Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini

Bagaimana Alexa Rank Boleh Mengecil Setiap Hari?

Bagaimana Alexa Rank Boleh Mengecil Setiap Hari? - Saya tidak tahu dimana silapnya. Alexa Rank blog aynoranur semakin membesar walaupun saya post entri setiap hari. Mungkin kaedah saya terbalik, kurang tepat dan tidak menghasilkan artikel yang bagus.




Tidak mengapa! Proses pembelajaran harus di jalani dari semasa ke semasa, betul tak?


Saya temui satu cara yang agak logik untuk mengecilkan Alexa Rank setiap hari dan saya rasakan ia memang berbaloi dan mudah untuk diikuti. Saya ikut cara yang dilakukan oleh blogger berikut:
  
http://www.mymagicfundas.com/alexa-rank-get-reduced-day-by-day/


Bagaimana Alexa Rank Boleh Mengecil Setiap Hari? 


1. Mendaftar dengan Alexa.com.

2. Memasang widget Alexa dalam blog saya dan toolbar Alexa pada browser.

3. Menghasilkan entri secara konsisten setiap hari. Saya akan cuba menghasilkan artikel yang unik dan diperlukan oleh para pembaca blog.

4. Setelah menyiarkan artikel, saya akan Ping entri tersebut agar diketahui oleh enjin carian. Saya biasa gunakan Ping & Total ping!

5. Kemaskini FB Page dan G+ dengan status artikel terbaru saya.

6. Saya berusaha untuk berkongsi artikel tersebut di media sosial seperti FB groups, Twitter, Pinterest, Stumble upon, LinkedIn groups, Reddit and Delicious.

7. Saya akan meninggalkan komen di blog-blog yang Dofollow dan menggunakan kotak komen Comment luv. Saya dapati jika saya jarang blogwalking dan tinggalkan komen, Alexa Rank saya naik semula...

8. Saya cuba sedaya upaya untuk membalas setiap komen yang ditinggalkan di blog.

Dan akhir sekali, yang ini saya belum pernah cuba. Saya akan cuba membuat ulasan/review pada website Alexa kepada blog-blog yang saya suka. In sha Allah..


Mengapa Alexa Rank itu penting kepada para blogger?


1. Kemungkinan untuk diterima sebagai penulis jemputan. Biasanya blog2 berpotensi akan menyemak ranking Alexa kita.

2. Alexa ranking meningkatkan pendedahan blog kita kepada pembaca.

3. Pengiklan mungkin melihat alexa rank blog kita untuk memeriksa reputasi blog.

4. Untuk membuktikan bahawa kita pakar dalam bidang yang kita tulis.

5. Dan tentunya, meningkatkan trafik ke blog kita.


Semoga dengan perkongsian di atas dapat mengecilkan Alexa Rank kita setiap hari sebagaimana blogger lain di luar sana lakukannya. Kita pun boleh berjaya seperti orang lain. Dan untuk berjaya, kita perlu berusaha lebih kuat berbanding orang lain yang sudah bertapak lama dalam dunia blog!! 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan. - Aynora.

Post a Comment

3 Comments

  1. datang sini..thanks kongsi info ni...god lux yer

    ReplyDelete
  2. t/kasih Diyana, datang ler selalu..

    ReplyDelete
  3. PelitaSiang ~ Yupp btol tuu .. But one thing i always believe "Loading Pages" Must always faster .. Google tell that not me.. =) heheh ..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.