Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

LAIN-LAIN INFO MENARIK >>>>

Amalkan Doa Bebas Hutang Untuk Hidup Tenang

Doa Bebas Dari Hutang. Jomlah kita amalkan doa bebaskan diri dari hutang. Siapalah yang hidupnya tiada hutang, betul tak? Hutang dari pelbagai sudut dan maksud, bukan sekadar hutang wang ringgit sahaja. Maka dari itu, kita mesti berusaha untuk membebaskan diri kita daripada perkara-perkara hutang yang tersebut.

Boleh ke kita nak bebaskan diri dari hutang? Mestilah boleh. Kita kena pasang visi dan cita-cita untuk bebaskan diri dari hutang. Antaranya jika hutang wang ringgit, maka berjanjilah untuk bayar balik dengan wang juga. Hutang puasa? Maka gantilah puasa itu jika sudah boleh berpuasa dan sihat. Hutang nyawa? Hanya Allah Yang Maha Tahu cara pembalasannya. 

Doa Bebas Dari Hutang Dari Surah Ali'Imran : 16


Jom amalkan doa bebas hutang seperti di bawah di mana doa ini diambil daripada potongan ayat al-Quran (Surah Ali 'Imran: 16) yang merupakan doa orang beriman.

رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


"Rabbana Innana Amanna Faghfirlana Zunubana Waqina Azabannar" 

Amalkan Doa Bebas Dari Hutang Untuk Hidup Tenang


Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka)

Cara amalan:


Di baca sebanyak 313 kali setiap hari.

Doa ini sering diamalkan sebagai doa memohon pertolongan Allah untuk bebas daripada hutang. Amalan yang disyorkan adalah dengan membacanya sebanyak 313 kali setiap hari dengan penuh keikhlasan.

Berdoalah dengan yakin kerana takutkan api neraka maka kita bersungguh-sungguh melunaskan hutang, dengan asbab mengamalkan doa tersebut insha Allah, DIA bagi jalan untuk lunas segala hutang kita.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget

Read More ....


Post a Comment

0 Comments