Sekali pandang pokok sepit udang ni macam tak menarik, macam pokok random dalam hutan. Tetapi saya ada terlihat sebuah rumah kat taman ni perumahan saya tanam pokok ni dijadikan pagar rumah. Dan yang mrnarik bunganya yang warna oren kemerahan macam sepit udang tu menarik minat saya.


Pokok bunga ni mudah ditanam, dan juga senang bercambah pokok baru melalui bahagian akarnya. Tak perlu nak siram sangat dan guna tanah sawit dicampur tanah hitam pun dah jadik.


Pokok sepit udang kelihatan cantik jika disusun sejajar dalam tiga pasu kerana ia kelihatan agak rimbun.
Semoga kita semua dapat melakukan aktiviti sihat yang kita sukai contohnya dengan berbakti pada tanah. Walau sekadar taman kecil di hadapan rumah.
Okay 👌

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.