Kuetiow ni nama dia kuetiow basah selambak tauge.. kih! ,kih! Dia tahu ibu dia suka tauge, hampir satu genggam tauge dia letak dalam kuetiow saya. Tapi sedap la.. krup krap bila masuk mulut.
Saya tengok kat Che Sayang Kitchen masa dia masak Char Kuey Teow Penang kemudian Che Nom pula masak kuetiow basah. Dua-dua resepi ni pun bagus, korang boleh je ikut resepi dia orang.
Info Yang Anda Cari:
Char Kuetiow Basah Untuk Breakfast
Air tangan anak bujang solehku ni memang tak dapat dinafikan. Spontan saya kata masakan kuetiaw dia tu macam chef kat restoran depan taman ni masak. Ketawa dia..
Saya tanya dia ikut resepi siapa buat char kuetiow basah ni. Dia kata Che Sayang, yang pernah jadi content creator terbaik kat TikTok, kalau tak silap. Resepi dia simple dan style cara cepat memasak.
![]() |
| Antara bahan-bahan untuk buat kue tiaw basah |
Kuetiow goreng basah yang anak solehku buat ni style seafood iaitu ada kerang & udang. Kemudian dia masak satu set demi satu set. Di mana, masak dulu untuk ibunya, kemudian ulang lagi satu set untuk si ayah dan satu set lagi untuk dia bagi kat kawan perempuan dia. Gitulah ya, orang lelaki masak mesti ikut step dan semua bahan mesti kena ada. Kalau takde, dia tak akan masak! Oleh kerana dia follow resepi Che Sayang, cara masak very simple!
Char Kuey Teow Basah Resepi Che Sayang
Saya tengok kat Che Sayang Kitchen masa dia masak Char Kuey Teow Penang kemudian Che Nom pula masak kuetiow basah. Dua-dua resepi ni pun bagus, korang boleh je ikut resepi dia orang.

Bahan-Bahan Asas Char Kuey Teow (Gaya Che Sayang)
Kuey teow halus
Bawang putih (diketuk atau dicincang)
Udang
Cili mesin / Cili kisar
Telur
Kicap dan sos (kicap manis/lemak manis, kicap cair, sos tiram)
Taugeh dan kucai
Cara Masak Ringkas ala Che Sayang Kitchen
1. Tumis bawang putih dan cili kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan udang dan masak sehingga separuh masak atau bertukar warna.
3. Masukkan sos/pes perasa pilihan serta sedikit air jika mahukan sedikit kelembapan atau berkuah.(Kalau nak berkuah, lebihkan air)..
4. Masukkan kuey teow halus, taugeh, dan kucai, kemudian kacau dengan cepat menggunakan api yang kuat.
5. Tolak ke tepi kuali, pecahkan telur, biarkan sebentar sebelum digaul rata dengan kuey teow dan angkat.
Selamat mencuba.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.

2 Comments
Nice. =)
ReplyDeleteNampak sedap, mesti sedap kan..
ReplyDeletejemput kak join segmen di blog nieyl..
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.