Advertisement

Cempedak Goreng Rangup Kesukaan Family

Cempedak Goreng Rangup Kesukaan Family. Hasil daripada ambil cempedak di kampung pada hari Ahad lepas, kami dapat makan cempedak goreng hampir setiap hari sampailah cempedaknya habis. Selagi tak habis, kita goreng dan goreng lagi. 

Tepung bancuhan cempedak goreng dibuat oleh anak bujang sulung kesayangan, yang semua benda dia nak explore sementara takde kerja sekarang ni. Dan bertambahlah barang-barang masakan kat rumah, kerana apabila buat sesuatu resepi, dia tidak derhaka macam ibunya ini.. haha

Cempedak Goreng Rangup Kesukaan Family
Info Yang Anda Cari:

Resepi Cempedak Goreng Rangup Kesukaan Family Ikut Resepi Che Nom


Inilah resepi di mana anak bujang ikut satu persatu langkahnya dari Che Nom. Sambil buat bancuhan tepung goreng cempedak tu, dia kata Resepi Che Nom agak cerewet tetapi kejadiannya nanti mestilah magic! Dia kata KA punya resepi simple je.. hehe

Cempedak Goreng Rangup Kesukaan Family

Bahan-bahan:

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
3 sb tepung gandum
1 biji telur
2-3 titik pewarna kuning - terlupa letak
2-3 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil air kapur
1-2 sudu besar majerin panas
Atau ¼ cawan minyak masak panas
Air secukupnya
Cempedak secukupnya
Minyak untuk menggoreng
1½ sb bijan (pilihan) - tak letak

Cara buat cempedak goreng rangup


1. Kopek cempedak dan letak dalam satu bekas.

2. Dalam mangkuk yang besar, masukkan tepung beras, tepung jagung, tepung gandum, garam, gula dan pewarna kuning (pilihan).

3. Pecahkan telur dalam bekas berasingan dan pukul.

4. Panaskan dan cairkan majerin (boleh ganti minyak masak tapi panaskan dulu juga).

5. Bancuh pes kapur makan dengan sedikit air.

6. Dalam adunan kering tadi, masukkan telur, air kapur, dan air sedikit demi sedikit sampai larut sebati.

7. Masukkan majerin cair dan bijan (pilihan) dan kacau sebati.

8. Panaskan minyak, celup cempedak dalam adunan tepung dan goreng.

9. Bila tepung dah mula keras, pisahkan cempedak dan terbalikkan.

10. Bila dah garing kedua belah, boleh angkat dan toskan minyak 

Cempedak Goreng Rangup Kesukaan Family

Cempedak Goreng Rangup Kesukaan Family

Tadaaaa ... Inilah hasil tangan anak bujang soleh kami. Isi cempedak tak lembik dan kulit tepung dia rangup krup krap.. 

Hampir setiap hari kami makan sarapan dan minum petang dengan cempedak goreng. Tepung bancuhan pulak anak dah buat banyak. Asal teringin kita goreng sikit. Sampailah cempedak dalam freeze tu habis. Haha ...

Selamat mencuba resepi tepung goreng cempedak yang rangup di atas ala-ala che nom. 

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.

Post a Comment

4 Comments

  1. Orang jual cempedak goreng mahal sangat. RM5 4 ulas semalam staf Cie beli di area Gombak.

    ReplyDelete
  2. Belum ada beli lagi buah cempedak dalam rumah ni, tapi beli makan di luar ada.. boleh tahan harga kalau dh goreng kannn.. baik beli dan goreng sendiri

    ReplyDelete
  3. Rajin betul anak bujang masuk ke dapur, ya. 👍
    Macam resepi orang dulu-dulu, guna air kapur.

    ReplyDelete
  4. Saya sangat suka cempedak dan nangka tapi sekarang dah tak boleh makan sebab 'angin'. Ada sekali tu makan juga dua ulas cempedak tanam sendiri, punyala sedap manis dan tebal lepas tu memulas perut dengan sakit belakang. Terbaring sampai petang.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.