MRI scan atau Pengimejan Resonans Magnetik ialah prosedur pengimejan perubatan bukan invasif yang menggunakan medan magnet kuat dan gelombang radio untuk menghasilkan imej terperinci organ serta tisu dalaman badan. Ia selamat kerana tidak menggunakan sinaran mengion, sangat berguna untuk memeriksa otak, tulang belakang, dan tisu lembut.
Berikut adalah butiran bagaimana MRI dilaksanakan:
- Tujuan: Mengesan ketumbuhan, kanser, kecederaan tisu lembut, strok, dan penyakit saraf.
- Prosedur: Pesakit berbaring di atas meja yang meluncur masuk ke dalam mesin berbentuk tiub selama 20–60 minit. Mesin akan mengeluarkan bunyi ketukan yang kuat.
- Keunikan: Ia tidak menggunakan radiasi seperti CT scan, menjadikannya pilihan lebih selamat.
- Persediaan: Biasanya tiada makanan/minuman diperlukan, namun barang logam perlu ditanggalkan kerana medan magnet yang kuat

Berapa Harga Mesin MRI
Oleh sebab itu kos untuk menggunakan mesin MRI adalah agak tinggi dengan anggaran RM1,000 hingga RM2,000 mengikut sesebuah hospital swasta di Malaysia.
Kegunaan Mesin MRI Dalam Dunia Perubatan
Dengan keadaan teknologi yang semakin pesat, dunia perubatan juga mengalami perubahan dengan penghasilan mesin scan untuk memeriksa tubuh manusia. Antaranya boleh digunakan dalam rawatan berikut;
- Kerosakan atau sumbatan pembuluh darah
- Penyakit jantung
- Kerosakan otak
- Kanser
- Multiple sclerosis (MS)
- Infeksi tulang
- Kerosakan sendi
- Masalah saraf di leher
- Cedera sumsum tulang belakang
- Strok
- Masalah mata
- Masalah telinga bahagian dalam
Apakah Mesin MRI Berjaya Mengesan Sesuatu Penyakit?
Oleh yang demikian MRI berjaya mengesan sebahagian besar sakit pada tubuh manusia namun dengan kos yang agak tinggi.
Contohnya :
- Mengesan tumor, strok, sklerosis berbilang, dan kecederaan otak.
- Menilai kecederaan ligamen (ACL), tulang belakang, dan tisu lembut.
- Memeriksa struktur jantung, penyakit jantung bawaan, dan kelainan vaskular.
- Mengesan kanser payudara, penyakit hati, pankreas, dan jangkitan.
Kos MRI di Hospital Kerajaan
Kos mesin MRI di Hospital Kerajaan agak murah Dan berpatutan.

Sebagai kesimpulannya, dunia perubatan sekarang semakin maju dan menggunakan teknologi canggih dalam merawat pesakit. Sebagai persediaan, kita mungkin perlu ada keseimbangan dalam menjaga kesihatan tubuh disamping membuat simpanan dana kesihatan, jika perlu.
Untuk bacaan lanjut, boleh klik pada pautan sumber yang disediakan.
Sumber:
1. UPM


0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.