Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

PNB Umumkan Dividen ASB Tahun 2011 Sebanyak 7.65 Sen Seunit | Bonus 1.15 sen Seunit

Salam,

Pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 adalah 7.65 sen per unit, berbanding 7.50 sen tahun lepas. Bonus tahunan pula adalah 1.15 sen per unit. Angka ini diumumkan oleh PNB semalam (19/12/2011).

 

Ini bermakna, sejumlah 8.80 sen seunit bagi simpanan caruman yang telah matang akan di agih2kan kepada lebih kurang 7 juta pelabur. Banyak tu. Dikatakan PNB akan membayar hampir 7 billion untuk bonus dan agihan pendapatan tersebut. Peruntukan bagi pembayaran bonus pula berjumlah RM628.29 juta oleh PNB. Berpinar kejap mata nengok angka juta2 nih...ish! ish! bila nak jadi jutawan, tak taulah. Usaha tangga kejayaan!!

Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit, dan pemegang unit boleh mengemaskini buku pelabur ASB masing-masing mulai 3 Januari tahun 2012 depan.




Sehubungan itu, semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan mulai 21 Disember 2011 hingga 2 Januari 2012, untuk mempermudah pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB. Mereka yang telah lama melabur dalam ASB ni sememangnya akan menantikan hujung tahun macam ni. 
Agihan pendapatan ASB pada tahun ini adalah terbaik selepas mengambil kira ketidaktentuan ekonomi dan pasaran kewangan sejagat. Pada tahun ini jumlah unit amanah ASB telah meningkat melebihi RM13 bilion berbanding RM12.1 bilion pada 2010. Setakat ini, jumlah dana ASB dan unit-unit amanah lain berjumlah RM17 bilion.

Nota:

1) Pengiraan pengagihan pendapatan ASB berdasarkan kepada purata baki pegangan minimum bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB berakhir pada 31 Disember 2011.
2) Pengiraan bonus pula mengikut purata baki pegangan minimum bulanan yang dimiliki pelabur dalam tempoh 10 tahun bermula 2002 sehingga 2011.


Smile!aynora nur

Terima kasih kerana membaca Dunia Kita di sini. Sila Klik 'LIKE' Jika Suka Dan Sila Beri Pandangan ye, Lots of Love...AA

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close