan Tinggi Untuk Wanita. Dah check berat anda semasa tempoh PKP 14 + 14 hari lagi tambahan? Ada yang terjerit bila tengok penimbang berat tersebut. Jangan risau, timbang tu rosak tu.. sebab tu lah berat anda lain macam. Hehe..

Dalam keadaan negara dilanda musibah virus #covid-19 seharusnya kita patuhi arahan kerajaan. Sambil duduk rumah, jangan lupa pula kawal juga pergerakan anda ke dapur ya. Nanti tak terkawal pulak kenaikan berat pada bacaan penimbang. Nak buat macam mana tu?


Berat Ideal Sesuai Dengan Tinggi Untuk Wanita


Oleh kerana dah ramai yang risau dan stress sebab berat naik, apa kata kita semak apakah berat ideal buat wanita berbanding dengan ketinggian masing-masing.
Berat Ideal Sesuai Dengan Tinggi Untuk Wanita

Berat ideal mengikut ketinggian berdasarkan BMI:

🌸 147 cm = 43kg - 49 kg
🌸 150 cm = 45 kg - 51 kg
🌸 152 cm = 46 kg - 53 kg
🌸 155 cm = 48 kg - 55 kg
🌸 157 cm = 49 kg - 56 kg
🌸 160 cm = 51 kg - 58 kg
🌸 162 cm = 52 kg - 60 kg
🌸 165 cm = 54 kg - 62 kg
🌸 168 cm = 56 kg - 64 kg
🌸 170 cm = 57 kg - 66 kg
🌸 172 cm = 59 kg - 68 kg
🌸 175 cm = 61 kg - 70 kg
🌸 180 cm = 64 kg - 74 kg

Itulah antara contoh berat ideal bagi wanita mengikut ketinggian berdasarkan BMI seseorang.

Maksudnya, makin tinggi seseorang maka timbangan beratnya haruslah selaras dengan beratnya. Ada yang tinggi melangit tetapi berat macam orang tinggi 150 cm. Memang tak padan. Dikira tak sihat la tu, terlalu kurus.

Ada pula tinggi ala kadar je macam saya 158 cm tetapi berat melampau, (contoh.. hehe), so itu pun dah abnormal. Obesiti.. kena kuarantin tak boleh makan.. hehe

Bila lihat jadual di atas kita semua tentu timbul semangat dan kesedaran nak diet dan sebagainya kan? So, sebelum nak buat diet dan sekat makan, dapatkan nasihat dari orang yang betul ya. Tak nak nanti apa yang kita buat dapat mudarat pulak. Okay.. 👌

Selamat berdiet dan amalkan gaya hidup sihat.

2020/03/24

Ini Rupanya Tanda-Tanda Taubat Kita Diterima Allah

Ini Rupanya Tanda-Tanda Taubat Kita Diterima Allah. Sebagai seorang hamba, apa yang paling kita harapkan adalah kembali dalam keadaan yang baik dan dalam ampunan Allah. Dia yang menciptakan dan Dia juga yang berhak keatas nyawa kita. Justeru pengampunan dan taubat-taubat kita yang diterima olehNya.

Bagaimnaa kita nak tahu adakah taubat kita diterima oleh Allah? Adakah apabila kita diberikan balasan atas dosa-dosa kita dengan serta merta? Apakah segala nikmat yang telah diberi akan ditarik balik sebagai balasan kemungkaran yang telah kita lakukan? Itu bergantung kepada Dia jua. Kerana hidup dan mati kita adalah milikNya. Tetapi, ingatlah.. Allah tidak zalim. Dia Maha Penyayang terutamanya jika kita telah berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik.

Ini Rupanya Tanda-Tanda Taubat Kita Diterima Allah

"Tangisan taubat seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbihnya seorang yang sombong." - Ibnu Qayyim

Ini Rupanya Tanda-Tanda Taubat Kita Diterima Allah


"Dan bertaqwalah kepada Allah. Dan hanya Dialah sebagai pemelihara."

