Masa saya beli Mac Cosmetics lipstick pada Dec 2025, dalam beg mekap tu ada 5 batang lipsticks dengan 5 warna. Harga asal RM375.38 tapi lepas diskaun dapat harga RM276.48. Pakej ni namanya : Holiday Gifts - Less is Bore Lip Kit x 5

Info Yang Anda Cari:
Beli Lipstick Mac Cosmetics Banyak-Banyak, Sebab Malas Nak Order Selalu
Ketika Mac Cosmetics buka satu promo di mana beli satu bag mekap dia ada macam-macam warna lipstick, saya pun tak fikir panjang, order je la.. kalau tak pakai boleh bagi pada anak buah.

Kenapa saya pilih Mac Cosmetics? Sebelum ni saya guna L'Oreal, tapi susah nak cari brand tersebut, saya cuba cari local lipstick. Macam tak sesuai dengan bibir saya. Jadi saya cuba Mac Cosmetics. Mulanya saya beli dua batang lipstick color merah & pink - tekstur lembut bila di sapu pada bibir, bau cocoa, mudah tanggal terutama ketika nak solat. Thats the big 'why' kepada persoalan mengapa saya pilih Mac Cosmetics.

Bye, itulah story ringkas pasal koleksi lipstick Mac Cosmetics saya 😍🔥
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Berbaloi juga beli banyak tapi kalau jenis guna selalu okaylah kan. Saya suka beli jenama L'Oreal. Beli online lagi mudah dan dapat murah sikit berbanding di store.
ReplyDelete