Beli Buah Laici Segar Untuk Khasiatnya
Kelihatan buah laici tu masih segar. Penjual tu kata - rasa dulu baru bayar. Si bujangku terus ngap satu dengan lajunya. Dia kata manis! Haha.. tak sempat kita nak bukak mulut dia dah buat review on the spot! 😂😂


Korang tengoklah buah laici tu, besar juga saiznya. Rasanya teramat manis sehingga makan satu pun dah cukup. Simpan dalam peti ais, nak makan baru kopek kulitnya.
Buah laici segar banyak Khasiatnya taw. Antaranya untuk kesihatan mata, kecerdasan otak dan lain-lain lagi.
Korang boleh baca selanjutnya kat sini >>>>> Khasiat Buah Laici Untuk Kesihatan


AMARAN:
Kalau ahli keluarga ada menghidap kencing manis, tidak digalakkan untuk mengambil buah laici kerana ia antara buah yang mengandungi kandungan gula yang tinggi!!
Bila dah menghadap memang tak boleh berenti. Nak makan lagi dan lagi. Tetapi kita kena bersederhana kerana walaupun laici buah segar, ia tetap mengandungi rasa manis yang tinggi.
Untuk 2 pack pun harganya amat berbaloi iaitu RM20 sahaja.
Bye, semoga ada manfaatnya!
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Lama tak makan buah laici. Ada ternampak di pasar minggu hari tu.
ReplyDelete