Tanda-Tanda Taubat Kita Diterima Allah


Mari kita lihat senarai tanda-tanda taubat kita diterima Allah.

1. Tak bercakap perkara yang lagha/ tak penting - Kita menjadi lebih merendah diri, bercakap sesuatu yang baik, yang positif dan tidak sombong dengan penghijrahan kita. Sebaliknya kita semakin sibuk menambah ilmu agama dan lebihkan membaca perkara-perkara yang mendorong ke arah kebaikan.

2. Hilang dengki dan iri hati pada orang lain - Sebaik berhijrah, kita dah tak nak cemburu hasad dengki pada orang lain. Jika sebelum bertaubat, kita ada perangai buruk seperti itu, maka setelah bertaubat dan berhijrah kita lebih terdorong bersangka baik kepada manusia dan Allah.

3. Dijauhi rakan taulan yang jahat - Allah Maha baik, penyayang dan suka jika kita merayu memohon ampunan kepadaNya. Dengan cara itu, Dia mendorongkan hati dan langkah kita ke tempat-tempat yang baik. Dijauhkan daripada tempat-tempat maksiat, dijauhkan kita daripada kalangan orang yang jahat. Dia akan hadirkan orang-orang yang baik, jiran-jiran yang baik di sekeliling kita. Kadang kita pun hairan, kenapa Allah tiba-tiba jauhkan kita dari rakan sekerja yang rapat. Betul tak? Dia kena pindah lah, berhenti kerja dan anda lost contact? Terfikirkah mungkin Allah nak jauhkan kita daripada dia dengan perancangannya. Wllahu'lam.

4. Sentiasa istighfar dan rajin buat amal - Selain itu, kita lebih rajin beristighfar. Tak kira dimana-mana. Kita semakin rajin bersedekah. Apa saja benda yang baik kita akan sukarela membantu tanpa dipaksa. Lebih rajin menasihati rakan-rakan dengan cara yang betul. Itu semua antara tanda-tanda taubat kita diterima Allah.

Namun, jangan terlalu lalai dan sombong bila kita diuji dengan kebaikan-kebaikan tersebut. Seharusnya kita semakin dekat dengan Allah, menambahkan perkara-perkara sunat selain daripada istiqamah melaksanakan kewajipan kita sebagai seorang muslim sejati.

Jadilah hambaNya yang bertaqwa dan beriman di jalanNya.

Kita sentiasa di uji samada daripada sudut yang kita nampak atau tidak. Kembalilah kepadaNya walau dalam keadaan apa pun. Bersabarlah dan bersyukur selalu atas segala nikmat dan ujian yang Allah turunkan.

Cara Buat Mee Hoon Sup Dengan Sambal Kicap Simple Tapi Sedap

Cara Buat Mee Hoon Sup Dengan Sambal Kicap Simple Tapi Sedap. Mee hoon atau ada yang sebut bihun adalah mee halus yang mudah dimasak, dengan menu apa sekalipun. Yang paling kerap orang masak adalah mee hoon sup dan buat mee goreng. Orang panggil mee siam.

Kalau dalam bulan ramadan, kami kerap juga berbuka dengan bihun sup yang simple dengan sambal kicap power buatan air tangan mak mertua. Tapi saya pun pandai buat sambal kicap power tau!!


Jom kita buat mee hoon sup jika nak tambah menu anda sekeluarga.

Cara Buat Mee Hoon Sup Dengan Sambal Kicap Simple Tapi Sedap

Mee Hoon Sup Dengan Sambal Kicap Simple Tapi Sedap


Resepi Mee Hoon Sup Dengan Sambal Kicap Simple Tapi Sedap


Bahan-bahan:

Ayam setengah ekor.
Halia (diketuk).
Akar daun bawang.
Akar daun sup.
Garam dan aji.
3 ulas bawang merah.
3 ulas bawang putih.
1 batang kulit kayu manis.
Bunga cengkih.
Minyak untuk menumis.
Rempah sup adabi.

