Selamat menyambut 20th Anniversary dalam blogging kepada blogger Mulan, satu waktu yang melahirkan kematangan dan konsisten dalam berblog.
Info Yang Anda Cari:
Kenapa Saya Ada Blog - Segmen By Blogger Mulan
Pada mulanya orang menggunakan medium blog sebagai diari online. Lama kelamaan bila dah pandai sikit dan ada ilmu blog, maka blog menjadi medan mencari income pasif kepada ribuan blogger di luar sana. Termasuk lah saya.. 😅👌. Antara pengalaman best sepanjang ada blog adalah pernah dapat income USD810 sebulan. Hehe..
Sejarah Mulanya Berblog
Saya dikenali sebagai blogger Aynora. Nama blog asalnya aynoranur.com, kemudian tukar kepada aynorablogs.com berpunca dari masalah domain yang lupa nak direnew.😅 Saya mula menulis blog secara rasminya pada tahun 2011. Entri pertama yang saya tulis adalah - 1st Giveaway Yang Saya Join! . Menulis blog dengan dorongan diri sendiri kerana kononnya nak simpan novel-novel tulisan saya ke dalam bentuk digital. Sebelumnya, saya menulis dengan tangan je, tulis dalam buku diari. Tapi sekarang, saya dah hide e-novel saya kerana personal reason..
Kenapa Saya Ada Blog?
Saya ada blog kerana suka-suka, saya suka menulis, bercerita dengan orang lain yang tidak dikenali wajah dan suara, suka bila boleh ubahsuai template dan lagi suka bila tahu dengan blog kita boleh buat duit!! Saya pernah buat income USD41 sehari hanya dengan menulis di blog.
Bila musim berganti bulan dan tahun, saya ada blog untuk dijadikan rujukan pada masa hadapan. Contohnya ketika anak-anak berjauhan, mereka boleh membaca nasihat, tips dan resepi yang saya hasilkan dari dapur rumah.
Anak sulung - Ibu macam mana nak masak ayam merah?
Saya : Refer kat blog ibu, taip je ayam masak merah. Keluar la nanti resepinya.
Anak sulung : Baik bu!
Jika mereka mahukan doa-doa, saya arahkan mereka cari dari blog ini sahaja, mudah dan cepat.
Jika saya nak mencari tazkirah tertentu, saya akan taip je pada butang SEARCH akan tajuk yang dicari. Memang mudah!
Saya ada blog kerana nak jadi manusia yang bermanfaat. Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.” (Riwayat Ahmad)
Kemudian, ada sepotong hadis, Sabda Nabi Muhammad SAW, "Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat." (Riwayat al-Bukhari no. 3461 daripada Abdullah bin 'Amr), bermaksud setiap Muslim digalakkan menyebarkan ajaran Islam yang diketahui walaupun sedikit, selagi ia benar dan difahami.
Penutup
Begitulah ceritanya, kenapa saya ada blog. Semoga dari sekian banyak entri yang saya tulis ada sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada sekalian pembaca dan sekaligus memberi manfaat kepada diri saya juga!
Jomlah join segmen by Mulan, dan salam perkenalan kepada pembaca baru blog saya - aynorablogs.com.
Aynorablogs - Info & Lifestyle - Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.
Penafian:
Sila amalkan etika berblog atau menggunakan laman sosial secara berhemah dan menghormati hak individu lain. Kami tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan informasi yang telah diambil dari sumber luar. Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau mengikuti informasi bahan yang terdapat dalam website/blog ini.






7 Comments
kan.. search jumpa resepi, search jumpa tazkirah. terbaik kak
ReplyDeleteTahniah. Banyak juga income tu.
ReplyDeleteSelamat bersegmen puan... Otai rupanya puan aynora ni, banyak masyuk ya income thru blogging ni 👍🏻
ReplyDeletewah..meriah income dia...
ReplyDeletedatang BW sini dari segmen sis Mulan...
Tahniah, berjaya dengan baik menyahut cabaran segmen. Ianya menarik untuk kita kaji..Pemenang telah diumumkan juga tu ya..
ReplyDeleteWah banyak tu income masuk USD ,alhamdulillah..
ReplyDeleteBlog ni sangat bermanfaat..betul apa dikatakan Sampaikan walau sepath..
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.