Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Special For You

Pilihan Editor
Baca : Biarkan Sesekali Kita Tersungkur!!
Biarkanlah sesekali kamu jatuh tersungkur. Mengapakah kita yang terpilih untuk gagal? Tidak kah anda sedar bahawa Allah menurunkan sesuatu itu bersebab. Diajarkan kita bangkit selepas tersungkur supaya kita percaya bahawa hidup ini ada turun naiknya. Ada pusingannya. Jadi, kita semakin bersedia bila berhadapan dengan masalah yang lebih besar nanti..

Buah Tangan Sate Dari Majlis Perkahwinan Anak Sedara

Buah Tangan Sate Dari Majlis Perkahwinan Anak Sedara. Majlis dinner meraikan pengantin malam tadi berjalan dengan santai dan ceria. Majlis perkahwinan anak sedara iaitu anak abang long telah diadakan di Qastina Palace, menjemput sekitar 150 orang tetamu sahaja. Demi mematuhi SOP dan kawasan dewan yang bersaiz sederhana. Namun, semuanya berjalan dalam keadaan terkawal dengan semua tetamu memakai mask @ pelitup muka.

Berkaitan tajuk kat atas tu, kami dapat berkat (kebiasaan orang kita bagi makanan) berupa berpuluh cucuk sate ayam dan lembu untuk di bawa pulang ke JB. Hehe.. dah rezeki kan...
Baca : Lebih 500 Resepi Sedap Dan Mudah Untuk Dicuba!!💖💥
berkaitan resepi mudah, resepi sedap, masakan kampung, macam-macam resepi, menu sarapan, menu lauk-pauk tengahari, menu makan malam, kuih muih, kuih raya tradisional, resepi yang mudah untuk dicuba

Buah Tangan Sate Dari Majlis Perkahwinan Anak Sedara


Memang rare la dapat buah tangan sate, banyak pulak tu. Tak caya tengok gambar bawah ni.

Buah Tangan Sate Dari Majlis Perkahwinan Anak Sedara

Buah Tangan Sate Dari Majlis Perkahwinan Anak Sedara

Antara menu utamanya adalah:

🔸️ Nasi beriani kambing / ayam
🔸️ Western menu seperti kentang goreng & coleslaw
🔸️ Kuih muih tradisional, karipap, kuih tepung bungkus
🔸️ Bubur kacang
🔸️ Mi hoon soto
🔸️ Kambing golek
🔸️ Sate ayam dan lembu

Majlis berjalan dalam keadaan hujan renyai dan banyak kerusi di luar dewan yang tak dapat diduduki. Hingga ke pertengahan majlis barulah hujan berhenti. 

Qastina Palace Batu Pahat

Cantik lampu chandeliar ni, memang klasik gitu.. 

Qastina Palace Batu Pahat

Qastina Palace Batu Pahat

Dekorasi dalam dewan memang english style, ada banyak bunga sana sini. Kat semua meja bunga besar-besar. Walau bunga plastik, tapi aura dia memang masuk.. 



Menu-menu yang sempat saya ambil termasuklah sate, kambing golek dan beriyani kambing.

Qastina Palace Batu Pahat

Tumpuan kami tentulah menu kambing golek dan sate. Haha.. alhamdulillah. Dapat makan semua menu tu dengan nasi beriyani kambing. 

Yang syoknya, bila nak balik tu abang long sempat membungkuskan sate buat kami sekeluarga. Bukan sikit-sikit tau.. hehe (tengok pic atas tu... banyak tau dapat sate, dekat 80 cucuk.. )

Tempat majlis di adakan adalah sebuah bangunan bercicirkan istana lama pada design luaran bangunan. Kerusi dan hiasan dalaman pun ada sedikit sentuhan klasik, yang dimodenkan. Keseluruhan wedding adalah bertemakan English style. 

Qastina Palace Batu Pahat

Qastina Palace Batu Pahat

Ukiran luar bangunan Qastina Palace, Batu Pahat. Kalau korang nak buat majlis kat situ, just search google, akan keluar info berkaitan.

Qastina Palace Batu Pahat

Kepada pasangan pengantin, iaitu anak bongsu abang long, semoga dikurniakan keberkatan hidup dunia akhirat. Aamiin..

Insya Allah.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Post a Comment

0 Comments