
Kami sampai di Periuk Kampung dalam sekitar pukul 11.45 pagi.


Menu yang kami order adalah :-
1. Set Kraby termasuklah nasi putih, ayam paprik, ikan siakap 3 rasa, kangkung ikan masin & air.
2. Daging bakar Miang Pla
3. Siput sedut lemak cili api
4. Salted egg sotong

Gambar bawah menunjukkan daging bakar Miang pla. Sedap sangat. Daging bakar amat sesuai dengan 2 sos yang disediakan. Lain kali nak repeat, kata my son!

Gambar bawah untuk set Kraby. Semua lauk pauk sedap, dan habis kami kerjakan.



Untuk semua menu yang saya sebutkan di atas kami bayar dengan harga RM122.00. Alhamdulillah untuk rezeki lunch yang sedap hari ini.
Semoga korang juga dapat rezeki yang tidak disangka-sangka, yang halal lagi berkat.
Insha Allah.


Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.