Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Dan Bahan-Bahan Utama Buat Botok-Botok Paling Sedap

Resepi Dan Bahan-Bahan Utama Buat Botok-Botok Paling Sedap. Botok-botok paling sedap pernah saya makan adalah hasil tangan mak mertua, dengan rempah dan pucuk dedaunnya. Memang jarang dapat jumpa yang enak walau beli kat pasar tani. Botok-botok mak mertua saya pun murah je dan besar saiz ikannya.

Ada yang tak pernah dengar makanan bernama botok-botok? Ia dibungkus dengan daun pisang, atau ada juga yang buat dengan daun pembungkus tenpe. Dalam bungkusan ada seketul ikan, biasanya tenggiri yang telah dibalut dengan rempah dan pelbagai daun herba untuk menjadikannya lebih sedap. Hmmm... memang tak boleh move on lah dengan botok-botok mak mertua saya. Sebungkus dijual pada harga RM5. Itu dulu.. sekarang tak pasti berapa harganya..

Resepi botok-botok makanan paling sedap


Dua gambar di atas adalah rupa botok-botok yang telah masak dan siap untuk dimakan.



Manakala, ikan tenggiri adalah antara ikan yang sesuai untuk buat botok-botok, gambar di atas adalah rupa ikan yang sedang disiapkan dengan rempah, dab dedaun yang kita guna untuk balut ikan-ikan tersebut.



Cara membungkus botok-botok yang kemas, bungkus dengan daun pisang dan dibalut cantik. Tapi daun pisang tu nanti jangan dimakan pulak.. hehe

Resepi Botok-Botok Paling Sedap


Jom kita semak satu persatu bahan-bahan yang digunakan untuk nak buat botok-botok paling sedap. Memang tak cukup nasi satu pinggan tau. Hehe..

BAHAN KISAR

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai
1/2 sudu kecil lada hitam


BAHAN REMPAH 

1 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar rempah kari ikan
1 1/2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan pati santan
2 sudu besar kerisik
1 sudu kecil pes asam jawa
1 sudu besar gula melaka
Garam secukupnya

BAHAN ULAM (hiris) 

Pucuk ubi
Daun pudina
Pucuk mengkudu
Daun kesum
Daun cekur
Daun kunyit

BAHAN-BAHAN LAIN

2 keping ikan tenggiri
Daun pisang secukupnya
Lidi sate secukupnya

CARA MEMBUAT REMPAH BOTOK-BOTOK


1. Bancuh bahan kisar dengan rempah beriani dan rempah kari ikan. Kacau sehingga menjadi pes. Kalau perlu tambah sedikit air. Ketepikan.

2. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumis cilis kisar. Masukkan pes rempah, kacau rata dan biar mendidih.

3. Masukkan santan, kerisik, asam jawa, gula melaka dan garam. Kacau lagi.

4. Kacau sampai naik minyak. Matikan api.

CARA MEMBUAT BOTOK-BOTOK 


1. Panaskan pengukus. Ambil sehelai daun pisang. Bersihkan dan layurkan atas api. Lapikkan dalam pengukus.

2. Letak pucuk ubi. Sapu dengan pes rempah secukupnya. Letak sekeping ikan tenggiri.

3. Sapu lagi pes rempah atas ikan dan tabur hirisan daun pudina, mengkudu, kesum, cekur dan daun kunyit.

4. Bungkus kemas. Sematkan dengan lidi sate. Kukus sampai masak.

Taraa!! Siap sudah botok-botok sedap dengan bahan rempah yang enak. Boleh dimakan dengan nasi putih. Yang pasti memang resepi yang menyihatkan kerana cara penyediaannya hanya dengan kukus dan banyak sayuran (dedaun) herba yang ternyata baik untuk kesihatan.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close