Resepi Roti Telur Paling Simple

Resepi Roti Telur Paling Simple. Mudah je nak buat roti telur yang simple tapi sedap. Kalau ada stok roti tawar yang dah nak expired tempohnya  boleh buat roti telur simple yang gerenti boleh habiskan roti itu dengan cepat. 

Resepi Roti Telur Paling Simple

Gambar atas, roti yang telah disalut telur digoreng atas kuali hingga kekuningan @ sedikit garing.

Gambar bawah, roti telur yang telah siap digoreng. Makan macam itu je ataupun cicah dengan sos cili pun sedap.


Resepi Roti Telur Paling Simple


Bahan-bahan:


Roti putih secukupnya - hiris 2 atau belah empat

4 biji telur 

Sedikit garam @ maggi secukup rasa 

3 biji cili padi - hiris kecil

Minyak untuk menggoreng


Cara Buat Roti Telur Paling Simple


Persediaan memasak roti telur simple

1. Panaskan minyak. Biar betul-betul panas

2. Pukul telur dengan maggi secukup rasa @ garam dengan hirisan cili padi (jika suka pedas)

3. Celupkan roti ke dalam bancuhan telur dan masukkan ke dalam minyak yang telah panas

4. Goreng hingga warna kekuningan atau sedikit garing

5. Toskan sebelum dihidangkan dengan cili sos

Selamat mencuba

Resepi roti telur simple di atas khas dihasilkan untuk adik-adik yang baru nak mula memasak. Resepi ni juga sesuai untuk rujukan anak bujang yang duduk bersama rakan-rakan, macam anak bujang saya 😅😅

Catat Ulasan

0 Ulasan

close