Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

LAIN-LAIN INFO MENARIK >>>>

Waktu Operasi Pejabat Pos Di Malaysia

Waktu Operasi Pejabat Pos di Malaysia. Pejabat Pos masih relevan lagi sehingga kini walaupun terdapat persaingan sengit daripada penyedia khidmat penghantaran yang lain. Lately saya kerap menggunakan khidnat pos laju dan terbukti ia memang laju. Dari Kelantan kepada saya di JB satu malam je penghantaran. Komeited pos laju buat kerja. 

Namun ada juga segelintir pengalaman kawan-kawan yang mengalami situasi "pos tak laju," di mana ada barang mereka tidak sampai dalam waktu seperti diharapkan. Tak tau nak cakap apa..

Waktu Operasi Pejabat Pos Di Malaysia



Semenanjung Malaysia


Secara umumnya, waktu operasi pejabat pos di semenanjung Malaysia adalah dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang/5.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Kebanyakan cawangan beroperasi pada hari Sabtu (biasanya 8.30 pagi - 1.00 petang) dan tutup pada hari Ahad serta cuti umum. Walau bagaimanapun, waktu operasi boleh berbeza bagi cawangan di dalam pusat beli-belah atau UTC
Baru saya perasan bahawa pejabat pos pun dibuka pada hari sabtu iaitu dari pukul 8.30 pagi - 1.00 petang. Kena ingat info ini. 
Dan pejabat pos ditutup pada hari sabtu minggu ke 3 setiap bulan.

Waktu Operasi Pejabat Pos Di Sabah & Sarawak


Waktu operasi standard pejabat pos di Sabah dan Sarawak adalah dari 8:00 pagi hingga 4:30 petang pada hari bekerja (Isnin-Jumaat). Pada hari Sabtu, kebanyakan cawangan beroperasi dari 8:00 pagi hingga 12:30 tengah hari, manakala Ahad dan cuti umum biasanya ditutup, kecuali cawangan di pusat membeli-belah atau UTC terpilih

Mencari Cawangan Pejabat Pos Terdekat


Anda boleh mencari cawangan pejabat pos di seluruh Malaysia dengan menggunakan khidmat di bawah:

Post Outlet Finder :


Daripada link di atas, anda boleh mencari lokasi pejabat pos berdekatan tempat anda tinggal. Aplikasi postfinder tersebut amat berguna jika anda mahukan khidmat pejabat pos / mengirim barang di kawasan yang tiada khidmat penghantaran yang lain. Biasanya di kawasan pedalaman atau luar bandar.

Semoga bermanfaat.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments