Beli Cincin Habib Emas 999. Alkisah saya tersilap beli cincin emas. Biasanya saya beli emas gred 916, tetapi kali ni tersilap beli emas 999. Saiz semua dah ngam, tetapi tersilap gred. Emas 999 sesuai untuk goldbar dan bukannya emas perhiasan seperti cincin atau rantai tangan. Jika kita nak barang kemas untuk kegunaan harian dan aktiviti lasak, gred emas yang sesuai adalah 916 dan ke bawah.






Oleh kerana dah silap beli, redha aje lah. Silap saya sendiri kerana tak memerhatikan jenis gred emas yang dibeli.


Secara jujurnya rekaan barangan kemas yang paling solid, kemas dan cantik adalah dari Habib Jewels. Oleh kerana itu, upah nya agak mahal berbanding brand barangan kemas lain. Saya sendiri telah beberapa kali beli rantai tangan dan cincin dari jenama Habib Jewels. Rekaan dan rekaan tukang emasnya amat teliti, halus dan bermutu tinggi.




Jika dilihat dalam gambar di atas, warna emas 916 dan 999 ada beza taw. Emas 999 lebih kuning pekat manakala emas 916 warnanya lebih jernih dan berkilau.
Emas ni walau harganya agak tinggi, saya akan membeli nya demi kepuasan peribadi. Namun lain orang lain pula cara mereka mengumpul emas.



0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.