Setelah berbincang sedikit dengan bahasa ayam + itik, kami ambil pakej water wax dengan polishing lampu depan 2 biji. Dia orang caj 2 biji tu asing-asing tau, contoh kalau korang nak cuci sebelah je, Maka di caj harga sebelah je..


Cuci Kereta Polish Lampu Depan Sekali
Saya sebagai wanita yang pandai bawak kereta je, tak tau pun ada mesin yang boleh kilatkan lampu kereta. Ada juga encik suami kata lap je lama-lama guna cream dia, tapi saya kan wanita. Mana lah pandai.. tu yang saya hantar kedai je. Akhirnya lampu kereta dah berkilat dan berkilat. Hihi.. happy nya 😄😄



Lega hari bila kereta dah bersih. Sampai je kat rumah hujan turun dengan lebatnya. Jika tidak, 2 kali cuci gamaknya keretaku ini. Lampu depan dah berkilat, jika tidak sebelum ni warna dia kuning je.
Kereta bersih, wangi luar dalam barulah bersemangat nak drive, betul tak?

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.