
Aku tak pernah gagal menyulam kasih dengannya, dengan sidia sidia yang sedia ada hadir dalam hidupku. Kerap kami bertengkar, kami bergaduh tetapi aku saja yang kalah, mengalah! Ah! Tak semestinya kalah itu tak menang...
Aku menangis kerana kamu?
Pernah...
Aku tak tidur kerana kamu?
Pernah...
Aku gila kerana kamu?
Tak apalah, biarpun gundah gulana ini memakan masa, hingga perjalanan dewasamu bermula,
aku rela demi mu si kecil!


Momen indah kita hadir dan terwujud setiap hari. Ada saja gelagat mu yang mencuit hati. Aku tak rela besarmu nanti aku tak perasan, aku tak sanggup dewasamu nanti aku terleka, aku harus tahu semua itu, dalam pengetahuanku kau jadilah sesuatu,
....jadilah sebutir bintang yang menyinari malamku,
biarpun kau jauh
jadilah segugus awan yang memayungi diriku
walaupun kau tinggi di awan biru
datanglah setiap masa
dalam mimpi-mimpiku
Saat aku bertanya setiap tahun, tiap waktu tibanya hari wujudmu, kau bilang sesuatu, buat luruh jiwa ragaku
...sayaaaaang ibu!
aku bertanya lagi, dia jawab serupa,
pertanyaan ketiga kali, jawapannya tak bertukar
dan saat seterusnya barulah hadir nama-nama lain dari bibir mulusmu...
Aku sedar sesungguhnya, sejak azali si kecil ini tahu siapa yang utama dalam hatinya, kerana sejak azali dia telah bermain-main di dalam 'dunia'nya itu...

bila wajahmu aku bayangkan, ku rasa sayang ku rasa rindu
ku rasa sayang mengenangkanmu...
Post a Comment
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.