Masalahnya budak-budak sekarang baca manga & anime online. Nak ke depa baca novel yang berbentuk buku??

Info Yang Anda Cari:
Novel Lama, Tak Tahu Nak Buat Apa Dengannya
Al kisah, dulu saya bercita-cita nak menulis novel. Cerpen pun ada banyak dah disiarkam dalam majalah atau suratkhabar. Itu cerita satu masa dulu lah. Tetapi bila saya baca balik draf novel lama-lama saya.. hmm, tak jadi nak publish. Sebab apa? Hanya saya & Allah je yang tahu 😉😉
Lagipun, semasa saya buat MBA yang lebih banyak buat assignment berkaitan kewangan dan bisnes, ketajaman penulisan kreatif saya semakin berkurangan.


Koleksi Novel lama saya ni rasanya nak bagi kat anak sedara perempuan yang dekat 10 orang tu, depa kebanyakanñya dekat universiti. Bagi dia orang release baca buku cintan cintun pulak.
Dulu-dulu penulis kegemaran saya termasuklah Aisya Sofea, Alina Haizar, dan ada juga Norazlina Nordin yang sekarang dah jadi chef kalau tak silap.
Begitulah, sementara ni saya simpan je dalam almari buku. Tetapi almari macam dah tak muat..
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.


Suka juga baca novel dulu tapi pinjam di perpustakaan sahaja :)
ReplyDeleteAnak buah Cie ada banyak novel penuh kat almari rumahnya. Sayang nak buang kan. Nak jual recycle pun sayang.
ReplyDelete