Sampai je durian, kami terus makan. Yang bagusnya, durian isi ni fresh lagi taw. Seller tak simpan dalam freeze, Itu tandanya bila kita order baru dia orang kopek durian tu.


Beli Isi Durian Golden Bun Dan Musang King
Musang king - mulanya manis, pahit dihujung. Kemudian timbul rasa lemak. Isinya tebal tetapi bijinya nipis dan bengkok. Dia takkan rata.. itulah ciri-cirinya. Warna musang king lebih kepada kuning emas. Sebab itu dia mahal macam emas 😄😍


Manakala Golden Bun - rasanya manis dan manis je. Takde rasa lemak ke apa, takde pahit. Tetapi baunya wangi kat hidung bila kita start makan. Biji nya bulat dan agak besar, isinya nipis. Warna golden bun adalah kuning oren. Harga golden bun murah sedikit berbanding musang king.

Setiap satu jenis kami beli 1kg. So dengan 2 kg durian dan servis lala move, kami bayar RM237. Ada discount sikit, alhamdulillah. Dapat makan durian pada hari minggu, hilang sikit bosan asyik menghadap cerita Korea. Hehe..
Kalau korang teringin makan durian, samada yang sudah dikopek atau beli fresh dengan kulit sekali. Pilihan di tangan anda. Sesekali beli apabila teringin, bolehlah. Kami tidak boleh beli selalu kerana En suami ada kencing manis.. kena berjaga-jaga juga.
Makan durian biarlah berpada-pada, walau macam mana suka sekalipun? Okay 👌

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.