Bahan Untuk hiasan:

Bihun dicelur.
Tauge dicelur.
Fishcake digoreng.
Daun sup@daun bawang dan bawang goreng.
Isi ayam difloss.

Cara menyediakannya;

1. Rebus ayam sampai empuk dengan halia, akar daun bawang dan daun sup, garam dan aji secukup rasa. Ayam tak perlu dipotong agar mudah untuk disiat-siat nanti.

2. Mayang 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan halia.

3. Tumis bahan-bahan nombor 2 dengan minyak 3 sudu makan sampai garing. Masukkan 1 batang kulit kayu manis dan sebunga cengkih.

4. Masukkan 1 sudu besar rempah sup adabi.

5. Kalau sudah agak bau, masukkan sedikit air rebusan ayam tujuannya supaya tidak hangus.

6. Angkat dan jirus dalam air rebusan ayam.

7. Didihkan sekejap dalam 15 minit bagi rempah-rempah tadi meresap dalam isi daging ayam. Tutup api.

8. Ambil isi ayam serta tulang-tulang yang telah disiat-siat. Masukkan ke dalam kuah sup tadi. Siap


UNTUK SAMBAL KICAP 


1. Kisar 10 - 15 biji cili padi, 2 ulas bawang putih hingga lumat, masukkan 2 camca besar gula pasir dan kisar lagi. Tuang 1/2 cawan kicap, kacau rata dan hidangkan bersama mee hoon sup.

Selamat mencuba. Diharap resepi mee hoon sup dengan sambal kicap power dapat menambah koleksi menu harian anda dan dapat mencubanya bagi yang baru nak belajar memasak.

2020/03/23

Berdoa Dengan Asmaul Husna Al Waalii




Berdoa Dengan Asmaul Husnaa al Waalii| Al-Waalii maksudnya Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya

Maka berdoalah dengan asmaul husna al Waalii ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah. Mintalah kepada yang Maha Kaya, kerana dia pemberi rezeki yang Maha Pemurah.

Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al baathin

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | Al Waalii   


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Yaa Waalii = 11 kali


Ertinya : 

Al-Waalii maksudnya Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.

a) Sesiapa yang mengulangi nama-Nya, insyaALLAH mungkin menjadi seorang wali Allah.

b) Sesiapa yang beristiqamah berzikir dengan ‘Ya Waaliy’, InsyaAllah dia akan terselamat daripada mala petaka yang tidak disangka datangnya.

c) Jika ‘Ya Waaliy’ dibaca 11 kali sebelum berjumpa musuh atau pihak lawan, InsyaAllah akan dapat melembutkan hati dan menundukkannya.

Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.


Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com 

Lunch Ikan Puput Goreng Kunyit Dengan Sayur Peria

Lunch Ikan Puput Goreng Kunyit Dengan Sayur Peria. Bagaimana hari anda hari ni? Kita sama-sama #stayathome ya kekawan kerana virus COVID-19 masih berleluasa di luar sana. Kekalkan jarak sosial (1 meter) antara satu sama lain, supaya kita dapat menghindari jangkitan kuman/ virus itu antara satu sama lain. Tak lama pun.. kerajaan kata 14 hari. Kita kena baik-baik, ikut saranan kerajaan. Okay 👌👌

Oleh kerana misi nak perhabis barang dapur masih lagi berjalan, hari ni kami lunch ikan puput goreng kunyit dengan telur dadar. Sayur pula kita kasi potong itu buah peria. Entah dah berapa lama depa terperuk dalam peti ais. Baru sekarang nampak bayangnya.. hehe

Lunch Ikan Puput Goreng Kunyit Dengan Sayur Peria


Sayur peria ni pahit sikit la, tapi saya okay je. Makan dengan nasi dan ikan puput goreng garing. Hmm.. memang sedap.

Lunch Ikan Puput Goreng Kunyit Dengan Sayur Peria


Ni lah rupa ikan puput. Goreng garing dengan salutan kunyit dan garam. Banyak tulang tau ikan ni. Nak makan kena ada kesabaran. Tapi isi dia putih, sedap dan lemak. Kalau mak saya suka masak pindang je.. memang segar.

