Header Ads

Jangan Sedih Kerana Miskin, Dan Janganlah Pula Sombong Kerana Kaya


Teruskan baca info dan tips terbaik ini.. Jangan Sedih Kerana Miskin, Dan Janganlah Pula Sombong Kerana Kaya
Jangan Sedih Kerana Miskin, Dan Janganlah Pula Sombong Kerana Kaya. Kerana kaya pun boleh jatuh miskin dan yang miskin juga berhak untuk bahagia. Usah diratapi nasib diri kerana itu tak membawa kamu kepada seinci pun kejayaan. Berfikir secara logik dan teruskan kehidupan dengan kudrat yang telah Allah kurniakan. Selagi kamu tak cacat, terokai ruang dan peluang rezeki yang Allah buka luas. Tak hina jadi miskin tetapi rasa terhinalah kerana kamu meminta-minta pada bukan yang hak mu. Hanya minta kepada Pemberi Rezeki, nescaya kamu tak kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mesti ada sebab mengapa kita dilahirkan miskin, kerana Dia nak uji kita dengan usaha dan kemampuan kita bangkit kembali.

Jangan Sedih Kerana Miskin, Dan Janganlah Pula Sombong Kerana Kaya

Miskin dan kaya adalah ujian. Yang kaya diuji lain tingkatnya, yang miskin pula ujian dan halangan hidupnya pula sedemikian cara. Allah yang merencana.. Dia tahu segalanya.

Jangan Sedih Kerana Miskin, Dan Janganlah Pula Sombong Kerana Kaya


Ketika lahir kedua tangan kita kosong. Ketika meninggal kedua tangan kita juga kosong. Datang dan pergi kita tidak membawa apa-apa. Hanya yang ada amalan baik dosa pahala yang dikira di akhirat sana. Kamu ada jet peribadi berjuta-juta, tak dapat nak selamatkan kamu dan terbang jauh dari dalam kubur, waima kamu miliki segala isi tanah di utara selatan timur dan barat sekalipun.. tetap tak dapat membangunkan istana mewah di bawah sana.

Maka, janganlah sombong kerana kaya. Jangan pula bersedih kerana miskin. Bukankah kita semua hanyalah tamu? Dan, semua milik kita hanyalah pinjaman. Datang ditemani dengan tangis, pergi juga ditemani dengan tangis. Tetaplah rendah hati dalam keadaan apapun dan selalulah berbuat baik selagi hidup. 

Kerana amalan soleh, sedekah jariah, doa ehsan anak-anak mu yang ditinggalkan, jika ada.. itulah yang membantu mu selama hari pengadilan belum tiba. 

Kerana hidup ini pun hanya sebatas tarikan nafas.

Semoga ALLAH sentiasa menuntun hati-hati kita semua ke arah kebaikan sebelum dijemput pulang.

Sekadar sebuah renungan..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.