Salam hormat,
Nafsu yang degil dengan perintah Allah. Dalam perjalanan yang mungkin sedang menuju titik akhir, kita seharusnya sedaya upaya menjadi baik dari sebelum ini. Macam biasa, saya nak kongsikan apa yang saya temui dalam pengembaraan menuntut ilmu...
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.
Jadi, kenapa Allah memasukkan nafsu dan akal ke dalam manusia? Mesti ada sebab musababnya. Kerana, nafsu adalah ujian untuk akal, manusia kan sering kalah dengan nafsu, jadi puasa ibarat air yang memadamkan amarah nafsu. Sebab itu kita amat tidak digalakkan atau dengan kata lain dilarang sama sekali berkata seperti ini, Kau, kau...dan aku...aku...maknanya kubur masing2.
Semoga kita semua mendapat sedikit daripada pengajaran cerita di atas. Sampaikanlah walau sepotong ayat...
Smile,
aynora nur

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. dan Sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?
(QS Al A'raf (7) : 169)
Semoga kita semua mendapat sedikit daripada pengajaran cerita di atas. Sampaikanlah walau sepotong ayat...
Smile,
aynora nur
aynoranur.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik blog dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian orang lain. Lots of Love...AA
4 Comments
sebuah renungan yang amat bermakna. T/kasih kerana perkongsian ini...
ReplyDeletethank you!
ReplyDeleteTazkirah yang memberi impak dan kesan bagi sesiapa yg membacanya dengan penuh penghayatan..thanks atas perkongsian ini..
ReplyDeleteAlhamdulillah & terima kasih dear...
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.