Lunch Ikan Puput Goreng Kunyit Dengan Sayur Peria

So, dah kenal kan ikan puput atau ikan beliak mata orang panggil dia, rujuk gambar atas.

Saya tambah lauk emergency iaitu telur dadar sebab ikan goreng tu banyak tulang. Jika hero kecil tak nak makan, maka saya suruh makan lauk telur je. Mudah kan? Saya dah pesan, dalam 14 hari PKP tak boleh membazir. Tak boleh demand macam-macam. Dan nampaknya dia amat memahami. Redha je apa yang dimasak oleh si ibu ni..


Jadi, jangan panik beli macam-macam dalam keadaan sekarang. Kalau anda nak tahu, saya hanya beli beras 5 kg je dalam persediaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari itu. Alhamdulillah.. sampai sekarang ada je benda boleh dimasak jika lapar. Telur, sardin, mi maggi, minyak masak.. semua guna stok lama. Hehe..

So, jaga diri memasing, usaha, doa dan last sekali tawakkal kepada Allah.

Jom Cuba Cabaran Kurus 21 Hari!

Jom Cuba Cabaran Kurus 21 Hari! Mari kita mulakan sekarang. Cuba kurus 21 hari. Oleh kerana sekarang sedang PKP Covid-19, tak boleh keluar rumah. Cara mudah nak kurus 21 hari adalah dengan control makan!! Bukan tak makan langsung dear.. kita control apa yang kita makan dan ambil. Amacam? Ada berani??


Tapi dari pengamatan saya, dalam tempoh 14 hari PKP, ramai pula yang rajin masak dan up menu baru dan viral setiap hari. Takut pula tercabar naik 21 kilo dalam masa 21 hari. Takuuuut!!!

Yang paling tak tahan adalah minuman ala Korean style "Dalgona Cafe". Aduhaiii.. nengoknya memanglah terliur dan rasa nak buat. Tapi kemudian terfikir dalam rumah ni ada ramai hantu manis.. jadi tak berani pulak saya nak cuba..

Jom Cuba Cabaran Kurus 21 Hari!


Baiklah. Jomlah kita mencabar diri dan semangat untuk cuba kurus dalam masa 21 hari. Kut sempat kurus sebelum raya.. hehe
Jom Cuba Cabaran Kurus 21 Hari!

Ini adalah cara nak buat cabaran kurus 21 hari. Iaitu.. kawal makanan yang kita makan. Senang aje kut..

1. TIADA air manis
2. TIADA nugget/ makanan ringan lain
3. TIADA aiskrim
4. TIADA kuih muih
5. TIADA coklat
6. TIADA makanan bergoreng
7. TIADA biskut

Inilah dia makanan yang kena "haramkan" dalam senarai menu harian anda. Mahu cuba??

Bagi saya sendiri, nombor 2, 3, 5, itu senang je nak elakkan. Tapi yang lain tu memang dah kemestian hari-hari. Macam mana tu?

Sebenarnya nak kurus atau gemuk, nak sihat semua itu terletak pada kemahuan diri sendiri. Kena kekuatan semangat juang melawan nafsu makan benda-benda yang kita dah biasa makan.

Macam orang Johor, pagi-pagi mesti nak cari kuih muih sikit untuk breakfast. Kat tepi jalan sepanjang nak pergi kerja, banyak pulak tu gerai-gerai jual kuih muih sedap-sedap giler. Macam mana tu?? Memang dugaan betul.

Tak apalah.. kita cuba sikit-sikit dulu. Ini pun bagus untuk kesihatan kita kan?

Makanlah dalam jumlah yang sederhana dan ambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Dengan semangat dan sokongan orang sekeliling kita, ini semua pasti dapat dicapai.

Jomlah kita mulakan cabaran diet 21 hari ya kekawan.

