Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada anda yang sudi meluangkan masa membaca dan menulis komen di dalam blog kecil saya ini. Di dalam blog ini, saya lebih dikenali dengan panggilan Aynora Nur.
Bagi anda yang baru mengenali blog aynorablogs.com, blog ini dahulunya (2011 - 2013) menggunakan nama aynoranur.com. Tetapi kerana masalah domain, nama tersebut terpaksa berkubur dan saya gunakan domain baru atas nama sekarang. Secara ringkas tentang diri Aynora Nur:
1. kata-kata hikmah dan motivasi kehidupan yang berkaitan dengan kebahagiaan, percintaan, kisah-kisah pengajaran yang boleh dijadikan matlamat dan panduan untuk hidup lebih bahagia.
2. dunia masakan yang menghidangkan resepi-resepi ringkas dan mudah yang biasa dimasak di rumah dan dijadikan sebagai resepi harian. Ada resepi berasaskan kampung, moden dan juga resepi untuk diet.
3. panduan dan informasi termasuklah maklumat tentang kekeluargaan, pendidikan dan kesihatan. Banyak tips berguna yang boleh dipraktikkan untuk melayari keluarga bahagia.
Selain daripada yang disebutkan di atas, blog ini juga memaparkan segmen petua, koleksi doa-doa harian, kisah-kisah pengajaran dan soal jawab agama.
Di dalam blog ini, saya lebih gemar membahasakan diri dengan perkataan 'saya' untuk kelihatan lebih formal. Kebanyakan entri di dalam blog ini pula adalah dalam bentuk perkongsian ilmu dan ditulis melalui pemerhatian, pengalaman dan bacaan saya sendiri.
Memandangkan saya amat meminati dunia blogging, masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki dan diperkemaskan lagi. Saya dengan penuh rasa rendah hati mengalu-alukan sumbangan idea, komen, teguran, dan apa sahaja yang sesuai demi memenuhi hasrat saya untuk menampilkan blog yang berkualiti dan content yang membawa manfaat.
Mungkin juga ada pandangan, idea atau penulisan dalam blog ini yang tidak disenangi dan dipersetujui. Paling penting kita semua saling belajar antara satu sama lain dan saling tegur menegur untuk sebuah kebaikan.
Sebarang teguran, pandangan atau apa-apa perkongsian boleh lah email saya di:
aynora.nur@gmail.com
Akhir sekali, saya memohon kehadrat Allah s.w.t semoga usaha kecil ini diterima oleh Allah s.w.t sebagai amal jariah dan mendapat keredaan Nya di dunia dan akhirat.
Di sini juga, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ribuan kemaafan sekiranya ada penulisan saya yang mengguris hati dan perasaan individu tertentu. Blog ini hanyalah luahan hati, perkongsian dan sebuah medium rasmi untuk kita berubah menjadi manusia yang lebih baik. Blog ini juga adalah kenangan dan sebagai ingatan saya kepada mereka yang pernah sama-sama menjalani kehidupan bersama saya.
Semoga kemunculan blog ini akan terus mendapat sokongan dari semua pembaca tanpa mengira usia, jantina, latar belakang pendidikan, pekerjaan dan sebagainya.
Sebarkan Bahagia,
Aynora Nur
Email: aynora.nur@gmail.com
Whatsapp: 0137446292
FB Page: http://facebook.com/aynoranur2011
Twitter: twitter.com/AynoraNur
Aynora Nur adalah seorang penulis bebas yang bekerja sepenuh masa dalam bidang hartanah dan perkhidmatan. Masa lapangnya dihabiskan dengan menulis blog, e-novel dan tips-tips kerjaya. Seorang lulusan MBA. https://www.aynorablogs.com/, https://chillykicap.blogspot.com
Blog aynorablogs.com merupakan blog yang memuatkan entri-entri berkaitan:
1. kata-kata hikmah dan motivasi kehidupan yang berkaitan dengan kebahagiaan, percintaan, kisah-kisah pengajaran yang boleh dijadikan matlamat dan panduan untuk hidup lebih bahagia.
2. dunia masakan yang menghidangkan resepi-resepi ringkas dan mudah yang biasa dimasak di rumah dan dijadikan sebagai resepi harian. Ada resepi berasaskan kampung, moden dan juga resepi untuk diet.
3. panduan dan informasi termasuklah maklumat tentang kekeluargaan, pendidikan dan kesihatan. Banyak tips berguna yang boleh dipraktikkan untuk melayari keluarga bahagia.
Selain daripada yang disebutkan di atas, blog ini juga memaparkan segmen petua, koleksi doa-doa harian, kisah-kisah pengajaran dan soal jawab agama.
Di dalam blog ini, saya lebih gemar membahasakan diri dengan perkataan 'saya' untuk kelihatan lebih formal. Kebanyakan entri di dalam blog ini pula adalah dalam bentuk perkongsian ilmu dan ditulis melalui pemerhatian, pengalaman dan bacaan saya sendiri.
Memandangkan saya amat meminati dunia blogging, masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki dan diperkemaskan lagi. Saya dengan penuh rasa rendah hati mengalu-alukan sumbangan idea, komen, teguran, dan apa sahaja yang sesuai demi memenuhi hasrat saya untuk menampilkan blog yang berkualiti dan content yang membawa manfaat.
Mungkin juga ada pandangan, idea atau penulisan dalam blog ini yang tidak disenangi dan dipersetujui. Paling penting kita semua saling belajar antara satu sama lain dan saling tegur menegur untuk sebuah kebaikan.
Sebarang teguran, pandangan atau apa-apa perkongsian boleh lah email saya di:
aynora.nur@gmail.com
Akhir sekali, saya memohon kehadrat Allah s.w.t semoga usaha kecil ini diterima oleh Allah s.w.t sebagai amal jariah dan mendapat keredaan Nya di dunia dan akhirat.
Di sini juga, saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ribuan kemaafan sekiranya ada penulisan saya yang mengguris hati dan perasaan individu tertentu. Blog ini hanyalah luahan hati, perkongsian dan sebuah medium rasmi untuk kita berubah menjadi manusia yang lebih baik. Blog ini juga adalah kenangan dan sebagai ingatan saya kepada mereka yang pernah sama-sama menjalani kehidupan bersama saya.
Semoga kemunculan blog ini akan terus mendapat sokongan dari semua pembaca tanpa mengira usia, jantina, latar belakang pendidikan, pekerjaan dan sebagainya.
Sebarkan Bahagia,
Aynora Nur
Email: aynora.nur@gmail.com
Whatsapp: 0137446292
FB Page: http://facebook.com/aynoranur2011
Twitter: twitter.com/AynoraNur
Me myself, aynora nur |