Jika Allah izin, ada lah buahnya tu nanti.
Inilah rupa jambul nenas sarawak yang saya tanam dalam pasu. Daunnya hijau, tidak berduri dan nampak macam daun muda.
Sekali pandang macam pokok bunga pun ada. Hehe..
Kita cuba tanam dalam pasu sebab rumah dalam bandar, sekerat je tanah yang ada. Jika kita tanam dalam pasu, mudah untuk dipindahkan jika perlu.
Sebab saya pun baru belajar tanam nenas, saya hanya guna tanah sawit, tanah hitam dan tanah yang telah dicampur dengan pelbagai protein tanah untuk menanam jambul nenas sarawak tersebut.
Insya Allah, kita jaga elok-elok sehingga berbuah.





Perli masa setahun baru berbuah
ReplyDeleteT.kasih WP
Delete