2020/03/22

Order Makanan Dan Delivery Ketika RMO Covid-19

Order Makanan Dan Delivery Ketika RMO Covid-19. Memang kami sekeluarga amat berterimakasih kepada para frontliners atau barisan hadapan yang berkhidmat siang malam untuk keselamatan dan kesejahteraan kita semua. Pandemik Covid-19 telah menimbulkan sedikit rasa risau dan panik pada kita semua. Marilah sama-sama kita berdoa agar wabak ini cepat dinyahkan dari muka bumi ini. Semoga Allah SWT izinkan..

Frontliners yang saya cakap tadi termasuklah para doktor, jururawat, pekerja bank, stesyen minyak dan termasuklah para runner yang menjalankan servis delivery makanan. Dengan adanya perkhidmatan mereka, kita semua tak perlu susah payah drive dan cari kedai makan yang boleh diserbu.


Betul tak? Syukur sangat sebab depa tak duduk rumah sebaliknya bekerja untuk kita, hantar apa yang kita order. 


Order Makanan Dan Delivery Ketika RMO Covid-19


Dari hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (RMO), kami dah start order Mc Donald. Melalui Mc Delivery, kita boleh order, set pukul berapa makanan nak sampai dan orderlah seberapa banyak. Yang penting ongkosnya ada. Order dari KFC, Mc Donald & Pizza Hut boleh guna kad kredit atau kad debit. Senang kan?

Order dari peniaga kecil-kecilan dari rumah atau warung, pun mudah juga. Tengok apa yang saya order.

Order Makanan Dan Delivery Ketika RMO Covid-19

Saya order spaghetti dengan ayam perap panggang. Lebih kurang gitulah namanya. Order online je, tengok kat grup delivery taman perumahan. Hehe..

Order Makanan Dan Delivery Ketika RMO Covid-19


Yang ini chicken chop jumbo dengan kentang goreng. Memang jumbo betul lah..

Order Makanan Dan Delivery Ketika RMO Covid-19

Untuk order dari perniagaan  kecil-kecilan ni kita pun boleh bayar online. Pakai transfer Maybank2u, Cimbclicks, AmOnline dan banyak lagi. Yang penting dalam akaun simpanan ada duit ya.. mudah kan?? Sambil tu jangan pula mengungkit kos delivery yang kita kena tanggung. Kerja mereka dah memudahkan urusan kita, itu pun dah nikmat tak terhingga.

Pada ketika Perintah Kawalan Pergerakan ni dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020, maka janganlah stress tak tentu pasal. Boleh je buat pesanan barangan secara online dan pihak delivery mereka akan uruskannya. 

Terima kasih kepada "unsung hero" ni yang banyak memudahkan urusan kita yang tak boleh keluar rumah pada waktu macam ini. 

Stay safe, stay health dan stay at home!!

Walau di mana kita, terkurung dalam rumah.. ingatlah Allah kan selalu ada. Malaikat pun ada kat kanan kiri kita. Yang penting, jangan berhenti berdoa.

Doa Qunut Nazilah Disaat Negara Di Landa Musibah Covid-19


Doa Qunut Nazilah Disaat Kita Dilanda Musibah Covid-19. Saat dan ketika ini, kita satu dunia sedang dilanda musibah virus yang membawa maut. Kebanyakan negara yang terkena virus ini melancarkan cara terbaik bagi mengekang wabak ini dari menular.

Dalam negara kita pula antara cara yang diusahakan adalah dengan menggesa semua surau, masjid dan orang perseorangan untuk membaca doa Qunut Nazilah iaitu doa khas jika negara sedang dilanda musibah. Ini antara saranan Menteri Agama Dato' Dr Zulkifli al Bakri. Cara nak laksanakan doa qunut Nazilah boleh di baca pada akhir entri ini.

