Karipap Kentang Kulit Kasar Ala Resepi Azlina Ina

Aynora
By -
3
Resepi Karipap Kentang Kulit Kasar Ala Resepi Azlina Ina. Selain pandai buat kek, Cikgu Azlina Ina juga mahir buat kuih muih melayu. Oleh kerana dominasi perniagaannya lebih kepada dessert, maka resepi kuih muih tradisionalnya tak berapa viral. Tapi, hari ini nak share resepi Karipap Kentang style Cikgu Azlina Ina. 

Saya dah lama tau buat karipap style Azlina Ina, sebab setiap kali saya buat kulit karipap, kulit mesti menggerutu dan tak licin. Ingatkan saya yang silap, tetapi anak-anak dan family suka. So, saya terus kan je buat kulit karipap kasar macam tu. Sekarang, korang boleh cuba caranya seperti dalam resepi di bawah.

Resepi Karipap Kentang Kulitnya Kasar Ala Azlina Ina

Resepi Karipap Kentang Kulit Kasar 


Karipap kulit kasar, tidak licin 😂

Bahan-bahan kulit:


1 kg tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar marjerin
2 senduk kecil minyak masak

* panaskan minyak dan marjerin sampai betul betul panas. Tuang atas tepung tadi, dan gaul rata sampai jadi seperti serbuk roti.

500ml air + 1 sudu besar gula+ 1/4 kecil garam = kacau rata.

Masukkan air dan uli tepung sampai menjadi doh, peram sekejap hingga doh lembut.

Bahan inti kentang


3 kilo ubi kentang- potong dadu
1 biji bawang Holland size sederhana- potong dadu
2 biji bawang putih - cincang
1 inci halia- cincang
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil serbuk cili babas
3 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu secukup rasa
3 senduk kecil gula ( 200gram)
1/4 sudu kecil garam halus

Cara penyediaaan inti;


Tumis bawang, halia, daun kari.
Masukkan serbuk cili
Masukkan serbuk kari
Masukkan secawan air (300-400 ml air)
Masukkan kentang
Masukkan gula garam.

Perlahankan api, dan tutup kuali atau periuk dengan penutup. Biar bagi kentang empuk. Kacau sekali sekala.

Bila kentang dah empuk dan agak kering, masukkan serbuk secukup rasa. Masak hingga kering.

Nota;

Tips untuk kulit karipap kasar macam dalam gambar.;

# inti karipap tidak boleh terlalu padat
# goreng dengan minyak banyak dan betul betul panas

Resepi Karipap Kentang Ala Azlina Ina


Semoga kita semua yang pandai buat karipap, dah boleh pilih nak kulit karipap yang kasar dan berjerawat.. hehe 😅😂. Saya suka kulit karipap macam tu, rasa lebih adventure bila masuk ke mulut. 👍👌

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Tags:

Post a Comment

3 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

  1. Lamanya tak buat karipap. Sekarang ni duk beli karipap 7E cafe je.

    ReplyDelete
  2. Saya pun sudah lama tak buat karipap. Resepi saya belajar pula, masukkan karipap waktu minyak belum panas sangat, supaya kulit karipap tidak menggerutu. Hehe.. macam² gaya. 😊

    ReplyDelete
  3. Dari kecil membesar dgn karipap yg dibuat dari tgn mak .. ada jer karipap dalam peti ais yg ready utk digoreng.. sampai la ni jadi kegemaran huhuu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!