Lifestyle Resepi Info Terbaik

Lelah Yang Disukai Allah Dan Rasulullah

Lelah Yang Disukai Allah Dan Rasulullah. Kita adalah manusia biasa, ada ketika pada satu tahap kita berasa penat dan lelah dengan apa yang terjadi di sekitar kita. Lelah ni dah lebih dari penat, kerana ia bukan sekadar menyerang fizikal malahan mental kita sekali. Bila dah sampai tahap lelah, kita nak bangkit dan tunjuk kuat semula pun payah. Ia memakan masa. Penat fizikal tak apa, kita masih boleh tidur kemudian bila bangun, insya Allah penat tu dah berkurangan.

Manakala, lelah adalah satu keadaan di mana, fizikal dan emosi kita sama-sama penat. Nak tidur pun susah, bila dapat tidur sekejap, setelah bangun pun masih dihantui dengan benda dan emosi yang sama. Jadi, jangan biar emosi tak bagus terlalu lama menghantui minda anda. Jika ada tercuit emosi, luahkan kepada seseorang yang dipercayai. Mungkin juga dengan kaunselor, kawan baik yang dikenali luar dan dalam, atau juga bercerita pada pasangan, jika itu mampu mengurangi emosi anda.


Lelah Yang Disukai Allah Dan Rasulullah


Lelah Yang Disukai Allah Dan Rasulullah

Lelah yang disukai Allah dan Rasulullah adalah:

1. Lelah mengandung, melahirkan dan menyusui 

2. Lelah menuntut ilmu

3. Lelah mengurus keluarga

4. Lelah dalam kesusahan dan kesakitan

5. Lelah berjihad dijalanNya

6. Lelah dalam beribadah dan beramal soleh

7. Lelah mencari nafkah

8. Lelah berdakwah dan mengajak kepada kebaikan

Itulah antara lelah dan penat yang disukai oleh Allah dan Rasulullah. Lelah yang bukan terhadap perkara sia-sia sebaliknya lelah kerana melakukan perkara yang membawa manfaat dan kebaikan kepada semua.

Lelah kerana keluarga, saudara seislam dan juga lelah kerana Allah. Itulah lelah yang patut di agung-agungkan dan dibanggakan.

Ketika anda lelah dalam memperjuangan ke jalan diredhaiNya, usahlah mengeluh. Kerana, ganjaran Allah terhadap usaha kita itu tidak ternilai harganya.

Post You May Like ....


Catat Ulasan

0 Ulasan

close