Doa Qunut Nazilah Disaat Negara Di Landa Musibah Covid-19


Doa Qunut Nazilah Disaat Negara Di Landa Musibah Covid-19


Jom reramai kita doakan untuk Malaysia dan seluruh dunia amnya;

Doa 1;

DOA QUNUT NAZILAH:

 
Maksudnya,

 “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”


Doa 2;

اللَّهُمَّ اهْدِنا فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنا فِيمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لنا فِيمَا أَعْطَيْتَ وقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ إِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
‎اللهم إلَيكَ نَشْكُو وَإيَّاكَ نَرْجُو أَنْ تَدْفَعَ عَنَّا الْبَلَاء والوَبَاء والفِتَنَ والمِحَنَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بطَن يا أرحم الراحمين ويا مُجِيبَ السَّائلِين
‎اللهم إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ وَالجُنُونِ والْجُزَامِ وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَام
‎وصَلَّى اللهُ وسلَّم علَى نَبيِّنا محمَّدٍ وعَلى آله وصَحْبِهِ أجمعين


Cara laksanakan Doa Qunut Nazilah


1. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.

2. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

3. Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk berdasarkan hadis:

Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.


-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.



Berikut dari FB MAIWP, di nyatakan beberapa hukum hakam qunut nazilah secara ringkas :

● Disunatkan untuk dibaca secara kuat sama ada di dalam solat al-sirriyyah (seperti solat Zohor dan solat Asar) atau solat al-jahriyyah (seperti solat Subuh, Maghrib, dan Isya’).

● Qunut nazilah hanya disyariatkan di dalam solat-solat fardhu sahaja dan tidak pada solat-solat sunat.

● Boleh dibaca di dalam solat fardhu berjemaah mahupun solat fardhu secara bersendirian. Jika dilakukan secara berjemaah, imam membacanya secara kuat dan makmum mengaminkannya. Jika dilakukan secara berseorangan maka ia dibaca secara perlahan.

● Dibaca pada rakaat solat yang terakhir, semasa i’tidal selepas bangun daripada ruku’.

● Tidak perlu melakukan sujud sahwi sekiranya tertinggal qunut nazilah kerana ia bukan termasuk di dalam sunat ab’aadh.

● Disunatkan mengangkat kedua tangan semasa berdoa.

● Tidak perlu menyapu tangan ke muka selepas berdoa.

Semoga bermanfaat.

2020/03/21

Salam Israk Mikraj 1441H Kepada Semua

Salam israk mikraj 1441H kepada semua. Israk maksudnya perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa. Mikraj pula maksudnya perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. Itulah maksud israk dan mikraj secara ringkasnya. Ada banyak peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan tersebut. Ada banyak yang telah diceritakan kepada kita oleh ustaz dan ustazah sewaktu sekolah dulu, kan? Ingat tak? Antaranya dimana Nabi Muhammad memohon kepada Allah SWT agar 50 waktu solat fardhu sehari di kurangkan kepada 5 waktu sahaja.

Salam Israk Mikraj 1441H Kepada Semua

Israk mikraj tahun ini disambut pada 22 Mac 2020 bersamaan dengan hari Ahad. Semoga kita semua dapat melakukan amalan-amalan baik seperti yang biasa diajarkan oleh ibubapa dan guru kita ketika menyambut Israk dan Mikraj ini.

Salam Israk Mikraj 1441H Kepada Semua


Dalam posting kali ni saya nak share bilakah mula berlakunya israk mikraj ni? Daripada rujukan website MAIWP, saya kongsikam sebagai bacaan bersama.

Para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:

● Setahun sebelum hijrah: Inilah pendapat Ibn Mas’ud, al-Zuhri, Urwah bin al-Zubair, Ibn Sa’d dan Ibn Hazmin mendakwa ini adalah ijmak. Inilah yang dijazamkan oleh Imam al-Nawawi.
● Berlaku pada tahun Baginda SAW diangkat menjadi nabi: Inilah pendapat al-Tabari.
● Dua tahun sebelum hijrah.
● Tiga tahun sebelum hijrah: Inilah yang dihikayatkan oleh Ibn al-Athir. Setepatnya berlaku 27 Rejab tahun kesepuluh kenabian. Inilah pendapat oleh al-Allamah Mansurfuri.
● Lima tahun sebelum hijrah: Inilah pendapat al-Nawawi dan al-Qurtubi. Inilah pendapat al-Zuhri dan dihikayatkan daripadanya oleh Qadhi Iyad dan beliau mentarjihkannya dengan sepakat bahawa Khadijah pernah solat bersama Nabi SAW selepas difardukan solat.

