Saiz Satu Sajian Makanan Yang Sesuai. Sekarang ini ada banyak perkongsian dan pendedahan yang dilakukan oleh pihak berkaitan untuk mendidik kita agar menjaga pemakanan yang diambil setiap hari. Tidak semua saiz hidangan sesuai untuk semua orang kerana ada faktor tertentu yang diambilkira. Antaranya faktor usia, jenis pekerjaan, tahap kesihatan dan lain-lainnya. Kalau ikutkan nafsu, kita nak makan apa saja yang kita suka tetapi sesuatu perbuatan waima nak makan sekalipun perlulah dilakukan dalam kadar yang bersederhana walau kita suka sangat akan makanan tersebut. Saiz hidangan yang perlu diambil setiap hari perlulah seimbang antara karbohidrat, protein, sayuran, lemak dan sebagainya. Jika korang tahu mengira keperluan kalori tubuh anda, itu lebih bagus. Jika tidak, mari kita ikut panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Saiz Satu Sajian Makanan Setiap Hari
Dari FB KKM bahagian Nutrisi, mereka menggariskan saiz satu hidangan yang sesuai diambil setiap hari untuk kes biasa, tiada masalah sampingan atau alergik.


Penjelasan dari gambar di atas, iaitu setiap hidangan samada kaborhidrat, protein, buah dan sayuran adalah di ambil satu jenis setiap satunya, bukan dimakan semua ikut suka hati. Contohnya pasangan menu yang dipilih adalah 2 senduk nasi putih, 1 ketul paha ayam, 1 biji oren dengan 1 cawan salad.
Karbohidrat
- 2 senduk nasi putih - dimasak
- 2 keping roti putih, roti bijiran penuh
- 1 cawan kecil mee kuning
- 2 biji kentang
- 6 keping biskut krim kraker kecil
- 1 keping roti canai
Protein
- 1 ketul peha Ayam tanpa kulit
- 2 ketul daging tanpa lemak - sebesar kotak mancis
- 1 ekor ikan kembung saiz sederhana
- 2 biji telur ayam
- 1 cawan kerang yang dimasak (tanpa cengkerang)
- 1 cawan kacang kuda - dimasak
Buah-buahan
- 1/2 biji jambu batu
- 1 biji oren - saiz sederhana
- 1 potong kecil tembikai
- 8 biji anggur
- 3 ulas durian
- 1 biji Pisang berangan, saiz sederhana
Sayur-sayuran
- 1/2 cawan bayam, dimasak
- 1/2 cawan kacang panjang
- 1 cawan salad
- 1/2 cawan terung, dimasak
- 1/2 cawan brokoli
- 1/2 cawan tomato
Semoga pencerahan dan perkongsian di atas dapat memberikan kita idea untuk menyediakan hidangan yang sesuai untuk diri sendiri dan keluarga tersayang.


2 Comments
Thank you sharing.
ReplyDeleteKadang2 kita nak makan ikut suka hati kita je, tapi nak sihattt. Payah juga tu. Bagusnya kalau dapat makan semua tapi badan maintain sihat hehe
Welcome Cuya. Yg jelesnya adalah apabila ada orang yg makan banyak benda tetapi kekal sihat & langsing
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.