Timun Dan Khasiatnya

Advertisement

Timun dan khasiatnya. Saya suka makan timun kalau dibuat rojak nenas. Kalau setakat makan timun semata-mata, memang nak menempah bala jawabnya! Sebab saya memang alah pada timun, kerana timun adalah sayuran sejuk yang boleh akibatkan tindakbalas tidak baik pada badan yang kurang sihat? Iya ke? Tetapi setahu saya timun banyak khasiatnya. Tak caya ke?

Timun dan khasiatnya

Timun memang sejuk, kalau anda tak tahan makan timun ketika perut kosong atau timun yang belum dimasak, tak perlulah makan juga, nanti akibatnya berangin satu badan. Naik ke kepala, dapat migrain pula. Itulah yang berlaku pada saya. Tapi kalau tak bekerja, dan duduk di rumah, saya langgar juga pantang larang tu. Lepas tu makan panadol dan tidur. Sejam dua hilanglah migrain tu..

Timun dan Khasiatnya


Baca sampai habis tentang khasiat timun yang ramai masih belum tahu.

Khasiat timun:


  1. Pengambilan setiap hari membantu mengawal ekzema, artritis dan gout.
  2. Memberi kelegaan kepada masalah ulser, gastriks dan pedih ulu hati.
  3. Bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah paru-paru, perut dan dada.
  4. Mengurangkan masalah tekanan darah rendah – ibu mengandung yang ada masalah ini, mungkin boleh cuba.
  5. Menghadamkan protein – mengandungi enzim Erepsin
  6. Menghalang masalah kuku kerana kaya dengan mineral.
  7. Mengurangkan bengkak pada mata – hiris timun dan letak di mata.
  8. Bersifat diuretik, menyejuk dan membersih – baik untuk kulit.
  9. Boleh disapu ke muka untuk mengurangkan kepanasan dan radang kulit.
  10. Dapat melegakan mata yang tertekan terutamanya ketika cuaca panas terik.
  11. Rambut tak nak tumbuh? Cuba campurkan timun dengan jus lobak merah, kubis dan bayam. Ia dipercayai mampu menggalakkan pertumbuhan rambut. Campuran jus timun dengan lobak merah juga dipercayai bagus untuk masalah reumatik.

Khasiat di atas adalah himpunan daripada bacaan di internet dan juga majalah kesihatan. Jika korang kurang faham dengan istilah-istilah kesihatan yang terselit kat atas tu, boleh cuba google laman web kesihatan. Insya'Allah, ada penerangannya.

p/s: Dalam hati tengah plan nak buat rojak timun dengan nenas, mungkin juga boleh buat ubat...

5 comments:

  1. KITE TAG AWK : http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com/2012/12/percuma-serbuk-cheezee-wedges-ala-kfc.html

    ReplyDelete
  2. Suke tempek timun kat pipi muka... hehehe

    ReplyDelete
  3. Timun untuk buat acar memang best..then bagi dia rangup sikit..hmmmm sedap especially makan dengan nasi dagang favorite..

    ReplyDelete
  4. ooo byk khasiatnya..bagus info ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak Shida, kalau tiada alahan boleh buat ulaman..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Powered by Blogger.