Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Berdoa Dengan Asmaul Husna | As Syahiid

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa as syahiid | Asy-Syahiid maksudnya Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.

Maka berdoalah dengan asmaul husna as syahiid ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah.

Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Sesungguhnya Dia-lah Allah, Tuhan yang memiliki kebesaran dan kekuatan dalam menyempurnakan permohonan hambanya. Jadi, berdoa lah dengan bersungguh-sungguh agar Allah berasa belas dan kasihan akan kita, akan ketidakupayaan kita..

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | As Syahiid


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Yaa Syahiidu = 319 kali setiap hari


Ertinya : Maha Menyaksikan / Penyaksi – Dia Maha Mengetahui keadaan semua makhluk dan Dia yang berada dimana-mana jua dan mengawasi segala-galanya.

a) Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang atau sebagainya, maka zikirkan ‘Ya Syahiid’ sebanyak 319 kali secara berterusan setiap malam sehinggasi pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

b) Sesiapa yang mempunyai anak yang degil dan berulang kali membaca ‘Ya Syahiid’ kepada anak itu, InsyaAllah anak itu akan menurut perintah.

c) Sesiapa yang mempunyai isteri atau ahli keluarga yang degil, maka letakkan tangan pada kening mereka dan ucapkan ‘Ya Syahiid’ sebanyak 21 kali lalu tiup pada mereka, InsyaAllah mereka akan menjadi taat.

d) Apabila ‘Ya Syahiid’ dibaca setiap malam sebanyak 319 kali, InsyaAllah akan menyedarkan orang atau keluarga selalu menentangnya atau membangkang. Wallahu'alam..

Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa Al Baa'itsu


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.

TARBIYATUL AULAD | BELI SINI

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close