Berkenaan dengan bulannya pula ada beberapa pendapat, antaranya:

● Bulan Rabi’ul Awal. Syeikh al-Maraghi menyebut: “Peristiwa ini terjadi pada 17 Rabi’ al-Awwal, setahun sebelum Hijrah.” Inilah pendapat kebanyakan ahli tahqiq.
● Bulan Rabiul Akhir. Inilah yang ditarjihkan oleh Ibn al-Munir.
● Bulan Rejab. Inilah yang paling masyhur di kalangan orang ramai pada masa ini.

Berdasarkan pengamatan para ulama dan muhaqqiq, peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku pada bulan Rabiul Awal sama ada pada 12 Rabiul Awal atau 17 Rabiul Awal. Hal ini dikuatkan dengan hujah Ibn Kathir dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayahberdasarkan athar Jabir dan Ibn Abbas.

PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ


ISRAK

♥ Jibril datang kerumah Nabi dan membawanya ke Masjidilharam
♥ Sebelum perjalanan, Jibril bawa Nabi ke telaga Zamzam dibelah Dada Nabi untuk Kali kedua. Dicuci Hati nabi, kotoran zahir dan batin diisi dengan iman, yakin, hikmah serta ilmu.
♥ Nabi dibawa menaiki Buraq. Tiba di Masjidil Aqsa.

MIKRAJ

♥ Dari Baitul Maqdis naik ke langit
♥ Jibril mengiringi Nabi naik ke langit. Di serial tingkat, ada penjaga Dan nabi yang menyambut.
♥ Langit 1, berjumpa Nabi Adam.
♥ Langit 2, berjumpa Nabi yahya Dan Isa.
♥ Langit 3, berjumpa Nabi Yusuf
♥ Langit 4, berjumpa Nabi Idris
♥ Langit 5, berjumpa Nabi Harun
♥ Langit 6, berjumpa Nabi Musa
♥ Langit 7, berjumpa Nabi Ibrahim.
♥ Melawat Syurga dan Neraka.
♥ Nabi dipelawa minum samada susu, khamar atau madu. Nabi pilih susu.
♥ Naik ke sidratulmuntaha
♥ Melawat BaitulMakmur, Kaabah para Malaikat
♥ Naik bertemu Allah, jibril tidak mengiringi Nabi. Menerima perintah solat 50 waktu.
♥ Jibril mengiringi turun, bertemu Nabi musa, dan menasihatkan Nabi agar mempertimbangkan waktu solat. Nabi turun-naik bertemu Allah untuk waktu solat.
♥ Turun semula ke Masjidil Aqsa dan mengimami solat pada Nabi
♥ Pulang semula ke Mekah.

Malam Isra’ Mikraj...
Dalam suasana dunia yang penuh dugaan , jangan lupa untuk mendekati diri dan hati terhadap akhirat kerana akhirat juga tempat yang kita tujui akhirnya...

Hidupkanlah  di rumah masing-masing bersama pasangan, anak anak, anak dan ibu bapa, sambut dengan bacaan bacaan al Quran ...

IHYA MALAM ISRAK & MIKRAJ 1441 H


DI RUMAH BERSAMA KELUARGA

21 MAC 2020 (Sabtu)

Mulai 6:30 ptg
- Iktikaf di tempat solat
- Wirdul Latif
- Solat Maghrib Berjemaah
- Sunat Ba'diyah Maghrib
- Surah Al-Mulk (1X)
- Surah Ash-Sharh (3x)
- Surah Al-Ikhlas (10x)
- Surah Al-Falaq (3x)
- Surah An-Nas (3x)
- Istighfar (70x)
- Selawat sehingga Isyak
- Solat Isyak Berjemaah dgn suami/ isteri jika ada atau dgn anak anak ...

Semoga kita semua mendapat pengampunan dari Allah SWT dan sentiasa dalam perlindungannya.