Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Nak Potong / Pendekkan Nama Dalam Surat Beranak @ IC

Cara Nak Potong / Pendekkan Nama Dalam Surat Beranak @ IC. Pada yg menyesal namakan anak panjang-panjang tu.. dan nak potong nama anak, pergilah ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sebab tu nama anak jangan letak panjang bebenor nanti menyesal di kemudian hari. Lagi satu, make sure nama anak mempunyai maksud yang baik-baik. Kerana, dengan nama itulah dia nak bawak sampai ke liang lahad.

Oh ya, nak diingatkan... tukar nama atau pendekkan nama yang panjang hanya boleh dilakukan ke atas anak-anak sehingga umur bawah 12 tahun sahaja.

Cara Nak Potong / Pendekkan Nama Dalam Surat Beranak @ IC


Cara Nak Potong / Pendekkan Nama Dalam Surat Beranak @ IC


Jika anda nak tukar atau pendekkan nama yang panjang berjela lebih dari 80 aksara, anda boleh ikuti cara berikut:

Bawa dokumen seperti di bawah:

1. Salinan asal dan photocopy IC ibu bapa

2. Salinan asal dan photocopy surat lahir/ surat beranak anak

3. Salinan asal dan photocopy Mykid anak 

4. Salinan asal dan photocopy Sijil nikah

Kemudian,

💥 Ambil borang ke bahagian jabatan pendaftaran surat lahir, >>>> cakap borang nak ubah nama or potong nama...

💥 Bila dah isi borang... kena cop ke suruhanjaya sumpah, boleh pegi kedai photocopy atau kedai gambar, tanya diorang, di mana nak cari suruhanjaya sumpah.. selalunya diorang buka meja kat sebelah kedai photocopy @ kedai gambar...

Contohnya, ada sesetengah JPN, ... meja² suruhanjaya sumpah ada yang menyediakan perkhimatan kat luar kedai.. So boleh minta mereka buatkan.

Alasan potong @ tukar nama:

1. Susah nanti bila dia dah bersekolah

2. nama tidak elok maksudnya

3. Ejaan nama yang silap tulis dari Mohd jadi Mat..

Cara isi borang tukar nama @ potong nama

1. Isikan borang sumpah (pesuruhjaya sumpah kena sign saksi) - bayar RM45, sebab dia kena siapkan semua borang pesuruhjaya sumpah dengan tandatangan sekali

2. Suami isteri dua-dua wajib ada, sbb diorang nak tandangan suami,isteri..

3. Kemudian, bawa je semua borang tu ke bahagian daftar surat lahir anak

4. Bawah 1 tahun bayar RM5, atas 2 tahun bayar RM50 (boleh tukar nama bawah 12 tahun sahaja)

Pada yang menyesal namakan anak panjang² tu.. dan nak potong nama anak, pergilqh ke JPN

Semoga perkongsian berkenaan cara nak tukar atau pendekkan nama anak yang panjang, dapat memberikan panduan berguna kepada anda semua.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close