Beli Bantal Bahu Untuk Kereta Dari TikTok. Dah selalu beli barang dari TikTok tetapi jarang sangat nak review. Kali ini saya beli bantal bahu dari TikTok untuk letak di kerusi hadapan Black Knight. Puncanya kekadang kita drive jauh rasa macam lenguh tengkuk tu, dah ternampak kat TT terus beli.
Tak ingat dah berapa harga dia kerana saya jenis yang dah order terus lupa 😅😅, barang sampai baru terfikir.. bila order ni? Entah-entah order dalam mimpu kut .. hihi




Aduhai, review barang order bukan tak berfungsi tapi diri sendiri yang tak boleh ngam dengan item tersebut. Bukan silap sesiapa .. 😇😇🤣

Beli Bantal Bahu Untuk Kereta Dari TikTok
Masa dalam TT nampak macam lembut, sedap orang guna dan warna kegemaran iaitu hitam - ada dalam stok.
Bila barang sampai terus la mintak anak bujang bongsu pasangkan. Kita test letak kepala dan adjust tengkuk. Hmm.. dia tak ngam dengan leher kita, almaklum yang drive ni orangnya rendah sikit. Lepas tu kan ada bonggol rambut belakang tudung, so dia tak berapa selesa la...
Tapi anak bujang drive and sandar kepala dan tengkuk kat bantal tu sedap je. Memang rezeki dia orang, bukan rezeki saya.



Item dapat memang kemas, cantik dan mudah digunakan. Nak tanggal atau nak pasang balik kiranya boleh dilakukan bila-bila masa. Tapi itulah.. saya pulak tak ngam kat bahu & leher. Dapat tengok orang pakai je, tapi kita yang nak guna awalnya.. hehe
Info Yang Anda Cari:
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.



5 Comments
Saya pun ada bantal ni. Pun sama, tak selesa pakai. Anak sulung pakai, selesa je, dia kata. Kita pakai, kena buka, baru tak sakit tengkuk. 😁
ReplyDeleteOrang lelaki ok la dorg takde sanggul. Hihi
ReplyDeleteAlahai..Bkn rezeki sis. Kena beli fesyen lain ni =D
ReplyDeleteLain membeli lain merasa
ReplyDeletekalo tk selesa ..kn sakit plak kn..maybe keras kot...
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.